Salam
Hye hye hye! Bersiaran terus dari Bintulu.
Kehidupan kembali seperti biasa. Setelah sebulan tinggal di rumah parent.
Sekarang kina dah duduk di rumah sewa di Bintulu.
Bila pudin keje harus lah tinggal sorang-sorang.
Rasa nak bela kucing tapi kalau balik semenanjung sian kucing tu.
Tunggu baby keluar lah..jadi peneman..hehe..
Since sekarang ni kina dalam 2nd trimester,
Alhamdulillah minggu depan genap 5 bulan.
Orang cakap masa ni bulan honeymoon utk pregnant lady.
So, kina nak review sket lagi tentang honeymoon yang errr 6 bulan lepas?
hahaha. Actually ni request dari Rina yang akan ke Bali tak lama lagi.
As I mention earlier, kina tak recommend sangat Bali.
Kalau ada kawan kina tanya pasal Bali
Memang terus cakap cari la tempat lain.
Memang terus cakap cari la tempat lain.
Tapi kalau dah beli tiket tu takpe..hihi..
Pegi mana-mana dengan suami mesti best kan.
Pegi mana-mana dengan suami mesti best kan.
However! Apa yang kina paling suka di Bali adalah water sportnya!
Mungkin darah suka bersukan jadi ini memang jadi favourite.
Suami pun sama. Nasib baik ada free benda ni dalam pakej tu.
Orite, lokasi water sport yang kitorang pegi ni dekat Tanjung Benoa.
Sesampainya dekat situ ada banyak meja & tourist.
Kitorang pun duduk kat satu meja situ & diberikan menu serta taklimat.
Taklimat & tunjuk ajar kalau dah ada dalam air ada emergency ke.
Menu ni bukan menu makanan, tapi menu aktiviti water sportnya.
Ada macam-macam aktiviti & semua kina rasa mahal-mahal belaka.
Dorang beriya la pujuk & cakap best yang ni yang ni.
Tapi kina & suami tetap nak yang free je. hahaha.
Yela, kita datang nak honeymoon yang dah ada dalam pakej.
Bukan datang baru nak survey apa yang ada & keluarkan duit lagi.
Duit memang ada tapi nak spend utk souvenir & penting-penting aje. hihi.
![]() |
| muka berkerut tengok harga..hahaha.. |
Aktiviti free yang kitorang dapat antaranya:
1) Banana boat
2) Snorkeling
3) Ocean walker
4) Bottom glass boat to Turtle Island
Banana boat memang kina tak pernah naik. hahaha.
Padahal banyak je ada kat mana-mana. Best gak.
Naik dengan orang korea & orang sepanyol. kiranya 3 couple.
Ini baru 1Dunia. Hahaha. Semua cakap orang bali je faham.
Yup, orang bali kat situ boleh cakap banyak bahasa tau.
Respek gila, cakap jepun boleh, korea boleh. Kulit memang gelap.
Rasanya sebab dah makan dek cahaya matahari dekat pantai.
Ini baru 1Dunia. Hahaha. Semua cakap orang bali je faham.
Yup, orang bali kat situ boleh cakap banyak bahasa tau.
Respek gila, cakap jepun boleh, korea boleh. Kulit memang gelap.
Rasanya sebab dah makan dek cahaya matahari dekat pantai.
Oh ye, 1 lagi benda. Dorang tak bagi bawak kamera pegi snorkeling & ocean walker.
Kena pilih antara kamera air pakai buang & kamera digital yang dorang akan amik video.
Harga memang berbeza. Kamera air tu jenis pakai filem. Takde la CD2 ni.
Jadi kitorang sewa yang kamera digital sekali CD & video.
Video & gambar dorang yang tolong amikkan. Harga tak ingat plak.
Rasanya dalam rm100..(tu la 6 bulan baru nak review tak ingat la)
Yang kamera air tu murah sikit tapi kita amik sendiri. Takde video.
Jadi ada gambar & video banyak masa ocean walker, yang lain takde sangat.
Since kina pernah snorkeling dekat Pulau Redang.
Jadi for sure kina akan buat comparison. Snorkeling kat sini tak best.
Air keruh wey, tak nampak la ikan sangat. Lepas tu jarak die kecik.
Masa kat Redang dulu sampai jauh ke dalam sampai cramp-cramp kaki.
Tempoh masa dalam 20 minit, kina sendiri yang nak naik.
Ocean walker best sekali sebab ada video berjalan dalam laut.
Actually dia dah ada tempat dia. Pusing-pusing dalam tu je.
Ada pemegang besi & tangga. Ok, korang boleh bayangkan?
![]() |
| 2 orang budak kepala besar dalam air. hehe |
Kitorang kena pakai macam tank besar atas kepala.
Mula-mula kita kena dah ada dalam air, lepas tu kepala atas air.
Then pakai la 'topi putih' tu, kira dalam tu adala tekanan udara & oksigen.
Yang bestnya boleh pakai baju biasa je, tak perlu cabut tudung ke cabut baju.
Sepanjang berjalan dalam laut tu, ada 2 orang akan ikut kita.
Sorang tolong ambil gambar & video. Sorang lagi instruct nak ke mana.
Sini kita boleh nampak ikan jelas sikit. Pastu bagi roti kat ikan.
Boleh pegang-pegang ikan. Dan yang paling best guess what?
Kitorang jumpa Nemo! hehe. Die menyorok-nyorok dalam rumpai laut.
Cute sangat.
![]() |
| Tu dia Nemo! Inai masih ada masa ni. Sekarang tinggal inai kaki. |
Last sekali kitorang naik bot yang bergelas kat bawah dia.
Once again, indah khabar dari rupa. Tak nampak sangat pun ikan.
Glass tu pun takde la besar sangat. Air keruh sangat.
Rasanya pantai dekat Pulau Redang jauh lagi clear biru dia.
![]() |
| Berjemur lepas ber'ocean walker' |
After dah setel semua, dapat CD terus.
Balik rumah tengok CD tergelak-gelak sendiri.
Macam orang jakun je dalam air tu. ahaha
![]() |
| Rupa CDnya. |
Ok, itu saja la. Kina ingat nak review barang yang kina beli dari Bali.
Kumpul gambar dulu. Takde la shopping banyak pun. (Kedekut)
Masih hutang nak linkkan & review sikit-sikit lagi.
See ya!












































