Persiapan pertunangan : Tukang cakap

18 days to go

Salam, hehe..i love u guys..banyak bagi supportive comments..
Siap ada cakap kina tak boleh tidur malam dah ye sekarang..haha
Actually kina tidur awal tau sekarang siap liat nak bangun lagi..haha..

Tentang tukang cakap or what so ever orang panggil..
Biasanya orang tua-tua la kan..kita yang muda ni kena belajar la..
Untuk side pudin, mak & abah dia minta tolong pak sedara 
pudin yang juga orang kuantan.

Pak sedara pudin cakap 
" Gatal na ko udin, takpela..zaman sekarang memang kena kahwin awal "

Hehe..umur kami 23 tahun ni..orang kata muda lagi..
Muda ke?haha..


Bagi side kina pulak, ibu & ayah memang angkat tangan 
& angkat white flag surrender tak nak cakap masa bincang nanti..
So,ibu bagitahu ustaz dekat office ibu untuk jadi tukang cakap..
Sebab sedara mara tak de yang reti nak bercakap..segan i guess..

Ustaz ni jugak la cikgu driving kina..garang tau..!
Takde la garang pun, dia suka biarkan je kina..
Tu la kina racer yang berhemah..hehe..
Sekarang ni encik pudin asyik ulang ayat
"Jangan bawak laju dah, kita darah manis..hehe"



Persiapan pertunangan : Baju raihan

19 days to go

Salam, untuk baju masa merisik & bertunang nanti. 
Encik pudin dah cakap awal-awal dulu dia nak pakai baju melayu.
Kina rasa kalau pakai baju melayu sedondon pulak nanti nampak macam 
orang dah bernikah je. So, dia pun nak la pakai baju raihan.

By the kina baru tahu nama baju ni baju raihan.
Nama glamer mungkin. Kalau tak sempat nak tempah or cari
baju raihan ni maybe pakai kemeja je.
Kalau tak pun takyah datang la..sibuk je..haha..;P

baju raihan asalnye nama dari kumpulan raihan

smart pulak warna ni..sumber google..

Kami akan bertunang 20 hari lagi!

Salam,

18.12.10, family pudin akan menghantar rombongan merisik + meminang terus..
ke benda yang sama tu?abaikan..
Alhamdulillah, pertunangan takkan dibuat..
kiranya rombongan datang untuk merisik & bertunang terus..what?
Tengok da cakap putar belit..kata taknak bertunang..

Pening gak sebenarnya nak terangkan dengan kata-kata..
Cincin yang bakal tiba lagi 20hari tu adalah cincin merisik & juga cincin tunang..
Tapi tak nak sebarang hantaran..bertunang tanpa hantaran..
nak jimat untuk kahwin nanti..hehe..

Ibu kina da bebel jugak sebenarnya..apa ni bertunang tapi takde apa benda..
Yes..takde sebarang persiapan pun..bekas dulang semua takde..
kina kan anak sulung..so sekarang..
dalam masa 20 hari.siapkan apa yang patut..
& merujuk dengan semua b2b yang dah bertunang..

merisik + bertunang = pertunangan jugak..boleh?
ibu please..

Blogger Wedding : Fiesta Cinta Kay & Luqman

Salam,
Kina baru balik dari kenduri kay & luqman dekat TNB. Dekat je dengan rumah sewa kina. Sebab tergesa-gesa nak cepat balik..Sempat jumpa sk, zara & elya je..Jom layan gambar sekitar wedding kay ok..
meriah kan

tengah menconteng dekat guestbook

macam-macam kaler pen ada..sempat promote blog lagi tu..

kina like this..special..

pelamin yang sejuk mata memandang..sori jauh..

raja & permaisuri diarak masuk

baju pengantin pink & silver..

cute kan!!

kay, tengok la kitorang terus pakai tu..dari kiri kina,sk & elya

@photobooth

banyak jenis tak tahu nak pilih yg mana dah..rambang mata..

lovely couple

dengan si jan merangkap photog..tq jan

cool..siap ada beg kat belakang tu..macam terus nak pegi honeymoon ye kay.hehe..just kidding!
 First time masuk dalam TNB..Tema kay pink & silver..kina pun maybe pink & silver too..eh..eh..
nak jugak..Kina suka marshmellow dlm paperbag doorgift tu..sambil drive sambil makan..kejap je habis....semoga kay & luqman berbahagia hingga ke syurga ok..


Adegan lelaki membeli teddybear


Saksikan adegan membeli teddybear buat pertama kalinya
bagi seorang lelaki bernama Sharifuddin

besar betul patung ni..asyik jatuh je..
nak amek yang ni la..

jatuh lagi..belah sana pun jatuh..
nape la degil sangat..

alamak..pjg plak beraturnye
cool2..cover macho..tggl sorang lagi..

sorok teddybear belakang sikit..abih penyet hidung teddybear..

nak bayar cepat-cepat..malu orang tengok

budak perempuan yang girang macam 1st time dapat..
Ini la sebabnya dia membeli teddybear..taknak kalah..haha..
 Sekarang kina ada bantal peluk baru..yeay..walaupun kina rasa membazir..
tapi dia nak gak beli sebab orang lain bagi teddybear yang sebelah lagi tu..
Kina tanya so teddybear yang tu nak bubuh mana?
Dia kata takpelah simpan je 2 2..

Now, nak namakan apa pulak teddybear ni..?
^_^

Follower ke 300 & 400

Salam,

Award ini adalah untuk follower yang ke 300 & 400 yang special made by kina..

Yang comel & bakal berkahwin 4 Dis depan..;)

Basyi juge cosmate kina

Yang baru nak kenal..sori kalau salah eja nama..suka tengok header blog budak ni..sebab colour biru jugak..
Sila-sila amik award ni

Thank you..rajin-rajin la jenguk blog ini ye..

Contest : Cantik Wajah, Cantik Hati?Menangi pakej bernilai RM1200

Assalamualaikum wanita-wanita cantik,
Pengumuman penting..Alert-alert.. 
Siapa yang tak nak cantik bukan?
Bidasari Beauty & Spa ada menganjurkan contest yang istimewa khas
semua wanita-wanita di luar sana..tak kisah la
yang nak kahwin, dah kahwin atau single!

Contest ni anjuran bersama


Kina tak boleh la join kan..hehe..
Check it out ok!

Syarat-syarat penyertaan.
  1. Anda semestinya seorang WANITA kerana Bidasari Beauty & Spa adalah Spa Muslimah.
  2. Anda kena follow blog penganjur-penganjur dan link di blog.
  3. Add Bidasari Beauty & Spa di Facebook.
  4. Buat entri bertajuk Cantik Wajah, Cantik Hati?..Anda bebas membuat entri samada dalam Bahasa Malaysia atau English.
  5. Hadiah boleh digunakan sehingga 1 Januari 2012. Lama tu!
  6. Anda wajib meletakkan 1 gambar anda berwarna hitam putih yang menarik & banner contest di dalam entri dan sidebar. (Gambar kurang sopan mungkin akan mengurangkan markah)
Hadiah - hadiah menarik menanti Entri yang paling kreatif  dan memikat hati juri.

Hadiah Utama 

PACKAGE MEMADU KASIH + FACIAL (WORTH RM 350)
untuk keterangan lebih lanjut tentang pakej 
Hadiah Saguhati (5 Pemenang)
FACIAL + VOUCHER RM 50 (WORTH RM150)

Nak submit entry? 
Submit di blog post bidasari spa dengan permalink ok. 
Thank you. 

Sinopsis Movie Rapunzel Premiere Screen


Salam,
Alkisah semalam pergi menonton tayangan premiere screen, pemberian churp-churp..

maximus (si kuda) yang kelakar

Sinopsis Rapunzel
Permaisuri tidak dapat melahirkan si puteri (rapunzel) kerana sakit. Semua rakyat dikerahkan mencari bunga ajaib yang akan bercahaya dan boleh membaiki apa sahaja. Ada seorang perempuan tua yang menyorokkan bunga itu supaya dia sentiasa akan kelihatan muda dan cantik. Akhirnya askar menjumpai bunga dan permaisuri pun selamat melahirkan puteri yang mempunyai rambut yang ajaib dan bercahaya. Perempuan tua itu marah dan melarikan puteri itu. Rambut puteri akan kehilangan kuasa ajaib jika dipotong, oleh itu perempuan tua itu menyorokkan puteri di dalam menara yang tiada tangga supaya tidak dijumpai sesiapa dan menyamar sebagai mak puteri. Itu la sebabnya rambutnya begitu panjang. Selepas 18 tahun, seorang pemuda mencuri mahkota puteri dari istana dan dalam masa yang sama pemuda itu melarikan diri dan terjumpa menara itu. Saksikan Rapunzel bermula hari ini 25 Nov 2010. Best2.. dinasihatkan tengok 3D..boleh tangkap2 tanglung..hehe..
menara tempat rapunzel disorok
Apa yang menarik?

1) Pergi Cathay - dekat the curve. Mula-mula ingat cathay dekat dalam the curve betul-betul. Rupanya dia tukar nama Cineleisure kepada Cathay. huh..nampak sangat dah bertahun tak pergi. Nasib baik parking dalam Cineleisure tu. RM1 je.

2) Kena bagi Handphone & Kamera dekat kaunter sebelum masuk. Bukan tu aje, kena scan macam nak masuk airport je. Ramai je yang kantoi tak letak handphone. Kuang-kuang.

3) Dapat button churp2 on twitter. Twitter pun kina tak de tapi benda free rembat aje.

4) Sampai dekat dalam baru tahu dapat tengok 3D. Wow. Dulu pernah tengok Bolt 3D tapi yang ni baru nampak 3Dnye..kina siap terpejam masa batu terjatuh..huhu..pudin pulak cakap ok la 3D kat mesia ni menghampiri 4D dekat German. (Dia 1st time tengok 3D kat Malaysia)..Oh ye, camne si pudin ni ada kat KL? Dia ada kursus dekat KLCC..hee..


5) Best atau tidak? Beeest..Rating 4 dari 5 bintang. Jalan cerita memang tak dijangka. Very funny!

Top 15 Tukang Komen

Salam,
Kina da lama nak pasang widget untuk tukang komen terbanyak ni..Kenapa?Sebab kina nak balas la komen-komen membina mereka dengan meletakkan backlink..Senang kina nak terjah balik blog mereka..I do appreciate them!

Boleh tengok TOP 15 Commentators di bahagian kiri bawah recent visitor..

To MizzAmy : You are my top commentator..tq dear..^_^

Cara-cara nak letak top komen dekat blog?
Mudah saja..

Klik Layout -> Add a Gadget -> HTML/Javascript

Lepas tu copy link dekat bawah ni..
<script type="text/javascript">
function pipeCallback(obj) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < obj.count ; i++)
{
var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'";
if(obj.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + obj.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=7b5e76fd684f11e94320abd4e00fbbca&url=http%3A%2F%2FYOUR_BLOG_ADDRESS_WITHOUT_HTTP://&num=10&filter=BLOG_AUTHOR_NAME" type="text/javascript"></script>

PS:   
YOUR_BLOG_ADDRESS_WITHOUT_HTTP:// tu sila tukar kepada url blog tapi tanpa http://..
BLOG_AUTHOR_NAME pulak tukar kepada nama anda contohnya kina.
10 yang berwarna biru tu untuk bilangan. Macam kina letak 15 jadi la top 15..ok? paham? selamat mencuba..

Jangan laminate sijil kursus kawen anda

Salam,

Sebenarnya kina dah pergi kursus kahwin before
ada relationship dengan pudin lagi..
Time tu kawan baik aje ngan dia..
Huhu..sebab kina pikir lambat lagi nak kahwin so laminate la
dengan gigihnya dengan si jan..
Siap tayang-tayang kat orang..tengok2..da laminate..haha..cis..

Tup2..pudin cakap ustaz dekat kursus kahwin haritu cakap..(dia baru nak pegi)..
Dia kata jangan laminate ye sijil kursus kahwin sebab nanti nak cop 
masa urusan nak nikah nanti tak boleh..

Aiyukx2!

Contest : Ministry of Moment Just Like Contest







Yes! Lepas ni tak payah berangan atau mengigau macam kat atas ni lagi, gara-gara nak ada Professional Photographer untuk my pre-wedding, wedding and post wedding.  
Ministry of Moment yang bukan saja Super-Profesional Photographer ada mengadakan 1 contest yang hadiahnya mampu membuatkan saya mandi tak basah, tidur tak lena.
Hadiah merupakan FREE photography package worth RM2,000 (inclusive of an album)..Selamat tinggal album kedai chau chin kesayangan ibuku.
Kalau la saya menang..majlis pertunangan saya 18 Disember ni..
akan bertambah bermakna sebab majlis tu memang takde photographer pun..
Bukan itu saja..boleh dapat 30% off untuk mana-mana pakej Ministry of Moment..
*boleh la hire dorang untuk masa nikah ke sanding ke kan..

Mereka adalah sekumpulan anak muda yang sangat kreatif, 
extraordinary dan arif tentang fotografi.
Mereka pakar dalam mengambil gambar untuk perkahwinan, potrait dan macam-macam lagi. Kalau anda rasa anda tak pandai berposing atau muka nampak kusam macam saya. 
Mereka adalah pilihan yang tepat untuk membuatkan anda menjadi seperti seorang puteri. Tak percaya? Klik sini untuk melihat koleksi dari flickr Sapex dari Ministry of Moment
Umie Aida nampak sangat menawan bukan dalam gambar yang diambil oleh Sapex?

Mereka terdiri daripada :

Photographer:
1. Shafiq Akmal (Sapex)
2. Syahir Ismail
3. Arief Ahmad
4. Carlos Nizam

Admin :
1. Huda Ainiyah

Designer:
1. Arief Ahmad
2. Carlos Nizam
4. Omar Farid
5. Shafiq Akmal (Sapex)

Nak buat appointment dengan Ministry of Moment?
Alamat : 6-3A Velodrome Biz Park, Jalan Dataran Velodrome 56000 Kuala Lumpur
  Boleh hantar email: ministryofmoment@gmail.com
atau
Hubungi no ini : 03 9171 0707

Tak puas hati lagi? Boleh call handphone Sapex terus : 012-3100879
atau Facebook : Shafiq Akmal


Bagaimana nak sertai contest Just Like Ministry of Moment?
1. Cari MINISTRY OF MOMENT page dalam Facebook dan klik  “Like”.

2. Cari folder ‘Contest’.

3. Pilih 1 gambar yang paling menarik.

4. Jangan lupa di bawah gambar tulis sumber : Ministry of Moment
Sumber: Ministry of Moment

5. Dah setel semua, tinggalkan permalink entry dekat blog Roe ni. Cantikkan dia.
*Entry yang paling KREATIF akan dinobatkan sebagai juara.*
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah, di sini saya tulis ikut syarat-syarat di atas..
Jom tengok entry untuk contest ni..
Publish & tag rakan anda dekat facebook..Tengok hasilnya komen-komen di bawah..
Macam goreng pisang panas bukan?Sebab sangat lumayan ok!

Dalam folder Contest terdapat 200 keping gambar & sejujurnya saya tak tahu nak pilih yang mana sebab semua sangat menarik, cantik, kau memang da bomb.!Tapi..!
Akhirnya saya pilih gambar ni..sebab bila saya scroll tengok 200 photo tu..
Saya terus teringat something about this picture..

Kenapa saya suka gambar ni?
Source : Ministry of Moment
Si jejaka : Sayang..I love U..Will You Marry Me?
Si gadis : Apa2..Tak dengar..Nak pergi makan mee?

Gambar ni penuh dengan ekspresi..Nampak natural..Bukan gimik semata-mata..
Sangat unik dan lain dari yang lain..Cool kan..
Berbalik kepada macam mana saya pernah tengok gambar ni kan..
Gambar ini jugak yang buat saya renung lama-lama dekat
header website Ministry of Moment..WHY??
Sebab gambar ni la header mereka..
They will choose the best pic for their header kan..
Yes..I'm agree with them..this picture absolutely gorgeous..
Nothing much too say when the Super-Professional starts to click..
I'm speechless..

Hope they will become the best among the best..


-The End-

Thats all thank you..


Stop Abuse Child

unicef
Click pic to support

Remember this post?
I'm supporting this campaign..Definitely retiring me when reading news paper, there will be at least one case reporting on child abuse. Did you know there were 7 cases discovered everyday in 2009.?

Act of child abuse that i really hate to see it happen again :


1)Sexually abuse - common example : rape
2)Physically abuse - common example : using violation
3)Emotional abuse - common example : constantly humiliation



By joining & supporting..You also could win a brand new Sony Cybershot W190..
Click here for more details.

Please stop those acts. Child is a very precious gift from God. 
We also once a child. Raise your hand and stop child abuse.

Pelamin Ann Yang Gorgeous!

Salam,

Kina memang tak pernah impress dengan pelamin sangat..what i wanna say about Puan Ann kita ni..
Kina memang ikut perkembangan blog ann..dulu silent reader je..pastu dah selalu sangat follow & link terus..hehe..penuh dengan expression..

Your idea sangat-sangat-sangat kreatif ok! Lagi-lagi kena dengan peminat vintage & blue in colour macam kina ni..huh..seriously kina bukak blog ann banyak kali untuk ulang kali tengok pelamin yang memang WOW itu!

Kina minta izin untuk mengabadikan gambar pelamin ann dekat sini ye..suke sangat2..mukhrizlatif amek gambar bertambah2 cantik semuanya..kalau kina ada duit lebih nak je upah ann jadi wedding planner..seluk2 poket macam kosong je..diskaun bleh?hehe..:P..banyak la ko kina..

pelamin Ann yang sangat cantik

macam giant frame..never thought dais macam ni..baju pun cantik bangat!


modern vintage+classic=superb

You are very lucky dear sebab dianugerahkan kekreatifan dari Allah S.W.T..guess what if boleh undi untuk 4wedding punya award tu kina akan vote ann untuk most inspired bride 2010..semoga berbahagia hingga ke anak cucu ye ann..;)


Contest : Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'









Bila mata bertentang mata. Cinta terbit di dalam hati.

Itu lah entry encik pudin untuk contest Dina Halim Bridal Boutique Online ni.Harap kak dina dan juri paham la dengan coretan pudin. Pudin tahu pun sebab kina minta pudin masuk. Pudin pun tak pernah masuk contest lagi walaupun blog ni blog kami berdua. Pudin ingat lagi pergi Pameran Pengantin dekat KLCC tempoh hari, pekerja kak dina hari tu pun pernah bersekolah di Pahang. Kina pulak berkenan sangat dengan baju warna peach butik kak dina.

Usia percintaan kami baru je genap 8 bulan hari ni = 20 November 2010. InsyaAllah tahun depan adalah hari lahir pertama si dia iaitu yang ke 24 tahun(20 Feb 2011) pudin raikan sebagai seorang kekasih & tunangannya. Kalau ada rezeki dapat menang contest kak dina tak payah la pudin pening-pening pikir hadiah untuk dia dah.hoho.

Hadiah boleh diguna sehingga 20 November 2011..InsyaAllah..Berikut adalah hadiah-hadiahnya:

TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                     Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
                                     Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
                                     2 Jam Outdoor Fotografi
                                     Photobook Album
                                     DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil


TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                 Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)


TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)


*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
                                                                    pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

                                                                    dan

                                                                   20% DISKAUN ke atas
                                                                   pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK


Pelamin pilihan dari Dina Halim Bridal Boutique
Secara jujur pudin memang tak pandai sangat bab pelamin-pelamin ni. Memang pudin akan serah pada kina je. Pudin godek-godek gambar pelamin-pelamin dari DHBB, pudin berkenan yang ni. Sebab dia simple je, nampak modern dan trendy. Lagipun kina suka ala-ala garden. Bila dia suka dan tersenyum itu sudah cukup bagi pudin. huhu. Ini pantun dari pudin untuk contest yang menarik ini.

Dari mana pelamin ku bayang,
       Dari DHBB yang beri khidmat berkualiti,
Dari mana datangnya cinta dan sayang,
Dari mata jatuh ke hati.

Terima kasih kak dina halim http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan suami beliau sebumbungfotografik http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ kerana mengadakan contest sebegini. Tidak lupa buat yang tersayang, ini untuk kamu. Terima kasih sebab terima diriku di hatimu.

Sekian dari Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat.


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork