Review: Catering & Meja Beradab

Salam 
 Hari ni kina review tentang catering yang kina guna masa majlis.. 
In fact, kina gunakan catering yang sama untuk tunang & resepsi.. 
Tapi ada juga ibu & makcik kina masak separuh untuk tunang & nikah..

Pemilik catering ni adalah kawan ibu kina..Dulu kerja sepejabat..
Tapi sekarang dia buat catering & makanan dia sangat sedap..
Dapat la harga kawan-kawan..itu la gunanya berkawan..
Saling tolong-menolong.

Catering Tafadz di Kuantan..
Tak payah google, kina dah google takde online website pun..huhu..
Pemiliknya : Zulaimi (0139325482)
Dia beroperasi dari rumah tapi dah lama dah..
Mungkin sesiapa yang berminat boleh la contact beliau..

Untuk harga pakej kina tak berapa pasti sebab ibu kina yang handle..
Kina cuma serahkan duit belanja kawen & ibu kina yang membayar..
Yela, keje kat KL masa tu..susah nak uruskan bab vendor di Kuantan..

Tapi anggaran kina RM10-RM12 untuk sekepala..
Macam yang kina cakap harga dia mungkin berbeza
Sebab ni harga kawan-kawan gitu.
Pastu ada pak sedara bagi lembu seekor untuk masak..
Jadi dia tolak harga untuk daging.

Apa yang kina dapat masa resepsi :
Makanan & Minuman ( Macam biasa)
Makanan untuk pengantin ( Masih teringat ayam percik itu)
Tapai ( Tak sempat merasa pun)
Cendol untuk 500 terawal ( Tak merasa jugak)
Sarung kerusi & Alas Meja..Pink & Gold
Pekerja beruniform
Terliur plak tengok gambar tapai ni
(kina nak pink & grey sebenarnya tapi ibu cakap jangan macam2 la)
Hahaha..tak kisah la..yang penting ada sarung kan..

Walaupun kina ada pelamin tapi takde tepung tawar..
Bila masuk dewan kina terus ke meja beradab dulu..
Lepas tengok special nikah playback baru start bergambar atas pelamin.

Gold pun gold la ibu..masa ni baru masuk dewan & terus ke meja beradab
Untuk meja & kerusi kina sewa dari Majlis Perbandaran Kuantan..
Itu la pejabat ibu..dapat la harga pekerja..huhu..nak jimat..
Kina mintak meja petak je sebab dewan tu kecil je..
Meja bulat hanya ada 4 ketul untuk VVIP..

Bunga-bunga kat depan stage..
Bunga-bunga kat depan meja beradab..
Semua tu pun pinjam MPK punya..
Keadaan di meja VVIP..sedap korang makan eh..
Meja petak yang boleh muat 6 orang utk jimatkan space
Dan last but not least..
Uncle Zulaimi bagi free hiasan meja beradab..
Sebelum kina tahu dia akan bagi kina cakap kat ibu kina..

''Meja beradab nak ade tirai ke belakang
sebab ade tingkap besar belakang tu''
''ok, nanti ibu suruh la sape2 buat''
Bila belakang ada cahaya dari luar, gambar akan nampak gelap..
Jadi nak ada tirai putih & hiasan sikit-sikit atas meja ok la..

Bila ibu cakap dia sponsor meja beradab syukur Alhamdulillah..
Dia di sini bermaksud Catering Tafadz ye..bukan ibu kina..
Dia tak buat tirai tapi macam ada backdrop colour pink..
Kina suka asalkan muka tak nampak gelap dalam gambar..haha..
Ini lah meja beradabnya..Penuh bunga pinjam..hahaha
Sebelum pengantin bersantap
Pengantin sudah mengambil tempat
Pengantin perempuan yang pantang nampak kamera
Hilang tumpuan di saat minuman dituang oleh pekerja catering
Merenung makanan..bila dapat makan ni..

Alhamdulillah, kina takde rasa masalah dengan catering..
Cuma ayam tak cukup sebab terlalu ramai yang datang..
Tapi Uncle Zulaimi tambah & masak time tu gak..

Rasanya takde orang yang tolong cedokkan untuk tetamu..
Kina lagi suka takde orang cedokkan tapi ok je kalau ade pun.

Kina rasa tetamu macam kina suka makan ayam..hahaha..
Kina paling suka ayam banyak isi..susah nak jumpa geng..
Ramai kawan kina suka ayam tulang, tp senang nak tukar..haha..
Asal dorang dapat isi confirm bagi kina takde rebut-rebut..
Jom kita makan duluuuuuuu..^___^

Ok la..itu sahaja..berminat nak tahu detail boleh la call beliau ye..
thanks..

P/S: Serious lapar tengok gambar makanan walaupun sipi-sipi





Bye-bye inspirasi baju bertandang

Salam 
 Today is totally not a Wordless Wednesday for me..
Orite..pada yang pernah baca inspirasi baju bertandang kina..
Design dress tersebut adalah design Calvin Thoo bernilai RM4.800..

Kina rasa sesuai la dengan harga dia bila tengok design & materialnya..
Wah..Memang tak mampu la..haha..RM100 pun fikir 100x..
Sekarang tengah gawat ni gara-gara nak pindah bintulu..

Cancel la design seakan ini sebab nanti susah nak pakai balik..

So, lepas tu kina berangan nak buat design dress kain flowy tu..
Yela, sekarang tengah meletup-letup design kain ni dari tahun lepas..
Ingat nak buat warna coral dan hitam macam post kina yang lepas..
The color combo yang terpaksa cancel juga..:P
Gara-gara kemalasan buat lining & nak try material baru..
Sebab bertunang dah kain chiffon, nikah plak chiffon & lycra..
Pergi la ke Kamdar..Rembat kain apa ntah..RM16/meter, beli 5 meter..
Sebelum beli tu try buat macam flowy-flowy gitu, macam boleh..

Lepas tu jumpa tailor ( kawan ibu), dia cakap tak sesuai..
Melainkan bila plated tu kena iron supaya tak kembang katanya..

Erm..Kina taknak nampak kain tu berlipat tajam2..
Macam iron style baju sekolah..Hahaha..

Last-last buat design biasa saje..
Kain ikan duyung & hujung baju ada belah tengah..
Cuma ideanya kina nak tepek bunga 3D chiffon..
Lebihan yang sepatutnya jadi tudung..
Bunga 3D chiffon tu yang ada 3 pearl di bawah..
Pearl tu pun lebihan veil & tudung nikah tempoh hari..

Bertimbun lagi bunga ni diperlukan tapi masih relax sakan..

Hari ni, terstumble upon gambar dari facebook Hariz Zakwan..
Design untuk Promosi Year End Sale..harga runtuh katanya.!
Picture credit to Hariz & Team
Terkejut gila sebab design tu sama dengan angan-angan kina..
Sebelum tak jadi nak buat design macam ni..
Susah nak cari design dengan warna ni..
Sebelum ni kina google juga, ok tak kalau buat macam ni macam ni..
Tapi tak pernah jumpa yang sama betul dengan apa yang dibayangkan..

Cantik bukan?
Warna lebih kurang sama, kain flowy sama
Lace hitam dekat hujung lutut baju sama..
Cuma material lycra..
Tak mungkin menempah lagi sebab budget tidak mengizinkan..
Alahai..tengah membayangkan diri sendiri tapi versi lebih berisi..haha..
Tak sesuai..: P

Bye-bye inspirasi baju bertandang.. 
You will always in my heart & my blog..lol
Tutup case..tunggu je baju tu siap nanti..: )
Thank you buat yang bagi link, nanti kina link ok!

P/S: Harap-harap lawa macam ikan duyung bila bertandang nanti..
HAHAHA..confirm idok le kan..

Kawa-ii (Shop) maksudnya cute!

Salam 
 Siapa yang minat cerita jepun ke anime ke mesti tahu maksud kawa-ii.. 
Kawa-ii Shop sudah tentu la menjual barang-barang  cute untuk orang cute..
Tak dilupa dari orang cute iaitu owner Bunga & Langit 
(She is Ka-ii - Blogger B2B jugak tau)
Check it out her preparations, ideas & DIY yang cool..:)

Kawa-ii Blog Shop sedang mengadakan Year End Sale (YES) girls..
Nak tahu apa yang dijual? berapa? untuk apa?

Jeng..jeng..jeng..

Bunga Lace 3D! Bunga-bunga 3D kan tengah in sekarang ni..
Zoom in bunga 3D yang diperbuat dari cotton

Setiap baris ade 6 bunga yang kawa-iiii
Kawa-iiiiiiii..(iiii tu kena harakat panjang sikit setanding dengan kecomelannya)

Harga sempena Yes End Sale ni korang boleh dapat berapa?
Normal price : RM20/yard
Sale price : RM14/yard

Code = RW6 01
Width = 7.8cm-8cm
Length = 1 Yard (91.44cm ~ 92cm)
Color = White
Flower = Rose
Postage = RM6 (Semenanjung), RM10 (Sabah & Sarawak)

Apa kegunaan bunga 3D lace ni?
Macam-macam korang boleh buat contohnya tengok kat bawah ni:-
- untuk patch pada veil & baju kawen
- untuk tepek pada beg 
- untuk hias pada doorgift kawen
- untuk jahit untuk bantal letak kat bilik pengantin
- untuk buat headband flower girl
kawa-iiiiii!
contoh-contoh penggunaan bunga lace 3D ni: taken from google image
Kina difahamkan kawa-ii shop akan melancarkan beberapa lagi design..
Design bunga lace 3D dengan pelbagai warna & jenis..coming soon gitu..
Kalau korang nak custom-made ke atau nak request boleh la email beliau ok..





Coming soon!!

Ok la..tutup cerita tentang promosi bunga 3D lace..
Kawaii blog shop juga ada menjual tudung-tudung yang menarik..
Dan yang paling penting unik & affordable untuk kita yang budget2 ni..

Kina rasa bagi bride-to-be yang tak menggemari tudung awning..
Yela, sekarang nak cari tudung bawal pun susah dah..huhu..
Boleh la try tudung bawal dari Kawa-ii blog shop..
Cute kan? sesuai untuk buat tudung nikah tapi bukan awning..
Tudung bawal pun secantik tudung awning tau..
Banyak lagi jenis tudung yang menarik tau..
Orite..untuk tahu lebih detail tentang harga ke macam mana nak purchase..
Boleh la contact Kawa-ii Blog Shop & like la fanpagenye ok:

Email: kawaiishopblog@gmail.com

Disclaimer: This post is fully sponsored by kawa-ii shop
Sila berurusan terus dengan
 
kawa-ii shop untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan  kawa-ii shop 
adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)

Kina nak ke bintang la!

Salam 
 Siapa tengok mimpi sampai ke bintang semalam? hahaha..
Kina tak tengok dari awal sebab kina tak minat sangat tengok ria..
Kina suka AXN, DIVA,Star World..hehe..

Kebetulan pudin dok main tukar-tukar channel terbukak la cerita ni..
Masa tu part Elfira cakap Kina nak ke bintang..hahaha..terus gelak..
Syok sendiri kan dengar nama sendiri..pastu tengok la sampai habis..

Walaupun cerita ni macam lawak-lawak sengal-sengal ubi..
Suka part kina, adik & mak dia sebab kelakar..part hero & heroin berjiwang tak best..
Tapi kina suka lagu OST mimpi sampai ke bintang..Boleh buat lagu video kawen weh..
hahaha..layan je la..best..


Selamat hari potong kuku! Jumaat hari potong kuku jom..
Jangan kita biarkan setan berlambakkan di hujung jari..

Review: Hantaran L&P

Salam 
Wow..70 votes untuk post semalam..terima kasih sangat-sangat..
Ada ramai yang komen kelakar & ada yang sangat memberi kina idea..
Kita tinggalkan sekejap pasal canvas tu, bila dah siap kina tunjukkan ye..

Hari ni kina nak review tentang hantaran dari lelaki & perempuan..
Kina memang tak masuk campur dalam pembikinan gubahan hantaran ni..
Kina cuma cakap perempuan nak pink, lelaki nak biru..
Sama macam baju kitorang.

Untuk hantaran belah perempuan, makcik kina sponsor..
Semua gubahan & alat-alatan yang terlibat dia sponsor kecuali barang hantaran..lol
Makcik kina ni memang selalu buat gubahan hantaran & dia di Shah Alam.
Sentuhan dia memang nampak sangat exclusive.

Dia cakap dia akan buat bunga dip & crystal warna biru pink..
Sebab warna tu sangat menyerlah..kina tak cakap pihak lelaki pun biru..
Orang dah nak sponsor kita jangan sesekali nak lebih-lebih, jadi ikutkan je.

Untuk hantaran belah lelaki, kina menang 5 gubahan dari Suri Wedding.
Memang dari lelaki nak buat 5 hantaran je jadi sesuai sangat, Alhamdulillah.
Masa discussion, warna biru putih silver jadi pilihan.
Design memang serahkan je ikut lah nak buat camne.
Baek gila, kitorang tak perlu bayar deposit keselamatan pun.
Percaya kat kitorang akan pulangkan dulang yang cantik tu.

Sebab 2 2 dari Shah Alam, bila amek 2 2 ade biru & pink..hihi..
2 2 cantik sangat jadi tak kisah langsung warna lebih kurang..
Lagipun bentuk hantaran berbeza..syukur sangat..
Kalau kina buat sendiri confirm tak cantik macam ni..
Hantaran dari pihak Lelaki
Hantaran dari pihak Perempuan

Untuk barang hantaran pula. Ada yang beli, ada yang orang bagi, ada yang recycle.
Pada pendapat kina barang hantaran ni belilah yang korang perlu & akan guna.
Kina sertakan apa barang hantaran kitorang haritu.
Bagi yang tak tahu nak bagi apa kot2 tengok senarai ni ada idea sket.

Hantaran kepada perempuan ( 5 dulang hantaran)
- Cincin ( kina recycle cincin tunang)
- Beg tangan ( kina memang pakai sekarang ni)
- Kotak Iphone (kotak je sebab pakai dah berbulan..huhu)
-Perfume (beli dekat sogo masa sale..bau coklat)
-Innershine (hadiah dari innershine)

Hantaran kepada lelaki ( 7 dulang hantaran)
- Cincin (cincin silver yang comel itu)
-Al-quran (beli dekat semua house tingkat G)
-Jam couple (beli dekat sogo time sale gak)
-Digital frame ( beli masa kat beijing 3x ganda murah dari kat sini)
-Kek lapis (kawan ibu buat & sponsor)
-Kasut ( untuk dipakai masa resepsi)
-Perfume (beli dekat sogo gak)

Hantaran yang telah digubah by Suri Wedding.
Gambar ni takkan dapat dilihat di majalah Pesona Pengantin. haha
Dapat tengok kat blog picisan kina ni je..hee..

Ok, dah dapat tengok hantaran dari pihak lelaki..
Hantaran yang digubah by Makcik Kina yang kina panggil Wan Intan
Mula-mula dia tanya nak pakai dulang kina ke dulang dia..
Kina cakap pakai semua wan intan punya la..
Here we go..nice kan?

Terima kasih Suri Wedding & Wan Intan
Suri Wedding sangat baik, walaupun kitorang menang contest,
tapi dorang layan kitorang macam customer yang bayar kat dorang.
Pelamin-pelamin dorang pun cantik sekali!
Hubungi Suri Wedding : Suriweddings Shahalam (FB)
Hubungi Wan Intan : 012 3685064 (cakap tahu dari Sheena)
Sheena tu nama glamor dalam family..hahaha..cakap kina maybe tak kenal.

P/S: belilah barang hantaran time sale!

Anda suka yang mana?

Salam 
Susulan dari review semalam tentang canvas kina.. 
Kan kina ada cakap kina nak buat photo canvas lagi 1 dengan gambar wedding..
Alhamdulillah, semalam dba owner The Photobooth Corner call kina once dia baca post..

Dia cakap rasa bersalah sangat & dia pun tak tahu..
Dia cakap terima kasih sebab kalau tak dia tak boleh nak baiki sebab tak tahu..
Sebagai penghargaan dia nak hadiahkan kina 1 canvas secara percuma..
Wowweee..best kan..

Apa yang kina nak puji tentang dba, dia seorang vendor yang tak cepat melatah..
She think positive about review kina..lagipun memang tak salahkan dia..
Macam yang kina cakap, miscom berlaku. Lagipun kina 1st customer..
Tengok canvas yati smart ok! Kagum 8 tahun bercinta tu..

Bagi yang nak tahu harga & size boleh contact dorang :
Email us at adibahzack6@yahoo.com / saifulcorner@gmail.com

or call us! 0176571345/0162065767 - adibah
0163235767-saiful
Copy paste from The Photobooth Corner tentang Q&A service dorang.
1.Q: it is your canvas full wrap?   A: yes, our canvas its full wrap.
2. Q: how long would it take to print the canvas?    A: at least 3 days.but we need at least 5 days to have it finished.
3. Q: how about delivery?    A: we dont do post delivery.we deliver it by ourself.we prefer to meet customers in klang valley.
4. Q: how about the colour printing?    A: don worry about that.our printing as the same colour as your given picture.
5. Q: how about the payment?    A: you have to pay full payment for us to proceed the printing.by bank in the agreed amount to our bank.
    maybank : 1-64017-22157-6    cimb : 121-0001704-1523    payee name: adibah zakaria

Orite..kina perlukan pertolongan korang-korang sekalian..
4 gambar ni antara gambar-gambar favorite kina juga..:)
Antara gambar ni yang mana best buat print canvas nak letak dalam bilik.

Gambar 1


Gambar 2
Sudah diremove kerana agak blur..hehe..jadi kurang persaingan sikit..

Gambar 3

Gambar 4


Undian anda dihargai & didahului dengan terima kasih..:)

Review: Perihal canvas

Salam 
 Sekarang ramai yang gunakan photo canvas untuk welcoming the guest..
Biasanya canvas ni akan diletakkan di kayu penongkat canvas atau easel..
Kina pun tak terkecuali..hehe..kina tempah dengan The Photobooth Corner..

Namun begitu, ada sedikit salah faham yang berlaku antara kami..
Kina request TPC untuk tambah wording Welcoming words atas gambar..

''Welcome to Shakina & Sharifuddin's wedding''

Lebih kurang gitu la..sebab nak letak depan dewan kan..

Selepas beberapa hari, kina upload tentang design signage kina..

Kemudian Dba ( owner TPC) komen pada gambar signage berbunyi begini:
''Kina , boleh guna tulisan ni untuk letak pada canvas?''

Pada fikiran kina, TPC akan gunakan font seperti font signage..
Kina suka font tu jadi terus kina setuju tanpa berbincang lebih lanjut..
Kina ingatkan font tu akan digunakan untuk ayat welcoming tu..
Rupanya dba minta izin untuk letakkan signage tu sekali..

Disebabkan kina tempah pun 2 minggu sebelum majlis..
Kina dapat 2 hari sebelum majlis & dba sendiri yang hantar pada kina..
Ini lah canvas kami..bagaimana?
Walaupun nampak macam tak sesuai tapi ok aje la..
Sebab miscom antara kami berdua kan..
Jadi, memang tak dapat buat semula canvas tu..
Kina rasa salah kina jugak tak mintak check sebelum print..

Namun begitu, apa yang lepas jangan dikenang..
Buat bride to be yang lain, kalau nak tambah wording cuba sketchkan
Atau pun buat sendiri pada gambar yang nak digunakan..

Jadi, ini lah canvas kina di hari kejadian..
Easel tu TPC sponsor..hehe..kasi pinjam..tq2..

Terima kasih The Photobooth Corner
Print la canvas anda di sini..Kualitinya bagus..

Cuma jangan buat silap macam kina ye..

Segan sebenarnya orang tengok gambar kita..hihi..
Gambar digunakan dari pre-wedding shoot main-main kitorang tu..

Kina suka canvas sebab boleh guna semula letak dalam bilik..
Kina rasa nak buat canvas dari salah satu gambar wedding untuk letak di bilik..
Tak tahu nak pilih gambar yang mana lagi..
Nanti buat undian lah..hehe.. :) 


Review: Baju Nikah

Salam 
 Mahu cerita tentang baju nikah kina hari ni.. 
Sebelum kina menyarung baju ni ramai cakap beraninya..
Yup, sebab warna-warna yang sangat striking..risau nampak pelik..

Pink Purple Turquoise
Nampak pelik ke? malu chek..:P

Dulu kina tak pasti warna biru kina tu biru apa..
Tapi ramai bilang tu biru turquoise jadi turquoise la gamaknye ye..:)
Tok kadi masa nikah lagi la..cakap baju ijo (hijau)..biar betul tok ni..:P..hihi
Macam yang kina pernah post dulu tapi buat siaran ulangan ye.
Ini versi full version review, sonang tak yah tekan old post..

Material yang digunakan untuk baju nikah kina ni:
1) 4.5 meter kain chiffon berwarna turquoise untuk bahagian luar
2) 4.5 meter kain lycra tone colour untuk lining bahagian dalam
Kain chiffon tu lembut & beri impak flowy, lycra plak sejuk je..
Kalau pakai lycra saje pun nampak flowy tapi ikut badan sikit..
Ini lah kain lycra tone color turquoise, pink & purple
Tips kalau nak buat guna kain tone macam baju nikah ni:
Beli kain tone dulu baru beli kain 1 tone untuk matchingkan.
Macam masa kina beli, kina ade 3 pilihan warna..
Mula-mula rasa nak pakai pink tapi taknak la pudin pakai pink..
Pastu pilih biru sebab nampak biru tu cantik plak..
Alhamdulillah jumpa kain chiffon biru yang sama..

Beli kat mana?
Kina beli dekat Alamoda Kuantan.
Harga kedua-dua jenis kain kebetulan sama!
RM38 per meter (pada kina yang jarang beli kain ni rasa mahal..huhu)
Dekat Kuantan memang tak banyak pilihan untuk beli kain..
Tapi untuk bertandang kina beli kain kat Kamdar je..murah..

Design baju nikah kina:
Jubah..Sebab tu pakai 4.5 meter..
Ada butang dummy kat depan, Zip di belakang..
Senang baju zip, sebab bila dah make up tak terganggu nak sarung.
Ini merupakan sketching di awal perbincangan dengan tailor..
Sama dengan hasilnya..:)

Main-main tone:
Ok, bahagian ni yang tricky sikit..
Kalau tak matchingkan tone dengan luar nanti nampak pelik..

Bahagian dari pinggang ke bawah, chiffon tu buat terbelah kembang..
Tujuannya adalah ntuk tonjolkan kain tone tu..lagi-lagi bila berjalan..
Kain tone tu plak warna biru yang sama dengan chiffon diletak bahagian atas.
So, dari leher ke pinggang tak nampak la warna bertindih sebab warna sama.
Belahan kain chiffon, kain tone bahagian turquoise di atas.
Bahagian lengan plak buat lining guna kain lycra tone pink..
Sebab kat luar nak buat macam terbuka-buka ditutup dengan butang.
Lepas tu cekak tangan & leher pun pakai lycra pink yang sama.. 
Nampak simple tapi banyak songeh jugak ye nak jahitnya..: p

Tailor kina merupakan kawan ibu kina:
Kak ina dengan upah jahit RM180. Susah nak jahit kain lycra & chiffon.
Sebab tu dia charge mahal dari biasa dia cakap..
Beliau adalah surirumah di Sg Isap Kuantan (kalau tak silap)
Dulu pernah berkerja di butik di Kuantan.
Untuk bertandang pun kina hantar kat dia. (tapi belum hantar..huhu)
Kalau nak contact kak ina boleh call : 014-8179391/0179210978

Kina rasa dah cukup detail..hehe..harap-harap membantu..
Baju kina simple sebab memang nak pakai baju ni semula..
Dah pakai pun masa wedding abang ipar tempoh hari..

Boleh buat raya, buat pegi kenduri orang lain. 
Buat kenduri sendiri lagi la boleh..:P..dengan mertua kesayangan..:)
Suka baju nampak flowy je.
Bila duduk bersimpuh nampak kain tone lycra tersebut..Kain tu elastic senang nak duduk.
Ini gambar full baju kina tangkap semasa nak pakai pegi wedding abang ipar..
Takde beading pun..sebab tu buat tudung over sikit..huahuahua..
Gambar full design baju nikah kina.
Harap yang memohon kina review dengan terperinci dapat info yang diingini..
Kalau tak cukup, email saje kina ok..
Sharing is sexy!
Sekian, terima kasih..:)
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork