Showing posts with label persiapan pertunangan. Show all posts
Showing posts with label persiapan pertunangan. Show all posts

Persiapan pertunangan: Ok..nervous!

1 day to go..
actually dalam 14 jam je lagi..
my friend siap hantar sms dup dap dup dap..
haha..seriously..baru rasa nervous gila..
macam mana nak duduk, nak jalan, nak pandang orang esok..
 
Banyak problem masa last minit ni..
Bekas hantaran patah la..
Tak cukup meja la..
Ketot berak la..haha..busuk ok!
harap2 makan semua cukup..
Terharu juga ada makcik siap post dari penang
coklat ada tulis nama sekali..
terus la masuk buat dalam hantaran..
Thank you very much..
 
Doakan kami esok ye..
Rindu bloggers semua..


Persiapan pertunangan : Ferrero roche


4 days to go

Salam semua..da undi no 193?hehe..
tak undi lagi? klik je sini..then cari no 193 ye.

By the way..baju tunang kina dah siap!
tapi terlalu kosong macam air kosong yang suam.
nanti nak menampal batu swazoski
atau manik-manik yang sepatutnya..dah amik gambar
tapi buruk gila pakai kamera hanpon tu..so far, puas hati..
tunggu kina jumpa kamera sesiapa untuk dipinjam..
haha..

Berbalik kepada tajuk..mula-mula nak buat hantaran
menggunakan ferrero roche keemasan itu..dah beli da..
tapi..tapi..tapi..

dah habis dingap oleh kina sendiri..haha..
1 pun tak tinggal..!
my favorite..sedap tak hingat da nak buat untuk hantaran..
jangan tiru aksi ini ye rakan-rakan..
nak ferrero roche jadi bunga tangan boleh?



Persiapan pertunangan : Cake Telekung?

5 days to go

Salam, wah lagi 5 hari je..huhu..& hari ni kina cuti..
Nak share cake telekung untuk hantaran encik pudin..

Untuk pengetahuan umum, hantaran dari kina, 
ibu kina yang buat..& kitorang nak bertanding..
sape buat lagi lawa..erm..kalau dari segi budget..
kompem la ibu kina menang..haha..

Gubahan telekung berbentuk kek..macam kek fondant plak kina tengok..
Comel tak?hehe..very-very like hasil idea my best friend..
a.k.a my wedding manager insyaAllah..
sebab citarasa kami sama..sakit hati bila orang
cakap tak boleh la..bla3..bagi pendapat is ok..
but to hardly defend ur opinion..can get lost..
haha..emo nampak..

Telekung beli dekat jalan tar je..RM45 je..sesuai sebab corak tu kan..
Actually bunga biru tu tak cukup then letak kain net tu..

Ha! by the way..kina need your help & your voting..
kalau rasa kek telekung tu comel..klik bawah ni..hehe..
tiba2 je kan..^_^..untuk blog baru pilihan 2010..
Kalau suka baca blog journey of b2b to 11.11.11 ni..
Cuma scroll down cari no 193 kemudian vote ye..
undi sis nyomel juga ye..no 134..:)

Persiapan pertunangan : COWBOY

12 days to go

Salam, nampaknya bride blogger yang lain pun mengira juga..
Haha..yumie & sk bagitahu masa majlis yanie..
Best ok dapat jumpa qish, hana yorie, elya,sk & yumie..
Yang lain kina tak sempat sebab kena balik awal..
Tak sempat pun nak bergambar dgn yanie..
Encik pudin nak balik Melaka terus & mak ayah kina tunggu..
Tengahari kina pergi majlis basyirah, malam pula yanie..
Congratulation to yanie & basyirah (cosmate)..

Ha..berbalik kepada COWBOY..
menyebabkan kina rugi RM10.00 tu..
Mula-mula kina nak sewa je dulang dengan zana..
Unfortunately tarikh tu da ada orang booking..
Comel sangat cinderella pumpkin tu ok..
Its ok zana..kina yang rushing kan..

Lepas tu kina pun pergi la beli dekat semua house..
Bersama-sama mak kina..pilih yang bulat ada kaki..
1 harganya RM28.80..tapi ada diskaun 10%..

Then, pagi ni mak kina email..
Dia pergi dekat COWBOY, nak cari aksesori hiasan
dia cakap bekas yang sama harga RM18.50 je..
COWBOY adalah pasaraya kat kuantan ok..

WHAT???
Ok..rasa apa?
i hate u cowboy!haha

P/S: so buat bakal pengantin kuantan sila lah pergi COWBOY 
kalau nak beli bekas hantaran yang murah..



Persiapan pertunangan : Kain Baju Tunang

15 days to go

Salam..tengok la lagi 2 minggu..ada hati nak tempah baju..
bukan apa, kak fida kata die boleh buatkan..on jela..
lunch tadi pergi jakel masjid india..beli kain chiffon & xtau nama..haha..
2 2 beli 4 meter..tengah sale ni kan..separuh harga ok..
ramai gila orang..

nak tengok macam mana warnanya? macam gambar bawah ni..
tapi versi takde beading & corak-corak tu..kosong je..
warna peach yang ke arah orange..


ini yang dekat patung..sebijik warna ni..tapi takde beading..tingkat 4 Jakel Masjid India.
Kina buat baju kurung moden biasa je..
Esok cari baju raihan encik pudin pulak eh..





Persiapan pertunangan : Cincin Tunang Promosi Habib

15 days to go

Salam semua,
Siapa yang tak beli cincin lagi.. Jom pergi Habib Alamanda..Promosi Habib sekarang hingga 16.12.10..

Potongan sehingga 70% untuk semua barangan berlian & permata*
Potongan sehingga RM6 segram untuk semua semua emas 916* 
(tahu kan sekarang harga emas RM156 segram!mahal u!)

Ayat promote dari Habib : Kunjungi jualan akhir tahun habib sekarang hingga 2 Jan 2011..

Encik pudin, jom..

Persiapan pertunangan : Nak pinjam boleh?


16 days to go

Salam,
Seperti yang anda sedia maklum.
Kina memang takde langsung barang yang berkaitan
dengan hantaran. Dulang ke, bakul ke, renda ke,ribbon ke,alas dulang ke.
Mula dari zero ok!

Sekarang sesi meminjam barang..hehe..
Sekalung terima kasih buat Puan Samihah..
Yang sudi bertanya pada kina ada yang perlu ke?
Nak pinjam alas miha?Nak gam tembak?Nak majalah pengantin?
Oh..kina sungguh terharu..Alhamdulillah, dikurniakan kawan 
yang sungguh prihatin. Kina doakan miha dapat baby yang soleh & comel.;)

Thank you jugak kepada Kak Siti..
Hadiahkan kina eyeshadow bodyshop yang eksklusif..
Sempena pertunangan kina nanti..boleh buat hantaran..heee
I like it very much!
Eyeshadow twilight yang ada magnet..sweeeet..

Ada lagi tak yang nak hadiahkan, pinjamkan kina barang-barang atau sewa
dalam kadar yang berdiskaun hebat..year end sale kan..hehe..
boleh tinggalkan comment dengan link ke..hehe..
kina mau jimat..;P..haha..

Weekend ni jom shopping..pastu pergi wedding yanie..

Persiapan pertunangan : Rombak balik


17 days to go

Salam, nampaknya berlaku rombakan ke atas majlis.
No lagi no hantaran. huhu. sob-sob-sob. 
Harapan untuk buat simple sesimplenya tak menjadi la gini.
Ibu kina dah bebel-bebel..haha..
Abah pudin pulak cakap malu la berlenggang je nanti.

Parent kedua-dua pihak bersetuju untuk balas membalas hantaran.
(walaupun bukan duit famili..sob-sob-sob) 
Bilangan dulang adalah 5 versus 7. Kami terpaksa la menjaga hati
dan mengikut kehendak ibu bapa kami yang tersayang..sob-sob-sob lagi.
Ok apa dari tak kawen. Famili dah izin ni ikut jela.

5 dulang adalah dari pihak lelaki, 7 dulang adalah dari pihak perempuan.
Tak puas hati sebab dapat sikit..haha
Tiba-tiba ko jadi tamak kina..kata tak nak hantaran.

Kenapa lelaki kena balas hantaran sikit?
Jawapan pudin : Sebab lelaki banyak tanggungjawab lain.
-Mas kahwin 
-Wang hantaran

Ok, baik. *sambil buat muka baik.
  

Persiapan pertunangan : Tukang cakap

18 days to go

Salam, hehe..i love u guys..banyak bagi supportive comments..
Siap ada cakap kina tak boleh tidur malam dah ye sekarang..haha
Actually kina tidur awal tau sekarang siap liat nak bangun lagi..haha..

Tentang tukang cakap or what so ever orang panggil..
Biasanya orang tua-tua la kan..kita yang muda ni kena belajar la..
Untuk side pudin, mak & abah dia minta tolong pak sedara 
pudin yang juga orang kuantan.

Pak sedara pudin cakap 
" Gatal na ko udin, takpela..zaman sekarang memang kena kahwin awal "

Hehe..umur kami 23 tahun ni..orang kata muda lagi..
Muda ke?haha..


Bagi side kina pulak, ibu & ayah memang angkat tangan 
& angkat white flag surrender tak nak cakap masa bincang nanti..
So,ibu bagitahu ustaz dekat office ibu untuk jadi tukang cakap..
Sebab sedara mara tak de yang reti nak bercakap..segan i guess..

Ustaz ni jugak la cikgu driving kina..garang tau..!
Takde la garang pun, dia suka biarkan je kina..
Tu la kina racer yang berhemah..hehe..
Sekarang ni encik pudin asyik ulang ayat
"Jangan bawak laju dah, kita darah manis..hehe"



Persiapan pertunangan : Baju raihan

19 days to go

Salam, untuk baju masa merisik & bertunang nanti. 
Encik pudin dah cakap awal-awal dulu dia nak pakai baju melayu.
Kina rasa kalau pakai baju melayu sedondon pulak nanti nampak macam 
orang dah bernikah je. So, dia pun nak la pakai baju raihan.

By the kina baru tahu nama baju ni baju raihan.
Nama glamer mungkin. Kalau tak sempat nak tempah or cari
baju raihan ni maybe pakai kemeja je.
Kalau tak pun takyah datang la..sibuk je..haha..;P

baju raihan asalnye nama dari kumpulan raihan

smart pulak warna ni..sumber google..

Kami akan bertunang 20 hari lagi!

Salam,

18.12.10, family pudin akan menghantar rombongan merisik + meminang terus..
ke benda yang sama tu?abaikan..
Alhamdulillah, pertunangan takkan dibuat..
kiranya rombongan datang untuk merisik & bertunang terus..what?
Tengok da cakap putar belit..kata taknak bertunang..

Pening gak sebenarnya nak terangkan dengan kata-kata..
Cincin yang bakal tiba lagi 20hari tu adalah cincin merisik & juga cincin tunang..
Tapi tak nak sebarang hantaran..bertunang tanpa hantaran..
nak jimat untuk kahwin nanti..hehe..

Ibu kina da bebel jugak sebenarnya..apa ni bertunang tapi takde apa benda..
Yes..takde sebarang persiapan pun..bekas dulang semua takde..
kina kan anak sulung..so sekarang..
dalam masa 20 hari.siapkan apa yang patut..
& merujuk dengan semua b2b yang dah bertunang..

merisik + bertunang = pertunangan jugak..boleh?
ibu please..

Warna pilihan baju tunang

Kina dah decide warna untuk baju tunang..either beli siap atau tempah nanti confirmkan balik..

Gambaran untuk warna baju pertunangan kina adalah seperti berikut..agaknya sesuai tak dengan kina ni? Peach kaler la..Peach pilihan lebih menjurus ke arah orange..bukan peach ke arah pink..sebab ada macam2 tone colour ma..
Semua adalah sumber Mr Google..
Harap tiada bangkangan dari big boss (ibu saya yang menawan)..betul menawan..nak tengok? ni ha..Ini gambar 2 orang big boss kina..

tahun lepas masa konvo..rock tak?yea yeah..
ibuku memang cun..taken masa konvo tahun lepas.
Mula-mula nak colour pink tau untuk bertunang..tapi ibu suruh time kenduri pulak pink..aye captain!


Ini pulak kina dengan baju kepeachan..gambar lama ni..ni je ada peach sket..sesuai tak??cakap sesuai cepat..haha..

Persiapan Pertunangan 1: Hantaran


Hantaran 5 Dulang (From Sharifuddin to Shakina) 
Warna : Hitam silver
  1. Cincin pertunangan (beli bulan disember orang kata ada diskaun)
  2. Kain akad nikah(untuk dipakai masa nikah)
  3. Handbag (untuk dipakai..sebab hanya ada 1 handbag je selama bertahun-tahun..setahun je sebenarnya..)
  4. Kasut (untuk dipakai masa nikah)
  5. Cupcake (untuk dingap lepas tunang..haha)

Hantaran 7 Dulang (From Shakina to Sharifuddin)
Warna: Peach + Putih
  1. Kain baju melayu + samping (untuk dipakai masa nikah)
  2. Kasut (untuk dipakai masa nikah)
  3. Kemeja (untuk dipakai pergi keja..asek pakai baju yang sama je!)
  4. Kek (untuk dingap)
  5. Fruit Basket(untuk dingap jugak)
  6. Coklat (untuk dingap lagi)
  7. Sirih Junjung (petik je sirih belakang umah nenek..yeay)
Will update on harga bila da beli..heee..
     

    Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork