Dapat interview SPA!

Doakan kina ye kawan2..Sape2 nak share tips or pengalaman u most welcome..

Ini interview SPA yang kedua kina..yang first hari tu bulan April 2010.. Keputusan?? - Kina dapat jadi calon simpanan dari 2 kekosongan & 17 calon simpanan.. valid sampai April 2011..masih menunggu..& menunggu kerja tetap kan..

Kina grad Ogos 2009 & terus kerja sebagai peg. penyelidik sambilan dekat KKM..

termasuk dalam 45 orang pun da bersyukur sangat..thank you Allah.

Tengok dekat gambar di atas ni tahu betapa tipisnya sebab 1 je kekosongan..huhu..ada rezeki ada la kan.



Do-it-yourself = Stairs decor

Sebab rumah kina ada tangga. Jadi, nak gunakan tangga tu dengan sewenang-wenangnya.

Sebab kina nak turun dari tangga ala-ala princess jadi kina nak buat jugak ni.

Sebab kina rasa cam ada orang yang akan nak sponsor bunga hiasan untuk tangga jadi ada duit ke takde nak buat jugak..(punya perasan ada orang nak sponsor)..

Argh..Ada kita kisah?haha..

Kina suka macam stairs decor macam ni...

Jom cuci mata..for more info please click the source link ok..

1) sweet kan warna putih & bunga ni..memang rasa cam princess
source from weddings from above

 2) style hutan rimba sikit tapi tak crowded sangat..cun!
source from francoiseweeks
 3)soft purple & bunga besar di hujung..cantik kan
source from mapleleafdecorations




3) tanglung atau lilin (jangan terbakar rumah sudah)
untuk sesiapa yang ada tangga dekat luar rumah & buat akad nikah masa malam boleh la buat camni
source from bridalsbud
 Agak-agak berapa budget untuk hiasan tangga ni..?

Barang-barang yang perlu diambil kira:
  • Fabrik (Boleh diguna pakai banyak kali)
  • Bunga (Fresh flower? Of course la cannot..mahei tu wey..)
  • Riben (Murah je kan..)
  • Lampu (pencahayaan penting untuk nampak impak glow tangga tu..ni dah ada..)
  • Bentuk tangga (Rumah kina bentuk L)

Hehe.. akan ku diy tangga idaman ku ini..insyaAllah..




Amaran dari Encik Nuffnang

Pernah 1x tu..kina menangkap sorang blogger ni menipu (macam polis plak)..
Al-kisahnya dia tinggalkan mesej di cbox bestfriend kina..macam ni la bunyinye..
" jln ke blog comel ini..klik nuff lg..jom bw" (saje bagi efek besar dekat situ)

Walhal besfriend kina tu tak de nuffnang pun..nuffnang pun die tak tahu..until I told her la..
Sampai menipu kata klik supaya blogger tu klik balik..harus la kina bengang & sound terus blogger tu..
Lain la kalau betul2 ada iklan & die klik..ish2..nasib baik blogger tu mintak maaf dekat bestfriend kina..hehe..so 0-0 la..lagi2 kan raya..hehe..

Selepas sebulan dengan nuffnang..

kina baru tahu kita tak boleh bagitau orang yang kita klik nuffnang die dan harap boleh klik balik..i thought dah jadi tradisi nuffnanger..maklum la saya budak baru belajar..haha..
certain2 blog saya nampak iklan saya akan klik walaupun dah tahu iklan tu apa..Rupanya itu dah melanggar peraturan..(nampak sangat saya tak baca seksyen 6 tu)..

 Kepada yang tak tahu..macam saya ni..

Jom..katakan tidak kepada penipuan klik atau click fraud ni..ada rezeki ada la..ikhlaskan jiwa..bersihkan hati..baru berkat..
(bila blog ni nak dapat BE dari nuffnang macam blog mr territory..hehe..)

Makan ikut jenis darah

Huhu..tajuk macam vampire nak makan je..just teringat masa belajar dulu ada belajar pasal ni..berdasarkan buku "Eat right for your blood type diet"-nukilan Dr D'Adamo..murid2 semua, tahu kan darah ada 4 jenis (nak jadi cikgu tapi tak boleh camni la gayenye)..bgus2..A,B,O dan AB..


Kalau darah jenis A:
-kenapa dipanggil A sebab stands for agrarian..ape kemenda tu?ntah..haha..cari maksud sendiri boleh?..(saya pemalas..saya tahu)
-kena banyak makan sayur @ menjurus ke arah vegetarian
-sistem pecernaan sangat sensitif (kantoi org darah A sokmo pegi toilet kalau salah makan..haha)
-kalau stress boleh la mencuba cara bermeditasi & senaman lembut..bukan auw ok..


Kalau darah jenis B:
-tak pasti kenape dipanggil B..sila cari sendiri juga..haha..
-kena banyak minum susu & makanan berasaskan susu mcm coklat..i loike..
-kalau makan makanan yang tidak bersesuai berisiko diserang penyakit..
-digalakkan bersenam senaman yang banyak menggunakan pgerakan sprti berenang..


Kalau darah jenis AB:
-sistem pencernaan juga sangat sensitif
-patut elak makan ayam,daging tapi digalakan memakan seafood n makanan tenusu.
-tak perlukan senaman yang keterlaluan
-darah AB juga darah yang paling kedekut tapi dapat menerima semua jenis darah..


Kalau darah jenis O plak:
-O stands for Old..sebab darah jenis O ni paling tua..atau pun dalam omputehnye oldest blood line..(betul ke ni?..ntah..tanya la doktor ek..hehe)
-sukar untuk diserang penyakit.
-digalakkan makan makanan berprotein tinggi & rendah lemak sprti daging,ikan,buah & sayur.
-memerlukan senaman yang kuat @ lebih mencabar..
-darah O adalah darah yang paling pemurah sebab dapat derma pada semua jenis..
-no wonder orang darah O ni seme comel including me..ops..ni tambahan semata2..haha..hidup darah O!

Dalam Islam pun selalu mengingatkan kita makan makanan yang seimbang & paling penting suci & halal..bila badan sihat baru dapat beribadah dengan lebih baek..ye dok?huhu..



“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan”.
Surah al-Maidah (5):96

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya”.
Surah al-Nahl (16):66


source: mr google,blog kina yang lama(shakina is typing) bakal didelete so nak transfer ke sini..bleh kan...sharing is caring..

Webcam jadi penghubung kami


Buat pasangan yang senasib dengan kami..jauh di mata dekat di hati..

Bagaimana cara anda berhubung dengan si dia?
Maybe macam kami dengan calling, 3G dan SMSing. Tapi semua pakai duit. 
Kami macam ni..haha..
Free je kalau pakai webcam kan. (of cos including your broadband bill)..Tapi kadang-kadang bengang jugak kalau line tak clear..Asyik-asyik tersekat..Kami tiap hari akan webcam..Kadang-kadang lepas semayang magrib..Senang, pakai telekung kan aurat..Sambil YM boleh gak tengok camne si dia..Ewah ewah..sempat lagi tu..huhu..tergedik pulak..sori kalau membuatkan keloyaan di kala membaca post ini..hehe..

Thank you Clinique

Just a short entry and review. Sebab tengah pening & banyak keje tak dapat buat.
Singgah share story.

DULU: kulit kina ok.
SEJAK 2 3 TAHUN LEPAS: K.O..tak penah takde 1 jerawat ok..

lepas tu cuba macam-macam produk tak ok jugak. Pastu cuba Clinique selepas survey kat internet contohnya macam baca dekat redmummy & ramai bloggers lain.

Pakai yang trial pack harga RM185. After that takde la beza sangat. Tapi tetap sabar dulu. Dah habis ingat tanak la sambung pakai. Frust lagi.

Tak sengaja pergi sogo terus la redeem free Clinique masa masuk pertandingan Clinique dekat facebook tu. Free sape tanak kan???Free 5 set sample untuk harian punya (kira untuk 5 hari). Kina bagi dekat kakak office yang ada skin problem juga. Now kakak tu dah beli 1 set tau!

Ada pulak promotion travel kit RM40 sajo. Kecik sikit je dari trial. Apa lagi, memang limited only. Terus grab. Kina beli akhir bulan 6 hari tu. Sekarang pun tak habis lagi.


Tapi Alhamdulillah, kuasa Allah, jerawat dah semakin kurang. Tahan lama pulak tu. Pasni mahu beli yang set biasa.Kena fighting parut pulak. hehe..Nanti cite lagi pasal clinique eh.

P/S: Boleh la buat hantaran kahwin tahun depan. >_<



Unofficial budget untuk pertunangan kami

Mungkin ada bloggers yang nak share berapa kos pertunangan mereka. Share please..
Ini hanya lakaran budget yang pakai hentam tanpa men"survey" dekat kedai. Jadi sila abaikan kalau rasa pelik dengan kosnya. huhu.

1) WARNA TEMA
Peach (Untuk masa ini )

2) JUMLAH TETAMU
100 orang

3) MAKANAN
RM8 x 100 = RM800 (Katering kawan ibu)

4) KANOPI
1 Kanopi = RM200 (Sewa tempat kerja ibu)

5) BAJU PERTUNANGAN
Jubah.
Kain = RM200
Tempah jahit = RM150 (Butik kawan ibu)
Veil = RM50
Total = RM400

6) HANTARAN (belum decide)
Warna –
Bilangan – Budget RM1000
Barang –

7) MINI PELAMIN
RM300

8) PHOTOGRAPHER
Abang Sepupu – SERVICE F.O.C (Yippi..>_<..)
Sticky Album+CD – RM50
Kos Cuci – RM600

9) DECO RUMAH
Deco Tangga – RM100

10) DOORGIFT ( da makan sedap tak payah la doorgift..huhu..sori)
11) MAKE UP ( mahu mekap sendiri..kata nak bajet..bajet pandai sangat..nikah baru ada MUA)

TOTAL = RM3000

Ini adalah budget pertunangan kami yang memang budget.
Nampak tak ada banyak dari kawan ibu la, tempat kerja ibu la di situ dengan harapan penjimatan yang berkali ganda.Tapi tetap terkejut juga tengok nilai tu..

RM3000 untuk pertunangan yang simple sesimple simplenya?

Belum masuk kos pengangkutan dari Tembangau ke Kuantan, Cincin & perkara-perkara remeh lagi.

Aduyai. (tak baik mengeluh..ok2..ini hanya membebel)

Mungkin ada yang akan dicantas lagi. Bila bagi tahu encik pudin dia ok aje. Nanti makan megi je baru tahu!. Huhu.

Kalau ikutkan kina tak payah tunang-tunang. Save untuk kahwin nanti.

Tapi ibu terus cakap " Ibu nak akak tunang, Nanti apa pula orang kata tiba-tiba je kawen.".

Yela, tapi tak boleh la grand2 ok..Budget2..
Ikut aje la kata orang tua, mesti ada hikmahnya. atau mungkin akan ada sponsor dari siapa2 nanti?haha..amin..bila nak bertunang kena tunggu..:)



Are You Moist Enough?

Cikgu: Murid-murid, hari ni cikgu nak
          murid-murid semua buat 1 karangan
          bertajuk "Are you moist enough?" atau dalam bahasa
          ibunda kita "Adakah kulit anda lembap?"

75 karangan terkreatif cikgu akan bagi hadiah.
(nak tahu hadiahnya? Meh klik sini)

Seorang murid lelaki datang ke depan cikgu dengan penuh selamba.

Pudin: Cikgu, kulit saya yang maskulin ni mana ada lembapnya.
       Macamane saya nak tulis cikgu? Tak boleh nak imagine la cikgu.

Cikgu: Pudin, jangan ingat perempuan je yang kena jaga kulit supaya lembap.
       Cikgu pun lelaki kan.
       Kulit kan organ paling besar dekat badan kita ni.
       Kalau kulit kasar dan rosak. Habis la tubuh kita ni.
       Nah, cuba losyen Vaseline ni. Confirm kamu boleh imagine
       macamane gayanya kulit yang lembap.
       (Monolog dalam hati: macam cikgu ni)



Di balik tabir skrin komik

Pudin: Terima kasih cikgu. Ni sayang lebih dekat cikgu ni.
       Baru bersemangat saya nak buat karangan tu.

Seorang lagi murid perempuan bangun.

Kina: Cikgu-cikgu (dengan penuh bersemangat waja),saya ada losyen vaseline tu!

Cikgu: Oh, yeke kina? Awak pakai yang ini atau yang 3 jenis lain?
(Rujuk gambar di bawah)

Berdiri dari sebelah kiri: Total moisture, Healthy white, Aloe cool & fresh, Intensive Rescue

Kina: Yang tu cikgu. Colour hijau kan.
      Bulan lepas kan saya kena demam denggi cikgu.
      (Memang terlantar di Hospital Kuantan)
      Bila demam saya kebah, kulit saya macam menggerutu & rasa panas.
      Doktor yang hensem dekat situ suruh saya pakai Vaseline aloe cool & fresh ni.
      Bukan saya nak promote cikgu, tapi memang jadi lembut & sejuk je kulit saya.
Hensem ke doktor ni?



Keadaan dalam kelas 5 dinamik hingar bingar. Semua sebut pasal vaseline.

Cikgu: Thank you for sharing kina.
          (Monolog dalam hati lagi: lebih-lebih pulak anak murid aku semua ni).
           Ok, dah-dah jangan bising. Cepat siapkan karangan yang cikgu suruh tu.
           Hantar pada cikgu sebelum 1 Oktober 2010 ni.
           Satu lagi...
           Kalau kamu nak wang tunai hampir RM7000 & produk vaseline free,
           kamu tulis la sekreatif dan segempak habis okay?
           Selamat berjaya!


Murid-murid: O .K Cikgu Vaseline..

Kriiiing....


Gambar wajib untuk Vaseline: Gambar 10 tahun kemudian selepas menggunakan Vaseline.

10x lebih lembap tau.

Pudin lelaki maskulin yang kini berkulit lembap..


Bekas pengidap demam denggi yang sudah pulih kulitnya..


Last but not least..Are you moist enough? Yes you!

P/S: Hasil imaginasi tiada yang kena mengena yang hidup atau mati. Tetapi tetap ada benda yang asli & benar-benar terjadi.
Source: vaseline & mr google.

KaWaN - KaWaN JoM kIte PuAsE 6

Hai Hai Hai...Assalamualaikum w.b.t

Kali ni encik pudin want to share with all of you tentang puasa 6 hari di bulan syawal yang indah ini..Hehe...

Moh kite tengok ape sebenarnya yang terkandung tentang puasa 6 ni yuk -:

Hukum

    * Hukumnya sunat
    * Maksudnya kalo buat dapat pahala dan fadhilat-fadhilatnya....tapi kalo tak buat macam mane?? hehe..kalo tak buat tak ape...tak salah pon cuma tak dapat la fadhilatnye..
    * So, better buat kan...dapat tambah pahala kita..insyaAllah..lagipun perbuatan2 fardhu kita akan disempurnakan dengan perbuatan2 sunat macam puasa ni.

Niat

Niat untuk puasa 6 ni macam mane yep...sama macam pose sunat hari isnin dengan kames ka??hehe..jom kite tengok ek camne niat die yep...
    * Niatnya mudah sahaja...dalam bm la senang kan..
" Sahaja aku puasa sunat bulan syawal esok hari kerana Allah Taala"

 وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Boleh Ke Nak Puasa 6 & Puasa Ganti Serentak?

Macam mana ni..boleh ke kalo nak puasa 6 dan pada masa sama puasa ganti sekali....boleh tetapi lebih afdhal jika diasingkan antara puasa ganti dan puasa 6.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha’ pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha’nya di bulan-bulan lain.

Jadi boleh mendahulukan puasa sunat daripada puasa wajib. Ini kerana puasa qada’ walaupun dilakukan pada bulan-bulan yang lain tetap mendapat 10 kerana ia adalah puasa wajib ramadhan yang diqada’. Tetapi puasa sunat 6 hari syawal hanya boleh dilakukan pada bulan syawal. Tapi bagi orang yang sengaja meninggalkan puasa di bulan Ramadhan tanpa keuzuran memang confirm tak dapat fadhilat puasa setahun walaupun dia qada. Tapi dia tetap wajib qada puasanya.

Ada juga pendapat baik qadha dulu mana tahu esok lusa dah tak bernafas..qadha itu wajib..

Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

Jadi apa kesimpulannya...........
Jika kita nak gabungkan puasa pun tak salah, atau nak buat asing pun lagi bagus sebab puasa 2 kali. Jika anda tanya pendapat saya, saya lebih suka dengan cara Aisyah r.a. seperti di atas.
Sebaik-baiknya asingkan puasa qada dan sunat bagi mengambil jalan selamat.



Fadhilat dan Kebaikan Puasa Enam

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim

    * Puasa ni juga perisai kita kan..sebab ape..sebab puasa boleh menghalang kita dari maksiat di dunia dan perisai dari api neraka di hari akhirat nanti.

    * Pelengkap dari puasa ramadhan

    * Menyediakan sistem pencernaan (dah tentunya masa raya kita melantak macam-macam kan? perut pun terkejut beruk kot..)

    * Tidak terputus amalan di bulan ramadhan

    * Tanda syukur kita bagi rahmat bulan ramadhan

      
Last but not least...renung2kan yep kawan-kawan sume..jom berpuasa esok..insyaAllah cik kina puasa esok =) encik pudin da start puasa hari ni...

Wallahualam..

Renung2kan dan selamat beramal...


" Insan yg cemerlang datangnya dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang "


Rujukan yang lebih lanjut -:

1. http://secretwhisper.net/2010/09/hikmah-puasa-6-di-bulan-syawal/

2. http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=39687

3. http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/

4.http://ron7.net/2010/09/boleh-tak-gabung-puasa-6-sekali-dengan-qada-puasa/

Do-it-yourself lip balm = doorgift?



Ingat tak kina ada kata nak buat sendiri cenderahati untuk kenduri nanti?

This one adalah benda yang bertuah yang termasuk dalam bakal senarai doorgift untuk dikerjakan kina (jadi ke tak ntah)..

Personalized homemade lip balm.

.
.


tada... cun tak???

sila bayangkan nama sharifuddin & shakina versi pengantin muslimah ..haha..

 sangat la cute..



simple design : gambar & idea dari escape concept


Kalau google homemade lip balm recipe akan keluar banyak la link untuk digodek-godek..hehe..by the way video dekat bawah ni antara recipe yang kina suka sebab jelas & terang lagi bersuluh.





source: youtube cosmetic candy


tapi rasanya agak mahal maybe untuk bridemaids sahaja atau VIP..jadi sape nak jadi bridesmaid kina angkat tangan! doorgift ni sesuai untuk wanita-wanita yang terhangat di pasaran kan.


list to do :
1) cari bahan-bahan yang terlibat dalam pembikinan filem lip balm contohnya lilin lebah (beewax), essential oil, cocoa butter & lain.
2) jar atau tin untuk jadi container..
3) jaring atau net..senang nak cari yang ni..
4) personalized tag..print sendiri ajo..
5) gam gajah..
6) periuk & tempat memasak


Nantikan chef kina akan memasak lip balm nanti..organik & tiada presevatif lagi tau..hehe..apa-apa pun nantikan post pasal lip balm ni nanti ya..







Syahirafauzan Pink Contest

I know all of you out there love pink right? Hurry up guys, lets join this interesting contest ...the organizer is miss syahira who is a bride-to-be like me..wink2..
click for more details from here





Below were some photos captured during my convocation day last year on 15th August 2009 =)

Location: University of Malaya.


precious moment:bachelor of science
smile :)..gift from my family
nervous: morning before convo (full view of the outfit)

I wear pink outfit because pink is catchy (thousand of people during the convocation lol..hehe..)and people say i look cute with pink outfit (oh..please jangan muntah)..actually, any woman who wear pink will automatically looks pretty & cute right?..hehe..just my two cents..i love blue but pink is my favorite too..


Dewan Vs Rumah..nak tengok siapa menang?

Hai semua,

Dewan, rumah, dewan, rumah, dewan, rumah, dewan, rumah (sambil kira2 gune jari...) hehe..


Kalo kat umah pulak,boleh bawak orang melawat2 & kenal rumah kita (walaupun berserabut)..hehe..itu lah yg bermain di fikiran ni..wat kenduri kawen kat dewan or rumah..


En pudin cadangkan dewan..hehe..Cik kina pun cadangkan dewan..Kami siap pakat kalau boleh nak buat dekat Dewan Semsas sekolah kami yang tercinta tu..walaupun bukan di situ tempat kami bercinta pun.

Mak & Abah saya memang buat dekat rumah sebab halaman luas dekat felda tu..tapi nanti saya nak renovate sikit & buat bilik kita nanti ye cik kina.

Ibu & ayah kina suruh wat kat rumah..dorang cakap takde rumah ke nak buat kat dewan..kina bagi alasan panas ibu cakap nanti sewa akon..(huhu..duit?..ni cakap dalam hati je..haha..)..nampaknya macam kena akur je..ujar kina..

Encik pudin try pujuk ibu nanti ye..(bakal menantu kesayangan..hehe)..

Tak pe la mana2 pun..yang penting kawen tu..hehe..cantik je rumah cik kina.

KEPUTUSAN sehingga 18/9/2010 : rumah cik shakina di Indera Mahkota 6
gambar ini je ada dekat umah cik kina, bersama janna ketot & zana ready nak makan 1 famili



Cincin kahwin harga RM10.00

Semalam encik pudin bagi cincin..cantik sangat..emas 916..tanya-tanya berapa harga?encik pudin tidak menjawab..pergi selidik-selidik..harganya RM10.00..

Apa??? ada ke cincin emas harga RM10.00? Tipu la ni..zhulian pun takde cincin RM10.00..bestnya kalau cincin 916 semurah itu..

Nasib baik..itu semua hanya mimpi..haha..
cincin tu seakan-akan di atas..huhu..


Kina tak penah beli cincin emas..yang ada di tangan hanya sebentuk cincin besi..walaupun hanya RM18.00 & beli sendiri..kina sayang cincin tu..sebab ada nama kina..haha..sayangi diri anda sendiri punya orang..hehe..

Encik pudin pun da beli cincin macam kina.. simple je..free tulis nama dekat pasar seni..




I nak putus tunang sebab U tak kaya

En pudin sungguh emo bila mendengar perbualan antara DJ dan seorang awek ini..sabar ye..InsyaAllah, saya bukan pisau cukur..bukan juga pisau lipat..tetapi saya shakina..hoho..perlu ke?

Semoga ambil ikhtiar ya..Ya Allah, jauhkan la kami dari kufur nikmat..



Bila nak kahwin tengok harta..padah la jawabnya rumahtangga & masa depan..

Memang Islam ada menyenaraikan 4 perkara iaitu agama,harta,keturunan & paras rupa..harta yang dimaksudkan adalah harta untuk keperluan bukan kehendak..

Tengok harta tapi jangan la disebabkan si tunangnya belum berjaya & tak nampak masa depan terus putus tunang..ntah-ntah lelaki yang dikatakan hensem & kaya tu suami orang?atau banyak hutang?..Allah boleh tarik bila-bila masa je tau..duit boleh dicari..hati yang suci semurni TOP sukar dicari...huu..tiba..

Semoga cik perempuan itu insaf segera.

Source: http://www.youtube.com/user/kinkon86

Our new layout

Siapa kata kita je nak berbaju baru di hari raya..Blog pun nak layout baru jugak..

Selepas berhempas pulas ini la hasilnya. Introducing our new look. macam gempak sangat. hoho..

Blue is my favorite colour.

Banyak ilmu untuk make over blog yang ditemui. Misalnya tukar font tulisan baru selain 6 jenis tulisan yang agak skema itu. Tambah signature. 3 column yang stretchable. Pening & serabut untuk 2 hari. Tengok tv pun tak tenang. hehe

Hopefully blog ni tak berat & lambat nak loading la.

Thank you kepada encik pudin kerana memahami yang cik shakina telah mengabaikan sms & gtalk beliau serta menolong mengkritik hasil layout ni(walaupun kadang-kadang degil tanak ikut nasihat..haha).

Saya budak baru belajar kalau salah tolong komen . :)

Kahwin Serentak

Hellu ;)

En Pudin kali ni nak share tentang kahwin serentak..ehe..tidak dapat tidak its happen to me also la. Actually my mother & father suruh kahwin serentak dengan my brother tahun depan (kenduri sambut menantu wat serentak kat rumah). mule-mule tu rase cam ok no problem best jugak kalo kawen serentak kan.huhu..

Macam dalam gambo nih..my abang-abang sambut menantu serentak @ kahwin serentak..

Gambo time berarak abg en pudin kawen serentak taun lepas (en pudin pengapit di situ...haha.amek berkat..da tak sama baju pengantin..slh paham berlaku)




But then, come across my mind that kahwin serentak ni ade pros n cons die la kan. 

Perhaps so :). 

Mungkin ade yang cakap ada orang tua2 ckp kawen serentak ni tak elok..

1)mungkin slh sorang tak bahagia or something bad happen la..dunno la kan..tak baek gok percaye gtu..tahyul tuuu..huhu

2)comparison berlaku. "eh, isteri adik lagi cantik dari isteri abangnye"..baju kawen kakak lagi cantik la.. rasa tak syiook la kan..


3) kelam kabut.. bile dua-dua pihak datang..sampai tak terlayan..aduh..kabut sih..




Mungkin ade jugak orang ckp kawen serentak ni banyak pro contohnye macam ni;

1. jimat kos..iye juge coz cost sharing ..haha..kata nak budget wedding..yeke nak budget cik shakina tu?

2. memudahkan sedare mare yg jauh, dekat datang smbil melawat rumah di kg ku..felda..hehe..ingat felda tembangau dekat ke? pos laju pun tanak masuk tau??!..tak pasal kena pegi amek dekat pejabat pos terdekat @ trian..



3. mudahkan tuan rumah..penat sekali je..huhu..iyeke..maybe juge la..


Anyhow...maybe ada lagi pros n cons die. i hope to get some feedback n good comment from blogger frens yea..sharing is caring yuk..skang ni a little bit conpius whether kawen serentak or asing2 is the best..hope you guys can help me..


TQ - Sharifuddin

Orang tua tak sedar diri

Yoo..thats me..kenapa?


sebab orang hulur duit raya saya tanpa segan silu menerima walaupun da kerja & umur da 23 taun..

Raya tahun ni saya dapat RM75.00..

hoho..suuukeee..

Rezeki jangan ditolak..pedulikan mereka yang mengata orang tua yang tak sedar diri.. especially my mom..(akak ni xmalu amek lagi duit raye)..haha..yang penting..masyuuuk..

Selamat hari raye ke-empat..!!hee..





- NeRvOus -

Hi, Mr Pudin here..after a long time..
from mr google

Currently at my hometown. Tembangau, Pahang. I'm a little bit nervous la for the coming months..huhu..1st of all my confirmation to be permanent staff will be this month or next month...hee..after 6 months probation..of course i nervous ma. I really hope that i'll be confirmed as permanent staff and i can work more productively..cewah..skema plak..haha..
Today is the last day of Ramadhan..Please pray for me ya..Happy eid mubarrak..Maaf zahir & batin..

To Miss Shakina : Selamat hari raya..Maaf Zahir Batin..I love u & I miss u so much..<3

Nuffnang Dah Ada Earning

Ingat tak entry ni? sudah 7 hari blog ni berdating dengan nuffnang.

Ingatkan susah nak dapat earning. Maybe sebab status Glitterati tu menyumbangkan hasil yang lumayan..lumayan ke?ok pe..Ape Glitterati tu? Status ni diberi kepada bloggers yang hanya iklankan nuffnang aje..Bukan iklan asia pasifik yang lain..Moh kita setia kepada nuffnang..Nak tahu lebih lanjut pergi terjah nuffnang ok..

Lagipun blog ni baru berapa minggu di pasaran.Bukan hot stuff pun..Tapi syukur Alhamdulillah ada la dapat jugak earning..

Baru tahu nuffnang akan update ikut minggu dan hari isnin nuffnanger akan tahu berapa earning dorang untuk minggu tu.Selepas 4 hari, iaitu hari Isnin lepas. Bila tengok earning ada RM1.50..


Apa??RM1.50..kecoh betul..ada kita kisah?

kak kerry yang banyak mengajar pasal blog kat kina cakap, "waa..akak dah 2 tahun berblog baru dapat tige hinggit lebih..bagus2.."


Wah..sangat suka2..walaupun sikit..cukup untuk tiket LRT je tapi ok ape..lama-lama jadi bukit..sabar2..Bagi yang tak tahu, nuffnang boleh cash out bila earning dah RM50..tapi tak best la kalau cash out 50 hinggit je kan..tunggu lama sket..nanti boleh guna untuk 11.11.11..yeay..!

RM1.50 untuk 5 campaign untuk 4 hari..
725 views & 344 uniques untuk 6 hari..tq to all readers..^_^






Ofis ni gua yang punya..!

Hari ni tinggal 5 ketul je dekat ofis termasuk kina. Apa lagi..semua satu kepala..kak kerol, kak ecah, kak fida & shikin (tua dari kina tapi xnk mengaku kakak..haha)..

Macam-macam la jadinya..Kina merangkap DJ yo yo o kat ofis pasang lagu untuk hiburan semua..
Bukan takat lagu raya je.. Lagu jiwang, lagu korea, lagu hindustan semua keluar..

Sekarang ni tengah lagu Faizal Tahir..(freaking hot guy)..Bestnye..Sambil blogwalking ni. Semua blog yang difollow kina jalan2..

Esok kina je keje kat ofis ni..Bukan sebab workaholic ok..sebab pas raya kina nak cuti panjaaaaaaaaaaaaaaaaang gile..20hb baru keje..hehe..

Selamat hari raya ye semua..Maaf zahir batin Kad raya ni untuk tatapan semua..(sebenarnya kad ni dibuat utk tahun lepas)..Recycle kan satu amalan mulia..haha..

merah tak hingat..selamat hari raya yoo..



Pak Imam, I'm Sorry

Maybe malam ni solat terawih terakhir pada tahun ni di surau vista angkasa..

Yang tak boleh tahan masa solat terawih tadi..Ya Pak Imam boleh sedawa masa nak baca Al-Fatihah..Bismillahirahmanirahim...Erkkkkk..

Ok..mula-mula tahan nak gelak..tiba kakak sebelah bahan gelak..terjoin sekali plak..

Sori Pak Imam..Maafkan ana tergelak..bukan niat mengutuk atau ape..tindakan refleks yang tak dapat dielakkan lagi..huhu..

*nasib baek tak angkat takbir lagi masa tu..baru adjust2 kain telekung...Ramadhan..bertemu lagi tahun depan..

Unbelievable underwear

Sungguh kontrobesi title itu. 
Nak promote 1 barang baik ni. Kina beli dari sini.
Disebabkan nak kahwin ni. 
Kena la shapekan apa yang patut kan. *blushing*

Sedih bila beli baju saiz kecik sikit ok tapi ketat kat bahagian bawah. 
 Tak suke tau. 
So beli la saiz yang lebih besar & menggelebeh sangat..

nanti kina update gambar seluar yang kina beli

Now, kina da dapat ASSET yang dari US ni. 
Kalau nak beli tempat lain memang mahal. 
Kain dia lembut tak macam girdle yang lain.
Tapi seriously kalau beli dekat http://blogshopkerry.blogspot.com/ ni memang berbaloi la. 
Harga RM85.00 je.
Macam-macam la barang ASSET by Sara Blakely ni ada. 
SPANX pun ada gak.
Victoria Secret pun ada. 
Macam-macam ada la.
Pergi la terjah blog tu.
Tempat lain mahunya ratus-ratus.
Kalau mahu lagi jimat, mention blog ni kompem dapat diskaun!
Berbaloi-baloi.

P/S: Tahun depan pakai baju pengantin takde la nampak cam buah pear.hoho.

8 Sebab Kenapa Nak Do-it-Yourself.

Kina ni memang tak kreatif tapi kina nak juga buat sendiri doorgift untuk wedding nanti (ok, i know lambat lagi kan)..degil tak degil..tapi kadang-kadang hangat-hangat tahi itik je..

8 sebab kenapa nak DIY


Kenapa nak buat sendiri?
1) suka hati
kita boleh buat ekot demand kita. walaupun buruk tapi kita punya suka la kan..
suka hati la nak guna pintu suka hati


2) jimat & budget
sebab tak berapa nak kaya. kalau korang selalu click nuffnang kami boleh la beli yang expensive..kui3..kalau upah orang kompem kena mahal. tapi jangan ingat diy tak boleh nak exclusive & expensive tau.


3) rasa dihargai
bila tetamu dapat doorgift ni mest dorang akan rasa lagi spesel. tapi kalau ada kutuk buruknye kau buat. amek balik doorgift tu..haha..jangan sampai gaduh pulak.
berani cakap buruk?



4) menghabiskan masa
macam kina ni lambat lagi. so weekend boleh la perabis masa buat diy. (sebenarnya bosan sebab tak boleh nak dating selalu sebab jauh)


5) side income
kalau (kalau je la) cantik diy doorgift tu. mesti orang tanya mana beli ni. bleh la cakap " i buat sendiri & jual, berminat ke?"..ha..tak pasal buat bisnes masa hari perkahwinan nanti. duit tuuu..


6) merapatkan hubungan silaturahim
time nak diy ni takkan buat sorang-sorang sepanjang masa kan. ajak geng, ajak famili. mesti seronok & meriah ala-ala nak beraya.


7) minat
dari kecik kina suka tengok cita yang reka cipta tu..still ingat frame guna batang kayu ice cream..comei gile..sebab dah berzaman, memang tak amek gambar..something like this..

siap colour lagi masa kecik-kecik dulu



8) terapi tekanan
balik kerja tension-tension tu amek barang buat diy. (konon-konon banyak la buat kerja tu) kompem boleh release tension. tak perlu la encik boyfren nak kena marah je. haha. tapi kalau last minute baru nak diy..itu mengundang tension..hehe..




Bayar zakat pakai SMS

Jom bayar zakat fitrah..Beli baju raya mahal-mahal zakat fitrah jangan lupa bayar ok..Renung-renungkan & selamat beramal
 
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ape syarat wajib yang mewajibkan orang bayar?
 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
 
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
 
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
 
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
 
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Niat Zakat Fitrah
“Inilah wang sebanyak RM…… sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang Wajib ke atas diri saya (dan mereka yang dalam tanggungan saya) pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2010
Perlis ~ RM 6.00
Kedah ~ RM 7.00
Pulau Pinang ~ RM 7.00
Perak ~ RM 7.00
Selangor ~ RM 7.00
Negeri Sembilan ~ RM 6.50
Melaka ~ RM 6.50
Johor ~ RM 5.00 / 7.50 *
Pahang ~ RM 7.00
Terengganu ~ RM 5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan ~ RM 7.00
Sarawak ~ RM 5.20
Sabah ~ RM 6.80
Wilayah Persekutuan ~ RM 7.00
*beras wangi

Jadi, bagaimana? Bersedia menjelaskan zakat fitrah anda dengan SMS? Caranya mudah sahaja….Topup no CELCOM anda cepat2..Tak kira anda di mana boleh je bayar ke mana-mana negeri..Tapi bukan semua negeri boleh bayar pakai SMS ni..
 

Contoh:

1) Taip FITRAH PAHANG dan hantar ke 21999
(Nanti akan ada balasan arahan selanjutnya)
2) Sila taip A1 (RM7) dan hantarkan ke 21999
3) Balas dengan nama dan no. I/C, dan bilangan orang…contoh: Ali bin Abu, 801221102552, 5
4) Anda akan dapat balasan LAFAZ dan balas YA atau TIDAK dan hantar ke 21999
5) Anda akan dapat resit bayaran melalui SMS…

p/s:  Caj untuk menghantar dan menerima SMS adalah PERCUMA.




http://www.e-zakat.com.my/
http://www.e-zakat.com.my/baru/sistem/berita2/baca.asp?idno=624

Kurangkan 3kg dalam masa seminggu

Believe it or not? Target kina adalah nak kurangkan 3kg je..so total up 48kg..ok la tu kan..tak elok kurus sangat..

Kina pernah baca tak ingat dekat mana..dia hilangkan 5kg dalam masa seminggu! WHAT? 5kg!!
Biar betik betul ! Serius..nampak tak muka kina tengah serius..haha..Nak tahu macam mana? Dare to know?


Pagi : Skipping 1000x
Petang : Skipping 1000x
Malam : Skipping 1000x


Boleh ke kita buat macam tu? Kina pernah skipping straight pun paling banyak 100x je..huuu..semput..
Jom kita cuba lepas raya ni nak? (perlu la lepas raya sebab masa raya nak rembat semua atas meja tu..hehe)
Kita target skipping 100x je dulu untuk minggu first.. Nanti terkejut 1 badan kalau terus buat 1000x..terus krem..sape yang susah? Good luck everyone..

Miracle touch by make up

Just want to share with all.. beberapa bulan yang lepas..kawan kina bertunang..MUA (Make up artist) yang dia pakai adalah awyn..masa mula-mula tengok gambar nasyrah (cosmate kina)..sangat terkejut..lainnya muka dia..

sangat CANTIK!..make up ni memang miracle!..bertambah seri youuu..

muka nasyrah ni macam kina la or mungkin kina lagi banyak blemishes lagi (uwaaaaa)..so kina memang perlukan MUA yang dapat menutup cela-cela, bulan & bintang di muka kina ni..b2b yang lain nak share MUA mana yang best macam wynas bridal ni bleh la share ye?

Jom tengok kawan kina, nasyrah & pengantin yang menggunakan khidmat wynas bridal ni..

memang totally different! nasyrah u look superb!
cantik kan
comel..sape tak suke tengok weh
shading sangat penting dalam make up


P/S: NAK NAMPAK BERSERI MAKE UP MASA BIG DAY NANTI JANGAN SELALU MEKAP TEBAL-TEBAL LAGI-LAGI BEBERAPA BULAN NAK KAHWIN. kalau boleh biar nampak plain je..haha..contoh paling dekat celebrities nampak biasa je masa kahwin sebab dorang selalu mekap tebal-tebal da..kan3..





Cari nama shakina di bazar kuantan

Tak penah2 kina promote bazar ramadhan. Lagi-lagi yang dekat taman kerang kuantan tu. Kenapa?

Sebab kina ada berjual kat sana. Bazar no.6. Mambo no.6?hehe. Kina jual kuih raya. Ok2, sebenarnya ibu kina bukan kina berniaga situ, tapi buat kali pertama la buka bazar.

Cari la kuih yang ada nama Shakina's Cookies. Glamer juga nama daku di situ. Ibu kata ada letak banting gambar kina. Huu..perlu ke?haish..tak laku jangan salahkan kina ohoo..

Kalau nak datang membeli. Jangan lupa kata laluan.

kami tak mengupah indon. ni adik bongsu kina.tapi ada la gaya indon sket.haha


Cakap je " saya kawan shakina farhan bagi la diskaun sket." Ok pasni ibu mesti bising akak ni kan. haha..
nampak tak nama sape tu..hihi..huhu..

Kalau nak lagi murah datang time malam raya tu. Kita lelong 3 bekas RM50 kot. Maybe after pukul 12 malam kot. Tak pasti. Tapi for sure time lelong tu kina ada insyaAllah. Tapi kina ni pemalu sket maybe main sorok-sorok nanti. See u there!
:)

P/S: Suke biskut coklat chip yang En. Rosli jual & tak suke kuih kilang yang murah & comel tapi rasa semua sama rupa je beza.

Kenapa saya pilih 11.11.11?

Baiklah, kenapa kami memilih 11 haribulan 11 tahun 2011?

1) senang nak ingat. 
takde asyik lupa anniversary yang terus mengundang kepada masalah merajuk tido luar!..haha..tapi kalau dah banyak sangat makan semut baik kawen je tarikh apa-apa pun sebab tak dapat nak ingat.

2) hari jumaat.
akad nikah lebih afdal sebab hari jumaat kan penghulu bagi semua hari. tapi memang mana ada hari yang tak baik. semua juga baik. cuma nak ambil keberkatan saiyidulayyam itu lebih digalakkan.

3) hujung tahun
biasa hujung tahun ni budak cuti sekolah. tapi check kalendar 11 november belum cuti sekolah lagi. tapi seminggu lepas raya haji. tak pe semua pengunjung pun bukan semua dah kawen ada anak. lagi pun kenduri kan weekend. time cuti sekolah baik dorang pergi melancong ke sunway lagoon ke..hihi


4) 14 Zulhijjah 1432
kita patut tengok dari sudut tarikh bulan islam. (saya tak nak pula bagi tazkirah lebih-lebih sebab ilmu pun tak cukup). Tapi ingat 14 zulhijjah jatuh bulan haji. so check it out la kot-kot parent pergi haji. sedara mara pergi haji tak balik lagi ke..Semua bulan baik untuk bernikah..^_^..nikah itu menyempurnakan ibadah kita..

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam. (kan da jadi ustazah kat situ)


DUIT = Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal


gambar hiasan semata-mata

source: carigold

Baju Raya Contest - Chenta Hati Mid

Sebab saya ni masih baru lagi la dalam dunia blog..setahun jagung lagi..erm..neves2..buat pertama kali saya masuk contest ni..kawan lain jom la join juga ye..click sini.

contest ni dianjurkan oleh blog ini : Chenta_hati_mid
berdebar-debar ni..(poyo sket)..shy-shy cat pun ada sebenarnya..tapi saya tetap menggagahkan diri untuk menyertai contest first saya ni..jom kita tengok siapa yang kena..........................................






BAJU RAYA INI PALING VOGUE kerana saya bukan saja nampak menawan+elegan dengan warna hitam dan merah tetapi apa yang penting (bukan kerjasama ye)..tetapi tetap menutup aurat+sopan di hari raya bulan mulia..:)..Siapa kata sopan tak boleh vogue?Still ingat harga jubah ni RM89.90..murah kan?Then saya tambah dengan batu swazeski bagi liplap gitu.. 
50 patah perkataan (teringat zaman sekolah)

Rakan-rakan b2b saya yang bertuah dan spesel kena tag adalah seperti berikut:-

 Mari kita check sama-sama checklist ni yuk

1)||Chenta_Hati_Mid|| dan add dekat blogroll korg -   

done

2) Buat post title :: Baju Raya Contest - Chenta Hati Mid - 
 
done

3) Letakkan banner dalam post contest korang and link twos ke blog sy 

done

4) Letakkan SATU gambar korg pkai baju raye yg korang rase paling vouge penah korg pakai

done

5) Letakkn caption BAJU RAYA INI PALING VOGUE kerana.... [tidak lebih 50 pth perkataan]

done

6) Kemudian, Tag 3 rakan anda


done

7) Tinggalkn comment dan entry link kt post ini supaya senang sy buat aktiviti terjah
 

done


P/S:  Untuk pengetahuan semua, saya da bagi baju kesayangan saya ni kat nenek saya sebab die suke sangat..Walaupun berat hati nak bagi..lagi2 tang hujung bawah baju tu macam princess (saya perasan jadi princess) tapi saya sayangkan nenek saya lebih dari baju itu..lagipun orang kata pemberian mende yang kita sayang tu lebih afdal..(kunun-kunun cucu yang baik)..
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork