Wedding blogger: Athiah & Shahrul

Salam 
semestinya dinantikan ramai bloggers & silent readers termasuk la kina..
Kina dah mengikuti blog atia sejak sebelum kina ada blog lagi..
Rasa sungguh bertuah dijemput & alhamdulillah dapat menghadirinya..

Kina pergi dengan Pudin & Fairus (BFF merangkap OP pre-wedding..hehe)
Kitorang memang selalu bertiga, as usual kina tidur kat belakang..
Sedar-sedar je dah sampai dah kat Putrajaya, mula la mencari toilet..
Nak menghapuskan kesan-kesan tidur..hahaha..

Nama pasangan pengantin : Athiah & Shahrul
Tarikh : 28 Mei 2011 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Seri Melati, Putrajaya
Tema  : Gold, white (rasa macam champagne, tapi tak pasti) & red.
Konsep : Traditional

The Guestbook Corner
Guestbook atia sangat cantik & paper yang digunakan berkualiti sangat..
Hiasannya simple & kemas..Gambar polaroid masa nikah dipamerkan di sini..
Nak sewa kamera polaroid untuk instant photo boleh la singgah kat photoboothcorner.dba, tumpang promote ni..haha..
Sangat sesuai sebab bukan semua yang datang majlis nikah, jadi boleh tengok2 kan..
Frame tertera nama pasangan raja sehari. Abaikan kekecohan perempuan yang tengah semangat nak menulis dekat guestbook itu..
Design bunga ros tu cantik kan? Kertas pun berkualiti.
Pelamin, walkaway & pintu gerbang
Dekorasi bertemakan tradisional ni dihasilkan oleh ?? kena tunggu atia review..

*pembetulan: pelamin nikah pula disediakan oleh Bridal Sanctuary
Ada paper flower besar-besar kat tepi tu..

walkaway yang stunning la!
pengantin di pintu gerbang..suke! sebab tak crowded orang kat belakang pengantin..so kita fokus kat pengantin aje..
Busana & Make-up
Ini adalah part yang paling-paling kina suka!hehe
Baju pengantin lelaki & perempuan adalah dari Rumah Kebaya Malaysia!
Memang nampak terserlah baju yang super cantik tu kan..
Tak berkelip-kelip tengok!
Kainnya kalau tak silap songket & dilengkapi train yang panjang meleret..
memang berseri-seri make up atia by kak sitti: gambar dari ahmad fairus
Ramai yang tegur tudung atia cantik..itu juga dari Rumah Kebaya Malaysia..
A very superb job dari Kak Sitti Nur pemilik Rumah Kebaya Malaysia..
Untuk pengetahuan semua juga, MUA atia pada resepsi ini juga
adalah Kak Sitti Nur yang baru balik dari mengerjakan umrah..
Pendek kata busana & make up adalah dari Rumah Kebaya Malaysia..
(pssst: kina dah merisik kak sitti untuk post wedding dengan Ahmad Fairus hari tu..hehe)
dengan kak sitti, comel macam marshanda!hehe

Videographer & Photographer
Special playback semasa nikah atia adalah dari Wiravisual.
As usual hasil dari abang wira yang semestinya meruntun hati..
Untuk menyaksikan videonya boleh klik di sini..
Harap-harap special playback kina pun nak 
meleleh camni juga ye abang wira..haha..
(deposit pon tak habis bayar lagi..hahaha)

CST Production juga ada merakam detik majlis resepsi atia..
Masa kina & pudin balik, abang rifai minta wish untuk perantin..
Aduyai, malu gila..suara macam katon..pastu tergagap2..adei..
Harap-harap takde la wish yang kelakar tu, buat spoil aje..;P

Peveyhack yang kina pasti adalah Official Photographer atia..
Tetapi video dari Peveyhack tak pasti, kita tunggu review dari atia ye..
Ahmad Fairus juga ada! Siapa yang tak kenal ahmad fairus..
Siap cakap pudin semakin berisi..haha..padan muka..
Memang ramai photographer & videographer di majlis atia 
& semua berbaju hitam termasuklah kamerawomen kina ni-fairus fadhilah..haha
Fairus cakap ''saya pun boleh join sebab baju hitam gak''..hehe..
Doorgift
Exclusive,simple yet sweet itu yang kina boleh cakapkan..
Untuk kotak doorgift ni direka oleh CahayaKad..Cantik kan?

Dalam bekas ni ada coklat & transparent sticker yang cute..
Itu sahaja lah review dari kina..tak sabar nak tunggu full review by atia..
*atia, kalau ada yang salah kina tulis bagitau ye..hehe..
dengan zimie: sangat suke dengar zimie cakap, comel je..
Best dapat jumpa dengan semua blogger, tapi takde banyak gambar ngat..
Kita tunggu gambar dari OP atia ye..
Dapat jumpa put,nora,lisa,amy fahmi, raden,lynda,elya,si kecil,renee,zimie,
lyana mk, aliza, acik, farah, hana, amelyn, dan sorry kepada sesiapa yang tertinggal..
please let me know ya..

Lastly, tahniah buat atia & pasangannya..semoga bahagia hingga ke syurga!


Contest: SPANX free untuk bakal pengantin

SPANX giveaway by Kerry's blogshop telah tiba!

Bagi tak tahu apa itu SPANX? Dulu kina pun tak tahu..
Meh kina cite sket fakta mengenai SPANX ni..ce cite ce cite..

SPANX by Sarah Blakely ini adalah salah satu jenama underwear terkemuka dunia yang khususnya untuk membentuk tubuh badan nampak lebih anggun, sexy, montok gitu.. 

SPANX pernah direview by OPRAH, ala yang ada talkshow tu..khelas gitu..
Tak main la review by blogger macam kita ni..OPRAH pun review SPANX ni bagus dan tersenarai dalam jenama underwear yang recommended! Artis kat hollywood tu ramai pakai SPANX. Tak caya?Klik kat sini untuk lebih gosip..hahaha..
Bukan Oprah je yang pakai ok

Mitos di mana SPANX hanya untuk perempuan itu salah, sebab SPANX for men pun ada ok!kalau pudin baca ni mesti dia nak gak nanti..hahaha..
incik suami yang buncit boleh pakai SPANX for men..hehe..

Bila pakai SPANX, kita boleh tutup kesan-kesan underwear so tak payah la nak pakai G-string atau taknak pakai spenda sebab pakai ni nampak macam tak pakai spenda (Ops!) 

Material yang digunakan pun selesa je pakai, kadang-kadang tak sedar pun weh tengah pakai girdle.
Ynag penting kita selesa, selulit pulak terseksa..haha..

OK, sekarang dah tahu? Kerry's blogshop dengan murah hatinya nak hadiahkan
SPANX kepada anda di luar sana. Siapa tak nak kan?
Nak tahu syarat-syarat penyertaan kena terjah dekat entry ini ye.

Kerry's blogshop akan menaja 3 orang pemenang, bukan seorang ye..Hadiahnya berupa:

GRAND PRIZE : SPANX IN LINE SUPER HIGHER POWER worth RM166 + VS soothing Lip Balm Worth RM32

2nd runner up : 1 Victoria's secret 3 in 1 body wash worth RM62


3rd Runner up : 1 Victoria's secret hydrating body lotion worth RM50


Kina tak pernah lagi beli SPANX dengan kak kerry.
Tapi kina ada pengalaman pakai ASSET dari kak kerry.
ASSET ni adik beradik SPANX tapi murah sikit..hehe..(dasar nak kedekut jimat)

Senang nak berurusan dengan kak kerry ni. Email aje mesti balas cepat.
Kalau nak berurusan by facebook pun boleh. Ni facebook dia .
Pastu kalau korang rasa gaji tak masuk lagi, nak bayar ansur-ansur pun boleh tau.
Tapi syaratnya dapat barang lepas dah habis bayar la. Bukan ASSET & SPANX je dijual, Victoria Secret pun ada tau. Selalu ada promotion dari blog kak kerry. Jadi, follow & link la beliau untuk update yang konsisten..

Ada peristiwa-peristiwa lawak kina dengan ASSET ni.kalau ilustrate lagi ada feel.


Detik-detik lucu dengan Asset
Sebelum nak beli ASSET:

Semasa nak beli ASSET:

Selepas beli ASSET:

Resultnya? 
Kina suka sebab kina jenis suka pakai jubah. Kan kalau pakai jubah
ada aje line yang tak sepatutnya tu timbul. Pakai asset ni tak payah nak pakai kain baju kurung dalam jubah. Tapi bab menguruskan tu kina rasa tak berhasil sebab kina pakai seminggu je dah hilang ke mana..haha..tertinggal kat rumah nenek pastu dah tak jumpa..Maybe adik sepupu yang kecik2 pakai kot..hahaha..

Impian
Nak pakai SPANX masa wedding 1 Oktober nanti..hee..

Apa tunggu lagi! Tarikh penyertaan tamat hari ini iaitu 30 May 2011!
Cepat-cepat join..ada masa lagi..
Giveaway ni bukan untuk bakal pengantin aje, tajuk saja bagi gempak..:P
Yang dah kahwin atau nak kahwin lambat lagi pun boleh join ok!

Akhir kata dari kina:
''Siapa nak jadi pengantin yang hot lagi menawan haruslah memiliki
sekurang-kurangnya satu SPANX dengan harga sangat berpatutan dari sini!''

Review: Massage at Timer Beauty Spa

Salam
Ini review massage semalam..hehehe..
Berjaya juga grab satu voucher dekat MyDeal..
Voucher ni bernilai RM48..dapat apa?

Lymphatic full body massage + scrub + steam bath 
Masa: Semalam, Jam 5 lepas balik kerja pecut ke sana..
Duration: Hampir 1 jam setengah
Lokasi: Timer Beauty, Jaya One 
(dekat matrikulasi UIAM)
ataupun seksyen 17.

Hospitality: Very good! Peramah sangat.
Urutan: Urutan ni boleh melangsingkan badan..katanya..
Sakit woo..hahaha..padahal dia dah cakap sakit cakap..
Ni sakit je kina dok sengih-sengih..hahaha..
Hari ni rasa macam lebam2 je badan ni..hahaha..

Scrub: Rasanya dia pakai garam galian..
sebab masa mandi wap ada rasa masin..hahaha
Tapi kulit memang rasa ringan sebab daki seme dah kena ganyang..

Tukang urut: Namanya linda, muda lagi rasanya..
peramah yang penting takde sebut pasal promotion pape..
Siap tanya ok tak pakai avon kak? errr..tak tahu la linda..huhu
Tapi semua yang linda teka pasal kina betul la..adei..
Kakak selalu exercise ya?
Em, takde la selalu tapi tiap khamis exercise..
Patut la kaki kakak keras & kuat..

Kakak selalu keje duduk dan menghadap komputer ke?
A,ah..nape?
Patut la bumper besar & ada urat kat belakang dah lari..
Oh..iyela..tapi yang besar tu sebab genetik jugak..kah3..
Memang sakit belakang sekarang ni..

Perut kakak kecik tapi banyak angin..
Selalu makan nasik lemak eh?
Hehehe..selalu2..
Ni kina jawab dalam hati (pagi tadi baru melantak nasik lemak ayam)

Mandi wap: Kina pergi dengan kak ecah (opismate kina)
Masa mandi wap rasa macam mandi peluh..haha
First time la katakan..kalau tak tengok kat tv je..
Lagi-lagi tv game korea tu macam best je beramai2..
Kak ecah tak habis-habis nak keluar2..panas..haha..
Joan tukang urut dia asyik cakap belum habis masa kakak..
Padahal 15 minit je pun..rasa macam lama..haha
kalau dok sorang-sorang tak best kot..

Bila nak balik tu dorang hidangkan air kosong..
Lepas tu bagitahu ada promotion RM499 untuk 10 sesi macam ni..
Kalau tak harga RM1200..nak scrub perbagai bau tambah RM20..
Boleh kongsi 2 orang..kiranya sorang 250 5 sesi..takde expired date..
Tapi macam tu je la dia promote, takde paksa2 atau ulang banyak kali..
Promotion tamat end of this month..berbaloi-baloi tapi tak tahu nak ke tak..

Pulang dengan senyuman & kesakitan sikit..hahaha..

P/S: sorry takde gambar, handphone dalam bag, bag dalam rak berkunci..
sangat secure & bersih kat sini..



Wordless Wednesday 5!

Salam 

Saya rasa saya dah ada tema untuk
pre-wedding

Tiiiing!

P/S:pre-wedding sudah semestinya no aksi over.
ingat sikit, belum kahwin lagi!

DIY kad kahwin : Sudah hantar design

Salam
Intan yang sama tarikh dengan kina ingatkan kina
supaya update tiap apa yang kina buat..supaya menjadi reminder dia..haha..

Kina baru je hantar design kad kahwin 30sen kina tu..hihi..
Hantar pun by email sebab malas nak cari parking atau naik LRT..
(cakap je ko malas kina..haha..Memang!)

Butiran kad: 1000 keping
Harga : 30sen
Vendor: My One Card
Warna: Putih & Grey
Tema: chandelier + paper lantern + rhinestone

kira tema english ke kotemporari eh? entah la.
Design chandelier & paper lantern tu taken dari google image..
pastu design try and error sendiri pakai paint & photoscape..
2 2 free software.

Peta memang fail la nak buat sendiri..haha..minta myone card yang buatkan..
Harap sabtu ni dapat tengok draft pertama..amin..



Contest: Entri Impian Perkahwinan Innershine

Salam 

Entri ini tidak ada niat untuk berlagak atau menunjuk-menunjuk, 
cuma ingin berkongsi kegembiraan & juga permintaan dari teman2..

Pada bulan April lepas, ada opismate & rakan-rakan kina,
minta kina cuba nasib 1 contest ni..dorang pun tahu kina suka join..
Contest apa la pulak kina masuk kan? Mula-mula macam ragu-ragu..yela..
Penganjurnya memang dah gah, lagipun siap ada tertera di akhbar dan media..

Ye, Innershine ada buat contest tarikh tutup 30 April 2011..
Kebetulan kina memang minum innershine
Sebabnya nak raut wajah berseri gak..haha
Dan sambil tu nak buat doorgift bunga rampai macam xora..
Dah ada 200++ botol pun..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu bagi botol tu jugak..

Berikut adalah keterangan mengenai peraduan impian perkahwinan Innershine.
Post kan impian perkahwinan anda tidak melebihi 500 patah perkataan
kepada Innershine dengan 2 bukti pembelian pack Innershine.
2 pack = 12 botol Innershine.
Hadiah untuk pemenang:
1 Hadiah utama: 
RM1000 duit belanja kahwin 
+ barang hantaran innershine bernilai RM150
+ bunga telur innershine bernilai RM2000

3 Hadiah saguhati:
barang hantaran bernilai RM150
+ bunga telur innershine bernilai RM2000
(bezanya duit belanja kahwin)
*digubah oleh shajaratul 
*boleh baca keratan akhbar metro di sini.

Kina dapat tempat ke berapa?
Tempat ke saguhati..hehe..ok la tu..
Ya Allah, memang tak sangka sangat..

Nak tahu esei yang kina hantar? yup..
esei itu pernah jadi entry join contest CST & lynda rahim..
Masih ingat kisah what hot is going hotter yang kena like2 tu..
Kalau kena like memang la susah sangat nak menang..hehe..

Kina edit je entri contest tu..
puas jugak nak potong bagi tak banyak patah perkataan..

Hasilnya ini la esei tersebut..


Dear Innershine,

Hi, saya Sharifuddin. Saya menghantar surat ini adalah untuk mengutarakan 
impian perkahwinan saya kepada Innershine yang sememangnya sudah terbukti menambahkan seri raut wajah ramai pengantin di luar sana.

Saya seorang lelaki biasa, dengan pekerjaan biasa, kereta biasa, rumah biasa,serba serbi biasa tetapi mempunyai impian luar biasa  berkahwin dengan seorang wanita yang luar biasa.

Kenapa sungguh luar biasa? Kerana setelah 10 tahun baru saya menjadi teman di hatinya. Hari ini sudah genap 10 bulan dia menjadi kekasih hati saya & juga sudah menjadi tunangan saya. Bulan 10 ini majlis kami..InsyaAllah..

Tetapi saya tahu, 10 tahun gaji saya pun tidak cukup untuk membuat majlis idaman 
& impian saya ini.

Di bawah ini saya lampirkan bukti pembelian & impian saya untuk majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 30 Sept 2011 & 1 Okt 2011.

Sebelum berkahwin tentunya ada proposal atau melamar. 
Saya ingin membawa wanita yang saya cinta ini ke sebuah restoran 
di Paris dengan menempah 1 restoran supaya tiada  siapa boleh mengganggu 
saat saya melamarnya.

Ya, pada waktu itu adalah pukul 12.00 tengah malam. Meja kami betul-betul di sebelah tingkap yang menampakkan menara condong Eiffel yang menakjubkan serta bintang-bintang yang berkerlipan. Semestinya si dia akan terharu dan menerima saya sebagai suaminya.

Pernikahan kami

Akad nikah kami adalah pada waktu malam. Di mana tempat kami menyarung cincin dikelilingi lilin kecil. Tetamu juga memegang 1 lilin di tangan tanda setuju kami disatukan pada hari itu.

Kami akan sign 1 nota kecil tanda ikrar kami & memasukkan ke dalam tanglung
seterus dinyalakan & diterbangkan ke udara. Tetamu kami juga sama-sama menyalakan tanglung.Suasana malam dengan tanglung berterbangan sungguh romantic bukan?

Persandingan

Tema untuk majlis resepsi kami adalah LOVE LIKE BURNING WINTER.
Jika tidak boleh ada saljinya tak mengapa. Majlis masih boleh dibuat mengikut tema itu.

*Pelamin : Pentasnya diwujudkan asap-asap putih. Backgroundnya pula seperti rumah eskimo atau rumah yang ditutupi salji di atasnya. Ranting-ranting yang dihiasi dengan lampu-lampu kecil. Kerusi kristal yang lutsinar menjadi pilihan singgahsana
kami.

*Busana : Sudah pasti direka oleh Rizalman yang mempunyai unsur-unsur
winter wedding.

*Upacara menukul ice : instead of memotong kek biasa, kami akan menukul ice
bersama-sama. Hasilnya adalah kek berbentuk eskimo tertera nama kami S&S
(Shakina & Sharifuddin). (kek sememangnya sudah terbentuk kami hanya perlu
menukul sedikit sahaja..kami bukan penukul profesional..haha..)


*Tetamu : Dapat merasai makanan yang panas-panas di dalam dewan yang dingin.
Sayaingin meletakkan seorang chef di setiap meja seterusnya mereka melihat sendiri
chef itu masak. Tetapi chef akan berhenti memasak semasa ketibaan 
perarakan pengantin kerana kami taknak chef menjadi perhatian lebih dari raja sehari pula.

*Pertunjukan api: Pertunjukan silat atau gamelan mungkin tidak sesuai dengan tema.
Oleh itu, saya akan menyelitkan persembahan meniup api dari mulut semasa makan beradap kami.Unik bukan menyaksikannya secara live..Tetapi pihak bomba wajib ada. haha..

*Belon panas : Selesai majlis, saya ingin menaiki belon panas bersama isteri.
Di belon panas itu tertera perkataan Newlywed Shakina & Sharifuddin! Seterusnya
kami menuju ke destinasi honeymoon kami dengan belon panas itu. Macam tak logik,
tapi praktikal jika kawasan berdekatan..;P

Selepas perkahwinan
Kami mungkin tidak dapat majlis seperti di atas. Itu sudah pasti!
tapi kami berharap & berdoa dapat hidup bahagia bersama 7 anak kami. 
Iye. bukan 1 atau 2 atau 3 tapi 7 anak kami.;)..
                         
I really want to make my fiance feels like she is the happiest bride
in the world because she already makes me one. I know if I win this she will be.
Perhap, the marriage is the most precious & important thing than the wedding itself.
Doakan kami bahagia hingga ke syurga.
Amin.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Sharifuddin

Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat
10/4/2011

Entri penuh tanpa editing boleh tengok di sini..


Yes..kina pakai nama pudin untuk sertai contest ni..yela entri die la kan..
Kina dah cakap dah kat pudin yang kina guna entri tu dan nama die..
So takde la surprise sangat kan..hahaha..

Tapi masa orang Innershine call nak inform menang..
Boleh pulak dia blur2..yela..tengah keje kan..hehe..comel je..
Tapi pape pun..

Encik Sharifuddin, this winning is for you..

 Jangan lupa klik like fanpage innershine club untuk contest2 akan datang ya!

P/S: Put tanya masuk paper ke? 
Wallahualam..tak kot..tapi kalau masuk pun
mesti la nama Mohd Sharifuddin yang keluar..hihihi
Thank you Allah for this kurniaan rezeki..:)

Teaser baju nikah

Salam
 Firstly, kina nak ucapkan ribuan terima kasih buat adila,
Sebab sudi menghadiahkan kina buku tips perkahwinan ni..
Kina sangat-sangat menghargainya tau! TQ!
Tips perkahwinan mudah, meriah & jimat. Itu yang kita mahu!
Berbalik kepada baju nikah..sebab ramai minta sket teaser..
Ha..ni kina bagi teaser sikit buat korang yang setia baca blog ni..

Pada mulanya tak nak letak teaser la, sebab macam segan je..tutup muka..
Tapi sebab korang ni suka buat kina terharu dengan komen2 korang kan..
Kina tepek bahagian yang kina paling suka iaitu belahan dedua kain baju nikah ni..

warna: biru.pink.purple tone dengan chiffon biru di luar

 Sebagaimana yang kina pernah cakap baju ni jubah ala-ala dress..
Alhamdulillah dah siap jahit by tailor tapi tak lengkap lagi..
Sebab belum ada beading ke ape-ape..nak tapi sikit je la hiasan kot..

Maybe akan DIY (tapi orang lain yang DIYkan boleh?)
Takut gila nak pakai baju ni sebab chiffon tu rasa macam.....
Aiii!!!..macam nak tertarik aje..risau mak.. : p
Tapi kain tone lycra belah dalam tu selesa & rasa sejuk..best pakai..

P/S: Tak tahu nak letak beading bahagian mana..
Sebenarnya tu biru apa ye?hahaha..yang penting biru..
pakai jugak warna favourite!

Wordless Wednesday 4!

bila tengok ni tergelak-gelak aje..source: here

Buat peminat spongebob tapi suka dragonball z jugak macam saya..hehe..

Spongebob Z!


Car plate & car sticker

Salam

Kina suka idea plate kereta & car sticker menghiasi kereta pengantin..
2 2 benda yang sangat comel & romantik gitu..haha..
(kalau kina pasang mesti kena dengan bebel dengan ayah)
Tengok plat kereta xora di sini
taken from here. mereka di Malaysia ok. harga RM55 (tapi tu tahun 2006)
Macam plate kereta mungkin sukar sikit kalau dewan jauh..
Moreover, jangka hayat plate kereta tu mungkin sekejap..
Maksudnya boleh pakai sekali je lepas tu simpan buat kenangan..

Kalau car sticker tahan lama..murah pun murah dari plate
yang penting tak perlu risau JPJ..hee..
Taken from here

Car sticker tak semestinya tulis Just Married..
The Bride & The Groom. Taken from here
Time honeymoon pun boleh..;P
So be creative!

P/S: Haish..tak sabar nak tengok Pirate of Carribean..

Baju Nikah 1..siap!

Salam
Alhamdulillah, baju nikah sudah siap! 

 Hasilnya?
Ok, suka..jahitan kemas!

Pelik ke?
Kain lycra 3 warna tu bahagian dalam..
Bahagian luar kain chiffon biru, terbelah nampak warna warni tu..
So, tak nampak pelik kot..

Harga upah jahit?
Bagi sesiapa yang pernah baca post kina tentang ini..
Kina bajet kos upah dalam RM200++ tapi sebenarnya..
RM180!Ok la tu kan..takde beading la tapi..hehe..
Kina hantar dekat tailor biasa aje kat Kuantan, namanya kak ina..
Kak ina tu pun cakap mahal sikit sebab kain tu susah nak jahit..
Yela 1 kain liat 1 kain sensitif nak mampus..

Design?
Dress jubah simple memang simple..
kalau buat raya memang orang tak bajet tu baju nikah..haha..
tengah pikir macam mana nak topup dengan beading atau hiasan yang sesuai..



Checklist: 4 bulan sebelum hari itu

Salam 
Akhirnya berjaya menyiapkan checklist untuk melihat progress..
Checklist pending-done-to be confirmed yang pertama dalam blog ni..
Nampaknya banyak merah dari biru..huhu..

Done: maksudnya dah settle!
To be confirmed: dah discuss tapi belum buat!
Pending: tak buat malah tak pikir lagi!

Ini checklist 4 bulan sebelum..akan cuba update setiap bulan..

1. Tarikh :
Nikah : 30 September 2011 (night)
Resepsi : 1 Oktober 2011 (day)
Bertandang: To be confirmed

2. Theme & concept:
Nikah : Tiffany blue + Pink + Lavender (To be confirmed)
Resepsi : Dark Purple + Mauve Pink + Grey (To be confirmed)
Bertandang : Pending

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
Hiv Test: Pending
Borang Kebenaran Nikah: Pending

4. Venue
Nikah : Rumah, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Resepsi : Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota, Kuantan
Bertandang: Rumah, Felda Tembangau, Pahang

5. Catering/Canopy
Nikah : Done (ibu’s task)
Resepsi : Already paid deposit RM500. Balance-Pending
Bertandang: Pending

6. Pelamin
Nikah : Mini pelamin-Done (fairuz’s sponsor)
-Decoration: Flower paper (To be confirmed)
-Design: Done
-Bantal nikah: Already paid deposit RM250. Balance-Pending
Resepsi : Already paid deposit RM100. Balance-Pending
-Decoration: Pending
-Design: To be confirmed
Bertandang: Pending

7. Photographer
Nikah : Done (Mohd Razali sponsor)
Balance on accommodation+transportation-Pending
Resepsi : Done (Mohd Razali sponsor)
Bertandang: Pending
Choices of pose: Pending

8. Videographer
Nikah: Done (WiraVisuals) Balance 60%- Pending
Resepsi: Done. (WiraVisuals)
Bertandang: Pending
Choices of songs: Pending

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: Pending. (Still with tailor in Kuantan)
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.

Resepsi:
-Dress: Done (Rumah Kebaya Malaysia sponsor)
-Tudung: Pending.
-Veil: Done (Rumah Kebaya Malaysia sponsor)
-Shoe: Done (Gavy)
-Accessories: Done (Rumah Kebaya Malaysia sponsor)
+Outdoor dress: Done (Dina Halim sponsor)

Bertandang:
-Dress: Pending. (Already email designer) To be confirmed.
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.

10. Makeup
Nikah: Test make up- To be confirmed
Resepsi: Test make up- To be confirmed
Bertandang: Pending

11. Doorgift
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
-VIP doorgift:Done Ole-ole manis sponsor 
-Guest doorgift: Pending.
Bertandang:Pending

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang:Pending

13. Hantaran
Bilangan dulang: 5 berbalas 7
For shakina: Pending
  1. Mas kahwin & Cincin-Done
  2. Handbag-Pending
  3. Fererro roche-Pending
  4. Make up set/Perfume set-Pending
  5. Cake-Pending
To decorate: SuriWeddings sponsor

For sharifuddin: Pending
  1. Cincin-Pending
  2. Kasut-Pending
  3. Digital frame-Done
  4. Jam tangan-Pending
  5. Perfume set-Pending
  6. Al-Quran-Pending
  7. Buah-buahan-Pending
To decorate: Wan Intan sponsor

14. Cincin kahwin
For him: Pending
For her: Done

15. Invitation Card
Nikah & Resepsi: Asmawi sponsor
-1000pcs = RM300
-Balance: RM250
-Design: Pending
-Printing: Pending

16. Cake
Nikah: Pending
Resepsi: None
Bertandang: Pending

17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Pending
Resepsi: Pembaca doa-Pending
Bertandang: Pending
 
18. Handbouquet
Nikah: Done (Dina Halim sponsor)
-Types & colors of fresh flower: Pending
Resepsi: Pending (DIY bunga crystal)
-Types & colors of crystal: Pink, Purple, White
Bertandang: Pending
 
19. Guest List
Nikah: 200 invitees. To be confirmed
Resepsi: 1200 invitees. To be confirmed

20. MC/Kompang/Entertainment
MC: To be confirmed
Kompang: Pending
PA system: Pending (Ibu’s task)
CD of songs: Pending

21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids & Bestman
7 Bridemaids: Nojie, Firuz, Jan, Zana,Ain,Nissie & Adik-Done
- Bridemaids dress: Kebarung, pink, satin & batik-Done

5 Bestman: To be confirmed.
-Bestman outfit: Baju Melayu, black-Pending

Resepsi: Asmawi & Nojie’s task-Pending
Dress: Baju melayu & Baju kurung moden.
Color: Grey
Bertandang: Pending

22. Dresses for family
Resepsi: His family & her family.
His family:Light purple - Pending
Her family: Pink - Pending
30 corsages: The craft potion sponsor :To be confirmed
Bertandang: Pending
23. Bilik pengantin
Katil: Done
Decoration: HK d├ęcor sponsor

24. Signage
Resepsi: 20pcs.
Location: Done allocate.
Design: Pending
Printing: Pending
Welcome sign: The perfect canvas: Pending
  
25. Facial/Massage/Inai
Pending

26. Honeymoon
Date: 4 oct – 7 oct 2011 (To be confirmed)
Location: Bali (To be confirmed)
Tickets: Pending
Accommodation: Pending

27. Pre/Post Wedding
Photographer: (Pre) Fairuz Fadhilah sponsor & (Post) Ahmad Fairus sponsor
Theme: To be confirmed
Outfit: Pending
Location: To be confirmed
Date: To be confirmed

Banyak lagi tak siap ni..Pelan-pelan kayuh..hehe.. 

P/S: Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan segala urusan..
Terima kasih yang tak terhingga buat semua penaja kami..
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork