Foto By Razali : Wedding Photography Giveaway







Thank you sinchan sebab sokong kina..

Yes! Lepas ni tak payah berangan atau mengigau macam kat atas ni lagi, gara-gara nak ada Professional Photographer untuk wedding.  
Foto by Razali yang bukan saja Super-Profesional Photographer ada mengadakan 1 contest yang hadiahnya mampu membuatkan saya mandi tak basah, tidur tak lena.
Hadiah merupakan FREE photography package worth RM2,011 (inclusive of an album)..Selamat tinggal album kedai chau chin kesayangan ibuku.
Masa saya bertunang 18 Disember 2010 hari tu..
Saya memang tak hire Official Photographer pun..
Rasa menyesal pun ada juga..tapi mengenangkan budget..
Tangkap je pakai kamera handphone..haha..


Siapa Encik Mohd Razali ni?


Tengok gambar pun dah tahu dia seorang photographer yang berbakat..
Muda, kacak lagi smart..tapi sorry ye..dia sudah berpunya..
Dengarnya baru sahaja mendapat cahaya mata..

Nak buat appointment dengan Encik Mohd Razali?
Alamat :Cahaya Baru, Ayer Hitam
Batu PahatMalaysia86100, Johor
  Boleh hantar email : 
hi@mohdrazali.com
Boleh layari :Encik Mohd Razali
atau
Hubungi no beliau : 0127333960

Bagaimana nak sertai Foto By Razali : Wedding Photography Giveaway contest?
1. Cari Foto by Razali page dalam Facebook dan klik  “Like”.

2. Cari poster biru ini dan kongsi dengan kawan-kawan. Tag 10 dari kawan-kawan anda di poster ini



3. Pilih 1 gambar yang anda suka dalam mana-mana folder di facebook Encik Mohd Razali atay blog Encik Mohd Razali.

4. Jangan lupa di bawah gambar tulis sumber : Foto by Razali

Sumber: Foto by Razali

5. Dah setel semua, tinggalkan permalink entry dekat blog encik mohd razali..
*Entry yang paling KREATIF akan dinobatkan sebagai juara.*
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah, di sini saya tulis ikut syarat-syarat di atas..
Jom tengok entry untuk contest ni..

Dalam encik mohd razali ada beribu-ribu keping gambar & sejujurnya saya tak tahu nak pilih yang mana sebab semua sangat menarik, cantik, kau memang da bomb.!Tapi..!
Akhirnya saya pilih gambar ni..sebab bila saya scroll tengok semua photo tu..

Kenapa saya suka gambar ni?


Sumber: Foto by Razali


Si jejaka : Sayang..I love U so Much!
Si gadis : I love U more Abang...

Huhu..ok..geli sikit..

Gambar ni sangat cantik. Penuh dengan ekspresi..Nampak natural..Bukan gimik semata-mata..
Sangat unik dan lain dari yang lain..Cool kan..

Kenapa saya suka gambar dari Encik Mohd Razali?

1) Muda
Bila kita ada photographer yang muda tak segan sangat nak mintak bergambar..
Lagi pun mungkin akan lebih serasi bukan..

2) Editing Skill
Tengok saja gambar-gambar beliau sudah cukup..saya bukan tahu edit gambar..
Tapi buatkan kita yakin..gambar akan jadi cantik bila dia edit..
Lagi-lagi yang kurang cantik macam kina..haha..

3)Pencahayaan yang betul
Aspek pencahayaan sangat penting..walaupun kamera yang power..
tapi kalau pencahayaan yang tak betul..gambar tak cantik juga..
Encik Mohd Razali? Ya..dia pakar tentang pencahayaan..

4)Kreatif
Kreatif adalah subjektif tapi bagi saya gambar dari encik razali kreatif..
Idea beliau fresh..suka3..

Nothing much too say when the Super-Professional starts to click..
I'm speechless..

Hope encik mohd razali will become the best among the best..


-The End-

Thats all thank you..

Tarikh..bertukar!

Salam
Akhirnya, kina & pudin menukar tarikh kawen kami..
Hehe..suka2..;)
Tapi masih lagi tertanya-tanya di dalam hati..
Betul ke ni? Macam tak caya je..
Hehe..suka2..;)

Banyak la sebab kenapa nak tukar..
Bukan sebab dewan je..banyak je pilihan tempat sebenarnya..
Haha..ingin tahu bila? 

Boleh..tapi..selepas kina menyiapkan entry untuk
Giveaway Photography by Mohd Razali..
Boleh tak kina pakai entry yang contest MOM hari tu?
takut tak sempat siapkan.....!!malam ni ada tahlil..
Boleh tak2? korang jangan la bagitau dekat encik razali..;P

Awas!Fully booked!

Salam
Yes..ini akan terjadi bila tarikh yang ramai orang akan kawen..
12.11.11 majoritynya sudah ramai yang dibook..
Samada OP,OV, make-up artist atau dewan..
Siapa yang cakap dekat Abg wira nak book tu..
cepat respon kalau tak nak kina nak..hee..

Ini terjadi kepada kina..yehaa..
suka plak dah..ok2..sedih...kina da cakap dah..
book awal2..kan dah ada orang book..

Dewan Wisma Belia - akan direnovate masa kawen tu so pangkah..
Dewan kompleks dagangan mahkota - dah ada orang book..pangkah..
Dewan Jubli Perak - ada 10k?..ok..pangkah..

Sekarang option atau plan yang ada..
1) cari dewan yang lain yang jauh dari rumah
2) buat kat rumah yang susah nak parking sebab rumah teres
jalan yang sempit
3)lambatkan tarikh kahwin
4)buat dekat taman bandar
5)awalkan tarikh kahwin..ok..best..

PILIHAN lebih bias kepada no 4 & 5


Kina dalam iklan pengantin!

Salam
Dup dap dup dap..lagi 3 hari 2011..
today is my mom birthday..hepi bday yang ke45 ibu!
and 3 days later will be dad's birthday..
saje je nak dekat-dekat birthday ye..

Sekarang dah tiba masa untuk kita mengejar vendor..yeay..
kina pun dah start mintak quotation from various vendors..
tapi kebanyakannya dari KL..start berkira-kira budget..

Weekend ni akan balik ke Kuantan & baru teringat!
ada pameran pengantin dekat shah alam..kan3??ala..
macam mana ni..or pegi yang pameran pengantin malaysia 7-9jan nt?

oh ye..kalau sesiapa perasan..kina ada dalam gambar promo
Pameran Pengantin Malaysia tu..haha..lawak je..
Kalau korang ada beli majalah pengantin boleh tengok..
hahaha..ok2..tahan gelak..sebelum tengok gambar ni..


Kecik je gambar..tapi nak kecoh..haha..
bukan apa, my friend datang bagitahu hey, tau tak ada gambar dalam majalah?
sorang lagi blogger siap buat post pasal kina tercapture dalam tu..
haha..mana tak gelak..

Apa-apa pun, memang berdebar menanti package-package 2011..
harap semua vendor memberi package yang menarik & berpatutan..


Calling all pahang bride to be

Salam
 Selepas ada sedikit chating dengan nora..
memang banyak info dapat..i love u nora..

Sekarang sangat banyak b2b..suke3..
i'm glad ramai yang mula berjinak dengan dunia b2b blogger..
Oh my, kina pun baru lagi..baru je 4 bulan lebih
dalam dunia blog ni..

Kina nak buat bloglist untuk para-para sakura b2b dari pahang..
So takkan tertinggal 1 updates dari mereka..belajar dari nora..
lebih senang nak tengok hasil survey & idea 1 kampung..
Bukan lah kina nak buat kenegerian kat sini..dun worry..
Semua juga kina baca..cuma kadang2 terlepas juga..
Tapi yang bestnya bila google..eh2..ni blog b2b kawan aku..
Suke tak?mesti la suke..;)

Kalau dulu google cari info kita tak kenal langsung..
 Sekarang..ok..muka jela kadang2 tak ingat..hehe..

So berbalik kepada topik tadi..harap semua b2b pahang..
dapat komen kat bawah ni..sebab takut tertinggal..
untuk masuk dalam kategori pahang's b2b..

goodnite bebeh..

My Engagement Day: Cincin risik & tunang

Salam
At the first place, kina & pudin bersetuju untuk membeli 1 je cincin tanda..
Tapi disebabkan permintaan mak pudin & pudin sendiri yang nak bagi 2..
kina hulurkan saja tangan..kina tak berminat sangat dengan emas..
Tapi apa kan daya..sebab tak nak orang cakap banyak kina terima..
*niat nak gadai cincin emas 916 tu..hahaha..ok2..tak gadai..

Cincin risik kami beli dekat Poh Kong dekat The Mall..
Harga bawah rm500..& kebetulan atau tidak..haha..
design cincin ni sama dengan cincin mak kina tapi lebih ringan..

Cincin tunang pula dibeli di Habib Jewel Mid Valley..
Seminggu sebelum majlis &kina sangat-sangat rekomen..
Habib Jewel dekat sini..sebab friendly..kina yang cerewet ni..
berapa kali ntah minta tunjuk yang tu yang ni..tapi ok je die layan..
Yang paling best..it is 50% discount..ye..suka2..
Korang boleh dapat cincin dari RM400++ tau..

Kat sini pudin beli 2 cincin..1 utk mak die & 1 utk makwe die..
Kedua-dua cincin adalah emas putih & ada diamond tapi diamond kecik je..
cincin untuk mak pudin

cincin untuk makwe pudin..sekarang da jadi tunang pudin

Kina tak nak membazir beli yang mahal sangat..ikut kemampuan..
Walaupun bagi kina tak perlu & mahal..tapi pudin yang nak..
Duit dia, dia mampu jadi ikutkan sahaja..kina tak mampu..haha..
ingat nak recycle je cincin tunang untuk main sarung-sarung masa nikah..
mesti kena side kick dengan mak kina..haha..kedekut!!haha..
Hehe..baik korang pergi terjah Habib Jewel sebelum 2 Jan 2011 ni..



Wedding blogger: Liyana SCR

Salam
Selamat Pengantin Baru buat sis liyana SCR & husbandnya azzuan..
SCR stands for square cut ring..hehe..ini blognya..
Last minute punya nak pergi their wedding..sebab kebetulan pudin
turun KL..sian dia pakai baju tshirt keje je..tak plan pun..
macam budak nak pergi kursus BTN je..haha..

Kina dapat jumpa rilla, fati & elya..
First time jumpa rilla, dia datang tanya kina ke?
kina tak cam & tak pasti siapa..a,ah..sape eh? haha..
rilla kan tak pernah letak her photo dekat blog..sweet orangnya..
suka tudung rilla tu..1st time nampak..kina ni tak reti
pakai tudung selendang macam tu..muka bulat..huu

Fati pun first time jumpa..comel dengan tahi lalat manisnya..
tinggi plak tu..haish..kina juga yang kemetot..haha..
Elya pulak memang tiap kali pegi mesti ada..sampaikan
encik pudin & tunang elya dah geng..borak sakan dorang berdua..
pudin plak cakap elya & kina macam borak kakak & adik..haha

Jom layan gambar-gambar time wedding mereka..
penggunaan easel yang semakin popular..sepadan kan mereka?

at their photobooth dengan ucapan pakai kapur..hehe..tak nampak sangat..sowi
Perhatikan gambar ini & gambar bawah..(ini mode kena paksa bergambar..tapi muka hepi je)
Ini pulak pudin sendiri nak lagi bergambar siap ambil 2 ucapan tu..
tapi muka macam kena paksa..confius gila kina dengan dia ni..
macam budak camping yang kena buli..i'm not pembuli ye..haha

muka terpaksa tapi dia yang nak..haha..tak paham tunangnye..
cantik kan pelamin roman ni..nantikan review dari SCR aka mrs zack dah sekarang

kina dikelilingi orang tinggi..sempat juga bergambar dengan pengantin..
dari kiri : liyana & suami, elya,kina,rilla & fati

Tema wedding: english
Warna: ivory white & lavender
Dewan sangat cool..suka sangat sebab karpet penuh,selesa & tak terlalu besar..
Last but not least..semoga bahagia hingga ke syurga..;)
Cayalah cinta dorang dari sekolah rendah..bukan cinta monyet..;)



My Engagement Day : Sewa dulang hantaran

Sewa dulang telah ditutup kerana kami akan berpindah ke Bintulu.. 

Salam,

Buat bakal pengantin yang mencari dulang hantaran untuk
disewa..Sebelum tu kita layan gambar yang ada bekas hantaran ni..
Sila fokus pada hantaran yang berwarna peach..;)



Ciri-ciri bulat,berwarna putih & ada kaki..
seriously memang jimat bagi mereka yang on budget..
kenapa?sebab tak payah nak sewa lagi tapak..
alas dulang pun tak payah nak sewa atau beli dah..
just polisterin je untuk tinggikan & beli bunga untuk hiasan..
Gambar bekas hantaran putih kosong

sebab dia dah ada kaki..kina panggil bekas hantaran ni
raksasa kecil..hahaha..sebab dia ada 3 kaki la..


Kina nak sewakan bekas hantaran kina yang beli kat semua house ni.
Harga asal RM28.80 kalau tak silap..
nasib baik ibu kina cakap kat cowboy tu tak berkualiti & kaki lebih pendek..
1 unit harga RM7 sahaja..kina ada 7 unit..
so kalau nak sewa 7 unit = RM49..
Macam mana kalau nak manik2 & renda bagai macam kina punya tu?
1 unit harga RM10..ni lagi jimat..sebab untuk 1 bekas tu pun manik tu dah harga RM8..
Itu pun kalau bersesuaian dengan tema kan..

Berminat???
Email kina at: shakina.farhan@yahoo.com
Dengan details:
-Nama
-Tarikh nak ambil
-Tarikh Majlis
-Bilangan dulang
-Kosong atau berenda


Kina ulang balik dengan lebih ringkas:

Sewa 1 unit bekas /dulang hantaran kahwin: RM7



Note:
Utk kawasan melaka sahaja..;)
Lokasi ambil & pulang di Bukit Rambai..

Berkesan ke RxLite?

Salam
nampak macam sedap je

Siapa lagi yang pernah minum rxlite?
Kina tak pernah..tapi opismate kina 2 orang minum..

Result?
Sorang turun 8kg dalam masa 3 bulan!
Makan tak jaga, exercise pun tak..huh..
Berat dia 68kg sekarang 60kg..dia pun nak kawen bulan 3..
Sorang lagi tak pasti berapa kg tapi memang nampak perubahan!
Seeing is believing..

Berat kina makin naik..dah 52kg..hehe..nak turun 4kg je..
mana pegi kasut jogging!!!alasan..haha..


 

My Engagement Day: Ramai cakap...

Kami seiras..huhu..yeke?
Ntah la..tapi memang ramai sangat yang cakap sama..

Antara ayat-ayat yang terdengar..
"La..aku ingatkan mak ko ni mak tunang ko, 
mak tunang ko kakak tunang ko" kata rakan sekerja pudin.
"Eh2, muka ada seakan-akan..sejuk je nanti.."kata kawan ibu kina..
"Manis muka tunang akak, macam muka akak la"kata makcik kina..
"Pandai mak pudin cari menantu macam muka keluarga" kata makcik pudin..
"Muka korang ada iras,patut la ada jodoh"kata kawan kina..

huhu..macam-macam la..tapi apa maksud sejuk tu? tak paham..
tapi apa-apa pun..doakan hubungan ini berkekalan sehingga ke syurga..
meh tengok sikit gambar lagi..ada iras ke? 
mak pudin, kina & mak kina..i know,my mum memang cun..hehu

warna baju je sama..hehe

My Engagement Day : Tudung Chiffon

Salam,
Ramai yang minta kina untuk review tudung bertunang aritu..
Kina tempah dengan ex-opismate kina..kak fida..

Tudung ni boleh DIY juga actually..cantik kan?tapi kena berjaga-jaga..
Sebab senang nak tertarik benangnya..;)
Alhamdulillah, sebelum ni kina ragu-ragu tau nak pakai tudung ni..
sebab muka kina bulat..huhu..taknak nampak macam bola..

Tapi bila da pakai ok jugak, senang nak bentuk..
tapi sebab masa make up tu dah lambat..
tergesa-gesa pakai akhirnya macam ke belakang sangat..huhu..
Nak tarik ke depan mak andam dah tampal spider web tu..
haish..org tak nak die nak jugak pakaikan..
Ok2, start review dari terus membebel..

Material
Chiffon
 Kertas keras sikit dari A4
Alatan menjahit
Cara-cara
1) Potong kain chiffon berbentuk segi 4 sama..ukuran?
ikut keselesaan..kina punya 1 meter lebih sikit..nak labuh sikit..;)
2) Jahit tepi kain tu.
3) Lipat separuh macam nak lipat tudung bawal biasa..
bagi bahagian dalam pendek sikit..then letak kertas keras di bahagian tengah.
4)Jahit kertas tersebut bersama lipatan tudung..dah siap..
kertas dah dijahit

dah siap ayat komik..hee..abaikan background tilam..haha
Ha..korang paham ke?hehe..

Tudung kina tu simple je kan..tak sempat nak buat beading pun..
i love simple..lagi pun veil da ada manik bagai..
masa kawen boleh la nak buat beading..bling2..;)

Puas hati tak dengan review ni?hehe.

Untuk tempah tudung ni dengan puan fida boleh email beliau di:
fidala8@yahoo.com

cakap tahu dari kina..thanks..





My Engagement Day : Make up


Salam
 Hal make up ni lagi la last minute..diikutkan tak payah make up..
Tapi ibu kina minta kawan dia make upkan..ok..terima..
Next thing, kawannya ada hal pulak..then ingat tak payah la..
Bila nak pinjam bantal buat alas sarung cincin dengan wan.
Wan rakan sekerja ibu kina cakap jom la mekap dengan mak dia..

Mak wan ni mak andam, memang ada bridal ni..ada facebook juga..
tapi kina tak tau pun..& tak nak ambil tahu da..haha..kejam tak?
tapi siapa nak contact no dia dekat kuantan boleh email ye..

Why?
Masa mula-mula nak make up, mak andam ni baik je..
bagi makan siap, PR ok la..suka dia banyak tanya je..
tapi..ha..ada tapi..dia ni style tanya bila orang cakap tak nak dia buat jugak..
ha..berbulu tak rasa?memang la..haha..

1) make-up tebal sangat..(kina dah cakap tak nak tebal..balik lap)
2)dia cabut 3 4 helai bulu kening..
(dia tanya cabut eh..kina kata takyah la..tak nak..
mak tak bagi..tapi die cabut jugak..sakit tau!)
3)dia buat bibir macam angelina jolie lebih-lebih dari bibir kina..
(memang la bibir kina nipis tapi i love the originality & ordinary)
4)sakit tengkuk (tak selesa dengan kerusi tu..)
5)bulu mata palsu yang tebal..(kina cakap takpayah die tampal jugak)
tebal yang amat..time ni tak habis lagi lap lipstik tu nampak terlebih ke tepi..haha..

awas peluh..tisu mana..haha..
Akhirnya selepas touch up sikit-sikit..ok gak la..hehe..suka juga..
finale outcome after lap..huhu..
Kesimpulannya, make up adalah jenis natural..orang kata tangkap gambar
nampak cantik je..tapi ketebalannya nyata terserlah..huhu..
untuk kahwin nanti nak cari MUA yang boleh tolak ansur sikit..


My Engagement Day : DIY bunga tangan fererro roche


Salam semua,
Ingat post pasal semua fererro roche yang kina beli nak 
buat hantaran telah dingap kina 1 per 1..haha..tapi..
berbekalkan semangat waja 44..dapat jugak buat bunga tangan
yang ada banyak-banyak ketul fererro roche..hee..suke!

Meh kita zoom bunga tangan DIY fererro roche
yang kina buat dengan ibu kina malam nak bertunang..
gambar diedit by my bestfren firuz..;)..tq dear..
Bahan-bahan yang digunakan
Pemegang bunga tangan siap dengan span boleh beli dekat semua house. 
Bentuk macam mic tapi kina pinjam kawan punya.
Bunga artifical beli dekat COWBOY RM4.90.
Fererro roche yang paling besar, separuh ngap jugak..haha
Dawai bunga colour hijau untuk lilit fererro roche..
Net keras sikit warna emas..
Riben besar berwarna emas & putih..
Sori la kina lupa nak ambik gambar untuk buat tutorial lagi..

fokus dekat hand-bouquet fererro roche itu..
Bila dah siap sarung cincin & bergambar adik sepupu semua beratur nak 1 fererro roche..


Pengumuman penting: Top 50 BPM, follower & nak exchange link


Salam dearies..

Attentions to all..sebelum ini blog ni 50% private la..
haha..sebab ada yang orang tak tahu, ada yang tahu..so arini..
kami buat announcement, kami tak kisah untuk expose blog ni..
sebab kami dah bertunang..he..he..he..so, kami mohon..

kalau tak suka blog ni boleh la close je..
tak payah nak bising-bising..blog ni kami yang punya..
tapi kina yang lebih bermaharajalela di sini..haha..
sesiapa yang takde blog buat la..best berblog ni..
dapat kawan yang best..sharing & loving..sukeeeeee...

For your information, blog ini,
Journey of Bride-2-Be to 11.11.11 tercalon dalam top 50
Tahu blog lain banyak yang lagi power-power..
At least ada persaingan yang sihat sambil kenal2 blogger lain..

Nak promote blog tapi tak pandai..
TAPI boleh tengok entry promotion dari kawan kina ni..

dia promote before kina promote blog untuk top 50 ni..
tak sangka sangat ada nak promotekan..baiknye..

banner ni kina bubuh kat tepi sidebar untuk 2 hari..

So, dengan follower,silent reader & kawan2 la kina nak ajak vote..
Orang kata bilangan vote boleh tengok bilangan pembaca blog..
Your vote sangat la dihargai..2 hari saja untuk vote..

Besides that terima kasih sangat dekat yang rajin komen..
Maaf kalau kina tak reply, kalau urgent email je terus ok..
24hours akan dapat balasan dari kina insyaAllah..

Sejak blog ni wujud 4 bulan lebih yang lalu..
Dah ada 1833 comments..Believe it or not..
Suka sangat baca komen-komen korang..
Follower pulak dah 524 follower.. tapi
tolak 1 la sebab kina pun follow blog ni..haha..
tapi kina sukeeeeee ok!i'm loving it!

1 lagi benda penting sangat..
Kepada follower atau yang nak exchange link..boleh komen kat bawah ni..
Bagi b2b tinggalkan link blog & nama yang nak dibubuh..
contohnya : [kina] http://our-wedding-journal.blogspot.com/
Yang bukan b2b tapi nak exchange link juga boleh..; )
kina akan letak link dekat blogger friends..
kadang-kadang kina tak perasan atau terlepas pandang kat cbox tu..
Kepada silent reader, i know u there & hope u enjoy reading our stories..

Keep in touch!

-Thank you very much-

My Engagement Day : Baju tunang

Salam
 Sebab elya mintak review pasal baju tunang kina ni..
So here i present my simple baju tunang+merisik..hehe..
kalau elya tak mintak pun nak review jugak..haha..

Material Baju
4 meter chiffon - beli di tingkat 4,Jakel,Masjid India
4 meter chiffon lining - beli di tingkat 4,Jakel Masjid India
30++ batu swazoski - beli di tingkat 1,Plaza GM

Designer
takde designer pun..amek contoh baju raya tahun ni..haha
sebijik sama kecuali tang bawah sebab baju raya tu seluar..
baju kurung moden dengan kain A shape..
kahwin nanti la baru order dengan designer..: p

Total Kos
approx RM250

kain chiffon..cekak di tangan..tabur batu swazoski tp kat gmbr tak nampak pun..kamera tak mancung la katakan..hehe..

My Engagement Day : Majlis 20 hari

Salam semua..
 Alhamdulillah..selesai majlis merisik + bertunang kami..
Pada mulanya tiada hantaran, tiada kanopi, tiada make up..
Akhirnya..amek ko semua kena ada..huhu..

Yup..majlis yang dirancang 20 hari sebelum ni sempat juga buat..
Di mana ada kemahuan di situ ada highway kan..
Nak review perjalanan majlis merisik & bertunang terus ni..
Bagi yang tak pernah mengalaminya macam kina mungkin rasa..
Pengalaman ni perlu dikongsi..kina tak tahu perjalanan majlis mulanya..

Pukul 6 pagi, kina bangun mandi..kemas-kemas sikit..
Pukul 8.00 kena pergi make up dekat rumah mak andam..
Mak andam ni memang nak kena review ni..haish..
Dekat pukul 11.00 baru siap make up..balik rumah..

Terkejut jugak ramainya manusia..haha..dah la cakap sape ni?
make up da jadi tak kenal..hampeh..haha..
ayah kina pun cakap, ayah sendiri pun tak kenal..kah3..mereka gelak lagi..

Pihak lelaki sepatutnya datang 12 tengahari tapi lewat..
menunggu makcik dari Jengka katanya..
Pudin memang beriya mintak maaf..dia tak sangka
sedara dia ramai nak ekot..huhu..
kawan kol tanya rumah kat mana..sambil menunggu pihak lelaki..

Kina pun kena sound jugak la sebab kelewatan tu..
Kenapa mereka begitu melatah?sebab tukang cakap kami..
iaitu Ustad Badrul nak kena pegi mengajar driving pukul 1..
Kina dah bagitahu bukan ustaz ni la cikgu driving kina..haha..
sempat tengok blog lagi..haha..

Ok, pihak lelaki dah sampai bawak 5 dulang warna biru..
Yes2..itu hantaran yang kina buat! tiba excited tengok hasilnya..
Kina si perempuan nervous duduk je kat tingkat atas..

Dorang pun berbincang-bincang..kina tak dengar pun..
Bukan pakai mic pun..tapi dengar la dorang dok gelak-gelak..
Ceh..makin nervous tau..
sesi perbincangan, ayah kina baju hijau


Last-last dorang panggil turun..
Ok2..adik2 sepupu kina yang kecik-kecik..
kebetulan pakai warna hijau sama 3 orang..beratur ikut ketinggian..
dengan bunga tiada di tangan..suruh je turun pelahan-pelahan..
diikuti dengan kina..lalalala..segan kot semua orang tengok..

Turun je ibu lead ke tempat sarung cincin..
duduk atas bantal berwarna merah ada emas-emas..
bantal yang dipinjam last minute..merah tak merah kebas je..

Sesi menyarung cincin bermula..
FMIL = Future Mother In Law tanya menantu first kat sebelah dia..
"Kiri ke kanan ye?"..kakak tu pun jawab, merisik cincin belah kiri..
Cincin tunang pulak belah kanan..

Huhu..mengeletar tangan kina menghulur..huhu..
Dah la hampir tak muat..ces..memalukan..haha..nasib baik muat..
Cincin tunang pulak longgar la plak..memang longgar sebab tak resize lagi..

Dah habis menyarung cincin, kina pun bersalaman dengan semua
perempuan yang ada kat rumah tu..sedara pudin ke sedara kina ke..semua kusalam..
Bila semua pergi makan, kina jadi bahan amik gambar..lalala..
Perut dah berbunyi sebab pagi makan pau je..nak makan ke tak nak makan ke tak..
Takde sape nak lead sebab semua sibuk..so berborak la dengan bestfriend..

Bila future in law nak balik, dah amik dulang semua..
Baru la lega..hehe..makan sikit..pastu..
korang tahu kina buat apa?buang make up..

pastu kina tidur..hahaha..
tidur dengan baju tunang colour peach tu..haha..

zZZzZZzzzzzzzzzzzzzzz..lega gila kot..
bangun pukul 6.00 nasib baik tak boleh solat..haha..


Pemenang Contest Kesayanganku

Salam..
Seperti yang dijanjikan, kami nak umumkan pemenang contest kesayanganku..
Seperti yang sedia maklum ada 3 kategori..Lain kategori lain la pemarkahannya..
So..terus kepada top 4 kita..undian telah dibuka selama 2 hari..
Terdapat 32 undian..Undian ni amat penting dalam membantu menambah
markah yang telah diberikan dari pihak juri..yes..sangat berbeza jadi markahnya..

PEMENANG KATEGORI KREATIF
1)nana
-seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya damia-

2)ahmadnazrii
-seorang anak yang kelakar & sayangkan maknya

3)an
-seorang blogger bride yang sayangkan blognya

4)littlemyrashmallow
-seorang gurl yang sayangkan komiknya

walaubagaimanapun 3 peserta yang mendapat tempat di top 4..
juga akan menerima hadiah dari Beijing, insyaAllah..
selepas kina pulang dari sana iaitu akhir bulan Jan 2011.


JENG..JENG..JENG..

kategori seterusnya..
yang banyak memberi traffik kepada blog ni..
seterusnya mengajak rakan-rakan
untuk join juga..

PEMENANG KATEGORI REFERAL
1) hiro
2) mrs faizal to be
3)nur

last kategori..untuk orang-orang yang bertuah..
hanya 55 orang dari 62 peserta yang layak untuk kategori ni..
kiranya tolak 7 orang kat atas ni..
kami nak semua dapat hadiah..adil bukan?

PEMENANG KATEGORI RANDOM
.
.
.
.
bleh tengok gambar ni..

1)BENA
2)nisa azman
3)m i m i

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!..Alhamdulillah..
rezeki anda kali ini..
Pemenang no1 setiap kategori sila emailkan
Subject : PEMENANG CONTEST KESAYANGANKU
Nama:
Email:
Alamat:
No akaun CIMB:


Bagi pemenang yang lain anda boleh emailkan

Subject : PEMENANG CONTEST KESAYANGANKU

Nama:
Email:
Alamat:

kepada shakina.farhan@yahoo.com

yang tak berjaya jangan sedih..

Buat contest memang bukan perkara mudah..
Juri pun bukan kina sorang..
InsyaAllah kina akan buat giveaway pulak nanti..

GA lebih senang nak buat kan..?
Dalam pikiran hanya perlu komen & berpeluang menang..
Lagi best kan..
Keep in touch everyone..
Thank you..;)

My Engagement Day : Yesterday was my E-day!

Salam..hehe..no more counting days..
Yesterday was the day Sharifuddin & Shakina were officially engaged..
 Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..keranaNya semua terjadi..
A million thanks to my family,friends & bloggers..

Sebab takde gambar pada kina..just share gambar dari
facebook my housmate aka schoolmate juga : zana
teaser jela ye..teaser la sangat kan..hehe..
malu la nak review panjang-panjang..ada ke yang nak baca..
takde orang baca pun nak review gak..haha..cakap nak belit..
nampak pendek..memang pendek pun bukan nampak lagi da..haha..
abaikan kaki orang kat situ..ha..nampak bunga tangan kina?fererro roche ada jugak!yeay..
pudin with my family
insyaAllah..akan umumkan pemenang-pemenang contest kesayanganku malam ini..
stay tune..

Persiapan pertunangan: Ok..nervous!

1 day to go..
actually dalam 14 jam je lagi..
my friend siap hantar sms dup dap dup dap..
haha..seriously..baru rasa nervous gila..
macam mana nak duduk, nak jalan, nak pandang orang esok..
 
Banyak problem masa last minit ni..
Bekas hantaran patah la..
Tak cukup meja la..
Ketot berak la..haha..busuk ok!
harap2 makan semua cukup..
Terharu juga ada makcik siap post dari penang
coklat ada tulis nama sekali..
terus la masuk buat dalam hantaran..
Thank you very much..
 
Doakan kami esok ye..
Rindu bloggers semua..


Contest Kesayanganku Mari Undi Top 4!!

3 days to go

Salam..

Tapi sebelum tahu senarai top 4..dah undi ke blog ni
untuk Blog baru pilihan?hehe..no 193 ye..
nak undi klik sini..really appreaciate it!

.
.
.
.
Mesti semua top 10 berdebar-debar kan..
Jangan sedih, anda masih berpeluang untuk menang..
Dengan ini, kina umumkan top 4 pulak..
Yes..keempat-empat ini akan menerima souvenir dari Beijing..
Semua dah kompem2 akan dapat hadiah..
.
.
.
CUMA..
.
.
Siapa yang akan bawa pulang RM23 untuk kategori ini..
Walaupun RM23 je..tapi siapa nak bagi free kan?hee..
Undian akan menentukan..Markah bagi setiap calon top 4 ni..
Semua hanya 80%..so dengan undian ni akan dapat lagi 20%..
Tempoh undian adalah dari hari ni 
15 Dis 2010 sekarang hingga 17 Disember 11.00 malam..

Kina akan announce pemenang bagi semua kategori..
Termasuk la referal & random..
Top 4 ni takkan tercalon/valid untuk kategori lain ye..
akan try announce pada minggu ini juga..
harap semua dapat sabar ye..;)


Drum roll sikit..
.
.
.
.
Tahniah kepada 




P/S: Cara undian : klik dekat poll nuffnang belah kanan ni ok..---->


Contest Kesayanganku Top 10


Salam..

MasyaAllah..sangat lah susah untuk memilih antara 62 contestant..
mari kita lihat top 10 bagi kategori kreatif
yang mendapat markah tertinggi buat masa ini..oh ye..
yang tak tersenarai jangan khuatir & jangan bimbang..
& jangan sedih ok..
anda mungkin pemenang bagi referal & random tau..

.
.
.
.
.

  1. littlemyrashmallow
  2. lekatlekitgurl
  3. basyirah
  4. nana
  5. fiverul
  6. siti
  7. an
  8. ahmadnazrii
  9. misseyeme
  10. haszuraidah ishak
Bagaimanapun..top 10 masih tidak layak untuk menerima hadiah..
kami akan pilih 4 yang terbaik dari 4 juri tu ye..semoga berjaya..;)

Persiapan pertunangan : Ferrero roche


4 days to go

Salam semua..da undi no 193?hehe..
tak undi lagi? klik je sini..then cari no 193 ye.

By the way..baju tunang kina dah siap!
tapi terlalu kosong macam air kosong yang suam.
nanti nak menampal batu swazoski
atau manik-manik yang sepatutnya..dah amik gambar
tapi buruk gila pakai kamera hanpon tu..so far, puas hati..
tunggu kina jumpa kamera sesiapa untuk dipinjam..
haha..

Berbalik kepada tajuk..mula-mula nak buat hantaran
menggunakan ferrero roche keemasan itu..dah beli da..
tapi..tapi..tapi..

dah habis dingap oleh kina sendiri..haha..
1 pun tak tinggal..!
my favorite..sedap tak hingat da nak buat untuk hantaran..
jangan tiru aksi ini ye rakan-rakan..
nak ferrero roche jadi bunga tangan boleh?



Persiapan pertunangan : Cake Telekung?

5 days to go

Salam, wah lagi 5 hari je..huhu..& hari ni kina cuti..
Nak share cake telekung untuk hantaran encik pudin..

Untuk pengetahuan umum, hantaran dari kina, 
ibu kina yang buat..& kitorang nak bertanding..
sape buat lagi lawa..erm..kalau dari segi budget..
kompem la ibu kina menang..haha..

Gubahan telekung berbentuk kek..macam kek fondant plak kina tengok..
Comel tak?hehe..very-very like hasil idea my best friend..
a.k.a my wedding manager insyaAllah..
sebab citarasa kami sama..sakit hati bila orang
cakap tak boleh la..bla3..bagi pendapat is ok..
but to hardly defend ur opinion..can get lost..
haha..emo nampak..

Telekung beli dekat jalan tar je..RM45 je..sesuai sebab corak tu kan..
Actually bunga biru tu tak cukup then letak kain net tu..

Ha! by the way..kina need your help & your voting..
kalau rasa kek telekung tu comel..klik bawah ni..hehe..
tiba2 je kan..^_^..untuk blog baru pilihan 2010..
Kalau suka baca blog journey of b2b to 11.11.11 ni..
Cuma scroll down cari no 193 kemudian vote ye..
undi sis nyomel juga ye..no 134..:)

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork