Showing posts with label vendor. Show all posts
Showing posts with label vendor. Show all posts

Anak Pak Man Dah Jadi Bini Orang

Salam 
Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..rindu tak? haha..mesti la tak..:P
Ye..anak pak man ni dah jadi isteri orang..mcm tak caye je..

Kina dah ada imam muda untuk sembahyang berjemaah..:)
Haha..memang macam tak caya dulu pudin selalu jadi imam kat sekolah kitorang..
Kenal sangat suara budak tu jadi imam walaupun tak cakap dalam kelas..
Sekarang dia yang imamkan kina setiap waktu solat..moga kekal sampai bila2..
Alhamdulillah, everything berjalan dengan lancar..
Ada la sikit-sikit je yang kelam kabut sikit..hehehe..nanti kita cerita..

Hari ni kina dah berada di Melaka, tapi bukan dekat rumah sewa..
Dekat Shah Resort Melaka, bukan honeymoon tapi boleh kira pre-honeymoon kot..?

Alkisahnya tuan rumah sewa masih belum siap kemas rumah dia..
Dia cakap dari Nov tahun lepas tak berpenghuni jadi risau gak..
Disebabkan rasa bersalah yang menyelubungi beliau..
Lepas tu dia taja resort ni untuk semalam..Best tak? haha..
Kelam kabut jugak takde rumah lagi ni..Esok dah nak ke Bali..
Untuk honeymoon betul-betul..:P..

Kina nak review semua tapi harus la tunggu gambar berkualiti
dari Aie atau lebih dikenali as Mohd Razali @ Foto by Razali..
Jadi harap semua bersabar ye tunggu review wedding kina..

Seriously, korang mesti puas hati kalau hire Aie ni tau..nanti kina review dia ye..
Nah gambar setepek dari Aie selepas majlis akad nikah..

Ini merupakan gambar pertama dari Aie..& what else can I say..
SUPERB!! Cantik gila!!Awesome!! Tengok saja lebih 80 orang like..

Terima kasih yang tidak terhingga buat family & family in law, bridemaids,
vendor, rakan SEMSAS, rakan IMR, rakan UTP, rakan-rakan sekalian..
Tidak dilupa, ribuan terima kasih atas semua wishes, yang sudi datang,
Sudi doakan, sudi membantu..Semoga Allah membalasnya dengan 1001 kebaikan..


Wordless Wednesday 9!

Salam
TQ Ole-Ole Manis. Barang untuk cairkan hati bakal mertua dah sampai..hehe.:P


Cincin silver 925 untuk si dia

Salam

Alhamdulillah, berjaya mendapatkan cincin kahwin untuk pengantin lelaki..
Cincin silver 925 untuk si dia..Sangat suka design pilihan pudin sebab simple..
Tambahan pula, cincin perak tu kan sunnah Rasulullah S.A.W..

Apa itu silver 925?
After go thru beberapa website dan sumber..
Silver 925 atau nama lainnya silver sterling..
Campuran 92.5% perak + 7.5% copper

100% Pure silver cannot be used in making jewelry as it is extremely malleable 
and it can suffer damage easily. It also tends to get very soft, even in conditions 
of normal temperature. source: here

Sebab itu silver 925 yang paling berkualiti digunakan untuk membuat jewelry.
Salah satu cara nak tahu silver 925 adalah ada tanda hallmark 925.
Seakan-akan tanda emas 916 dalam cincin itu sendiri.

Lepas dah beli baru buat research pasal silver ni, boleh tak?
Ok la ada ciri-ciri mark 925..hehe..

Cincin ni kitorang beli dekat F&C Jewelry cawangan Mydin Subang Jaya..
Tak glamer pun kan..kedai biasa aje tapi yang penting dah berkenan..hehehe..

Dengan tagline kedai ''batu kekal bersinar selamanya''
haha..tak boleh blah..tapi nampak eksklusif walaupun murah jauh dari platinum..
gambar ditangkap oleh firuz

PR sangat bagus, comel je amoi yang jual tu..
Ada macam-macam design, macam-macam batu..
Macam-macam warna, biru, hitam, kuning,ungu (ni mesti nora suka)
Bila tengok design cincin couple hati cakap nak..
Tapi duit & jari cakap tak perlu..hahaha..nak letak kat jari mana lagi..
Untuk kahwin memang kina tak beli cincin..recycle aje..hihi

Harga started from RM69 hingga ribu-ribuan..
Ada discount 20% so dari harga RM270 jadi RM220 cincin pudin..

 Lepas dah beli rasa macam entah la..
tak sedap hati sebab murah dari cincin tunang kina..

Pudin perasan muka kina berubah..dia terus kuar ayat puitis dia..
''Takpe la, jangan la sedih walaupun harga dia murah tapi 
nilai dia sangat tinggi tau sebab ni kan cincin kahwin, akan pakai sampai bila-bila''

Ceh, ko mula la buat gentleman macam Seth Tan dalam nora elena..haha..

Tapi kina suka sangat design cincin tu..batu tenggelam sikit..
Dapat kotak biasa je..memang nampak macam cincin 10ringgit..
Balik letak dalam bekas habib jewel..terus nampak mahal!hahaha
pandangan sisi & depan..heart it so much..

See!
Kalau tipu cakap platinum 2ribu pun orang percaya kot..haha..just kidding!
Sedikit info tentang cincin silver, kalau salah tolong tunjukkan..:)

I do to silver ring!



Pengalaman tempah kasut kahwin

Salam 
Gavy tak perlu diterangkan lagi sebab dah famous amos 
Di kalangan blogger b2b yang nak tempah kasut.. 
Kina start tahu dari post huda yang bertajuk
Sangat banyak info kan..
Kalau tempah kat mak andam pun RM180 
(dekat andaman yang kina pergi tu la).. 
dari depan kedai Gavy

Starting 1st June 2011, 
Gavy takkan mengambil tempahan kasut kahwin lagi..
sebab dah start busy untuk raya..
So sape-sape nak tempah boleh la pegi Gavy dekat Maju Junction ye. 
Ground Floor je..Dekat dengan Wedding city. 

First time ni tempah kasut, before this beli je mana-mana..
Mungkin takkan tempah dah..haha

Sebelum kina pergi tempah kasut..
selidik dulu warna apa yang sesuai dengan baju sanding kina tu..
tanya mr Google la..haha..

Since my dress will be dark purple, i'm opt to wear silver grey heels.. 
Asyraf pun agree dengan pilihan warna kina..
Tapi dia akan banyak gak reject idea korang..haha..
nasib baik dia bukan memaksa2..
kalau tak tak jadi nak tempah..;P 

Asyraf the consultant: akan bertanyakan soalan-soalan ini..so be prepared ok. 

1) Apa warna baju? So, kina tunjuk gambar baju.. 

2) Nak design mana? Ada banyak design yang comel2..hehe..sampai tertukar pikiran..

3) Pilih material untuk kasut Dia akan bukak buku yang ada sample material..pilih..
dan dia akan bagi suggestion ikut baju kita tadi.. 
4) Berapa saiz? Saiz kina saiz 5..tapi tahukah anda kasut ada 2 saiz..
satu saiz utk bahagian depan..satu lagi adalah untuk keseluruhan kasut..
kina ingatkan 5 memang 1 kasut tu..
Rupanya saiz kasut kina depan 4 setengah..kina 4 setengah & 5..
Tak tahu jugak? nanti Asyraf akan bagi test kasut, so dia akan tahu la. 
hehe..lakaran kina nak bagi jelas..

5) Nak riben ke kosong ke ada brooch ke? 
Kina mula-mula nak kosong tapi berubah pikiran amek brooch 
sebab nak matchingkan silver grey dan purple. The brooch is purple in colour.

6) Nak kasut siap bila? Since Gavy akan siapkan sebelum raya, 
so kina akan dapat hujung bulan 7..cepat la plak kan..tak pe la..puasa nak chillax! 
Lagipun kasut ni nak buat kasut hantaran..hehe..tembak 2 burung dengan 1 peluru.

Baca tips dari huda sebelum pegi Gavy di post ini..

After dah tempah, pudin cakap muka kina risau gila..
Ye la..takut tak jadi seperti yang diharapkan..
Dont want to think about shoe anymore..hehe..
Chillax!

Vendor pelamin dah setel

Salam 
Alhamdulillah weekend lepas bertemu muka juga vendor pelamin..
Sebelum ni hanya by email & facebook aje..
Dulu pening jugak pikir pasal vendor untuk pelamin..

Mesti la nak menepati citarasa & budget..
Still rasa dekat KL la banyak pilihan..cantik2..
tapi kalau tambah kos pengangkutan agak macam tak berbaloi..
so kina rasa better ambil yang dekat area Kuantan jela..
lagipun pelamin hanya untuk beberapa jam je..tak berbaloi kalau 4-5 ribu..
ibu kina cakap baik buat duit tu pegi berjalan-jalan..
nak kerusi macam ni..source: http://www.arma-couture.blogspot.com/

Isnin terus letak deposit RM100..sikitnya deposit?
Yes, owner vendor sendiri yang cakap letak sikit2 je..

What i like about this vendor?
  • masih baru dalam dunia perkahwinan dan i can see the potential.
  • harga sangat affordable! paling ok yang kina survey
  • tak tamak. kalau boleh die nak fokus untuk 1 customer je untuk 1 hari..(walaupun kina tak letak deposit die dah lock tarikh untuk kina walaupun ada orang lain nak jugak tarikh kina tu..fuhh..selamat dah lama tanya)
  • ownernya muda lagi..so senang nak kautim nak bincang..terima idea kita..
  • terus terang..kalau die tak boleh nak buat die cakap awal-awal..yes, die tak buat fresh flower sebab die takut layu..

Hopefully, mereka akan merealisasikan pelamin angan2ku..cewah..
InsyaAllah..;)
Pelamin masih dalam sketch..habis semua rough paper ku conteng..


Yes to Rumah Kebaya Malaysia!

Salam

Suka nampak elegan & eksklusif?

Suka jahitan yang tersusun kemas?

Suka beading yang penuh & cantik?

Suka baju mengikut trend terkini?

Suka servis vendor yang tip top?

Suka affordable price?


Macam tak percaya semalam kina berkesempatan untuk 
jumpa dengan two big name dalam industri perkahwinan..
Ahmad Fairus & isterinya Pemilik Rumah Kebaya Malaysia (kak sitti nur)

Mula-mula kina setkan appointment by email je..
 Cepat je dapat balasan dari RKM.
email: tanya@rumahkebaya.com.my
atau nak call ? tel: 0172089044

fact: mereka pernah ada appointment dengan customer pukul 2 pagi!
sungguh kental nak jumpa customer time-time gitu..huhu..




Ahmad Fairus sangat cool, humble dan sporting..
Kak sitti pula sangat comel dan friendly persis pelakon sinetron cantiknya..
Seyes mata kina tak berkedip rasa masa tengok dia..comel bangat!

Kina cakap servisnya tip top sebab kina tak rasa tak senang pun.
Kina boleh mengutarakan apa yang kina nak..
contohnya kina nak warna apa, nak yang labuh yang pendek..
kak sitti setia menunjukkan baju-baju koleksi RKM tanpa lekang senyumannya.

Sepasang baju sewa dari RKM adalah dari RM599-RM3500..
Baik yang RM599 mahupun RM3500 semua cantik belaka..
Kalau tak percaya tengok saja gambar-gambar koleksi RKM..
suka train yang panjang-panjang gini

ok..cair tengok..sukax100

koleksi terbaru dari RKM..heart the color also..
baju anil lutaze rekaan RKM..see the beading? source: blog anil lutaze
MasyaAllah..cantik sangat..
Tapi sebab terlalu banyak bajunya yang cantik
jadi kina macam tak tahu nak pilih..pudin macam suka silver..
Kena tunggu mem besar pilihkan..hehe..iye, saya anak ibu (kadang-kadang)..

Yes
kina & pudin dah buat keputusan baju persandingan kami adalah dari RKM..

Jadi sesiapa yang belum ada baju persandingan,
Rumah Kebaya Malaysia is a right choice ok!

Pudin pun tanpa dibagitahu terus like RKM fanpage dekat facebook tau..
Semangat betul tunang kina ni kan..:)

Reveal: 3 tones colour kain baju nikah

Salam 
As stated earlier, my 3 tones kain untuk baju nikah..
Yang membuatkan ramai cakap..ha? eh? uh? cantik ke? sesuai ke?

Entoh le..hahaha..

Mula-mula kina ingat nak pakai biru pink..bila pergi Alamoda..
Try matching kan satin & lace semua..tak berkenan sangat..
ini package rm600 kot..sorry tak ingat..sbb tak berkenan sangat..
 Akhirnya berkenan dengan kain lycra pada patung dekat depan kedai..
Ibu kina pun suka, die cakap kalau akak taknak ibu nak la..haha
Jom tengok warna kain tu..
.
.
.
.
itu la kainnya..bukan kain yang bercorak2 tu. tangan ibu kina tunjuk nak beli tak mende ni? kina jawab entoh..haha
 Erm, ok tak? ke pelik?hahaha..

Mula-mula nak hantar dekat tailor auntie cina ni..tapi..
Dia cakap dia tak jahit kain jenis ni..nanti jarum dia patah..kui3..
Time ni rasa adakah idea menggunakan kain ni akan terkubur?

Alhamdulillah, ibu kina bawa pergi jumpa kawan dia yang pernah keje di butik..
Dia cakap ok, boleh tapi dia kena beli jarum tajam sikit la..hehe..

Then, kina bagitahu macam mana nak baju tu..dia lukis2..
Hepi berurusan dengan dia sebab dia senyum je..tenang hati..
Dia cakap susah jugak nak jahit dengan lycra & chiffon..tapi..
insyaAllah boleh..;))..suka2..

Harga dia akan quote lepas dah siap..
ibu kina cakap maybe dalam RM200++ gitu..
Harap-harap dapat seperti yang kina imagine..
sketching by kak ina
P/S: kalau tak cantik..buat baju raya..haha..


Baju melayu : Robinson Kuantan

Salam
Yup2..kina dah hantar baju nikah kina & pudin..
Cepat tak? huhu..memang cepat..lagi 7 bulan kot kan..heee..

Actually ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk kina..yela..
kan baju kina tu kainnya ada 3 warna..biru, purple, pink
kalau tak jadi takde la kelam kabut nanti..boleh cari lain..
furthermore, majlis kina sebulan lepas raya, 
masa bulan puasa kompemnya akan banyak tempahan untuk raya kan..

Untuk pudin, kina hantar tempah jahit dekat kedai Robinson..
Memang ayah dan kucik (adik lelaki kina) hantar kat sini dari dulu..
Kucik tu siap tempah baju sekolah dekat situ..(mengade gile adik bongsu kan?)

Meh kina cerita sikt tentang Robinson kuantan ni..
Jahitan tailor Robinson memang cantik, kemas, rate biasa sahaja..
Yang kina hantar bersebelahan KFC di benteng, siap ada parking khas..
Senang untuk berurusan kan? Tempoh adalah : 3 minggu..
Deposit 50% tapi kina bagi tak sampai 50% ok je..

Untuk tempahan baju melayu lelaki harganya : RM110
Baju pudin tambah riben (apek tu cakap riben) : + RM20
Kain pudin 4.5 meter : RM38 x 4.5 meter : RM171
Kain ni jenis satin yang tak berkilat pastu ada jalur sikit..
Kina beli dekat Alamoda dekat stadium makmur tu..
Total untuk baju melayu die : RM301
ada jugak seringgit tu..huhu..
muka depan kedai: oldskol je..haha

tempat parking khas

kain pudin: bukan satin jenis berkilat

contoh riben dekat leher: tp pudin punya buat leher & tangan
Harga boleh tahan mahal la..huhu..kina nak beli yang siap tapi mak tak bagi..
Kalau nak beli siap, dekat semua house ada 1 kedai ni kualitinya bagus juga..
sepasang baju melayu antara RM180-200..untuk lagi jimat kan..

7 bulan lagi tapi kena mulakan dari sekarang..
Sebab masa puasa & lepas raya nak rehat santai sikit..
P/S:   next: perihal baju nikah kina


Latest brilliant piccas from my OP

Salam 
 Mahu berkongsi hasil tangkapan ikan gambar terbaru dari Mohd Razali
Actually baru lepas bayar deposit confirmation dengan Encik Razali..
Ingat menang mesti totally free ke?hehe.minyak & tempat tinggal kena la hulur kan?
Alhamdulillah...tapi tetap bersyukur sangat2..

Jom kita layan gambar-gambar yang OP kina upload dekat facebook beliau..
kalau nak tengok lagi cari Foto by Razali ok..
gambar malam-malam cantik

buih-buih comel

sweet...tiang-tiang tu menarik

islam agamaku..alquran kitabku..

gayat beb!

cool

isteri Encik Razali ;)

larat ke kina diangkat macam ni..berat kot..peh..
Best kan layan gambar-gambar cantik macam ni..
Encik Razali sangat peramah ok, die reply email pun cepat..
Siap cakap prepare la bergambar nanti..hehe..preparation ok?
Hope dia akan mencipta gambar-gambar cantik macam kat atas di hari ITU..

P/S: Orang Johor, berkira untuk pilih Mohd Razali?
Korang untung sebab tiada cas pengangkutan..
Calender die dah banyak dimark ok!Hurry Up..

Officially Official Videographer

Salam
Selesai membayar deposit kepada OV..
Seriously lepas ni sarapan kina bawak bekal dari rumah..haha..
Tak tipu..kina start hari ni bawak nasik goreng ke ofis..
Betul tak officemateku sekalian?

Sambil tu boleh diet..no more mcD (ok ni tipu)..
 
Mahu tau siapa? Ini buktinya..
sudah tahu? suka tak?
Nama wira hidayat sudah famous dalam dunia bloggers kan..
Pertama kali kina tengok video wira visuals ni adalah video nawal..
Time tu nak meleleh air mata ni..punya la best kan..huu..

Yang lebih best wira visuals punya PR..good..pantas..
Kalau korang email quotation dalam hari tu jugak dapat..
Kalau terlambat dia akan apologize bagitahu ada shooting atau pape..
Mula-mula ingatkan dia tak nak terima tau tempahan kina..
Tapi kina bodek2 sikit..dapat..haha..(ok,tipu lagi)

Dulu memang tak nak amik OV..memikirkan budget..
Tapi sebab menang photography by razali..alhamdulillah..
So takpela amik OV cover untuk OP..

Bagi bakal pengantin kuantan & pekan, 
1 lagi option menarik adalah lovingcouplestudio..
1 event RM1200, 2 event RM2600 
harga dah campur special playback..
boleh tengok harga & pakej dekat blog lovingcouplestudio ye..

Kat sini kina tak boleh la nak quote harga wira visuals..
Boleh cakap standard tapi tak murah pun..ok..ape tu..huu
Sebab dalam blog dia pun tak paparkan..jadi takut jugak nak expose..
Sebarang pertanyaan boleh email ye..TQ..


Official photographer - Mohd Razali

Salam
Alhamdulillah, 2010 berakhir & 2011 tiba jua..
Kami dah ada OP..hehe..suka2..tak pernah ada OP lagi..
Syukur, kina & pudin berjaya mendapat tempat pertama..
Dalam contest Foto by Razali & sini entry kami..
Hadiah yang dimenangi adalah full coverage bernilai RM2011..

Sudah tentulah Encik Razali yang menjadi OP kami..yeay..
Alhamdulillah, niat kina untuk mengurangkan perbelanjaan
untuk majlis kami dimakbulkan Allah..thank you to encik razali juga..

Mari kita tengok gambar-gambar yang menarik dari beliau..
gambar dalam masjid..cantik pencahayaan die..
classic je..
paling suke yang ini..cantik langit tu!
tenang & sweet..
Untuk membooking encik razali & nak tahu pakej-pakej dari beliau..
Boleh klik dekat sini..

Senarai butik di Pahang

Kredit to nora..Berikut adalah senarai butik-butik pengantin atau bridal di kuantan & sekitar pahang..

1. BUTIK PENGANTIN EMELIA

No3,Lorong IM15/17,Taman Astana View 25200 Bandar Indera Mahkota Kuantan Pahang

Contact : 0148163939



2. BUTIK SERI SS PENGANTIN

Bentong, Pahang

Contact : 0162724033

http://butikssseripengantin.blogspot.com/



3. TERATAK BRIDAL HOUSE

Padang MPK2, Kuantan, Pahang

Contact : 0199655528



4. EMBUN BRIDAL GALLERY

Kuantan Centrepoint

( berhadapan Kuantan Parade) Lot F112, Tgkt 1, Blok B, Jln Hj.Abdul Rahman 25000 Kuantan Contact : 013-9799479

5. BUTIK RAFFLESIA

Berhampiran Klinik Komuniti Berserah

Contact : 012-9897260



6. CHOMBI BRIDAL N SPA

Kuantan, Pahang

Contact : 019-9633523



7. SUE BRIDAL COLLECTION

No 29 Jalan Utama, Bandar Baru Rompin.

Kuala Rompin Pahang

Contact : 013-6037251

sunohaida@gmail.com



8. ZAINZAI'S BRIDAL GALLERY

ada link dengan butik di Indonesia

Kuantan, Pahang

Contact : 0172352285



9. FAZRY HERITAGE BRIDAL

Contact : 0179630112



10. DNORA COLLECTION

Kompleks Teruntum, Kuantan

enquiry@dnoracollection.com

http://www.dnoracollection.com/



11. IDAMAN HATI BRIDAL COLLECTION

Temerloh, Pahang

http://idamanhatibridalcollections.blogspot.com/



12. BUTIK QIRRA ANDAMAN

Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang

http://butikqirraandaman.blogspot.com/



13. THE 3R WEDDING N BUTIK NO 37 & 42 STADIUM DARUL MAKMUR

FACEBOOK BUTIK 3R



14. BUTIK SINGGAHSANA MEMPELAI

Kuantan, Pahang

FACEBOOK BUTIK SINGGAHSANA



15. BUDGET BRIDAL BUTIK

No 32, Lorong 4 , Balok Baru

Kuantan, Malaysia, 25150

FACEBOOK BUDGET BRIDAL

http://budjet-bridal-boutique.blogspot.com/



16. HERITAGE BRIDAL

Kuantan, Pahang

Facebook : Heritage Bridal
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork