Review: Make up bertandang & Fabric Ring

Salam 
Hari ni nak review make up & fabric ring yang kina DIY..
Actually takde benda yang baru pun tapi at least ada post baru..haha
Kesian tengok blog terabai kerana kemalasan ini. Bukan busy pun.

Ok, make up kina adalah dari Kak Ipah, orang yang sama make up kina.
Masa nikah dia, masa resepsi pun dia. Cuma yang berbezanya kali ni.
Kina pergi rumah dia untuk make up. Sebab anak dia nak pegi tusyen pagi tu.

Oh ya, untuk tengok review & details pasal Kak Ipah dulu,
boleh la klik kat SINI.

Sebab rumah ibu kina & mertua dalam 3 jam perjalanan.
Cadangnya nak gerak pagi-pagi tu dengan sedara mara.
Ibu kina mintak kina siap-siap make up terus dari Kuantan.
Yela, nak upah MUA ke sana makan kos.
Nak make up sendiri tak lawa. haha.

Tambahan pula, nak konvoi dengan sedara ramai yang tunggu 
di pertengahan jalan. Takde orang la nak layan make up aok tu. haha.
Selagi boleh jimat & memudahkan orang lain kina ok je.

Lepas Subuh, mandi manda, bersiap, terus ke rumah Kak Ipah.
Make up dengan Kak Ipah ambil masa 1 jam.
Kina cuma nak make up yang simple & mata avril lavigne (Konon)

Make up awal ada baik & buruknya.
Yang buruknya kita akan nak tengok cermin sepanjang perjalanan.
Bila dah tengok cermin, nampak tebal mula la dibuang sikit demi sikit.
Hahaha. Ini bukan kes make up cair tapi diri sendiri yang cairkan.
Sampai ke rumah mertua lipsticks dah tinggal nyawa-nyawa ikan.haha.
Tak kisah la, yang penting muka tu tak kusam sangat.

Ini je gambar paling dekat untuk make up by kak Ipah.
Bukan takat cermin, camera front handphone pun jadik! haha.

Nah, amek! bapak besar gambar.


Hidung tak berapa nak mancung, pipi terserong-serong. Yang penting jerawat tersembunyi.
Akhirnya, sebelum nak outdoor make up memang dah ciput.
Kina touch up lipstick sendiri warna coral gak. hee.
Kak Ipah pun dah cakap awal-awal nanti touch up la.
Dah la kina pegi lap2, memang la kena touch up.
Sempat jugak OP amik gambar. Sebelum nak pegi outdoor.

Ok, cerita pasal fabric ring ni.
Kina ada buat tutorial, nak tahu lebih lanjut klik SINI.
Senang je nak buat. Cuba la. 
Fabric ring yang match dengan flower atas baju

Gambar candid: Suami sedang tolong betulkan veil. See the fabric ring?

All photo credit to: (kecuali gambar gedabak atas sekali)
Official Photographer: Kerjagilasimol Photography
Assist by: Akmal Sungkanah


P/S: Happy birthday to me. Dah 25 tahun dah. Hee.
Usia? Hanya pada angka. : p



Review: DIY Baju Bertandang

Salam 
 Bertandang atau pun sambut menantu orang panggil kan.
Sebab jarak antara bertandang & resepsi belah perempuan agak jauh.
Kina nakkan baju yang simple, sweet & cost-friendly (ada eh istilah ni?)
Feeling tinggi bila pakai baju ni. hee.

Kina memilih buat sendiri baju tapi dengan cost paling murah.
Tajuk DIY tu bukan la semua kina buat dari zero ye.
Tak reti la nak menjahit baju, kalau reti dah jahit dah.

Bila kita buat baju sendiri adalah penting untuk able to wear it again.
Paling tidak boleh disewakan. Kina pun akan buat sewa baju ni.
First time nak bagi sewa baju ni. Sebab kina suka baju ni.

This is the story about my outfit. Baju perempuan.
Material
4 Meter Kain Kimura Japanese Royal berwarna coral
Kina tak tahu la kain ni jenis ape yang penting bukan satin @ chiffon.
Kina tak suka satin sebab berkilat, suka chiffon tapi malas buat lining.
Bila buat lining tambah cost lagi pastu panas pakai berlapis-lapis.
So, kain ni tak berkilat, tebal tapi sejuk, murah plak tu. Jadi on je.
Kina beli kat Kamdar, Kuantan.  Ada discount lagi 20%. Lagi jimat.
So total untuk kain tak sampai RM55.
Harga semeter sebelum discount

Design & Tailor
Mula-mula nak buat baju kurung moden kain flowy tapi kain ni tak sesuai. 
So, buat la design macam ni. Kira baju kurung moden la. 
Tailor biasa je. Design pun biasa je. Harga pun biasa jela. RM40!
Murah kan untuk baju kahwin? 
Ala..baju kurung moden je sebab tu murah..
Lagi pun takde lining & kain tu mudah untuk dijahit kot. hehe.
Rasanya mana-mana tailor charge macam ni. Tapi KL mahal lagi kot.
Design ni pun terfikir last minit lepas kecewa takleh buat flowy.
Design yang dilukis oleh ibu kina. hehe. 
DIY fabric flower & diamante
Untuk memahalkan baju yang murah itu. Bagi nampak mahal.
Kina tepekkan fabric flower dari kain chiffon yang tak jadi buat tudung.
Sebab dapat tudung & veil free dari Elyn Creation. hihihi. rezeki kan.
Kain chiffon ni kina beli kat kamdar gak. Tak ingat chiffon apa.
Tapi bukan chiffon silk & harganya RM6.80 semeter.
Tak habis pun guna semeter kain sebab tak larat dah nak buat.
Total bunga lebih kurang 30++ kuntum rasanya. Pelbagai size.
Sebelum dijahit pada baju yang da siap. Gambar dekat.

Alkisahnya buat fabric flower ni mula-mula memang excited.
Lepas tu malasnya nak buat. Bayangkan la 1 hari buat 2 kuntum je!
Tu ok lagi, ada yang berhari-hari tak buat, rupanya kina pregnant.
Patut la malas memanjang kan. Tak kuasa nak tengok bunga-bunga ni.
Jadi, sebab tu la tak cukup nak tepek kat lengan. hahaha. nasib la.
Penat ok sampai sakit belakang dok kawan dengan lilin & gunting. 
Jahit pun malam sebelum bertandang. haha.

Bila nampak terlalu kosong, ibu kina belikan diamante untuk diiron.
Rasanya bukan swazoski original (ok, nak eja pun tak reti)
Dalam gambar tak nampak sangat sebenarnya.
Pearl 3 ketul pada fabric flower pun tak nampak sangat kan?
Tapi depan-depan nampak comel. hihi. perasan lagi.

Kina belum sedia nak terima tempahan lagi tapi tengok la nanti.

Apa yang anda tak tahu tentang baju ini
Kina hanya sempat fitting pada pagi Sabtu nak bertandang tu.
Beberapa hari sebelum bertandang kina tak selera makan.
Makanya baju tu gedebeh besar bila kina pakai.
Semua gara-gara 3 hari tak makan nasi. 
Jenis badan cepat naik & cepat turun.
Dengan adik ipar kesayangan. hehe. baru 7 tahun.

Memang tak sempat nak alter sebab masa singkat.
Hari tu pun hantar contoh baju kurung yang selesa pakai.
Baju tu baju kurung moden jugak & saiznya 40.
So kalau saiz korang lebih kurang kina boleh la sewa. hihi.


 Kisah baju lelaki plak
Orite. baju lelaki memang takde DIY apa-apa. haha.
Mula-mula ingat nak ambil baju sewa free dari Dina Halim.
Sebab dulu ada menang contest Dina Halim tapi belum redeem lagi.
Malangnya, tiba-tiba tak muat. Kantoi pudin dah gemuk. hahaha.
Sebab tahun lepas test baju tu muat elok je. Maka burn je free hadiah tu.

Lagi seminggu lagi nak bertandang ni. Memang tak sempat nak tempah.
Pulak tu nak cari warna coral bukannya senang. 
Coral is the new pink! Rasanya takde la jambu sangat. haha.
Pastu ibu kina cakap pudin nampak lebih cerah.

Habis diround  Jalan Tar & Semua House. 
Syukur sangat jumpa jugak yang sama warna. Tu pun dah cuak.
Sebab kadang-kadang lighting kedai nampak sama. Luar kedai lain.
Dah la tinggal 1 je saiz M yang memang sesuai sangat ngan pudin.
Tak payah nak alter dah. Macam dah ditakdirkan tuan dia adalah pudin.
Walaupun agak mahal. Mahal dari baju kina kot.

Wah..Terbang RM280. 

Tapi kain sedap sangat. Sejuk je pakai.

Jahitan pun kemas sangat-sangat. Beli kat Hugo Clothier, Semua House.
Sedapkan hati "takpe, beli baju melayu boleh pakai selalu."
Boleh buat raya, buat sembahyang, sangat berkualiti plak tu.

Tapi kalau korang nak beli kat Hugo Clothier tu sila datang sebelum raya.
Sebab sales die cakap hanya setahun sekali je. Sebelum raya! 
Kina pernah pegi sebelum raya dulu RM180 untuk baju melayu siap.
Memang puas hati la dengan kualiti dia.

Untuk sampin plak, mula-mula ingat taknak beli sampin.
Tapi masa singgah kat Muaz sebelah Semua House tu.
Sampin RM14.90 je. Walaupun tak berkualiti sangat & keras.
Tapi ok pe, matching & bukan selalu pakai sampin pun kan.
Raya pun orang pakai baju melayu & seluar jeans sekarang.
Rasa gemuk di samping rakan sekolah. haha. nojie, zima, sue, uya & firuz

Kasut lelaki & perempuan
Kitorang recycle je dengan kasut masa resepsi 1 Oktober dulu.
Tali pada kasut tu kina buang sebab asyik nak tercabut. haha.
Kasut yang sama dipakai lagi. 

Ok la..itu sahaja untuk kali ni.

Sorry kina dah tak buat sewa..hee..:)
Kina buka untuk disewa untuk full set bagi yang berminat.

Full set ada apa?
Baju Melayu Pengantin Lelaki - Size M
Sampin yang matching - 1
Baju Pengantin Perempuan - Size M @ 40
Tudung Chiffon dengan patch lace & beads
Veil Chiffon - 1
Kasut Perempuan - Size 5 (Silver)

Free bunga tangan Artificial Flower macam kat atas ni
(Kalau taknak pun takpe.haha)

Dont worry la, ni kina bagi sewa murah-murah je.
Berbaloi kalau nak buat tunang, nikah atau bertandang.
Kalau nak asing-asing pun boleh. Just email me untuk price.

Lagi-lagi kalau malas dah nak fikir. hee.
Kalau jauh kina boleh postkan sahaja.
Tapi kina akan ambil limited & serious customers sahaja.
Thank you. :)

p/s: Apa yang penting mak mertua cakap cantik & pandai buat bunga.
Haha. kembang seribu kali. 



Studio Shagrasyiid in the house!

Salam 
 Selepas kes IndahKarya yang menipu customer kina lebih berhati-hati.
Yela, kita dok rekomenkan pada orang tapi rupanya habuk tadak.
Patutlah harga dia murah bebeno kan? MasyaAllah.
Jauhkan la kita dari penipu macam tu. Amin.

Seperti ayat reminder dari Abg Shagrasyiid
(Gentle Reminder: PLEASE, compare the Quality first before the price. Wedding is a one time event that cannot be repeated. You can get cheaper price out there, but remember there’s reason why a quality product is set at a higher price. Please browse through our pictures before making any decision. Thanks & good luck for your wedding.)

Hari ni kina nak promote Shagrasyiid Photography.
Kina dah kenal Abg Shagrasyiid sebelum kina kahwin lagi.
Tapi takde rezeki nak menggunakan khidmat beliau. huhu.
Kalau tak silap kina,
Gambar beliau selalu masuk majalah Pesona Pengantin.
Jadi kalau yang masih-masih mencari photographer yang bagus.

Boleh la consider Shagrasyiid Photography ya!

Mari kita layan sikit gambar dari Shagrasyiid Photography.
This is my favorite. Cantik make up!

Dengan budak kecik tu join sekali bergaya. hihihi.

Sweetnye
Nak tengok lagi?
Smart gambar ni

Nice!

Tira juga seorang bride blogger. hee. cantik!

Sekarang ramai yang hire photographer untuk honeymoon kan.
Kalau ada budget lebih why not? Romantic gitu.
Dan Abg Shagrasyiid juga offer package untuk honeymoon.
Ni gambar yang beliau tangkap untuk honeymoon di Bali.
Kenangan abadi

Seronok laki bini main pillow fight. haha
Bila tengok gambar ni teringat honeymoon aritu..haha..
Dah habis ke belum kina review..macam belum habis je lagi..
Hahaha..nanti la sambung balik..

Untuk lebih details sila la terus terjah ke:





 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork