Showing posts with label official photographer. Show all posts
Showing posts with label official photographer. Show all posts

Review: Official Photographer Bertandang

Salam


Hiiii..Currently agak busy dgn project terbaru..haha..
InsyaAllah, bila dah siap kina akan buat contest simple2..wait haa..

Hari ni kina nak review OP masa bertandang masa bulan Januari aritu..
Bagi yang pernah baca, utk OP ni kina ada buat contest..
Akhirnya Kerjagilasimoll telah berjaya memenangi hati kami..
Cepat-cepat ready, nak ambil gambar ni.. 
Sebelum review lebih lanjut tentang  Kerjagilasimoll  ni, nak bagi tips sikit.
Tip dalam memilih photographer untuk perkahwinan..Penting ni..
Jangan main rembat je mana-mana korang jumpa tepi jalan..
Setiap perkara kena survey-survey-survey..

1) Budget
Pada kina budget memang yang paling penting.
Korang pun mestilah faham berapa yang korang mampu nak hire.
Jangan sebab nafsu poket binasa ye. Kalau nak jugak..tak tahan tengok.
Join la contest macam kina. kihkih. tu je la modal yang ada.
Namun begitu investment untuk photographer yang terbaik tak merugikan.

Salah satu cara nak jimat adalah hire OP shot+edit+burn sahaja.
Printing korang boleh print sendiri & pilih gambar yang terbaik.
Dekat groupon tu banyak photobook bagai yang murah-murah.
Ops, kina pun tak print lagi gambar bertandang. Tu dia punya cons la.
Kalau kita buat berzaman baru nak print..haha..

2) Hasil-hasil Photographer
Korang kena selidik macam mana hasil & customer dorang ni.
Ada tak yang KO, gambar nampak gemuk ke, nampak jerawat batu ke.
Hahaha.
Gambar memang boleh cerita 1001 & selalu jugak menipu..: p 
Alhamdulillah, kina sangat suka gambar nikah kina. Nampak grand weh.
Padahal kalau korang mai la, simple je, canopy pun buruk je.
(impian nak canopy transparent perlu ditanam hidup-hidup jela)
Tak mampu nak buat majlis grand? Gambar nampak grand pun jadi!

3) Layanan kepada previous customer
Kebanyakan photographer akan ada fanpage & website dorang kan.
So, korang tengok la macam mana photographer ni layan customer dorang.
Macam mana relationship dia dengan previous customer.
Kalau nak taknak layan @ kutuk customer dalam status..reject jela.
Tu jenis photographer tak profesional. Menci betul la kalau tengok.
Walaupun hasil the boom tapi attitude kureng korang boleh KIV dulu.hihi.

4) Berapa lama masa nak dapat album
Kepantasan mengupload & menghantar album pun penting.
Ada yang setahun dah kawen belum dapat lagi albumnya. Tak ke naya?
So, korang boleh la korek-korek dari previous customer dia.
Bagi Mohd Razali - kina dapat 2 bulan after wedding. Kira cepat tu kan?
- upload kat facebook malam akad nikah tu jugak! hebat!
Bagi Kerjagilasimoll - kina dapat pendrive dalam masa seminggu sahaja.
-upload kat facebook keesokkan hari. Pantas jugak!

5) Jenis photographer
Err..ni bukan jenis @ species ye..hahaha.
Maksud kina di sini speciality photographer tu..
Ada yang hebat dekat potrait, ada gambar nampak vintage,
Ada yang nampak ceria, ada yang suka gambar gila-gila,
Ada yang edit sampai tak nampak real, waduh. 
Pilih ikut kesukaan korang ye. Masing-masing punya minat.

Ok, baru nak start review kan..
Pada kina  Kerjagilasimoll  memenuhi syarat-syarat di atas. Lulus!
Dia sangat punctual! Pukul 9 pagi dah sampai kat Felda Tembangau tu.
Time tu kina baru la siap make up dekat Kuantan. hihi.
Ye, kitorang sampai lewat gila sebab tunggu-tunggu orang.
Dekat pukul 2 baru sampai! Kesian photographer tunggu.

Korang tau tak Moll ada dalam klip video Najwa Latif?
Ala..yang lagu Carta Hati tu..hihi..ye, lelaki yang pakai spek tu la moll.

Pada hari itu juga, moll bawak rakannya bersama Akmal Sungkanah,
Both of them sangat humble, muda lagi, hasil mereka best..
Ini akmal sungkanah, masa ni xd orang lagi datang.
Pengantin yang lewat. :P
Pengantin yang lapar
Ampun tak ikut turutan langsung. Banner 2 pasang pengantin tajaan BIL.
Suka pokok tu. Pengantin tahan kena gigit semut masa ni. Sakit wey.
Ehem-ehem. 
Ehem-ehem jugak la. tak tahu letak caption ape.
Walaupun masa sangat singkat, outdoor pun sekejap je..tapi puas hati..
Pandai je dorang bagi instruction nak posing. Harapkan kina?
Haruslah kayu je ku posing.

Dekat-dekat pukul 5 petang kitorang dah have to say goodbye dekat dorang..
Bukan sebab dorang yang nak balik tapi kitorang dah kena mengemas.hihi.

Bagi yang masih mencari-mencari photographer. Do consider them k!
Akmal Sungkanah
boleh add facebook akmal untuk gambar-gambar baru: Akmal Sungkanah

Gambar exclusive & rare! hahaha 

Kesian tak photographer sampai tertido luar surau tunggu pengantin?
Photographer siap solat zuhur berjemaah dulu baru pengantin sampai. hihi.
Bagus2..






Teaser Majlis Bertandang Serentak

Salam 
 Lama rasanye tak menulis di blog..
Minggu lepas kina tak berapa selera.. 
Takde selera makan & takde selera nak bukak laptop..

Maka tepek la sekeping dua gambar dulu sebagai teaser..
Kahwin serentak 2 pasangan. Adik & Abang

Alhamdulillah..dah setel semua majlis..

credit to Official Photographer :- KERJAGILASIMOLL photography


Review: OP Mohd Razali

Salam 
2 bulan setengah akad nikah & resepsi kina.. 
Alhamdulillah, kina dah dapat album kawen kami..
Cepat atau lambat??

Bagi kina tak lambat & tak cepat..Kina puas hati sangat..
Ramai lagi pengantin kat luar sana 5 bulan kawen pun belum dapat album..
Ini realiti, nak proses gambar-gambar dengan editing lagi..bukan mudah.
Lebih-lebih lagi musim orang kawen, tiap minggu full kenduri..
Sepatutnya dapat siap lebih awal tapi tersangkut di printing.
Tambahan pula ibu kepada Official Photographer kina masuk IJN..
Semoga cepat-cepat sembuh..Amin..

Mohd Razali  mintak maaf atas kelewatan dia..
Sebab dia cakap sebulan lebih boleh siap..
Dia admit kesilapan & dia bukan saje-saje lewat sebulan..

Pada kina tak lewat pun..orang lain lagi lewat tau..
Bila dah dapat photobook & DVD tak buat menda lain..
Terus belek-belek..smart..warna hitam..hitam kan menawan..
Nice! Cover photobook & cover DVD.
Tiada salahan ejaan..sebab nama kina selalu orang eja sakinah..:P

Kina recommend Mohd Razali 200%..Confirm korang puas hati..
Kina tak dapat komisen pun promote dia..Ini berdasarkan pengalaman.

FBR = Foto by Razali
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang OP kina ni

Tahukah anda? Kina menang contest Mohd Razali tahun lepas?
Syukur ke hadrat Ilahi..kalau tak, tak merasa la OP sebaik ini..
Inilah entri penyertaan kina semasa contest tersebut..

Tahukah anda? Kina lupa nak post kad jemputan pada dia..haha..
Tapi Mohd Razali sendiri contact kina dapatkan alamat rumah..
Kina hanya bagi lokasi hotel je kat dia..Perantin mudah lupa..:P

Tahukah anda? Mohd Razali datang rumah 6 jam lebih awal?
Masa tu first time jumpa dia, wah..tingginya dia!
Pastu mula la kina tak tahu nak cakap apa..haha..nasib ada ayah.
Dia tengok-tengok rumah, bilik pengantin, cari angle..
Masa tu dah impress gila dah..

Tahukah anda? Mohd Razali sebut ''kina senyuuum'' lebih 30kali.
Dia tahu aje kina paksa-paksa senyum..hahaha..penat weh..

Tahukah anda? Mohd Razali lebih bersemangat ber''outdoor'' dari kami..
Terdapat 2 tempat outdoor iaitu Taman Bandar & Sg Lembing..
Lepas shoot dekat Taman Bandar,Kuantan rasa dah give up, penat..
Lagi lah Sg Lembing dalam 30KM..kitorang cakap jauh sikit..
(padahal dah tak larat)
Tapi dia ok je, bersemangat nak amik gambar lagi..
Nampaknya kami tak sanggup mengecewakan dia..haha..
my bff sempat candid gambar razali sedang kusyuk tangkap gambar hantaran

Tahukah anda? Terdapat 1869 keping gambar kami dalam DVD?
Computer yang kira..Kina pun belum habis tengok lagi ni..hihi..

Tahukah anda? Dia lebih peka dari pengantin?
Kina pun tak perasan kina tak ambil gambar 1 family kina.
Sebab pernah amik gambar tapi mesti salah sorang hilang..
Tapi dia semangat tunggu & cari parent kina untuk bergambar.
Dia siap cakap takde gambar penuh 1 family kina lagi..
Kina tak perlu remind dia tapi dia yang tahu sendiri..
Bagi ibu ayah pengantin feeling pengantin..hehe..

Tahukah anda? Wedding kina biasa je tapi nampak grand!
Sebab gambar dari Mohd Razali meng'grand'kan suasana wedding tu.
Tak perlu pelamin 100 ribu, baju 50 ribu, tapi gambar tak grand.
Tapi biasa kalau dah beribu2 tu mesti OP dia harga puluh ribu..:P
Ingat itu rezeki orang, kita jangan pertikaikan atau iri hati..

Yang kina nak cakap gambar Razali semua cantik-cantik.
Kina yang tak cantik pun nampak cantik..lol..:P
Now, u know why good OP sangat penting..!
Moment yang tak dapat dilupakan
Tahukah anda? Mulai 20 Disember ni, ye lagi 4 hari..
Mohd Razali akan keluarkan more exciting packages.
Tahun baru mesti lah quotation baru..Jadi cepat-cepat la book!

Tahukah anda? Ramai kawan bertanya dah kawen ke OP kina?
Ini tak boleh blah sekali..haha..
Takleh salahkan sebab dia smart, tinggi & handsome..
Maaf ye cik-cik sekali, dia sudah berkahwin & ada 2 1 anak..

Anda pasti takkan menyesal..
Sebab ciri-ciri macam ni yang diperlukan seorang OP..
Baik, humble, tepati masa, cepat & banyak upload
Tak kutuk customer samada di personal facebook atau fanpage..
Dan paling penting gambar yang cantik lagi daboom..

Terima kasih FBR!
Impian jadi kenyataan..(macam entry contest tu..Hihi)

P/S: tak tahu nak review apa dulu ni..

Persiapan bertandang: Kad kahwin

Salam 
Yeay, excited nak kawen lagi..hahaha..
Tempah kad bulan lepas..mula-mula pudin nak tempah dekat kampung..
Tapi sebab nak dalam 500keping kad je, harga mahal & design tak cantik..

Sebab dah tempah lambat, terpaksa pilih design yang sedia ada..
Cuma tukar colour je..Kali ni confirm tak salah material kad..

Ikutkan buat 1 kad lagi jimat kan?
Tapi kitorang lepas majlis baru confirm tarikh bertandang..huhu

Meh tepek teaser yang tak berapa teaser pun..

Kad kahwin untuk 2 pasangan pengantin
Mesti korang tahu tempah kat mana kan kan kan?
Design ni kina pernah promote suatu ketika dulu..

 P/S: Official Photographer kina msg cakap dah pos album & CD gambar..!
Excited! Boleh la sambung review & tepek banyak gambar..
Kat facebook pun tak buat album kawen lagi..hehe..
Sepatutnya bulan lepas dah siap album tapi sangkut dekat printing..

Jumaat boleh lah tengok album kawen..hehehe..




Drum roll, please!

Salam

Alhamdulillah, kina dah selamat menganjurkan satu contest menarik..
Kina rasa tak pernah lagi orang buat contest mencari photographer..huhu..
Macam yang kina pernah cakap sebelum ni, contest ini umpama simbiosis..
Terima kasih sangat-sangat kerana sudi join contest ni..

Terdapat 8 orang peserta..Semua bagus-bagus..Rambang dah mata ni..
Kina akan link mereka semua di bloglist Video&Photo untuk rujukan b2b lain..

Macam mana kina pilih? Terdapat beberapa kriteria penting..
1) Semakin barunya beliau dalam bidang ni..bakat baru ade point lebih..
2) Cara beliau attachkan gambar..nak tengok keteraturan & ketelitian..
3) Lighting & gambar yang disertakan & juga gambar di website..
4) Kepantasan beliau mengupload & menyiapkan album..
5) Semangat beliau untuk menjadi wedding photographer..

Lepas kina dah tapis mengikut kriteria di atas..
Kina dah dapat Top 4..Lepas dah dapat Top 4, kina tapis menjadi Top 2..
Pening tau bila nak pilih antara 2..Macam Finale ANTM & Top Chef..
Sesiapa pun boleh menang..adui.. susah betul nak buat keputusan..

Lepas tu, kina ambil keputusan untuk buat undian antara rakan blogger..
Undian ini sulit..kina blurkan watermark supaya tidak ada bias..
Kina pun taknak berlaku bias sebab 2 Finalist ni kina kenal & pernah jumpa..

Hasil undian dari 11 orang blogger..Mula-mula sangat sengit..
Mula-mula A menang lepastu seri dengan B..Akhirnya B menang..

Dengan undian 7 dari 11 undian blogger..
Siapakah pemenang itu??
Drum roll please...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ini model je..bukan pemenang..hahaha..
.
.
.
.
.
.
Pemenang Pencarian Official Photographer kami ialah:


Jutaan tahniah diucapkan kepada Molkhan!
Mungkin ada yang dah mengenali Kerjagilasimoll mungkin ada yang belum..
Beliau baru lagi berkecimpung dalam bidang ni..tak sampai setahun pun..
Kina suka gambar beliau ke arah vintage-vintage gitu..

Beliau juga pernah menjadi OP beberapa blogger yang kina kenal.
Macam Dyll, Intan & Nora..
Jom kita tengok antara gambar-gambar dari Si Moll ni..






Ok, amacam? Cantik tak? (gaya suara eric leong)
Tak sabar untuk bekerjasama dengan Si Moll..
Majlis bertandang kina memang sangat simple..
Takde pelamin atau baju yang meletop pun..
Tapi kina harap moment tu tersimpan cantik, rapi & 
tersenyum melihat hasilnya nanti.

Hadiah menanti Kerjagilasimoll Photography ialah:

RM500 + Reviews + Pengiklanan percuma di blog kina

Bagi yang berminat untuk buat pengiklanan boleh la email kina.
(sempat lagi promote kan)
Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih buat semua peserta..
Anda semua memang hebat..Jangan mudah putus asa ok!
Mungkin ini bukan rezeki anda, di masa hadapan mana tahu lagi..

Do check it out his fanpage ya!

Contest: Pencarian Photographer

Salam
Anda berminat menjadi wedding photographer?
Anda baru sahaja menceburi bidang ini setahun dua?
Anda rasa anda ada gambar dan skill yang kami cari?
Anda masih amatur dan ingin mengasah bakat photography anda?
Anda nak kembangkan lagi business photography anda?

WILL YOU BE OUR OFFICIAL PHOTOGRAPHER?

Kami berbesar hati ingin menjemput anda menyertai pertandingan pencarian Official Photographer kami!

Kenapa anda patut menyertai contest ini?:
  • Pasti lah sebab ada hadiah wang tunai.
  • Memberi peluang kepada anda yang masih baru dalam industri ini sekaligus membantu merakam momen berharga pada majlis bertandang kami.
  • Jumlah unique view mengikut hari. Purata hampir 1000 untuk 1 hari. Sebulan hampir 30000 views..
  • Sekaligus mempromosikan anda di blog kami yang menjadi rujukan ramai bakal pengantin di Malaysia dengan follower melebihi 1000 orang. 
  • Peluang ini pastinya menjadi batu loncatan anda.InsyaAllah.
  • Gambar anda nanti akan direview dan dibaca ramai bakal pengantin khususnya.
  • Anda ada model yang comel untuk gambar anda? (hahaha..ok!sila abaikan point ini)

Hadiah yang bakal dimenangi pemenang pencarian OP kami:

Wang Tunai RM500 
Reviews di blog ini
+
Pengiklanan percuma banner anda di blog ini 
selama setahun bernilai RM1200.**

** Untuk makluman semua, banner iklan di blog ini bernilai RM100 untuk sebulan. 
Boleh rujuk iklan banner dari Studio Shagrasyid di sebelah kanan atas blog.

Apa yang anda perlu lakukan untuk menyertai contest ini? Mudah sahaja!As simple as 1 2 3!

1) Cuma emailkan 5 gambar hak milik anda yang terbaik (mempunyai watermark anda) kepada shakina.farhan@yahoo.com .Sertakan website/blog anda kalau ada, kalau takde pun takpe ok yang penting gambar cantik.

2) Kami akan memilih gambar terbaik antara semua dan menobatkan pemenang seterusnya menjadi Official Photographer majlis bertandang kami pada 21 Januari 2012 di Pahang. Majlisnya bermula 11.00pagi - 5.00 petang sahaja.

3) Jika anda adalah THE BEST PHOTOGRAPHER YANG KAMI CARI..Anda berjaya menjadi Official Photographer kami & anda hanya perlu shot, edit & burn sahaja di hari kejadian.



Dateline: 11 Disember 2011        Keputusan akan diumumkan: 13 Disember 2011

Jadi apa tunggu lagi? Emailkan gambar-gambar terbaik anda sekarang!
Buat ex-bride & bride to be sekalian anda boleh sebarkan kepada OP anda,
rakan anda atau anda sendiri pun boleh ya!
Sesiapa saja boleh menjadi pemenang! All da best!


Jatuh cinta dengan tudung ni

Salam 
Sambil belek-belek fanpage OP kina - Mohd Razali,
Ternampak satu gambar baru pasangan Adila & Faiz..
Adila juga seorang bride blogger..maaf tak cam kamu dylla nur..
Padahal pernah komen di blog dylla..hehe..

Kina jatuh cinta dengan tudung dia..
Lembut, kemas, sopan, cantik..
Suka lah..tapi maybe sebab adila cantik so memang cantik sangat..
[Kalau aku pakai entah nampak camne]

Jatuh cinta!

Latest brilliant piccas from my OP

Salam 
 Mahu berkongsi hasil tangkapan ikan gambar terbaru dari Mohd Razali
Actually baru lepas bayar deposit confirmation dengan Encik Razali..
Ingat menang mesti totally free ke?hehe.minyak & tempat tinggal kena la hulur kan?
Alhamdulillah...tapi tetap bersyukur sangat2..

Jom kita layan gambar-gambar yang OP kina upload dekat facebook beliau..
kalau nak tengok lagi cari Foto by Razali ok..
gambar malam-malam cantik

buih-buih comel

sweet...tiang-tiang tu menarik

islam agamaku..alquran kitabku..

gayat beb!

cool

isteri Encik Razali ;)

larat ke kina diangkat macam ni..berat kot..peh..
Best kan layan gambar-gambar cantik macam ni..
Encik Razali sangat peramah ok, die reply email pun cepat..
Siap cakap prepare la bergambar nanti..hehe..preparation ok?
Hope dia akan mencipta gambar-gambar cantik macam kat atas di hari ITU..

P/S: Orang Johor, berkira untuk pilih Mohd Razali?
Korang untung sebab tiada cas pengangkutan..
Calender die dah banyak dimark ok!Hurry Up..

Official photographer - Mohd Razali

Salam
Alhamdulillah, 2010 berakhir & 2011 tiba jua..
Kami dah ada OP..hehe..suka2..tak pernah ada OP lagi..
Syukur, kina & pudin berjaya mendapat tempat pertama..
Dalam contest Foto by Razali & sini entry kami..
Hadiah yang dimenangi adalah full coverage bernilai RM2011..

Sudah tentulah Encik Razali yang menjadi OP kami..yeay..
Alhamdulillah, niat kina untuk mengurangkan perbelanjaan
untuk majlis kami dimakbulkan Allah..thank you to encik razali juga..

Mari kita tengok gambar-gambar yang menarik dari beliau..
gambar dalam masjid..cantik pencahayaan die..
classic je..
paling suke yang ini..cantik langit tu!
tenang & sweet..
Untuk membooking encik razali & nak tahu pakej-pakej dari beliau..
Boleh klik dekat sini..

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork