Wedding Blogger: Ralat di majlis Amelyn & An

Salam
Hey..bukan ralat yang berlaku di majlis mereka..
Kina rasa ralat sangat sebab kamera kina yang hampeh..
Tak nak cakap tukang yang ambil tu hampeh sebab die memang baik..
Haha..!
Yup, my fiance adalah lelaki yang terbaik pernah dikenali..
Ok..tak leh puji lebih-lebih..nak cerita perjalanan ke majlis mereka ini.

Ralat sangat-sangat tak dapat share gambar dengan semua..
Sila salahkan kamera tu lagi sekali..habis semua gelap sahaja..
Kina pergi dengan Yumie, another pahang bride-2-be..
Dengan yumie yang akan berkahwin bulan 3 nanti,,

Berjanji untuk menunggu di hentian serdang sebab kina tak tahu jalan..
Yumie stuck dalam traffik jem, jd kitorang sampai agak lambat..
Apa yang penting Yumie memang penunjuk arah terbaik..;)

Sampai-sampai dekat club house bangi, dengan ujan riang turun..
Nampak Amelyn cantik dengan baju bertandang silvernya..
Unik sangat baju die..upper body kain songket, lower part chiffon..
Moreover! kain songket tu sebijik dengan sampin hubby die..
Kita tunggu amelyn review pasal baju die ok..

Kesian korang tak dapat tengok gambar cantik..

Yang paling tergelak besar..masa tengah tunggu turn nak bergambar..
Tiba-tiba ada seorang pakcik macam ada iras amelyn bersuara..
Eh, Cik Din..macam mana cik din ada kat sini? cik din kawan dengan siapa?
Ohoo..ye..saya kawan dengan dorang (sambil tunjuk dekat pengantin)
Cik Din, tu la anak saya..terima kasih sebab datang..dah makan cik din?
La..yeke?saya dah makan dah..ni tunang saya..tahniah ye..

Sungguh kecik kan dunia ni?hehe..

Next, kami bergerak ke shah alam..laju juga kitorang merentas highway..
Sebab time tu dah 2.30pm..Alhamdulillah kami sampai pukul 3.30pm..
Thanks to banyaknya signage yang An letak..kompem tak sesat..;)

An buat majlis di rumah dengan Arabian Canopy..Tema peach pink belacan..
Dapat jugak kina tengok veil hasil DIY An..& what i wanna say..
An & Akmal pasangan yang sangat comel..An nampak lain sebab tak pakai spek..
Kina ni macam da kenal lama je dengan An padahal jumpa masa
wedding xora & zaila sekali je dulu..hehe..

Pelamin die kecil tapi super cantik! Pakai fresh flower, lighting cantik..
Kina rasa tudung yang An pakai macam tudung chiffon yang kina pakai masa bertunang..
Tapi An sangat busy jadi tak sempat nak tanya..Paling kina suka
kotak doorgift dia yang ada doily paper yang dicop rubber stamp..
Kreatif sangat rasa macam nak buat macam tu je..;P

Ok la..mesti korang tak puas hati kan takde 1 gambar pun..
Tepek jugak la kat sini, tapi please jangan merungut ye..haha..
Memang gambar tersangat buruk..rosak belaka..haish..sabar jela..

snap curi-curi pakai handphone je..tak jelas gak pun..suke bunga kristal itu..

korang tangok mesti rasa bengang je kan..haha..sorry amelyn..huhu..

lighting kamera yang teruk..padahal sangat cantik
suke kotak silver ni, An beli rm0.50 je dengan sedara dia..noted sedara..mungkin boleh mintak An belikan?haha..;P
doily paper yang ditampal kemudian dicop..smart!
 Last but not least, esok adalah tarikh last untuk mengundi
like contest cst & lynda rahim..Alhamdulillah,suka..walaupun tak sebanyak
irine nadia marcello yang dah 2ribu vote nye..Tak sampai 200 pun..haha..
tapi ada gak yang nak vote seikhlas hati..suka..;)..now dah 141 votes..
Kalau yang belum vote tapi rasa macam nak vote boleh like  
no 150 di http://lyndarahim.com/blog/
Tak menang pun xpe tapi yang penting "Usaha Escalator Kejayaan"


Sebab ini letak button facebook share


Salam
Hari ni dengan tidak sengaja masa kina nak bukak BBF punya group,
Kina taip la Bride kat ruangan search facebook tu..lepas tu nampak ni..

12 orang shared this..siapa lagi 11 orang tu ye?
Rasa excited ada,terharu ada,segan pun ada..huhu..;)
So terus la letak share facebook button dekat dalam tiap blog post..
Boleh la tahu dari blog berapa ramai yang share post tu..
Ni juga menambahkan semangat untuk berblog dengan ligat macam yoyo..

Nak letak button facebook share atau like? kena main dengan coding..
boleh tengok tutorial kat blog liyanaa di sini

Beijing : Waktu & Internet in Beijing,China

Salam
Sebelum pergi Beijing, kina google dulu hotel yang bakal disepahkan oleh ktorang..

Nama hotel tu Ming Du Hotel..Hotel ni taraf 4 bintang..
Facilities ok, yang penting ada heater..fuu..kalau tak tidur gigil..
Hotel,makan, lawatan da masuk dalam pakej trip under ICT..
Apa ke benda ICT tu? Islamic Chinese Tour..ni pun ada yang nak dikomen ni..
Tapi simpan dulu la eh..huhu..

Dalam website hotel tu ada state internet free tapi sampai2 kena bayo pulak..
50yuan sehari iaitu RM25 sehari! Tak ke cekik darah?
Berukband Maxis yang kina pakai ni pun baru RM48 sebulan..

Yang lebih tragis Republic of China ni diorang block

FACEBOOK & BLOG
Untuk orang yang setiap hari mengadap blog & Facebook
Kompem-kompem mati kutu kan? Terpaksa la tidur awal..hehe..

How about time zone kat China? Sama ke dengan Malaysia?
Yes..Sama je sebijik sejibon..Kat sini pukul 1 kat China pun pukul 1
Tapi yang membezakan adalah musim & cuaca..
Sebab masa kina pergi kan musim sejuk, so malam lebih panjang.
Dekat sana pukul 6.00 petang dah gelap gulita..Pukul 9.00 dah tidur..
Tapi tak juga bangun awal..haha..


Beijing : Peniaga Jalanan Yang Penipu

Salam
Alhamdulillah..selamat pegi & balik..rindu sgt kat korang..korang..korang..
Hehe..1st review da bagi bad review tentang beijing kan..jahat la kina ni kan..
Haha..kita bagi yang tak best dulu baru bagi yang best boleh?hehe..
Bukan la semua menda tak best..tapi better yang best save for the last..
haha..tapi sebelum tu korang da like belum no 150?hehe..sempat lagi pomote..
Senang je nak vote : klik like dekat no 150 di blog datin lynda rahim ni

Kina tak tahu nak start dekat mana dulu sebab banyak sangat..
tapi kina nak cakap pasal benda yang tak best dulu boleh?

Peniaga Jalanan
Haha..pasal ni kina akan ingat sampai mati..
kat sini memang banyak sangat peniaga jalanan..
Korang boleh tawar harga runtuh. Diorang akan ikot korang selagi yang mampu..
Kalau xnak cakap Puuyaw..haha..tak reti eja..tak pun buat dunno je..
Ada yang dah tahu cakap malaysia..lima yuan, mulah2, mahathir (tiba je kan)
Walaupun bukan semua yang tak jujur, nak share 1 pengalaman kina..

Meh tunjuk gambar dulu..di sebalik kisah peniaga jalanan penipu ni..
di belakang ni tasik di Summer Palace-aksi kina?abaikan..haha

peace takde menda lain..huhu

dekat opis maharaja

Ahha..comel tak topi panda yang kina pakai tu?haha..tu la watak utama..
Harganya pada mulanya 30yuan = RM15 ..
First day & first buy..kina pun tawar la 10yuan..mula-mula dia tak bagi..
Dia cakap 20yuan..pastu 15yuan..kina buat-buat nak blah..dia kata ok2..10 yuan..
Kina pun bagi la 100yuan..memang takde duit paling kecik da..

Dia pun pulangkan 3 keping not duit kertas 50yuan & 20yuan 2 keping..
Kina kira ni..ok cukup 90yuan..bersenang lenang la dengan topi panda tu..

Lepas round-round Summer Palace yang sejuk gila tu..
Naik bas ada sorang budak perempuan sek menengah cakap..
"Bengong punya cina bagi duit palsu"
Ok, time ni kina rasa tak sedap hati dah..terus bukak wallet..
Kina memang pakai wallet macam lelaki bukan purse..huhu..

Tengok-tengok..Jeng-jeng..Wakenabeb!haha
Duit memang 90 tapi bukan yuan punya..Duit Russia da..
Kalau tukar pun dapat la 90sen..haha..bijak tak dorang menipu?

Tapi kalau tengok no & warna duit tu memang sama macam duit china..
Kina check duit tapi yela kan kite tak tahu bahasa china..tulisan pun pelik..
Memang geram la dapat tahu..
Dorang ni memang selalu akan bagi duit palsu lagi-lagi
tahu kita kesejukkan akan terus masuk duit dalam wallet..

Tourist guide-Azmi cakap ada yang paling teruk peniaga jalanan ni
Dia bagi duit untuk dibakar masa orang cina mati..haha..
So kina standard sikit la dapat duit rusia..tinggal 50 rusia je..
Yang lain buat sedekah ke masjid..hehe..

Kesimpulan yang dapat dijadikan iktibar :-

1)Exchange money semua jenis not jangan 100 atau duit besar-besar je.
2)Tengok betul-betul duit tu.Jangan tengok nombor je..

Kina akan buat review dengan pantas..more to come..

Berita Untuk Kawan B2B ;)

Salam, hye all b2b yang dikasihi....hehe..since Kina dekat Beijing sekarang and dia x dapat nak bukak blog..huhu..China block eh blogspot and social network macam facebooking..baru tau..huhu..so Pudin wat entri ni khas untuk kawan-kawan b2b yang berminat dengan cerita kami di contest by CST Production and Lynda Rahim KL..jika anda rasa entry kami untuk contest tu menarik..tolong vote kami ya..really appreciate it dears ;)

Dari KL pergi ke Melaka,
       Pergi ke Melaka menaiki kereta,
Vote untuk contes ini sudah dibuka,
       Marilah mari vote no 150 dgn suka ;)

http://lyndarahim.com/blog/

http://our-wedding-journal.blogspot.com/2011/01/contest-whats-hot-is-gettin-hot-by-cst.html

Dari ♥ Sharifuddin & Shakina ♥

Contest ''What's Hot is Gettin' Hot" by CST & LRKL
















SURAT UNTUK CST PRODUCTION & DATIN LYNDA RAHIM



Dear CST Production & Datin Lynda Rahim,


Hi, saya Sharifuddin. Saya menghantar surat ini adalah untuk mengutarakan
impian saya yang mungkin boleh direalisasikan oleh pihak CST & Datin Lynda Rahim
yang sememangnya sudah hebat di persada perkahwinan di Malaysia.Saya harap
surat saya ini tidak terlewat untuk menyertai pertandingan ini.
banner yang menarik perhatian saya untuk join

Ya, siapa yang tak kenal CST dengan kamera besarnya berlari ke sana ke
mari menangkap setiap momen raja & ratu sehari. Manakala, Datin Lynda Rahim
yang bukan sahaja cantik paras rupanya tapi juga idea-idea serta design baju
rekaannya juga cantik.

Saya seorang lelaki biasa, dengan pekerjaan biasa, kereta biasa,
rumah biasa, serba serbi biasa tetapi mempunyai impian luar biasa
berkahwin dengan seorang wanita yang luar biasa.

Kenapa sungguh luar biasa? Kerana setelah 10 tahun baru saya menjadi teman
di hatinya. Hari ini sudah genap 10 bulan dia menjadi kekasih hati saya & alhamdulillah
juga sudah jadi tunangan saya. Bulan 10 ini majlis kami..InsyaAllah..

Tetapi saya tahu, 10 tahun gaji saya pun tidak cukup untuk membuat
majlis idaman & impian saya ini.

Sebulan lagi hari lahir tunang saya & sungguh bertuah jika dapat menghadiahkan
si dia busana dari Datin Lynda Rahin & rakaman dari CST yang menjadi kenangan
sepanjang hayat.I really want to make my fiance feels like she is the most happy bride
in the world because she already make me one.

Di bawah ini saya lampirkan idea-idea & impian saya untuk majlis perkahwinan saya
yang akan berlangsung pada 30 Sept 2011 & 1 Okt 2011. InsyaAllah.
Namun begitu gambar tidak menunjukkan idea sebenar kerana sukar mencari
gambar yang dapat mengambarkan imaginasi yang saya impikan ini.Jadi saya harap
idea itu sampai.


1) Proposal

Tema proposal : EIFFEL TOWER DINNER VIEW
Sebelum berkahwin tentunya ada proposal atau melamar.
Saya ingin membawa wanita yang saya cinta ini ke sebuah
restoran di Paris dengan membooking 1 restoran supaya tiada
siapa boleh mengganggu saat saya melamarnya.

Ya, pada waktu itu adalah pukul 12.00 tengah malam.
Meja kami betul-betul di sebelah tingkap yang menampakkan menara
condong Eiffel yang menakjubkan serta bintang-bintang yang berkerlipan.

Si dia sangat suka makan ice-cream. Jadi saya masukkan cincin ke
dalam ice-cream. Saya lekatkan cincin pada sudu ice-cream. Untuk mengelakkan
kejadian si dia tercekik cincin yang bertatahkan berlian yang bukannya murah tu.
Si dia semestinya terharu & akan menerima saya sebagai pasangan hidupnya..
Yeay..
OK, NEXT!

2) Solemnization

Temanya NIGHT ALIVE WITH LIGHTS.
Akad nikah kami adalah pada waktu malam. 
Di mana tempat kami menyarung cincin dikelilingi lilin kecil.
Tetamu juga memegang 1 lilin di tangan tanda setuju kami disatukan pada hari itu.

Kami akan sign 1 nota kecil tanda ikrar kami & memasukkan ke dalam tanglung
seterus dinyalakan & diterbangkan ke udara. Tetamu kami juga sama-sama
menyalakan tanglung.Suasana malam dengan tanglung berterbangan sungguh romantik.

Outdoor kami pada malam itu adalah di kawasan yang mempunyai kelip-kelip.
Bila CST menangkap setiap adegan kami cuba menangkap kelip-kelip dengan
mengayakan baju rekaan Datin Lynda Rahim yang anggun tentunya sangat comel bukan?

Bukan mudah untuk merakam bersama kelip-kelip tetapi CST? I believe they can.!

3) Reception

Tema untuk majlis resepsi kami adalah A FIRE INSIDE-LOVE LIKE WINTER.

Sememangnya di Malaysia tidak ada musim salji. Tapi jika boleh wujudnya rumah salji
di rumah 4 musim taman pertanian bukit cerakah, masakan tidak dapat 1 dewan yang
bersalji.Yang penting ongkosnya saja. ^_^ .

Jika tidak boleh ada saljinya tak mengapa. Majlis masih boleh dibuat mengikut tema itu.

*Pelamin : Pentasnya diwujudkan asap-asap putih. Backgroundnya pula seperti
rumah eskimo atau rumah yang ditutupi salji di atasnya. Ranting-ranting yang dihiasi
dengan lampu-lampu kecil. Kerusi kristal yang lutsinar menjadi pilihan singgahsana
kami.


*Kereta kuda : Saya sungguh berkenan dengan kereta kuda yang dinaiki oleh
Witch dalam movie Narnia. Alangkah bagus jika saya & isteri diarak menggunakan
kereta kuda itu sebegitu. Yang penting penggunaan kuda berwarna putih nampak suci.


*Busana : Sudah pasti direka oleh Datin Lynda Rahim yang mempunyai unsur-unsur
winter wedding. Bagaimana ?mesti ada bulu-bulu ke, kasut but cantik yang sesuai
dengan baju. ;)..tak perlu pikirkan masalah baju sanding kami macam post sebelumnya..
sedih & sakit hati..kalau nak tahu boleh klik sini.


*Walkaway : Walkaway kami bukan flower stand atau lampu, tp untuk mengikut tema
kami mahukan ukiran ice yang berbentuk tiang berukiran bunga, tetapi di atas letakkan
lilin besar..menarik! now its cool & hot!

*Meja beradab : Pinggan & gelas yang digunakan adalah set kristal yang berwarna
putih kebiruan menampakkan impak ice yang sejuk.


*Upacara menukul ice : instead of memotong kek biasa, kami akan menukul ice
bersama-sama. Hasilnya adalah kek berbentuk eskimo tertera nama kami S&S
(Shakina & Sharifuddin). (kek sememangnya sudah terbentuk kami hanya perlu
menukul sedikit sahaja..kami bukan penukul profesional..haha..)


*Tetamu : Dapat merasai makanan yang panas-panas di dalam dewan yang dingin.
Sayaingin meletakkan seorang chef di setiap meja seterusnya mereka melihat sendiri
chef itu masak. Fresh & hot dari ladang gitu. HOT seperti CST & Lynda Rahim..
Tetapi chef akan berhenti memasak semasa ketibaan perarakan pengantin kerana kami taknak
chef menjadi perhatian lebih dari raja sehari pula.


*Pertunjukan api: Pertunjukan silat atau gamelan mungkin tidak sesuai dengan tema.
Oleh itu, saya akan menyelitkan persembahan meniup api dari mulut semasa makan beradap kami.Unik bukan menyaksikannya secara live. Now its getting hotter bukan? hehe..
tetapi pihak bomba wajib ada. haha..


*Belon panas : Selesai majlis, saya ingin menaiki belon panas bersama isteri.
Di belon panas itu tertera perkataan Newlywed Shakina & Sharifuddin! Seterusnya
kami menuju ke destinasi honeymoon kami dengan belon panas itu. Macam tak logik,
tapi praktikal jika kawasan berdekatan..;P

4) Bertandang

Majlis yang ringkas bertemakan PICNIC WEDDING.

Majlis bertandang atau sambut menantu adalah di mana majlis memperkenalkan isteri
kepada belah keluarga lelaki seminggu atau 2 minggu kemudian. Saya mahu isteri
saya disambut dengan gembira.

Ya, tiada lagi dewan atau rumah. Tetapi lebih kepada santai.

Meja diganti dengan kain dihamparkan di atas rumput menghijau. Hiasan pada kain
perlu dititik berat supaya nampak lebih grand. Boleh letakkan bantal untuk keselesaan
tetamu. Pakaian tetamu pula kasual sahaja..

Makanan disediakan buffet adalah makanan yang biasa dibawa untuk picnic.
Doorgift pula diedarkan dengan bakul oleh gadis-gadis comel berpakaian seperti pari-pari.
Pengantin diarak dengan kereta golf yang telah dihias sesuai dengan corak.
Isteri saya pula memakai busana yang lebih ringkas serta santai &
penggunaan tiara digantikan dengan bunga di kepala.



4) After marriage
Kami mungkin tidak dapat majlis seperti di atas
tapi kami berharap & berdoa dapat hidup bahagia bersama 7 anak kami. Iye. bukan 1 atau 2 atau 3 tapi 7 anak kami.;)
                           


Perhap, the marriage is the most precious & important thing than the wedding itself.
Doakan kami bahagia dunia & akhirat.
Amin.

Sekian terima kasih.

Yang benar,


Mohd Sharifuddin Ahmad Fuat
20/01/2011

www.facebook.com/cstproduction

www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR   

-Tamat-

*Pictures credit to Google image.




Beijing : Hunting them


Salam
Lupakan drama butik maju junction yang meluatkan tu kejap..

Now, nak kembalikan kepada mood holiday..hoyeee....
Mesti ramai yang amik cuti hari jumaat ni kan? Yela..cuti bersambung..

Berikut adalah barang-barang yang harapnya kina jumpa dekat Beijing..
1) Cadar & Langsir 
Kina mau cadar yang tak berkilat..
Langsir pun nak yang panjang tu..
Untuk bilik pengantin nanti..hehe..warna pilihan white @ champagne
simple tapi cantik!macam hotel..

2)Paper bag / paper box
Kina perlukan paper bag atau paper box yang saiz tak kecik tak besar..
Harap boleh dapat harga super murah..$_$
paperbag untuk doorgift
3) Mantilla veil
Kalau ada veil yang dah siap tapi murah nak cari warna ivory white..
Kalau takde ingat nak DIY..huhu..
baru tahu nama die veil ni mantilla

4) Penutup telinga untuk musim sejuk/Ear Muff

Sekarang kan winter di sana, suhu dalam range -4 ke -12 darjah celcius..
Erm..malam pun dah tak pakai kipas sekarang..mampukah bertahan?
Kalau tengok cite omputeh & korea kan dorang selalu pakai ni..
Masa ni la nak beli & pakai..hehe..
Konon2 la macam pelakon korea..haha..
Encik pudin sila jangan jeles..^_^

so comel kan?hehe
5) Hadiah Giveaway
Takkan lupa dekat hadiah giveaway korang..hehe..
;)

Booking memang macam ni ke???!!

Salam
I reallyx100 need your opinion on this matter..
Sebelum tu kina nak cerita situasi macam mana..

Kina pergi 1 butik pengantin ni..
Macam ni ye pakej die dekat kina..

Ini price upah jahit baju nikah biasa..tanpa kain..
RM250-350 untuk baju P
RM90-RM150 untuk baju L

RM1400 untuk tempahan baju L&P termasuk kain..
konon-kononnye promosi la untuk ktorg..
Ok, ktorang dengan tak berpikir panjang..
Terus letak deposit RM500..
Biasa kina akan tanya refundable atau x..
Ya Allah..macam mana boleh terus bayar je..

Dah pikir panjang baru rasa macam tak nak..
Nak beli sendiri kain then bagi die upah jahit je..
Kalau kira balik upah jahit atas tu RM350 + RM150
Dapat lah RM500 macam deposit yang kitorang letak kan..

Die cakap tak boleh la macam tu dik..
Deposit tu untuk pakej promosi tu..
Kalau nak guna deposit tu as sewa baju lain boleh..
(baju takde yang lawa pun utk disewa)
Tak boleh la nak ambil upah..kalau taknak kira burn la deposit tu..
Padahal die tak beli lagi kain di mana die cakap akan beli bulan 3..!

What say you?
Nampak sangat dorang nak untung bukan?
Dah bertegas tapi tahu je la kina & pudin bukan boleh bertegas sangat..

Rasa macam nak ajak semua b2b pergi serang..haha..:P





Edible image chocoreo at RM2.00 only

Salam
 Peminat coklat seperti kina bagi saja coklat apa mesti suka..
Last month, kina & myfriend yang buat bisnes coklat secara part time..
Just suka-suka nak berbisnes..blog pun tak buat lagi..tak sempat..;(
Banyak terima tempahan edible image chocoreo..
Coklat yang ada biskut oreo di dalam & gambar di luar..

Contoh:
Kak wani memberi kepercayaan penuh pada kina untuk buat designnya.
Ini design yang kina buat since die nak simple & putih maroon..
After die setuju dengan design baru kina teruskan process coklat..




Next, osmet kina pula tempah edible image smiley for officematenya..
I'm loving it! Since warnanya yang ceria..memang cantik sangat..
Sayang nak makan kan..

Bagi yang berminat nak tempah dengan kina..
Nak kina design atau nak design sendiri ok saja..

   Harga edible image chocoreo RM2.00              
Harga edible image chocoreo+ribbon RM2.20
 Min Order : 20pcs

Box pun yang keemasan tau..bukan plastik biasa gtu je..
Do compare our promotional price with others..
Boleh email kalau berminat ye..thank you..



Perlu visa tak untuk honeymoon?

Salam
Bagi b2b yang berkira-kira untuk honeymoon di oversea..
Lagi-lagi yang tak pernah pergi oversea macam kina..
Rasa patut tahu tentang visa..Yup..
Bukan semua negara perlu visa..

Besides, untuk visa..gambar passport 
bukan macam gambar passport biasa..
Ada certain negara nak background biru, 
ada nak background putih..
So, kena bagitahu dekat kedai gambar.
"Saya nak gambar untuk visa pergi France"
Tentu die tahu..
Tak pun..cuba kamu try nak visa ke Indon..
Mesti dapat jawapan : Indon takyah visa la dik..haha

Untuk lebih mudah..kalau korang tak nak rimas2..
Malas nak uruskan, minta saja travel agensi
yang korang ambil ground package tu..
lagi senang, macam kina aritu, just bagi passport & gambar..
tapi kena hati2 ya..at least ada salinan passport & ic orang tu..
nanti kang passport kamu dibuat lari..nanye!

Untuk keterangan lanjut visit www.imi.gov.my.


Keputusan GA & Tips Nak Menang Contest

Salam
Once again, sangat susah nak pilih..
Encik Pudin ajak buat random..tapi 
Kina rasa tak adil bagi yang buat sekreatifnya..
 Dah go through 3 4 x baca komen-komen korang..

Seriously susah nak pilih sebab semua kawan tu
Walaupun ada yang tak pernah jumpa pun..
Ok la..terus kepada pemenang..& ada kategori khas..

Kategori Khas
1) Cik Anet
2) Cik Sue
Kenapa? sebab tarikh mereka nak dekat sangat dah..
& mungkin kina tak dapat datang..really sorry..
Harap dengan hadiah ni dapat la mewakilkan diri kami ye..

Pemenang-pemenang yang lain..
Yang kina rasa lain dari yang lain..
Nampak usaha nak join tu..ada yang kreatif..
Bukan 5 tapi 7 orang pemenang..
Kalau boleh kina rasa nak bagi dekat semua je..
Sori kepada yang tak dapat..u can try again ok..

Pemenang GA souvenir Beijing.
1) Wawa yusof
2) Cikkin
3)Lyana MK
4)Miss Puteri
5)S.U.E.M.R.F
6) Miey Anna
7) Zaima

Please email detail kalian kepada kina seperti berikut:
Subject: Pemenang GA Beijing
1)Nama
2)Alamat
Siapa yang tak bagi tak dapat la hadiah..;)

Oh, siapa yang tak like lagi Pameran Pengantin Malaysia 
di facebook jom like mana tau boleh menang contest..
hari tu kina ada join komen idea bernas dekat PPM..
Ditag di facebook menang hadiah misteri..
Alhamdulillah..kina pun tak tahu apa hadiahnya.

Tips nak menang contest
Yang penting dalam join contest ni.
1) Redha je sebab adat menang & kalah
2) Jangan ambil idea orang! 
lagi tak boleh kalau orang tu join contest yang sama.
kalau ambil ilham dari contest lain tu takpe.
3) Be creative. Lain dari yang lain
4) Anggap kita juri. Agak-agak juri suka ke macam ni?
5) Jauhi ayat meninggi diri. Allah tak suka. Juri pun sama..;)

Just my 2 cents. ^_^
Best of luck to all..


Sticky post: Giveaway untuk bride 2 be

Sticky post!!Scroll untuk entry baru..
As stated in the previous entry..
kina nak buat giveaway khas untuk b2b yang disayangi..

b2b tu apa? bride-to-be dear..
hadiahnya mesti la souvenir dari beijing kan..
tak tahu apa yang ada lagi kat sana..
tapi benda yang senang untuk kina pos..


Syarat-syarat
Hanya perlu komen di entry ini dengan menjawab 3 soalan.
1) Bila tarikh baru kina? (nikah & resepsi)
2) Bila tarikh nikah korang? (nikah & resepsi)
3) Kenapa kina mesti pilih korang?

kina & pudin yang akan pilih 5 pemenang ye..
goodluck !!..oh ye..dateline sehingga 15 Januari 2011 aje..

p/s: an kamu tak boleh join..haha..bagi chance b2b lain juga..hee

Passport to Beijing

Salam
Sebenarnya dragonball ada 7 bijik semuanya..
ok tu semua pun orang tahu..kina peminat Goku!

Plan nak pergi beijing ni pada mulanya 
bukan la sebab nak cari barang-barang kawen..

Bila kina cakap "akak tak jadi kawen 2011, 2012 la"
Masa tu ibu tengah main laptop..dan2 tengah bukak 
website Air Asia la,MAS la,KARGO apa-apa la yang kina tak tahu..
Ibu cakap "akak tak jadi kawen jom la kite gi jalan-jalan".

Dan2 jugak la ada promo kan tiket pergi balik rm500++ ke Beijing.
Terus ibu beli 5 tiket untuk kami sekeluarga..
ingatkan ibu support..rupanya..
Habis hasil ternakan kutu-kutu kina..huhu..sob3..
Duit kutu rm1000 tau simpan setahun..
Mungkin bagi orang lain sikit..Kutu haram?
Rasanya tak bukan dapat bunga ke apa..
Anggaplah kita simpan duit dalam drawer ramai-ramai..
Tiap bulan sorang guna, sorang guna..the end..
Dah la time tu tengah sedih plan tak jadi takpe la..
pergi beijing mengubat hati yang lara..

Tiba-tiba eh2 dapat green light boleh kawen..yeay..i like..
Teruslah menukar niat dari bersuka ria di Beijing 
Kepada nak beli barang yang patut..
Passport dah buat..visa pun dah buat..5 days to go..

 Buat passport dekat damansara dengan bawak 
si kecik vaio ni..kalau tak boring gila tunggu..
Sila la bawak laptop.
Sempat pergi makan angin dulu
Baru passport tu siap..ZzzZzzzz
My first passport! 23 tahun baru ada passport..;)
Prosedur buat passport secara ringkas:
1) Beratur ambil borang untuk diisi
2) Beratur hantar borang yang dah diisi
3)Menunggu untuk dipanggil bayar duit
4)Menunggu untuk dapat passport 

Kina datang pukul 9.30 balik pada pukul 1..
Itu pun kira sangat pantas tau!
2 Tahun = RM100.00
5 Tahun = RM300.00
Kina buat passport untuk 2 tahun sajo..
sempat la untuk honeymoon nanti..hehe..

Keputusan Contest Dina Halim

Salam
20 Nov sehingga 20 Dec 2010 telah berlangsungnya
contest 'Dari mata jatuh ke hati' anjuran Dina Halim Boutique Bridal..

Untuk mengetahui keputusannya boleh klik sini..

Alhamdulillah..dapat tempat ke2..
Tq juri-juri serta kak nad & suami..
Tahniah kepada semua pemenang..
Di office dah panggil ratu contest dah..
Ayoyo..^_^..
Dan paling penting..tq tunangku encik pudin..
 



Ape cerita Nuffnang ni?

Salam
 Oh..sungguh lama tak cerita pasal nuffnang..
agensi pengiklanan untuk blog-blog ni..yela..
Dulu selalu gak kina story mori pasal nuffnang ni..

Sebab ini blog personal + kawen..so nuffnang dilupakan dah..
haha..sorry nuffnang..
takpe kina still setia pada nuffnang di arena blog ni..
best woo ipad ni..baru tgk bos pakai semalam..huhu..

Alhamdulillah selepas kemarau BE..nuffnang bagi 2 lagi BE..
Kedua-duanya adalah dari Maxis..Tq maxis..
Walaupun broadband maxis makin slow..
Rasa macam nak kembali kepada celcom je..
Menjadikan BE ke 15 & 16..Sekarang 4 BE berlegar-legar..

Berapa dah pendapatan nuffnang kina?
Boleh la untuk beli 2 barang hantaran..
Kina masih kuat & tabah untuk tidak menekan button cash my earning..
Huhu..


P/S: Agak-agak nuffnang boleh tak sponsor untuk semua hantaran?




Dah hantar penyertaan PEVEYHACK?

Salam
Siapa yang belum hantar penyertaan untuk giveaway
anjuran PEVEYHACK..baik cepat kerana tarikh tutupnya 20 Jan 2011..
Boleh menang Prewedding Percuma..
Kina dah hantar..yeay..


Cuma..
Yang kina paling tak berkenan kalau prewedding ni..
memang la nak kawen...tapi..
Perlu ke tayang gambar berpegangan atau berpelukan?
A big NO NO..
Renung-renungkan & selamat beramal.


Perhatian pemenang-pemenang contest kesayanganku

Salam
Minta perhatian buat pemenang-pemenang contest kesayanganku..
Click sini untuk melihat senarai pemenang..
Masih ramai yang belum menghantar details yang dikehendaki..
Untuk makluman kalian, kina akan ke Beijing lagi 10 hari..
great wall of china

So, cepat hantaran butiran yang dikehendaki..kalau tak tak dapat hadiah ok..
Dateline 15 Januari 2011 ye..
Kina nak setelkan semua sekali serentak ye..tq

Semalam mimpi merajuk dengan pudin pastu pergi Beijing..
Banyaknye duit merajuk nak pergi Beijing kan..
Haha..ntah pape..Beijing!!!tungguuuuu..

p/s: b2b..nanti kina buat giveaway untuk b2b ye..


Tutorial Gubahan Kek Telekung

Salam
Maaf sebab terlalu amek masa untuk post ini..
Sambil tengok AJL sambil buat post ni..go FT!
Seperti yang sedia maklum kek telekung ni adalah idea dari my besfriend..
Belajar dari gambar jela ye..

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Telekung bercorak di sekeliling tepi
- Kotak dipotong bulat
-Bunga roti warna biru
-Bunga kecil warna silver
- Bakul
-Kain net
-Jarum peniti
-Dawai bunga

bakul dipotong sikit, lekatkan bakul dengan jarum peniti

menggunakan telekung yang berkerawang

bahagian kain telekung lipat & letak dalam bakul

telekung yang dah dibentang, sedia untuk dilipat 3x

ini selepas dilipat 2, pastikan kerawang sebelah luar

bahagian yang kurang kerawang dimasukkan dahulu ke dalam bakul
sebelum pusing untuk lilit telekung pada bakul, letakkan kotak di atas

selepas selesai melilit kemaskan ke atas

bunga roti biru dililit pada kain net yang dah dibulatkan dengan dawai

Pinkan bunga & net di atas telekung tadi..
Ini lah hasilnya tangan kawan kina..;)


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork