10 idea DIY kad kahwin sendiri

Salam

Rindunya nak Do-It-Yourself..sob2..
Actually, mood nak tulis pasal wedding cards ni tiba..
Selepas anak berjaya menjumpai kad kahwin yang dah disorok lama..
Yes, she is so clever and active girl! Even maknye kuat tido masa pregnant..

Perasaan bila tengok balik kad kahwin sendiri? Yang dibuat sendiri..
Ohhh! Priceless!! Rasa macam boleh cakap macam ni 10 tahun akan dtg..

"Shahadah, ni lah kad kawen mama & papa buat sendiri"
"Papa tolong jugak gam benda rhinestone tu depan library UM"
HAHAHA

So girls, its so worth it tau walaupun takde la cun sangat..

Ni idea-idea yang boleh korang try letak atas kad selain rhinestone..hihi

1) Butang 
Butang ni pun nice, boleh beli borong dekat mana2..

credit to : here
 2) Ribbon
Ribbon atas kad kahwin rasanya dah biasa sangat kan. 
Kalau pakai ribbon yang keras lebih cantik rasanya.
credit to : local vendor
3) Felt
Ingat lagi pernah 1 ketika dulu semua orang gilakan felt.
Craft thingy yang sangat menarik. Comel sangat card ni.
credit to : here
4) Lace
Wow, ni sangat la ekslusif & elegan & super mahal..hihi..
Kalau kuantiti yang sikit macam VIP ke should be ok la.
credit to : here
5) Doily paper
Bagi yang tak mampu berhadapan dengan kos lace,
doily adalah penganti yang bagus. Beli kat chow kit murah je. 
credit to : here
6) Crochet
Bagi yang pandai ber'crochet' boleh try buat macam ni.
Tak perlu sampai 3 love pun ok , kalau tak larat 1 pun cun dah. hihi
credit to : here
7) Pearl
Dekat contoh ni gabungan pearl & kertas. (i tak minat sangat rama2 tu)
credit to : here
8) Bunga 3D
Kerlasss kau mamaria! Jenuh nak buatnya kan..hahaha..
Usaha escalator kejayaan! 
Tak pun pakai 3D flower kecik2 1 yard dpt byk tu kan.
credit to: here
9) Rubber Stamp
Bukan letak rubber stamp atas kad tu ok, tapi stamping..hehe
Kina paling suka main stamping..Senang pun senang..
Kalau buat kad pastu stamp kat bawah tu
'made by Shakina' ataupun 'wajib dtg tau!' hahaha..
Mesti orang kata ngengada lah! Biar lah wedding haku! Haha
credit to : here
10) Rhinestone!
Hahahaha..lastly my expired wedding card lah sebagai contoh keeen..
boleh baca kisah2nya di sini
Rasa nak frame untuk letak dekat rumah sendiri nanti..
Even harganya cuma RM0.35 sen..tapi hasil air tangan tu..
Memang tak sama dengan card harga RM3.50..hehe..
Doakan kina dapat duduk rumah sendiri..yang tak tahu bila..
InsyaAllah, adalah rezeki tu nanti ye.

Last but not least, selamat berDIY!
Kalau rasa nak DIY start lah dari awal. 
6 bulan sebelum dah boleh start..
Sebulan target lah siapkan 150 keping..
Sehari cuma siapkan 5 keping..Hehehe..


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork