Review: Tudung & Veil bertandang

Salam 
 Disebabkan banyak pertanyaan mengenai tudung, veil & baju 
Yang kina pakai masa bertandang. Makanya kina review tudung & veil dulu.

Pada suatu hari, kina ternampak contest tudung & veil dari Elyn Creation.
Masa tu lebih kurang 2 bulan sebelum majlis bertandang. 
Jadi kina pun mencuba la sebab belum ada tudung & veil.
Untuk membaca entry penyertaan kina boleh klik kat sini.

Alhamdulillah, rezeki bertandang. Kina dapat tempat kedua.
Hadiah berupa tudung & veil bernilai RM200
Masa dapat tahu menang memang syukur sangat..
Yela, dapat jimat, dapat tudung & veil yang diidamkan..
Walaupun tinggal sebulan je, Elyn Creation berjaya siapkan tudung kina.

Kina bagi example gambar & bagi contoh warna kain pada elyn.
Then elyn buat je. Yang bestnya elyn takde nak tukar-tukar idea kina.
Alhamdulillah, kina berpuas hati sangat-sangat dengan hasilnya.

Pada kina, price dari Elyn Creation berpatutan sangat.
Sangat sesuai untuk b2b yang nak customade tapi on budget.
Tapi kalau dah harga budget jangan la nak macam budget mak datin ye.
Berpada-pada dalam menempah. hee.
Patch lace & pearl pada awning tudung

Disebabkan baju bertandang kina tak meriah sangat.
Jadi kina request untuk saratkan bahagian tudung, veil kosong.
Veil plak bentuk semi D. haha. macam rumah plak kan.
Kina nak tak bulat tak D sangat. Sampai paras wrist.
Bentuk veil chiffon. Kosong je.
Oh lupa, dua-dua adalah material chiffon.
Mula-mula ingatkan nak veil net tapi tak jadi.
Sebab sangat suka chiffon. Nampak soft.

Thank you Elyn!! Nak tempah jugak?
Boleh la contact Elyn :
SMS : Elyn 012 6021075
emel : elyncreation@gmail.com
Veil pin macam tu je kat kepala. hikhik. suka gambar main belon.
All photo credit to:
Official Photographer: Kerjagilasimol Photography
Assist by: Akmal Sungkanah




Important, B2B,Ex-B2B & Blogger!

*Ini adalah sticky post*
*Untuk post terbaru tengok kat bawah ye*

Salam 
 Can u feel the different? Cantik tak? (Suara Eric Leong lagi) 
Yup, kina dah tukar template blog tapi still kekal dengan warna biru.
Setelah setahun lebih dengan header dulu, sekarang bertukar..
Bukan mudah untuk tukar sebab sekali sayang selamanya sayang..cewah..

Dulu kina rajin edit sendiri sekarang dengan RM30..
Kina tempah dengan alieff..
Korang nak tempah jugak?
Full template RM30 je..Kalau header sahaja RM10..
Email alieff: ahmadalieff@ymail.com (tempahan dibuka start bulan Feb)

Bukan sahaja template bertukar, title & nama samaran pun bertukar..
Lepas ni kalau korang tengok Shakina Farhan yang komen, tu kina la tu..
Gambar profile pun nak sama dengan banner..wah, ade banner sekali tu..
Journey of Bride-to-be | by Shakina Farhan


Namun begitu korang takkan nampak kina komen
kalau kina takde link korang kan? tak best la.
Itu yang paling menyedihkan.
Tiba-tiba blog list kina hilang macam tu je..
Macam mana kina nak blogwalking & dapat ilmu dari korang semua..
Senang nak keep in touch..

JOM EXCHANGE LINK!
Kina perlukan link korang..sila komen ye..kalau boleh macam ni: 
B2B & ExB2B : url blog
B2B Pahang : url blog
Blogger : url blog
Sehingga 1 Jan 2012, kina dah link 110 blog berdasarkan komen.
Terima kasih..sayang korang!

Teaser Majlis Bertandang Serentak

Salam 
 Lama rasanye tak menulis di blog..
Minggu lepas kina tak berapa selera.. 
Takde selera makan & takde selera nak bukak laptop..

Maka tepek la sekeping dua gambar dulu sebagai teaser..
Kahwin serentak 2 pasangan. Adik & Abang

Alhamdulillah..dah setel semua majlis..

credit to Official Photographer :- KERJAGILASIMOLL photography


Review: Personalized Wedding Calendar

Salam 
 Selain dari photobook, canvas, album, cd & etc.. 
Why not kita abadikan gambar-gambar kahwin dalam kalender? 
Nice timing lagi ni sebab baru bulan Januari kan..Mood new year lagi.
Kalau bulan Mei-Jun baru nak buat kalender rugi la kan?

I got mine! Thanks to sis nyomel sebab hadiahkan kina ini!
Al-kisahnya, Disember 2010 dulu kina ada menang 1 giveaway sis nyomel.
Hadiahnya berupa sticker tq tag untuk paper bag. Tapi!
Sebab dah lama sangat, sampai lepas kawen baru la kami berdua ingat.
Kina banyak minum air semut kot. Boleh terlupa plak. 
Yang kina belum redeem hadiah tu dari sis nyomel. huhu.

Then sis nyomel come out with this idea. Personalized calender!
Kina cuma kena email gambar-gambar wedding yang terpilih.
Semua total gambar dalam 40 lebih gambar dalam bentuk softcopy.
Dan juga tarikh-tarikh penting untuk diletak dalam calender tu.
Birthday family, Blog anniversary, semua kina bagi. hihi.
Goyang kaki..Tengok-tengok dah siap..Comel plak tu..

Kulit depan personalized calender kina. hihi. segan.
Dalam dia macam ni la. Ni bulan Januari 2012.
February..My birthday ada kat situ dengan birthday adik ipar.


Gambar dengan bridesmaid wajib ada!

Untuk gambar masa reception calender warna ungu plak. hee

Bulan september punya page.

Ini pandangan belakang bila kita alihkan, setiap page gambar berbeza.

Last sekali macam calender biasa yang lain. Overall tahun 2012& 2013 
 Bestnya ada personalized calender ni bukan sahaja gambar sendiri,
Date yang memang ade dalam calender biasa pun ada, date special kita pun ada.

Tarikh raya & merdeka semua ada
Bulatan Merah: Tarikh akad nikah kami & Birthday abang kepada pudin
Best kan? Untuk simpanan sendiri.

Dulu sis nyomel cakap dia buat suka-suka je tak buat bisnes.
Tapi sebab permintaan ramai..dia berbesar hati untuk menerima tempahan.
TAPI-TAPI-TAPI! HANYA SEHINGGA 14 JANUARI.
Sebab sis nyomel tak dapat nak ambil order terlalu ramai.
Yup..Sampai esok sahaja! Nak tempah klik dekat sini.


Review: Tq Tag 5 sen & The Shaper

Salam 
 Ramai yang berminat nak tahu tentang TQ Tag 5sen kina,
Haruslah me'reveal' rahsia, tips & trick yang kina buat hari ni,

Mula-mula kina design thank you  tag dalam bentuk round.
Masih ingat entry kina membeli shaper puncher sini?
Ala, puncher yang bulat tapi berlekuk-lekuk kat tepi..
Kina beli dekat Scrap n Crop bersaiz 1.5 inci..
Scallop shaper puncher bersaiz 1.5inch
Lepas tu, depan office lama kina ada kedai printing business card.
Tipnya, kalau print business card banyak-banyak dapat murah.
Lagi senang nak punch bila saiz dalam business card.
Tak perlu nak gunting sikit pun. Punch  & Punch sahaja..
Kalau print atas kertas A4, kena gunting sebab shaper tak lebar.
Kedai hujung antara jalan ipoh & jalan raja laut. Thanks terence tlg amik pic. 
Terus la kina & kak ecah (ex-officemate) terjah kedai tu.
Dengan berbekal pendrive yang ada design thank you tag tu.
Kina mintak printkan business card dengan 2 thank you tag.
Thank you tag tu kina mintak die jadikan size 1.6 inci.
Mesti saiz round thank you tag lebih besar sikit dari shaper.
Kalau diameter dia 1.5 inci sama dengan puncher tak boleh..
Sebab scallop die tu nanti jadi warna putih.

Kina dah takde softcopy thank you tag, jadi kina ilustrate macam ni.

Kina tempah la 500pcs business card yang ada 2 tq tag.
Tinggal kerjanya nak punch dengan scallop shapper tu..
Maka 500pcs x 2 tq tag = 1000 tq tag..
Total damage untuk print business card = RM55.00
Bila kita bahagi RM55/1000..
Jadi 1 thank you tag berharga 5 sen sahaja!

Tricknya di sini adalah business card & the shaper tu.
Kalau ada printer colour sendiri lagi super jimat..
Nak menggunting sendiri thank you tag memang jenuh la.
Kalau 10pcs ok lagi, 1000pcs? Sakit tangan weh.

Kina tak kira harga shaper sebab itu adalah aset..
Boleh guna banyak kali lagi & sangat berguna..
Tambahan pula semua orang pun boleh punchkan.
Aritu adik-adik sepupu kina tolong punch. Mudah.
Tak perlu risau salah punch sebab ade ukuran dia.

Antara hasil thank you tag....
Design Thank you tag simple untuk doorgift si cilik
Ramai yang email kina nak beli puncher shaper ni..
Kina sayang sangat nak jual atau sewakan.

#Update : 2 March 2013
Kina buka untuk sewa puncher shaper, lebih kurang macam ni tapi lagi mudah
Sebab bentuk die macam gunting..scallop size 1.5inch..
Korang kena print macam business card jugak baru senang keje.

Tempoh sewa: max 2 minggu (bergantung kepada availablity)
Harga sewa: RM30
Deposit keselamatan: RM50
Lokasi: Kuantan
Boleh email kina: shakina.farhan@yahoo.com


Thank you bloggers yang hadir

Salam.. 
Sejak bergelar blogger bermula Ogos 2010..
Kina memang tak sangka akan berhubung rapat sesama blogger..
Sekarang kina adalah blogger yang tegar..huahua..
1 hari tak tengok blog rasa gelisah..hahaha


Sudah 3 bulan lebih baru dapat buat post penghargaan ni..sorry..
Berjuta-juta lemon atas kehadiran blogger yang sudi hadir ke majlis kina..
Korang memang gempak & best..
Terutamanya Geng Pahang Bride Blogger.
Mas datang tapi lewat sikit kan? Jadi takde dalam gambar.

Duduk dari kiri: Nora & Rose, Berdiri dari kiri: Tqah,Puteri,Dyll,Sarah,Aliza, Maera


Tidak dilupa Qis (Amani) & Tatie (Cik Izzati Ghafur) Bila nak tukar Puan?
HAHA..blog dah tutup ke tatie?
Sayangnya kina takde gambar bersama korang berdua..
Kina pun tak sangka korang sudi datang ke majlis kina..Tq sangat2..
First time jumpa tapi sempat kenal kejap-kejap je kan..

Maafkan kalau ada tak cukup atau kelemahan di majlis..
Terima kasih lagi sekali..

Buat rakan bloggers yang berminat nak datang majlis bertandang..
Yeah, mom-to-be ni nak bergelar pengantin lagi sekali..
Tapi kali ni simple je. No Pelamin & Baju Meletup..haha..

Kina mewakili suami ingin menjemput semua ke majlis bertandang kami..
Kalau betul-betul nak datang email kina ok,
kina akan bagi softcopy card..
Majlis akan diadakan pada 21 Januari 2012 di Felda Tembangau,Pahang..

Ada 1 soalan untuk kina tanya untuk dibincangkan..
Rumah mak mertua korang dalam 3 jam perjalanan, 
Korang siap pakai baju, make up semua dah siap ke?
3 jam perjalanan possibility untuk ZZZZZZZZ adalah 80%..haha
Taknak jadi pengantin berair liur basi..

walaupun memang pengantin basi..
: p
HAHAHA


Review: Doorgift botol jar

Salam 
 Tiba masa untuk review lagi..hee..sekarang doorgift semasa wedding..
Doorgift botol jar dengan cookies ni,
kina bagi masa resepsi 1 Oktober 2011..

Nak dapatkan botol jar macam ni click la Quality Pack ye..
Rasanya semua kina dah terangkan dalam post tersebut.. 
Kina sangat berkenan dengan doorgift dalam bentuk jar..
Beli dah lama, tapi nak ambil keputusan mendeco pun lama..
Last-last tak jadi nak deco pakai kain sebab lambat..hihi..

Ini adalah 2 contoh deco yang tak jadi nak buat..
Abaikan tangan yang montok itu..hahaha..
Kenapa tak jadi?

Gara-gara 2 minggu lagi nak kahwin baru lah beli kain..hihi..
Sebab tak dapat buat keputusan nak beli kain warna apa..
Kain jenis apa, berapa meter nak beli, nak yang termurah..
Masa tu stress gak tapi buat cool..ceh..

Lepas tu kerja kat Kuala Lumpur masa tu, jar kat Kuantan..
Balik rumah pun weekend last-last nak kahwin..tak sempat..
Nak kerahkan orang boleh tapi kesian sebab penat tu banyak..
Nak menggunting kain tu bulat-bulat lagi..hee..banyak alasan..

Oleh itu, kalau korang nak buat deco dengan kain ke apa ke..
Buat lah dari awal, jangan asyik mensurvey sampai ke akhir hayat..
Macam orang yang menaip ni ha..hahaha..

Dengan masa yang terhad..
Masa tu la nak buat cookies..
Masa tu la nak mendeco jar..
Akhirnya buat deco jar paling simple di dunia..
Bukan sahaja cepat tapi selamat..hahaha..
Zoom in..Camera OP: Mohd Razali
Kenapa kina cakap selamat?
Sebab kina bagi cookies dalam botol jar..
Letak doily paper dapat elakkan 99.9% cookies masuk angin..
Walaupun botol tu kedap udara tapi lagi selamat la kot..kot..

Memang cepat & mudah nak buat di kala last minute. 
Dengan saiz botol jar 8cm x 6.5cm (200g),
Kina dapat isi lebih kurang 8-9 pcs homemade cookies..
Macam-macam jenis cookies ada..nasib la dapat yang mana..
Tapi insyaAllah semua sedap..

Letak je doily paper kat dalam, pastu tutup..
Tak payah nak gunting kain sebab doily dah bulat..
Then tepek lah thank you tag tersebut..

Kalau ada yang cakap ''Wah, doorgift mesti mahal''
Tett..anda silap..nampak je mahal sebenarnya..sebab DIY..
Kalau beli mesti la jatuh at least RM4 untuk jar & cookies kan..
Tambah harga kos tenaga pekerja & masa lagi kan. 

Mari kira-kira untuk jar & deco! Isi dalam korang boleh fikir sendiri.
Nak letak coklat ke, cookies ke bahulu ke kan..

Kos untuk mendeko botol jar.
Botol Jar : RM0.68
Doily Paper : RM0.06
Thank you tag : RM0.05
Total : RM 0.77

(Mana kina dapat thank you tag 5 sen tu? Tunggu review next time ye.)
Minggu depan kina review thank you tag 5 sen tu ok..

Actually lebih kurang kalau beli paper bag harga 70sen, 50 sen. 
Pakai botol jar nampak lebih mahal tapi lebih kurang je sebenarnya.

Lagi la dalam paper bag nak kena ada macam-macam doorgift.
Makanan ada, bukan makanan ada. Lepas tu buang merata.
Kina la rajin membuang paper bag, pudin suka simpan.haha.

Dapat bag besar lagi kena letak macam-macam.
Yang besar gila boleh simpan buat letak telekung eh.
Tapi kalau pakai brown paper bag memang jimat.
DIY la bagi cun sikit paper bag kan..nampak mahal gak..

Sebab doorgift ni bukan kita nak bagi 1 2..1000 tu biasanya..
Jadi buat ikut kemampuan kita & cari yang berbaloi..
Terpulang pada individu masing-masing..
Ada parent nak paper bag, jadi ikut la..
Kalau taknak, keynya: pujuk-pujuk-pujuk..hee

Masa kina awal-awal nak buat macam ni, ini dialognya yang keluar.
Ibu : Pakai botol jar? takde orang buat kat Kuantan ni. Mesti mahal.
Kina: Kita jadi la yang pertama buat. Tak mahal la beli harga borong.

Tak cukup dengan tu..bila tunjuk contoh baru ibu suka..hehe..
Tak habis lagi, ibu nak letak dalam paper bag botol jar tu..
Kina cuma cakap takde budget dah ibu untuk paper bag..
Kalau ibu nak, ibu topupkan ye..sambil gelak-gelak kucing..
Terus nan ado la paper bag jawabnya..haha..
Sekian, terima kasih..

P/S: Mengayat kena pandai..Harap tetamu suka la doorgift ni..


Ini bukan personal & bunga 3D

Salam 
Hari ni hari rabu, ramai orang makan tebu..(pantun ayah kina)..haha..
Kina akhirnya telah berjaya membuat 1 lagi blog personal semalam..
Kina taknak campur adukkan personal dengan semua tentang wedding..

Kina sangat suka semua perkara tentang wedding..sayang blog ni..
Harap sangat blog ni boleh memberi idea buat b2b di luar sana..
Walaupun seciput ciput mana info yang diberi..heh..

Sebab kina tahu tak ramai suka baca benda personal..
Macam ok..kina suka makan tutti fruitti & tengok CSI..
Kina suka pemenang America Next Top Model cycle 16..
Jadi biarlah personal & kurang berinfo diabadikan di sana..hahaha..

Satu lagi, kina gunakan nama sendiri sebagai url & title..
Kina sangat adore dengan orang yang guna nama sendiri,
Sebagai nama url blog & title blog mereka..
Dah lama nak guna nama sendiri as title blog..baru la blog sendiri..

Kina juga akan rakamkan perjalanan kina sebagai mom-to-be..
Macam tak sesuai dengan url & title blog ni nak story..
Terima kasih atas semua wishes, nasihat & doa..

Layout lebih kurang sama tapi lagi sejuk mata memandang kot..
The personal blog of Shakina Farhan..jenguk kalau mahu ok..
InsyaAllah kina akan terus aktifkan blog ini..:) belum habis review lagi..
Ampunkan kelambatan mereview majlis..heee..

Ok la..hari ni banyak benda kena buat..siapkan bunga 3D!
Dalam 20pcs lagi nak buat..sakit belakang gak membuatnya.
Mereka adalah bunga peony..dengan pearl..

Warna macam gelap sikit..pencahayaan tak betul kot..

Makin lama buat makin comot..huu..memang saja buat tak sama size..
Harap sesuai la nak tepek kat baju nanti..






Double line. Pregnant ke?

Salam 
 Beberapa hari lepas kina check urine pregnancy test.
Hasilnya :
Double line tapi blur kan?
Macam tak percaya pun ada..double line tapi samar-samar..
Masa tu ulangbulan ke 3..haha..yela, belum ulangtahun..
Kina memang suka check UPT..huahua..

Pagi ni pegi check dengan doctor..
Doctor tak tunjuk pun result UPT tu..
Dia cakap tahniah..! Alhamdulillah..Kina pregnant..
Usia kandungan muda sangat lagi..4 minggu 1 hari..
Ya Allah..terima kasih atas anugerah terbesar ni..
Doakan kina ye..tq..:)

The Ladies Photographer Giveaway

Salam 
 Sesiapa yang berminat nak join contest ni? Click sini ye. 
 Siapa yang bertuah, dia yang menang.. 

Tak perlu like & tak perlu post yang kreatif..
Tarikh tutup contest: 31 January 2012
5 orang yang kina tag :


Sesiapa pun boleh join contest ni..All da best!

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork