Tambah 'gula' pada majlis anda

Salam
Ingin menambah kemanisan pada majlis anda?
Sugar Town can do it for you!
Sugar Town kini di bandar-bandar berdekatan anda!

SO ATTENTION TO
B2B dari KL (sudah tentu la kan..KL ni semua ada)
B2B dari Melaka (oh Melaka Maju Kusayang..haha)
B2B dari Seremban ( org Nogori mari - mari )
B2B dari Kuantan, Pahang ( orang kampung, siap ada 20% discount tu ! )
sudah menjadi kawasan jajahan Sugar Town.
Actually bukan utk B2B saja, utk semua pun boleh!

So bagi sesiapa yang majlisnya setempat & sewaktu dgn di atas.
No additional transportation charge! Best tak?
Kadang-kadang kos pengangkutan lagi mahal dari service yoo.

Apa yang  Sugar Town  buat sebenarnya?
Apa yang manis sangatnya tu untuk majlis?


Candy Buffet!!!!!!!!! 
Sila jerit style kanak-kanak nampak coklat.
Seriously, kina memang suka la pegi majlis yang ada ni.
Satu sebab kina ni hantu coklat, marshmellow & gula-gula.
Dua sebab candy buffet ni sangat la comel & manis.
Tiga sebab bila lagi dapat strawberry coklat free. Hahaha.

Sayangnya masa wedding kina nan ado. Hahaha.
Satu sebab takde orang nak tolong buatkan.
Dua sebab takde orang nak jaga. 
Tiga sebab budget tak mencukupi kot. Hahaha.
(Masa tu Kuantan limited kot candy buffet punya pakej)

Sekarang ni orang Kuantan, nak tempah dengan  Sugar Town  senang je.
Dah la tak perlu bayar kos pengangkutan, dapat lagi 20%.
20% untuk 3 orang yang pertama je ok.  Sila grab.
Rasa nak grab utk akikah baby. Hikhik. Boleh tak suami?
Kalau tak pun utk birthday baby yang 1st. 
Ni macam tema fairytale @ princess-princess je
Tema enchanted forest. Ala-ala macam ada snow plak rasa.

Pemilik  Sugar Town pun merupakan seorang B2B.
Jadi, lagi senang la nak discuss tema atau apa-apa.
Harga yang ditawarkan pun affordable. Bermula dari RM180.

Untuk melihat package  Sugar Town  boleh klik sini.
Kalau rasa macam takde package yang sesuai dengan korang.
Korang boleh la isi form dekat sini untuk custom package.
Maksudnya package yang ikut budget korang la.

Katakan lah korang nak DIY candy buffet sendiri kan.
Tapi korang takde mesin fountain coklat bagai tu kan.
Korang juga boleh sewa mesin coklat yang mengiurkan itu.
Tiap kali kina tengok coklat mengalir memang rasa seksi ah.
Pakej sewa bermula dari RM100 siap free 2kg premium coklat.
Bukan coklat masakan yang biasa tu. Yang tu tak sedap.
Geram rasa nak celup strawberry & marshmellow tu!
Tambahan lagi, korang juga boleh menempah siap ini.
Handsigns untuk photobooth korang.
RM20 untuk 5 pcs, Pilih jela kod mana mau.

Untuk makluman semua,
 Sugar Town sudah berkhidmat kepada lebih 40 customers.
Jadi mereka ni sangat reliable ye.
So, bagi yang berminat & saja-saja nak tanya lebih lagi.
Jangan malu jangan segan hubungilah  Sugar Town .

"#First 3 customers yang book hari ni dapat 20%!!!"

Facebook: Sugar Town
Email: ilovesugartown@gmail.com





Tips: Tutorial tempah photobook sendiri

Salam

Tips ini dibawa khas berdasarkan pengalaman sendiri. hihi.
Tips ini adalah untuk orang yang nak cut cost TAPI
dalam masa yang sama nak ada gambar cantik.
Tak kisah untuk bertunang, kawen, pregnancy, anak2, konvo.
Semua boleh la.

Banyak kelebihan bila kita tempah sendiri photobook.
Berbanding kita terima album dalam pakej photography.
Tapi ini adalah bergantung kepada pakej yang korang amik jugak.
Kalau harga memang dah berbaloi & korang pun rasa
macam takde masa nak tempah sendiri, amik je pakej all in 1.

Kalau dari segi penjimatan sebagai contohnya. Let says:
------------------------------------------------------------------
Pakej all in photographer : RM2000
(all in ni maksudnya sekali dengan album)

Pakej edit, shot & burn : RM1000
Tambah tempah photobook paling besar : RM200
(Harga tu utk size 15''x11'' kina rujuk harga pixajoy di sini)
Total : RM1200..Korang untung RM800. Gittew..
---------------------------------------------------------------------

Antara kelebihan bila kita tempah sendiri:-
1# Harga yang sangat berpatutan.
2# Kita boleh pilih gambar kesukaan.
3# Kita boleh susun dengan lebih teratur.
4# Kita boleh buat copy.
5# Kita boleh dapat dengan cepat.

Di sini kina terangkan berdasarkan situasi & beberapa contoh.

Kina baru je tempah & buat photobook sendiri.
Beli dekat deal pixajoy, ada discount 50% tempoh hari.
Berbekalkan RM78, kina dapat 40 pages dengan hard cover.
Kira-kira hampir 200 gambar dalam 1 album.
Sekarang kan banyak groupon & deal, grab kat situ je.

Tapi..tapi..tapi...Elok lah korang baca dulu description.
Kadang-kadang harga murah tu memang la murah.
Contohnya RM39 utk photobook yang hard cover. 
Wow. Murahnya. Tapi nanti yang korang dapat?
1 photobook bersaiz besar sikit dari tapak tangan korang.
Hahaha..kalau memang nak size kecik takpe la..
So, pentingnya korang tengok harga & size photobook itu.

Once kita dah beli deal photobook ni.
Langkah seterusnya adalah download software photobook.
Ikut saja instruction dari website tempat kita beli tu.
Kina rasa software dari pixajoy tu sangat helpful & user friendly.

Kemudian, pilih la gambar kesukaan masuk 1 folder.
Lepas tu add la ke dalam software tu & susun ikut suka.
Memang leka bila dah start buat ni.
Kina habiskan hampir 6 jam untuk siapkan. Hehe.

Sedikit gambar macam mana kina guna software tu.
Macam style tutorial bergambar la eyh.
Klik utk tumbesaran yang sihat.

Pilih size & design ikut kita beli. Kina pilih window cut.

Add gambar banyak terus dengan klik Ctrl + A. Tips: edit dulu gambar before add.

Pilih page dengan dragkan ke atas. 

Pilih background. Kina pilih hitam je. Hitam tu kan menawan.

Macam ni rupa interface. Gambar cover photobook kitorang.

Kina bahagi 3 bahagian, yang ni cover Nikah kununnye.

Masuk part resepsi, cover lain plak. gittew la berikutnya.


Photobook ni compilation of Nikah+Resepsi+Bertandang
All in one & tentunya gambar terbaik je dipilih. Cewah.


Kita pun boleh buat copy kalau beli 2 deals.
Kira macam tempah 2 kali la tapi buat sekali je.
1 copy boleh letak dekat Family perempuan, 
1 copy dekat Family lelaki. Kan adil saksama gitu. :)


Lepas dah siap, kita hantar pada dorang.
Kalau macam kina ni, hantar dekat pixajoy la.
Pastu goyang kaki 7 hari dapat la photobook tu.
Lagi puas hati sebab kita buat sendiri. 
Macam DIY la kununnye kan.

Selamat mencuba!


Siapa nak mini pelamin free?

Salam

Siapa yang taknak kan benda free? Hehe.
Siapa yang nak? Pegi la like page Precious Bridal Touch sekarang!
Precious Bridal Touch  tunggu sampai 1000 likes sekarang ni.
Once dah reach 1000 likes dorangkan akan launchkan contest ni.

Precious Bridal Touch ni bertapak di Shah Alam..
Antara perkhidmatan yang ditawarkan boleh tengok gambar ni..
Dekorasi, Pelamin, Andaman, Busana Pengantin & Lain-lain
Antara hasil karya dari  Precious Bridal Touch
Pelamin Dewan Bankuet MBSA
Pelamin untuk customer di Bentong, Pahang
Dekorasi wishing tree 
Photography & Busana pengantin
Orite, berbalik kepada contest yang bakal berlangsung..
Contest dia macam best je. Tak perlu nak raih undi like orang lain.
Tension kot nak mintak orang like kan? Susah tu.

Dengarnya contestnya dari  Precious Bridal Touch  ni....
Cuma like & share, lepas tu pemenang akan dipilih randomly..
Mana tau rezeki korang plak dapat tajaan-tajaan ni..

Ingat, kalau join contest ni jangan mudah putus asa ok.
Kalah sekali tak semestinya akan kalah je.
Rezeki tu Allah akan bagi cuma bila kita tak tahu..hee..

Tapi untuk tahu lebih lanjut sila la ke  Precious Bridal Touch  ye.
Mungkinkah korang akan menjadi pemenang? 
Kalau menang belanja la kina nanti. Hikhikhik. Just kidding!




Tandalah kalendar anda

Salam

Kina pasti kebanyakkan bride-to-be pasti akan menanda kalendar.
Kalau tak tanda kalendar pun mesti ada countdown ticker.
Menanti ketibaan hari besar. :)
Sweet je kira kan..Rindu time kira2 dulu. haha.

Post ni sebenarnya khas untuk perempuan eyh..
Hehe. Kina baru tahu ada juga lelaki yang baca blog ni.
Tak sangka ok!Terkejut mak jemah! 
Korang memang bakal pengantin lelaki yang gentleman.
Tapi kalau nak baca utk bakal isteri pun boleh la..

Dekat sini kina tegaskan kenapa perlu tick kalendar.
Apa yang nak ditick? Hehe. Katanya utk perempuan.
Mestilah tiap haribulan yang special itu. ABC.
Allah Bagi Cuti. Atau biasa kita panggil period la.

Dulu memang kina malas sangat la nak tanda nak ingat.
Tapi once bila nak kawen ada sikit kesedaran la nak tick.
Kina start tick April 2010. Masa tu baru nampak patent dia.
Patent ni dalam erti kata lain dia cycle period.

Bila kita tick ni:
Kita tahu berapa hari normally kita datang.
Kita tahu kita akan makin awal atau makin lambat.
Kita tahu berapa cycle period kita.
Kita tahu kalau kita ada darah penyakit @ istihadah.

Kalau tak pasti berapa cycle period sebab berbeza-beza tiap bulan.
Cycle period = hari pertama period hingga hari pertama period next month.
Korang cari purata untuk 3 bulan terakhir.
Contohnya:
Januari : korang datang 2 Januari
Februari : korang datang 9 Februari (kira 1 cycle period)
Mac : korang datang 1 March (kira 2 cycle period)
April: korang datang 10 April (kira 3 cycle period)
Korang tambah je semua hari pastu bahagi dgn 3.
Kalau jenis cycle tetap normally 27-29 hari.

Kebanyakkannya lepas kawen, hormon terganggu.
Akan effect dekat period cycle kita.
Ada orang tiba-tiba makin cepat ada yang makin lambat.
Tapi jangan tinggal tick hari first day ABC pada kalendar. 

Percayalah, penting sangat bagi kita kaum hawa ni.
Jangan malas-malas.

Satu lagi..hahahaha..
Tanda la kalendar korang 4 Julai 2012 ni..
Kina akan buat 1 contest/giveaway..
Hadiahnya InsyaAllah pasti bride-to-be suka! :)
Ex-bride-to-be kalau suka pun boleh join.





Pilihan doorgift untuk VIP anda

Salam

Masih tercari-cari doorgift untuk wedding korang?
Why not terjah dekat Renown Gift?
Dorang boleh cater berapa pun permintaan korang.
Kadang-kadang ada vendor ada yang tetapkan minimum order kan?
Dekat  Renown Gift , sebijik hingga beribu-ribu lemon boleh order!

Sesuai sangat kalau nak buat doorgift untuk VIP atau VVIP kan?
Biasanya hadiah untuk VIP dalam 40-100 pcs je.
Budget plak bergantung pada individu tapi biasanya RM5-RM10.
Yela, dah nama pun Very Important Person mesti nak eksklusif kan.

Masa wedding kina dulu, alhamdulillah kina menang contest.
Dapat la bagi VVIP pepper & salt shaker macam ni. hee.
Hahaha..kina main ngelat dok join contest aje.
Kina nak bgtau, semua yang dapat ni memang suka bebenor.
Dalam sibuk2 tu sempat lagi kina pasang telinga dengar.

'Bestnya hadiah VVIP'
'Menarik gila, tak pernah dapat benda macam ni'
'Cute gila kan mak, tempat letak garam'
Memang best!
Renown Gift pun ada jual pepper & salt shaker ni.
Kalau beli 1 jatuh RM9.00 untuk sepasang.
Tapi takkan la nak beli 1 je kan? 
Dah la tak payah fikir dah pasal hiasan @ tq tag.
Macam yang kina cakap dekat atas 
Renown Gift boleh bagi discount lagi untuk kuantiti sedikit atau banyak.
Contoh harga untuk pepper & salt shaker ni:

20-99 pieces  RM5.60
100-199 pieces  RM5.30
200-299 pieces  RM5.00
300-499 pieces  RM4.80
500-999 pieces RM4.60
1000 pieces > RM4.50

Banyak tu beza discount dari beli 1.

Renown gift boleh decorate & personalizekan ikut tema korang.
Contohnya macam round candy box dekat bawah ni.

Yang ni wedding tema purple & beige. 
Letak coklat love dalam box ni romantic je rasa
Warna lain pun ada jugak, harga dah siap dengan riben & bunga.
Korang tengok je dekat product description dah lengkap.
Cute & elegan
Kalau kina la dapat love tin macam dekat bawah ni.
Lagi-lagi warna turqoise. Mesti dah melompat dah.
Tak kisah la dalam tu cuma gula-gula murah pun. Ops.:P
Sebab kompem kina takkan buang & buat isi brooch.
Hahaha..style brooch selalu hilang sebab letak merata.

Wow, love metallic tin warna gold!

Satu lagi yang kina tertarik bila go thru dekat Renown gift ni.
Ada label product khas : 'Gift for Bridesmaid'.
Klik tengok keluar la mini purse yang comel lote.
Sesuai sangat bagi dekat Bridesmaid
yang banyak berkorban+menolong utk kita nanti.
Bukan semua orang sanggup berhabis 
masa
+
duit
+
tenaga untuk jadi bridesmaid ok.
Jadi kalau dapat bagi doorgift special utk dorang mmg patut!

Ini pun sesuai untuk bagi dekat bridesmaid. :)

Tengok dekat soap favor ni plak kan, buat kina teringat..
Dekat hantaran masa kina tunang dulu.
Yup, instead of artificial flower atau fresh flower,
why not hiaskan hantaran dengan roses soap ni..
Unic + wangi. Tak payah nak sembur pewangi. hahaha.


Paper bag dorang yang ni pun comel.
Polkadot paper bag & plain paper bag. Simple!

OMG, sangat suka yang blue & light pink tu.
Last sekali yang menarik perhatian kina!
.
.
Alamak comel gila nak mampus..hahaha..
.
.
Harga pun tade la mahal. RM3.50 kalau sepasang.
Rasa macam nak grab je sepasang.
Ala yang tiup-tiup belon tu la..
Bride & Groom Bubble! Sesuai utk pre-wedding @ bagi budak kecik!
Untuk lebih details & harga korang boleh tengok sendiri ye.
Contact no : 0182727867
Atau pun isi borang di sini

All the best for your preparations brides!

psssst: Julai nanti kina akan buat contest!

Stay Tune ya!

Tutorial: Postcard design guna photoscape

Salam
Atas permintaan ramai untuk template postcard untuk guest note tu.
Kununnya tetamu wish atas postcard & masuk dalam peti surat.
Untuk baca balik post dulu tu boleh baca sini.

Sorry ye kina dah takde template tu sebab letak dalam computer opis..
Tapi kina boleh buat tutorial secara ringkas untuk bagi idea.
Nanti korang edit la size ke gambar ke ikut suka.

Apa yang korang perlu ada?
1) Paint - Semua computer ada kot
2) Photoscape - Download free & cepat
3) Internet - Confirm ada kalau korang tengah baca blog kina.
Hahaha.

Senang je sebenarnya, sebab main edit-edit je.
Tapi korang mesti simpan semua dalam 1 folder kat desktop.
Supaya korang tak serabut kepala bila nak masukkan photo.

Kita layan ikut gambar senang sikit faham kot.
Klik kat gambar untuk lebih jelas ok, maklum la blog size kecik.


1) Buat 1 canvas kosong dari Paint, just tarik bucu bagi besar sikit.
Actually kalau buat border pakai paint terus pun boleh.


2) Save as jadi gambar letak dalam 1 folder kat desktop utk mudah cari nanti. 
Save la gambar tu atas nama 'postcard'


3) Open photoscape, klik la Editor macam yang dibulatkan merah di atas.


4) Belah kiri akan ada senarai folder. Cari 'postcard' dari folder template.
Boleh terus edit, klik la box kat bawah tu buat la border hitam.
Boleh ikut thickness border tu berapa, macam kina thickness 6.


5) Click Huruf T untuk masukkan tulisan ke dalam postcard.
''To: Sharifuddin & Shakina''
Boleh edit font, sizem italic semua kat box tu.


6) Buat box untuk poskod konon-kononnya. 
Dulu kina buat box kecik2 untuk letak date wedding.
Trick untuk buat bar code tu plak. Buat Line dengan klik /.
Line color hitam, thickness tebal. Untuk buat line putih bar code.
Korang tukar je warna & thickness kecik lukis la atas line hitam tu.
Jadi la bar code! Simple je.


7) Nak masukkan stamp ke dalam postcard tadi. 
Ni cara singkat la. Lagi baik kalau korang buat sendiri.
Korang save dari google images letak dalam folder
template tadi gak. 


8) Klik dekat photo, cari gambar setem yang korang dah edit.
Kalau nak ajar cara edit setem panjang jadinya tutorial ni.
Jadi, edit dulu setem baru masukkan ke dalam postcard ok.
InsyaAllah, korang mesti dah tau cara based on tutorial ni.


Maka..Hasilnya jadi la macam ni..hihi..
Korang paste je dalam word pastu print je..
Dulu kina print 6 keping dalam 1 page A4.

Hasil lepas buat tutorial, bukan yg kina pakai masa wedding dulu ye.

Mudah kan?
Selamat mencobaaaa!
Korang buat mesti lagi cun punya.
Happy weekend everyone!

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork