Keputusan: Pre atau Post?

Salam 
Akhirnya kina da dapat keputusan lagi muktamad..
Masih ingat hadiah dari Ahmad Fairus untuk outdoor photography?
Antara Pre Wedding & Post Wedding kina pilih.......
.
.
.
.

Post Wedding!!!Full stop..hehe..

Tema masih belum tahu..tapi MUA dah ada..hihi..pantas!

Sebab pre-wedding nak bergambar terbatas..
Lepas tu mesti AF rasa macam tangkap gambar 2 kayu..haha..

Nak macam Song Hye Kyo & Rain dalam Fullhouse..kihkih..
Haha..romantik & comel gituuu..sumber : crunchyroll.com
Ini first drama korean yang kina suka tengok..
Best gile! haha..

Paper shaper dah sampai

Salam 

 Bagi yang meneka & komen post kina pagi tadi iaitu seramai 13 orang..
Anda semua memang blogger yang bijak!haha..semua betul..
Jawapannya bantal nikah..!

Kina tak dapat berdiam diri walaupun wordless wednesday hari ni..
HAHA

Sebab excited ok, benda yang dicari dari tahun lepas dah sampai..
I could'nt believe my eyes..this is so cute and powerful stuff!

Apekehelnye?

Ini lah pembantu DIY thank you tag kina nanti..
Vendor: Scrap n Crop (online payment)
Paper Shaper : Brand EK Success
Bentuk : Scallop circle saiz 1.5 ''
Harga : RM75.65 (termasuk delivery)

Bagi kina harganya agak mahal untuk sejenis puncher..
Tapi kina ada trick yang dia akan membantu menjimatkan kos kina..
Eh..eh..main2 trick magic kunun..hopefully kan..

Scallop circle paper shaper!

1) rupa depan 2) gigi kat belakang 3) dah mencari mangsa untuk dipunch 4) hasil mangsa
Boleh start design thank you tag..Next month hantar print..
Pastu bagi paper shaper bekerja..grrrr..nak punch 1000++..penat gak tu..
^_________^

P.S: senyum memanjang hari ni..yeay..tQ terence tlg guna ur paypal..

Wordless Wednesday 3!

Salam
tempah ini..harap menjadi..
 Tahu ini apa? Kalau ye lukisan Paint kina tak teruk sangat..haha

Polisterin sebagai props

Salam 
Seperti yang dijanjikan..dan sebab dba tak sabar nak tengok..haha..
Ini dia polisterin yang kina tolong buat untuk opismate kina..
Tujuan adalah untuk propose his girlfriend..sweet kan?hehe..

Mari bercerita..
Perkataan will dari polisterin nak dekat sama besar dengan orang dah!
meriah dan funky kan?

Perkataan you dipegang by family lelaki

Perkataan marry dipegang by famili perempuan

Ini tidak lain dan tidak bukan my opismate merangkap partner badminton minggu ni..
 Kemudian..dia combinekan semua gambar kat atas ni..
Menjadi begini..Kemudian diletakkan dalam buku special..
Jadilah WILL YOU MARRY ME?
Kalau tak silap dia propose dekat hong kong..
Mesti terharu bukan girlfriend die?
Yela..Nak kawen dah Oktober ni..
2 minggu selepas kina kawen..hehe..

Polisterin ni tebal dalam 1 inch beli dekat kedai buku..
Kos untuk buat dalam RM30++ macam tu..
Potong pakai alat potong polisterin tu..(pinjam opis punya)
Jangan guna spray nanti polisterin tu menggerutu..
Sebab dia macam menghakis polisterin tu..

Ada idea dah nak buat Save The Date? Try la..!hehe

Initial letters for decoration

Salam 

Initial letter atau Monogram for decoration 
is definitely a-must-do DIY project for me! 

Monogram deco ni sangat catchy dan sweet macam macaroon..
Serius tak dapat menanggung kemanisan macaroon..huhu..
Kina tutorial untuk buat monogram ni pakai bunga di Weddingbee.
Nampak senang, tapi susah jugak sebenarnya kalau baca kat situ..

Dilampirkan kat bawah ni monogram yang boleh dibuat 
menggunakan pelbagai bahan selain dari bunga..source: google image..
menggunakan crayon

menggunakan fabrik dan kekabu

menggunakan ballon

menggunakan kayu
menggunakan polisterin, pearl & tisu (ini hanya andaian, kina tak pasti) - dari wedding by sher!
Monogram tak semestinya bergantung atau 3D

Di lantai pun boleh bah..
Tak sabar rasanya nak DIY..kina pernah tolong opismate kina..
Chinese, nak propose girlfriend dia..nanti kina upload gambar..
Pakai polisterin untuk propose..hehe..stay tune ok!

More source:
make-baby-stuff.com
prosperballons
weddingbycolor
weddingbysher
twinsfoundcreativeideas

Pengalaman tempah kasut kahwin

Salam 
Gavy tak perlu diterangkan lagi sebab dah famous amos 
Di kalangan blogger b2b yang nak tempah kasut.. 
Kina start tahu dari post huda yang bertajuk
Sangat banyak info kan..
Kalau tempah kat mak andam pun RM180 
(dekat andaman yang kina pergi tu la).. 
dari depan kedai Gavy

Starting 1st June 2011
Gavy takkan mengambil tempahan kasut kahwin lagi..
sebab dah start busy untuk raya..
So sape-sape nak tempah boleh la pegi Gavy dekat Maju Junction ye. 
Ground Floor je..Dekat dengan Wedding city. 

First time ni tempah kasut, before this beli je mana-mana..
Mungkin takkan tempah dah..haha

Sebelum kina pergi tempah kasut..
selidik dulu warna apa yang sesuai dengan baju sanding kina tu..
tanya mr Google la..haha..

Since my dress will be dark purple, i'm opt to wear silver grey heels.. 
Asyraf pun agree dengan pilihan warna kina..
Tapi dia akan banyak gak reject idea korang..haha..
nasib baik dia bukan memaksa2..
kalau tak tak jadi nak tempah..;P 

Asyraf the consultant: akan bertanyakan soalan-soalan ini..so be prepared ok. 

1) Apa warna baju? So, kina tunjuk gambar baju.. 

2) Nak design mana? Ada banyak design yang comel2..hehe..sampai tertukar pikiran..

3) Pilih material untuk kasut Dia akan bukak buku yang ada sample material..pilih..
dan dia akan bagi suggestion ikut baju kita tadi.. 
4) Berapa saiz? Saiz kina saiz 5..tapi tahukah anda kasut ada 2 saiz..
satu saiz utk bahagian depan..satu lagi adalah untuk keseluruhan kasut..
kina ingatkan 5 memang 1 kasut tu..
Rupanya saiz kasut kina depan 4 setengah..kina 4 setengah & 5..
Tak tahu jugak? nanti Asyraf akan bagi test kasut, so dia akan tahu la. 
hehe..lakaran kina nak bagi jelas..

5) Nak riben ke kosong ke ada brooch ke? 
Kina mula-mula nak kosong tapi berubah pikiran amek brooch 
sebab nak matchingkan silver grey dan purple. The brooch is purple in colour.

6) Nak kasut siap bila? Since Gavy akan siapkan sebelum raya, 
so kina akan dapat hujung bulan 7..cepat la plak kan..tak pe la..puasa nak chillax! 
Lagipun kasut ni nak buat kasut hantaran..hehe..tembak 2 burung dengan 1 peluru.

Baca tips dari huda sebelum pegi Gavy di post ini..

After dah tempah, pudin cakap muka kina risau gila..
Ye la..takut tak jadi seperti yang diharapkan..
Dont want to think about shoe anymore..hehe..
Chillax!

Kain bridemaids dah dibeli

Salam 
Hari sabtu hari bercuti,
Pergi ke Jakel bukan dengan maids,
Membeli kain sudah semesti,
Berwarna pink untuk bridemaids,

Haha..in the mood of berpantun sesuka hati..
Maaf cikgu Bahasa Melayu sebab pantun rojak..
Pada mulanya nak beli chiffon untuk mereka,
Bila sampai dengan SA yang mengikut aje, rasa rimas gak.
Tapi memang tu kerja dorang..huhu..terus tak jadi chiffon..

Teaser tak berapa teaser ni..hikhik

Untuk baju: satin & kain: batik
 Kina nak grey, Pudin nak pink..ok kita beli pink..haha
Lagipun baju nikah kina ada pink jugak sikit..
Tapi harap kalian sang bridemaids suka..








Alhamdulillah menang contest AF

Salam 
Alhamdulillah syukur..
Rezeki nak kahwin ni..;) 
Saya bukan menang akademi fantasia ye.. 
Tetapi AF stand for Ahmad Fairus.. Pro-photographer hebat itu..

Siapa yang pernah baca post entry contest tu.. 
Yang berlegar di ruangan utama blog ini selama.. 
Hampir 2 ke 3 bulan eh..jadi sticky post.. 

Nak tengok senarai pemenang di sini..
Tahniah!!!!
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat.. 
- Memberikan 1 idea photoshoot unik yg belum ada di Malaysia 
- Photoshoot mungkin akan diadakan lebih dari 4 jam 
- Berpakaian unik seperti idea yg diberikan 
 -Mesti bermake up..hehe..

Sekarang dah jadi blur macam lisa lisut..haha.. 
Masih berpikir-pikir nak buat post atau pre wedding.. 
Rasa macam nak jugak pre wedding, untuk letak dekat bunting.. 
Letak dekat majlis as decoration.. 
Dan kitorang memang jarang bergambar pun..huhu..

Tapiii..
Rasa macam nak jugak untuk post wedding, boleh bergaya lebih2..haha..

Bincang dulu dengan captain pudin..hihi..

If korang ada idea unik boleh la bagitahu kina ye..;) 
Thank you.;) 

P/S: Hadiah ini memang sangat WOW! Syukur sangat..

Peta yang menyesatkan

Salam

Yes, tak bertanya sesat jalan.
Map yang kina buat bakal menyesatkan orang kalau kina tak tanya orang.
Ok ke map yang aku buat ni?

Map dan signage sangat-sangat penting..
Kenapa? Kalau kawan-kawan korang tak jumpa jalan..
Ada juga call pengantin tanya jalan..
sedangkan pengantin mesti tengah sibuk bermekap-mekapan..bersolek-solekkan..

Dalam membuat map, kita tak boleh syok sendiri.
Ala senang je, orang mesti tahu jalan.
We need to put ourselves in others shoe..

Kina baru first time buat map pakai Paint semalam.
Ask a few of my sweet friends..(you know who you are)
Kina dapat banyak kritikan membina..
bukan cangkul-cangkul atau gali AF..atau kutukan melampau..
Learn from our mistake..do take note others opinion..

Ini peta yang akan menyesatkan orang..haha..
my bad..peta memang fail..haha..sorry..
Penambahbaikan
1) buat skala. sebab ada yang tak menunjukkan jarak 
yang betul since saiz kad yang kecil tak membenarkan.
2) tulis bagi jelas dan terang. SEKOLAH perlu ditambah sekolah apa-apa..
3) traffic light yang penting macam di simpang kena ada.
4) buat legend atau penunjuk di mana akan letak signage.
5) perbanyakkan warna untuk membezakan. (kina hanya boleh guna 1 warna sahaja sebab kad budget kan 30sen)
6) switch colour peta dan kad..

Peta ini akan dibaiki oleh salah seorang bridesmaidku..haha..
Sebab kina memang tak de bakat buat peta..
Sila buat yang terbaik ye..haha..upah mintak ngan bos..
TTBC Terence Tan Bun Cit..haha..

Wordless Wednesday 2!

Salam

romantic ala-ala winter sonata?hahaha..they are my parent!

Vendor pelamin dah setel

Salam 
Alhamdulillah weekend lepas bertemu muka juga vendor pelamin..
Sebelum ni hanya by email & facebook aje..
Dulu pening jugak pikir pasal vendor untuk pelamin..

Mesti la nak menepati citarasa & budget..
Still rasa dekat KL la banyak pilihan..cantik2..
tapi kalau tambah kos pengangkutan agak macam tak berbaloi..
so kina rasa better ambil yang dekat area Kuantan jela..
lagipun pelamin hanya untuk beberapa jam je..tak berbaloi kalau 4-5 ribu..
ibu kina cakap baik buat duit tu pegi berjalan-jalan..
nak kerusi macam ni..source: http://www.arma-couture.blogspot.com/

Isnin terus letak deposit RM100..sikitnya deposit?
Yes, owner vendor sendiri yang cakap letak sikit2 je..

What i like about this vendor?
  • masih baru dalam dunia perkahwinan dan i can see the potential.
  • harga sangat affordable! paling ok yang kina survey
  • tak tamak. kalau boleh die nak fokus untuk 1 customer je untuk 1 hari..(walaupun kina tak letak deposit die dah lock tarikh untuk kina walaupun ada orang lain nak jugak tarikh kina tu..fuhh..selamat dah lama tanya)
  • ownernya muda lagi..so senang nak kautim nak bincang..terima idea kita..
  • terus terang..kalau die tak boleh nak buat die cakap awal-awal..yes, die tak buat fresh flower sebab die takut layu..

Hopefully, mereka akan merealisasikan pelamin angan2ku..cewah..
InsyaAllah..;)
Pelamin masih dalam sketch..habis semua rough paper ku conteng..


DIY kad kahwin : Design 2

Salam 
Hari ni genap 4 bulan usia pertunangan kami..
Baru balik dari kuantan semalam..Hepi3..
Sebab ada banyak benda yang da hampir setel..
Ibu pun da approve untuk buat doorgift jar..Yeay..

Now, kina da hampir siapkan design ke2 untuk kad kahwin..
Currently sangat suke design yang ni banding yang first..
A very simple mimple invitation card..tapi depan je siap..
Map & doa bahagian belakang kad belum sentuh..
Belum finalize lagi..dan akan ada tambahan DIY..hikhik..
Instead of icon telefon biasa kina gantikan dengan icon iphone..
Kunun-kunun moden kan..padahal diri sendiri takde!haha

Yup, kina pilih untuk buat 1 piece card only..
Kina dah booking nak print dekat myOne card 
Masa pameran pengantin malaysia dekat PWTC..

Harganya RM300 untuk 1000 kad..
Kina nak 500 keping je tapi dia quote RM350..
So alang-alang baik amik 1000..jimat RM50..
Lagipun incase tak cukup kad ada lagi penyelamat..
Ada free bunting sekali..

Bulan 5 hantar print..Bulan 6 boleh start kerja DIY..
Bulan 7 kumpul nama tetamu..Lepas raya boleh distribute..
InsyaAllah..semoga Allah permudahkan..;)


Hadiah dari The Craft Potion

Salam 
Alhamdulillah, syukur kepada Allah.. 
Saya menang motor hadiah dari The Craft Potion...

Terima kasih kepada yanie seorang exB2B..
Yang sangat bermurah hati memberi giveaway ni..
Dari 3 pemenang jadi 9 pemenang ok! Banyak tu..
Kalau yanie tak up kan maybe kina tak dapat sebab 32 penyertaan tu..

Hadiahnya adalah handbouquet & corsage!
Kina dapat corsage..memang nak sangat corsage dari The Craft Potion.
Sebab tengah try buat handbouquet sendiri ni..;P
kalau orang melayu sebut rozek kan biasanya..comel kan?

Giveaway yang The Craft Potion buat ni mudah dan best..
Hantar email kenapa saya nak hadiah tu dari The Craft Potion..
Orang lain pun tak boleh nak tiru short message kita, jadi itu adil..
Yela..tak payah nak like2..sebab da tahu kalau like kompem kalah..haha.
Tak reti nak minta orang like2 tapi kalau korang nak kina tolong like boleh aje ok..

Mari kita tinjau-tinjau apa ada dengan The Craft Potion ni..
1) Wedding Items Rental
2) Hantaran Decoration
3) Handbouquet
4) Corsages & Boutonnieres
5) Centrepieces/Guestbook/Main table deco
6) Candy Buffet - Coming Soon!
7) TQ Tag, Invitation Cards
8) Wedding favors
9) Affordable Photography Services
10) Affordable Wedding Emcee
 Harga adalah berpatutan dan boleh buat ikut budget kita!
 
artificial ni..tapi nampak macam freshflower kan?
fresh flower handbouquet untuk elya
corsages untuk theme garden..weee..^_^
artificial handbouquet
Pening nak buat sendiri? Tempahlah dengan The Craft Potion!
Selamat maju jaya buat The Craft Potion!

P/S: Nanti The Craft Potion akan buat giveaway lagi tau..
so follow,link dan like fanpage mereka ok..


Need this type of shoe

Salam 
Ini adalah kali pertama kina post tentang kasut..
Sorang kawan kina tag kina gambar kasut..bling2 lagi..
Tapi kina tahu kina takkan boleh pakai this type of shoe..
Tangkap gambar silau ni..hehe..

 No..No..No..
Mesti kina tak leh bergerak seinci pon..terus jatuh..

 Tengok folder gambar kasut kat facebook kawan tu..jumpa ni..

YES!
ni kita panggil kasut apa eh?nak3..tapi bukan warna ni la..
Kerana ketinggianku hanya 158cm..hehu.. 
Kina nak heel macam ni..tinggi tapi boleh berjalan..
Depan tu macam tebal jugak..so lebih seimbang..(yo yo o je)
Selalu pakai wedges dan selipar croc je..selesa!

Tak pernah pegi cari kasut macam ni lagi..harus cari..




DIY kad kahwin : Design 1

Salam 

My first design untuk kad kahwin..erm..
Not satisfied with it langsung..haha..
Serabut gila..banyak beno tulisan..
Sendiri buat sendiri tak suka..
Cuba lagi..chayok2..


Semalam jadi bridezilla kejap..
Suruh pudin buat semua preparation..haha..
Keluar la ayat dalam telefon

"kita buat la sama2 ye"

"tak nak la, pening la"

Pastu rileks je sambung discuss..

"kita buat camni camtu ..bla3.."
sampai kina tertido..zzzzz..
nasib tak tercerut dengan earfon..kih3..



5 Cabutan Bertuah dari Rumah Kebaya Malaysia

Salam 

Ok, kina tau korang nervous baca title ni kan?hihi 
Sape yang tak berminat? 
Rasa nak lompat2 sambil jerit nak2! 
Macam mana nak join? 
Ha..kena la datang pameran pengantin di Bangi weekend ni.. 

Tahukah kalian, Rumah Kebaya Malaysia dah lama tak join pameran pengantin.. 
Tup tup jadi penaja utama festival perkahwinan di bangi ni ok! 

Antara yang istimewa RKM tawarkan di pameran ni nanti adalah 
  • 5 CABUTAN BERTUAH bernilai RM3200 menanti anda 
  • Pakej bersama " PELAMIN " yang istimewa buat anda 
  • Bertemu sendiri Fashion Designer kami untuk memahami kesesuaian busana untuk anda 
  • Harga yang menarik 

Nampak tak bold PELAMIN tu?? Buat julung-julung kalinya RKM akan hadir bersama pelamin.! Kina takde pelamin lagi ni..pening kepala..huu..harus pegi walaupun nak balik kampung.. 

Kat mana festival pengantin ni?
Kompleks PKNS BANGI - 15-17 April 2011 - 11pagi-9malam

Untuk tahu lebih lanjut lagi klik sini.

Dah vote belum untuk suami kepada kak sitti designer Rumah Kebaya Malaysia 
iaitu Ahmad Fairus di HotFM?
Kalau belum vote sekarang..Boleh vote banyak-banyak kali ok..


Invitation as bridemaids

Salam 
Bridemaids a.k.a gadis dulang a.k.a penyeri dulang..
Walaupun nampak remeh je kerja angkat dulang ni..
tapi banyak pengorbanan yang dilalukan oleh mereka ok.. 

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan.. 
tanda berbesar hatinya kina menjemput mereka melalui facebook kina..
pakai upload wall photo kemudian tag 7 orang mereka ini.. 

invitation rasmi di facebook..hikhik..

Antara komen mereka yang bakal bridemaids ni:
aaauuww! so sweett! of course! i do! tibee ;p
kain da beli lom? x sabo nk wat baju..heee
i do...of course i do....hihihiihih.(sila gunekan tone perempuan yg lemah lembut...huahauahauahau).
sure! of coz i wil!! x sabo ni~ cuti dah apply..hehe
 
Hehe..sweet ye? lepas ni banyak la kerja aku bagi kat korang..hahaha.. 
Alhamdulillah semua setuju nak jadi bridemaids.. 

Banyak cara korang boleh invite rakan korang jadi gadis dulang ni.. 
  • Macam tinggalkan note atas meja ke..
  • Letak alarm reminder dekat handphone ke..
  • Tulis atas kek ke (kalau ada lebihan duit poket)

Tengah cuba jadi sweet macam coklat truffle jaja yang sedap tu..hee..

Jaja bukak order untuk sape nak ambil di Mid Valley weekend depan..
Kina nak order lagi..weee..tengah pikir nak berapa ketul..hehe..

P/S: Korang dah vote ahmad fairus dekat impianku hotfm? 
Ayuh klik impian keempat di sini..

Kurus sambil beramal

Siapa taknak kurus secara sihat? 
Siapa taknak beramal & dapat pahala? 

Jom kita join walkaton anjuran Kordel

Tarikh: 12 June 2011. 
Lokasi: Taman Merbok 
Masa: 7.00pagi 

Kordel ni jenama makanan supplement macam vitamin tu. 
Kina da register!Thanks to ekin, kak kerol & terence yang ajak. 

7KM tu! tak terbakar jugak lemak tak tahu la kan..haha.. 
Tak payah bimbang..Tak payah jogging atau berlari.. 
Cuma berjalan aje..Lenggang-lenggang kangkung je.. 
Nama pun walkaton kan..
Nak jalan2 sambil bawak kamera boleh?haha
Kamera pinjam je..lol..

Untuk register kena bayar rm25. 
Hanya bayar rm25 korang boleh dapat goodie bag bernilai rm100. 
Dapat baju & bibs sehari sebelum walkaton. 
Dapat peluang cabutan bertuah lagi. 
Berbaloi gila kan? 

Sambil kuruskan badan sambil beramal sambil dapat mende free.. 
Untuk keterangan lebih lanjut terjah sini.

P/S: lepas bayar print resit dan attach sekali salinan ic untuk bukti nak amik baju nanti.

The Wedding Chicks

Salam 
Bagi penggemar DIY. 
You will also love this website. 
Sebab boleh personalize sendiri dekat website ni.. 
Kina tengah pening nak buat design.. 
Jumpa website ni rasa best sangat..
boleh ubah dan download..
Yang free suka aje kan..hehehe..

Kasi contoh 1..
Interface : The Wedding Chicks

Click dekat DIY & DOWNLOAD. Pilih Stationary atau Project

Kina pilih monogram

Kita boleh tukar warna

Pallete warna incase tak tahu nak warna apa

Klik submit!

Right click dan save as..Monogram siap! (Ala-ala mamak)
 Kalau kita tak berkenan dengan font atau warna dia,
Kita still boleh edit guna paint atau photoshop kan..

Banyak lagi DIY website yang kita boleh dapat idea..
Happy DIYing!

Wordless Wednesday!

source: thethinkingmirror.wordpress.com

Beijing: Digital Frame buat hantaran

Salam 
Oh..tiba-tiba teringat pasal gadjet yang dibeli bulan Januari di Beijing..
Lepas baca post Dyll di Facebook..
Kina sangat suka dengan digital frame..
Kat Malaysia range harga RM200-RM300.. Mahal kan..
Kina cari dekat Beijing range harga 250 yuan untuk saiz biasa.. 

Pastikan gadget berfungsi!
Gambar boleh jalan..Remote kena ada..Adapter pun kena beli..
Sebab ibu kina nak jugak jadi beli 2. 
Tawar punya tawar dapat la 150 yuan.. 
Dalam ringgit malaysia? 

RM75! Hehe..Berbaloi kan..

Ini rupanya:
biasa aje..dah test berulang kali baru beli ok..ibu kina punye kaler hitam..
Ada 2 idea untuk gunakan digital frame ni. 
Idea 1: 
Kina ingat nak buat hantaran tapi sambil tu 
tayang gambar masa bertunang dulu ke.. 
Pikir-pikir balik nak plug lagi..Tapi masih boleh direalisasikan.. 

Idea 2: 
Letak dekat ruang guestbook corner atau di photobooth.. 
Masa hari persandingan, tayangkan gambar masa nikah..
Yela, bukan semua orang datang masa nikah..
Tapi tengok la macam mana.. 
Tak rugi beli digital frame ni. 
Boleh buat deco dekat rumah nanti..

mana topi panda yang kena tipu tu? takyah tanya..haha..

Hug** untuk semua reader and silent reader yang suka baca & komen..
dari ninja girl yang naik tembok china hanya 1 tingkat sebab gayat & beku!haha..

Gambar penyewa payung lace

Salam 
Bagi yang belum tahu kina sewakan payung lace ni.. 
Ok, sekarang dah tahu kan..ini buktinya..hahaha.. 
Cun gile ok gambar 2 customer kina ni..hehe.. 
Suke tengok! Baju cantik! Pengantin Cantik!
Sue Sujak - First penyewa..Cantik kan?
Adila Yusof - Seorang Blogger juga..cantik jugak!
 Saja nak share sebab kina memang mintak customer kina 
tag gambar kalau ada upload kat facebook..hehe.. 
Untuk pengetahuan kina pun tak pernah guna lagi payung lace ni..hehe.. 
Tengok gambar ni buat tak sabar nak guna di hari majlis..peace..

Wedding Blogger: Nizabeba

Salam 
Semalam kina sempat pegi ke majlis seorang bride blogger..
Lokasi: Shah Alam

Alhamdulillah, pegi ke sana tak sesat barat..
Memang ikut je peta ke rumah nizabeba..
Tapi banyak betul bulatan yang comel2..haha..

Boleh buat outdoor atau prewedding photoshoot kat area Alam Impian tu..

Tapi ralatnya tak sempat nak jumpa niza sebab rushing..
Nak pegi solat pastu nak pegi gathering BBF yang best!hehe..

Tapi! Apa yang penting? Kerjasama..Ye..
Kina dah berkerjasama dengan pudin untuk......
masuk rumah niza (besar gile ok rumah die)
Dan berjaya menangkap gambar pelamin dia yang wallah!cun!

Jom tengok!
Pelamin dark purple! Cantik kan2?

Dari sisi plak..dari mana2 sudut pun cantik! guna artificial tapi wallah kan..

walkaway lantern yang ada bunga di dalamnya..
Guestbook yang ditulis sebelum balik
bunting perantin. silver is all time color kan..cantik lagi!

Makanan yang disajikan sangat best..
Paling best ada cendol Pak Akob..if i not mistaken..
InsyaAllah di majlis kina akan ada cendol juga tapi xtau la Pak ape..

Selamat Pengantin Baru Puan Nizabeba!



 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork