Showing posts with label persiapan perkahwinan: doorgift. Show all posts
Showing posts with label persiapan perkahwinan: doorgift. Show all posts

Review: Tq Tag 5 sen & The Shaper

Salam 
 Ramai yang berminat nak tahu tentang TQ Tag 5sen kina,
Haruslah me'reveal' rahsia, tips & trick yang kina buat hari ni,

Mula-mula kina design thank you  tag dalam bentuk round.
Masih ingat entry kina membeli shaper puncher sini?
Ala, puncher yang bulat tapi berlekuk-lekuk kat tepi..
Kina beli dekat Scrap n Crop bersaiz 1.5 inci..
Scallop shaper puncher bersaiz 1.5inch
Lepas tu, depan office lama kina ada kedai printing business card.
Tipnya, kalau print business card banyak-banyak dapat murah.
Lagi senang nak punch bila saiz dalam business card.
Tak perlu nak gunting sikit pun. Punch  & Punch sahaja..
Kalau print atas kertas A4, kena gunting sebab shaper tak lebar.
Kedai hujung antara jalan ipoh & jalan raja laut. Thanks terence tlg amik pic. 
Terus la kina & kak ecah (ex-officemate) terjah kedai tu.
Dengan berbekal pendrive yang ada design thank you tag tu.
Kina mintak printkan business card dengan 2 thank you tag.
Thank you tag tu kina mintak die jadikan size 1.6 inci.
Mesti saiz round thank you tag lebih besar sikit dari shaper.
Kalau diameter dia 1.5 inci sama dengan puncher tak boleh..
Sebab scallop die tu nanti jadi warna putih.

Kina dah takde softcopy thank you tag, jadi kina ilustrate macam ni.

Kina tempah la 500pcs business card yang ada 2 tq tag.
Tinggal kerjanya nak punch dengan scallop shapper tu..
Maka 500pcs x 2 tq tag = 1000 tq tag..
Total damage untuk print business card = RM55.00
Bila kita bahagi RM55/1000..
Jadi 1 thank you tag berharga 5 sen sahaja!

Tricknya di sini adalah business card & the shaper tu.
Kalau ada printer colour sendiri lagi super jimat..
Nak menggunting sendiri thank you tag memang jenuh la.
Kalau 10pcs ok lagi, 1000pcs? Sakit tangan weh.

Kina tak kira harga shaper sebab itu adalah aset..
Boleh guna banyak kali lagi & sangat berguna..
Tambahan pula semua orang pun boleh punchkan.
Aritu adik-adik sepupu kina tolong punch. Mudah.
Tak perlu risau salah punch sebab ade ukuran dia.

Antara hasil thank you tag....
Design Thank you tag simple untuk doorgift si cilik
Ramai yang email kina nak beli puncher shaper ni..
Kina sayang sangat nak jual atau sewakan.

#Update : 2 March 2013
Kina buka untuk sewa puncher shaper, lebih kurang macam ni tapi lagi mudah
Sebab bentuk die macam gunting..scallop size 1.5inch..
Korang kena print macam business card jugak baru senang keje.

Tempoh sewa: max 2 minggu (bergantung kepada availablity)
Harga sewa: RM30
Deposit keselamatan: RM50
Lokasi: Kuantan
Boleh email kina: shakina.farhan@yahoo.com


Review: Doorgift botol jar

Salam 
 Tiba masa untuk review lagi..hee..sekarang doorgift semasa wedding..
Doorgift botol jar dengan cookies ni,
kina bagi masa resepsi 1 Oktober 2011..

Nak dapatkan botol jar macam ni click la Quality Pack ye..
Rasanya semua kina dah terangkan dalam post tersebut.. 
Kina sangat berkenan dengan doorgift dalam bentuk jar..
Beli dah lama, tapi nak ambil keputusan mendeco pun lama..
Last-last tak jadi nak deco pakai kain sebab lambat..hihi..

Ini adalah 2 contoh deco yang tak jadi nak buat..
Abaikan tangan yang montok itu..hahaha..
Kenapa tak jadi?

Gara-gara 2 minggu lagi nak kahwin baru lah beli kain..hihi..
Sebab tak dapat buat keputusan nak beli kain warna apa..
Kain jenis apa, berapa meter nak beli, nak yang termurah..
Masa tu stress gak tapi buat cool..ceh..

Lepas tu kerja kat Kuala Lumpur masa tu, jar kat Kuantan..
Balik rumah pun weekend last-last nak kahwin..tak sempat..
Nak kerahkan orang boleh tapi kesian sebab penat tu banyak..
Nak menggunting kain tu bulat-bulat lagi..hee..banyak alasan..

Oleh itu, kalau korang nak buat deco dengan kain ke apa ke..
Buat lah dari awal, jangan asyik mensurvey sampai ke akhir hayat..
Macam orang yang menaip ni ha..hahaha..

Dengan masa yang terhad..
Masa tu la nak buat cookies..
Masa tu la nak mendeco jar..
Akhirnya buat deco jar paling simple di dunia..
Bukan sahaja cepat tapi selamat..hahaha..
Zoom in..Camera OP: Mohd Razali
Kenapa kina cakap selamat?
Sebab kina bagi cookies dalam botol jar..
Letak doily paper dapat elakkan 99.9% cookies masuk angin..
Walaupun botol tu kedap udara tapi lagi selamat la kot..kot..

Memang cepat & mudah nak buat di kala last minute. 
Dengan saiz botol jar 8cm x 6.5cm (200g),
Kina dapat isi lebih kurang 8-9 pcs homemade cookies..
Macam-macam jenis cookies ada..nasib la dapat yang mana..
Tapi insyaAllah semua sedap..

Letak je doily paper kat dalam, pastu tutup..
Tak payah nak gunting kain sebab doily dah bulat..
Then tepek lah thank you tag tersebut..

Kalau ada yang cakap ''Wah, doorgift mesti mahal''
Tett..anda silap..nampak je mahal sebenarnya..sebab DIY..
Kalau beli mesti la jatuh at least RM4 untuk jar & cookies kan..
Tambah harga kos tenaga pekerja & masa lagi kan. 

Mari kira-kira untuk jar & deco! Isi dalam korang boleh fikir sendiri.
Nak letak coklat ke, cookies ke bahulu ke kan..

Kos untuk mendeko botol jar.
Botol Jar : RM0.68
Doily Paper : RM0.06
Thank you tag : RM0.05
Total : RM 0.77

(Mana kina dapat thank you tag 5 sen tu? Tunggu review next time ye.)
Minggu depan kina review thank you tag 5 sen tu ok..

Actually lebih kurang kalau beli paper bag harga 70sen, 50 sen. 
Pakai botol jar nampak lebih mahal tapi lebih kurang je sebenarnya.

Lagi la dalam paper bag nak kena ada macam-macam doorgift.
Makanan ada, bukan makanan ada. Lepas tu buang merata.
Kina la rajin membuang paper bag, pudin suka simpan.haha.

Dapat bag besar lagi kena letak macam-macam.
Yang besar gila boleh simpan buat letak telekung eh.
Tapi kalau pakai brown paper bag memang jimat.
DIY la bagi cun sikit paper bag kan..nampak mahal gak..

Sebab doorgift ni bukan kita nak bagi 1 2..1000 tu biasanya..
Jadi buat ikut kemampuan kita & cari yang berbaloi..
Terpulang pada individu masing-masing..
Ada parent nak paper bag, jadi ikut la..
Kalau taknak, keynya: pujuk-pujuk-pujuk..hee

Masa kina awal-awal nak buat macam ni, ini dialognya yang keluar.
Ibu : Pakai botol jar? takde orang buat kat Kuantan ni. Mesti mahal.
Kina: Kita jadi la yang pertama buat. Tak mahal la beli harga borong.

Tak cukup dengan tu..bila tunjuk contoh baru ibu suka..hehe..
Tak habis lagi, ibu nak letak dalam paper bag botol jar tu..
Kina cuma cakap takde budget dah ibu untuk paper bag..
Kalau ibu nak, ibu topupkan ye..sambil gelak-gelak kucing..
Terus nan ado la paper bag jawabnya..haha..
Sekian, terima kasih..

P/S: Mengayat kena pandai..Harap tetamu suka la doorgift ni..


Deco testing doorgift jar

Salam 
 Masa bulan puasa ritu test beli kain untuk buat penutup botol jar..
Beli kain tu dekat Kamdar dengan intan & put dengan harga RM2/meter..
Murah kan? Kena la cari yang murah sebab nak buat 1000pcs kot..

Hasil testing-testing dengan sticker Shakina's Cookies jualan biskut raya..
suka cup polkadot ni..matching plak dengan kain tu kan..

Gunting tak berapa tajam tu jadi bergerigi je..Kina potong bulat..
Lepas tu ikat dengan getah je..

Coklat tu contoh untuk bergambar je ye..hahaha.. 
Tak mampu nak bagi coklat..biskut je la ye..hee.. 

 1000 botol jar nak buat macam ni..dalam masa tak seberapa nak ada ni.. 
Botol semua dekat kuantan..dan kina berkerja di KL..hee..susah jugak.. 
SEMPAT KE?

Last-last mungkin ikat riben tepek sticker je..hee.. 
 Makin dekat makin malas..main game & tengok anime lagi..hahaha.. 
Nak jadi bini orang dah kot..haha..

Wordless Wednesday 9!

Salam
TQ Ole-Ole Manis. Barang untuk cairkan hati bakal mertua dah sampai..hehe.:P


Botol jar dari Quality Pack

Salam
Akhirnya dah berjaya memborong botol jar untuk doorgift nanti dari QP.
QP stands for Quality Pack..Kalau google map search je plaza puchong ok..
Senang je nak cari sebenarnya..muka depan kedai adalah begini..
Pandangan depan kedai

Quotation dari QP. Klik untuk tengok alamat-alamat & no tel. Kat Johor pun ada..
Kat sini ada pelbagai jenis packaging. Kalau beli banyak dapat murah la..
Beli sikit pun takde la mahal macam beli dekat pasaraya kot..
Botol jar kina beli tak sampai 70sen pun..Serius sangat berbaloi..
Harga adalah bergantung kepada saiz & kuantiti ye tuan puan.. 
Saiz botol jar kina kecik aje 200ml..

Bagi penutup botol jar ada dua warna putih atau gold..
Kina ambil warna gold kunun nampak more exclusive..
Beza harga adalah 5sen untuk penutup warna gold..
Harga penutup adalah standard..Kalau tak silap kina la..
Harga botol ikut size pastu korang tambah la dengan harga penutup..

Penutup color Gold = RM0.19
Penutup color Putih = RM0.14

+
Harga botol pilihan korang..




Mula-mula amoi tu tanya nak ambil berapa?
Pudin cakap 1000 boleh tak? 
Amoi tu balas untuk u boleh punya..haha
Kina cakap better ambil lebih sikit untuk keselamatan..
So kitorang ambil 1020pcs sebab packaging 60pcs 1 kotak..

Dengan pantasnya amoi tu buat quotation pastu tanya bawa kereta apa?
Pudin cakap CCK ...Kina dah gelak dah..diikuti amoi tu..haha..
Orang tanya kereta apa bukan no plate kereta..aduyai..hehe..

 Nasib baik lah bawa kereta pudin kalau tak mesti semput babyelite kina tu..
Tu pun muat-muat aje 17 kotak + 1 kotak penutup dalam kereta..
botol-botol jar kosong sedia untuk berkhidmat..hehe
After that kitorang parking kereta betul-betul belakang kedai
Supaya senang nak angkat kotak-kotak tu masuk dalam kereta..
Berotot jugak la nak mengangkat..haha..QP takde service mengangkat..
Takde la berat sangat kalau angkat dengan penuh kesungguhan..hee..

So far so good..QP pun layan ok je..no problem at all..
Actually kalau nak senang berurusan dengan vendor 
Kita sendiri kena prepare ourselves..lengkapi pertanyaan dengan senyuman.

Kalau muka pun masam mencuka nak aspect orang akan respect?
Kalau tanya soalan bodoh nak orang layan dengan pandai?
Jangan susahkan vendor kalau taknak vendor susahkan kita..
Dan apa yang paling penting ucapan terima kasih..

Sekian, terima kasih..:)..Heee



DIY:Nak macam ni.

Salam 

Mood nak kahwin datang kembali..hahaha..
Semua gara-gara baca post yang tersangat sweet dari puan atia!

Bagi yang mengikuti kisah doorgift jar yang kina nak DIY tu..
Kina mahu buat macam kat bawah ni..(kalau jadi la)

sorry for sangat-tak-berkualiti punya gambar
Tapi..apa nama fabric atau kertas untuk cover tu eh?
Direnung-renung pada majalah cosmopolitan tu macam...
kain pengelap cermin mata!haha

Mahu tengok behind the scene pergambaran utk cosmopolitan ni?
Photographernya kudegraphy.


BTS : Rustic Chic Photoshoot. from the whiteroom kuala lumpur on Vimeo.
Ada yang join contest pakej lengkap 15K cosmopolitan tak? 

Esok akan pergi beli botol-botol jar tersebut di QP..insyaAllah..
Esok pudin cuti, jadi kina minta cuti juga la! Yeay!!

Just in case, korang tahu apa & nak cari kat mana roger-roger ok..
Any suggestion untuk cover jar tu sangat-sangat dihargai..i lap u!
Yes U la!hihi

Saya dapat apa yang saya mahu!

Salam

Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur sangat..
Kata kak kerol tak sia-sia balik kol 7 lebih dari office buat entry..haha..
Yela, hari last baru terkedek-kedek nak buat entry kan..

Terima kasih pada Nardea & team Ole-Ole Manis..
Seindah namanya doorgift dari Ole-Ole Manis sangat indah..
Nantikan offer MilkADeal (MAD) dari Ole-Ole Manis esok!
Time ni la nak rembat kotak2 comel tu dengan harga berbaloi..

Apa yang kina dapat dengan hadiah bernilai RM500 tu?
Kina dapat ini!Seperti dalam entry kina tu..
Bride and Groom Salt & Pepper Shaker with Nice Packaging, White Ribbon & Thank You tag.

Size: 11cm x 7cm x 4.5cm
Price: RM13.00

Tak sangka hadiahnya adalah sama seperti kemahuan dalam entry..
Alhamdulillah, saya dapat apa yang saya mahukan..
Nak beli memang poket tak mampu..beli 1 boleh..hehe..
Kina dapat 40 set. Maksudnya RM13.00 x 40 = RM520
Pemurah kan Nardea, dia bagi lebih dari nilai hadiah tu..TQVM
Semoga Ole-Ole Manis dimurahkan rezeki bertambah customer..

Sekarang dah pening nak bagi sape..erm..
Mak mertua memang wajib..untuk diri sendiri pun wajib..haha
Ye la..comel gila kan..sayang la kalau takde 1 kat rumah..

Bak kata tuan puteri: kita senaraikan dulu list-listnya..

Paper shaper dah sampai

Salam 

 Bagi yang meneka & komen post kina pagi tadi iaitu seramai 13 orang..
Anda semua memang blogger yang bijak!haha..semua betul..
Jawapannya bantal nikah..!

Kina tak dapat berdiam diri walaupun wordless wednesday hari ni..
HAHA

Sebab excited ok, benda yang dicari dari tahun lepas dah sampai..
I could'nt believe my eyes..this is so cute and powerful stuff!

Apekehelnye?

Ini lah pembantu DIY thank you tag kina nanti..
Vendor: Scrap n Crop (online payment)
Paper Shaper : Brand EK Success
Bentuk : Scallop circle saiz 1.5 ''
Harga : RM75.65 (termasuk delivery)

Bagi kina harganya agak mahal untuk sejenis puncher..
Tapi kina ada trick yang dia akan membantu menjimatkan kos kina..
Eh..eh..main2 trick magic kunun..hopefully kan..

Scallop circle paper shaper!

1) rupa depan 2) gigi kat belakang 3) dah mencari mangsa untuk dipunch 4) hasil mangsa
Boleh start design thank you tag..Next month hantar print..
Pastu bagi paper shaper bekerja..grrrr..nak punch 1000++..penat gak tu..
^_________^

P.S: senyum memanjang hari ni..yeay..tQ terence tlg guna ur paypal..

Say Hi to Jellies and Marshmellow!

Salam

Lupakan cupcakes & macaroon..
Padahal diri sendiri tak pernah makan macaroon kan..
Sape nak belanja kina macaroon?hehu..

Ok..back to the topic..
Say hi to jellies & marshmello!



All pictures credit to Bompass and Parr & The Wedding Decorator

Kina suka jeli!
Bukan sebab comel semata-mata..
Murah pun murah..Sedap pun sedap kan..
Berkira-kira untuk buat corner khas di majlis anda?

Jelly & marshmellow boleh membantu..cecece..
Boleh menggantikan cookies corner atau candy bar kan..

Tapi perlukan orang untuk maintain..
Yela, jeli kan macam belengas dan berair gitu..
Kalau dewan yang sejuk mungkin applicable..

Cakap tentang marshmellow. Sape suke marshmellow?
Tahukah anda tak semua marshmellow dijamin halal.
Takut ada gelatin yang kita tak boleh makan..

Tapi kina ada jumpa satu website ni.
Dia adalah company pertama yang dapat sijil halal. So kita takde la was-was kan..
ice cream shape!

flower yang cute

i heart the most!
Boleh buat doorgift juga kan..
Haish..comelnye..geram nak makan..jangankan budak2, mak budak pun berebut ni..haha..

Doorgift cookies in jar. Saiz sesuai?

Salam, 
Untuk doorgift kina nakkan benda yang orang boleh makan. 
Tapi dalam masa yang sama kina nak benda yang orang boleh simpan juga. 
Kunun-kunun yang boleh dimanfaatkan la. 
Tapi doorgift kina ni asyik berubah aje. 

Yela..
Nak yang sweet tapi murah tapi tak nampak murah..haha..

Pada kina kalau nak letak dalam kotak beli je kotak yang murah2 
macam dyll review kotak 12sen aritu pastu decorate.
Tapi betul. Semua bergantung kepada budget anda ye!
Doorgift ni kena budget dulu. 
1) untuk berapa orang. 2) nak asing-asingkan ke xpayah. 3) kos untuk 1 

Seperti mana kalau kita pegi mana-mana bridal atau vendor. 
Senang je ayat dorang nak takel kita bakal pengantin ni. 

"Kahwin hanya sekali dik, takpe berabih sikit"

Waduh2, tapi kina lagi prefer memboros selepas kawen..haha.. 
Kina suka idea jar sebagai doorgift. ala yang isi biskut or muffin dalam tu. 
Yela..kita boleh makan & juga boleh simpan jar tu. 2 in 1. 

Contoh gambar-gambar dari hasil googling..thanks to google image. 
heart the colors!

nice!


thank you tag boleh dapat free masa tempah kad kawen

Macam post puan jaja dia beli botol kaca jar ni dengan harga RM0.70 
(depends on size) which is sama je macam harga paper bag sekarang ni bukan? 
kita boleh buat kenangan botol ni. comelnye doorgift die kan..;)

Kalau paper bag possibility masuk tong sampah adalah 90%..hehe..
tak kisah pun pasal membuang ni..bagi apa pun boleh buang..;P
yang penting kina nak bagi 1 benda boleh makan 
dan 1 benda takleh makan. 

Then buat biskut sendiri..
mentang-mentang la ibu tokey biskut raya kan..ahaha.. 
Thanks to ibu yang menaja biskut untuk doorgift..
biskut ni je yang kompem akan ada dalam doorgift kina.
Tapi sape yang nak lagi murah letak kerepek pun best!

Hope ibu kina tak merejek idea ni..
agak-agak berapa saiz botol jar yang sesuai ye? 250ml ok tak? 

Kalau orang area selatan macam melaka, seremban, johor 
boleh try tengok botol mineral ke atau jar ni dekat sini
Tuan blognya sangat peramah ok. Just sms dan dia akan layan kita. 
Kalau order banyak boleh dapat murah ok.
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork