Teaser veil untuk bff

Salam..
Ni first time kina diy veil. Kasi teaser dulu. Hee. Nanti dah siap kina share tutorial dan kos sekali. (Kalau menjadi..hahaha). Veil nikah chiffon color cream.




posted from Bloggeroid

Bulan sept, dah 3tahun..

Salam..


Wake me up when september ends..Hihi..
30 sept ni genap 3 tahun pernikahan..
Pejam celik pejam celik je dah 3 tahun..

Nak letak 1 gambar terbaru..
Kalau yang pernah baca previous2 post..
Pose lentok kepala ni wajibulghunnah ada..
HAHAHA..
Masa nikah ada, 
masa resepsi belah pempuan ada, 
masa bertandang pun ada..



Sekarang lentok jugak tapi dengan kehadiran 
2 orang puteri pulak..
Shahadah Chinta 2 tahun..
Shafiyah Hasnaa 2 bulan..
Alhamdulillah..

Semoga hubungan ini hingga ke jannah..
White studio di kuantan..tapi nanti story dekat blog personal..

Kek & Inai

Salam

Kek pun boleh berinai jugak tau..
Maksud kina corak pada kek tersebut..

LINK
Pros :
- sangat-sangat cantik
- kreatif 
- boleh cover frosting pada cake
-jimat untuk hiasan kek (kalau diy lah)

Cons :
- amek masa yang lama nak deco2 kecuali memang inai expert
- lenguh jari jemari memicit
- boleh jadi comot kalau tangan keras..hahaha.

Contoh-contoh kek bercorak inai 
LINK
LINK
Boleh jugak buat pada cupcake..
LINK


Kan best kalau corak inai pada kek sama dengan corak inai pada tangan?
Matching gitu..Boleh la try!
Psssst..dan...
Bagi kita orang islam elakkan (read as dont) inai bercorak haiwan..
Pakai inai berbentuk bunga tu boleh..

P/S : all pics is not mine..

Nak let go paper shaper/puncher

Salam..
Ingat tak lagi kina pernah buat tq tag sendiri yang murah gila tu sebab diy..boleh click dekat gambar tq tag belah kanan..kina pakai paper shaper untuk bentuk scallop tu..lepas tu paper shaper tu missing in action..kina beli yang baru..ade buat utk sewa ritu tapi da malas nk buat sebab xdpt nak follow up. Lepas tu ada yang simpan lama. Huhu. Jadi nak let go jela.

SOLD OUT..TQ

Harga beli da lupa sebenarnya tapi around RM80-RM90 gitu termasuk postage. Kina nak let go RM50+RM8 postage (sebab quite berat). Size scallop tu 1.5inch. Sesuai buat tq tag. COD di kuantan macam biasa. Wassap kina 0132126952 kalau betul2 nak beli. Sape cepat die dapat. Tq. Ni gambar paper shaper tu. Jenis macam gunting, senang nak punch2 compare yang sebelum ni.






posted from Bloggeroid

Begkertas murah dan cantik!

Salam..

Hola..bagi yang tengah mencari idea dan doorgift murah-murah untuk majlis..tak kisah la wedding ke, aqiqah ke, birthday ke..kina nak share 1 vendor yang best ni..


Paper bag goreng pisang (kina saje panggil ni kikiki) kini tak lagi dull, looks cheap & ala kadar dengan cardbymyan..tak caye tengok la contoh-contoh hasil cardbymyan..ade yang color putih dan color brown..putih macam naik sket color2 kan, tapi kalau brown nampak vintage & rustic gitu kan..
White vs Brown paperbag

Korang boleh pilih paper bag tu ada base atau tak..kalau yang ada base boleh dirikan masa susun..Kalau yang takde base plak harga murah sket dan jimat space utk susun..
With base vs without base
Design ready made ada custom made pun boleh. Tapi ready made pun dah rambang mata nak pilih design kan. Lawo-lawo semuanya. Yang dekat sini tak sampai separuh pun designnya..Kina suka tengok dekat instagram boleh nampak terus semua kan. Cari & follow instagram begkertas. 
Antara design-design paperbag yang menarik!
Sticker perlbagai bentuk pun boleh order. Boleh tepek dekat paperbag dan doorgift.

Ehem..dan tidak ketinggalan untuk puteri-puteriku..teaser kononnya..shahadah kan suka sangat upin ipin..

celebrating Shahadah & Shafiyah!

Thank you cardbymyan!

akan buat majlis aqiqah dan birthday 16 ogos ni, sekalikan sahaja kan jimat cormat tu..nak isi apa dalam tu belum confirm lagi sebab dalam pantang ni. 11hb ni baru cari..Dalam pikiran nak letak air & makanan2 murah2 sahaja..hihi..nak mintak wan mi sponsor macam susah je..hahaha..nanti kina akan review sekali lagi dekat blog personal..hihi..

Harga untuk paperbag ni adalah mengikut bilangan. Makin banyak makin murah kan? So calculate now and order cepat2!

Bukan itu sahaja..sekarang ni cardbymyan dah buat card invitation jugak..boleh matchingkan card dengan paper bag lagi..harga serendah 36sen sekeping kalau order 1000 keping untuk full colour+matt laminate+260gsm..murah kan? untuk lebih details mintak quotation dgn dorg by email ye..kina suka design lace yang ni..

Menarik kan? Boleh la jenguk page mereka untuk tahu lebih lanjut lagi di:

Blog : http://cardbymyan.blogspot.com
Email untuk order : cardbymyan@gmail.com
Instagram : begkertas

Mood board atau tema deco gerai

Salam

Tiap tahun ibu kina akan buka gerai dekat bazaar Ramadhan depan Masjid Kuantan. This year die buat ayat :


"Akak deco la gerai. Boring dah 4 tahun pasang skirting yang sama, banner yang sama."

Sementara kina tengah tunggu nak bersalin ni kina pun ok je. Best plak rasa. Macam planning & DIY masa kawen. Mula-mula kina siapkan banner untuk gerai. Pakai Photoscape & Pixlr (online editing tapi kina pakai yang express je untuk tulisan die)..InsyaAllah nanti kina akan buat details tutorial untuk banner tu. Lepas tu setkan mood  board.

Mood board ni macam plan-plan & idea-idea yang kita nak buat untuk sesuatu project tu. Selama ni pakai term tema je kan. So this is the mood board. Kina dah cakap dekat ibu kalau kina tak dapat nak setelkan sebab bersalin ibu ikut la mood board ni.


Warna tema : Mint green + Grey + Yellow + White
Doily paper dah beli. 
Paper Lantern dah beli. 
Chalkboard sticker memang kina jual dekat TheshopAblog.
Skirting dah beli kain dekat Kamdar RM2.80 semeter dan hantar jahit. Jahit simple2 je.
Banner dah hantar printing.

Jadi ke tak, tak tahu la lagi. Kite hanya merancang..Hee..:)..Sekarang ni gerai dah buka tapi bukan Shakina's Cookies lagi sebab kitorang share dengan orang yang jual kurma. Half Ramadhan baru start berjual kuih. 90% adalah homemade tau. Kepek2 tak la homemade. Lepas terawih boleh la merasa tester.

Selamat berpuasa semua!


Pemenang contest & pre-order rose petal dah sampai!

Salam

Seperti yang dijanjikan..26 Jun kina nak announce pemenang..
Syukur belum bersalin lagi..hihi..kalau tak terpaksa tunda..

Bagi yang pre-order rose petals aritu barang da sampai & kina akan pos esok..
Semua kina dah inform..
Ada tak yang kina tak inform lagi barang da sampai..bukan apa takut tercicir order!
Please watsapp kina ye (0132126952)..

Drummm rolllsssss
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tempat Pertama : http://ohmywedding-omw.blogspot.com/2014/05/42-contest-hadiah-buat-raja-sehari-dari.html
Bukan sebab ada gambar anak sendiri ye..hihi..tapi memang gigih & kreatif aini pos ni..Tahniah!

Tempat Kedua : http://zyeerazan.blogspot.com/2014/05/apa-ada-dengan-theshopablog-blogspot.html
Dengan 122 views traffic dari post zyeera layak memenangi tempat kedua. Tahniah!
Tempat Ketiga : http://soon-2be-mrs.blogspot.com/2014/05/contest-hadiah-buat-raja-sehari-dari.html
Peserta contest yang pertama. Terima kasih fiza! Tahniah! Kina akan bagi extra hadiah sebagai hadiah sebab early bird gituu..


Pemenang sekalian..sila watsapp kina details ye..nama, alamat & no tel..
Untuk urusan pengeposan..

Contest dah tamat

Salam

Contest dah officially tamat..

Nampaknya semua akan dapat hadiah..hihi..

Tak ramai yang join, tapi takpe,

Ramai yang membeli terus dengan www.theshopablog.com.. :)

Kina akan announcekan pemenang tak lama lagi..

Tq :)

6 HARI LAGI UNTUK JOIN CONTEST!

Salam

Tinggal 6 hari lagi untuk join contest..
Jangan tunggu last minute sebab anda mungkin pemenang 
untuk penyumbang traffic terbanyak! 

Sesiapa sahaja mungkin menang..:)



Updated: Contest "Hadiah buat raja sehari dari theshopablog"

Salam..UPDATED on 30 May 2014 : kite ada penaja lagi untuk hadiah contest. Thank you Kerry's Blogshop sebab menaja In Power Super Higher Power dan juga penaja bersama terbaru Azmah Ahmad Wedding Deco Event yang menaja hand bouquet untuk pemenang. 

Ok..dah tengok kan hadiah2 menarik dalam previous post? Mari kite terus ke details contest. Apa yang perlu peserta buat untuk memenangi hadiah2 menarik tu.
Logo contest

1) Follow blog Journey of Bride to be & Shakinafarhan linkkan di blog anda.
2) Like facebook page Journey of Bride to be, facebook page Theshopablog & penaja baru kami facebook page Kerry's Blogshop & Azmah Ahmad Wedding Deco Event
3) Buat 1 blog post review tentang Theshopablog.
+ mesti ada logo contest seperti di atas.
+ mesti ada link ke facebook page Theshopablog & blog Journey of bride to be.
+ mesti ada at least 3 product yang Theshopablog jual (Crest 3d white sudah tak dijual ye..harap maklum..)
+ mesti ada contact theshopablog.
4) tag 2 orang blogger dan dorang pun mesti diinform.
5) Share di facebook anda. (Publickan ye)
6)Pastekan url post anda di ruangan komen bawah ni berserta nama facebook anda..


Hadiah utama : pemenang dikira dari segi post yang menepati syarat, paling menarik & paling kreatif.
Ada tambahan hadiah! Selain veil & artificial rose petals pemenang akan menerima Spanx Super Higher Power dari Kerry's Blogshop. Like Kerry's Blogshop sekarang!

Hadiah kedua : pemenang dikira dari segi post yang menepati syarat, paling menarik & paling banyak menyumbang traffic. Ada tambahan hadiah! Selain 10 flower crowns headband pemenang akan menerima handbouquet dari Azmah Ahmad Wedding Deco Event. Like Azmah Ahmad Wedding Deco Event sekarang!

Hadiah ketiga : pemenang dikira dari segi post yang menepati syarat & diundi secara random

Hadiah saguhati : pemenang dikira dari segi post yang menepati syarat & berjaya menarik hati juri2.

Penganjur berhak meminda bilangan hadiah & syarat-syarat..
Mudah kan? Contest ni berlangsung dari hari ni 26 May hingga 16 Jun 2014

Pemenang akan diumumkan pada 26 Jun 2014!

Updated: Hadiah contest untuk bride-to-be

Salam UPDATED 30 May dengan penambahan hadiah!

Hari ni nak update pasal hadiah contest dulu..sebab shahadah tak berapa sihat (selsema cikgu) jadi kena tangguh sampai isnin nanti butiran details tentang contest ni..tapi untuk menaikkan adrenalin bride to be..cewah..kina bagitahu hadiah dulu ye..

Drummmmmmmm.....




Hadiah utama:
Macam ni rupa veil tu..:)..cantik...

Dengan spanx super higher power ni korang boleh tampil lebih menarik di hari bahagia..hihi..
3 meter ivory white trailing veil.
2 packs of artificial silk rose petals (red)
+ Super Higher Power Spanx tajaan Kerry's Blogshop
Penaja : Theshopablog
Penaja bersama :  Kerry's Blogshop

Hadiah kedua:
Model kecik..orang besar boleh pakai, flower girl pun boleh pakai..

10 pcs flower crown headband. Penaja : Theshopablog
Fresh flower/artificial flower pilihan pemenang dari penaja bersama
Azmah Ahmad Wedding Deco Event


Hadiah ketiga:
Chalkboard ni boleh buat deco wedding macam centerpiece ke signboard ke..

1 box sticker chalkboard. Penaja : Theshopablog


Saguhati:
Decoration silk rose..boleh pre-order kalau taknak join contest..baca previous post ye..
4 packs of artificial silk rose petals (red)
Penaja: Theshopablog

Best tak? Semua hadiah khas untuk bride to be..Veil tu of cos la utk pengantin pakai kan..Flower crown pun pengantin dan bridesmaid boleh pakai..Chalkboard & Silk rose petals pulak untuk deco2..

Terbuka kepada yang ada blog & facebook.. ok..wajib ada 2 mende ni..Kalau rasa taknak join contest tapi nak beli product2 tersebut boleh contact kina ok..WA 0132126952.

Contest akan bermula 26 May - 16 Jun..
26 Jun 2014 kina akan announce pemenang insyaAllah..

Stay tune isnin depan ye..;)..








Pre-order Artificial Silk Rose Petals 22 May - 28 May 2014

Salam..
(Sila share kalau korang ada kawan yang nak benda ni..lagi2 b2b & yang wedding anniversary nak dekat tu.. )
Antara decoration yang boleh dibuat dengannya..cool kan..sumber dari google image..

Dulu-dulu hajat di hati nak pakai kelopak bunga rose letak atas katil..
Tapi cadar pun dah berbunga-bunga..lepas tu takut kotorkan cadar..
So abaikan hasrat tu..Lepas tu jumpa kelopak bunga tiruan ni..
Kalau amik gambar memang orang ingat kelopak betul..(tu motifnya kan..haha)

So sekarang kina dah jual benda ni,

1 pack tu 200pcs terlekat cmtu, nampak je sikit..
So bila sampai korang kena cabut2..
Senang je nak cabut. Plus kalau shipping pun tak terkemek..
Oh, shipping RM6 semenanjung/RM9 ss ye. 
kalau korang nak sila baca ye..

Berita baik untuk bride-to-be atau anyone yang nak pre-order artificial silk rose petals ni..
YES..pre-order boleh pilih warna ye..
cuma kena tunggu lama sket compare to ready stock..
ready stock pun tinggal nyawa-nyawa ikan..


1 pack ada 200pcs setakat nak buat lukisan love atas katil insyaAllah cukup..hihi..

*great for wedding decorations, anniversary, honeymoon dll.
* takkan mengotorkan cadar, alas pelamin atau rumah anda..
* boleh pakai ulang kali sampai bila-bila (kecuali terbakar..huhu)
* boleh pilih dari 27 code color seperti di gambar..
* 1 pack = RM4.00 = 200pcs utk setiap color..
* dijangka sampai : 30 Jun - 10 Julai 2014 (estimation sahaja mungkin lebih awal@lewat)
* tarikh tutup pre-order : 28 May 2014


Cara order?
Tengok color code yang ada dalam album Pre-order Silk Rose Petals di Facebook TheshopAblog. (Like terus la senang nanti ada product best2 kan..hihi)
Boleh WA 0132126952/PM Facebook Theshopablog/Email admin@theshopablog.com
Paling penting! Sertakan butiran berikut:
1) nama anda
2) code color rose petals
3) berapa pack 


Nanti kami akan reply order details..Thank you..


Oh ye..pukul 11.59 malam ni kina akan update contest ek..stay tune!

Bila bff nak kawen....

Salam..

Bukan bila boyfren nak kawen ye..bestfren forever nak kawen..

Bagi yang pernah baca post2 diy kina dulu macam mini pelamin,
hantaran masa bertunang..ada kina state bff kina tolong buatkan, sponsor la..
Now die akan bertunang dan kawen tak lama lagi..Alhamdulillah..

Rasa macam tak percaya pun ada sebab kisah cinta die memang unik..

Mula-mula kenal si lelaki ni (masa tu dalam 2-3 bulan kenal)
bff mintak tolong doakan die dekat tanah suci..
Semoga dijodohkan dgn lelaki ni..
Sebabnya lelaki tu baik & macam ada chemistry gitu..
Tapi die tak pernah la cakap die suke dekat lelaki tu..

Paling best lepas si lelakinya berkawan dalam 6 bulan macam tu..
Memang kawan ye, bukan boyfren..lepas tu dimulakan dengan nak bawak jumpa parent..
Sebabnya nak dapatkan greenlight dari parent..sweet kan..
Parent pun dah bagi greenlight bulan lepas & akan merisik terus tunang bulan depan..

Excitednya lain macam, siap googlekan lagi design baju..
Watsapp2 contoh kunun nak bagi idea..entah2 ideaku dah lapok..hahaha..

Since dorang pun baru je kenal..confirm la simpanan untuk kawen pun takde sangat kan..
Dorang setuju nak buat sesimple yang boleh..yang penting cepat..
Lagi cepat lagi bagus..cepat2 shahadah nak dapat kawan..hehe..

Bagi yang nak kawen tapi dok risau dok cuak tak cukup duit ke tak bersedia ke..

Ingat 10 janji Allah pada mereka yang nak berkahwin..

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
sumber : http://amekaw.com/2012/12/10-janji-allah-kepada-mereka-yang-ingin-berkahwin/

P/S: EH, mengenai post sebelum ni tentang agen tu..
Rasanya biras kina stop kejap business sebab alahan yang sangat teruk..

Sinless Sweet (low sugar bakery) mencari agen!

Salam


Kina pernah bagitau kina stop amek advertisement buat sementara waktu kan..
Ini bukan kina diupah atau diminta carikan agen..Nehi nehi..

Kina nak review + tolong announce saja..
Ni kina nak tolong sendiri sister in law kina (biras sebenarnya)..
Free promotion..gituuu..sebabnya sedap sangat..benda baik harus dishare kan..
Baru sharing is sexy!
Boleh watsapp kak shefa untuk order ye..


Kak Shefa ni seorang Dietitian tau..Tau-tau je dietitian mesti jaga pemakanan..
Tapi die minat sangat baking ni, jadi die tubuhkan bisnes bakeri yang kurang gula..
Yang paling menyengat sekali brownies tanpa gula die..Yes, you read it right..No Sugar!
Kalau ada pun gula dari coklat..tapi sekarang die tengah berusaha untuk cari coklat tanpa gula..
Untuk dapat pengiktirafan dari agensi ape ntah..yang buat analisa kuantiti gula..

Masa pegi umrah last month die bekalkan 1 bekas brownies..
Kina ni bukan minat sangat manis-manis..Cepat muak..Makan sekali sekala tu ok la..
Tapi bila dah start rasa tak boleh stop mak jemah! Sedap sangat. Takde rasa manis gula.
Korang boleh tengok dekat facebook Sinless Sweet..Kat situ banyak je testimoni..
Tepek 1 dari testimoni dekat facebooknya..Ni salah seorang agen kak shefa rasanya..
Totally agreed! Tekstur die tak kering & tak lembab sgt..just nice..


COD kina tak pasti, rumah die dekat hospital selayang..korang tanya la ye..
Ada pengeposan tau..tapi hari Isnin, Selasa & Rabu sahaja so that 
Pos Laju takkan simpan lama..
Jadi kalau yang jauh dari Lembah Klang boleh jugak merasa kalau ngidam2 tu..
Seriously sedap! Tak tipu. Die pun tak tau kina promote ni ha..
1 bekas RM25 postage kina tak pasti..harga agen pun lain..

Kalau korang dah rasa, nak jadi agen plak boleh contact owner die..
Sebab tengah nak cari agen 1 Malaysia..Kalau nak buat wedding gift pun kak shefah boleh buatkan..

FACEBOOK PAGE : SinLess Sweet 

P/S: Zaman-zaman sekarang ni kena sangat la kurangkan gula..
1 untuk kesihatan..1 untuk poket..hihi..

Ikhlas ke tak jemput ke majlis ni?

Salam

Semoga semua sihat2 selalu..

Tajuk macam emo sikit kan..hahaha..hormon ibu mengandung agaknya..
(2nd pregnancy yang dah 6 bulan..hehe)

Alkisahnya balik kuantan hari tu, jumpa la kad jemputan kawen yang tak bernama..

Bukan la takde nama pengantin, tapi takde nama yang dijemput..

Jadi kina confuse pengantin ni jemput sape? Dot dot dot tempat untuk tulis nama tu KOSONG.
Kosoooong..Kosoooong ooo..*nada najwa latif.

"Kad sape ni dik?" 
"Kad kawan aku, tak tau dapat pergi ke tak"
"Nape die tak tulis nama mu?"
"Ada die tulis dekat sampul."

Kalau dekat sampul tak tulis nama tak tahu la sampai ke tak kan..hehe..

Tarik napas dalam-dalam je la time tu..
Terfikir jugak. 
Busy sangat ke? 
Maybe nak ajak 1 keluarga tapi tak tahu semua nama?
Terlupa? Tertinggal agaknya. (cuba bersangka baik)

Masa dulu memang bawak kad kosong jumpa kawan-kawan..

Nampak kawan-kawan yang kita tak suspect bertembung terus tulis cepat2 selindung2..
Punya la cuak kot2 die pikir kita ni tak ingat kat die. (walaupun kadang2 ye tak ingat..huahua)

Tulis la Si polan & pasangan (kalau nak kurangkan kuantiti tetamu) 
atau pun Si polan & sekeluarga (kalau tak kisah dengan kuantiti tetamu)

Sekarang ni memang semua teknologi, invite pakai facebook..Kadang-kadang terlepas pandang..
Duduk dekat Bintulu ni lagi la susah nak datang. Tapi kalau kita betul-betul ikhlas & sopan tulis la nama
yang nak dijemput walaupun bukan nama penuh. InsyaAllah, tak susah mana nak tulis. Once in the lifetime kot kan. Takpe penat sikit. Namun begitu ikhlas tu Allah je yang tahu. 
:)

Nak pakej doorgift bernilai RM2000 untuk majlis anda?

Salam
[STicky Post]
Berita baik! Berita baik! Berita Baik!
Elaniey Creative berbesar hati nak sponsor majlis korang..

Sape taknak kan?
Apa yang korang perlu buat hanya join pertandingan ni..
Pertandingan Menulis Ceritera Cinta

Korang join je terus dapat sponsor ok..
Apa yang penting penyertaan korang tu lengkap..
Terus boleh dapat voucher bernilai RM60..
Boleh la korang beli yasin ke doorgift2 yang menarik..
Jimat banyaaaak dapat..

Mana tau rezeki korang menang pulak..Uisshh..
Lagi jimat banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak kan..

Tempat Pertama : Pakej Doorgift Bernilai RM2000
Tempat Kedua : Pakej Doorgift Bernilai RM1500
Tempat Ketiga : Pakej Doorgift Bernilai RM1000

Contest ini bermula dari 1 Februari 2014 - 30 September 2014
Boleh LIKE fanpage Elaniey Creative untuk maklumat lanjut ok..

P/S: Share tentang ni di facebook untuk membantu rakan-rakan anda
yang bakal mendirikan rumah tangga..
Dapat pahala membantu orang lain membina masjid kan..
Sharing is sexy!


*Kina tak dapat reply ye sebarang email dari 4hb - 17 hb Februari kerana tiada di Malaysia. Terima kasih. Advertisement juga telah dibekukan buat sementara waktu.

Pakai flower crown Yeay atau Nayy?

Salam..*post ni dah lama tapi ntah camne jadi draft balik..mesti sebab apps blogger..grrr...so republish je..


Sekarang ni kan tengah nak up pasal flower crown. Dulu kina pernah jugak terpikir nak pakai flower crown masa wedding tapi tak dilaksanakan sebab masa nikah tudung dah sarat dengan manik, masa resepsi dapat crown dari RKM, masa bertandang pun tak pakai crown sebab veil free menang contest dah sarat..Flower crown boleh jadi Yeay & boleh jadi Nayy..Kina fokus kepada yang bertudung ye..

YEAY

* Bila pakai masa occasion yang memerlukan kita melawa dan orang takkan heran tapi cakap cantik lah hang pakai flower crown tu. Contohnya: semasa wedding atau ada photoshoot majalah ke gituuu. Dll.
* Bila baju tu sesuai dengan flower crown tu sendiri. Disebabkan flower crown ni macam style vintage & english gitu, baju haruslah ada ciri-ciri tu jugak. Contohnya: dress yang simple dan tak sarat.
* Bila bunganya kecil-kecil comey molek macam cek mek molek. 
* Bila pakai shawl boleh sorok separuh dengan shawl so jadi macam cekak tak macam crown. Contohnya: macam gambar adik manis Irine Nadia & Medina kat bawah. Simple & nice. Tak puas mata memandang tau. Shahadah skg ni tamau da ape2 atas kepala. Huhu. 5 minit tu kira paling lama la. Hihi

NAYY

* Bila pegi MYDIN ataupun pasar malam pun nak pakai flower crown. Hmm. Mengundang mata-mata memandang & mungkin orang akan kata buang tebiat ke hape?
* Bila pakai bersama baju yang tak bersesuaian. Contohnya, baju kebaya songket yang setradisional melayu yang sangat-sangat kemelayuan. Janggal di situ. Atau pakai tshirt & seluar jeans tiba2 pakai flower crown.
* Bila bunganya gedabak besar atas kepala. Oh. Bunga kembang setaman di kepala. 

Keep it simple and nice ye. ;) 


Cantikkkkk! Crown flower pun boleh dipakai muslimah bertudung..nak tengok banyak lagi gambar boleh klik ke blog Irine ye.

Customade Yasin & Agen Elaniey Creative

Salam
Ini adalah REPOST yang telah diupdate.


Nak order customade yasin tapi kuantiti yang sedikit?
Dekat Elaniey Creative korang boleh order minimum 50 pcs. 
Nak order customade yasin serendah dari 85 sen? 
bergantung kepada bilangan order ye..!
Berminat? Klik SINI


Untuk Doorgift Buku Yassin/
Buku Doa&Selawat Harian (Custom Made&Ready-Made), 
kali ini, material kertas juga sudah dipertingkatkan,
 jika dulu cetakan isi dalam adalah simili paper 80 gsm yang hitam putiih tu 
tapi sekarang 128gsm art paper 
dan full colour lagi..
woooowww.. dan yang penting, harga masih sama ..cool kan!!!!

Bagi sesiapa yang berminat nak cari customade yasin utk
- Majlis perkahwinan
-Majlis khatam alquran
-Majlis ulang tahun
- Majlis Aqiqah
- Majlis Cukur jambul (bukan sama ke dgn aqiqah?)
-Majlis pertunangan
-Majlis doa kesyukuran/selamat
Bukan yasin je, buku selawat pun boleh bah kalau kau..
Antara design customade yasin..korang boleh request design korang juga.
Boleh letak nama, tarikh, details majlis & ucapan.
Min tempahan: 50 pcs sahaja tapi tak dapat la harga 85 sen tau..
Harga pun kina rasa paling murah kot setakat yang kina pernah survey.
Bolehlah contact elaniey creative ye..

Ini contoh yang dah siap..
Dengan pembelian 2000pcs dapat 1000pcs free TQ tag
Contoh yasin untuk akikah ade gambar baby tersayang..
Selain dari customade yasin elaniey creative ada banyak lagi produk menarik..
Nak tau harga & details klik dekat link..da ade harga pada gambar..
--->Customade buku selawat & doa harian
---> Customade CD bacaan Quran 30 juzuk berserta kotak bagus ni pasang dalam kereta..


Kalau nak dalam kadar segera boleh pilih yang ready made..free postage ke semenanjung!

Another unique doorgift..CD alquran..boleh dapat hadiah istimewa lagi..

Nak tambah pendapatan yang halalan toyyiban?
Tahun 2014 kan semuanya MAHAL..
jom jadi agen dropship elaniey creative.


Kalau berminat nak tempah atau jadi agen dropship Elaniey Creative?
Modal RM10 sahaja..
Ada komisyen, boleh mark-up dan re-brand barang jualan 
Plussss: ada bonus tahunan berupa pakej percutian..!!
Boleh la hubungi elaniey creative directly ye..
Jangan lupa 'like' Elaniey creative kot2 lepas ni ada giveaway!Facebook : ElanieyCreative Email: elanieycreative@gmail.com No. Tel: 010-272 6299


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork