MyZealed & Color contact lens

Salam 
 Honestly kina tak pernah pakai contact lens atau menyentuhnya.. 
HAHA..cakap la kuno ke kampung ke..memang tak pernah la..

Teringin nak pakai masa kahwin..so orang kata kena try-try pakai sekarang..
Nanti takde la rasa tak selesa bila tiba masanya..ecececee...orang kata la..

Hari ni macam biasa buka MyZealed Discount Blog tengok-tengok la..
MyZealed ni dia kumpulkan dan publish voucher-voucher yang best..
Bukan beli voucher dari blog ni tau..It is compilation of vouchers.. 
Dari semua tempat macam mydeal ke superdeal ke milkadeal ke..
So kina takkan terlepas tahu voucher yang best-best..
Sebab tu kena follow & link MyZealed ni..

Ehem..
Jumpa la 1 discount yang menarik tentang contact lens dari I Love Discounts..
Ini la yang nak dijadikan ceritanya post hari ni..hahaha..
63% Off - RM32.90 for A Box (One Pair) of FreshLook Colorblends Contact Lens (MONTHLY) instead of RM90 - Free Delivery Throughout Klang Valley

Color contact lens yang monthly disposal punya..murah tak?
Siap lagi free delivery ke muka buku pintu..jimat parking & masa..
(oh..sila baca ayat bawah ni dengan nada iklan dragonball ye)
Sebenarnya, contact lens dia ada 12 color semuanya..

yang hijau ni macam hantu cite omputeh je..kan2?haha
Nak pilih warna contact lens bukan la kena mengikut baju..
Kina pernah nampak orang pakai warna merah..macam dracula..
Scary..hihi.. 

Kina suka warna hazel & sterling gray..
Pernah tengok orang pakai..lawa..tak over menipu..kahkahkah..

Ini tips pemilihan warna bagi contact lens mengikut personaliti..

  • If you're comfortable being the center of attention, then you may want to have an eye color that everyone notices immediately. For example, you might choose green or blue lenses if your natural eye color is brown. The green or blue eye color will stand out from your appearance if you have a warm-toned skin and hair.
  • If you just want others to notice you're different without losing your natural look, you may be satisfied with a subtler eye color change. For example, you may choose a green colored lens or, alternatively, blue enhancer lens if your eye color is blue.
  • If you're an introverted person, you may choose colored contacts that have similar tones. For example, your skin, hair, make up and your natural eye color are cool-toned. You may want to choose cool color contact lens such as blue or green to get a perfect match.

Ini dari sudut mata orang putih,
so pandai-pandai tukar dari sudut mata orang tak putih eh..
credit to : presbyopia-contacts

Nak beli voucher ni cepat-cepat..ada lagi 4 hari lagi..
Valid sampai October 2011..


L.O.V.E.R.I.N.G bukan cincin

Salam,
Hari ni bukan nak cakap pasal ring atau cincin ye..

Bagi yang belum kenal L.O.V.E.R.I.N.G, meh kita berkenalan.. L.O.V.E.R.I.N.G menyediakan :

kelengkapan perkahwinan, cenderahati, goodies bag, bunga telur, gubahan hantaran pertunangan, perkahwinan, majlis formal atau tidak formal,paper bag, hamper, perhiasan rumah, coklat bar, coklat bar wrapping dan lain- lain
Pening nak DIY? Takde masa? boleh la tempah dengan L.O.V.E.R.I.N.G..
Lets take a look at some of L.O.V.E.R.I.N.G products..
jar bulat + hiasan rm 2.90. kalau jar sahaja rm 1.00 untuk 500pcs ke atas.
common jar + ribbon+sticker rm 1 harga promosi, harga asal rm 1.50/pcs
coklat bar saiz 11cm(p), 6cm(lebar), 1cm (tinggi). harga rm 2.50/pcs

L.O.V.E.R.I.N.G juga ada menyediakan wrapping coklat sahaja..
yela kot2 korang nak beli coklat tu sendiri ke buat sendiri ke kan?
Nanti DIY jela dengan me'wrap' mereka..
Sekarang promosi wrapping coklat hanya RM0.30/pc.

Bunga telur pun ada macam-macam jenis! Rimbun & romantik tak yang ni?

Nak yang classic dengan dip, sweet dengan stokin atau comel dengan bear pun boleh..
suka yang bear..harga bunga telur bear RM3.50/pc! sesuai buat bunga pahar..
boleh request design bunga telur teddy bear ikut citarasa..

Bunga tangan pun L.O.V.E.R.I.N.G boleh buat untuk anda!
Yang atas bunga fresh flower, bawah adalah bunga span
Kina suka frame kecik ni..Less than RM3 untuk 1..
boleh letak dekat meja beradap ke candy buffet ke
guestbook corner ke kan?
cute sangat
 Jom kita terjah L.O.V.E.R.I.N.G untuk lebih details tentang produk-produk lain..

Berminat? Boleh hubungi L.O.V.E.R.I.N.G terus!
TEL : 017-6929840
EMAIL : 
lurvering@gmail.com
YM : my_dlove
FACEBOOK : iena_zainal@yahoo.com



Disclaimer: This post is fully sponsored by L.O.V.E.R.I.N.G.
Sila berurusan terus dengan 
L.O.V.E.R.I.N.G untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan 
L.O.V.E.R.I.N.G    

adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)

I wanna marry u!

Salam
Oh, lama tak jenguk blog rasanya..
Baru balik dari terengganu kite outstation 3 hari..
Rasa sangat best! Rasa release tension! Rasa happy!

 Buat bride to be yang tension sampai rasa tak nak kawen tu..
Meh tengok video ni..kina tengok dari blog intan..

MasyaAllah..comel gile kan? cool gile budak perempuan tu..
Super duper cute la..

Gila stress!

Salam 
 Yes..too stress right now.. Bukan stress sebab nak kahwin..
It just something that i cant tell anyone..anyone..;( 

 Rasa macam nak jerit,tumbuk & tampar sekuat-kuatnya.. 

I hate this kind of feeling.. 
 I need my Captain Jack Sparrow right now..heh..=_=..fullstop..

Dah lega 1/10 lepas post..

Memang Sedap Sedap Belaka la

Hehe..thank you sin chan..yup..you read it right! Hari ni kita cuci mata ye..
Sebelum kita berpuasa bulan depan..Haip2..Dah habis ke ganti puasa?
Kina dah raya hari ni..hahaha..

Pernah dengar Sedapsedapbelaka
Tengok nama pun dah tahu apa produknya kan?
Yes, untuk bakal pengantin yang mencari-cari dekat mana nak tempah kek..
Yela, masa upacara potong kek mesti la nak kek comel lote kan..
Tak untuk potong kek pun,untuk buat hantaran kahwin ke..
Untuk doorgift pun ada..In fact untuk birthday boleh ke ala semua boleh lah..
Boleh la tempah dengan Sedapsedapbelaka ye..
Comelness!! Macaron pun ada! Source: Sam Rais

Mini fondant cake untuk hantaran

Cake birthday yang sungguh chocolatey!

Ok, sekarang yang tengah IN dan A-Must-Die-For RED VELVET pun ada!
Nyum2..Dengan tekstur lembut lepas tu ada cream cheese..Masuk mulut je..Ahaa..
Dah meleleh dah air liur tu..:P..hahaha..
Red Velvet yang pasti menggigit jari..;)

Lagi sebulan lebih nak raya ni boleh la usha-usha biskut raya..
Beli banyak dapat discount ok dari Sedapsedapbelaka..
Kita tengok sikit pricelist & gambar biskut raya dari Sedapsedapbelaka..
Gambar ikut turutan: Choc&coffee wafer, Oreo donut cookies,Tart,Popia nestum

Choc&coffee wafer: RM16/50 pieces
Oreo choc donut cookies: RM23/50 pieces
Classic Pineaplle tart: RM24/50 pieces
Popia Nestum: RM10/balang

Yang kina pasti kina nak try yang ini..tak pernah nampak kat mana-mana lagi..
Heh..
Coklat yang sangat super banyak!!!!!


Choc Roses Cashewnut: RM28/50 pieces, RM15/25 pieces..
harga pun reasonable kan??

Tak puas tengok kesedapan dari Sedapsedapbelaka? Nak tengok lagi?
Taknak tengok tapi nak tempah terus? Bukan dengan kina ye..
Sedapsedapbelaka boleh COD juga ye..(cash on delivery)
Tengok kat bawah ni untuk maklumat lanjut!

Facebook : Sedapsedapbelaka
Email: blissnlunacylovers@gmail.com (hana)

Ramai dah mencuba & memberi testimoni mereka. Anda bila lagi?

Disclaimer: This post is fully sponsored by Sedapsedapbelaka .
Sila berurusan terus dengan 
 Sedapsedapbelaka  untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan Sedapsedapbelaka  
adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)


T&C Nikah & Resepsi

Salam

T for Theme, C for Concept!haha..
Bukan Terms and Conditions ya..:P

Tema adalah lebih kepada pemilihan warna untuk majlis tersebut.
Sekarang bride to be semakin berani bermain dengan warna.
Macam-macam warna combo dah ada. Teringat Combo KFC plak..
Cett..dalam-dalam puasa ni..hari ni last woo lunaskan hutang..;P
Gara-gara tak ingat terpaksa la ganti banyak-banyak untuk keselamatan..

Berbalik kepada combo warna, di bawah ni combo warna untuk
majlis kina nanti..Bertandang hold dulu sebab takde pape pun lagi..
Nikah 30 Sept 2011:

Resepsi 1 Okt 2011:

Konsep pula adalah konsep la..haha..tak reti nak terang..
Ala macam English Garden ke, Traditional Classic ke, Vintage ke..
Konsep majlis kina pun masih blur-blur tak tahu masuk kategori mana..

Nak kata English berkebaya bertanjak bagai..cewah..
Nak kata Traditional pula pelamin macam English sikit..cewah..
Nak kata Vintage takde la kevintagean pun tapi suka vintage..hurmmm..

What say you? Kena tengok dulu la kot eh 30 sept & 1 okt nanti..;P

P/S: Sebelum nak fikirkan tema & konsep
Mesti cari baju yang sesuai dulu..
Bila dah tentukan warna & design baju..
insyaAllah tak pening sangat nak pilih tema & konsepnya!





1st time design pelamin

Salam
Lepas meeting yang menyebabkan dengupan jantung kencang dengan pengarah tadi..
Kak kerol ''tengok rambut dah takut''..haha..takleh blah..
Rasa gatal tangan nak guna paint lakar design pelamin untuk 01.10.11

Pelamin kina bukan yang 50kaki atau 30 kaki pun..20kaki je dewan kina..
Bajet pun ciput..Harap-harap vendor dapat la buat macam yang diidamkan..
Patutnya hantar design bulan ni tapi terlalu busy..haish..

Tapi design bawah ni olok-olok je tau..testing-testing pakai paint..
Rasa macam budak-budak pun ada..kelakar..bantai gelak je ngan pudin..

Tapi pudin cakap comel..Eleh..saja perli la tu..
chandelier pun dah macam ape je..haha..15minit punye design..
Ayunye warna pink..heh..kata pink silver purple white..
Bayangkan kina kat tingkap kanan,pudin tingkap kiri..hahaha..
Lepas tu korang duduk dekat atas kerusi tu ramai2..haha
Rasa macam nak kerusi sofa belakang plak..atau kerusi panjang..
Banyak songeh la ko kina..

Nanti anak cucu boleh la tengok ni lukisan nenekmu pakai paint..
Ntah-ntah masa tu dah tak main la paint-paint ni nek oi..lukis je atas ipad..hoh..

Harus berusaha lagi..Jia You!!




Drama kad kahwin

Salam
Selepas menerima draft kedua & submit sikit pembetulan..
2 minggu kina tunggu email dari si A yang bertanggungjawab mengedit..
Akhirnya kina & pudin membuat keputusan pergi ke kedai terus ahad lalu..

Sampai sahaja hanya bos kedai yang ada..pekerja lain cuti 2 hari..
Sebab BERSIH pada hari Sabtu lepas, jadi bos bagi cuti..

Encik bos bertanyakan invois & mencari-cari butiran kad kami..
Namun tidak ketemu jua..hehe..ayat novel gituuuu..

Encik bos tanya siapa yang berurusan dengan kina..
Kami jawab la si A bukan nama sebenar..

Encik bos cakap patut lah terkendala..sorry ya..
si A dah berhenti & bawak lari duit kedai..
Ya Allah..Macam-macam..patut la si A buat kerja nak taknak..
Tak ikhlas dalam berkerja..semoga Allah ampunkan dia..

Kalau tunggu lagi mau je tak dapat2 finalize design..

Encik bos bilang akan minta pekerja lain email balik design..
Kalau ikutkan hati yang cerewet nak lagi edit-edit..heh..walaupun 30sen je..
Tapi nanti ada jugak yang tak dapat kad ni kang..takde orang datang..haha..
Lagi 77 hari je lagi..at least sebulan sebelum dah kena siap..
Yang penting map & nama betul orite dah tu..

Alhamdulillah, dah confirmkan untuk print..Tak sabar nak tengok kad nama sendiri..
^__________^

p/s: sempat tak nak diy rhinestone ni..be positive..buat masa puasa..

Look gorgeous with Kerry Blogshop!

Salam,
Bride to be mana yang nak nampak spare tayar 2 3 lapis?
Bride to be mana yang nak orang cakap berisinya dia?
Bride to be mana yang nak tengok bridemaids dia lagi cun?

HAHAHA..ok..saya tak nak..walaupun bridemaids saya memang lagi slim..
Serius..Tak caya tunggu tengok 1 Oktober  2011 nanti..hehe..

Bagi kina nak 100% transform tu memang susah la..
Kita bukan la Bumble Bee Ataupun Megatron..heh..
Tapi baik la kita berusaha & berikhtiar..Allah suka itu..
Pertama semestinya senaman & jaga pemakanan kan?
Tapi kalau dah tinggal sebulan dua macam kina ni.
Lepas tu asyik makan McD & maggi..hahaha..berat makin bertambah..
Nak hasil yang instant, fast & affordable price plak tu kan?

Jadi macam mana? Sebagai pengguna SPANX, kina memang recommendkan 101%..

Bila pakai SPANX ni bukan rasa selesa je..buat kita rasa lebih yakin..
Tapi masa awal-awal semput jugak nak memakainye..ketat mek! hahahaha..

Kina tahu kina bukan la kategori gemuk, tapi lebihan lemak tu ada la jugak..
Bila pakai SPANX ni lemak tu macam lebih tersusun..well-organized kata omputeh..

Kalau pakai terus jadi kurus tu memang menipu la..
Tapi pakai memberi ilusi lebih kurus tu memang iye..hahaha..
Sebab tu la namanya INSTANT SHAPER!

Dekat mana nak beli SPANX dengan harga paling MURAH?
Mesti la dekat Kerry BlogShop! She is also a bride blogger ok!
Hanya bakal pengantin yang tahu apa yang bakal pengantin mahukan..heh..
Cakap je tahu dari blog kina, mesti dapat diskaun lagi tau..= P ok tipu.

Risau kalau beli online tak muat? 
Tak sesuai dengan saiz anda? Jangan risau!
Sebab dah ada size chart. Kina pun tak pernah beli test dulu..
Bagitahu berat & tinggi korang je..
Kerry akan suggestkan saiz yang sesuai dengan lemak degil kita..haha..

SPANX ni dah memang well known dah..Dekat Malaysia mungkin baru beberapa tahun..
Tapi dekat oversea tu memang dah tak perlu diperkenalkan lagi..Glamer gitu..
OPRAH & ramai artis hollywood pakai untuk menyembunyikan apa yang terjojol..hee..

SPANX bukan sekadar seluar ketat..tapi macam-macam ada..boleh jenguk dekat sini!
Dekat kerry blog shop pun bukan sekadar ada SPANX..Victoria Secret pun ada ok..
Kina pernah pakai lotion Victoria Secret memang wangi & lembut pada kulit..

kepada yang mahu membuat set hantaran, boleh la beli koleksi VS ini.
make up set, body care set, lingerie ,  macam-macam ada!
you just name it and Kerry will quote the best price for you! 
the MORE you buy the CHEAPER u get from kerry blogshop!

Harga sangat berpatutan iye..Jadi apa tunggu lagi? Order cepat2 dengan kerry..
Sebelum hari anda ditabalkan sebagai Ratu Sehari tiba..Kina dah ada 3 koleksi dari Kerry..
SPANX 1, ASSET 1 & VICTORIA SECRET 1..^____^
Yang kina pasti kina akan pakai SPANX masa 30/9/2011 & 1/10/2011 nanti..

Bagi encik tunang perut bahagia sikit tu a.k.a buncit..hehe.
Boleh la hadiahkan si dia SPANX for MEN..
Bagi mereka rasa slim melim jugak macam kita..haha..best kan?

Sebarang pertanyaan boleh la email terus kepada kerryblogshop@yahoo.com


Siapa yang dah pernah pakai SPANX, ASSET & VICTORIA SECRET ?
Angkat tangan dengan testimoni & komen anda ye..:)



Disclaimer: This post is fully sponsored by Kerry Blogshop.
Sila berurusan terus dengan Kerry Blogshop untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan Kerry Blogshop
adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)




Pre-Save-the-Date

Salam..
Tajuk tak boleh tahan..semua nak ada Pre la kan..:P
HAHA..mengarut je..
Takde la, ni gara-gara kunjungan ke Pameran Pengantin Malaysia..

Best! Will have a review about it..tapi mahu tepek ini dulu..
Gara-gara nora mintak tepek..& tuan puteri yang nak jadi judgenya..

Sila komen ye tuan juri..haha..gaya tak? ke tak kenal dah?

Mempersembahkan..
Lukisan karikatur by Geng Lukih @PPM, PICC


pudin macam pakcik2..haha..sling bag kina tak tinggal..:P
 P/S: macam orang puteh jumpa orang melayu dekat new castle..haha..

Advertise with us

This is a sticky post! Scroll ke bawah untuk update terkini!
Greetings

Do you have a unique Wedding product or Wedding services for the world to take notice? Why don't you ease your worries as  Journey of Bride to Be is capable to promote yours !!!

How about for those who only seek to rent accesories for the wedding Bride? 
No problem as we accomodate as well !!!

This is our statistical analysis: 
1) Average of 20000++ Page Views Per Month
2) 400,000++ Unique Visitors since the established of blog
3) 1000++ followers & counting

So ready to have your product reviewed by Journey of Bride to Be

Your product or service will be promoted through our blog and remained forever which is significant for internet users via google keyword search of your product or service. 

For other promotional purposes, feel free to email us at shakina.farhan@yahoo.com as we are tailored to suit your business prospects.

Don't miss out on this great & reasonable offer !!!











------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum


Adakah anda mempunyai produk perkahwinan atau servis yang unik untuk berkongsi dengan para bakal pengantin? Jangan risau kerana Journey of Bride to Be akan cuba menolong anda membuat promosi.

Untuk sewakan aksesori buat bakal pengantin? 

Tiada masalah kerana kami boleh memenuhi keperluan anda juga. 
Iklankan di sini!


Ini adalah analisis statistik blog kami: 
1) Purata lebih kurang 20000++ Page Views setiap bulan
2) 400,000++ Pelawat unik sejak penubuhan blog ini
3) 1000++pengikut & semakin meningkat


Oleh itu, sudah bersedia untuk produk atau servis anda diulas di Journey of Bride to Be



Anda boleh nego pembayaran, produk atau servis anda akan dipromosi melalui laman web kami dan kekal untuk selama-lamanya kerana penting bagi pengguna internet yang mencari produk atau servis melalui google keyword search. 


Sila email kami melalui shakina.farhan@yahoo.com kerana kami akan cuba memenuhi prospek perniagaan anda.

Jangan lepaskan tawaran yang hebat & menarik ini !!!
 



Undi Model Rumah Kebaya Malaysia!

Salam 
Rumah Kebaya Malaysia ada menganjurkan satu contest best
pada kina,sangat menarik. idea yang kreatif untuk mempromosi juga.

Pemenangnya akan dibawa ke Jakarta untuk photoshoot & melancong!
Bukan itu sahaja, ditaja baju dari Rumah Kebaya Malaysia!
Bertuah badan..itula namanya rezeki..tak perlu dipertikaikan lagi..

Ada 3 finalist yang telah dipilih dan mereka semua cantik-cantik..



 Jom kita undi jom dengan meng'LIKE' gambar mereka di sini!
Jangkamasa untuk " VOTE " adalah sehingga 15 September 2011.
Undi yang korang rasa layak ok! Kina dah undi..hehe..
Cantik sungguh ciptaan Allah kan, bertambah cantik bila kak sitti mekapkan..

P/S: Kak sitti, mekapkan saya macam model kat atas ni jugak bleh?hehe..
hidung tak mancung pipi terserong-serong kan..:)




Bentuk hand bouquet pilihan

Salam

Sang ratu tak lengkap tanpa bunga tangan bukan?
Terdapat baaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaak jenis hand bouquet..
Yang mahu diceritakan ini bukan dari segi material tapi susun aturnya..
Dekat bawah ni adalah nama jenis bentuk & contoh gambar yang telah dicompile.
Its taken from this website ya. Bukan kina yang buat, kina edit & compile gambar tu je.
boleh tengok dekat website ni untuk keterangan untuk setiap jenis bentuk.

Dah buat pilihan anda?Untuk resepsi, kina angankan bentuk cascading/teardrop..
Tapi DIY bunga kristal tu masih terbengkalai lagi..sebab tak cukup dawai je pun..
Dia macam ada satu rasa kalau terhalang sikit mula la malas nak sambung..
Sekarang bunga crystal tu sedang beradu dalam kotak..hahaha..

Susah juga nak bentukkan jadi cascading kalau buat bunga crystal..
Mula la rasa nak tempah plak..Ermmmmmmmmmmmmmmmm..
Tengok poket macam segan je poket tu tersengih malu..
Tapi kalau beli nanti boleh buat sewa murah-murah dekat rakan-rakan..
Erm..itu lain kali la fikir..sekarang ni nak berangan dulu bentuk cascade ni..

cascading macam bunga tangan princess diana?
But in my opinion, bentuk macam ni sesuai bila baju gaun kembang..
Somehow, rasanya bentuk round sesuai dengan bentuk apa-apa pun..
I heart round shape which is so all time tremendously beautiful!

Sambil tu intai baju resepsi kina, tak kembang mana pun..
Mungkin cascading yang kecil comey lote macam ni..
kecil tapi sudah cukup menjadi penyeri princess kate middleton
Sudah cukup..sesi berangan sudah tamat di sini sahaja..
Kina,kau ingat kau puteri? Kalau nama Puteri Raifana takpe la..
Ok, cabut lariiiiiiik!!!


Pemenang komen yang ke5000!

Salam, 
 Maaf di atas kesilapan teknikal sebentar tadi..
Seperti yang kina pernah sebut dalam satu entry selepas kina unprivatekan blog..
Tukang komen ke5000 akan menerima hadiah giveaway berupa ini..:

Beijing mali woo..saiznye S..:)
Kita dah ada pemenang!

Ini buktinya...
klik untuk tumbesaran sihat
Iye..tahniah buat syaz aka rozelt!

Today is ur lucky day!:) 

P/S: mungkin akan ada lagi giveaway sebegini..
keep in touch di fanpage picisan di tepi ni..:)..
dah ada 108 penglike tegar..:)
terima kasih!

Wordless Wednesday 7!

Salam

Alhamdulillah..Nuffnang tak tipu..:P


Hantaran: Minyak wangi coklat

Salam 

Siapa yang tak suka minyak wangi? Masih ingat masa asrama dulu-dulu..
Dalam loker budak perempuan tak sah kalau takde minyak wangi spray bekas tin tu..
Enchanted la, Shurah la, Follow Me la,
Tak ingat satu yang popular tapi kalau dalam dorm tu ada la 1..
harga dalam RM5.90-RM10.00..haha..teringat zaman sekolah..

Kina suka bila kawan-kawan pakai minyak wangi..
Tapi bila kina beli rasa tak best plak bau tu..membazir je..
So, memang takde minyak wangi yang betul-betul berkenan..
Jadi kina pun tak pakai la minyak wangi..
Kina jenis tak boleh wangi sangat nanti pening kepala..
Lagipun mana boleh wangi2 sangat kan..

Tapi sejak masuk alam universiti..tak ingat sape yang memperkenalkan body shop..
Masa tu berat la nak beli minyak wangi RM48.00 1 botol 30ml..tapi suka punya pasal..
Akhirnya kina ada minyak wangi yang betul-betul suka & takkan tukar yang lain..
Yang mana bila orang bau dah tahu dah tu bau minyak wangi kina..hahaha..

Baunya adalah bau coklat! 
Yup..kalau dekat bodyshop namanya Amorito..
Banyak kali dah kina dengar ayat macam ni..

''Siapa makan coklat cadbury ni?''
''Ooo..siapa bawak cadbury senyap-senyap?''
''Bau coklat la..siapa makan tak ajak!''

Kelakar tapi memang kalau kina ada coklat pun kina tak ajak..hahaha..
I do love chocs to the max..!
At least bau coklat ni tak menaikkan nafsu syahwat orang lain..haha..
Nafsu makan tu memang iye..haha..

Tapi sayangnya dah 4-5 botol kina pakai Amorito kusayang dah dipecat by Bodyshop!
Tak tahu kenapa Amorito kena discontinued..Sedih gila ok..
Masa tu kina buntu macam baru pas putus cinta..

Staf bodyshop tu pun sedar dengan kemurungan & kemuncungan yang ditunjukkan..
Lepas tu dia syorkan minyak wangi yang ni..namanya Vanilla..bau macam coklat jugak..
YEAYYY!suka! ini botol yang kedua dah..

Kita berpindah kepada topik barang hantaran kejap..
Alhamdulillah, semua barang hantaran dah settle..tinggal nak hias je..
Salah satu barang hantaran adalah set minyak wangi..tapi..kina tak beli bodyshop..
Kina beli minyak wangi jenama Guess..Guess what? bau dia sebijik macam Amorito!
Gembira ibarat bertemu dengan cinta pertama semula (Seth Tan kot?)..hahaha..gedik! 

Masa SA Guess kat situ tanya nak bau macam mana?
Pudin dah tolong jawabkan..bau coklat ada tak?Dia ni kaki coklat.

Kina beli dekat SOGO 1 set dengan harga RM240..
1 botol minyak wangi 100ml, 2 miniature, dapat pouch bag Guess sekali..
Tak sia-sia ada kad SOGO dapat plak voucher bernilai RM20..

Tak pernah beli la minyak wangi semahal ni..sekali seumur hidup je kot..heh!
Yang penting baunya coklat..kalau orang bagi minyak wangi lain memang tak pakai..
Bukan tak menghargai tapi memang tak boleh nak pakai bau lain..sowii..

Kesimpulannya, kina sangat suka minyak wangi bau coklat..sekian..:)





Katil untuk bilik pengantin

Salam

Katil pilihan ibu kina dekat post ni dah sampai..
Bulan May dah sampai sebenarnya tapi tak berpeluang untuk cerita..

Baju pertama yang menetap dalam almari adalah baju nikah kina..
Baju nikah pun belum hias-hias lagi..kosong takde apa..biar dulu..
Hehe..Excited..Yela, dah ada katil untuk rumah sendiri nanti..


Tapi almari & katil lama ibu yang kina & adik pakai buat masa ni,
masih belum pindah dari bilik..so dalam bilik ada 2 set..heh..sendat..
Katil baru pula dah dipenuhi barang-barang hantaran..heh..
Bilik macam tongkak pecah..herrrmmm...

Masa first time ibu tengok bantal nikah kina..dia cakap macam kepala katil..
Hehe..cuma kepala katil bentuk diamond..
Tilam & Kepala katil






Alhamdulillah, kina suka design katil & almari ni..
Walaupun sebenarnya dari set yang berlainan..tapi matching aje..
Harap akan pakai sampai bertahun-tahun la..

Minggu lepas first time kina & pudin pergi IKEA terus jadi jakun!
Best jugak kalau duduk KL, beli kat situ je perabot..cantik2, moden2 gitu..
Banyak katil & almari yang menarik perhatian..tilam empuk je..

Tilam kina ni keras gila..tapi ibu cakap bagus tilam ni..
Untuk jangka masa panjang kot? Dekat rumah sewa tidur atas toto je..
Sampai sakit-sakit belakang..Tapi its ok..Bertahan untuk 80++ hari je lagi..

Jia You! (ejaan betul bagi chayok)
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork