Showing posts with label bunga tangan. Show all posts
Showing posts with label bunga tangan. Show all posts

Like & Share untuk menang handbouquet!

Salam
Another giveaway lahhh!!!
Kina suka sangat contest like & share..
Benci contest yang kumpul like-like (rasanya beribu kali tulis pasal ni)..
Apa lagi..pegi like laju2 ibtisamhandbouquet
Dulu pun B2B blogger & sekarang sudah bergelar mommy..
Ciktie ni pandai tau DIY bunga tangan..suka tengok bunga felt dia..
Jom tengok bunga tangan yang mungkin korang akan menang..
(kalau join la..hee..)

Daisy handbouquet with pearl..Nampak lembut & ayu je..
Felt handbouquet..cute yet elegant..
Dan ini sangat comel..new trend eh..
Pearl handbouquet
Lace handbouquet..ni fresh dari ladang ciktie upload..
 Kalau nak tempah terus je roger Ciktie ye..
Harga sangat berbaloi..bermula dari RM45 bergantung kepada jenis..
Jangan malu, jangan segan boleh contact ciktie terus..
Email: fatimahibtisam87@gmail.com 

atau terus PM ke inbox facebook page.

atau sms/what apps ciktie 0178297875

Sempena Ciktie nak kembali buka tempahan bunga tangan..
Hari tu berehat sebab berpantang & jaga si comel fatihah..
Tercetus idea die nak buat giveaway bunga tangan..
Suka la kalau dapat bunga tangan free kan..2 orang yang bertuah ok..
Bukan seorang..tak perlu kumpul like atau entry tercreative..

Cuma perlu LIKE, SHARE & COMMENT!


Cara nak join GIVEAWAY HANDBOUQUET-IBTISAM
--->Share gambar ini di wall anda sebagai public..
kalau tak public xboleh nak tahu korang share ke tak..
--->Tinggalkan comment di bawah gmbr.. 
"SAYA NAK!! Serta Nama penuh & tarikh majlis anda"

Jangan la komen tapi tak share..teruk bebenor..
nak free tapi xnak tlg promote ye..side kick nanti..hee
Bagi yang BLOGGER, boleh share kt blog 
kemudian serta kan sekali link post tersebut di ruangan komen..
Kina tak join pun..tukang iklan aje ye..hee..

** 1st GA ini dibuka kepada bride-to-be yang majlisnya
pada bulan June 2013 dan ke atas, tahun depan pun boleh join.. 
** 2 orang pemenang akan dipilih dgn membuat cabutan undi oleh suami ciktie.
** Pemenang akan menerima satu jenis HandBouquet (Pearl/Felt/Satin/Ribbon/Ribbon Lace) & 10 corsage brooch untuk mjlis anda mengikut citarasa dan tema anda..Ok..Jimat banyak tuu..
** GA ini berlangsung sehingga tiba hari ulangtahun pernikahan ciktie iaitu 
13/4/13 jam 1200am...
** Comment selepas waktu itu tidak dikira...


So hurry up..tak sampai seminggu je lagi contest ni akan berakhir..

P/S: siapa yang nak checklist kawen aritu..boleh email kina semula x?
Kina akan reply malam je tau..bila shahadah chinta tido..hee..
Kalau tak, tak dapat nak bukak laptop ok..hehe..

Review: Solemnization handbouquet

Salam 
Hari ni banyak janji temu dengan rancangan di TV..haha..
 Jadi kina buat review yang ringkas je dulu..yang penting gambar banyak kan.
Yela, tulis panjang-panjang pun bukan ayat best pun, lintang pukang je kan.

Untuk bunga tangan masa nikah kina pilih kombinasi 2 jenis bunga..
Bunga carnation colour peachy pink + Bunga ros shocking pink..
Since baju kina ada warna shocking pink tu kan pilih la pink..
Kalau bunga colour biru kang tak nampak langsung bunganya..
round fresh flower handbouquet

 Alhamdulillah..menang tempat kedua..kurang bebanan nak kawen.
Itu lah tujuan kina join contest banyak2.  Mahu jimat apa yang boleh.
Benda kecik-kecik ni nampak je kecik, tapi nak bayarnya banyak jugak..
Nanti kina review hadiah contest & giveaway yang lain.
selepas beberapa hari tak lebam lagi bunganya
Hadiah dari Dina Halim berupa:
Sepasang songket bunga tabur bernilai RM550
+ bunga tangan fresh flower bernilai RM150..
Jadi bunga tangan nikah ni adalah tajaan Dina Halim..
Kak Nad sangat baik, dia discuss & call kina nak bunga macam mana.

Mula-mula kina agak risau sebab rumah dekat Kuantan, takut layu nyet2..
Tapi kak nad cakap carnation & rose tahan lama, so kina amek pagi khamis tu.
Pekerja di Butik Dina Halim pun friendly sangat. Suka!
Thanks Dina Halim Bridal Boutique, I love my free handbouquet!:)
Pagi-pagi ibu jerit mana pegi jag air?? kat sini ha..hahaha..

Dengan bunga tangan ni juga kina buat deko2 di dewan keesokannya.
Gunakan selagi boleh, nanti bunga tu layu juga. Nak keringkan & frame malas la.
Cukup la gambar-gambar jadi kenangan.
Bunga tangan ini kawan baik saya..tengok pegang macam taknak lepas.
 Tapi memang bunga tangan ni la pembantu hilang nervous kina.
Selain pembantu berposing depan camera..hikhik..

P/S: Choose the right colors & flowers, you will never regret it!



Bunga-bunga tanganku

Salam

Selamat hari Isnin! Mulakan hari ini dengan senyuman seindah bunga-bungaan..eceh.
Banyak sebenarnya nak kongsi bersama, semalam 8 tempat kina terjah tau..penat.

Tapi hari ni macam semangat berkobar-kobar macam udang galah bakar..
Apa kaitan kan? hahaha..lapar la..belum breakfast lagi..

Orite, tentang handbouquet. Kina dah buat research pasal keserasian
antara bentuk handbouquet & bentuk badan..Wah, ada jugak kan isu macam ni?

Nak tahu bentuk bunga tangan yang sesuai dengan badan anda? Klik sini!
Since bentuk badan kina tak sesuai dengan bentuk cascade,
so kina opt to timeless beauty round shape..classic gitu..senang cerita.

Kina nak merasa guna pelbagai material,
maksudnya fresh flower ke artificial ke paper ke kan.
At least setiap momen tu berlainan bunga tangan.
Ada 3 majlis dah dapat rasa semua 3 jenis pun ok.

Bunga Tangan Solemnization: Bunga fresh flower dari Dina Halim.
Ni dapat free sebab menang contest. Kak nad cakap sebab kina punya majlis jauh,
Jadi ambil bunga yang tahan lama. So kina bagi la contoh design macam kat bawah ni.
Bunga tangan warna pinkish2..

Akhir perbincangan adalah bunga carnation & ros. Kina suka kedua-dua bunga tu.
Jenis bunga: Ros & Carnation
Warna: Variasi pink

Bunga Tangan Reception: Bunga kristal DIY sendiri.
Bunga ni dah 70% siap. Malas nak pintal dawai halus last-last gam je..hahaha.
Dah last minit ni buat je apa yang rasa nak buat. Tapi gam memang penuh la..
Ini dia! 

Jenis bunga: Kristal beli dekat kedai bunga reben
Warna: 5 warna. (Dark purple, Shocking pink,Pink merah, Light pink, Putih)

Bunga Tangan Bertandang: Bunga fabrik dari Cik Intan NorAzam
Tempah lepas intan kahwin = lepas kina kahwin juga sebab tarikh sama.
Bunga fabrik ni memang comel, dah la ringan je berbanding bunga kristal.
Dengan harapan pengantin juga akan secomel bunga ni!

Jenis bunga: Fabrik Warna: Belum dikenalpasti. sebab baju pun belum ado.

InsyaAllah, semoga semua berjalan lancar..Amin..

Bentuk hand bouquet pilihan

Salam

Sang ratu tak lengkap tanpa bunga tangan bukan?
Terdapat baaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaak jenis hand bouquet..
Yang mahu diceritakan ini bukan dari segi material tapi susun aturnya..
Dekat bawah ni adalah nama jenis bentuk & contoh gambar yang telah dicompile.
Its taken from this website ya. Bukan kina yang buat, kina edit & compile gambar tu je.
boleh tengok dekat website ni untuk keterangan untuk setiap jenis bentuk.

Dah buat pilihan anda?Untuk resepsi, kina angankan bentuk cascading/teardrop..
Tapi DIY bunga kristal tu masih terbengkalai lagi..sebab tak cukup dawai je pun..
Dia macam ada satu rasa kalau terhalang sikit mula la malas nak sambung..
Sekarang bunga crystal tu sedang beradu dalam kotak..hahaha..

Susah juga nak bentukkan jadi cascading kalau buat bunga crystal..
Mula la rasa nak tempah plak..Ermmmmmmmmmmmmmmmm..
Tengok poket macam segan je poket tu tersengih malu..
Tapi kalau beli nanti boleh buat sewa murah-murah dekat rakan-rakan..
Erm..itu lain kali la fikir..sekarang ni nak berangan dulu bentuk cascade ni..

cascading macam bunga tangan princess diana?
But in my opinion, bentuk macam ni sesuai bila baju gaun kembang..
Somehow, rasanya bentuk round sesuai dengan bentuk apa-apa pun..
I heart round shape which is so all time tremendously beautiful!

Sambil tu intai baju resepsi kina, tak kembang mana pun..
Mungkin cascading yang kecil comey lote macam ni..
kecil tapi sudah cukup menjadi penyeri princess kate middleton
Sudah cukup..sesi berangan sudah tamat di sini sahaja..
Kina,kau ingat kau puteri? Kalau nama Puteri Raifana takpe la..
Ok, cabut lariiiiiiik!!!


Hadiah dari The Craft Potion

Salam 
Alhamdulillah, syukur kepada Allah.. 
Saya menang motor hadiah dari The Craft Potion...

Terima kasih kepada yanie seorang exB2B..
Yang sangat bermurah hati memberi giveaway ni..
Dari 3 pemenang jadi 9 pemenang ok! Banyak tu..
Kalau yanie tak up kan maybe kina tak dapat sebab 32 penyertaan tu..

Hadiahnya adalah handbouquet & corsage!
Kina dapat corsage..memang nak sangat corsage dari The Craft Potion.
Sebab tengah try buat handbouquet sendiri ni..;P
kalau orang melayu sebut rozek kan biasanya..comel kan?

Giveaway yang The Craft Potion buat ni mudah dan best..
Hantar email kenapa saya nak hadiah tu dari The Craft Potion..
Orang lain pun tak boleh nak tiru short message kita, jadi itu adil..
Yela..tak payah nak like2..sebab da tahu kalau like kompem kalah..haha.
Tak reti nak minta orang like2 tapi kalau korang nak kina tolong like boleh aje ok..

Mari kita tinjau-tinjau apa ada dengan The Craft Potion ni..
1) Wedding Items Rental
2) Hantaran Decoration
3) Handbouquet
4) Corsages & Boutonnieres
5) Centrepieces/Guestbook/Main table deco
6) Candy Buffet - Coming Soon!
7) TQ Tag, Invitation Cards
8) Wedding favors
9) Affordable Photography Services
10) Affordable Wedding Emcee
 Harga adalah berpatutan dan boleh buat ikut budget kita!
 
artificial ni..tapi nampak macam freshflower kan?
fresh flower handbouquet untuk elya
corsages untuk theme garden..weee..^_^
artificial handbouquet
Pening nak buat sendiri? Tempahlah dengan The Craft Potion!
Selamat maju jaya buat The Craft Potion!

P/S: Nanti The Craft Potion akan buat giveaway lagi tau..
so follow,link dan like fanpage mereka ok..


DIY Bunga Kristal

Salam 
Dah lama betul tak DIY..;) 
Akhirnya berjaya try DIY bunga crystal..
Sangat suka dengan bunga tangan crystal dari kak shajaratul. 

source: shajaratul design

Ini pula yang kina baru DIY tadi..

warna shocking pink, light pink & dramatic purple
Ok la untuk first try..nanti boleh buat banyak-banyak..
Nak cari bead yang warna lain bagi contra..

Ok, jam da pukul 12.35 malam..
Kina mengantuk..tadi main badminton kat ttwangsa..
Pastu ada farewell untuk kak nini tersayang..
Pastu buat bunga crystal ni..pastu update blog..
Goodnite everyone..
&
Goodmorning yang baca pagi ni..




 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork