Showing posts with label persiapan perkahwinan: cincin. Show all posts
Showing posts with label persiapan perkahwinan: cincin. Show all posts

Review: Cincin & Kasut nikah

Salam 
Kina masih berhutang review doorgift, hantaran & baju nikah kan..
 Tapi sebab takde gambar yang bersesuaian & belum dapat album dari Aie.
Kina nak habiskan semua pasal pernikahan sebenarnya tapi maybe terus je.

Jadi kina nak review apa yang tak perlukan gambar sangat..hee..

Cincin kahwin kina? Adalah cincin tunang kina juga..
Yup, tak tipu. Kitorang memang tak beli cincin kahwin atau gelang kahwin.
Ibu & Mak (mak mertua) asyik tanya betul ke ni? betul ke ni?

Alasan yang kina bagi?
1. Tak minat sangat emas.
2. Tak cukup jari dah, pakai banyak2 pun tak lawa pun.
3. Jenis yang mudah hilangkan barang bila dah tukar & bukak.
4. Mahu berjimat untuk benda lain sebab emas bukannya murah.
5. Dah cukup bertuah dapat pakai cincin tunang habib jewel.

Orang cakap bila cakap pasal habib jewel mesti beribu raban..wuu..
Bila dapat pakai cincin habib jewel yang dapat 50% diskaun ni dah cukup bersyukur.
Harga asal cincin tunang & kahwin kina ni RM2000++..jadi lah RM1000++..

Itu pun dah cukup mahal, selama ni beli cincin silver RM18 je.
Memang first time beli cincin sendiri memang sangat blur & takut..
Betul ke aku nak pakai cincin semahal ni? Sekali seumur hidup. Taknak dah.
Tapi kalau orang bagi free mesti lah nak kan? hee..: p

Seminggu sebelum nikah, kina pegi Habib Mid Valley untuk cuci.
Cuci cincin tunang tu FREE je! 5 minit je dah siap!
Maka, lepas dah berkilat jadilah cincin kahwin..hee..

dulu mak mertua sarungkan itu sekarang suami pula.

Untuk kasut nikah..takde pakai kasut pun..hahaha..
Alhamdulillah, akad nikah dilangsungkan di dalam rumah..
Jadi tak payah bimbang pasal kasut..TETAPI! ada cerita kelakar..

Masa nak menghantar family in law, kina dah kelam kabut nak pakai kasut ape?
Nampak macam-macam selipar kat pintu, pilih yang warna biru.
Nak matching jugak dengan baju nikah kan?

Lepas 10minit tu kedengaran riuh rendah dekat pintu rumah..
'' Cuba tengok dekat kaki pengantin''
''Har..kat situ rupanya, pengantin yang paw selipar makcik''
Hahahaha..sorry la makcik, desperate bride..hahhaha..
Kina pakai selipar makcik-makcik je sebab kasut tarak..

Yang penting dah selamat akad nikah..^_^..Alhamdulillah

Cincin silver 925 untuk si dia

Salam

Alhamdulillah, berjaya mendapatkan cincin kahwin untuk pengantin lelaki..
Cincin silver 925 untuk si dia..Sangat suka design pilihan pudin sebab simple..
Tambahan pula, cincin perak tu kan sunnah Rasulullah S.A.W..

Apa itu silver 925?
After go thru beberapa website dan sumber..
Silver 925 atau nama lainnya silver sterling..
Campuran 92.5% perak + 7.5% copper

100% Pure silver cannot be used in making jewelry as it is extremely malleable 
and it can suffer damage easily. It also tends to get very soft, even in conditions 
of normal temperature. source: here

Sebab itu silver 925 yang paling berkualiti digunakan untuk membuat jewelry.
Salah satu cara nak tahu silver 925 adalah ada tanda hallmark 925.
Seakan-akan tanda emas 916 dalam cincin itu sendiri.

Lepas dah beli baru buat research pasal silver ni, boleh tak?
Ok la ada ciri-ciri mark 925..hehe..

Cincin ni kitorang beli dekat F&C Jewelry cawangan Mydin Subang Jaya..
Tak glamer pun kan..kedai biasa aje tapi yang penting dah berkenan..hehehe..

Dengan tagline kedai ''batu kekal bersinar selamanya''
haha..tak boleh blah..tapi nampak eksklusif walaupun murah jauh dari platinum..
gambar ditangkap oleh firuz

PR sangat bagus, comel je amoi yang jual tu..
Ada macam-macam design, macam-macam batu..
Macam-macam warna, biru, hitam, kuning,ungu (ni mesti nora suka)
Bila tengok design cincin couple hati cakap nak..
Tapi duit & jari cakap tak perlu..hahaha..nak letak kat jari mana lagi..
Untuk kahwin memang kina tak beli cincin..recycle aje..hihi

Harga started from RM69 hingga ribu-ribuan..
Ada discount 20% so dari harga RM270 jadi RM220 cincin pudin..

 Lepas dah beli rasa macam entah la..
tak sedap hati sebab murah dari cincin tunang kina..

Pudin perasan muka kina berubah..dia terus kuar ayat puitis dia..
''Takpe la, jangan la sedih walaupun harga dia murah tapi 
nilai dia sangat tinggi tau sebab ni kan cincin kahwin, akan pakai sampai bila-bila''

Ceh, ko mula la buat gentleman macam Seth Tan dalam nora elena..haha..

Tapi kina suka sangat design cincin tu..batu tenggelam sikit..
Dapat kotak biasa je..memang nampak macam cincin 10ringgit..
Balik letak dalam bekas habib jewel..terus nampak mahal!hahaha
pandangan sisi & depan..heart it so much..

See!
Kalau tipu cakap platinum 2ribu pun orang percaya kot..haha..just kidding!
Sedikit info tentang cincin silver, kalau salah tolong tunjukkan..:)

I do to silver ring!



Cincin kahwin untuk lelaki

Salam
Semalam selepas 6jam drive dari Kuantan ke KL,
Jem gila mengalahkan raya puasa lagi kan?hehe
Singgah semayang maghrib dekat masjid bangsar pukul 7.50,

Kebetulan masa tu tengah tunggu BFF, dapat dengar ceramah kat situ..

Ada persoalan yang ditanyakan berbunyi begini:
Adakah haram lelaki memakai cincin suasa ustaz?

Ustaz menjawab lebih kurang macam ni la:
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
   "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya 
samada emasnya sedikit atau banyak."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
    "Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."[dari sini]
Jadi kalau kita was-was samada sebab emas sikit ke ape ke..
Jangan la pakai sebab itu yang terbaik..

Jadi cincin apa yang boleh pakai ustaz? untuk kahwin contohnya
Pakai lah cincin perak (silver)..itu adalah sebaik-baiknya..
kerana itu adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti yang kita tahu, emas adalah haram bagi lelaki.
Emas putih juga haram..Suasa pun tak boleh..
Untuk mengelakkan syubhah jangan la buat..

Update**Pilihan lain : Perak atau Platinum
atau Stainless steel (baca entry ms red ribbon di sini)

Kina prefer perak. Platinum cantik kan tapi mahal..;)
Lagipun sunnah Rasulullah S.A.W pakai perak sehingga Baginda wafat..
Ekot kemampuan masing-masing la ye..

Wallahualam..
Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari saya..
Renung-renungkan & selamat beramal..

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork