Showing posts with label persiapan perkahwinan: legal document. Show all posts
Showing posts with label persiapan perkahwinan: legal document. Show all posts

Prosedur ujian HIV

Salam 
Di sini kina nak share pengalaman test HIV jumaat lepas..
Ramai di antara kita yang bekerja di Kuala Lumpur tapi dari negeri lain kan?
Macam kina & pudin kami anak pahang tapi berkerja di perantauan..ecece..
Masa mula-mula nak buat HIV test memang clueless tak tahu macam mana..
Mari kina story procedure test HIV kina hari tu..hehe

Langkah pertama
Survey by internet, baca pengalaman orang lain semasa buat HIV test..
Akhirnya jumpa satu gambar nombor telefon klinik-klinik di Kuala Lumpur 
Yang boleh buat test HIV..hanya klinik kerajaan sahaja yang boleh 
Dan ianya valid untuk tempoh 6 bulan sahaja.
no klinik kesihatan kerajaan di KL. kidnap dari nadya
Langkah kedua
Telefon klinik yang berdekatan iaitu klinik bangsar untuk buat appointment.
Masa telefon ni lah tanya apa yang patut untuk ditanya. Pudin yang call.hehe..

Pudin: Assalamualaikum, ini klinik kesihatan bangsar ke?
Nurse: Waalaikumussalam, bukan, ni klinik kesihatan pantai.
Pudin: oh yeke..kat sini boleh buat test HIV sebab nak kawen..?
Nurse: Boleh dik..seringgit saja..bila nak kawen tu?
Pudin: Bulan september..boleh saya buat appointment Jumaat ni?
Nurse: Boleh, pukul 8 pagi. Boleh bagi nama dan IC adik & pasangan..?
Pudin: Awal sangat tu kak pukul 8, pukul 9 boleh? (bagi nama & IC)
Nurse: Boleh2..awak ingat eh ic tunang awak?
Pudin: Hehe..ingat-ingat..kena bawak apa ye?
Nurse: Bawa IC, Pen dan surat jabatan agama tempat adik nikah..
Pudin: ok..terima kasih..

Begitu la al-kisah perbualan telefon mereka..haha..

Langkah ketiga
Sediakan dokumen yang diperlukan. IC checked, pen checked, surat tu?
Kina download dari website JAIP surat untuk HIV ni..gunakan teknologi ok..
Kina & pudin kena guna borang dari JAIP sebab orang pahang..
Surat ni namanya Borang persetujuan jalani ujian saringan HIV.
Kedua-dua pasangan perlu mengisi borang ini ok..

Langkah keempat
Semasa di klinik kesihatan pantai.
Berjumpa dengan nurse kat situ dan bagitahu dah buat appointment.
Mula-mula kena isi kad berwarna kuning untuk pendaftaran & borang HIV.
Lepas tu kena ambil nombor. 
Bayar RM1 je, parking kat plaza pantai tu lagi mahal..huhu

Kina cakap dengan nurse kaunter tu nak buat test Tallasemia sekali..
 Nurse tu cakap kena cakap dengan nurse yang buat test HIV tu..

Then terus masuk bilik no 5, amek darah sikit..sikit je..kat hujung jari..
Untuk test Tallasemia pula ambil darah banyak sikit dekat lengan tu..
 Tak sakit pun nurse tu buat..lemah lembut..ucap bismillah lagi..:)
Duration dari masa check in klinik hingga check out klinik adalah sejam..

Langkah kelima
Keputusan ujian HIV : non reactive/ reactive
Keputusan tallasemia : Doktor cakap darah ok tak perlu buat screening..
Alhamdulillah, semuanya ok..dah setel 1 legal dokumen..lega..





 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork