Salam,
Awas bakal pengantin semua..
Sila berhati-hati dengan penganjur perkahwinan yang menipu..
Nak ke anda malu menghidangkan air & makanan ringan untuk tetamu?
Nak ke anda kerugian berpuluh ribu duit yang dikumpul?
Awas bakal pengantin semua..
Sila berhati-hati dengan penganjur perkahwinan yang menipu..
Nak ke anda malu menghidangkan air & makanan ringan untuk tetamu?
Nak ke anda kerugian berpuluh ribu duit yang dikumpul?
Jom kita baca & ambil ikhtibar dari sini. Semoga kita dijauhi dari penipu sebegini!
--------------------------------------------------------------------------------------------
Walimatul tak urus
GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.
Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.
“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.
“Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata lelaki berusia lewat 20-an itu.
Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya. “Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya,” katanya.
Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu. Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.
Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.
Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.
“Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.
“Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah,” katanya. Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.
“Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.
Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.
“Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.
“Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.
“Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
Sumber: myMetro & dnobiz
28 lovely comments:
takutnye!!!
gile laa org zaman skang ni..nak kan duit sanggup buat ape2 sj
OMG! mintak jauh la benda2 camni
takut nya..
cikkin: takut kan..harap kita dijauhi org cmni..
elya: rasanya die dah terguna kot duit org tu semuanye..then da xd duit nk buat..
nana: tu la..kena selalu follow up butik gini..
kak nini: takut kan..cm sia2 je duit tu..
gulpss!!nsb baik yumie duk kg and xguna khidmat2 yg mcm tue sume.huhu.tp ngeri jgk.sbb len org len dugaan yg kte dptkn??
ksiannye..penat je kumpul duit..
mudh2an cpt la polis cri nyah tu...
yumie: betul tu..lain org lain dugaan kan..
cahaya: tu la..bg penjara 10 tahun..huhu
OMG! takotnye..
intan: spread the news ok..kena aware dengan ni..
menakutkan...hope encik2 polis cepat la tangkap orang ni sblm yg lain2 pun tkena..
heeesshh ade ke plak camnie.. altho xkenal pengantin tu, tp geram tul i.. i doakan hopefully all of us xterkena camtu.. kalau kene gak mmg i carik smpai ke lobang cacing sambil jerit "bakooor jee..bakooorr bakoorrr...". nak selidik gak ni sape la wp tu..
meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com
ieda: kan..biar kena tgkp n xd lagi yang terkena..
renee: selidik renee2..nanti post kat blog ok!
uish, takutnya. dekat area rumah saya pulak tu. mintak² dijauhkan lah perkara mcm ni. huhu.
kesian dgn pasangan pengantin tu. harian metro xdedah ke sapa mak andam tu? supaya xde lg org kena tipu dgn dia.
:( xnk la bg tetamu makan makanan ringan jerr...harap2 xkena bende2 mcm nie..seram!
erkkkk... so scary laaaa..... sayang ooo duit yang dah lame kumpul tetibe lesap mcm tu je... haih... gile la mak nyah tuu... keji tauu!!!
eeee takut
ini busuk punye olang!!! geramnya.. kalau belasah dia ramai2 pun berbaloi gak.
ada jugak ekh orang menipu macam nih? isskkhh teruk betul lah. tak kesian langsung dgn org yg nak mendirikan masjid.
bace gak td ni. mcm2 cara kan org menipu skrg ni. harus berhati2. jln selamat, buat jela sendiri persiapan kawen ni
ishhh...takutnye!!!!
ade sape2 tau x name that guy or bridal die?kalau tau sila disclose supaya org lain xtertipu lg..
kejam sungguh.kesian bride+groom 2.pnt2 kumpul duit tp xde hasil langsung.kejam!!!!
takut nya... harap2 xkena lah cam tue... kena bhati2 nie. klu dpt org cam tue mmg menangis lah dh abis duit kena tpu...
amat takut & ngerikan baca kes nie..hbs duit je..huhu
scary nye! puluh ribu pulak tu yg lesap..kalu puluh sen xpe lg..
salam.. lawak la pula.. kebetulan nama saya nurul sakinah n my future hubby is syarifuddin... OMG. saya berasal dr pekan.. pasni leh la mintak tunjuk ajar akak ye bila kami nak kawen nanti..
sori to say, tp tipikal malay nak cakap kalau dah tetiba bank in duit, terus la cakap org tu pakai ilmu penunduk. hermmm, maybe ada benar nya, tp dlm soal ini, rasanye mmg mak nyah tersebut licik dalam soal menipu duit orang. nasib baik la mereka2 nie buat aduan. patutnya, nama penipu tu pun boleh didedahkan... just my 2cents.
entry kita hal yg sama =)
Post a Comment