Nuffnang's Blog Day 2011

Salam Aidilfitri, Salam Merdeka & Salam Blog Day! 

 Blog Day? Yes, Today is the blog day. Yang diorganizedkan oleh Nuffnang.
Rasa teruja nak join sebab nak promote 6 blog baru yang berbeza dengan altitude blog ni.

Yela, kalau baca title Journey Of Bride-to-Be ni,
mestilah kina blog tentang wedding & personal.
30 days to go to My Wedding which on 1 October 2011!

So di sini, kina sertakan 6 blog baru yang berbeza 360 darjah dari blog ni..

Kriteria-kriteria paling penting semua blog di bawah adalah U:UMUM..
Tiada 18SX,18SG atau yang sewaktu dengannya..
Semua juga adalah blog baru di mana start publish paling awal 2010..
kira baru la kan..blog kina pun baru setahun bulan Ogos ni..

Jom kita check it out 6 blog ni..



Recently, website tentang discounts dan groupon semakin bertambah.
Contohnya I Love Discounts, Milkadeal, Superdeal, Jackcow dll..
Kina pun taknak terlepas dengan voucher dan discounts menarik kan.
Blog Zealed ni adalah compilation discounts & voucher yang terpilih.
Blog ni baru beberapa bulan. Gigih jugak tu nak kumpul semua discounts.
2 Thumbs up to the blog owner!


Phewiitt...Suka tengok movie? Of course. Sebulan tak tengok nak meroyan.
Hahaha. Apa yang menarik tentang blog ni, it reviews romantic genre films.
Siap dengan link mana nak beli movie.
Namun begitu, kina tengok blog ni dah kurang aktif sejak May 2011.
Tapi kina tetap nak review blog ni sebab dia fokus kepada romantik movie.
Suka la romantic-romantic movie ni. hahaha. Jiwang meh!

Di mana kalau ada blogger yang berblog mengenai film. mesti best.
Yela, sediakan sinopsis & rating film tu tapi khusus kepada 1 genre.
Kalau untuk semua genre patut boleh bukak adik kepada GSC!.:P



Haruslah patriotik di hari kemerdekaan ni. Heh..
Nah, 1Malaysia bukan la blog tentang sejarah Malaysia atau perpaduan di Malaysia.
Tetapi 1Malaysia Travel Blog adalah blog tentang pelancongan & tipsnya di Malaysia.
Which I feel very honored to read them. 

Yela, ada tempat yang tak tahu wujud kot dekat Malaysia ni.
Cerita apa yang menarik di Malaysia, perayaan di Malaysia.
Korang tahu ke apa tu Chap Goh Meh? Kata 1Malaysia kan. Kena amik tahu.
Chap Goh Meh tu basically the last day of the Chinese New Year 
festival which is celebrated on the fifteenth day di mana mereka makan besar.
Tahu dari blog ni la. Kalau omputeh tanya at least tak terkebil-kebil.:p



Blog ni masih sangat baru. Namun kina nak review blog ni jugak.
Sebabnya dia review tentang makanan. Food tu benda yang tiap hari kita tak tinggal.
Kecuali PUASA, tapi berbuka tetap ada makanan kan? So, penting.
Kita nak tahu berkhasiat ke tak atau facts yang kita tak tahu tentang apa kita makan.
Boleh la tengok dekat blog ni.

Penulis blog ni adalah dari USA dan memilik PHD ok!
Yes, beliau adalah bekas pensyarah dari USA.


Love pet dont make them your toys!
Ok, tu mukadimah kina je untuk blog ni.
Blog ni sangat2 bagus. Kucing dan Anjing tu kan makhluk juga.
Mereka pun ada feeling. Blog ni memang khas untuk kucing dan anjing terbiar.
A very good-hearted blog. Ha..memang terpuji apa yang mereka blog.


Orite, blog terakhir untuk direview adalah kisah mama kembar 3.
Seingat kina, mama kembar 3 ni mula berblog selepas blog kina wujud.
Bila baca memang tergelak je tengok telatah 3 kembar tu. Comel!
Kalau tengah stress bisa distress tu bila tengok gambar mereka ber3.
Nak tahu macam mana nak jaga 3 hero yang sebijik mukanya? Tengok sini la.


Itu saja dari kina untuk blog day. Happy discovering new blogs with new ideas!

Shop at KBB shoppe!

Salam
Satu lagi link blog yang patut dilink di blog bride to be.!  
Pernah dengar Kahwin Betul-Betul? Hihi..Ye..Cik Zimie B2B blogger tu.. 


Product KBB Shoppe setakat ini:

1) Sticker 
2) Thank you Tag
3) Apa-apa yang berkaitan printing lah (boleh tanya cik zimie)

Terms & conditions:
1) Minimum order 500 pcs for sticker and thank you tag
2) Any size (from ovul, rectangle, round, love shape, etc etc that require die cut)
3) Material : From glossy sticker, simili sticker, PVC sticker to transparent sticker
bentuk & saiz thank you tag. tapi boleh request kalau takde kat pilihan di atas.

Contoh-contoh sticker yang KBB shoppe hasilkan


FOC design. (Can edit 3 times only)

Price range depends on size of material, size and quantity. 
Makin banyak mesti la makin murah kan?

Harga sangat reasonable disebabkan KBB shoppe tak perlu bayar rental shop..:P

Untuk tahu lebih lanjut tentang harga & quotation..
Terus email pada cik zimie: zme.ayd@gmail.com

Disclaimer: This post is fully sponsored by KBB shoppe
Sila berurusan terus dengan 
KBB shoppe untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan 
KBB shoppe    
adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)

Lelaki & SPA

Salam 
Sebagai bride-to-be mesti la at least ada la pergi SPA sekali..
Tapi groom-to-be? biasanya relax2 je..jogging la sikit2 untuk hilangkan buncit..

Hari ni kina jumpa 1 deal best dekat MyZealed untuk bakal pengantin lelaki.

Kina terus text pudin '' nak tak buat facial & massage..ni memang untuk lelaki''
Pudin pun reply '' bila tu? boleh jugak..tq..hehe''

Selalu datang KL teman kina beli barang kahwin..
Drive balik Melaka malam-malam..dengan stress cari duit..
Yela, lelaki dengan SPA? macam susah je kan nak diterima..heh..
So, kina pun beli la deal ni sebagai hadiah untuk dia.. 


Dapatkan deal ni dengan harga RM49.90 di website ni.
1. Derma Detox Facial 2. Hot Stone Massage 3. Abs Action Treatment

Lokasi Masculine ada banyak tapi rasanya ambil yang paling dekat la kat Mid Valley.
Boleh guna voucher ni dari 30 Ogos 2011 sehingga 30 November 2011.
Hanya untuk NEW customer dan 22 tahun ke atas sahaja..ok lulus!haha..
Lepas raya boleh la guna kan..tak pun lepas kahwin pun sempat lagi..hehe..


Tapi wajib check tukang massage tu mesti lelaki ok!


Hey Ladies, jom kita pakat manjakan si dia dengan deal ni jom..hee..
Lelaki pun nak merasa facial & massage bukan?hehe..
Takkan asyik-asyik kita je..

P/S: zimie, bila kita nak pegi SPA sama-sama dengan voucher free tu..:P

Our-Pre-Wedding

Salam 
Since takde ape nak diupdate, jom la layan gambar pre-wedding kami..hee..segan..
 Rasa kelakar & memang rasa janggal sangat-sangat bergambar walaupun..
Kamerawoman & pembantunya memang besfren kitorang jugak..1 sekolah..
Sebenarnya pudin pun tak tengok lagi gambar ni, so dia akan tengok melalui blog jugak..

Lokasi di Putrajaya & diambil sebulan yang lepas..23 Julai 2011..
Ini la props dan watak sampingan dalam pre wedding kami..buat sendiri je..
Nanti kina buat entry khas untuk prop & perkara belakang tabir..

Ehem..bermula la kisah..2 orang bakal pengantin bergambar macam kayu..hehe..
Harap nanti Incik Mohd Razali dapat mengukir kayu dengan jaya 30 Sept nanti..:P
Mohd Razali = OP kami nanti!

1) Kisah Proposal
Kitorang gunakan cawan polisterin buat macam telefon lama..
Ingat nak buat dari tingkap ke tingkap tapi takde tempat..malas cari..

abaikan kain tu..! tengok tali tu membentuk LOVE..
Sang putera melamar puterinya..korang rasa dia sebut ke? haha..
Buat-buat macam dengar padahal takde bunyi pun..hee..so apa jawapannya?
I DO!

2) Kisah Cinta
Kitorang gunakan huruf polisterin saiz gigantic & bantal love..
Tidak dilupa teddy bear yang pudin beli dulu kat post ni..hehe..


Teddy bear tolong pegangkan love
Kita duduk dulu!
Ok, gambar ni memang jiwang..tergelak banyak kali nak tangkap ni..:P

Agak-agak kita boleh tak tukar kerjaya jadi arkitek?hehe.





Macam shoot drama plak rasa..
Paling suka gambar yang ni..matahari dah mula naik..
Hee..itu saja la dari kami..tunggu pakai baju pengantin pulak la ye..
3) Kisah Kerjaya
Konon-konon tema bila scientist bertemu engineer..(haha..gelak tak tahan)
Kina bukan scientist pun tapi orang kerja bawah menteri kesihatan kira sains la..
Ada gaya macam doktor tak?haha..kecik2 dulu nak jadi doktor tapi malas belajar..
Pudin plak engineer tapi dia selalu mengaku keje kilang..soo down to earth budak ni..

1st time photoshoot..memang sangat kekok..nasib baik ada firuz & norzie (BFF)
Ok, tu je la dapat ditunjukkan..memang tak amik gambar banyak pun..
Amik gambar pun pakai kamera handphone je..suka-suka2..
Tapi cerita-cerita di sebalik tabir akan menyusul nanti..sayonara!

Editing by Kina & Firuz ^_^

P/S: So, Kisah Mana Yang Korang Suka?
Buat yang nak buat pre-wedding bergambar biar berpada-pada..
Sebab korang tak kawen lagi..tak manis dipandang orang..

Duit raya seringgit pleaseee..

Salam

Lagi seminggu lagi nak raya..Red FM pun asyik pasang lagu raya dari lagu omputeh.
Yup, i love Red FM..sebab Jeremy yang comel & Rudy yang kelakar di pagi hari..
Petang plak dengar Terry yang asyik minta orang cakap i love u dekat dia..LOL..

Belum datang lagi mood nak beraya kina.
Yela, baju raya pun takde lagi. Rasa macam taknak beli baju raya.
Padahal poket dah kering sebab tu tak leh nak beli..hahaha..kesian..
Tengok la beli last minit jumaat ni ke..Confirm sesak tu kat jalan TAR..

Alhamdulillah, dapat juga la bonus kerajaan bagi.. 
Sekurang-kurangnya tak payah buat muka tebal tak dapat bagi duit raya
dekat adik-adik sepupu. budak sekarang mana main seringgit dah weh..huhu..
Please la..terima la seringgit dari kak sheena..(wuu..nama glamer kat kampung)
Seringgit..seringgit..seringgiiiiiiiit..

Alamatnya bagi guna sampul rupa 10ringgit tu la..
tipu sunat kat budak2 yang tak faham..
HAHAHA..

Nak share kisah duit Seringgit dan duit Lima puluh inggit kat sini..

★ KISAH RM1 DAN RM50 ★

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50..

◕ RM1 :: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
◕ RM50:: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise,
gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2
cam tuh lah.
EH!!!, ko camner lak?"
◕ RM1 menjawab perlahan sambil menundukkan kepala,
"Biasa lah, balik-balik tempat sama, surau, masjid, surau."


Mendalam bukan?Kina tambah kat kisah ni..RM1 untuk duit raya budak2 tahun ni..

PLEASEEEEEE..


P/S: dah bayar ke ZAKAT FITRAH? RM7 je. bukan RM50.



Checklist 2 bulan sebelum

Salam 
Lagi 1 bulan 1 minggu 6 hari lagi ke hari itu..Tak ingat pun. Tengok ticker je.haha
Checklist untuk 2 bulan ni untuk mengingatkan diri yang hari makin cepat berlalu..
Lambat betul keluar checklist 2 bulan sebelum ni..hehe..

Sekarang asyik fikir nak enjoy je. Malas rasanya nak prepare wedding..

Ada warna baru dalam checklist maksudnya ada tambahan penting..hee..


1. Tarikh :
Nikah : 30 September 2011 (night)
Resepsi : 1 Oktober 2011 (day)
Bertandang: 21 Januari 2012 (day) (finalized)

2. Theme & concept:
Nikah : Tiffany blue + Pink + White Done
Resepsi : Dark Purple + Soft Pink + Grey Done
Bertandang : To be confirmed

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
Hiv Test: Done
Borang Kebenaran Nikah: Pending

4. Venue
Nikah : Rumah, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
Resepsi : Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota, Kuantan
Bertandang: Rumah, Felda Tembangau, Pahang

5. Catering/Canopy
Nikah : Done (ibu’s task)
Resepsi : Already paid deposit RM500. Balance-Pending
Bertandang: Pending

6. Pelamin
Nikah : Mini pelamin-Done (fairuz’s sponsor)
-Decoration: Flower paper (To be confirmed)
-Design: Done
-Bantal nikah: Done
Resepsi : Already paid deposit RM100. Balance-Pending
-Dais & Decoration: Pending
-Design: To be confirmed
Bertandang: Pending

7. Photographer
Nikah : Done (Mohd Razali)
Balance on accommodation+transportation-Pending
Resepsi : Done (Mohd Razali)
Bertandang: Pending
Choices of pose: Pending

8. Videographer
Nikah: Done (WiraVisuals)
Resepsi: Done. (WiraVisuals)
Bertandang: Pending
Choices of songs: Pending

9. Wedding outfits
Nikah:
-Dress: Done
-Tudung:  Done
-Veil: Pending.
-Shoe:  Done
-Accessories:  Done

Resepsi:
-Dress: Done (Rumah Kebaya Malaysia)
-Tudung: Pending.
-Veil: Done (Rumah Kebaya Malaysia)
-Shoe: Done (Gavy)
-Accessories: Done (Rumah Kebaya Malaysia)
+Outdoor dress: Done (Dina Halim)

Bertandang:
-Dress: Pending. (Already email designer) To be confirmed.
-Tudung: Pending.
-Veil: Pending.
-Shoe: Pending.
-Accessories: Pending.

10. Makeup
Nikah: Done
Resepsi: Done
Bertandang: Pending
11. Doorgift
Nikah: Kotak Done
-isi dalam: Done
Resepsi: Botol jar Done
-VIP doorgift:Done Ole-ole manis
-Guest doorgift: Pending.
Bertandang:Pending
12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece
Nikah: Pending
Resepsi: Pending
Bertandang:Pending
13. Hantaran
Bilangan dulang: 5 berbalas 7
For shakina: Done
  1. Mas kahwin & Cincin-Done
  2. Handbag- Done
  3. Fererro roche- Done (kira done la)
  4. Make up set/Perfume set- Done
  5. Handphone- Done
To decorate: SuriWeddings
For sharifuddin: Done
  1. Cincin- Done
  2. Kasut- Done
  3. Digital frame-Done
  4. Jam tangan- Done
  5. Perfume set- Done
  6. Al-Quran- Done
  7. Puding- Done (kira done la)
To decorate: Wan Intan sponsor
14. Cincin kahwin
For him: Done (silver 925 dari FC jewelery)
For her: Done (recycle cincin tunang je)
15. Invitation Card
Nikah & Resepsi: MyOneCard
-1000pcs = RM300
-Balance: RM250
-Design: Done
-Printing: Done
-Setem: Wait for RSVP - Pending
16. Cake
Nikah: None
Resepsi: None
Bertandang: Pending
17. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Pending
Resepsi: Pembaca doa-Pending
Bertandang: Pending
 
18. Handbouquet
Nikah: Done (Dina Halim)
-Types & colors of fresh flower: Done
Resepsi: Pending (DIY bunga crystal)
-Types & colors of crystal: Pink, Purple, White
Bertandang: Pending
 
19. Guest List
Nikah: 200 invitees. To be confirmed
Resepsi: 1200 invitees. To be confirmed
20. MC/Kompang/Entertainment
MC: To be confirmed
Kompang: Pending
PA system: Pending (Ibu’s task)
CD of songs: Pending
21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah: Bridemaids & Bestman
7 Bridemaids: Nojie, Firuz, Jan, Zana,Ain,Nissie & Ecah-Done
- Bridemaids dress: Baju kurung pahang, pink, satin & batik-Done
5 Bestman: Done
-Bestman outfit: Baju Melayu, black-Done
Resepsi: Asmawi & Nojie’s task-Done
Dress: Baju melayu & Baju kurung moden.
Color: Grey
Bertandang: Done
22. Dresses for family
Resepsi: His family & her family.
His family:Light purple - Done
Her family: Pink - Done
30 corsages: The craft potion: Done
Bertandang: Pending
23. Bilik pengantin
Katil: Done
Decoration: HK d├ęcor
24. Signage
Resepsi: 20pcs.
Location: Done allocate.
Design: Pending
Printing: Pending
Welcome sign: The perfect canvas: Pending
  
25. Facial/Massage/Inai
Pending
26. Honeymoon
Date: 5 oct – 8 oct 2011 Done
Location: Bali Done
Tickets: Air Asia Done
Accommodation: Triba East Travel Done
27. Pre/Post Wedding
Photographer: (Pre) Fairuz Fadhilah 
Theme: Done
Outfit: Done
Location: Putrajaya Done
Date: 23 Julai 2011 Done
 
(Post) Ahmad Fairus
Theme: To be confirmed
Outfit: Pending
Location: To be confirmed
Date: To be confirmed

Teaser Pre-Wedding

Salam 
Pre-Wedding: Pudin & Kina
Lokasi: Putrajaya
Tarikh: 23 Julai 2011
Photographer: Bestfriend sendiri so free..

Tunjuk sikit je la..
Nak buat kenangan sendiri je pon kan..hee..segan sebenarnye..


Dah genap 8 bulan usia pertunangan..

Matta Fair: Kiss Romance

Salam

Ehem..tajuk tak boleh tahan kan..hahaha..
Hari ni kina nak kongsi pasal Matta Fair yang kina pergi weekend lepas..
Kina & Pudin pertama kali pergi Matta Fair ni. Semuanya kerana honeymoon..
Ecece..suka la tu kalau pasal honeymoon kan..

 Dalam fikiran masa dulu selalu soalan-soalan ni muncul dalam kepala:
Apa ke bendanya Matta Fair tu..?
Siapa yang ada dekat Matta Fair tu?
Betul ke murah kalau pergi dekat Matta Fair tu?
Tak takut kena tipu ke kalau murah-murah ni?
Setiap tahun ada ke Matta Fair ni?

Dah buat soalan kena la buat jawapan sendiri ikut kefahaman sendiri..haha..
Matta Fair ni pameran yang khususnya berkaitan dengan melancong!
Ada travel agencies, syarikat penerbangan serta badan-badan kerajaan berkaitan!
Memang banyak pakej yang murah, tapi yang mahal pun pastinya ada. Adat!
Kebiasaannya tiada yang tipu. Tapi bukan lah kina nak cakap confirm takde ye.
Kalau nampak macam tak terurus, cakap pun macam tak menyakinkan.Hati-hati!
Tapi kalau dah nak kena tipu tu kat mana-mana pun boleh. Ye dok?
Matta Fair diadakan 2x setahun!


Tahun depan next Matta Fair adalah pada 16-18 March 2011 2012 ye!

Dah habis mukadimah untuk Matta Fair. Baru mukadimah eh?hahaha..

14 Ogos 2011: Kina & Pudin telah pergi ke Matta Fair untuk cari pakej honeymoon.
Parking dekat The Mall lepas tu jalan ke PWTC. Kena RM11 untuk parking..huhu..
Sebenarnya lagi jimat kalau naik LRT tapi malas nak berjalan..macam mana nak kurus!
Setibanya di PWTC, memang banyak pameran, bukan Matta Fair je yang on-going.

Nasib la ada papan tanda arah Matta Fair, kalau tak ada juga pergi pameran lain..
Sampai dalam pukul 11pagi, bayar RM3 untuk masuk & pakai tag kat tangan..
Teringat pulak masa masuk Genting bila pakai tag macam tu..hehe..
Kaunter banyak. Lepas tu pakai tag ye.

Matta Fair bukan terdiri dari 1 hall besar tapi ada 4 hall besar!

Since masa tak cukup untuk meronda semua Hall & dah ada target.
Target memang nak pergi ke Bali. Itu target sebelum masuk Matta Fair la..
Kita kena ada target kalau tak tahun depan pun tak boleh pilih..haha..
ramai gila orang kan? macam ni la suasana beraya di Matta Fair..:P

Terus jalan pergi Hall 2.Bila dah masuk Hall 2! Crap! Pening kepala..
Tengok macam-macam tempat dengan bermacam-macam package.
Ada banyak juga term-term yang kina sendiri tak faham. Yela.
Target entah ke mana, mata entah ke mana. Gila Rambang Mata weh!

Sebelum ni kalau bercuti pun semua ibu yang uruskan.
Tahu bawak baju dan badan..hahaha..baru la huru hara call ibu..

Mula-mula nak tanya tu segan, kina suruh pudin tanya. pudin suruh kina tanya.
Masalahnya tak tahu nak mula tanya macam mana..haha..
Nasib baik pudin pandai tanya..hehe..kina macam biasa sengih je la..

Dah banyak sangat dapat pamplet & bertanya-tanyaan..kitorang pening..
Kejap nak pergi sana la, kejap nak ambil yang ni la, kejap nak pergi sendiri la..
Nak pergi Korea tapi waktu tak sesuai dengan cuti pudin yang memang direct je.
Nak pergi Guilin pun sama, group package tapi pergi bulan Dec. lambat lagi.
Nak pergi Europe memang tak mampu la..hihihi..

Last-last kitorang discuss, apa yang kita nak sebenarnya?
So, back to the basic. Kita cari semua package Bali, jangan tengok yang lain.
Package Bali ada dari semurah-murah alam, ke semahal-mahal alam..
Tak silap dari RM400++ sehingga RM4000++

Di sini, kena tanya balik kat diri sendiri apa yang kita nak dengan honeymoon?
Sebab apa yang kita bayar itu yang kita dapat.

Sebaik-baiknya kita bandingkan harga & apa yang kita dapat.

Contoh dari pengalaman kina..contoh je:
Travel Agency A: Harga RM1899.
Travel Agency B: Harga RM2799.

Kedua-dua menyediakan hotel dengan private pool.
Namun begitu, Travel Agency A tiada tour atau pakej berjalan-jalan.
Di mana, kita kena charge RM450 untuk sehari kalau nak tour..
Kalau dah 2 hari tour dah kena tambah RM900..sama je..
Makan pun hanya untuk breakfast & dinner, lunch tidak disediakan..
Manakala Travel Agency B sudah lengkap segala benda..

Kalau kita taknak pakej honeymoon, nak pakej group.
Tapi di mana kita akan kena tunggu orang, kejar bas tour..
Itu lagi jimat..plus ada orang untuk tolong ambil gambar..hee..

Akhirnya lepas ding dong ding dong, call ibu minta pendapat,
Kami memilih package honeymoon ke Bali dari Triba East Travel Sdn Bhd.
Booth Triba East Travel kat situ memang hanya fokus kepada Bali sahaja..
Dorang punya tagline Kiss Romance. Ha, tu la Kiss Romancenye..haha

Masa nak booking tu, kitorang memang tak beli tiket flight lagi..
Tapi memang dah ada range tarikh, so kitorang pun bagitau la dekat Triba East tu..
Luckily, dia cakap letak dulu tarikh yang bercadang nak pergi lepas tu beli tiket.
Dalam masa 5 hari boleh contact untuk confirmkan tarikh & masa depart semua.

Terus la pergi cari tiket flight, unfortunately MAS Airline dah fully booked.
So we opt to book Air Asia. Harga promo RM204 one way per pax..
Dah campur-campur semua sekali sebenarnya harga lebih kurang MAS gak..
Menyesal tak book awal-awal..hehe..tapi takpe la..

InsyaAllah 5 Oktober nanti sampai la kitorang ke Bali Khama Villa untuk 3D2N.
Lepas tu switch to Boutique Hotel untuk malam terakhir tu..Yup, kami ambil package 4D3N.
Bali Khama Resort & Spa
Ok, balik-balik je excited google tentang pengalaman & review orang yang pergi Bali.
Tiba-tiba nampak dari blog Moose, sama! dari agensi yang sama & tempat yang sama.
Moose pun grab dari Matta Fair cuma dia pergi untuk 5D4N, Kina amik yang 4D3N.
Suka sangat sebab moose bagi good review. Alhamdulillah, harap pilihan kami tepat..

P/S: Sesiapa yang dah pergi Bali, mind to share your review's link here ya!
Yang akan ke Bali juga nanti.. eh eh..Kita Sama La!


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork