Normal kot?

Salam
Orang nak tahu pasal politik - semangat baca blog politik
Orang nak tahu pasal gosip retis - semangat baca blog gosip
Orang nak shopping - semangat tgk blogshop
Orang nak kawen - semangat baca blog bride-to-be
Orang nak bersalin - semangat baca blog mommy-to-be

Normal kot. Semua orang berubah mengikut fasa mereka.


Begitu juga dengan pemilik blog http://shakinafarhan.blogspot.com.
Ye..kina la tu..semalam kina nak try google blog kina..
Tak sangka plak googleable! Jakun weh! Ce korang try blog korang.
Blog tu baru ada beberapa ketul entry. haha.



Kina semakin suka membaca blog-blog mom2be & me'link' mereka.
Walaupun sekarang aktif merentetkan pengalaman mom2be di sana.
Blog ini takkan dipadam untuk rujukan orang yang nak kawen. hihi.
Semoga dapat berkongsi ilmu walaupun sikit.

Ada juga readers yang bertanya bagaimana keadaan di Bintulu.
InsyaAllah, bagi yang berminat nak tahu nanti kina catatkan di sana.
Kalau nak stalk pun boleh la stalk kat sana. hahaha.
(Bajet retis la kau kina..)
Biar la sini mood kawen2 ye. mood mak2 kat sana.hahaha

Next post kina akan review Kerjagilasimoll. :) 

P/S: Walaupun kina dah 25 tahun tapi still jugak
baca komik, manga & tengok anime. ^_^
Ada juga fasa berubah tapi minat takkan berubah.
Normal la kot?

Tambah dalam budget checklist kawen anda

Salam 
 Bagi bride to be yang sedang planning & pening tu..
Pastikan anda ada budget checklist.
Kalau belum ada, download atau tengok online
Kemudian olahkan ikut keperluan & kemampuan.
Kalau duit berkepuk-kepuk pun (Alhamdulillah)
pastikan mesti ada 1 checklist kira-kira.

Walaupun ilmu rumahtangga masih sangat cetek..
Tapi kina rasa ada la sikit pengalaman untuk dikongsi..
Boleh kira kina pun terkejut beruk gak la lepas kawen..haha..
Jadi, tak salah kalau kina kongsikan apa yang kina terkejut tu..
Kebiasaan dalam budget checklist berkisarkan majlis semata-mata.

Apa kata kita tambah 1 lagi ruangan budget dalam checklist.
'Budget Isi Rumah Selepas Berkahwin'

Kadang-kadang kita memang akan fikir begini..
''Ala..benda-benda tu lepas kawen la fikir''
''InsyaAllah lepas kawen rezeki bertambah-tambah, cukup duit kot''
''Kawen nanti dapat hadiah kawen dari kawan-kawan''
''Majlis ni sekali seumur hidup tak salah berhabis sikit''
''Sanggup berkorban asalkan kawen dengan tersayang''
''Beli benda yang penting-penting je lepas kawen''

Ok, sekarang kita tengok budget isi rumah yang penting untuk kita.
Bila cakap penting maksudnya wajib ada. 
Kecuali anda tinggal dengan parent lepas kawen.
Tapi siapa yang taknak duduk rumah sendirian berhad kan?
Walaupun rumah sewa kecil di luar bandar. Eceh, drama kan.
If ada orang nak bagi, Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.

List ni kina sediakan berdasarkan pengalaman & survey.
Gambar-gambar adalah hiasan semata-mata & hasil google image.

1) Rumah Sewa
Rasanya semua akan survey rumah sewa sebelum kawen lagi.
Kina pun ada survey rumah sewa ikut budget kitorang.
Mula-mula dapat rumah sewa RM500 sebulan fully furnished!
Semua cakap berbaloi ok, takyah fikir apa-apa nak beli.
 Mana nak dapat kan?
Tapi last minit tuan rumah back out (sebab dia ada problem peribadi)
Bukan rezeki kami, lepas tu kelam kabut cari rumah. 
Alhamdulillah..Dapat rumah teres 1 tingkat kosong.
Tapi barang-barang isi rumah kena la cari kan. 
Time ni la kina terkejut beruk beli barang isi rumah..hahaha.
Bagi yang berkemampuan untuk beli rumah, anda sungguh bertuah ok.
Range budget paling ciput untuk : Rumah sewa RM500-RM1000 sebulan.
# deposit rumah 2+1 ke kena ambil kira juga.
kina suka rumah teres 1 tingkat macam ni

2) Langsir
Ada rumah, mesti ada langsir kecuali rumah takde tingkap.
Ada 2 pilihan, samada tempah atau beli yang siap kat pasaraya.
Takde langsir harga 10inggit, 50iggit ye. 
Biasanya rumah at least ada 4 set tingkap. Tu yang paling sikit la.
Dapat rumah yang banyak tingkap macam rumah sewa kina kat bintulu ni?
Parah la. hihi. Serius, umah ni banyak gila tingkap. Perlu 8 set langsir.
Paling koman nak buat langsir untuk rumah biasa habis RM300.
Itu yang style langsir biasa tau, tempah kat Kamdar.
Jangan harap design hotel. wuu..
Belum campur hook,railing besi lagi..Kalau yang kayu lagi mahal.
Range budget paling ciput untuk: Langsir RM500
Langsir yang cantik budgetnye juga cantik

3) TV
Mampu duduk rumah tiada TV? kalau kina mati kutu la. hihi..
Orang kata kalau nak beli TV biar beli yang elok sikit..
Sebab kita nak pakai lama. Kita nak tengok lama.
Macam-macam jenis TV ada kat Courts?Seng Heng? mana-mana la.
Cakap pasal courts jangan la buat installment. Rugi sangat.
Range budget paling ciput untuk: TV RM700-RM1200

4) Astro
Dah ada TV tak lengkap tanpa Astro kan?
Macam mana nak tengok CSI?Amazing Race?Top Chef?
haha..itu seme favorite kina..
Range budget paling ciput untuk: Astro Installment RM50-RM100

5) Kabinet TV
Kina tak pasti orang lain panggil apa. Tapi pada kina ni pun penting.
Dah ada TV & astro tu takkan nak letak atas lantai.
Tapi bagi yang rasa tak penting boleh cut dari list ya.
Range budget paling ciput: RM250


6) Katil atau set bilik tidur
Bagi yang dah beli untuk bilik pengantin this is not a problem.
Bagi yang belum beli, katil mesti ada. Dalam rumah biasa ada 2 atau 3 bilik.
Tak payah fikir bilik lain, bilik kita je perlu katil.
Yang ni pun macam TV, kita nak pakai lama. Tak murah jugak.
Kina tengok katil adik kina yang bujang RM700 punya set.
Comel, moden tapi tak sampai setahun kiok patah. Tu orang bujang tu.
Kalau ada 2 orang tido tak sampai setengah tahun kot.
By that time kena baiki atau kena beli lagi. Kos lagi.
Kalau beli katil saja kena beli almari plak. 
Almari kabinet baju plastik pun RM50.
Range budget paling ciput: RM700-RM1500

7) Mesin basuh
Kalau sanggup nak cuci baju pakai tangan 
macam masa sekolah asrama dulu takpe.
Time sekolah dulu tiap hari basuh baju sendiri woo..
Bila dah kawen, baju bertambah untuk 2 orang..
Cepat je bertimbun dalam bakul baju kotor.hihi.
Nak jimat beli la mesin basuh manual instead of automatik.
Macam kina prefer auto tapi mesin basuh zaman bujang pudin manual.
Jadi pakai je yang manual sampai rosak.ahaha.
Kalau kina guna memang berjam baru siap sebab asyik lupa.
Range budget paling ciput: RM400-RM700

8) Peti ais
Macam kina, abang pudin bagi peti ais 1 pintu yang lama.
Alhamdulillah jimat kat situ. Tapi maklum la peti lama. 
Bersalji & susu segar pun tak boleh simpan lama. 3 4 hari basi la.
Lepas 6 bulan baru beli peti baru. (nak cakap baru beli peti.haha)
Ni pun beli la peti 2 pintu. Peti 3 pintu atau yang moden-moden jgn tengok.
Nak pakai lama, kalau peti 1 pintu nanti cepat berbau & bersalji.
Range budget paling ciput: RM600-RM1000

9) Dapur gas
Call me oldschool atau kuno. Dapat hadiah hot induction cooker.
Yang mahal tu harga RM2000 tapi tak pandai guna. Tetap nak pakai dapur gas.
Macam tak best rasa masak takde api, kurang feel. hihi.
Nasib pudin sekarang keje jaga tong gas, dapat la murah sikit tong gas.
Range budget paling ciput: RM50
Dapur gas tak perlu elektrik

10) Tempat sidai baju
Yang paling kina terkejut beruk masa nak beli kat kedai hardware.
Ni masa dekat Melaka la. Nak beli tempat sidai yang besi tu.
Yang paling murah kat situ RM120. Unbelievable! 
Dah beli tengok kat Courts Mammoth RM65 je.
Tapi kecik sikit & nampak besi die senang patah (sedapkan hati!)
Ni penting untuk sidai baju kalau tak ikat la dawai.
Range budget paling ciput: RM60-RM100

11) Rak pinggan mangkuk
Pinggan mangkuk memang tak perlu beli.
Sebab ramai orang akan bagi set pinggan mangkuk. hihi.
Lagipun duduk berdua je, asyik ulang guna yang sama.
Rak pinggan mangkuk ni ada 2 jenis. 1 untuk lepas basuh.
Orang putih panggil Dish drainer ke ape? Yang ni plastik murah ket. 
1 untuk lepas pinggan kering. Harus la beli yang besi kan.
Rak besi yang kina beli style macam kat rumah nenek. RM80.
Tu pun bukan yang tinggi, yang sedang punya. hihi.
Nak yang moden-moden sekali dengan kabinet takde kan.
Range budget paling ciput: RM100-RM150 for both
Lebih kurang kina punya tapi warna biru

12) Rice cooker & Water Heater
Yang ni pun kebanyakkan pengantin akan dapat hadiah.
Jadi sebelum kawen jangan beli dulu walaupun penting.
Kalau takde baru beli.
Range budget paling ciput: RM200 for both

13) Kipas
Walaupun kebanyakan rumah sewa ada kipas.
Tengok la rumah sewa korang ada kipas ke tidak.
Rumah sewa kina kat bintulu ni takde 1 kipas weh! Tak paham den.hihi
Air-cond? Confirm fikir 10x. Nak beli mahal, bil elektrik nanti naik.
Boleh pasang kipas syiling @ beli kipas stand biasa.
Kipas syiling KDK campur upah pasang RM160
Kipas stand biasa yang sederhana RM50
Range budget paling ciput: RM50-RM200

14) Peralatan mencuci rumah
Peralatan basic yang rumah mesti ada.
Mop, Penyapu, Penyodok, Baldi, Sabun lantai, Towel kecik, Berus
Penyapu kena ada 2 kalau ada laman rumah plak. hihi.
Range budget paling ciput: RM150

15) Barang-barang nampak remeh
Boleh tak buat kategori macam ni? hihi.
Alas kaki at least ada 3 keping (kat mydin murah) 
bekas letak berus gigi & sabun mandi.
Sudip, sudu garfu, kuali, tapis, span basuh pinggan,
Bekas letak garam, Ubat nyamuk, Jam dinding, 
Benda-benda camni nampak kecik, murah tapi..
Bila dah depan kaunter nak bayar tu cecah ratus ok.
Range budget paling ciput: RM200

Ok la..itu la isi rumah yang kina rasa penting after kawen..
After ni maksudnya tak boleh tunggu 6 bulan baru nak beli..
Kemudian boleh la beli sket-sket macam kabinet dapur,sofa, meja makan.
Bila nak beli sofa beli jugak coffee table.
Lagi-lagi kalau dekat nak raya takkan takde sofa kan.
Karpet pun kena ada. Tu pun mahal jugak. Ratus-ratus.
Kemudian akan ada banyak lagi la nak dibeli.hehe.

Bila dah ada anak lagi la banyak barang nak beli.
Barang baby mahal-mahal ok. Terkejut beruk jugak tengok.hihi.
Ok la..All the best untuk semua bride to be..:)
Happy planning!

Honeymoon: Water sport @ Bali

Salam 
 Hye hye hye! Bersiaran terus dari Bintulu. 
Kehidupan kembali seperti biasa. Setelah sebulan tinggal di rumah parent.
Sekarang kina dah duduk di rumah sewa di Bintulu. 
Bila pudin keje harus lah tinggal sorang-sorang.
Rasa nak bela kucing tapi kalau balik semenanjung sian kucing tu.
Tunggu baby keluar lah..jadi peneman..hehe..

Since sekarang ni kina dalam 2nd trimester, 
Alhamdulillah minggu depan genap 5 bulan.
 Orang cakap masa ni bulan honeymoon utk pregnant lady.
So, kina nak review sket lagi tentang honeymoon yang errr 6 bulan lepas?
hahaha. Actually ni request dari Rina yang akan ke Bali tak lama lagi.

As I mention earlier, kina tak recommend sangat Bali.
Kalau ada kawan kina tanya pasal Bali
Memang terus cakap cari la tempat lain.
Tapi kalau dah beli tiket tu takpe..hihi..
Pegi mana-mana dengan suami mesti best kan.

However! Apa yang kina paling suka di Bali adalah water sportnya!
Mungkin darah suka bersukan jadi ini memang jadi favourite.
Suami pun sama. Nasib baik ada free benda ni dalam pakej tu.

Orite, lokasi water sport yang kitorang pegi ni dekat Tanjung Benoa.
Sesampainya dekat situ ada banyak meja & tourist. 
Kitorang pun duduk kat satu meja situ & diberikan menu serta taklimat.
Taklimat & tunjuk ajar kalau dah ada dalam air ada emergency ke.
Menu ni bukan menu makanan, tapi menu aktiviti water sportnya.
Ada macam-macam aktiviti & semua kina rasa mahal-mahal belaka.
Dorang beriya la pujuk & cakap best yang ni yang ni. 

Tapi kina & suami tetap nak yang free je. hahaha. 
Yela, kita datang nak honeymoon yang dah ada dalam pakej.
Bukan datang baru nak survey apa yang ada & keluarkan duit lagi.
Duit memang ada tapi nak spend utk souvenir & penting-penting aje. hihi.
muka berkerut tengok harga..hahaha..

Aktiviti free yang kitorang dapat antaranya:
1) Banana boat
2) Snorkeling
3) Ocean walker
4) Bottom glass boat to Turtle Island

Banana boat memang kina tak pernah naik. hahaha.
Padahal banyak je ada kat mana-mana. Best gak.
Naik dengan orang korea & orang sepanyol. kiranya 3 couple.
Ini baru 1Dunia. Hahaha. Semua cakap orang bali je faham.
Yup, orang bali kat situ boleh cakap banyak bahasa tau.
Respek gila, cakap jepun boleh, korea boleh. Kulit memang gelap.
Rasanya sebab dah makan dek cahaya matahari dekat pantai.

Oh ye, 1 lagi benda. Dorang tak bagi bawak kamera pegi snorkeling & ocean walker.
Kena pilih antara kamera air pakai buang & kamera digital yang dorang akan amik video.
Harga memang berbeza. Kamera air tu jenis pakai filem. Takde la CD2 ni.
Jadi kitorang sewa yang kamera digital sekali CD & video.
Video & gambar dorang yang tolong amikkan. Harga tak ingat plak.
Rasanya dalam rm100..(tu la 6 bulan baru nak review tak ingat la)
Yang kamera air tu murah sikit tapi kita amik sendiri. Takde video.
Jadi ada gambar & video banyak masa ocean walker, yang lain takde sangat.

Since kina pernah snorkeling dekat Pulau Redang.
Jadi for sure kina akan buat comparison. Snorkeling kat sini tak best.
Air keruh wey, tak nampak la ikan sangat. Lepas tu jarak die kecik.
Masa kat Redang dulu sampai jauh ke dalam sampai cramp-cramp kaki.
Tempoh masa dalam 20 minit, kina sendiri yang nak naik. 

Ocean walker best sekali sebab ada video berjalan dalam laut.
Actually dia dah ada tempat dia. Pusing-pusing dalam tu je.
Ada pemegang besi & tangga. Ok, korang boleh bayangkan?
2 orang budak kepala besar dalam air. hehe

Kitorang kena pakai macam tank besar atas kepala.
Mula-mula kita kena dah ada dalam air, lepas tu kepala atas air.
Then pakai la 'topi putih' tu, kira dalam tu adala tekanan udara & oksigen.
Yang bestnya boleh pakai baju biasa je, tak perlu cabut tudung ke cabut baju.

Sepanjang berjalan dalam laut tu, ada 2 orang akan ikut kita.
Sorang tolong ambil gambar & video. Sorang lagi instruct nak ke mana.
Sini kita boleh nampak ikan jelas sikit. Pastu bagi roti kat ikan.
Boleh pegang-pegang ikan. Dan yang paling best guess what?
Kitorang jumpa Nemo! hehe. Die menyorok-nyorok dalam rumpai laut.
Cute sangat. 
Tu dia Nemo! Inai masih ada masa ni. Sekarang tinggal inai kaki.

Last sekali kitorang naik bot yang bergelas kat bawah dia.
Once again, indah khabar dari rupa. Tak nampak sangat pun ikan.
Glass tu pun takde la besar sangat. Air keruh sangat.
Rasanya pantai dekat Pulau Redang jauh lagi clear biru dia.
Berjemur lepas ber'ocean walker'

After dah setel semua, dapat CD terus.
Balik rumah tengok CD tergelak-gelak sendiri.
Macam orang jakun je dalam air tu. ahaha
Rupa CDnya.

Ok, itu saja la. Kina ingat nak review barang yang kina beli dari Bali.
Kumpul gambar dulu. Takde la shopping banyak pun. (Kedekut)
Masih hutang nak linkkan & review sikit-sikit lagi.
See ya!


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork