Selamat Berpuasa!

Salam

Alhamdulillah, Ramadhan menjenguk kita lagi dalam masa beberapa jam je lagi..
Renungan bersama. 
credit to: www.ismamesir.com
Ramadhan pertama kina bergelar isteri. :)
Terawih pertama berimamkan suami. :)
(masa sekolah dulu tak kira la, time tu tak bercakap pun)
Sekarang kina dah 8 bulan ++. :)
InsyaAllah, harap dapat puasa penuh. :)

Selamat berpuasa semua!

''Kenapa Anda Perlu Datang Ke Pameran Pengantin Malaysia 13-15 Julai di SAC Convention Centre"

Salam

Kenapa tiba-tiba je kina semangat post entry time weekend ni? Memang jarang-jarang, kadang-kadang, sikit,sikit la kina post entry time weekend. Ini gara-gara poster ni la. 
Alhamdulillah masa dilanjutkan. Kalau tak? Melepas..
Isk isk isk. Kina baru tahu pukul 6.30petang tadi. (Sape suruh tak online weekend kan, nyaris nak terlepas..hihi). Dah lama rasanya tak join contest tapi contest ni sangat mudah walaupun So-Spontan kan. Yela, contest ni start pukul 10 malam tadi sehingga pukul 9.00 malam ni. Haa!! Tak sampai 24jam pun kan?? 
Thank you Juara Super Spontan!
Syarat-Syarat Penyertaan Contest So-Spontan ni:-

  1. Terbuka kepada semua peringkat umur. Orang dah kahwin & membuyung 8 bulan macam kina pun boleh join. Kihkih.
  2. 'Like' Fanpage PPM. Tak perlu kata apa-apa, like je. Dah lama like & follow PPM.
  3. Tukar profile picture kepada poster PPM. Ini buktinya. 
  4. Profile pic dah bertukar. Cover masih feeling2 pengantin baru. Haha
  5. Buat entry bertajuk ''Kenapa Anda Perlu Datang Ke Pameran Pengantin Malaysia 13-15 Julai di SAC Convention Centre". 
  6. Share post di wall anda & PPM.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirahmanirahim..
Klik sini untuk ke blog PPM

Kenapa Anda Perlu Datang Ke Pameran Pengantin Malaysia 13-15 Julai di SAC Convention Centre??
Hari last! Ye..hari ni last..Korang tengok la macam mana keadaan di PPM ni..
Meriah kan? Kalau ramai maksudnya? Faham-faham jela. Mesti la best.

Sebelum tu mari kita flashback sikit sebelum kina kahwin & jadi mak buyung ni..Layan gambar jela ye..Gambar kan bercerita lebih banyak dari perkataan..

Kenangan kina di PPM..:)
Ok..Kina seboleh-bolehnya tak miss pegi PPM,habis ku angkut pudin yang dok kat Melaka... tapi sejak duduk pindah Bintulu ni memang tengok dari Facebook jela. Maybe PPM boleh melebarkan sayap ke Sabah/Sarawak lepas ni kan..kan..kan?InsyaAllah..

Ok, moh kita terus kepada jawapan spontan yang kina dapat jawab Kenapa Perlu Datang ke Pameran Pengantin Malaysia di SACC ni.








Ok..itu la yang paling So-Spontan yang kina dapat sediakan. Semoga PPM terus sukses di masa hadapan. I know you can! Aja-Aja fighting!

Published on: 8.55pm..sipi2 nak tamat contest..harap2 ada rezeki baby..:P


Pemenang Contest Like,Post & Win RM600* Part 2

Salam

Seperti yang ditunggu-tunggu..
Berdebar tak? Mesti la berdebar kan..
Kalau semalam dah umumkan pemenang referal terbanyak.
Hari ni tibalah giliran pemenang kategori lain plak..
Doa banyak-banyak supaya nama anda ada dalam senarai pemenang.

Drum roll pleaseeeee...

Untuk Kategori Entry Paling Best
Yang telah dinilai orang beberapa juri..
Alasan juri sebab info dia lengkap, tepat, kreatif & nampak kegigihannya.
Oh ye, ada jugak yang otometik xdapat dinilai sebab
 Buat blog @ facebook private. Huhu..Takde rezeki la tu.
Lepas tu ada jugak yang salah info tentang blog ni. Hehe. 
Jadi tak dapat la bonus point. Gittew..

Pemenangnya ialah....

.
.
.

Hanisah : Entry beliau
Tahniah diucapkan!
Jangan lupa terawih dgn telekung baru na..hihi

Untuk Kategori Entry Random
Yang digenerate melalui Random Generator.
Kina letak no di setiap nama, bukan ikut turutan siapa hantar dulu ye.
Lepas tu buat cabutan Random & inilah orang yang bertuah itu.

1) Amalina Ali - Entry beliau
2) Miss Choc - Entry beliau
3) Nia Ain - Entry beliau

Tahniah-tahniah, anda sangat bertuah! Alhamdulillah.
.
.
.
.
.
.
.
Eh, nak pegi mana? Jangan kecewa lagi..
Ada seorang lagi pemenang!
Yup, ni kategori pilihan juri. Hehehe.
Hadiah Misteri
.
.
.
.
.
Tahniah diucapkan kepada...


Ulasan juri: Post yang comel & kena dengan upin ipin tu.
Hadiahnya mesti la best jugak tapi misteri. Gittew.
Pemenang nak tahu kena email kina ok. hehehe.

Jadi, pemenang-pemenang sila email kina sepantas kilat.
Nama, Alamat, No Tel ok! Cun!
Lepas ni boleh la pemenang beraya dengan gigi lebih putih kan?
Hahaha..

Bagi yang tak menang, jangan putus asa ok.
Kina masih ingat kina pernah kalah contest yang kunun2 rasa boleh menang.
Tapi Allah tau mana yang lebih baik, Dia bagi menang contest lain plak.
Katakan Ya pada contest. Dont give up ok!





Pemenang Contest like,post & win!

Salam

Semalam, selamat & tamat sudah contest Like, Post & Win RM600*.

Kita dah ada seorang pemenang!

Ini adalah untuk kategori Blog Paling Tinggi Referal.
Maksudnya ramai orang datang baca dari blog dia.
Pemenang kategori kedua

Hadiah yang akan dimenangi adalah
3D Crest White Advanced Vivid 14 days.
Sorry ye, kina dah tutup pre-order kalau nak order.
Itu la, kina dah banyak kali cakap order sebelum terlewat.

Apa-apa pun follow fanpage theshopAblog 
kot2 ada extra ready stock nanti.
Maybe akan ada contest lagi, khas untuk facebook.
Maybe contest Like & Share plak? Haaa..

Ok,ok..Back to our winner!
Pemenangnya ialah 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Sebagaimana yang sedia maklum, bagi kategori ni postnya tak dinilai.
Tetapi kuantiti traffic yang boleh diretrieve dari stats blog yang dinilai.

Tahniah buat Imah. Please email kina details untuk urusan postage hadiah.
Subject: Pemenang Contest
Nama, alamat & no tel ok.


Ada 4 lagi pemenang akan diumumkan esok.
Kategori The Best Entry (Kina masih tengah membaca 1 1)
Kategori Random (Mesti ramai tunggu yang ni kan)

All the best!

Tinggal 1 hari lagi!

Salam

Bagi yang belum join contest.
Cepat-cepat-cepat!
Esok adalah last day!

Klik sini untuk join!


p/s: bagi yang nak order 3D Crest Whitestrip esok jugak adalah last day.
Next pre-order October @ November ok. 

Contest: Like, Post & Win RM600*

Salam

Seperti yang dijanjikan, 4 Julai 2012 kina nak buat contest kan. Ready?
Kina tak tahu nak namakan contest ni contest ape. Hahaha.
Tu yang keluar tajuk Like, Post & Win RM600* tu.
Tapi yang penting contest yang mudah je.
Sesiapa pun boleh masuk ye.

Tak perlu untuk korang raih atau merayu dekat orang lain tolong like.
Takde kategori Like Terbanyak pun. Hahaha.

1) Like fanpage Journey of Bride to Be & penaja hadiah kita TheshopAblog
2) Like post Contest : Like, Post & Win RM600* di sebelah bawah kanan post ini. 
3) Post satu entri seperti berikut-
  • Tajuk: Contest: Like, Post & Win RM600*
  • Serba sedikit tentang Journey of Bride to Be by Shakina Farhan ni. 
  • Serba sedikit tentang contest & hadiah contest ni.
  • Bebas menulis dalam point form ataupun karangan ataupun gambar.
  • Nak buat sticky post atau tidak terpulang.
4) Hanya satu post sahaja diterima (samada di blog atau note di facebook)
5) Tinggalkan link entry+nama facebook anda di blog ini atau share note facebook di fanpage Journey of Bride to Be bagi yang tiada blog.

Kategori

Pemenang Kategori Pertama:
Satu penyertaan untuk entry yang paling best
Pemenang Kategori Kedua:
Satu penyertaan blog yang paling tinggi referral
Pemenang Kategori Ketiga:
Tiga penyertaan yang dipilih secara random

Jadi kita akan ada 5 Pemenang semuanya!
Ada beberapa kategori, jadi tak kisah la kalau korang tak kreatif ke takde blog ke. Kalau yang ada blog boleh menang mana-mana kategori. Kalau yang takde blog boleh menang kategori random, mana tahu rezeki anda bertuah anda menang! Satu penyertaan boleh menang satu kategori je, bagi chance kat orang lain menang juga ye. hihi.

Hadiah

Kategori Pertama : 1 x Telekung Sulam Imported (worth RM100) + 14 complete pack 3D Crest Whitening Professional Effect (worth RM135) + Tony Moly Lip Tint (Worth RM18)

Kategori Kedua: 1 x 14 complete pack of 3D Crest Whitening Advanced Vivid (worth RM125)

Kategori Ketiga: 3 x 7 trial pack of 3D Crest Whitening Professional Effect (worth RM75) + Tony Moly Lip Tint (Worth RM18)

Total semua hadiah dari penaja kita ni? Worth more than RM600!
Boleh jenguk blog TheshopAblog untuk product-product ini.

Telekung Sulam tu boleh buat hantaran kalau yang belum kawen. 3D Crest Whitening tu boleh putihkan gigi. Kalau nak order boleh join pre-order batch 5# yang tengah berlangsung sekarang ni. Bagi bride to be yang nak kawen bulan Ogos-October order sekarang sebab nanti dah takde pre-order until October. Tony Moly Lip Tint tu boleh menyerikan bibir. Kina suka sebab nampak natural je, jarang pakai lipstick dah. Nanti la buat review. Jadi sesiapa yang berminat nak dapat free, mari-mari lah join.

Dateline: 4 Julai 2012 - 10 Julai 2012 
Pemenang akan diumumkan: 12 Julai 2012

Kenapa sekejap sangat?
Sebab nanti kang kina bersalin sape nak bagi korang hadiah? hahaha
Sebab buat lama-lama nanti korang tunggu dateline gak baru nak buat kan? hahaha
Sebab kalau kejap penyertaan tak banyak sangat, senang korang nak menang kan? hahaha

Tips dari penganjur: 
Kalau nak menang kategori best buat best-best do research ok, 
Kalau rasa nak menang kategori referal, link blog ni banyak2 pastu promote entry korang,
Kalau rasa nak menang kategori random copy paste saje pun ok. hahaha. 



Ok..Jom like, post & win sekarang!




 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork