Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Persiapan pertunangan : Tutorial bantal polisterin

11 days to go
Salam,

My first DIY!

Hari ni kina siapkan 5 hantaran bentuk bantal bagi pihak encik pudin..Maybe takkan siap kalau takde pertolongan rakan2 sekolahku juga- firuz,nojie & zana..So, kina nak share macam mana nak buat hantaran bantal yang semakin famous masa kini..Tapi kina guna polisterin..Semua bahan kina beli kat semua house tingkat LG.

1) Barang-barang yang diperlukan.
 Kina pakai kain satin colour silver. 
Beli 1 meter setengah boleh dapat untuk 7 bantal.
Polisterin ni boleh beli dekat semua house RM3.20 je.

2) Potong kain lebihkan sikit dari saiz polisterin. Kemudian balut polisterin dengan kain.

3) Gam kain kemas2

4) Gam hiasan dekat tepi.

Lekatkan cepat2 supaya gam tak beku.

5) Cangkukkan manik dekat tiap bucu. (manik ni memang ada cangkuk)

6)Hasilnya..not bad utk orang first time buat hantaran..huhu



Kami akan bertunang 20 hari lagi!

Salam,

18.12.10, family pudin akan menghantar rombongan merisik + meminang terus..
ke benda yang sama tu?abaikan..
Alhamdulillah, pertunangan takkan dibuat..
kiranya rombongan datang untuk merisik & bertunang terus..what?
Tengok da cakap putar belit..kata taknak bertunang..

Pening gak sebenarnya nak terangkan dengan kata-kata..
Cincin yang bakal tiba lagi 20hari tu adalah cincin merisik & juga cincin tunang..
Tapi tak nak sebarang hantaran..bertunang tanpa hantaran..
nak jimat untuk kahwin nanti..hehe..

Ibu kina da bebel jugak sebenarnya..apa ni bertunang tapi takde apa benda..
Yes..takde sebarang persiapan pun..bekas dulang semua takde..
kina kan anak sulung..so sekarang..
dalam masa 20 hari.siapkan apa yang patut..
& merujuk dengan semua b2b yang dah bertunang..

merisik + bertunang = pertunangan jugak..boleh?
ibu please..

Blogger Wedding : Fiesta Cinta Kay & Luqman

Salam,
Kina baru balik dari kenduri kay & luqman dekat TNB. Dekat je dengan rumah sewa kina. Sebab tergesa-gesa nak cepat balik..Sempat jumpa sk, zara & elya je..Jom layan gambar sekitar wedding kay ok..
meriah kan

tengah menconteng dekat guestbook

macam-macam kaler pen ada..sempat promote blog lagi tu..

kina like this..special..

pelamin yang sejuk mata memandang..sori jauh..

raja & permaisuri diarak masuk

baju pengantin pink & silver..

cute kan!!

kay, tengok la kitorang terus pakai tu..dari kiri kina,sk & elya

@photobooth

banyak jenis tak tahu nak pilih yg mana dah..rambang mata..

lovely couple

dengan si jan merangkap photog..tq jan

cool..siap ada beg kat belakang tu..macam terus nak pegi honeymoon ye kay.hehe..just kidding!
 First time masuk dalam TNB..Tema kay pink & silver..kina pun maybe pink & silver too..eh..eh..
nak jugak..Kina suka marshmellow dlm paperbag doorgift tu..sambil drive sambil makan..kejap je habis....semoga kay & luqman berbahagia hingga ke syurga ok..


Jangan laminate sijil kursus kawen anda

Salam,

Sebenarnya kina dah pergi kursus kahwin before
ada relationship dengan pudin lagi..
Time tu kawan baik aje ngan dia..
Huhu..sebab kina pikir lambat lagi nak kahwin so laminate la
dengan gigihnya dengan si jan..
Siap tayang-tayang kat orang..tengok2..da laminate..haha..cis..

Tup2..pudin cakap ustaz dekat kursus kahwin haritu cakap..(dia baru nak pegi)..
Dia kata jangan laminate ye sijil kursus kahwin sebab nanti nak cop 
masa urusan nak nikah nanti tak boleh..

Aiyukx2!

Contest : Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'









Bila mata bertentang mata. Cinta terbit di dalam hati.

Itu lah entry encik pudin untuk contest Dina Halim Bridal Boutique Online ni.Harap kak dina dan juri paham la dengan coretan pudin. Pudin tahu pun sebab kina minta pudin masuk. Pudin pun tak pernah masuk contest lagi walaupun blog ni blog kami berdua. Pudin ingat lagi pergi Pameran Pengantin dekat KLCC tempoh hari, pekerja kak dina hari tu pun pernah bersekolah di Pahang. Kina pulak berkenan sangat dengan baju warna peach butik kak dina.

Usia percintaan kami baru je genap 8 bulan hari ni = 20 November 2010. InsyaAllah tahun depan adalah hari lahir pertama si dia iaitu yang ke 24 tahun(20 Feb 2011) pudin raikan sebagai seorang kekasih & tunangannya. Kalau ada rezeki dapat menang contest kak dina tak payah la pudin pening-pening pikir hadiah untuk dia dah.hoho.

Hadiah boleh diguna sehingga 20 November 2011..InsyaAllah..Berikut adalah hadiah-hadiahnya:

TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                     Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
                                     Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
                                     2 Jam Outdoor Fotografi
                                     Photobook Album
                                     DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil


TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                 Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)


TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)


*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
                                                                    pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

                                                                    dan

                                                                   20% DISKAUN ke atas
                                                                   pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK


Pelamin pilihan dari Dina Halim Bridal Boutique
Secara jujur pudin memang tak pandai sangat bab pelamin-pelamin ni. Memang pudin akan serah pada kina je. Pudin godek-godek gambar pelamin-pelamin dari DHBB, pudin berkenan yang ni. Sebab dia simple je, nampak modern dan trendy. Lagipun kina suka ala-ala garden. Bila dia suka dan tersenyum itu sudah cukup bagi pudin. huhu. Ini pantun dari pudin untuk contest yang menarik ini.

Dari mana pelamin ku bayang,
       Dari DHBB yang beri khidmat berkualiti,
Dari mana datangnya cinta dan sayang,
Dari mata jatuh ke hati.

Terima kasih kak dina halim http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan suami beliau sebumbungfotografik http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ kerana mengadakan contest sebegini. Tidak lupa buat yang tersayang, ini untuk kamu. Terima kasih sebab terima diriku di hatimu.

Sekian dari Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat.


Cara elak tetamu ambil doorgift untuk VVIP

Salam,

Sebagai pengantin, bukan la sengaja untuk membeza-bezakan jenis tetamu..ada yang tetamu biasa, ada yang tetamu special, ada juga tetamu super special..macam beras super special pulak dah..Niat pengantin adalah untuk menghargai rakan-rakan rapat yang banyak membantu..tak salah bukan? But..yang tak bestnya..kalau ada tetamu yang kadang-kadang tak diundang pun..ops..suka hati je nak amik doorgift yang special untuk kawan baik..

Ni idea & cadangan dari kina & pudin..kalau rasa tak patut jangan la ikut & kalau tak suka jangan protes pulak..hehe..

1) Bezakan dengan warna pakaian..
Minta semua tetamu VVIP memakai warna putih misalnya..tapi tetamu biasa minta warna lain dari putih..haha..:P..

2) Beri kata laluan
Ni memang tak boleh blah..penjaga yang beri hadiah kena la alert..hehe..tak pasal-pasal kena ingat kata laluan..contoh kata laluan- Comel kan pengantin..(sebab puji tu la dapat VVIP punya)

3) Yang bagi hadiah je..
Biasanya yang bagi hadiah adalah orang yang rapat dengan kita..lagi pun da susah payah dia bagi hadiah..kan bagus kalau kita balas dengan doorgift VVIP?


4) Doorgift VVIP dekat bilik pengantin 
Yang ni memang biasa..tapi ramai je yang bukan VVIP menjenguk kan..so tak valid sangat rasanya..


5) Selit kupon "saya VVIP" dekat kad kawen
Ni dah macam nak masuk wayang, bagi tiket baru bagi doorgift..tapi comel sebenarnya..tetamu tertinggal kupon? sori..tak dapat la doorgift..hahaha..



6) Tulih nama dekat doorgift VVIP
Bagitahu nama..puas pulak nak cari nama dekat doorgift tu..haha..tiba tertinggal nama..habis pengantin kena belasah lepas majlis..huhu..

7) Eh, minggu depan bleh?
Pengantin bagi sendiri lepas dah setel semua kahwin..dibuatnya VVIP dok belah sabah sarawak? post la pulak kan..hehe..

Ada yang bengong-bengong je ideanya..haha..tapi yang penting sebenarnya hati yang ikhlas dalam memberi..kalau nak menjaga hati semua pihak bak kata kak ninie, beg je sama semua tapi isi yang lain..buat sang tetamu yang rasa tak rapat sangat jangan la bersikap tak malu macam tu..kalau nak hadiah VVIP cepat buat berbaik dengan pengantin..sponsor ke..haha..;P..just kidding..

Contest : Our True Love Story {CST PRODUCTION}


Love story by Taylor Swift

"We were both young when I first saw you "
2000
Lirik lagu Taylor Swift ni mesti akan mengingatkan kina kepada zaman muda-muda dulu (sekarang bukan tua sangat pun ok)..16 Mac 2000 mungkin hari pertama kina & pudin bertemu..MUNGKIN??iya..sebab kitorang tak penah sedar pun satu sama lain..bercakap pun tak..konon je sekelas 3 tahun..
masa form 2..pudin kecik gila!..comei je..haha..

Masuk tingkatan 4, pudin masuk kelas pertama, kina kelas kedua..Lagi la takde chance nak sembang ke berkenalan ke. Pudin pulak pak imam lebai surau sekolah..Ada masa nak usha budak perempuan? (ada maybe dalam diam..heh)
budak pandai kat depan..kina pulak asyik duduk belakang sekali camne nak berkenalan?..haha..

2005
Habis zaman persekolahan, jumpa la masa reunion dekat Megamall main bowling ramai-ramai. Semua bertukar no handphone..Ye la, masa tu baru la nak ada hanphone bukan macam budak zaman sekarang. Tadika pun da ada iphone beb! Masa lepas dapat no handphone ada la message sikit-sikit..Tapi masa tu kina ada pakwe da..(pakwe yang ke2 ke ke3?haha..ramai pakwe ko kina..ops..tapi semua tak lama). Pudin pun da ada makwe..So..? kitorang bukan la couple yang jatuh cinta pandang pertama, da beratus kali pandang da pun tapi tak cinta-cinta..

2006 setengah
Pudin masuk UTP, Kina pulak dekat UM (UM is ONE)..Time tu dah berjinak-jinak dengan friendster & YM kan..That's when we started to YMing along almost everyday..We become a close friend..Sharing each other stories..Aku menang ni..ko dapat dekan 5 kali..Ko cite pasal pakwe ko, dia cerita pasal makwe dia..Pastu 2 2 kecewa, saling support, takpe nanti jumpa la lagi baik..Konon-konon saling paham memahami la time tu..Keluar la ayat.. " Kenapa ko ngan aku tak cakap ha masa sekolah??"
YM + Webcam tiap hari bila da bercinta..
2008
Kitorang jadi kawan baik..BFF..Kina pulak suka dekat sorang mamat ni..Tapi selalu main tarik tali..Pudin la yang bagi support.."Ala, dia suka kat ko tu tapi maybe dia tak nak tunjuk betul2" kata-kata seorang kawan baik..Walaupun sebenarnya pudin dah jatuh cinta dengan kina (obvious gila nampak budak ni suka aku walaupun tak penah luahkan..haha..), pudin tak penah hasut kina lupakan la mamat tu, baik amik dia..Haha..Then, pudin pergi practical dekat Germany..Tapi still kitorang akan berYM setiap hari..Memang tak boleh tak YM la..Perasaan kina? No hard feeling..
Di German, "agak2 kina terima ak tak kalau ak cakap suka kat die..?"
2009
Pudin balik Malaysia bawa ole-ole dari Germany..Dah 4 tahun tak jumpa tiba-tiba je kina rasa nervous pulak, mata pun tak boleh nak pandang..heh..kuch-kuch hota hai ke?? No la..kina kan pemalu..dan-dan je kan pemalu..masa dalam tepon siap "siot la ko ni" dan macam-macam ayat tragis yang gadis melayu tak patut suarakan..haha.. September 2009..Pudin akhirnya meluahkan cintanya dengan bunga & coklat..tentu la tidak!..Camni je..Dia SMS kina..Sebenarnya kan shake, ak suka kat ko..tak tahu sejak bila..bla..bla..kina tak ingat..haha..teruk tak makwe dia ni? Jawapan kina..ak kena ambil masa la..ko tahu kan ak suka sape..ak kena la lupakan dia dulu..bla,bla,bla..Namun, pudin tetap bersabar..dia tetap menunggu sebab dia tahu slowly kina akan terima dia..

2010
Kina memang dah frust gila..dah putus asa nak tunggu orang yang kina admire tu..20 Mac 2010..Kina pun cakap kat pudin..OK, Kita try macam mana sebulan jadi bf gf..if all going smooth, kita boleh plan untuk kawin..dari Best Friend Forever da bertukar kepada Boy Friend Forever..Alhamdulillah, tempoh probation semua ok..sehati berdansa..ada jugak la gaduh-gaduh..haha..walaupun hubungan jarak jauh(KL - Melaka je pun) ..Kina pun da sayang & cinta kat dia betul-betul..Walaupun dia bukan yang pertama, harap dia adalah yang terakhir..Kami plan nak kawen 11.11.11.. 

LAGI 1 TAHUN JE!!!

Sepanjang perhubungan kami, yang paling kina terharu dan sweet adalah suatu pagi ni..Pudin call..

Pudin = "semalam terjaga dari tidur pukul 4pagi sebab guruh,kilat,hujan ribut bagai..cuba teka ak buat ape?"
Kina = "semayang?"..

Pudin = " salah..bukan semayang..duduk..doa.."..
Kina = "doa apa?"

Pudin = "doa supaya kita cepat2 kawen sebab ak sayang sangat dekat hang"..

ok kina sangat terharu..semoga Allah makbulkan doa kita..amin.. 

i made this on my own for him..;)


Panjang bukan? ini lah kisah cinta kami..Mungkin tak romantik mana..Simpan masa kawen nanti..Tapi untuk apa kina story? Untuk contest anjuran CST Production la..Kalau menang dapat free short story video tau..Boleh la buat video macam orang kaya baru..haha..Video memang takde dalam list kerja kahwin kina pun..Sebab nak budget kan..hehe..

Dorang ni bukan calang-orang tau..Siap buat video untuk artis lagi..Kalau menang Alhamdulillah..Nak join? Klik CST PRODUCTION.


P/S : Semua gambar dari koleksi sendiri kecuali gambar bilik darjah yang diedit dari petaimuda.blogspot.com.

**sehingga 7.25ptg 22/11/10- entry ini telah dibaca oleh 830 orang.

Long trailing veil

When it comes to veil..wah..tidur pun kina bermimpikan veil yang panjang berjela tu..
kina suka sangat-sangat veil atau layah yang panjang..
long veil fanatic da ni..

Kata hati kina tentang long veil

1) nampak anggun, ayu , princess & classy gitu.
oh..jatuh cinta..(sumber google)

2) boleh libas-libas macam ni..haha..
mari dekat kalau berani..(sumber google)

3) jangan sampai orang pijak, tertarik kepala sudah la..nahas!!

4) Nak mintak kawan ibu buatkan macam ni. Sebab nak buat sendiri memang tak pandai.
gambar dari weddingbee

5) Tapi kalau tak lawa atau tak berkenan, kina nak sewa je dari Zila Ziman ke atau bride blogger yang lain.
adore her long trailing veil!

Long veil but not too long heh..oh..I'm loving it..


Design banner siap!

Haip..CEPATNYA!!!
Orang yang nak kahwin hujung tahun ni pun tak tempah lagi banner..lambat lagi la 11.11.11 & 12.11.11 tu..dah siap design banner?

Haha..takde la..gambaran design je..kina berkenan dengan 1 gambar kartun ni..designnye adalah macam gambar ni tapi lain sikit..edit-edit, touch-up touch-up..thanx to jan (my bff) yang tertunjuk gambar ni..so korang boleh bayangkan tak macam mana banner kina nanti..hehe..jangan tiru eh..macam ada orang nak tiru kau kina oi..haha..kina tak kisah pun..sama-sama pun apa salahnya bukan?tak mati pun..life is great when we share the happiness..

Jeng-jeng-jeng
.
.
.
comel..erk..jadi ke nak buat nnt?insyaAllah..


Promosi Habib Jewel 4-7 Nov 2010

siapa tak tahu habib jewel?meh ketuk sikit..hehe..
Salam ladies..
Meh kina nak report sikit..Housemate ada jadi pelanggan Habib Jewel..So, dia receive la surat dari Habib Jewel tentang promosi sempena Ulangtahun ke24 (tua dari kina & pudin..heh..perlu la state kan?)

Tarikh : 4-7 Nov 2010
Masa : 10.30 pagi-7.00 malam
Lokasi : Bilik pameran HABIB, Lot 15A, Semua House, Jalan Bunus Enam, Off Jalan Masjid India, KL

Sepanjang 4 hari, berpeluang untuk mendapatkan :
  • Diskaun sehingga 70%+10% untuk barang kemas berlian & batu permata terpilih.
  • Potongan harga sehingga RM15 segram untuk emas 916.
  • Percuma beg HABIB edisi terhad dengan setiap pembelian RM2000 ke atas sementara stok masih ada.
  • Teristimewa, dapatkan subang emas bertatahkan mutiara edisi terhad pada harga RM28 sahaja sementara stok masih ada.
What say you? WOW kan..Kina tak de pengalaman membeli belah emas jadi tak tahu sangat..yang kina tahu sekarang emas dah RM151 segram..
sharing is sexy..kina lambat lagi beli untuk kahwin..hee..

Sikit Sekitar Majlis Xora dan Zaila

Salam..sebab ramai minta tengok gambar..ini ada sikit gambar dari hanpon pudin. Sorry sangat, dah la tak berkualiti, kuantiti pun sikit..Masa pudin upload ni semalam internet memang la sangat slow..Nama je Melaka Maju 2010..huhu..layan....


majlis xora : bersama bloggers

raja sehari berwarna kuning warna diraja

guest book zaila..menarik

tengah serabut nak bergambar..adore her dais..sorry gambar memang tah pape sikit.

My wedding theme color

Salam..
Now, kina nak reveal warna untuk wedding kina..yang tarikhnya belum kompem lagi..tapi kina memang nak 11.11.11 untuk akad nikah..apa-apa pun semua tertakluk kepada kuasa Allah..kalau dicepatkan Alhamdulillah, kalau dilambatkan ada hikmahnya bukan? tak kompem lagi nanti keluar cerita sedih pulak nanti..huuu..biarkan..ayuh berangan..

Solemnization @ Akad Nikah : ivory white



Kenduri sebelah perempuan @ Reception: pink & grey



Kenduri sebelah lelaki @ Sambut menantu: dark purple


Gambar semua dikidnap dari mr google..Encik Pudin ekot aje..siap cakap nak pink seme pun boleh..haha..Alhamdulillah dapat orang yang memahami..hee..

Updated: Macam tak jadi je warna2 ni..:P
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork