Apa warna raya korang tahun ni?

Salam
Is it too early to think about raya? Nayyyy..
Ada tailor dah nak tutup tempahan baju raya ok..
Tahun ni kami suami isteri memang excited..
Sebab tahun lepas tak beraya..dalam pantang..
Orang je datang beraya nak melawat Shahadah chinta..
Banyak duit raya die dapat..Alhamdulillah..
Masuk tabung mama..hahaha..

Memang tak beraya la..Keluar pun tak boleh..
Apa makna raya tanpa ketupat, kuah kacang etc..?
So tahun ni nak beraya sakan sikit la..
Nak sedondon 3 beranak..hihi..

Dalam kepala nak green mint..xpun emerald..
Rupanya ramai jugak tema green mint raya ni..hihi..
Inilah color green mint..alahai..comeynye..
Cantikkkk sgt tapi belum tentu cantik pada diri ini..hahaha..link sini
Ini pula warna emerald green..
 Kina rasa darker sikit kot dari ni..
Ingat nak buat peplum labuh..
example sahaja. link sini
Tapi xboleh nak2 pikir aje..Kena pegi kedai tengok kain..
Kalau warna tu xde kena la amek warna lain kan..
Kina rasa macam nak beli kain macam masa bertandang..
Tapi bukan la warna coral..bila check2..
Rupanya banyak baju kina color coral & hitam..
And of course biruuuuu..hijau memang xbanyak..
Ada dalam 1 2 helai kot..

Ada jugak terlintas nak pakai baju bertandang buat raya..
Tapi pudin dah cakap, xyah la..asyik pakai yang tu je..
Nanti orang kata abang kedekut plak..hahaha..
Biasa dia agree bab2 nak berjimat ni..
Tapi i like bila baju yang kita tempah boleh buat pegi mana2..
Dalam erti kata lain simple tapi sweet..

Bagi yang kahwin lepas raya mesti berdebar kan?
Bagi yang dah kahwin sebelum raya syok la raya 1st kan?
Bagi yang dah kahwin dgn anak pun meriah..
So korang punya tema tahun ni apa?





Waktu majlis perkahwinan di Sarawak

Salam
Kina sekarang kan ikut suami tinggal di Bintulu,Sarawak..
Living cost sgt tinggi tapi bukan itu la yang kina nak story..
Kina yakin pada rezeki walau di mana-mana pun Allah akan bantu..

Bila dekat tempat orang kena sesuaikan diri cara orang..
Sebagaimana yang kita tahu, waktu solat dekat Sarawak pun awal..
Yes, pukul 8 dah siap semayang Isyak & tgk tv..

Waktu majlis kahwin dorang pun cepat..

Kalau pegi pukul 11 tu dah nyawa-nyawa ikan tau..
Hahaha..kitorang pernah dtg pukul 11 orang dah nak kemas2 tau..
Segan jugak tu..
Udah la weekend je dapat bangun awal lmbt skit..kihkih..

Tapi kina suka dengan waktu macam ni..
Start pukul 9 pagi habis pukul 11 lebih macam tu..
Tak ganggu waktu solat pun kan?
Takde lah pening pengantin nak fikir..
Dah habis majlis pun sempat bergambar-gambar..

Kalau buat kat semenanjung mungkin ada halangan jugak..
Yela, kalau orangnya kahwin dekat Kuantan,
Pengunjung dari Perak..Tak ke sebelum subuh aku gerak? 
Hehehe..Kesian jugak teman kan..

Ok la..tepek gambar shahadah chinta dekat wedding..
Ini first wedding yang die attend..behave sebab tgk ramai org..
Masa ni die 3 bulan ++


Dan ini gambar die yang paling latest la..6 bulan ++..
How time flies kan?
Bila dah jadi mak2 orang ni asyik nak cerita pasal anak..
Ampun ye..hihi..


Photobook RM10, free shipping & contest?

Salam

Hari ni nak share benda best..Contest & Offer!
Ingat tak kina pernah post pasal tutorial photobook?
Yang kina pernah tempah dekat pixyjoy tu..
Nak tengok macam mana klik sini..

Kina punya photobook wedding tu dah siap! Suka!
Quality tip top & service pantas ok..
Nanti kina share cenggana album tu ye..
Sebabnya album tu dekat semenanjung..
Lupa plak nak amek gambar..

Ini lah contest tu..

Hari ni bukan nak share pasal album kina..
Tapi offer dari pixyjoy yang kina tempah tu..
Kina nak share photobook dari pixyjoy.
Sekarang ni ada offer tapi yang ni bukan hard cover..
Kulit die kina rasa macam kulit magazine..
Ala-ala magazine tapi cover muka sendiri..hahaha..
Ko ado?
Free delivery semenanjung..haruslah kina guna alamat ibu..hahaha

Photobook 20 pages softcover cuma RM10 sahajo!
Normal Price RM60..Jimat RM50..
Pada kina bukan RM10..tak sampai RM10 pun..
Kenapa plak kina?
Sebab free shipping! Paling koman shipping RM3 la katakan..
Tak ke photobook tu cuma RM7? (Contoh kira2 je)
Free shipping tuuu..Yang RM15 tu size lebih besar..

Cuma macam kina xdapat la nak order..
Sebab offer ni untuk new member sahaja..
(tapi rasa nak pakai nama 
pudin utk beli jugak offer ni!aci kan..bijak x?hahaha)

Lepas dah join & beli offer ni korang valid utk join lucky draw.
Ada macam2 hadiah..Mana tau dapat ipad mini ke, note 2 ke..
Lucky draw ni setiap hari berdasarkan bilangan hammer.
Korang baca la ye macam mana contest tu dekat sini..

Mana nak dapat offer macam ni kan?
Kina nak beli gak 1 nak buat album baby dari newborn ke 6 bln.
Rasa nak beli utk buat album honeymoon dolu2..hahaha..
Rasa macam nak buat album raya..
Rasa macam nak buat album persiapan kawen dulu..
macam2 la plak kan..

Yela..hardcopy dengan softcopy memang tak sama..
Softcopy bila2 masa boleh berjangkit virus ke terdelete ke kan..
Tapi pudin mesti bagi beli 1 je..hihi..hopefully ada lagi la offer cmni..

Ok la..sila grab offer ni..sgt berbaloi ok..
Promotion ni dari 1 March sehingga 30 April 2013 sahaja tau!
Sharing is sexy!




 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork