Review: DIY Guestnote

Salam 
Lamanya tak berblog! Kina ada kursus + family trip + Bro-in-law kawen. 
Hampir 10 hari tak bukak laptop. Check pun ikut handphone je.
 Hari ni kina nak cerita tentang DIY Guestnote..bukan Deathnote tau..
Best la cerita Death Note..tengok semua movies dia..ok..cukup abaikan..

Guest note corner ni kira macam Guestbook corner la..
Cuma guest tak perlu nak tunggu giliran nak menconteng ucapan..
Lepas tu boleh buang yang mana yang tak suka..haha..tipu je!semua best!

The main idea kina fikir macam tetamu postkan ucapan melalui peti pos..

Okey2..mari la kita tengok macam mana kina buat..
Boleh la kira macam tutorial..tapi takde la details sangat..

Apa yang kita perlukan adalah:
1) Peti surat : Boleh dibeli di kedai hardware..eg: Ace Hardware
2) Spray putih : Juga di kedai hardware atau pasaraya..
3) Kertas keras berwarna putih : Beli kat Popular
4) Pen berwarna warni : Juga boleh dibeli di kedai buku..
5) Kain alas berbulu : Guna semula dari mini pelamin nikah..
6) Bunga-bungaan : Guna semula handbouquet nikah..

Peti surat & spray putih ni kina beli dekat Ace Hardware, MidValley RM12.00 tak silap
Angan-angan kina nak peti post macam ni sebenarnya..hee..
Kina beli 30 keping kertas A4 260gm kalau tak silap..
Kina beli kat Popular..Bayar dalam belas ringgit gak..
Semua sekali hampir 200pcs postcard..sebab bukan semua akan tulis kan..
Jadi jangan membazir..boleh buat anggaran 20% yang akan tulis..:)
Kina print hitam putih je..(dekat office..kihkihkih)..

Sayangnya kina takde softcopy design postcard yang kina buat..
 Jadi takde la gambar design postcard tu..
Kina print 6 postcard pada kertas A4 keras..
Kina design gunakan Paint & Photoscape yang penting ada
To: Shakina & Sharifuddin..Ada Setem chandelier 50sen..Ada poskod 011011..
Kan dah macam postcard?
Pen & Kertas putih saiz A4 boleh dapat 6 keping note berupa postcard
1) Spray 2) Tampal 3) Siap 4) Hias..haha..boleh tak buat caption gitu.
Suasana di Guestbook aka Guestnote Corner
Dapat album as hadiah kawen dari junior sekolah..tiba-tiba ada idea..compile dalamnya..
Compile & tampal dalam album tu ikut kesukaan..hehe..yang bestfren mesti kat depan..

Tengok la adik-adik sepupu yang masih sekolah menconteng..comel!siap terbalik lagi.
Macam biasa, budget kira-kira..
Peti Surat : RM12.00++
Spray putih : RM7.00++
30 Keping kertas putih keras : RM12.00++
6 Btg Pen Warna warni : RM5.00++
Kain berbulu : Free sebab recycle dari nikah
Fresh flower : Free sebab recycle dari nikah

Total damage untuk guestbook corner : approx. RM36.00
Sorry tak ingat dah berapa harga setiap bahan..hee..anggar je..

Semua guestnote kina tampal pada album gambar tu macam gambar..
Senang nak belek-belek tengok semula ucapan-ucapan tu..
Macam-macam jenis ucapan, siap berlukisan, pantun tak siap, usikan nakal..
Kina rasa tak rugi kina buat sebab sampai arini baca tergelak-gelak..

Kenangan terindah itu priceless!

p/s: sedih bila ada vendor yang kina promote tipu customer..
kesian pengantin tu xd kenangan video & gambar masa hari besar mereka..
sebab that vendor tak muncul pun pada hari kejadian.. teruk kan? deposit 1K..
kalau bayar balik pun takkan dapat preserve moment penting tu..hmmm..
berhati-hati dengan vendor sebegini..promotion murah tp habuk pun takde..
syukur kina tak jadi ambil dia utk bertandang..-_-

Contest: Pencarian Photographer

Salam
Anda berminat menjadi wedding photographer?
Anda baru sahaja menceburi bidang ini setahun dua?
Anda rasa anda ada gambar dan skill yang kami cari?
Anda masih amatur dan ingin mengasah bakat photography anda?
Anda nak kembangkan lagi business photography anda?

WILL YOU BE OUR OFFICIAL PHOTOGRAPHER?

Kami berbesar hati ingin menjemput anda menyertai pertandingan pencarian Official Photographer kami!

Kenapa anda patut menyertai contest ini?:
  • Pasti lah sebab ada hadiah wang tunai.
  • Memberi peluang kepada anda yang masih baru dalam industri ini sekaligus membantu merakam momen berharga pada majlis bertandang kami.
  • Jumlah unique view mengikut hari. Purata hampir 1000 untuk 1 hari. Sebulan hampir 30000 views..
  • Sekaligus mempromosikan anda di blog kami yang menjadi rujukan ramai bakal pengantin di Malaysia dengan follower melebihi 1000 orang. 
  • Peluang ini pastinya menjadi batu loncatan anda.InsyaAllah.
  • Gambar anda nanti akan direview dan dibaca ramai bakal pengantin khususnya.
  • Anda ada model yang comel untuk gambar anda? (hahaha..ok!sila abaikan point ini)

Hadiah yang bakal dimenangi pemenang pencarian OP kami:

Wang Tunai RM500 
Reviews di blog ini
+
Pengiklanan percuma banner anda di blog ini 
selama setahun bernilai RM1200.**

** Untuk makluman semua, banner iklan di blog ini bernilai RM100 untuk sebulan. 
Boleh rujuk iklan banner dari Studio Shagrasyid di sebelah kanan atas blog.

Apa yang anda perlu lakukan untuk menyertai contest ini? Mudah sahaja!As simple as 1 2 3!

1) Cuma emailkan 5 gambar hak milik anda yang terbaik (mempunyai watermark anda) kepada shakina.farhan@yahoo.com .Sertakan website/blog anda kalau ada, kalau takde pun takpe ok yang penting gambar cantik.

2) Kami akan memilih gambar terbaik antara semua dan menobatkan pemenang seterusnya menjadi Official Photographer majlis bertandang kami pada 21 Januari 2012 di Pahang. Majlisnya bermula 11.00pagi - 5.00 petang sahaja.

3) Jika anda adalah THE BEST PHOTOGRAPHER YANG KAMI CARI..Anda berjaya menjadi Official Photographer kami & anda hanya perlu shot, edit & burn sahaja di hari kejadian.



Dateline: 11 Disember 2011        Keputusan akan diumumkan: 13 Disember 2011

Jadi apa tunggu lagi? Emailkan gambar-gambar terbaik anda sekarang!
Buat ex-bride & bride to be sekalian anda boleh sebarkan kepada OP anda,
rakan anda atau anda sendiri pun boleh ya!
Sesiapa saja boleh menjadi pemenang! All da best!


Review: TQ tag CBL

Salam 
Beberapa bulan yang lalu Creative By Lynda ada anjurkan giveaway.. 
Tapi giveaway ni special sebab tarikh-tarikh tertentu je dapat..
Lepas tu kira sape cepat dia dapat..Alhamdulillah, tarikh kina ada..
Maksud tarikh ni adalah tarikh perkahwinan ye..1 Okt 2011..
Terus la kina comment nak2..hahaha..siapa tak suka barang free..?
Pemenang-pemenang bertuah..:)
30pcs of DIY VIP thank you tag dimenangi oleh mereka-mereka di atas!
Lynda, owner CBL chat melalui fb dengan kina nak macam mana..
Kina cuma bagitahu warna tema & serahkan semua pada lynda..
Sebab kina percaya karya lynda memang creative menepati citarasa kina..

Lynda post terus ke rumah kina di Kuantan..
Bila bukak parcel pos ekspress tu rasa happy sangat..
Gambar di bawah ini dikidnap terus dari Creative By Lynda..

Hasilnya di hari kejadian..................Maaf ini je gambar yang ada..:)
Honestly, kina tak sempat pun tengok hadiah yang dah diikat dengan tq tag special ni.
Sebelum diikat pada hadiah VIP iaitu untuk keluarga lelaki

Ini Janna, dia pun salah seorang bridesmaids..:)..tapi dia pun dah berpunya..:P
Terima kasih Hazlynda Kushairi! Oh, kina tak cakap lagi kan?
She is indeed an awesome bride blogger. Banyak info kina belajar blog dia.
Hazlynda Kushairi adalah pemenang The Most Glamorous Bride 2010 by 4weddingku.
Yup, Blog Hazlynda Kushairi & CBL dimiliki oleh orang yang sama.
Semoga semakin success dear.!


Check it out all awesome artworks by CBL!
Kina suka catchy tagline yang lynda guna di CBL, jadi kina copy je letak kat sini..
Do check it out bride to be! Banyak lagi design menarik di CBL..
Curiosity in finding what’s new, chic and modern?
Tell us what's in your mind.
Email us here creativebylynda[at]gmail.com


Something big gonna happen this monday!
Tungguuuuuuuuuu..

DIY:Download free template {Bracket}

Salam 
Hai semua..disebabkan ramai tak dapat download bentuk bracket ritu..
Kina pun pelik nape tak terfikir nak share download link je kan..

Jadi kat sini kina nak share free template untuk didownload.
Bentuk bracket ni ada 3 jenis..Korang boleh pilih yang mana sesuai..
Click dekat ----> Download File je.

1) Bracket dalam bentuk JPEG


Bracket ni kina buat sticker untuk centerpiece.
Tapi dalam bentuk gambar iaitu JPEG.
Sesuai untuk orang yang takde AI (adobe illustrator).
Korang boleh edit maybe pakai paint, photoshop ke.

2) Bracket kosong dalam format SVG

I got this file from The Free SVG Blog. Tapi link sana dah broken.
Bracket ni adalah bracket kosong tanpa warna & tulisan.
Sesuai untuk orang yang ada AI & nak edit ikut suka hati.
Background kosong.

3) Template bracket centerpiece kina

Bracket ni yang kina dah edit untuk centerpiece kina.
Yang ni lagi mudahkan kerja korang..
Editable!
Sesuai untuk orang ada AI & nak tukar sikit-sikit warna ke,
atau nak guna je template kina just tukar nama boleh..
Cuma temanya pink, grey & dark purple la..:)
Kina tak kisah kalau sama pun..Ambil je..Sharing is sexy!

Kalau tak boleh bukak lepas download maksudnya korang takde AI.
Jadi download la trial AI untuk sebulan. Then try edit..You can do it!
Selamat mencuba!

Scrap@perclip Giveaway Guestbook RM180!

Salam 
Hey beautiful bride-to-be! Giveaway baik punya sudah mari!

Sempena launching website Scrap@perclip, Farah Diyana Azizan iaitu tuan punya blog,
Dengan bermurah hati ingin menghadiahkan anda

A Free A5 size wedding guestbook for 2012 wedding !!!!!!
worth RM180 


Guestbook ni la tetamu nak menconteng & buat ucapan.
Yang pastinya korang akan tergelak besar bila baca masa tua nanti.
Jangan kan tua, sebulan pas kawen pun tergelak terkekeh2 baca.
Berbaloi-baloi ok! Dah la personalized guestbook. Sentimental value!
Bukankah menjimatkan kalau korang menang?

Tak kreatif? Har? Tak perlu kreatif untuk menang giveaway ni!
Sebab Farah akan buat lucky draw dengan random.com.

Jom tengok antara contoh-contoh karya kreatif dari Scrap@perclip!
Semua kina adore..semua cantik & comel!
 Nak join? As simple as 1 , 2 , 3!
1) Follow blog Scrap@perclip!
2) Buat post simple tak payah kreatif-kreatif pun!
3) Tulis comment & link url post anda dalam kotak comment sini!

Tarikh Tutup Giveaway: Khamis ni. 17/11/2011!
So hurry up! Try your luck. Ada rezeki insyaAllah menang..: )

Mari join giveaway ni..Klik sini untuk keterangan.
All the best to Scrap@perclip!



Bertandang theme

Salam 
Best jugak bila bertandang lambat sikit dari majlis belah perempuan. 
Guess what? Kina dah rindu nak buat persiapan perkahwinan & berangan-angan.
Rasa macam kawen sekali lagi dengan orang yang sama pada tahun yang lain..
Cuma yang berbezanya akan ada 2 pasang mempelai nanti.

Kina memang tak masuk campur tentang persiapan bertandang.
Tapi yang kina nak settlekan baju & make up je..Yang lain ikut aje..
Oh ye, kina pun tolong pudin buat tempahan kad..online je..

Macam yang kina pernah cakap mesti ada baju dulu baru boleh teruskan semua.
Alhamdulillah, kina dah beli kain murah kat kamdar untuk buat baju kurung moden.

Kina tak tahu wedding colour combo 2012 akan warna apa.
Syima post in her blog yesterday warna 2012 adalah warna-warna pastel.

But I will go for BLACK! Scary?? Mutu Keunggulan?
Reaksi Mak Mertua kina plak? Menantu aku ni gothic betul! HAHAHA

Jadi untuk mengelakkan kejadian di atas....

CORAL & BLACK! I choose You! (ala-ala Pokemon)
This is my next color combo..Harap warna gabungan yang menarik.
coral and black wedding color combo. combine gambar dari google image.
Kina masih ingat lipstik pertama kina adalah dari Maybeline & warnanya coral.
Coral lipstik color - taken from here
Coral adik beradik pink & peach kot?

light coral peony..ah, comelnya.. taken from martha
sekali lagi combine hasil google image
Setiap warna melambangkan personaliti tersendiri.
Coral menimbulkan gaya lembut yang sopan santun.
Hitam plak sudah tentu la personaliti anggun dan seksi..
I really hope this color combo akan menjadi & sesuai dengan kina..
InsyaAllah..:)

Wedding Blogger: Aliza & Mawar

Salam 
Dah lama tak tulis tentang wedding rakan blogger.
Lepas ni pindah Sarawak mungkin susah nak pegi wedding rakan-rakan.
Yup, mereka adalah Aliza & Mawar. Err, bukan mereka kawen berdua ok.
Aip, jangan nakal-nakal..Tentu la dengan putera charming mereka. Ecece..

Wedding aliza di Temerloh pada bulan lepas.
Kebetulan kina balik ke Kuantan jadi sempat berkunjung ke sana.
Rasa tak sedap kalau tak pegi lebih-lebih lagi aliza datang masa wedding kina.
Macam biasa pegi dengan pudin, my charming prince.Haha.Sampai paling lewat. :P
Jumpa dengan uya, dyll, nora, sarah, shahoney..ade yang tertinggal?
Mari kita layan gambar ok..
dari kiri kina, sarah, dyll, uya, nora & honey (ops, pandang mana tu?)

syok main dengan dialog DIY liza..spot us with the bride & groom there?

ololo..tomey pelamin aliza..english style.

DIY candy buffet by aliza..comel! dapat ngap marshmellow 2 ketul. rambut budak mana la ni tercapture sekali..huhu..budak-budak paling ramai serbu ni.

lastly doorgift dari perantin
Tahniah buat aliza. Semoga bahagia hingga ke syurga ya!

Wedding mawar pula di Melaka. Kina kan tinggal kat Melaka sekarang.
Kebetulan tak jadi nak pegi mana-mana, dapat jugak pegi wedding mawar.
Jom tengok gambar yang tangkap pakai phone je ni.
Centerpiece, Invitation, Guestbook corner & Performance (best, tak sumbang pun)

Pelamin cantik dengan bunga foam besar-besar

Harus la pemilik payung bergambar sendiri..:P Pengantin tade kau bermaharajalela kina!

Sebelum balik sempat jugak jumpa mawar.

Lastly, mini perfume as doorgift. Kelasss! Wangi!
Tahniah mawar! Semoga berbahagia hingga ke syurga!

P/S : Kina notice semakin ramai b2b & rakan blogger yang komen di blog ni..


Sudah tentu kina nak sekali membalas kunjungan kalian..
Sekarang kina rajin jugak blogwalking, maklum la dah tak berkeje..hihi.
Bagi yang kina belum link kat sebelah ni..tinggalkan link di sini ya!
Terima kasih semua.

Review: Kisah Reception Dress (RKM)

#Post ini kisah benar & extra panjang#

Salam 
Hari ni 11.11.11..
Dulu kunun-kunun nak kawen tarikh ni jugak kan. Haha..
Tahniah diucapkan buat semua pengantin yang kawen arini ye..
Yang tak dapat kawen tarikh ni jangan la kutuk-kutuk dorang nak kawen tarikh cantik.
No jeles-jeles ok..Setiap orang berhak nak kawen bila dorang nak & mampu.

Bercerita tentang busana semasa resepsi belah perempuan kina..Ada 1001 cerita.
Kina pernah nak tempah sendiri dengan niat nanti nak sewakan. Tapi tak menjadi.
Bukan tempah dengan designer itu yang pasti la. Budget tak mencukupi.
Tailor tu buat pasal, kina dah report pada NCCC tapi masih takde respon.
(aku dah kawen dah kot. duit RM500 tu masih tak dipulangkan)

Tolak tu ke tepi dulu. Kita cerita benda yang menggembirakan pula.
Ayat cliche '' Semua pasti ada hikmahnya''. Memang betul!

Kina mula mengenali RKM sejak membaca blog atia.
Masa tu memang berangan-berangan je tengok busana RKM.
Sebab masa tu masih fikirkan deposit pada tailor yang tak menjadi tu.
 MasyaAllah, baju dari RKM semua cantik-cantik, gigit cari je tengok.

Tapi!
Tak sangka sangat kina dapat menggayakan baju dari RKM di hari besar kina.
Busana pengantin RKM : Romantic Dark Purple
Detailingnya sangat-sangat cantik & kemas
 Sehingga lah..
Pada suatu, Sang Kancil berjalan-jalan.. Kina menerima 1 email.
Email tersebut adalah dari Rumah Kebaya Malaysia (RKM).
Subject: Penawaran menjadi duta Rumah Kebaya Malaysia 2011/2012
Bila baca subject tu je kina dah terkejut beruk, jantung berdegup laju.
Lempang pipi (ok tipu)..Macam tak percaya pun ada..Ya Allah..Bersyukur!
Ini lah hikmahnya tak jadi dengan tailor sebelum tu.

Asslammualaikum..


             Hai cik Shakina, saya wakil dari Rumah Kebaya Malaysia
ingin menyampaikan informasi untuk penawaran menjadi Duta RKM (RUMAH
KEBAYA MALAYSIA )
Sebenarnya dalam beberapa masa ini saya sedang  mencari, melihat ,
membaca  profile kawan-kawan blogers khususnya  bloges Bride To Be(B2B
).setelah melalui proses yang cukup lama, akhirnya saya memutuskan untuk
memilih anda. Saya sangat tertarik dengan isi penulisan dan layout
blog anda.

            saya akan sampaikan sedikit penjelasan atau tugasan untuk
menjadi Duta RKM,  Duta adalah perwakilan tertinggi untuk menyampaikan
informasi mengenai Siapa, kapan dan Apa produk dari RKM pada masa yang
ditentukan. (selebihnya saya akan jelaskan kemudian ). Dan penghargaan
yang akan saya berikan untuk Duta RKM yaitu FREE penyewaan sepasang
baju pengantin L&P (Pilih sahaja mana yang ada di RKM ikut pada tema kamu
dan yang masih free sekarang),dengan nilai sekitar RM599-2500 Sepasang.

             Penawaran ini saya berikan hanya kepada satu orang yang
terpilih sahaja untuk setiap tahun, jadi saya harap anda mempertimbangkan
sebaik-baiknya.

Kina ditawarkan menjadi duta RKM di kalangan blogger.
Duta macam artis sangat. =P ..Dalam ayat lain: wakil blogger untuk RKM.
Tugas kina adalah untuk mewar-warkan sebarang promosi dari RKM di blog.
Kalau tolak tawaran ni memang la tak munasarawak kan.
Ai, mentang-mentang kena pindah sarawak nanti..

Dan sebagai penghargaan kina menerima FREE sewaan busana dari RKM.
Yang mana kina boleh pilih yang mana-mana berkenan bernilai dari RM599-RM2500.
Jadi kina pilih baju baru yang belum ada orang pakai (kecuali model).
Terlalu banyak baju yang cantik-cantik di RKM akhirnya kina pilih dark purple.
First time pakai tudung awning lycra..booolatnye..haha..

model Rumah Kebaya Malaysia yang ketot & mok2..:P
Baju ini lah yang menambat hati kina.
Beadingnya sangat kemas. Puas cari ada yang cacat tak. Haha.
Kak Sitti Nur, designer RKM me'alter' baju sekali je da sepadan dengan kina.
Tak perlu 3 4 kali fitting dah ngam dengan badan. Jimat duit minyak juga.

Masa datang fitting ke2 terus bawak balik baju dalam kotak khas lagi.
 Takde la semua nak digantungkan. Senang nak simpan dalam kereta.
Tahu-tahu je la kereta pengantin viva la diva je. Kecik. Banyak barang.
Cuma baju pengantin lelaki sahaja di'hang' supaya tak berkedut.
Baju pengantin perempuan tak perlu iron pun.
Baju & aksesori di dalam kotak khas dari RKM

Dark purple wedding outfit
 Semua lengkap dengan aksesori. 
Tudung,Inner dan korset sama warna dengan baju.
Mula-mula nak pakai tudung lain tapi tak sempat dah nak jahit.
Akhirnya pakai jugak tudung awning ni. Hua hua hua..
Kina suka material inner. Lain dengan inner biasa kina pakai.
Tiara tu pun dari RKM, ada macam-macam bentuk tapi suka yang ni.
Semua dari RKM lah..

Ramai yang tanya kina kenapa RKM sponsor kina?
Kina menang contest lagi kah?
Jadi ini lah jawapannya. 
Mohd Razali cakap baju ni sesuai dengan kitorang..Hee..
Walaupun kontrak kina dah berakhir dengan RKM.
InsyaAllah kina akan terus mempromosikan RKM.
Sebab layanan Kak Sitti yang baik, baju memang super cantik & berbaloi.
Semoga Rumah Kebaya Malaysia terus sukses!
Dengarnya RKM ada 11 pengantin yang akan mengenakan busana mereka
pada minggu ni. 11.11.11..semua 11 ya..:)
Hubungi RKM di sini ok :
FacebookRumah Kebaya Malaysia 
Email : tanya@rumahkebaya.com.my
Tel: 017 2089044 


Paling suka gambar yang menampakkan seluruh baju di bawah ni!
outdoor di Sg. Lembing. kebetulan bunga tu warna purple jugak.
Gambar-gambar yang cantik tentunya dari Mohd Razali

Alhamdulillah, Allah jadikan blog ni untuk mempermudahkan urusan kami.
Terima Kasih Allah.
Angan-angan menjadi kenyataan. ^_^

Review: DIY menu label

Salam 
Kina tak pasti apa nama orang panggil benda alah ni.
Tapi kina panggil menu label. Untuk buat partition 4 tempat penting.
Betul ke panggilnya menu label? Sila betulkan saya budak baru belajar.

Ada 4 tempat kina letak :-
1) Buffet Station : Tempat tetamu ambil makanan.
2) Guestbook Corner : Tempat tetamu tulis note ucapan.
3) Cendol Corner : Tempat tetamu ambil cendol. (ah, tak sempat pun ngap)
4) Photobooth Corner : Tak jadi pun. hahaha.

Kina design ikut bracket yang sama macam tutorial DIY centerpiece.
Cuma kina nak atas kertas lebih keras & berwarna ikut tema majlis.
Jadi kina hantar print dekat KBB Shoppe dengan harga RM2 sekeping. 
Hasil print KBB Shoppe sangat berkualiti. Cantik warnanya. 

Menu label pink+dark purple+grey selepas print dengan KBB shoppe
Masih ingat tutorial bantal hantaran polisterin yang kina DIY masa bertunang?
Di sini kina menggunakan balik bantal polisterin yang warna silver grey tu.
Untuk dijadikan alas menu label tu. Kena plak dengan tema warnanya.
Kina cuma lipatkan menu tu dan letak atas bantal tu. Simple!
Bantal hantaran polisterin yang dah berusia 10 bulan selepas diguna semula.
Total damage : RM2.00 untuk 1 menu label. Jadi semua RM8.00.
Nasib baik masih simpan 5 bijik bantal polisterin hantaran tu..:)
Label di guestnote corner. Bunga carnation dari handbouquet masa nikah.
Di hari kejadian, menu label Buffet Station
Selamat mencuba!

Review: Pelamin Dewan (IHBC)

Salam 
Selamat hari raya aidiladha semua! Apa macam raya?
Raya pertama di rumah mertua seriously nervous gila ok..
Akhirnya sampai jugak kina di Felda Tembangau. Best jugak. Hee..
Rasa nak je tulis pengalaman di rumah mertua buat pertama kali..
Nanti tua2 boleh baca balik kat blog. Pastu gelak ngan cucu.. Ecece..

Ok2, next review tentang pelamin dewan.
Kina buat majlis di Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota.
Dewan kecik je, boleh muat kira-kira 250-300 orang dalam satu masa.
Yang penting tak berpeluh pengantin..haha..xde la..bukan tu je sebab buat kat dewan.

Sebab kina pilih dewan sebab kawasan rumah teres kina tu bukit ke bawah.
Risau jugak nanti makan semua menjunam ke bawah..hahaha..
Pastu sebab malas nak kemas rumah pas dah setel..hahaha..
Lagi..supaya tetamu tak bermandi peluh..tetamu mesti dimuliakan..
Pengantin no 2..kan kan kan..
Tema kina purple pink & grey..comel ok pintu gerbang tu..
Kriteria untuk pelamin yang kina mau.
1) Kena dengan warna tema.
2) Simple & tak berserabut.
3) Senang nak bergambar ramai-ramai. Bukan pengantin je.
Sebab kitorang 1 sekolah, so fikir mesti ramai rakan sekolah datang..
Alhamdulillah, lebih kurang 40 orang budak semsas datang..termasuk junior.
Kalau pelamin cantik-cantik tapi muat pengantin je tak best juga.
30 orang ex-schoolmates..thanks korang..muat jugak semua sekali..:)
Kina dah survey dekat banyak bridal dekat Kuantan.
Banyak la dapat quotation untuk pelamin dewan, walkaway & pintu gerbang je.
Kina just minta tu je..majoriti quote sampai 2-3 ribu, jadi taknak la..

Akhirnya jumpa Idaman Hati Bridal Collection (IHBC). Masih baru.
Memang IHBC yang bagi quotation paling murah yang kina dapat.
Dah la pelamin baru. Seriously kina dapat murah walaupun tak kenal pun.
Macam dapat harga sedara mara la. Alhamdulillah.
 
Kina suka sangat dengan cara kak lea yang humble & happy go lucky.
Kak lea sangat baik melayan kerenah kina kejap nak gini gitu kan.
Last-last sekali kina bagi sketching pelamin kina, kak lea merealisasikan.
Pelamin kina ni memang kak lea buat khas, baru..Macam baju baru gitu..
Siap lagi belikan kerusi baru yang macam kina nak tapi harga maintain sama.
tingkap tu patutnya boleh bukak tapi tukang kayu tersilap pasang..hee..tapi still cantik!
 Mungkin rezeki kina sebab IHBC masih baru jadi kerusi & pelamin tu 
untuk tambah koleksi dorang di masa hadapan juga kan. Alhamdulillah.
Sepatutnya 3 panel je tapi kak lea tambah tepi tu supaya nampak penuh.
Macam 5 panel plak kan!
Sangat-sangat berbaloi & suka dengan pelamin kina. 

Pelamin kina takde alat-alatan merenjis atau menepung tawar..
Sebab pelamin untuk bergambar je. Tu pun kitorang makan dulu baru naik pelamin.

Kina harap IHBC akan terus sukses.
Untuk bride-to-be pahang, IHBC sangat kina recommend!
Tepati masa, ikut pandangan pengantin, & tak double standard ke ape.
I love you la IHBC! Thank you!

Berminat nak dapatkan perkhidmatan IHBC? Boleh la hubungi:
Kak Lea : 019 9881410

Review: Tutorial DIY centerpiece

Salam 
Ohayo!Selamat pagi! Hari ni kina bersemangat nak mengarang tutorial..
Kira ni review plus tutorial. 2 in 1. Ada banyak gambar. Jadi tak bosan sangat..
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat centerpiece ni:
bahan-bahan penting membuat centerpiece
Orite, sebelum kita nak buat apa-apa, benda utama adalah label tu sendiri.
Sekarang kan fofular bentuk scallop & bracket macam ni kan?
Kina download bentuk bracket ni dari sini. It is free. Format SVG.
Kalau korang tak dapat download,email kina untuk dapatkan bentuk ni.

Kina gunakan adobe ilustrator trial semata-mata nak jugak bentuk ni.
SVG boleh open & edit guna adobe ilustrator (AI), paint biasa tak boleh.
Penat juga mengodam dan mengexplore AI dalam masa yang singkat.
centerpiece untuk meja budak sekolah kina & pudin
Lepas tu kina print label atas kertas warna pink. Ikut tema majlis kan.
Nak buat print colour printer colour takde. Jadi guna kertas colour.
Lepas tu kina liminate bagi keras. Pakai liminate office. Hehehe. : P
label dah siap print & liminate & gunting. thanks ex-opismates tolong guntingkan!
Orite, next tentang sticker pink grey tu plak ape ceritanya.
Kina edit bentuk bracket yang sama tapi yang ni kina hantar printing.
Sticker ni kina hantar printing dengan L.O.V.E.R.I.N.G. last minute.
1 pcs sticker dapat harga RM0.30. Berbaloi sebab berkualiti & panjang.
Sangat comel dengan bentuk doily kat tepi sticker tu..
Sebelum sticker ditampal keliling botol jar
Untuk bunga tisu, guna tutorial tuan puteri, pakai kertas crepe warna purple.
1 pcs crepe paper tu harga RM0.80 boleh dapat kira-kira dalam 12 bunga.
Kertas crepe tu boleh beli dekat Kedai Bunga Reben, Plaza One City.
bunga tisu yang sudah siap
Botol jar tu kina rembat sikit dari doorgift kina sebab memang beli lebih.
1 pcs botol jar dalam RM0.60 tanpa penutup, sebab tak pakai penutup pun.
Botol jar ni boleh beli dekat Quality Pack. Kina borong botol jar di post ini.

Bahan-bahan supporter lain ialah dawai tebal, span bunga,selotape & surat khabar.
Dawai tebal saiz 16, harganya RM0.80 dapat 6pcs. Surat khabar lama free.
Span bunga warna hijau tu ada 2 pcs je guna. 1 pcs RM2.00.

Ok, dah tahu mana nak dapatkan & sediakan bahan-bahannya.
Sekarang kita tengok gambar step by step.
1) selotapekan label dengan dawai atau lidi sate
2) Tampal sticker pada botol & sumbat surat khabar ke dalamnya

3) Potong span ikut saiz botol & sumbat lagi.
4) cucukkan bunga tisu pada span di tengah-tengahnya
5) sekali lagi cucuk label berdawai di tengah-tengah.
6) Sedia untuk dibawa ke dewan!
 Centerpiece boleh dikira benda yang remeh temeh dalam perkahwinan.
Boleh minta vendor je sediakan tapi sediakan duit je.
Dapat DIY centerpiece yang murah pun 1 kepuasan selain menjimatkan.

Total anggaran damage untuk 1pcs centerpiece kina:
Botol jar: RM0.60
Sticker: RM0.30
Label: Sumbangan office. :P
Dawai Tebal: RM0.13
Bunga Tisu: RM0.10
Span: RM0.10
Surat Khabar: Free
Total & Bundarkan = RM1.25 untuk 1 centerpiece.
Murah sangat bukan? 
My ex-officemate. Tapi fokus pada centerpiece ye. hahaha
 Bunga tangan kina time nikah digunakan dan ditabur keliling centerpiece.
Untuk naikkan seri la kunun kan. Tapi free je sebab handbouquet tu tak pakai dah.
Recycle selagi yang boleh. Jimat-Jimat-Jimat
centerpiece yang simple tapi menawan. ceh. :D..boleh buat deko lain jugak.
Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam pembikinan filem centerpiece ini.
Selamat mencuba!

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork