Review: The Craft Potion

Salam

Pertama-tama sekali nak ucapkan terima kasih kepada  The Craft Potion !
Kerana sudi menaja 30 pcs corsages yang comel.
Untuk dipakai family kina masa wedding tempoh hari.
Bukan family je pakai, bridesmaid semua pun pakai.


(Lambat gile ko review kina! dah pengantin basi dah. huhu)
Better late than never kan kan kan. hihi.

Design memang kina serahkan je pada TCP,
Tapi kina request warna purple, pink, grey kenakan dgn tema.
Gambar kat bawah ni lebih kurang bentuknya, warna je lain sket.
3 orang tu antara bridesmaid kina tempoh hari. :)
3 orang model corsage dari TCP di guestnote corner.
Ini bukan sebarang magic potion ye. Ini  The Craft Potion  (TCP).
Pemilik TCP adalah Yanie yang dulu pun bride blogger like me.
Yanie sangat peramah, mesra, creative & berani mencuba.
Happy bila tengok rakan blogger berjaya dalam business wedding ni.
Bila la daku dapat seriously berbusiness dalam bidang ni. Teringin gak.

Jom kita cerita pasal TCP plak. Kata entry review.
TCP speciality adalah dalam mendeco & menDIY.
Ada macam-macam service & produk yang TCP tawarkan.
Harga pun kina jamin memang affordable & berbaloi.
Antaranya:-
1) Wedding Items Rental
2) Hantaran Decoration
3) Handbouquet
4) Corsages & Boutonnieres
5) Centrepieces/Guestbook/Main table deco
6) Candy Buffet 
7) DIY TQ Tag
8) Wedding favors
9) Affordable Photography Services
10) Affordable Wedding Emcee

Tak syok kalau entry tanpa gambar kan? 
Kina pick gambar dari TCP yang menarik perhatian kina.
Banyak sangat yang menarik ok!
My favorite! Lovely handbouquet!

Paper flower handbouquet! Mabeles!

Nice kan?Vintage gituuu

Fresh flower yang sweet-sweet gitu

Car deco

Centerpiece. Kina suka bunga oren tu!
Jar deco yang sangat comel rasa macam nak gigit2!
Ok? Cantik-cantik kan mak jemah?
 Dah puas tengok deco? Nak tengok lagi?
Bila tengok semua ni rasa rindu sangat dengan wedding preparation.
Sila la like fanpage The Craft Potion ye!

Berminat untuk order dengan  The Craft Potion ?
Boleh email yanie di : thecraftpotion@yahoo.com
Atau lebih pantas : 019-2594716

Semoga The Craft Potion terus success!
Sorry lambat sangat review! :)

Bila nak open Pre-Order lagi?

Salam
Bila ye kina nak bukak pre-order untuk Crist Whitestrips tu lagi?

Ini soalan yang paling banyak kina kena jawab sekarang..
Walaupun belum ada skema jawapan..hehe..kalau ada senang sikit.
Yup, kina tak pasti lagi bila boleh buat next pre-order..

Kalau boleh nak tggu semua first order tu selamat sampai dulu. 
Baru nak bukak untuk next pre-order. Itu plan kina la.
Since benda ni memang susah nak cari kat Malaysia, 
Kina ni macam tukang tolong beli untuk korang. 
Kalau kina memang supplier memang bukak je order setiap masa. 
Ampun ye. 

Kina memang bukak limited order je. Jadi sape cepat die dapat.
Takut kina tak dapat memberi service & supply yang terbaik..
Bagi yang nak cepat boleh la tengok dekat sgdrugstore ye..
Kina hanya boleh buat pre-order je. Kecil-kecilan lagi..

So, macam mana korang taknak terlepas Pre-Order? 
Mana la tau tiba-tiba minggu depan kina open? Haa..
Nak kina ingatkan sorang-sorang takut terlepas pandang, 
Nanti korang marah kina plak..

Mudah sahaja..
1) Korang terjah blgoshop kina ni : theshop-A-blog
2) Korang masukkan email korang dekat ruangan atas tu.
Kalau korang nak follow blogshop tu lagi bagus.hahaha. 
Jadi, bila kina update pre-order lagi, terus la notify dekat email korang.
Kina takkan tau siapa yang subscribe.
Tapi semua post korang takkan terlepas. Termasuk produk lain ye. 
Dont worry, kina akan update masa Isnin-Jumaat. 
Weekend kina jarang update blog.

Bila dah notify tu, korang cepat-cepat email & kina bagi details.
Dalam masa 24jam tiada bayaran maka order tu tak dikira.
Kalau kina dah tutup order, kina tak dapek nak menolongnya.
Kina terpaksa buat macam ni, harap faham ye..

Bagi 30 orang yang order first batch Crest Whitestrip tempoh hari,
Kina ucapkan terima kasih, kina dah order & supplier cakap dah dispatch.
Mari kita sama-sama berdoa barangnya sampai cepat & selamat ye. Amin.




Crest whitestrips untuk gigi lebih putih!

Salam
Sebelum korang teruskan membaca review dari kina. 
Apa kata korang baca dulu post sis liyana SCR ni.
Ok? dah baca? excited tak lepas baca? hehehe..
Siapa taknak gigi cerah berseri kan. taken from here
Nak tunjuk gambar gigi sendiri maluuuu..hahaha..
Pudin suka ejek gigi kina kuning..hahaha..sedar memang pun..
Jadi, tak kisah pun..tapi confirm la nak gak merasa gigi putih..
Tapi ada orang cakap gigi kuning tu gigi yang sihat. Betul ke?hahaha
Ye..tahu..gigi dia lagi putih..haha..segan nak tunjuk gigi.
Jumpa dentist? Memang tak la. Mahal tu dah satu hal kan. 
Penakut jumpa doktor gigi sejak sekolah lagi.
Kalau sebelum turn nak jumpa doktor gigi confirm pegi toilet dulu.
Kumur-kumur, cuci apa yang patut. Tapi kena gak tampal kan.
Eeeee..ngilu bila ingat..

Kina try la beli yang Pearl White dekat Watson tu.
Cakap boleh putih dalam masa 14 hari tapi tak pun.
Kecewa. Tiap-tiap hari gosok gigi dengan gel Pearl White tu.

Ok, lepas baca post sis liyana tu memang target nak beli..
Kina beli nak dekat-dekat majlis bertandang Januari lepas.
Kina beli yang Crest Whitestrip Classic yang mana produk terawal Crest.
Yang ni murah sikit dari yang 3D. Sebab tu la kina beli.hahaha.
Semua ni pun gara-gara lepas baca post Mama Mona ni. 
Seriously nampak gila perubahan gigi dia. Kan?
Kina pakai yang jenis ni la aritu.

Kina beli dari oversea. Tapi sebab oversea kan sampai lambat.
Maka sempat pakai 4 hari je. Selebihnya kina jual kat zira.
1 hari 30 minit je tapi kina pakai 15minit je.
Sebabnya benda tu strip lekat dekat gigi jadi tak selesa sangat.

Walaupun 4 hari je pakai tapi pudin tegur 'eh, gigi syg putih sket!'.
Suamiku tu sangat la jujur & telus. Kalau tipu memang kantoi. : p
Haaa..baru dia tau..gigiku mampu jadi putih jugak walaupun sementara.HAHA.
Effect putih tu bertahan dalam masa 6 bulan katanya. Bukan kekal ye.
Kalau yang lagi mahal macam 3D Professional Effect & Vivid tu tahan 12 bulan.
Gigi tak rasa plak sensitif, maybe sebab kina pakai 4 hari je.
No editing2 ok. Now gigi kita sama sahaja, tak leh ejek dah.haha.
Kina share sebab kina pernah pakai & happy dengan resultnya.
Kalau korang nak beli, pastu terjadi alah ke sensitif ke gigi jadi rongak ke.
Jangan marah eden plak.
So far tengok semua review positif tentang produk ni.
Buy at your own discretion, bak kata sis liyana. 
Kalau nak beli kat Malaysia boleh tengok dekat website SgDrugstore.

Kalau nak beli dekat kina pun boleh. Kina bukak pre-order.
Pre-order dalam bentuk pakej 7 hari & pakej 14 hari ye..
Tapi untuk Classic & Professional Effect sahaja buat masa ni.
Kalau yang nak testing2 try dulu beli yang 7 hari punya treatment.
(Recommended sangat2 untuk yang baru nak cuba macam kina)
Serious buyer je. Kalau taknak main jauh-jauh na..hihi..

However, kina ambil limited order sahaja. Harga pun special time ni.
Sape cepat dia dapat yoo. Untuk lebih details boleh click link bawah.

TELAH DITUTUP
Lupa plak nak memperkenalkan, theshopAblog tu blogshop kina.
Hehe..tak banyak lagi product, ada yang dah habis stock jugak..
Tapi kina akan try update selalu. Khas untuk semua. B2B,M2B,C2B.
(Child 2 be?..hahaha..apa2 la)
Link la kalau sudi mana tau nanti kina buat contest.
Dapat barang free.. haa..ok la..chow chin chau..

Bila akan buka pre-order lagi? Klik link bawah ni pula.
http://our-wedding-journal.blogspot.com/2012/05/bila-nak-open-pre-order-lagi.html

p/s: sejak 5 bulan pregnant, pudin asyik cakap cerah plak kulit. 
takde pakai ape2 pun. musykil betul. pembawakan baby jugak ke? 




Review: Official Photographer Bertandang

Salam


Hiiii..Currently agak busy dgn project terbaru..haha..
InsyaAllah, bila dah siap kina akan buat contest simple2..wait haa..

Hari ni kina nak review OP masa bertandang masa bulan Januari aritu..
Bagi yang pernah baca, utk OP ni kina ada buat contest..
Akhirnya Kerjagilasimoll telah berjaya memenangi hati kami..
Cepat-cepat ready, nak ambil gambar ni.. 
Sebelum review lebih lanjut tentang  Kerjagilasimoll  ni, nak bagi tips sikit.
Tip dalam memilih photographer untuk perkahwinan..Penting ni..
Jangan main rembat je mana-mana korang jumpa tepi jalan..
Setiap perkara kena survey-survey-survey..

1) Budget
Pada kina budget memang yang paling penting.
Korang pun mestilah faham berapa yang korang mampu nak hire.
Jangan sebab nafsu poket binasa ye. Kalau nak jugak..tak tahan tengok.
Join la contest macam kina. kihkih. tu je la modal yang ada.
Namun begitu investment untuk photographer yang terbaik tak merugikan.

Salah satu cara nak jimat adalah hire OP shot+edit+burn sahaja.
Printing korang boleh print sendiri & pilih gambar yang terbaik.
Dekat groupon tu banyak photobook bagai yang murah-murah.
Ops, kina pun tak print lagi gambar bertandang. Tu dia punya cons la.
Kalau kita buat berzaman baru nak print..haha..

2) Hasil-hasil Photographer
Korang kena selidik macam mana hasil & customer dorang ni.
Ada tak yang KO, gambar nampak gemuk ke, nampak jerawat batu ke.
Hahaha.
Gambar memang boleh cerita 1001 & selalu jugak menipu..: p 
Alhamdulillah, kina sangat suka gambar nikah kina. Nampak grand weh.
Padahal kalau korang mai la, simple je, canopy pun buruk je.
(impian nak canopy transparent perlu ditanam hidup-hidup jela)
Tak mampu nak buat majlis grand? Gambar nampak grand pun jadi!

3) Layanan kepada previous customer
Kebanyakan photographer akan ada fanpage & website dorang kan.
So, korang tengok la macam mana photographer ni layan customer dorang.
Macam mana relationship dia dengan previous customer.
Kalau nak taknak layan @ kutuk customer dalam status..reject jela.
Tu jenis photographer tak profesional. Menci betul la kalau tengok.
Walaupun hasil the boom tapi attitude kureng korang boleh KIV dulu.hihi.

4) Berapa lama masa nak dapat album
Kepantasan mengupload & menghantar album pun penting.
Ada yang setahun dah kawen belum dapat lagi albumnya. Tak ke naya?
So, korang boleh la korek-korek dari previous customer dia.
Bagi Mohd Razali - kina dapat 2 bulan after wedding. Kira cepat tu kan?
- upload kat facebook malam akad nikah tu jugak! hebat!
Bagi Kerjagilasimoll - kina dapat pendrive dalam masa seminggu sahaja.
-upload kat facebook keesokkan hari. Pantas jugak!

5) Jenis photographer
Err..ni bukan jenis @ species ye..hahaha.
Maksud kina di sini speciality photographer tu..
Ada yang hebat dekat potrait, ada gambar nampak vintage,
Ada yang nampak ceria, ada yang suka gambar gila-gila,
Ada yang edit sampai tak nampak real, waduh. 
Pilih ikut kesukaan korang ye. Masing-masing punya minat.

Ok, baru nak start review kan..
Pada kina  Kerjagilasimoll  memenuhi syarat-syarat di atas. Lulus!
Dia sangat punctual! Pukul 9 pagi dah sampai kat Felda Tembangau tu.
Time tu kina baru la siap make up dekat Kuantan. hihi.
Ye, kitorang sampai lewat gila sebab tunggu-tunggu orang.
Dekat pukul 2 baru sampai! Kesian photographer tunggu.

Korang tau tak Moll ada dalam klip video Najwa Latif?
Ala..yang lagu Carta Hati tu..hihi..ye, lelaki yang pakai spek tu la moll.

Pada hari itu juga, moll bawak rakannya bersama Akmal Sungkanah,
Both of them sangat humble, muda lagi, hasil mereka best..
Ini akmal sungkanah, masa ni xd orang lagi datang.
Pengantin yang lewat. :P
Pengantin yang lapar
Ampun tak ikut turutan langsung. Banner 2 pasang pengantin tajaan BIL.
Suka pokok tu. Pengantin tahan kena gigit semut masa ni. Sakit wey.
Ehem-ehem. 
Ehem-ehem jugak la. tak tahu letak caption ape.
Walaupun masa sangat singkat, outdoor pun sekejap je..tapi puas hati..
Pandai je dorang bagi instruction nak posing. Harapkan kina?
Haruslah kayu je ku posing.

Dekat-dekat pukul 5 petang kitorang dah have to say goodbye dekat dorang..
Bukan sebab dorang yang nak balik tapi kitorang dah kena mengemas.hihi.

Bagi yang masih mencari-mencari photographer. Do consider them k!
Akmal Sungkanah
boleh add facebook akmal untuk gambar-gambar baru: Akmal Sungkanah

Gambar exclusive & rare! hahaha 

Kesian tak photographer sampai tertido luar surau tunggu pengantin?
Photographer siap solat zuhur berjemaah dulu baru pengantin sampai. hihi.
Bagus2..






 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork