Showing posts with label persiapan perkahwinan: kasut kahwin. Show all posts
Showing posts with label persiapan perkahwinan: kasut kahwin. Show all posts

Review: Kasut kahwin RM100

Salam 
Kina akan start review untuk reception belah perempuan.01.10.11.
Yup, reception belah lelaki lambat lagi, InsyaAllah 21 Januari 2012.
Akan ada 2 pasang pengantin nanti. Double couple double jimat. Gitu.
Bersama abang pudin merangkap abang ipar kina la.

Ok, review cepat-cepat..Kasut Oh Kasut..
Kina biasa pakai wedges & croc, mujur tapak tak kecik sangat.
Tapi masa outdoor ada jugak terjelopok..Sakit kaki ok pakai kasut lama-lama.

Kina ada 2 tempat outdoor, sebab tak tahan balik rumah tukar wedges.hee.
Baru la senang nak berposing-posing..cewah..tapi macam kayu jugak.

Seriusly tak reti nak pakai, nasib baik ada bridesmaid tolong pakaikan.
Sebab bila dah pakai baju pengantin, susah nak tunduk ke bawah sebab korset.
Bukan saja-saja mengada taknak pakai sendiri..: p
stokin hitam pun hitam la..rembat je ape ade depan mata..tu la kasut saya.
Macam title tajuk post hari ni. Kasut kahwin kina harga RM100..
RM100 dah termasuk brooch yang besar itu..
Ada orang kata murah sangat, ada kata mahal jugak. 
Bagi kina tak mahal tak murah. OK. Average kan.
Masih dalam budget. Dan akan pakai untuk bertandang jugak nanti.
suka bentuk brooch ni..warna silver die reflect warna bag gavy warna purple..:)
Kina tempah di GAVY, Maju Junction.
Tapi ada orang cakap Gavy dah tak buat tempahan. Kina pun tak pasti.
Boleh tengok perjalanan kasut kina di post ini & cerita ini.
dari tepi depan belakang.
Tak reti nak pakai tali tu. Percaya tak? Razali lagi pandai pakaikan.
Yela, dia tolong ikatkan sebab pudin tak reti jugak..haha..lawak je..
Masa tu outdoor kat Taman Bandar..huhu..
Last but not least,
Thanks kepada Asyraf Gavy yang merealisasikan kasut cinderella saya..
My first ever custom-made shoe. Maybe last kot?

^_^

Her & his reception shoes

Salam
Weekend ni rasa weekend yang paling produktif, aktif & penatif..
Syukur Alhamdulillah, banyak perkara yang disetelkan tanpa dirancang..
Hari Sabtu lepas, kami berjaya mengukur 6 shopping mall! Gila ok!
 Tapi ada shopping mall yang kami hanya sumbangkan duit parking..haha..

Kali ni kina cerita tentang kasut kahwin la dulu eh..
Bagi yang dah pernah baca, kina tempah kasut dari Gavy kat post ni..
Sepatutnya tarikh ambil kasut ialah 20 Julai iaitu hampir sebulan lagi..

Tapi pudin cakap alang-alang kita dekat dengan Maju Junction
''Apa kata kita call tanya dah siap ke belum..''
Menurut perintah..tapi dia yang call..hahaa..
kina memang tak suka call2 ni..

Kebetulan Asyraf cakap dah siap..So terus pergi collect..
Sampai je bagi resit, tunggu kejap..masa tunggu ni memang berdebar ok..
Bila dia bagi kotak....Buka-buka kotak...

Alamak! Saiz sama dah..tapi brooch warna lain..ke salah kasut ea?

Eh, betul dah ni kak..ada tulis dekat buku ni..jap tanya Asyraf..

Ye2..eh..salah warna eh..takpe la..akak try dulu dengan baju..
Kalau akak rasa janggal boleh datang tukar..tapi akak rasa cantik tak yang ni?

Cantik2..hehe..ok..

Saje je tau Asyraf ni..nasib baik sesuai ok..kalau tak dah meroyan..:P..haha..

Bila tenung-tenung kasut kahwin ni rasa alahai lip-lapnye Asyraf ni buat..
Tak pernah-pernah aku pakai kasut cenggini..Try-try jalan ok la..
Sebab platform dia tinggi so dia selesa..Kecik je saiz kasut ni..haha..
tapi kan..errrrrr..tak reti nak ikat tali kasut ni!
Dang! haha..nampak sangat tak pernah ada heel berfesyen2 sikit..
Lantak la..nanti pandai2 la..

Harga kasut ni sekali dengan brooch : RM100
InsyaAllah masa bertandang pakai kasut ni juga..

Kasut pudin pun dah setel dah..mahalnya la kasut lelaki..
Ini la lelaki bila dah start beli untuk dia..

Takpela beli bukan untuk kahwin semata-mata..
Boleh buat kasut kerja juga kan..

Itu saja tentang kasut..next will be bantal nikah!


Pengalaman tempah kasut kahwin

Salam 
Gavy tak perlu diterangkan lagi sebab dah famous amos 
Di kalangan blogger b2b yang nak tempah kasut.. 
Kina start tahu dari post huda yang bertajuk
Sangat banyak info kan..
Kalau tempah kat mak andam pun RM180 
(dekat andaman yang kina pergi tu la).. 
dari depan kedai Gavy

Starting 1st June 2011, 
Gavy takkan mengambil tempahan kasut kahwin lagi..
sebab dah start busy untuk raya..
So sape-sape nak tempah boleh la pegi Gavy dekat Maju Junction ye. 
Ground Floor je..Dekat dengan Wedding city. 

First time ni tempah kasut, before this beli je mana-mana..
Mungkin takkan tempah dah..haha

Sebelum kina pergi tempah kasut..
selidik dulu warna apa yang sesuai dengan baju sanding kina tu..
tanya mr Google la..haha..

Since my dress will be dark purple, i'm opt to wear silver grey heels.. 
Asyraf pun agree dengan pilihan warna kina..
Tapi dia akan banyak gak reject idea korang..haha..
nasib baik dia bukan memaksa2..
kalau tak tak jadi nak tempah..;P 

Asyraf the consultant: akan bertanyakan soalan-soalan ini..so be prepared ok. 

1) Apa warna baju? So, kina tunjuk gambar baju.. 

2) Nak design mana? Ada banyak design yang comel2..hehe..sampai tertukar pikiran..

3) Pilih material untuk kasut Dia akan bukak buku yang ada sample material..pilih..
dan dia akan bagi suggestion ikut baju kita tadi.. 
4) Berapa saiz? Saiz kina saiz 5..tapi tahukah anda kasut ada 2 saiz..
satu saiz utk bahagian depan..satu lagi adalah untuk keseluruhan kasut..
kina ingatkan 5 memang 1 kasut tu..
Rupanya saiz kasut kina depan 4 setengah..kina 4 setengah & 5..
Tak tahu jugak? nanti Asyraf akan bagi test kasut, so dia akan tahu la. 
hehe..lakaran kina nak bagi jelas..

5) Nak riben ke kosong ke ada brooch ke? 
Kina mula-mula nak kosong tapi berubah pikiran amek brooch 
sebab nak matchingkan silver grey dan purple. The brooch is purple in colour.

6) Nak kasut siap bila? Since Gavy akan siapkan sebelum raya, 
so kina akan dapat hujung bulan 7..cepat la plak kan..tak pe la..puasa nak chillax! 
Lagipun kasut ni nak buat kasut hantaran..hehe..tembak 2 burung dengan 1 peluru.

Baca tips dari huda sebelum pegi Gavy di post ini..

After dah tempah, pudin cakap muka kina risau gila..
Ye la..takut tak jadi seperti yang diharapkan..
Dont want to think about shoe anymore..hehe..
Chillax!

Need this type of shoe

Salam 
Ini adalah kali pertama kina post tentang kasut..
Sorang kawan kina tag kina gambar kasut..bling2 lagi..
Tapi kina tahu kina takkan boleh pakai this type of shoe..
Tangkap gambar silau ni..hehe..

 No..No..No..
Mesti kina tak leh bergerak seinci pon..terus jatuh..

 Tengok folder gambar kasut kat facebook kawan tu..jumpa ni..

YES!
ni kita panggil kasut apa eh?nak3..tapi bukan warna ni la..
Kerana ketinggianku hanya 158cm..hehu.. 
Kina nak heel macam ni..tinggi tapi boleh berjalan..
Depan tu macam tebal jugak..so lebih seimbang..(yo yo o je)
Selalu pakai wedges dan selipar croc je..selesa!

Tak pernah pegi cari kasut macam ni lagi..harus cari..




 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork