Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Selamat Berpuasa!

Salam

Alhamdulillah, Ramadhan menjenguk kita lagi dalam masa beberapa jam je lagi..
Renungan bersama. 
credit to: www.ismamesir.com
Ramadhan pertama kina bergelar isteri. :)
Terawih pertama berimamkan suami. :)
(masa sekolah dulu tak kira la, time tu tak bercakap pun)
Sekarang kina dah 8 bulan ++. :)
InsyaAllah, harap dapat puasa penuh. :)

Selamat berpuasa semua!

Duit raya seringgit pleaseee..

Salam

Lagi seminggu lagi nak raya..Red FM pun asyik pasang lagu raya dari lagu omputeh.
Yup, i love Red FM..sebab Jeremy yang comel & Rudy yang kelakar di pagi hari..
Petang plak dengar Terry yang asyik minta orang cakap i love u dekat dia..LOL..

Belum datang lagi mood nak beraya kina.
Yela, baju raya pun takde lagi. Rasa macam taknak beli baju raya.
Padahal poket dah kering sebab tu tak leh nak beli..hahaha..kesian..
Tengok la beli last minit jumaat ni ke..Confirm sesak tu kat jalan TAR..

Alhamdulillah, dapat juga la bonus kerajaan bagi.. 
Sekurang-kurangnya tak payah buat muka tebal tak dapat bagi duit raya
dekat adik-adik sepupu. budak sekarang mana main seringgit dah weh..huhu..
Please la..terima la seringgit dari kak sheena..(wuu..nama glamer kat kampung)
Seringgit..seringgit..seringgiiiiiiiit..

Alamatnya bagi guna sampul rupa 10ringgit tu la..
tipu sunat kat budak2 yang tak faham..
HAHAHA..

Nak share kisah duit Seringgit dan duit Lima puluh inggit kat sini..

★ KISAH RM1 DAN RM50 ★

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50..

◕ RM1 :: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
◕ RM50:: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise,
gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2
cam tuh lah.
EH!!!, ko camner lak?"
◕ RM1 menjawab perlahan sambil menundukkan kepala,
"Biasa lah, balik-balik tempat sama, surau, masjid, surau."


Mendalam bukan?Kina tambah kat kisah ni..RM1 untuk duit raya budak2 tahun ni..

PLEASEEEEEE..


P/S: dah bayar ke ZAKAT FITRAH? RM7 je. bukan RM50.



Melentur buluh biar dari rebung.

Salam
Apa yang kina perasan masa bulan puasa ni ramai betul yang blog pasal makanan..
Resepi-resepi yang best dikongsi & mampu membuatkan saliva meleleh..=_=

Kina sekarang tinggal dekat rumah sewa yang biliknya memang kecik la..
Masak pun bukan berkongsi, tak feel masak untuk sorang makan..
Punya la ciput portion yang dimasakkan tu kan..
Takpe 50++ hari lagi sebelum berpindah ke Melaka dan ada dapur sendiri..

Sekarang ni kina ada penyakit tak lalu nak makan (bagus la dapat diet kan?)
Semalam bersahur roti, berbuka pun roti..macam tak betul je kan?
Kina ko puasa ke tak?hahaha..

Housemate pun cakap '' dulu kina rajin memasak,lama dah tak masak kan?''
''milky prawn la, asparagus goreng belacan la, ayam supreme la''
(semua chinese style la kunun kan)
Kina yang macam tengah mamai ''haa..a,ah..dulu selalu la''
''tapi kalau beli semua bahan, makan sorang..pastu tak masak membazir je''
''lepas kahwin la masak''


Balik kuantan pun akan makan kat luar atau tapau je..

Adakah skill memasakku akan hilang kerana dah lama tak masak?
Sebut skill macam hebat je kan masak..

Ibu kina plak selalu cakap..
''Awak tu kahwin dgn orang kampung, belajar la masakan kampung''
(pudin takkan terasa sebab dia memang suka masakan kampung & org kg..haha)
Kina balas ''takpe nanti akak ajar dia makan makanan bandar..haha''

Si Terence plak panggil kina ''HCV''
''High Class Vegetarian''
Sebab sayur kampung taknak, nak sayur import je kan..
Gedik la kan..=_=
Jangan salahkan kina sebab ibu kina masak sayur tu je..
Tak pernah masak terung ke pucuk paku ke toge jauh sekali..
Ok la dari tak makan sayur langsung kan..haha..
Tapi robek poket suami kalau beli sayur import je..

Sebab itu la melentur buluh biar dari rebung..
Hatta, sekarang kina sangat banyak songeh pasal makanan..
Azam, nak masak sayur & semua benda banyak2 sumbat dalam mulut anak..
Jangan masak spaghetti & beli MCD je selalu..hahaha..
Supaya dorang terima semua makanan macam ayah dia..
HAHAHA..berangan kan..kahwin dulu baru fikir anak..:P

Lepas kahwin nak memasak selalu..!
Baru suami sayang kan? ahaks..
Tapi lagi best kalau memasak bersama-sama..(sweet kot)
Nasib baik pudin pandai masak..ntah-ntah lagi power..hahaha..


P/S: harap-harap bakal mertua tak uji memasak..tunggu asah skill la..haha..
kata nak jadi menantu kesayangan..camne ni?haha




Half way to go

Salam
Hari ni tengok ticker countdown kat tepi tu..
Takde masa nak kira hari dari bertunang hari tu..Biar je ticker tu countdown..


Antara Engagement Day & Wedding Day..
Bilangan hari yang sama! Boleh kira half way la kan..
Lepas ni takkan jumpa dah bilangan yang sama..

Sebab hari bagi E-Day akan semakin bertambah..
Meanwhile, hari ke 30 Sept itu akan makin berkurang..

4 Bulan 3 Minggu 1 Hari..bunyi macam jauh lagi..
Tapi orang cakap pejam celik pejam celik kejap je..
Tolak bulan puasa 3 bulan lagi..

Dah habis ke ganti puasa?haha

Mampukah kita?

Salam 
Isu hangat hari ni bila mufti perlis memberi pandangannya..
pendapat..tapi bukan jatuh haram atau berkuatkuasa lagi..
subhanaAllah..cantiknya rumah Allah

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

Ala..bukan nak tiru tapi nak ambil berkat masjid je..
Majlis akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat Ummah yang mana tidak hanya sekadar berkisar pada ibadah khusus sahaja.  Tetapi  menjaga adap² dan kesucian Rumah Allah swt perlulah dipatuhi.   Ini kerana seringkali didalam majlis akad nikah kita dapati banyak perkara² yang tidak wajar di lakukan di dalam masjid.

Biasa untuk majlis kegembiraan itu, kita gagal mengawal emosi yang memuncak apa lagi kerana disitulah bertemunya kaum keluarga kawan taulan  berkenal kenalan dan tentunya berbagai cerita² riuh rendah terjadi.  Kata ustazah saya, kita tidak  boleh bercakap hal dunia di dalam masjid.   Majlis yang meriah dengan senda gurau tepuk tampar juga tidak menjaga tertib berpakaian sebagai seorang Islam.  Belum lagi bab mengata mengumpat kain baju pengantin warna tak sedondon, pengantin lelaki tak handsome, kasut tak berkilat, muka tak berseri, andam tak cantik..huwaaa……. berkat hilang ke mana !- kujie
lepastu orang pun bertepuk tangan..dalam masjid ni..ingat ni gereja? u may kiss the bride..huhu

Macam mana nak bagitahu tetamu supaya jaga adap dalam masjid?
Sepatutnya sebagai orang Islam kita sendiri patut dah tahu..
Bukan mudah jadi, baik tak yah buat..

Kina pun dulu nak buat di masjid..masjid cantik..nak ambil berkat..

Tapi bila pikir balik mampu ke aku nak suruh semua tetamu ikut adap?
Mampu ke kita tutup mulut tetamu dari hal dunia?
Aku pun kalau tunggu waktu jemaah cakap pasal dunia..
Aku pegi masjid untuk sembahyang pun jarang-jarang..
Masa kat kolej ada la satu dua kali..pastu masa terawih..

Ok, tak nak cakap banyak sebab sendiri pun masih terlalu banyak naifnya..

Kita tunggu la pihak berwajib terangkan..
Sebenarnya banyak lagi benda yang kita buat tapi tak boleh..

Termasuk la kina sendiri..huhu..(ashame of u kina)
Rasa bersalah tapi nak jugak buat..=.='

Tepuk dada tanya iman.
Just my 2 cent.

Awas b2b: Walimatul tak urus

Salam,
Awas bakal pengantin semua..
Sila berhati-hati dengan penganjur perkahwinan yang menipu..
Nak ke anda malu menghidangkan air & makanan ringan untuk tetamu?
Nak ke anda kerugian berpuluh ribu duit yang dikumpul?

Jom kita baca & ambil ikhtibar dari sini. Semoga kita dijauhi dari penipu sebegini!
--------------------------------------------------------------------------------------------
Walimatul tak urus

GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.

Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.

“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

“Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata lelaki berusia lewat 20-an itu.

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya. “Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya,” katanya.

Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu. Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.

Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.

Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.

“Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.

“Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah,” katanya. Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.

“Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.

Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.

“Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.

“Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.

“Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

Sumber: myMetro & dnobiz

Cincin kahwin untuk lelaki

Salam
Semalam selepas 6jam drive dari Kuantan ke KL,
Jem gila mengalahkan raya puasa lagi kan?hehe
Singgah semayang maghrib dekat masjid bangsar pukul 7.50,

Kebetulan masa tu tengah tunggu BFF, dapat dengar ceramah kat situ..

Ada persoalan yang ditanyakan berbunyi begini:
Adakah haram lelaki memakai cincin suasa ustaz?

Ustaz menjawab lebih kurang macam ni la:
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
   "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya 
samada emasnya sedikit atau banyak."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
    "Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."[dari sini]
Jadi kalau kita was-was samada sebab emas sikit ke ape ke..
Jangan la pakai sebab itu yang terbaik..

Jadi cincin apa yang boleh pakai ustaz? untuk kahwin contohnya
Pakai lah cincin perak (silver)..itu adalah sebaik-baiknya..
kerana itu adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti yang kita tahu, emas adalah haram bagi lelaki.
Emas putih juga haram..Suasa pun tak boleh..
Untuk mengelakkan syubhah jangan la buat..

Update**Pilihan lain : Perak atau Platinum
atau Stainless steel (baca entry ms red ribbon di sini)

Kina prefer perak. Platinum cantik kan tapi mahal..;)
Lagipun sunnah Rasulullah S.A.W pakai perak sehingga Baginda wafat..
Ekot kemampuan masing-masing la ye..

Wallahualam..
Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari saya..
Renung-renungkan & selamat beramal..

Dah hantar penyertaan PEVEYHACK?

Salam
Siapa yang belum hantar penyertaan untuk giveaway
anjuran PEVEYHACK..baik cepat kerana tarikh tutupnya 20 Jan 2011..
Boleh menang Prewedding Percuma..
Kina dah hantar..yeay..


Cuma..
Yang kina paling tak berkenan kalau prewedding ni..
memang la nak kawen...tapi..
Perlu ke tayang gambar berpegangan atau berpelukan?
A big NO NO..
Renung-renungkan & selamat beramal.


Renungan : Nak hapuskan dosa setahun


Salam..
Esok 1 Muharam kan..Bermulanya satu tahun baru..
Dalam setahun ni entah berapa banyak lah 
dosa yang kita buat kan? Samada sengaja atau tak sengaja.
Sama-sama kita muhasabah diri.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Download, save & amalkan doa akhir & awal tahun di sini..

Sumber: http://surau.townplan.gov.my

Amaran buat bride-to-be!!

Rupa-rupanya kes tanak kawen da..penat je kesian..haish..sabar jela..tapi kita kena alert jugak la ok kawan-kawan..

Pagi tadi opismate datang-datang dekat kina je nasihatkan kina camni.

"kalau nak pergi beli barang kawin, suruh pudin teman sampai siap beli tau".

Huhu..ini amaran untuk semua B2B dan wanita di sana..Baca tak berita pasal bakal pengantin kena culik masa tunang dia pegi pejabat sekejap..huu..ngeri pulak..kesian pulak..tak sampai sebulan lagi nak kahwin..harap-harap tak jadi pape..Ya Allah, Kau lindungilah hambaMu itu..dah la dekat kuantan!..tanah tumpah air mata ku..huu

gambar si mangsa..comel plak tu..

Untuk berita yang lebih lanjut..sila klik sini.

Kenapa semakin ramai lelaki tak pergi sembahyang jumaat?

Tiap hari jumaat kaum hawa la paling gembira sebab syok bershoping sakan lagi-lagi penuh dekat jalan tar, sogo & bagai..yeay2..ada jugak kerjannya tidur di surau..zzzzzz...TAPI!

Yang tak best kita tengok lelaki yang ikut terkedek2 shoping jugak..haish..sakit mata & membara je hati..Penah kina buat sindiran kalis peluru camni..Kina tanya dekat kawan kina " Eh, pukul berapa sekarang eh?da start kan solat jumaat?"..Telan air liur jela lelaki tu..ke buat-buat tak dengar?

Yang paling tak best..Lelaki tu bertemankan perempuan yang bertudung litup..MasyaAllah..kalau berpakaian biasa mungkin kita boleh pikir musafir kot takpe..Ini berbaju kerja siap tie? Ape kejadahnya musafir kan?

Ada juga rakan 1 sekolah yang sudah bekerja di oversea..masih berfacebook di kala waktu solat jumaat..katanya boss tak bagi..Rasanya dulu belajar agama..dah tak ikut dah..kalau bos suruh makan benda haram?ikut la?demi kerja & duit..

Hukum tak pergi solat jumaat apa? 3x tak pergi berturut-turut pintu hati tertutup kan. Ada pula yang buat 2x escape 1x pegi pastu berterusan berulang kali..

Semoga kita bersama-sama renungkan..Nasihatilah saudara lelakimu ya..Lagi-lagi yang akan bergelar suami kita..Macam mana nak bimbing kita nanti?

Ya Allah..Kau tetapkanlah iman kami..Berikan kami semua hidayahMu..Amin..
Renung-renungkan & selamat beramal!

Pengapit lelaki paling teruk

Tajuk di atas adalah translation dari tajuk video..
Pada saya, pengapit tu bukan la sengaja menjadi 'teruk'..huhu..

Bila pengapit lelaki atau mat salleh panggil 'bestman' tak sengaja membuat majlis menjadi kacau bilau..

Kalau dilihat dekat video bawah ni mungkin dek terlalu terpesona dengan pengapit perempuan yang sememangnye hot & seksi..jadi telah merosakkan majlis kahwin kawannya..mesti akan menjadi kenangan yang paling kelakar..haha..

video yang dikidnap dari yahoo


P/S: Buat bakal pengantin..
Nasihatkan pengapit anda & sesiapa yang involve dalam the making of your big day supaya jangan tersandung kaki dekat pelamin atau terpijak baju pengantin anda..kang roboh pelamin,terkoyak baju..hehe..anda pun kena berhati2 ya..semoga Allah melancarkan majlis semua..berdoa pada Allah selalu tau..

Makan ikut jenis darah

Huhu..tajuk macam vampire nak makan je..just teringat masa belajar dulu ada belajar pasal ni..berdasarkan buku "Eat right for your blood type diet"-nukilan Dr D'Adamo..murid2 semua, tahu kan darah ada 4 jenis (nak jadi cikgu tapi tak boleh camni la gayenye)..bgus2..A,B,O dan AB..


Kalau darah jenis A:
-kenapa dipanggil A sebab stands for agrarian..ape kemenda tu?ntah..haha..cari maksud sendiri boleh?..(saya pemalas..saya tahu)
-kena banyak makan sayur @ menjurus ke arah vegetarian
-sistem pecernaan sangat sensitif (kantoi org darah A sokmo pegi toilet kalau salah makan..haha)
-kalau stress boleh la mencuba cara bermeditasi & senaman lembut..bukan auw ok..


Kalau darah jenis B:
-tak pasti kenape dipanggil B..sila cari sendiri juga..haha..
-kena banyak minum susu & makanan berasaskan susu mcm coklat..i loike..
-kalau makan makanan yang tidak bersesuai berisiko diserang penyakit..
-digalakkan bersenam senaman yang banyak menggunakan pgerakan sprti berenang..


Kalau darah jenis AB:
-sistem pencernaan juga sangat sensitif
-patut elak makan ayam,daging tapi digalakan memakan seafood n makanan tenusu.
-tak perlukan senaman yang keterlaluan
-darah AB juga darah yang paling kedekut tapi dapat menerima semua jenis darah..


Kalau darah jenis O plak:
-O stands for Old..sebab darah jenis O ni paling tua..atau pun dalam omputehnye oldest blood line..(betul ke ni?..ntah..tanya la doktor ek..hehe)
-sukar untuk diserang penyakit.
-digalakkan makan makanan berprotein tinggi & rendah lemak sprti daging,ikan,buah & sayur.
-memerlukan senaman yang kuat @ lebih mencabar..
-darah O adalah darah yang paling pemurah sebab dapat derma pada semua jenis..
-no wonder orang darah O ni seme comel including me..ops..ni tambahan semata2..haha..hidup darah O!

Dalam Islam pun selalu mengingatkan kita makan makanan yang seimbang & paling penting suci & halal..bila badan sihat baru dapat beribadah dengan lebih baek..ye dok?huhu..



“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan”.
Surah al-Maidah (5):96

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya”.
Surah al-Nahl (16):66


source: mr google,blog kina yang lama(shakina is typing) bakal didelete so nak transfer ke sini..bleh kan...sharing is caring..

KaWaN - KaWaN JoM kIte PuAsE 6

Hai Hai Hai...Assalamualaikum w.b.t

Kali ni encik pudin want to share with all of you tentang puasa 6 hari di bulan syawal yang indah ini..Hehe...

Moh kite tengok ape sebenarnya yang terkandung tentang puasa 6 ni yuk -:

Hukum

    * Hukumnya sunat
    * Maksudnya kalo buat dapat pahala dan fadhilat-fadhilatnya....tapi kalo tak buat macam mane?? hehe..kalo tak buat tak ape...tak salah pon cuma tak dapat la fadhilatnye..
    * So, better buat kan...dapat tambah pahala kita..insyaAllah..lagipun perbuatan2 fardhu kita akan disempurnakan dengan perbuatan2 sunat macam puasa ni.

Niat

Niat untuk puasa 6 ni macam mane yep...sama macam pose sunat hari isnin dengan kames ka??hehe..jom kite tengok ek camne niat die yep...
    * Niatnya mudah sahaja...dalam bm la senang kan..
" Sahaja aku puasa sunat bulan syawal esok hari kerana Allah Taala"

 وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Boleh Ke Nak Puasa 6 & Puasa Ganti Serentak?

Macam mana ni..boleh ke kalo nak puasa 6 dan pada masa sama puasa ganti sekali....boleh tetapi lebih afdhal jika diasingkan antara puasa ganti dan puasa 6.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha’ pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha’nya di bulan-bulan lain.

Jadi boleh mendahulukan puasa sunat daripada puasa wajib. Ini kerana puasa qada’ walaupun dilakukan pada bulan-bulan yang lain tetap mendapat 10 kerana ia adalah puasa wajib ramadhan yang diqada’. Tetapi puasa sunat 6 hari syawal hanya boleh dilakukan pada bulan syawal. Tapi bagi orang yang sengaja meninggalkan puasa di bulan Ramadhan tanpa keuzuran memang confirm tak dapat fadhilat puasa setahun walaupun dia qada. Tapi dia tetap wajib qada puasanya.

Ada juga pendapat baik qadha dulu mana tahu esok lusa dah tak bernafas..qadha itu wajib..

Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

Jadi apa kesimpulannya...........
Jika kita nak gabungkan puasa pun tak salah, atau nak buat asing pun lagi bagus sebab puasa 2 kali. Jika anda tanya pendapat saya, saya lebih suka dengan cara Aisyah r.a. seperti di atas.
Sebaik-baiknya asingkan puasa qada dan sunat bagi mengambil jalan selamat.



Fadhilat dan Kebaikan Puasa Enam

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim

    * Puasa ni juga perisai kita kan..sebab ape..sebab puasa boleh menghalang kita dari maksiat di dunia dan perisai dari api neraka di hari akhirat nanti.

    * Pelengkap dari puasa ramadhan

    * Menyediakan sistem pencernaan (dah tentunya masa raya kita melantak macam-macam kan? perut pun terkejut beruk kot..)

    * Tidak terputus amalan di bulan ramadhan

    * Tanda syukur kita bagi rahmat bulan ramadhan

      
Last but not least...renung2kan yep kawan-kawan sume..jom berpuasa esok..insyaAllah cik kina puasa esok =) encik pudin da start puasa hari ni...

Wallahualam..

Renung2kan dan selamat beramal...


" Insan yg cemerlang datangnya dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang "


Rujukan yang lebih lanjut -:

1. http://secretwhisper.net/2010/09/hikmah-puasa-6-di-bulan-syawal/

2. http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=39687

3. http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/

4.http://ron7.net/2010/09/boleh-tak-gabung-puasa-6-sekali-dengan-qada-puasa/

I nak putus tunang sebab U tak kaya

En pudin sungguh emo bila mendengar perbualan antara DJ dan seorang awek ini..sabar ye..InsyaAllah, saya bukan pisau cukur..bukan juga pisau lipat..tetapi saya shakina..hoho..perlu ke?

Semoga ambil ikhtiar ya..Ya Allah, jauhkan la kami dari kufur nikmat..



Bila nak kahwin tengok harta..padah la jawabnya rumahtangga & masa depan..

Memang Islam ada menyenaraikan 4 perkara iaitu agama,harta,keturunan & paras rupa..harta yang dimaksudkan adalah harta untuk keperluan bukan kehendak..

Tengok harta tapi jangan la disebabkan si tunangnya belum berjaya & tak nampak masa depan terus putus tunang..ntah-ntah lelaki yang dikatakan hensem & kaya tu suami orang?atau banyak hutang?..Allah boleh tarik bila-bila masa je tau..duit boleh dicari..hati yang suci semurni TOP sukar dicari...huu..tiba..

Semoga cik perempuan itu insaf segera.

Source: http://www.youtube.com/user/kinkon86

Bayar zakat pakai SMS

Jom bayar zakat fitrah..Beli baju raya mahal-mahal zakat fitrah jangan lupa bayar ok..Renung-renungkan & selamat beramal
 
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ape syarat wajib yang mewajibkan orang bayar?
 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
 
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
 
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
 
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
 
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Niat Zakat Fitrah
“Inilah wang sebanyak RM…… sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang Wajib ke atas diri saya (dan mereka yang dalam tanggungan saya) pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2010
Perlis ~ RM 6.00
Kedah ~ RM 7.00
Pulau Pinang ~ RM 7.00
Perak ~ RM 7.00
Selangor ~ RM 7.00
Negeri Sembilan ~ RM 6.50
Melaka ~ RM 6.50
Johor ~ RM 5.00 / 7.50 *
Pahang ~ RM 7.00
Terengganu ~ RM 5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan ~ RM 7.00
Sarawak ~ RM 5.20
Sabah ~ RM 6.80
Wilayah Persekutuan ~ RM 7.00
*beras wangi

Jadi, bagaimana? Bersedia menjelaskan zakat fitrah anda dengan SMS? Caranya mudah sahaja….Topup no CELCOM anda cepat2..Tak kira anda di mana boleh je bayar ke mana-mana negeri..Tapi bukan semua negeri boleh bayar pakai SMS ni..
 

Contoh:

1) Taip FITRAH PAHANG dan hantar ke 21999
(Nanti akan ada balasan arahan selanjutnya)
2) Sila taip A1 (RM7) dan hantarkan ke 21999
3) Balas dengan nama dan no. I/C, dan bilangan orang…contoh: Ali bin Abu, 801221102552, 5
4) Anda akan dapat balasan LAFAZ dan balas YA atau TIDAK dan hantar ke 21999
5) Anda akan dapat resit bayaran melalui SMS…

p/s:  Caj untuk menghantar dan menerima SMS adalah PERCUMA.




http://www.e-zakat.com.my/
http://www.e-zakat.com.my/baru/sistem/berita2/baca.asp?idno=624

Kenapa saya pilih 11.11.11?

Baiklah, kenapa kami memilih 11 haribulan 11 tahun 2011?

1) senang nak ingat. 
takde asyik lupa anniversary yang terus mengundang kepada masalah merajuk tido luar!..haha..tapi kalau dah banyak sangat makan semut baik kawen je tarikh apa-apa pun sebab tak dapat nak ingat.

2) hari jumaat.
akad nikah lebih afdal sebab hari jumaat kan penghulu bagi semua hari. tapi memang mana ada hari yang tak baik. semua juga baik. cuma nak ambil keberkatan saiyidulayyam itu lebih digalakkan.

3) hujung tahun
biasa hujung tahun ni budak cuti sekolah. tapi check kalendar 11 november belum cuti sekolah lagi. tapi seminggu lepas raya haji. tak pe semua pengunjung pun bukan semua dah kawen ada anak. lagi pun kenduri kan weekend. time cuti sekolah baik dorang pergi melancong ke sunway lagoon ke..hihi


4) 14 Zulhijjah 1432
kita patut tengok dari sudut tarikh bulan islam. (saya tak nak pula bagi tazkirah lebih-lebih sebab ilmu pun tak cukup). Tapi ingat 14 zulhijjah jatuh bulan haji. so check it out la kot-kot parent pergi haji. sedara mara pergi haji tak balik lagi ke..Semua bulan baik untuk bernikah..^_^..nikah itu menyempurnakan ibadah kita..

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam. (kan da jadi ustazah kat situ)


DUIT = Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal


gambar hiasan semata-mata

source: carigold

Saat lafaz nikah

Saat lafaz sakinah atau nikah..saat yang paling mendebarkan bagi bakal pengantin..to all b2b yang bakal menemui lafaz ini dalam masa terdekat ni..kami mendoakan semua berjalan dengan lancar..

Pesanan buat bakal pengantin lelaki:-semoga dapat mendidik isterimu menjadi wanita syurga..

Pesanan buat bakal pengantin perempuan:-lagu ni memang sentimental sebab amanat wali atau bapa kita untuk menantu lelakinya..samada pilihan kita atau pilihan keluarga..betapa sayangnya ayah kita pada kita..

Selamat mendengar & menghayati ok.. kat bawah ada lirik so boleh la menyanyi sama-sama dengan far east..kih3..



Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork