Tambah dalam budget checklist kawen anda

Salam 
 Bagi bride to be yang sedang planning & pening tu..
Pastikan anda ada budget checklist.
Kalau belum ada, download atau tengok online
Kemudian olahkan ikut keperluan & kemampuan.
Kalau duit berkepuk-kepuk pun (Alhamdulillah)
pastikan mesti ada 1 checklist kira-kira.

Walaupun ilmu rumahtangga masih sangat cetek..
Tapi kina rasa ada la sikit pengalaman untuk dikongsi..
Boleh kira kina pun terkejut beruk gak la lepas kawen..haha..
Jadi, tak salah kalau kina kongsikan apa yang kina terkejut tu..
Kebiasaan dalam budget checklist berkisarkan majlis semata-mata.

Apa kata kita tambah 1 lagi ruangan budget dalam checklist.
'Budget Isi Rumah Selepas Berkahwin'

Kadang-kadang kita memang akan fikir begini..
''Ala..benda-benda tu lepas kawen la fikir''
''InsyaAllah lepas kawen rezeki bertambah-tambah, cukup duit kot''
''Kawen nanti dapat hadiah kawen dari kawan-kawan''
''Majlis ni sekali seumur hidup tak salah berhabis sikit''
''Sanggup berkorban asalkan kawen dengan tersayang''
''Beli benda yang penting-penting je lepas kawen''

Ok, sekarang kita tengok budget isi rumah yang penting untuk kita.
Bila cakap penting maksudnya wajib ada. 
Kecuali anda tinggal dengan parent lepas kawen.
Tapi siapa yang taknak duduk rumah sendirian berhad kan?
Walaupun rumah sewa kecil di luar bandar. Eceh, drama kan.
If ada orang nak bagi, Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.

List ni kina sediakan berdasarkan pengalaman & survey.
Gambar-gambar adalah hiasan semata-mata & hasil google image.

1) Rumah Sewa
Rasanya semua akan survey rumah sewa sebelum kawen lagi.
Kina pun ada survey rumah sewa ikut budget kitorang.
Mula-mula dapat rumah sewa RM500 sebulan fully furnished!
Semua cakap berbaloi ok, takyah fikir apa-apa nak beli.
 Mana nak dapat kan?
Tapi last minit tuan rumah back out (sebab dia ada problem peribadi)
Bukan rezeki kami, lepas tu kelam kabut cari rumah. 
Alhamdulillah..Dapat rumah teres 1 tingkat kosong.
Tapi barang-barang isi rumah kena la cari kan. 
Time ni la kina terkejut beruk beli barang isi rumah..hahaha.
Bagi yang berkemampuan untuk beli rumah, anda sungguh bertuah ok.
Range budget paling ciput untuk : Rumah sewa RM500-RM1000 sebulan.
# deposit rumah 2+1 ke kena ambil kira juga.
kina suka rumah teres 1 tingkat macam ni

2) Langsir
Ada rumah, mesti ada langsir kecuali rumah takde tingkap.
Ada 2 pilihan, samada tempah atau beli yang siap kat pasaraya.
Takde langsir harga 10inggit, 50iggit ye. 
Biasanya rumah at least ada 4 set tingkap. Tu yang paling sikit la.
Dapat rumah yang banyak tingkap macam rumah sewa kina kat bintulu ni?
Parah la. hihi. Serius, umah ni banyak gila tingkap. Perlu 8 set langsir.
Paling koman nak buat langsir untuk rumah biasa habis RM300.
Itu yang style langsir biasa tau, tempah kat Kamdar.
Jangan harap design hotel. wuu..
Belum campur hook,railing besi lagi..Kalau yang kayu lagi mahal.
Range budget paling ciput untuk: Langsir RM500
Langsir yang cantik budgetnye juga cantik

3) TV
Mampu duduk rumah tiada TV? kalau kina mati kutu la. hihi..
Orang kata kalau nak beli TV biar beli yang elok sikit..
Sebab kita nak pakai lama. Kita nak tengok lama.
Macam-macam jenis TV ada kat Courts?Seng Heng? mana-mana la.
Cakap pasal courts jangan la buat installment. Rugi sangat.
Range budget paling ciput untuk: TV RM700-RM1200

4) Astro
Dah ada TV tak lengkap tanpa Astro kan?
Macam mana nak tengok CSI?Amazing Race?Top Chef?
haha..itu seme favorite kina..
Range budget paling ciput untuk: Astro Installment RM50-RM100

5) Kabinet TV
Kina tak pasti orang lain panggil apa. Tapi pada kina ni pun penting.
Dah ada TV & astro tu takkan nak letak atas lantai.
Tapi bagi yang rasa tak penting boleh cut dari list ya.
Range budget paling ciput: RM250


6) Katil atau set bilik tidur
Bagi yang dah beli untuk bilik pengantin this is not a problem.
Bagi yang belum beli, katil mesti ada. Dalam rumah biasa ada 2 atau 3 bilik.
Tak payah fikir bilik lain, bilik kita je perlu katil.
Yang ni pun macam TV, kita nak pakai lama. Tak murah jugak.
Kina tengok katil adik kina yang bujang RM700 punya set.
Comel, moden tapi tak sampai setahun kiok patah. Tu orang bujang tu.
Kalau ada 2 orang tido tak sampai setengah tahun kot.
By that time kena baiki atau kena beli lagi. Kos lagi.
Kalau beli katil saja kena beli almari plak. 
Almari kabinet baju plastik pun RM50.
Range budget paling ciput: RM700-RM1500

7) Mesin basuh
Kalau sanggup nak cuci baju pakai tangan 
macam masa sekolah asrama dulu takpe.
Time sekolah dulu tiap hari basuh baju sendiri woo..
Bila dah kawen, baju bertambah untuk 2 orang..
Cepat je bertimbun dalam bakul baju kotor.hihi.
Nak jimat beli la mesin basuh manual instead of automatik.
Macam kina prefer auto tapi mesin basuh zaman bujang pudin manual.
Jadi pakai je yang manual sampai rosak.ahaha.
Kalau kina guna memang berjam baru siap sebab asyik lupa.
Range budget paling ciput: RM400-RM700

8) Peti ais
Macam kina, abang pudin bagi peti ais 1 pintu yang lama.
Alhamdulillah jimat kat situ. Tapi maklum la peti lama. 
Bersalji & susu segar pun tak boleh simpan lama. 3 4 hari basi la.
Lepas 6 bulan baru beli peti baru. (nak cakap baru beli peti.haha)
Ni pun beli la peti 2 pintu. Peti 3 pintu atau yang moden-moden jgn tengok.
Nak pakai lama, kalau peti 1 pintu nanti cepat berbau & bersalji.
Range budget paling ciput: RM600-RM1000

9) Dapur gas
Call me oldschool atau kuno. Dapat hadiah hot induction cooker.
Yang mahal tu harga RM2000 tapi tak pandai guna. Tetap nak pakai dapur gas.
Macam tak best rasa masak takde api, kurang feel. hihi.
Nasib pudin sekarang keje jaga tong gas, dapat la murah sikit tong gas.
Range budget paling ciput: RM50
Dapur gas tak perlu elektrik

10) Tempat sidai baju
Yang paling kina terkejut beruk masa nak beli kat kedai hardware.
Ni masa dekat Melaka la. Nak beli tempat sidai yang besi tu.
Yang paling murah kat situ RM120. Unbelievable! 
Dah beli tengok kat Courts Mammoth RM65 je.
Tapi kecik sikit & nampak besi die senang patah (sedapkan hati!)
Ni penting untuk sidai baju kalau tak ikat la dawai.
Range budget paling ciput: RM60-RM100

11) Rak pinggan mangkuk
Pinggan mangkuk memang tak perlu beli.
Sebab ramai orang akan bagi set pinggan mangkuk. hihi.
Lagipun duduk berdua je, asyik ulang guna yang sama.
Rak pinggan mangkuk ni ada 2 jenis. 1 untuk lepas basuh.
Orang putih panggil Dish drainer ke ape? Yang ni plastik murah ket. 
1 untuk lepas pinggan kering. Harus la beli yang besi kan.
Rak besi yang kina beli style macam kat rumah nenek. RM80.
Tu pun bukan yang tinggi, yang sedang punya. hihi.
Nak yang moden-moden sekali dengan kabinet takde kan.
Range budget paling ciput: RM100-RM150 for both
Lebih kurang kina punya tapi warna biru

12) Rice cooker & Water Heater
Yang ni pun kebanyakkan pengantin akan dapat hadiah.
Jadi sebelum kawen jangan beli dulu walaupun penting.
Kalau takde baru beli.
Range budget paling ciput: RM200 for both

13) Kipas
Walaupun kebanyakan rumah sewa ada kipas.
Tengok la rumah sewa korang ada kipas ke tidak.
Rumah sewa kina kat bintulu ni takde 1 kipas weh! Tak paham den.hihi
Air-cond? Confirm fikir 10x. Nak beli mahal, bil elektrik nanti naik.
Boleh pasang kipas syiling @ beli kipas stand biasa.
Kipas syiling KDK campur upah pasang RM160
Kipas stand biasa yang sederhana RM50
Range budget paling ciput: RM50-RM200

14) Peralatan mencuci rumah
Peralatan basic yang rumah mesti ada.
Mop, Penyapu, Penyodok, Baldi, Sabun lantai, Towel kecik, Berus
Penyapu kena ada 2 kalau ada laman rumah plak. hihi.
Range budget paling ciput: RM150

15) Barang-barang nampak remeh
Boleh tak buat kategori macam ni? hihi.
Alas kaki at least ada 3 keping (kat mydin murah) 
bekas letak berus gigi & sabun mandi.
Sudip, sudu garfu, kuali, tapis, span basuh pinggan,
Bekas letak garam, Ubat nyamuk, Jam dinding, 
Benda-benda camni nampak kecik, murah tapi..
Bila dah depan kaunter nak bayar tu cecah ratus ok.
Range budget paling ciput: RM200

Ok la..itu la isi rumah yang kina rasa penting after kawen..
After ni maksudnya tak boleh tunggu 6 bulan baru nak beli..
Kemudian boleh la beli sket-sket macam kabinet dapur,sofa, meja makan.
Bila nak beli sofa beli jugak coffee table.
Lagi-lagi kalau dekat nak raya takkan takde sofa kan.
Karpet pun kena ada. Tu pun mahal jugak. Ratus-ratus.
Kemudian akan ada banyak lagi la nak dibeli.hehe.

Bila dah ada anak lagi la banyak barang nak beli.
Barang baby mahal-mahal ok. Terkejut beruk jugak tengok.hihi.
Ok la..All the best untuk semua bride to be..:)
Happy planning!

31 lovely comments:

miszatie on April 19, 2012 at 12:00 PM said...

atie stuju sgt..bnd2 ni sme perlu..:)..thanx ye ingtkan..:)

Shakina Farhan on April 19, 2012 at 12:01 PM said...

atie: no problem..share harga sbb tak sangka benda2 kecil tu mahal sebenarnye..hee..

LisaLisut on April 19, 2012 at 12:19 PM said...

planning is essential,is a must. in fact i rasa perempuan skrg kene fikir semua ni dr hari pertama dia decide nk kawin dgn pasangan dia.bkn pk psl pelamin baju designer mekap je hahaha.ada byk benda nk komen tp i shall reserve my comment. pandai2 la b2b memikirkannya :D

nuraien on April 19, 2012 at 12:20 PM said...

memang sokong sgt2..aien br je kawin 3 minggu..dah rasa dah smua2 nie..
kina lpe 1 je..diposit umah..itu kne budget gak..kekadang tuan umah ambik smpai 2 bln..kekadang 1 bln..tp bln ptama kne byr..itu je jejak rm2000 gak kn????

Shakina Farhan on April 19, 2012 at 12:29 PM said...

lisa: tu la..isi rumah mesti kira sekali..insyaAllah semua tahu kot..cuma harga jela maybe b2b belum survey lagi..

aien: hehe..betul jugak tu..kina akan tambahkan ye..thanks dear!

cik fadh on April 19, 2012 at 12:29 PM said...

thanx 4 sharing..sy blom lg berkahwin dan decide nak kawen tp still fikir semua tu sbb skang tgah kumpul duit kan..bile ckp pasal kawen, mcm ouhhh takotnyer nk survive nnt..hihi

hope segalanyer dipermudahkan dan dimurahkan rezeki hendakNYA..yg penting, kiter kene sentiasa beringat tuk berbelanja..

Shakina Farhan on April 19, 2012 at 12:44 PM said...

fadh: insyaAllah akan dipermudahkanNya utk dirikan masjid..:) yg penting pandai2 uruskan budget..u can do it!

Cik Una on April 19, 2012 at 12:47 PM said...

hehe..mmg pening kn masuk umah baru..una kira bernasib baik sbb hubby dh duk sorg2 kt umah sewa sebelum kawen..tapi biasa la rumah bujang, yang ada cuma peti ais dan dapur gas camping (yang boleh bawak g mana2) n tv kecik..set katil n sofa dia beli lepas kitorg kawen..hehe..yg lain2 kena buat mcm time beli hantaran dulu...dapat gaji bali sket2... :)

farhana shamsuddin on April 19, 2012 at 12:52 PM said...

kne slow2.. humangaihh kalau beli serentak mahu mkn pasir.. hehehe

Shakina Farhan on April 19, 2012 at 1:01 PM said...

una: sama la..pakai dulu yg zaman bujang..lama2 nt beli la baru..pas kawen beli yg penting2 je..

farhana: tau xpe..hihi..kl duit berkepuk2 xpe..

IMaH on April 19, 2012 at 1:33 PM said...

Kina, setuju sangat2 sebab saya memang praktikkan semua ni. Barang2 umah tu dari hidup membujang lagi dah start beli. Tinggal beberapa barang besar je nak beli lepas kahwin nanti.Even majlis kahwin saya tinggal 4 bulan je lagi, saya lebih utamakn kehidupan lepas kahwin berbanding majlis kahwin. Deposit rumah mmg dah simpan siap2. pendek kata, hidup lepas kawen tu yg penting. Sebab tu saya tak suka buat personal loan untuk kahwin sebab tahu lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit. So, for majlis kahwin,elok buat sahaja setakat yang mampu. bersederhana itu jauh lebih baik dan afdal.Thank's for sharing Kina =)

ira on April 19, 2012 at 2:18 PM said...

thanks sharing kina..alhamdulilah walaupun kawen around bln 9 tp kami da prepare siap2..so far semua da beli ckit..tp peliknye kami ni brg2 kawen xbli lg..

e.t.t.y on April 19, 2012 at 2:34 PM said...

betul. kt group "kita kita" tu selalu pesan kt b2b, jgnlah berhabis sgt kt kawin sebab kita dah rasa macam mana susahkan nk top up balik duit utk kehidupan selepas. mmglah rezeki tu ada, tapi...............sendiri faham lah nanti ye.

CikPuan Azizah on April 19, 2012 at 2:40 PM said...

tq kak sharing! yeahh.. dengan entry akak ni sedikit sebanyak membuatkan jijah pikir utk berjimat beli brg keperluan ni semua bila duduk dengan asben ada umah sendiri kelak..

Cik Zimie on April 19, 2012 at 2:47 PM said...

memang dah pikir pun kina.skrg ni rumah sewa masuk dalam urgent list.pengsan tengok harga.hopefully ade la orang baik hati nak sponsor segala isi rumah tu *doa banyak2*

Fana | Aqim on April 19, 2012 at 4:01 PM said...

wah..banyaknye...ermm, tapi memang betul pun ialah bila kita kahwin je..semuanya bermula dari kosong.Inilah namanya berdikari..Ye tak?

DianaSafri on April 19, 2012 at 5:34 PM said...

btol ckp kina, hope all this tips dpt bg inspirasi pd B2B yg bakal melaluinya...

Kite sndri pon lalui pkre yg same..
cume perlu plus skali ngn baki payment videographer n photog lg. Kne masuk list post-wedding gak tu..

Selamat Berbajet kwn2

Munirah Abd on April 19, 2012 at 7:03 PM said...

Alhamdulillah.. budget utk semua di atas mmg dah buat sblm merancang kawen lagi. since duduk rumah sewa mmg sorang2x.. mmg dah start beli semua ni.. cuma minta hubby beli set bilik tido.. huhuhuh :D

mrs irmidrza to be on April 19, 2012 at 7:11 PM said...

sangat2 betul..=) lepas kawen lagi banyak pakai duit..pendek kata..nak kawen..kene siap2 sedia budget advance tuk umah and baby andai kata terdpt baby awal..heheh..brg bay mahal?? heheh..singgahla mizanyer kedai baby elqays's closet..mana tahu murah and berkenan..

BAIZURA NATASHA on April 19, 2012 at 8:58 PM said...

kina....so true...i dlu bru masuk umh beli brg remeh temeh mcm dulang air,gula smua bnda tu da berabes banyak...mmg lps kawen lagi penting..

Nurul Razak on April 20, 2012 at 5:37 AM said...

Kak, thanks for sharing.hehe boleh tak nak tnya brapa range harga sewa rumah kat bintulu? sbb sy ngn tunang pun tgah cari rumah sewa kat sana. sy dgr paling murah pun RM800 rumah teres. betul ke?

on April 20, 2012 at 7:20 AM said...

betul sesangat kina... semuanya kene kira sebelum kawen lagi kan... cth nye penyidai kain tuh..memang tekezut laa..coz masa belaja beli puluh2 jee pastu dah lepas kawen nak pi beli..mak aihh ratus dah...cepat benaw haga barang naik....

iye.. banyak benda kecik yang kita terlepas pandang... tapi ia satu proses pembelajaran gak kan...

amacam kina kat srwak...best tak?

Shakina Farhan on April 20, 2012 at 3:50 PM said...

wah..dah tak terbalas..glad that we all in the same boat..":)

nurul: kina cuba komen dekat blog nurul tp xdpt..yup, rumah kat bintulu sgt mahal..paling murah mmg rm800 tu pun rumah kecik je & style lama2 sikit..tu pun susah nak dpt kl rumah ok sket da ade je org lain grab..mmg macam karipap panas la rumah kat sana..

<3: hehe..ok la..byk benda berubah..

Qyla Aqilah on April 22, 2012 at 1:53 PM said...

The pit stop of fashion lovers. We offer the range of dazzling and mesmerizing Sarees for your Baju Kurung,Kebaya and Kaftan, Punjabi Suits, Salwar Kameez exclusively imported from India. Various colors, designs, popular fashions, and textiles custom-made for you to bring colours in your life

http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/

Green Apel on April 23, 2012 at 11:38 AM said...

truthly agree,mmg dah kena bajet semua benda neh before kahwin lagi, mmg terkejut gak bila kitaorg kira-kira balik kos y dah habis tuk rumah sewa saje, almost 6k jugaklah even kitaorg beli satu2 brg je every month..beli yg mana penting dulu..sewa dah 2+1 dah,tv, mesin basuh, peti sejuk tu macam compulsary, payah kalo takde tak campur lagi brg2 kecik kat dapur, periuk belanga sudip senduk bagai, huhu...tp insyaallah rezeki lepas kawen biasanya melimpah ruah, cuma kita tak boleh nak jangka dtg dalam bentuk camne..so b2b memang kena beringatlah...hehe=)).

Travel&Food Lovers on April 23, 2012 at 5:50 PM said...

kina...

sy suke baca blog awk..mmg btl ape kina tulis pasal brg2 rumah tu...sy insyaALLAH majlis bln 12 nnt...skrg tgh pulun nak masukkan isi2 brg rumah dulu..alhamdulillah, future hb berkemampuan beli rumah dulu...tp xblh nk berseronok or bermewah2 mase kenduri nnt...cukuplah ala kadar..sbb prinsip kami kehidupan lps kawen tu lg pntg..skrg pn mmg sgt2 pening kepala...pk rumah lg, isi brg rumah lg, nak kenduri lg..mmg pening sgt...biarlah susah skrg dr susah kemudian..kdg2 smp rase nk nangis bile pk..

oshinz on April 24, 2012 at 12:09 PM said...

takde kipas sebab banyak tingkap kot?

Shybie Hasliza :) on April 28, 2012 at 7:26 PM said...

setelah dikira-kira tolak astro sebab boleh beli arial RM5 kat GIANT. Total : RM7250..

Itu pon ad jumlah yg kina bg saya lebihkan sikit.. Huarghh.. saya tak kawen lagi dah pening bile harga mcm tu mahalnye.. Makan meggy hot cup je lah nanti.. HAHAHA..

Miss_Yana_Afi (",) on May 9, 2012 at 9:07 AM said...

Memang nak masuk rumah baru memerlukan byk brg2 keperluan, perlu ada bajet khas utk rumah baru...
Nasib baik sebelum kawen ni yana dh bese idup rumah bujang, so...barang2 rumah sume dah complete..dah kawen sok, xdelah beban sangat untuk beli brg2 ni sume (^^,)

cik aletheea: on December 10, 2012 at 5:58 PM said...

omg...
namyak nye barang nak kene beli...
dok pikir pasal cost naks ewa rumah je.. tapi tak terpikir lak yang kecik2 nie...

MARY SMITH on December 29, 2015 at 8:41 AM said...


God day,
We Are A Reliable Loan Company Located In Usa/

Universe Enterprise is a reliable loan company which is committed to help our customers through their time of financial needs to meet with their circumstances.

Ever since our establishment, we are highly focused in developing various loan programs that is best suited to the market demands. We have loan programs customized, realizing the urgent needs of our customers to solve their urgency in financial needs.

We believe that every individual may come across occasions where financial aid is essential to solve their urgent requirements. Therefore, we are pleased to provide flexible loan scheme which made easy to our customers in dealing with their finances.

Our company’s goal is to ensure that our customers’ requirements are met with our prompt assistance with our loan programs offered.

Fill Up The Form Below

Full Name as in NRIC or Passport *............................ Birth *...............................


New NRIC No. or Passport No. * ....................... Tel No. *...........................................


Email Address................................................

Marital Status
Single.............. Married.................. Divorced.................. Widowed................

Income per month (RM) *..................... Income Type *............................


Loan Amount (RM) * .........................................

Home Address...................................

Occupation*

Name of Employer / Firm *.................................. Office Tel No................................


Nearest Area..................................................

How do you find us? *.........................................
Brochure Newspaper Internet Marketing Friends Others
( ...........................................)

......mary.a.smithcreditcentre@gmail.com......

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork