Review: Cincin & Kasut nikah

Salam 
Kina masih berhutang review doorgift, hantaran & baju nikah kan..
 Tapi sebab takde gambar yang bersesuaian & belum dapat album dari Aie.
Kina nak habiskan semua pasal pernikahan sebenarnya tapi maybe terus je.

Jadi kina nak review apa yang tak perlukan gambar sangat..hee..

Cincin kahwin kina? Adalah cincin tunang kina juga..
Yup, tak tipu. Kitorang memang tak beli cincin kahwin atau gelang kahwin.
Ibu & Mak (mak mertua) asyik tanya betul ke ni? betul ke ni?

Alasan yang kina bagi?
1. Tak minat sangat emas.
2. Tak cukup jari dah, pakai banyak2 pun tak lawa pun.
3. Jenis yang mudah hilangkan barang bila dah tukar & bukak.
4. Mahu berjimat untuk benda lain sebab emas bukannya murah.
5. Dah cukup bertuah dapat pakai cincin tunang habib jewel.

Orang cakap bila cakap pasal habib jewel mesti beribu raban..wuu..
Bila dapat pakai cincin habib jewel yang dapat 50% diskaun ni dah cukup bersyukur.
Harga asal cincin tunang & kahwin kina ni RM2000++..jadi lah RM1000++..

Itu pun dah cukup mahal, selama ni beli cincin silver RM18 je.
Memang first time beli cincin sendiri memang sangat blur & takut..
Betul ke aku nak pakai cincin semahal ni? Sekali seumur hidup. Taknak dah.
Tapi kalau orang bagi free mesti lah nak kan? hee..: p

Seminggu sebelum nikah, kina pegi Habib Mid Valley untuk cuci.
Cuci cincin tunang tu FREE je! 5 minit je dah siap!
Maka, lepas dah berkilat jadilah cincin kahwin..hee..

dulu mak mertua sarungkan itu sekarang suami pula.

Untuk kasut nikah..takde pakai kasut pun..hahaha..
Alhamdulillah, akad nikah dilangsungkan di dalam rumah..
Jadi tak payah bimbang pasal kasut..TETAPI! ada cerita kelakar..

Masa nak menghantar family in law, kina dah kelam kabut nak pakai kasut ape?
Nampak macam-macam selipar kat pintu, pilih yang warna biru.
Nak matching jugak dengan baju nikah kan?

Lepas 10minit tu kedengaran riuh rendah dekat pintu rumah..
'' Cuba tengok dekat kaki pengantin''
''Har..kat situ rupanya, pengantin yang paw selipar makcik''
Hahahaha..sorry la makcik, desperate bride..hahhaha..
Kina pakai selipar makcik-makcik je sebab kasut tarak..

Yang penting dah selamat akad nikah..^_^..Alhamdulillah

Bantal nikah & Payung Lace

Salam

*Update: bermula Januari 2014 Bantal Nikah, Payung Lace & Karpet tidak akan disewakan buat sementara waktu. TERIMA KASIH

Berita baik untuk rakyat jelata kota Kuala Lumpur
Walaupun kina tinggal di Melaka sekarang dan mungkin berpindah ke Bintulu.
Atas permintaan ramai, kina akan buka sewaan ini di Kuala Lumpur.
Yes, yang keje kat KL ke, tinggal kat KL ke as long boleh ambil & pulangkan
di KL boleh untuk menyewa bantal nikah & payung lace ini dengan gembiranya.

Namun begitu, kawan kina yang akan uruskan sesi pengambilan & pemulangan.

Bantal Nikah Untuk Disewa
pandangan atas bantal nikah
2 bantal nikah & 2 bantal tepi yang kecil

Hubungi Zana : izzana2703@yahoo.com
Item = Bantal Nikah  (Ottoman)
Warna = Pearl White (matching dengan apa warna sekali pun)
Tempoh sewa = 1 minggu  (Rabu - Selasa)
Material = PVC (tak mudah kotor)
Bentuk = Segi Empat Sama
Saiz = Large (boleh muat 4 orang)

Harga sewa 1 unit = rm 60.00
 Harga sewa 2 unit = rm 100.00 (free sewa 2 bantal tepi)
Deposit Keselamatan = rm 50.00

Payung Lace Untuk Disewa
payung lace putih
gambar penyewa kami Adila

Hubungi Zana : izzana2703@yahoo.com
Item = Payung Lace
Warna = Pearl White (matching dengan apa warna sekali pun)
Tempoh sewa = 1 minggu  (Rabu - Selasa)
Material = Cotton

Harga sewa sepasang = rm 40.00
 Deposit keselamatan = rm50.00

6 Cara-cara, Terma & Syarat Penyewaan
1. Semak tarikh anda masih available atau tak di sini.
2. Hubungi Fairuz untuk bantal nikah, Zana untuk payung lace.
3. Buat bayaran deposit sahaja atau bayaran penuh ikut no acc yang diberikan.
4. Kina akan update senarai tarikh dan block tarikh majlis anda selepas bayaran.
5. Anda ambil barang pada hari Rabu sebelum majlis & pulangkan Selasa depannya.
6. Anda terima deposit keselamatan jika tiada kerosakan & tepati masa pemulangan.

Siapa cepat dia dapat..:) Check tarikh dulu ya.


Review: DIY mini pelamin

Salam 
Pelamin nikah kina biasa-biasa je..Since mini pelamin pun agak costly sekarang..
Alhamdulillah, my bestfriend Firuz sponsor untuk menDIY mini pelamin kami..
our simple DIY mini pelamin
Untuk platform, ibu kina pinjam dengan office ibu je.
Platform kayu tu berukuran 4kaki x 8kaki kot..besar dari jangkaan.
Tapi muat la nak letak kedua-dua bantal nikah kina atas tu..
Bantal nikah kina macam otomen tu tapi bentuk segiempat sama.

Untuk hiasan bunga tisu di keliling bantal nikah tu penat juga nak buatnya.
Itu pun Firuz dah buat lama dah. hehe. ikut tutorial puan puteri di entry beliau ni.
Tisu light pink tu beli dekat IKEA, boleh dapat lebih kurang 100pcs bunga..
Tisu putih & kertas crepe warna dark pink beli sikit untuk buat variety warna.

Untuk menempek-nempekkan bunga tisu & letakkan keliling bantal nikah,
kitorang pakai span hijau lebih kurang 10 span digunakan. 1 span RM2.
Lepas tu cucuk-cucuk ranting warna silver beli dekat sin yin semua house.

Untuk tirai putih, malangnya ibu kina tak bagi paku yang akan merosakkan dinding,
Jadi, kitorang hanya boleh guna dawai langsir & ikat pada paku sedia ada.
Sebab tu pendek je kain putih tu..Tak sempat dah nak beli atau pinjam tirai..
Sayangnya..Kalau boleh panjangkan backdrop tu lagi cantik..

Kain putih ade 2 jenis, 1 kain chiffon RM5/meter & kain biasa RM2/meter..
Kain chiffon digunakan untuk sangkut pada chandelier. (tak leh on chandelier)
5 meter kain biasa (tak ingat nama) lebih tebal, jadi guna untuk latar.

Untuk cover platform kitorang pakai kain berbulu yang special..
Kitorang beli dekat Bright Sail Kuantan untuk impak gebu & mewah..Wah..
Harga pun mewah gak -_-..RM30/meter..kitorang beli 4 meter..
Dekat kamdar ada murah sikit lebih kurang RM27/meter tapi takde warna putih aritu.
Jadi pakai kain bulu macam karpet ni. Kalau beli karpet bulu lagi mahal kot.
Sebab platform terlalu besar. Thanks Firuz sebab sponsor!
bunga pahar pun warna light pink
mulanya bantal nikah pengantin lelaki diletak di bawah untuk akad nikah
Untuk bunga 2 pasu warna pastel tu kitorang pinjam kawan punya.
Thanks bella sebab bagi pinjam bunga masa tunang hang..:)

Tak pakai spotlight pun sebab dah ada downlight.
platform terbesar dari plan, jadi tak terplan 2 bridesmaids muat duduk mengapit..hee

Semua hiasan pada mini pelamin kina, kina guna balik esoknya.
Kain bulu & bunga tisu tu dijadikan deco hiasan guestbook corner.
Jadi berbaloi beli sebab boleh pakai ulang kali..Nak buat sewa pun boleh.

Total damage untuk mini pelamin kina tak termasuk bantal nikah:
Approx RM180++..

Kina tak kira bantal nikah sebab bantal nikah ni akan disewakan..
Walaupun kina sekarang dah menetap di Melaka tapi sewa dibuka di KL.
Yup, kina akan menyewakan bantal nikah kina di KL sebab banyak permintaan.
Esok kina akan post terms & condition untuk sewa bantal nikah & juga payung lace.
Stay tune!
Time sarung cincin, 2 2 bantal letak atas platform..

Walaupun mini pelamin tak gempak mana & simple je tapi kina suka!
Terima kasih sahabat baikku sebab sponsor..Semoga Allah membalasnya..

malam esoknya pelamin jadi tempat letak hadiah..: P
Psst: Yang masih tercari-cari nak bagi doorgift apa dekat tetamu..haa..yang berminat untuk mendapatkan doorgift menarik dengan harga berpatutan boleh ke
Reemdoorgift

Chawwwww...

Colorless Wednesday

Salam 
Instead of wordless wednesday, mengisytiharkan hari ni colorless wednesday!hahaha!
Kina tahu gambar-gambar solemnization kina sangat la colorful..
Tapi hari ni mood gambar with no color.

Macam nak juling je biji mata @_@

With my other half

Gembira nampak dapat abang ipar..:P
 Esok ingat nak review tentang DIY mini pelamin..hopefully! >_<

Review: Solemnization handbouquet

Salam 
Hari ni banyak janji temu dengan rancangan di TV..haha..
 Jadi kina buat review yang ringkas je dulu..yang penting gambar banyak kan.
Yela, tulis panjang-panjang pun bukan ayat best pun, lintang pukang je kan.

Untuk bunga tangan masa nikah kina pilih kombinasi 2 jenis bunga..
Bunga carnation colour peachy pink + Bunga ros shocking pink..
Since baju kina ada warna shocking pink tu kan pilih la pink..
Kalau bunga colour biru kang tak nampak langsung bunganya..
round fresh flower handbouquet

 Alhamdulillah..menang tempat kedua..kurang bebanan nak kawen.
Itu lah tujuan kina join contest banyak2.  Mahu jimat apa yang boleh.
Benda kecik-kecik ni nampak je kecik, tapi nak bayarnya banyak jugak..
Nanti kina review hadiah contest & giveaway yang lain.
selepas beberapa hari tak lebam lagi bunganya
Hadiah dari Dina Halim berupa:
Sepasang songket bunga tabur bernilai RM550
+ bunga tangan fresh flower bernilai RM150..
Jadi bunga tangan nikah ni adalah tajaan Dina Halim..
Kak Nad sangat baik, dia discuss & call kina nak bunga macam mana.

Mula-mula kina agak risau sebab rumah dekat Kuantan, takut layu nyet2..
Tapi kak nad cakap carnation & rose tahan lama, so kina amek pagi khamis tu.
Pekerja di Butik Dina Halim pun friendly sangat. Suka!
Thanks Dina Halim Bridal Boutique, I love my free handbouquet!:)
Pagi-pagi ibu jerit mana pegi jag air?? kat sini ha..hahaha..

Dengan bunga tangan ni juga kina buat deko2 di dewan keesokannya.
Gunakan selagi boleh, nanti bunga tu layu juga. Nak keringkan & frame malas la.
Cukup la gambar-gambar jadi kenangan.
Bunga tangan ini kawan baik saya..tengok pegang macam taknak lepas.
 Tapi memang bunga tangan ni la pembantu hilang nervous kina.
Selain pembantu berposing depan camera..hikhik..

P/S: Choose the right colors & flowers, you will never regret it!



Review: Bilik Beradu Pengantin

Salam 
Hari ni seperti dijanjikan, kina akan buat review tentang bilik pengantin.
Decoration untuk bilik pengantin disponsor oleh HK Decor & Design.
Alhamdulillah..jutaan terima kasih kepada HK Decor & Design..!

Pemilik HK Decor & Design adalah mak long kina (kakak ayah).
Semua decoration adalah tajaan HK Decor & Design kecuali set katil je.
Dari cadar, bunga, langsir, wallpaper & frame adalah ehsan mak long.

kina suka sangat kedua-dua bunga. color yang cantik.

Mak long kina cuma tanya warna baju kina & theme yang kina nak..
Baju kina biru petronas(tak tahu kategori biru ape..huhu)+pink sikit+purple sikit
Theme plak kina nak English Moden Kotemporari gitu..
Mak long cakap akan guna warna krim & light pink la ye.
Segalanya kina serah pada mak long. Orang dah sponsor jadi orite aje. :)

Kina tak berapa suka material satin sebab kina rasa panas & lemas.
Syukur, mak long jahitkan cadar bukan dari material satin yang berkilat-kilat. 
Cadar adalah dari fabrik dari Elyza. Tak tahu la material apa. Cotton kot.
Sangat lembut, sejuk & kemas jahitannya.

Semasa HK Decor & Design mendeko2 bilik macam Eric tu.
Kina masih berada di Kuala Lumpur, setelkan kerja (setel ke?haha)
Ayah kina dengan rajinnya meMMS gambar bilik 1 demi 1..
gambar pertama dari ayah dengan caption ''bilik pengantin in progress''

Disebabkan lighting, kina nampak langsir bilik tu warna kuning.

Kina : Kenapa langsir color kuning ayah?
Ayah : Sebab perhimpunan BERSIH. haha

Sempat lagi buat lawak ayah kina ni kan..tergelak jugak masa tu. Then,
Terus call ibu tanya, kalau dengan ayah sampai bila2 tak dapat jawapan serius.

Kina : Ibu, ayah ada MMS gambar bilik, nape langsir kuning?
Ibu : Har? Bukan kuning, krim sama dengan cadar. Percaya sangat
la gambar dari hanphone cokia ayah tu..haha..lighting kot.

Mari kita tengok sebelum dan selepas. Rasa macam Casa Impian plak!haha
Gambar yang selepas agak kuning sebab lampu kuning..hehe..handphone cokia kot :P
Sebelum. smurf pun ada lagi masa ni..:P

Tadaaaa..cadar juga dibuat oleh HK Decor & Design

bantal kecik tu dicustomade sama dengan kepala katil ada macam diamond.
Bekas ni sebenarnya bekas isi garam. Boleh dibeli di SSF RM9.90 (small size)
Wallpaper dipasang sangat kemas. Suamiku gaya pelakon sinetron dah.:P

Antara Produk & Service dari HK Decor & Design:
    * Menerima tempahan langsir ( kain Elyza’s dan Acacia sahaja )
    * Menerima tempahan wardrobe dan kabinet dapur
    * Menerima tempahan jeriji wrought iron, carbon steel, stainless steel & pagar
    * Menerima tempahan sofa fabrik Elyza
    * Menerima tempahan reupholstery untuk sofa fabric dan kulit
    * Menerima tempahan perabot Jati dan Mahogani
    * Memberi khidmat runding hiasan dalaman kediaman dan juga pejabat
    * Memberi khidmat padanan langsir menggunakan software Eassy Décor
    * Memberi khidmat professional fotografi perkahwinan  
    * Memberi khidmat renovasi kediaman dan pejabat
    * Memberi khidmat hiasan bilik pengantin
    * Memasang rod dan railing langsir
    * Memasang wallpaper dan karpet
    * Memasang vinyl laminated flooring dan juga laminated wood flooring

HK Decor & Design boleh merealisasikan impian anda!
Hubungi HK Decor & Design:

Email: info@hnkdecor.my
Contact No:0169865488

Kina sangat berpuas hati dengan hiasan bilik pengantin kina.
Semoga HK Decor & Design terus success!Good Job!

Review: Tudung & Veil Vispera Kinara

Salam 
Disebabkan baju nikah saya tersangat simple. Takde beading atau patch lace pun.
Jadi kina rasa better pakai tudung yang lebih sarat & comel. Hee..
Kina dah lama berkenan dengan koleksi tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Kebetulan pada masa tu Koleksi Vispera (KV) buat promosi ulang tahun ke2.
2 3 4 5 kali juga fikir nak tempah ke taknak nak ke taknak..last2 tempah juga..huhu..
Terus email Koleksi Vispera dengan details ikut format di blog KV..

Kisahnya bermula, kitorang buat janji temu di Jaya Jusco Maluri.
Nervous nak jumpa dengan kak vispera. Masa tu tak tahu nama dia..
Pakai panggil je kak vispera kan. Best je kan nama vispera tu. Unik!

Bila dah jumpa kak awe (bukan nama samaran)
Mula-mula ingat mesti dia akan pakai tudung cantik-cantik.
Macam tudung yang dia buat kan.
Kak awe pakai tudung awning warna hitam kosong je.
Dia sangat peramah, humble & simple orangnya.

Then, kitorang discuss design & warna yang kina nak..
Kina dah siap bawak contoh kain baju nikah supaya match..
Baju kina chiffon so kina nak tudung chiffon juga..
Lepas tu kina request nak bunga 3D pada tudung..
Sangat teringin nak ada bunga 3D tapi tak reti buat..
Then nak ade kristal-kristal sikit warna pink. Bukan kristal ori ye.

Tak suka tudung awning lycra. Sebab nampak dagu besar.haha.
Jadi kina nak tudung dulce. Kitorang pun pergi test-test kat toilet.
Ada 3 jenis awning. Then kina pilih yang kina suke. ^_^
harga promosi ulangtahun ke2 vispera

Masa tu KV janji untuk siapkan sebelum raya.
Tapi disebabkan KV tak pernah buat design yang macam kina nak..
Jadi, terpaksa tunda sehingga selepas raya. Sebulan sebelum nikah.
Selepas raya, tudung masih belum siap lagi. Jadi kena tunggu lagi.
Masa ni kina agak risau sebab kena tunggu tudung siap baru boleh buat veil.

Pada mulanya kina nak tempah tudung je sebab ingat nak DIY veil sendiri.
Tapi KV call cakap buat 1 set veil dengan dia dan dia sponsor separuh.
Jadi masa tu fikir ada 2 minggu je lagi nak nikah jadi terima offer KV..
KV cakap tudung tu KV letak pearl & bunga 3D chiffon baru timbul..
Dah last minute memang kina malas nak fikir. Ok je la..

Sebelum kina balik ke Kuantan, akhirnya kina dapat tudung nikah kina.
2 hari sebelum nikah kina dapat tudung & veil kina. Alhamdulillah siap juga.
Walaupun agak senteng. Tapi esok nak nikah memang tak leh adjust.
Warna sangat matching. Cuma kina rasa bunga 3D tak sesuai pada tudung tu.
gambar dari KV. bunga 3D pada tudung & veil.

Jadi, tengahari sebelum nikah kina cabut 4 kuntum bunga pada tudung tu.
Then bridemaids kina Aziah tolong jahitkan pearl pada lompong-lompong tu.
Ingat nak jahitkan bunga 3D pada veil untuk banyakkan bunga tapi tak sempat.
Cuma takut sangat kalau kain chiffon tu tertarik sebab kain tu lembut.

 Masa tu risau sangat ok ke tak la design ni..
Alhamdulillah, semua cakap ok. Awning tu sesuai dengan muka kina.
I love my solemnization veil!
 Kina sangat suka veil kina sebab panjang sampai ke lutut.
Veil juga dari kain chiffon dan warna yang matching.
Keliling veil dijahit dengan pearl bersaiz medium.
Tujuan pearl supaya veil tu jatuh takde la terbang-terbang beriya.
3 Lelaki 3 Perempuan
Bunga chiffon 3D warna pink utk matching dengan baju & lengan.
Disebabkan tudung kina design baru jadi KV nak namakan tudung ni.
Vispera Kinara - Kinara bermaksud candle holder. 
Bestfren kina yang propose nama ni. Sounds good. KV pun approve. :)

Untuk full set tudung & veil kina bayar RM300 di mana separuh disponsor KV.
First and last kot bayar harga tudung camni. Sekali seumur hidup. (sedapkan hati)
Ok la dari tudung RM1000 dari vendor P******. kan put? gila kan.!

Tahu kan Koleksi Vispera pernah membuat tudung untuk Anne Hot FM?
sweeeeet!

Diingatkan tempah lebih awal sebab terlalu banyak tempahan. Hot gitu.
Letak tarikh perkahwinan pun awalkan ye. 
Contohnya korang nikah 2 Februari bagitahu 20 Januari ke..
Kalau lambat hantar tak siap memang disaster kot. Cuak tau.

Jadi bagi bride to be yang nak tempah tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Atau berminat nak dapatkan tudung Vispera Kinara macam kina pakai ni.
Vispera Kinara
Boleh hubungi Koleksi Vispera melalui :

Email : koleksivispera@gmail.com

Facebook : Koleksi Vispera

Telefon/SMS : 012-5881550

WhatsApp : 012-5881550

Skype : koleksivispera (temujanji shj)



Bridemaids 7+1

Salam 
Bridemaids boleh dipanggil dengan pelbagai panggilan..
Dayang-dayang?
Pengiring?
Pengangkat dulang?
Penyeri majlis?
Orang gaji pengantin perempuan?
Too cruel kot yang last tu..haha..
Tanpa mereka big day kina mungkin jadi buruk day..
Foto by Razali : kina bersama bridemaids
Foto by Razali : kami berdua bersama bridemaids
Yela..
Mereka lah yang ambil cuti. (ada yang curi2 tak kerja)
Mereka lah yang drive 200++km ke Kuantan. (ada yang tidur je dalam kereta)
Mereka lah yang tolong buat kerja last minit. (sejak sekolah mmg macam tu)
Mereka lah yang tolong pakaikan inai. (sebab nak pakai inai juga)
Mereka lah yang tolong angkat hantaran. (nak ada dalam gambar)
Mereka lah yang tolong lapkan peluh nervous pengantin. (terpaksa)
Mereka lah pengintip tolong tengok orang kat bawah. (takkan pengantin mengintip)
Mereka lah yang tolong pakaikan baju & kasut. (pengantin cinderella kunun)
Mereka lah yang datang awal ke dewan utk deco. (pengantin takde bajet upah vendor)
Mereka lah kaki posing depan Razali & Wira Visual. ( suka ye korang)

Mereka lah yang paling banyak sekali membantu. Terima kasih!

Baju bridemaids
Kina pernah buat post mengenai kain yang kina beli untuk bridemaids.
Lokasi : Tingkat G, Jakel Shah Alam
Material kain : Satin & Kain Batik
Warna : Pink
Harga : Approx. RM38.00 untuk seorang
Total selepas discount : Approx. RM250.00
Kina beli untuk masa nikah je..untuk resepsi memang takde budget..

Untuk tempah jahit baju, mereka yang tempah sendiri.
Mulanya kina ingat nak baju kebaya tapi lastnya minta semua buat kurung pahang.

Untuk tudung, kina tak kisah dorang nak pakai tudung apa.
Sebenarnya sekali lagi takde budget untuk tudung..heee..senyum siput..
Yang buat kina terharu semua pakai brooch crystal yang kina DIY ni..
Kecuali ada sorang yang mengade amek awal pastu tertinggal kat KL..haha

Cara pemilihan bridemaids kina
Pada pendapat kina pemilihan bridemaids penting jugak kalau nak ada bridemaids..
Kalau tersilap pilih, ada yang kekok,ada yang masam muka,ada yang diam, susah..

 Kina perlukan 7 bridemaids sebab hantaran kina ada 7 dulang..
Tapi dorang tak dapat tunjuk skill angkat dulang ke bawah pun!
Sebab tak muat nak letak..terlalu ramai orang..:)

Alhamdulillah, tak susah untuk kina buat pilihan sebab ada sahabat baik
Kebetulan ada sama sekolah, ada sama tempat kerja.

1)Fairuz Fadhilah : 1 sekolah
2) Aziah Aziz : 1 sekolah
3) Anis Diana : 1 sekolah
4) Nurulizzana :1 sekolah, 1 UM
5) Ain Ishak: 1 UM
6) Janna Hasan: 1 UM, 1 tempat kerja
7) Aishah Saaya : 1 tempat kerja
berebut bunga tangan seperti dah kenal lama je semua..:P

Tapi kalau perasan title kina 7 + 1 kan?
Haa..ini dia sorang lagi bridemaids atau ktorang panggil ketua bridemaids.

1) Syazlina aka Rozelt glamer : 1 UM, 1 tempat kerja

Thanks syaz, sebab banyak tolong gunting la, tampal la..hehe..
Walaupun takde baju, syaz datang jugak & sanggup cuti..
Nanti i belanja u coklat ye..hehe..
Itu saja untuk review bridemaids..kina sendiri tak pernah jadi bridemaids.
Hehe..kalau korang kawen jangan lupa ajak aku jadi bridemaids ok..
Dah kawen pun berseri-seri tau..hahaha..thanks semua..
Foto by Razali: muka drama gila ok!

Foto by Razali: muka over excited semua gelak..haha!
I love you all!


Honeymoon: Package Bali

Salam

Bersambung dengan review honeymoon..hee..sorry..update ikut mood..
Tak sistematik langsung kan..=_=..Hari ni nak review tour sikit & packagenya..

Kitorang jalan2 di Bali lebih kurang separuh masa percutian..
Somehow kina rasa agak ralat sikit..Ni la masalah bila semua nak..
So, to b2b out there..korang tentukan dulu apa yang korang nak..
Nak berjalan-jalan atau beristirehat..?

Kalau nak berjalan-jalan jangan pilih hotel yang
korang rasa taknak keluar dari hotel tu..hahaha..
Faham apa yang ingin disampaikan? 

Jom kita tengok tempat-tempat yang kitorang dah pergi..
Pada hari ke2 & hari ke3 kitorang di Bali..
Malas nak cerita..maybe next entry la ye..
1)Nyang-Nyang Beach
2)Uluwatu Temple
3)Kuta (Bandar)
4) Water Sport Tanjung Benoa
 5) Turtle Island
Nyang-nyang beach. Ombaknya luar biasa bentuknya.

Uluwatu temple sebelum pegi tgk kecak dance

Otw to Turtle Island..Bottom glass boat tapi bukan nampak pun..air keruh la..

Di Turtle Island ada juga haiwan liar lain

Me & the original Batman! haha..besar kan..

Ini dekat mana..tak ingat dah..banyak makan semut kot..tapi temple gak..
Tu je tempatnya? Rasa macam banyak je..hahaha..
Sebenarnya yang memenatkan perjalanan adalah JEM..
Yes..Bali JEM seperti KL tp lebih teruk jalannya sempit & penuh motor..
Sooo dusty, sesak seperti ruang udara macam kecik je..T_T
Ni jem ok lagi..belum dekat jalan sempit..-_-

Itu yang menyebabkan kina tak berapa suka Bali..
Honestly, kina rasa kina takkan ke Bali lagi untuk saja-saja..

Kalau kina diberi peluang kedua untuk ke Bali..
Kina akan book Nefatari Villa & explore Ubud & Kintamani which is more peaceful.
Mana kina jumpa nefatari villa? Dekat Tripadvisor..Rate sangat berpatutan..
Terletak di Ubud..Jauh sikit dari airport..Pendalaman la sikit..

Nefatari villa ada pakej untuk honeymoon sekali private pool.
Untuk 4hari 3 malam RM12**.00 tapi tanpa tour..
Tour pulak boleh upah tour guide sendiri..
Lagi jimat, lagi boleh ikut timing korang kan? Ada private pool tu yang best..
Ni adalah pakej private pool yang paling murah yang kina jumpa..
Sesiapa yang nak ke Bali boleh consider villa ni..
Google je, then email dia tanya details..
They replied me in just 2 working days..kira pantas jugak tu..
Ok, itu cadangan & pendapat kina je la..

Pada mulanya kina taknak cerita berapa yang kitorang bayar untuk pakej ni..
Pada kina mahal..tak tahu la bagi orang kaya ni macam celah gigi ke..
Tapi sebab terlalu ramai yang email, jadi kina rasa baiklah kina share..
Yes, kitorang memang spend untuk honeymoon lebih dari wedding..
We not regret it because the time we spend together there..worth it..

Kitorang book pakej ni masa Matta Fair..
Bagi yang tak pernah baca, baca post kina yang ni dulu..
Baru boleh baca details di bawah ni..

Apa yang kitorang dapat?
2 nights 3 days stay at Bali Khama Villa with private pool
1 night balance at J Boutique Hotel (last day)
1x Welcome drink for 2 (air orange)
1x SPA for 2 (2 hours)
1x Romantic Jacuzzi with Flower petals
3x Breakfast
3x Lunch
1x Snack & Tea
1x Romantic dinner at Jimbaran Beach
1x Candle light dinner at Bali Khama Villa
1 Private tour guide (merangkap photographer)
1 Private driver ( Car : Suzuki Arena)
Tour include entrance ticket (Tempat-tempat di atas)

Free water sport game : Banana boat, ocean walker & snorkeling(Worth RM4**)
Kina harap kina dapat review tentang water sport game..sebab best!

Kalau pergi sendiri memang dorang charge mahal gila utk water sport game ni.

Total: RM2899.00

Namun begitu harga di atas tak masuk insuran, tips tour guide & lain2 lagi..
Selepas ditambah semua Total adalah RM3100.00..tiada bayaran lain bila sampai Bali..
Triba east dah cakap nanti sampai sana jangan bayar tour guide lagi dah..
Semua dah include..jadi memang taknak serabutkan kepala dah..book!

Lastly, kitorang memang puas hati dengan service triba east..
Dorang sanggup call dari Malaysia untuk tanya ada masalah tak..
Sebelum pegi lagi la banyak call..Alhamdulillah..semua berjalan lancar..

My friend ada contact triba east untuk package macam kina amek ni..
Seorang dia charge almost 3K..sedangkan kina punya harga untuk 2 orang.
Sebabnya tu harga untuk Matta Fair sahaja..so, cari la dorang masa Matta Fair ye..
Tahun depan bulan Mac..tapi book la tiket dulu kalau dah ada tempat pilihan..

Harap semua yang bertanya tentang pakej berpuas hati..
The key is to survey a lot & know what you really want..
Have a nice day..

Review: Tips inai RM25

Salam 
Kina nak review tentang inai semasa wedding kina 2 minggu lepas..
Dah lebih 2 minggu dah rupanya jadi bini orang..kejap betul masa berlalu..
saat baru selamat diijabkabul
 Kina tahu ukiran inai agak kontroversi selepas disamakan dengan tatoo..
Tapi selepas kina membaca ini & ada ustaz yang memberi ceramah tentang ni..

Alhamdulillah, membuat ukiran corak inai tidak haram untuk kita..
Hukumnya diharuskan..ukiran berunsur fauna seperti daun & bunga
dibolehkan dengan syarat tidak melebihi pergelangan tangan..
Maksudnya korang tak boleh buat sampai lengan ke bahu ke betis ke..


Kalau inai tiub diharamkan kenapa tidak diharamkan di Mekah bukan?
That's just my two cents..Pada yang rasa masih menyamai tatoo tak payah buat..



Untuk lebih yakin sila ke link fatwa Malaysia kina sertakan di bawah ni.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

--------------------------------------------------------------------------------------
''Kina buat inai dekat siapa?''
''Kina upah orang datang rumah ke buat inai tu?''
--------------------------------------------------------------------------------------

Kina memang nak design yang simple sangat simple..
Apa yang penting kemas & halus corak ukiran inai tu..
saat menandatangani dokumen..

Khamis, 29 September 2011, 10.30 pagi kina pergi ke Masjid India.
Esok malam nak nikah tapi pagi khamis tu dah nak pakai inai..
Ramai yang mempertikaikan kina pakai awal takut nanti pudar..
ukiran inai pekat sehingga hari ke5..:P..kuku tak comel..:P

Kenapa tak pakai malam nak nikah?
Nape tak buat je sendiri? Nape tak upah je orang?

1) Sebab kina tak yakin ukir sendiri akan kemas & cantik..
2) Sebab kina rasa 1 pembaziran untuk upah orang datang rumah..
3) Sebab kina yakin takkan pudar sehingga hari Sabtu..

Semasa berjalan nak cari any aunty Indian yang buat ukiran inai..
Tak tengok2 pun, tiba-tiba je ada suara..Inai..Inai..Inai..buat inai dik..
Rasa macam ditakdirkan plak buat inai dengan aunty ni..haha..

Nama aunty tu tak ingat..misplace her business card plak..
Dia takde kedai, dia duduk dekat je dengan area Mydin Masjid India tu..
Dia ada offer buat package inai pengantin dari kaki hingga tangan = RM60.
Bagi kina tu still mahal..haha..Kina nak tangan je..tu pun design tak meriah.

Dia tunjukkan katalog design..Takde yang kina betul-betul berkenan..
So, kina cuma minta dia nak design macam gelang & menuju ke jari manis..
Kina taknak ada bintik-bintik dekat setiap jari pun..penat aunty tu pujuk.
Percaya atau tidak, dia buat kemas & laju gila..5 minit je siap!
Mana taknya pengalaman 6 tahun ukir inai..

Cepat & Murah!

Dia tanya kina nak buat yang hujung jari sekali tak..
Kina lebih suka buat hujung jari sendiri dekat rumah..jadi taknak la..
 Dan-dan je aunty tu pergi buat ukiran garisan untuk inai hujung kuku..
Tak boleh nak elak dah garisan-garisan tu..=_=''
on the way balik kuantan, perhatikan garisan aunty tu buat..hehe
 Tapi aunty tu cakap takut nanti tak sama warna dengan ukiran..
So, terpaksa la beli inai tiub aunty tu yang berharga RM10..tapi banyak..
Incase warna hujung jari tak sama dengan ukiran pada tangan..
(aunty ni saje tau buat garisan tu supaya org buat jugak dengan dia)
Tak kira taknak jugak buat guna tiub takut tak sekata..so tak buat jugak..

Aunty tu pun bagi tips untuk inai ukiran tu tahan lebih lama tau!
1) Jangan guna scrub @ shampoo sebab senang menghakis..biasa la bahan kimia.
2) Bila inai dah kering, guna tisu untuk buangkan dulu..untuk tak comot kelak.
3) Lepas dah buang, sapukan minyak masak @ baby oil 10 min.
4) Barulah dibasuh tangannya. Hasilnya memang kelasss kauu maria ah.
selepas buang inai, lumurkan minyak baby oil..takde minyak masak dalam kete oi..

Total damage untuk inai corak simple kina tu : RM25.00
1 Tangan : RM8, dapat harga discount RM15.00.
1 Tiub extra inai : RM10.00

Malam tu bersemangat nak pakai inai serbuk dari Mekah..
Pakai dari pukul 12 malam hingga ke 5.30 pagi..
Macam biasa pakai selotape la supaya tak comot..
Basuh je pagi tu..WAH..tak merah langsung..oren biasa je..
Selotape memang favorite masa apply inai

Yang adik kina pergi test power inai tiub extra tu jadi gelap gila..
Habis tangan dia..Kihkihkih..Nasib kau jadi tikus makmal dulu dik!haha

Masa tu nampak inai sangat pelik hujung jari cerah, tangan merah gelap.
Tu takpe! Tapi sebab garisan yang aunty tu buat nampak pelik gila2..
Nak pakai lagi sekali inai Mekah tu..pakai 2 jam tak jadi apa pun..
Something wrong dengan inai tu..Salahkan inai la kan..haha..

sebab kina memang kalau pakai inai tak pernah oren mesti merah gila..

Sebelum dicampur dengan inai tiub, oren cair sangat kan..pelik!

Last-last dapat idea untuk campurkan inai tiub extra dengan inai Mekah tu..
Yela, tiub tu warnanya sangat gelap, yang mekah sangat cair, so jadi sederhana..
Beberapa kali juga buat adunan yang menghasilkan warna merah..
Bila orang tanya tentang garisan tu kina akan cakap either aunty tu..
Atau ni lah style!..Haha..menyedapkan hati..


Kesimpulannya kalau nak jumpa aunty tu samada buat semua dengan dia..
Atau warning taknak buat garisan hujung jari tapi kalau nak berstyle kina..silakan..
Thanks Aunty..Keeelaaaasss kau aunty!
Sebab buat kina cuak untuk beberapa jam then gembira..hahaha..
Tapi Alhamdulillah..inai tu nampak cantik je dalam gambar kan?
Ini lah style inai kina..hahaha..dan-dan nak jugak panggil style..:P

Gambar ni lagi! Rujuk pada inai je ye.:P

Thanks to my beloved bridemaids yang pakaikan 4 kali inai for me!
Buat 2 atau 3 tapi 4! hahaha..walaupun tetap tak dapat cover garisan aunty tu..
But, I love my henna to the max!
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork