Showing posts with label budget. Show all posts
Showing posts with label budget. Show all posts

Tambah dalam budget checklist kawen anda

Salam 
 Bagi bride to be yang sedang planning & pening tu..
Pastikan anda ada budget checklist.
Kalau belum ada, download atau tengok online
Kemudian olahkan ikut keperluan & kemampuan.
Kalau duit berkepuk-kepuk pun (Alhamdulillah)
pastikan mesti ada 1 checklist kira-kira.

Walaupun ilmu rumahtangga masih sangat cetek..
Tapi kina rasa ada la sikit pengalaman untuk dikongsi..
Boleh kira kina pun terkejut beruk gak la lepas kawen..haha..
Jadi, tak salah kalau kina kongsikan apa yang kina terkejut tu..
Kebiasaan dalam budget checklist berkisarkan majlis semata-mata.

Apa kata kita tambah 1 lagi ruangan budget dalam checklist.
'Budget Isi Rumah Selepas Berkahwin'

Kadang-kadang kita memang akan fikir begini..
''Ala..benda-benda tu lepas kawen la fikir''
''InsyaAllah lepas kawen rezeki bertambah-tambah, cukup duit kot''
''Kawen nanti dapat hadiah kawen dari kawan-kawan''
''Majlis ni sekali seumur hidup tak salah berhabis sikit''
''Sanggup berkorban asalkan kawen dengan tersayang''
''Beli benda yang penting-penting je lepas kawen''

Ok, sekarang kita tengok budget isi rumah yang penting untuk kita.
Bila cakap penting maksudnya wajib ada. 
Kecuali anda tinggal dengan parent lepas kawen.
Tapi siapa yang taknak duduk rumah sendirian berhad kan?
Walaupun rumah sewa kecil di luar bandar. Eceh, drama kan.
If ada orang nak bagi, Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.

List ni kina sediakan berdasarkan pengalaman & survey.
Gambar-gambar adalah hiasan semata-mata & hasil google image.

1) Rumah Sewa
Rasanya semua akan survey rumah sewa sebelum kawen lagi.
Kina pun ada survey rumah sewa ikut budget kitorang.
Mula-mula dapat rumah sewa RM500 sebulan fully furnished!
Semua cakap berbaloi ok, takyah fikir apa-apa nak beli.
 Mana nak dapat kan?
Tapi last minit tuan rumah back out (sebab dia ada problem peribadi)
Bukan rezeki kami, lepas tu kelam kabut cari rumah. 
Alhamdulillah..Dapat rumah teres 1 tingkat kosong.
Tapi barang-barang isi rumah kena la cari kan. 
Time ni la kina terkejut beruk beli barang isi rumah..hahaha.
Bagi yang berkemampuan untuk beli rumah, anda sungguh bertuah ok.
Range budget paling ciput untuk : Rumah sewa RM500-RM1000 sebulan.
# deposit rumah 2+1 ke kena ambil kira juga.
kina suka rumah teres 1 tingkat macam ni

2) Langsir
Ada rumah, mesti ada langsir kecuali rumah takde tingkap.
Ada 2 pilihan, samada tempah atau beli yang siap kat pasaraya.
Takde langsir harga 10inggit, 50iggit ye. 
Biasanya rumah at least ada 4 set tingkap. Tu yang paling sikit la.
Dapat rumah yang banyak tingkap macam rumah sewa kina kat bintulu ni?
Parah la. hihi. Serius, umah ni banyak gila tingkap. Perlu 8 set langsir.
Paling koman nak buat langsir untuk rumah biasa habis RM300.
Itu yang style langsir biasa tau, tempah kat Kamdar.
Jangan harap design hotel. wuu..
Belum campur hook,railing besi lagi..Kalau yang kayu lagi mahal.
Range budget paling ciput untuk: Langsir RM500
Langsir yang cantik budgetnye juga cantik

3) TV
Mampu duduk rumah tiada TV? kalau kina mati kutu la. hihi..
Orang kata kalau nak beli TV biar beli yang elok sikit..
Sebab kita nak pakai lama. Kita nak tengok lama.
Macam-macam jenis TV ada kat Courts?Seng Heng? mana-mana la.
Cakap pasal courts jangan la buat installment. Rugi sangat.
Range budget paling ciput untuk: TV RM700-RM1200

4) Astro
Dah ada TV tak lengkap tanpa Astro kan?
Macam mana nak tengok CSI?Amazing Race?Top Chef?
haha..itu seme favorite kina..
Range budget paling ciput untuk: Astro Installment RM50-RM100

5) Kabinet TV
Kina tak pasti orang lain panggil apa. Tapi pada kina ni pun penting.
Dah ada TV & astro tu takkan nak letak atas lantai.
Tapi bagi yang rasa tak penting boleh cut dari list ya.
Range budget paling ciput: RM250


6) Katil atau set bilik tidur
Bagi yang dah beli untuk bilik pengantin this is not a problem.
Bagi yang belum beli, katil mesti ada. Dalam rumah biasa ada 2 atau 3 bilik.
Tak payah fikir bilik lain, bilik kita je perlu katil.
Yang ni pun macam TV, kita nak pakai lama. Tak murah jugak.
Kina tengok katil adik kina yang bujang RM700 punya set.
Comel, moden tapi tak sampai setahun kiok patah. Tu orang bujang tu.
Kalau ada 2 orang tido tak sampai setengah tahun kot.
By that time kena baiki atau kena beli lagi. Kos lagi.
Kalau beli katil saja kena beli almari plak. 
Almari kabinet baju plastik pun RM50.
Range budget paling ciput: RM700-RM1500

7) Mesin basuh
Kalau sanggup nak cuci baju pakai tangan 
macam masa sekolah asrama dulu takpe.
Time sekolah dulu tiap hari basuh baju sendiri woo..
Bila dah kawen, baju bertambah untuk 2 orang..
Cepat je bertimbun dalam bakul baju kotor.hihi.
Nak jimat beli la mesin basuh manual instead of automatik.
Macam kina prefer auto tapi mesin basuh zaman bujang pudin manual.
Jadi pakai je yang manual sampai rosak.ahaha.
Kalau kina guna memang berjam baru siap sebab asyik lupa.
Range budget paling ciput: RM400-RM700

8) Peti ais
Macam kina, abang pudin bagi peti ais 1 pintu yang lama.
Alhamdulillah jimat kat situ. Tapi maklum la peti lama. 
Bersalji & susu segar pun tak boleh simpan lama. 3 4 hari basi la.
Lepas 6 bulan baru beli peti baru. (nak cakap baru beli peti.haha)
Ni pun beli la peti 2 pintu. Peti 3 pintu atau yang moden-moden jgn tengok.
Nak pakai lama, kalau peti 1 pintu nanti cepat berbau & bersalji.
Range budget paling ciput: RM600-RM1000

9) Dapur gas
Call me oldschool atau kuno. Dapat hadiah hot induction cooker.
Yang mahal tu harga RM2000 tapi tak pandai guna. Tetap nak pakai dapur gas.
Macam tak best rasa masak takde api, kurang feel. hihi.
Nasib pudin sekarang keje jaga tong gas, dapat la murah sikit tong gas.
Range budget paling ciput: RM50
Dapur gas tak perlu elektrik

10) Tempat sidai baju
Yang paling kina terkejut beruk masa nak beli kat kedai hardware.
Ni masa dekat Melaka la. Nak beli tempat sidai yang besi tu.
Yang paling murah kat situ RM120. Unbelievable! 
Dah beli tengok kat Courts Mammoth RM65 je.
Tapi kecik sikit & nampak besi die senang patah (sedapkan hati!)
Ni penting untuk sidai baju kalau tak ikat la dawai.
Range budget paling ciput: RM60-RM100

11) Rak pinggan mangkuk
Pinggan mangkuk memang tak perlu beli.
Sebab ramai orang akan bagi set pinggan mangkuk. hihi.
Lagipun duduk berdua je, asyik ulang guna yang sama.
Rak pinggan mangkuk ni ada 2 jenis. 1 untuk lepas basuh.
Orang putih panggil Dish drainer ke ape? Yang ni plastik murah ket. 
1 untuk lepas pinggan kering. Harus la beli yang besi kan.
Rak besi yang kina beli style macam kat rumah nenek. RM80.
Tu pun bukan yang tinggi, yang sedang punya. hihi.
Nak yang moden-moden sekali dengan kabinet takde kan.
Range budget paling ciput: RM100-RM150 for both
Lebih kurang kina punya tapi warna biru

12) Rice cooker & Water Heater
Yang ni pun kebanyakkan pengantin akan dapat hadiah.
Jadi sebelum kawen jangan beli dulu walaupun penting.
Kalau takde baru beli.
Range budget paling ciput: RM200 for both

13) Kipas
Walaupun kebanyakan rumah sewa ada kipas.
Tengok la rumah sewa korang ada kipas ke tidak.
Rumah sewa kina kat bintulu ni takde 1 kipas weh! Tak paham den.hihi
Air-cond? Confirm fikir 10x. Nak beli mahal, bil elektrik nanti naik.
Boleh pasang kipas syiling @ beli kipas stand biasa.
Kipas syiling KDK campur upah pasang RM160
Kipas stand biasa yang sederhana RM50
Range budget paling ciput: RM50-RM200

14) Peralatan mencuci rumah
Peralatan basic yang rumah mesti ada.
Mop, Penyapu, Penyodok, Baldi, Sabun lantai, Towel kecik, Berus
Penyapu kena ada 2 kalau ada laman rumah plak. hihi.
Range budget paling ciput: RM150

15) Barang-barang nampak remeh
Boleh tak buat kategori macam ni? hihi.
Alas kaki at least ada 3 keping (kat mydin murah) 
bekas letak berus gigi & sabun mandi.
Sudip, sudu garfu, kuali, tapis, span basuh pinggan,
Bekas letak garam, Ubat nyamuk, Jam dinding, 
Benda-benda camni nampak kecik, murah tapi..
Bila dah depan kaunter nak bayar tu cecah ratus ok.
Range budget paling ciput: RM200

Ok la..itu la isi rumah yang kina rasa penting after kawen..
After ni maksudnya tak boleh tunggu 6 bulan baru nak beli..
Kemudian boleh la beli sket-sket macam kabinet dapur,sofa, meja makan.
Bila nak beli sofa beli jugak coffee table.
Lagi-lagi kalau dekat nak raya takkan takde sofa kan.
Karpet pun kena ada. Tu pun mahal jugak. Ratus-ratus.
Kemudian akan ada banyak lagi la nak dibeli.hehe.

Bila dah ada anak lagi la banyak barang nak beli.
Barang baby mahal-mahal ok. Terkejut beruk jugak tengok.hihi.
Ok la..All the best untuk semua bride to be..:)
Happy planning!

Persoalan baju sewa atau beli?

Salam
Ada yang bertanya pada kina..
Nak sewa atau beli baju-baju untuk majlis perkahwinan?
Pada kina semua adalah bergantung selepas menjawab persoalan-persoalan ni.
Pada pendapat kina bila da jawab baru boleh tahu jawapannya.
  1. Budget anda?
  2. Majlis apa? Nikah? Sanding?Bertandang?
  3. Kegunaan baju tersebut?
  4. Kalau nak sewakan ada ke yang nak sewa nanti?
Kalau kina, jawapan kina adalah seperti berikut:
Pastikan setiap jawapan ada reason kenapa.
Kina juga mengambil masa berbulan untuk pikir balik tentang ini.

Ini jawapan dan reason kina. Lain orang lain pendapatnye.
1) Budget anda?
  Budget sederhana sahaja jadi ada yang sewa ada yang tempah.
Kalau budget tinggi boleh tempah semua..
Kalau budget nak lebihkan pada tempat lain contohnya doorgift, deco atau yang lain, 
sewa je semua dalam package. Tapi ada juga yang sewa lagi mahal dari tempah..
Tepuk poket tanya duit ya...hehe

2) Majlis apa? Nikah? Sanding?Bertandang?
 Nikah: Tempah 
Reason: Mahu simple dan buat kenangan detik bernikah tu sendiri.

Sanding : Sewa 
Reason: Mungkin sebab package atau pun sebab dah suka baju yang dah ada. 
Atau pun menang contest baju free..hehe..

Bertandang: Tempah 
Reason: Bertandang kina 2012, nak yang simple dan boleh pakai pergi majlis.
Masa tu budget dah bertambah sikit..kooot..haha..

3) Kegunaan baju tersebut?
Boleh pakai pergi majlis kahwin atau dinner.
Adik kahwin nak pakai yang sama je..haha..ada ke adik yang nak?

4) Kalau nak sewakan ada ke yang nak sewa nanti?
Ini soalan yang penting jika mahu sewakan. 
Ya, kalau dapat sewakan pasti pulangannya 
boleh cover balik nilai wang yang telah dibelanjakan.
Kalau warna baju anda putih misalnya,
kebarangankalian untuk orang sewa ada banyak. 
Juga bergantung kepada medium yang anda gunakan. Blog?Facebook?
Baju nikah kina mungkin tiada yang akan menyewa sebab warna warni..haha..
Harap membantu yang masih terpikir nak sewa atau tempah baju kahwin.

Download checklist budget kahwin anda

Salam
Akhirnya pudin dah siapkan checklist kahwin ni..
Kalau letak anggaran file ni akan jumlahkan terus..
Haha..kina bukan expert excel..tak berapa suka excel..
Wedding fati & lala kena hold dulu sebab gambar takde..

Checklist ni sangat penting untuk orang yang merancang nak kahwin..
Jangan biarkan otak anda beserabut lagi..mari kita buat checklist sama-sama..

Checklist atau belanjawan kahwin kami simple je..
Kina tahu ada lagi checklist yang lebih details..ikut keperluan..
Its better kalau ada hardcopy & softcopy sekali..in case kan..
Diasingkan mengikut majlis akad nikah, hantaran, resepsi, famili & lain-lain..

Sedikit screenshot checklist yang simple itu..
kalau disponsor tulih 0 ye..hehe..

jangan tengok figure tu olok-olok je..hehe..
Nak checklist ni? tapi malas nak email kina?
Klik saja link download kat bawah ni ok..


P/S: Sharing is sexy

Shoping dekat Beijing?

Salam, lambat lagi kina honeymoonnye..Kina akan berhoneymoon dengan keluarga je dulu..hari ni kina dapat email dari ibu kina..confirmation dari Air-Asia tentang tiket yang kami ke Beijing Januari tahun depan..RM583 untuk seorang pergi balik..Sekarang tak tahu la berapa..Mungkin seribu lebih untuk sorang..21hb sehingga 26hb..

Oh..sesiapa yang kawin time tu maaf kina tak dapat datang..Time kina pegi Beijing gonna be as cold as ice..sebab winter time!..nak main ski2..sekali hidung berdarah sebab sejuk sangat baru tahu..

kina ingin berski ala-ala pro bleh?

Bride-to-be yang lain seme pegi Bandung, Jakarta..

Kina pegi Beijing?Ape kes?haha..kes merajuk..Ada barang-barang pengantin tak kat Beijing? Tapi kan banyak barang Made in China..So, kompem2 banyak barang-barang dari situ..Kena simpan duit dari sekarang ni..Should make list & survey online dulu..Kalau tak gigi jari jela tengok orang membeli..

P/S: Encik Pudin sila jangan menangis..haha

Unofficial budget untuk pertunangan kami

Mungkin ada bloggers yang nak share berapa kos pertunangan mereka. Share please..
Ini hanya lakaran budget yang pakai hentam tanpa men"survey" dekat kedai. Jadi sila abaikan kalau rasa pelik dengan kosnya. huhu.

1) WARNA TEMA
Peach (Untuk masa ini )

2) JUMLAH TETAMU
100 orang

3) MAKANAN
RM8 x 100 = RM800 (Katering kawan ibu)

4) KANOPI
1 Kanopi = RM200 (Sewa tempat kerja ibu)

5) BAJU PERTUNANGAN
Jubah.
Kain = RM200
Tempah jahit = RM150 (Butik kawan ibu)
Veil = RM50
Total = RM400

6) HANTARAN (belum decide)
Warna –
Bilangan – Budget RM1000
Barang –

7) MINI PELAMIN
RM300

8) PHOTOGRAPHER
Abang Sepupu – SERVICE F.O.C (Yippi..>_<..)
Sticky Album+CD – RM50
Kos Cuci – RM600

9) DECO RUMAH
Deco Tangga – RM100

10) DOORGIFT ( da makan sedap tak payah la doorgift..huhu..sori)
11) MAKE UP ( mahu mekap sendiri..kata nak bajet..bajet pandai sangat..nikah baru ada MUA)

TOTAL = RM3000

Ini adalah budget pertunangan kami yang memang budget.
Nampak tak ada banyak dari kawan ibu la, tempat kerja ibu la di situ dengan harapan penjimatan yang berkali ganda.Tapi tetap terkejut juga tengok nilai tu..

RM3000 untuk pertunangan yang simple sesimple simplenya?

Belum masuk kos pengangkutan dari Tembangau ke Kuantan, Cincin & perkara-perkara remeh lagi.

Aduyai. (tak baik mengeluh..ok2..ini hanya membebel)

Mungkin ada yang akan dicantas lagi. Bila bagi tahu encik pudin dia ok aje. Nanti makan megi je baru tahu!. Huhu.

Kalau ikutkan kina tak payah tunang-tunang. Save untuk kahwin nanti.

Tapi ibu terus cakap " Ibu nak akak tunang, Nanti apa pula orang kata tiba-tiba je kawen.".

Yela, tapi tak boleh la grand2 ok..Budget2..
Ikut aje la kata orang tua, mesti ada hikmahnya. atau mungkin akan ada sponsor dari siapa2 nanti?haha..amin..bila nak bertunang kena tunggu..:)



Kahwin Serentak

Hellu ;)

En Pudin kali ni nak share tentang kahwin serentak..ehe..tidak dapat tidak its happen to me also la. Actually my mother & father suruh kahwin serentak dengan my brother tahun depan (kenduri sambut menantu wat serentak kat rumah). mule-mule tu rase cam ok no problem best jugak kalo kawen serentak kan.huhu..

Macam dalam gambo nih..my abang-abang sambut menantu serentak @ kahwin serentak..

Gambo time berarak abg en pudin kawen serentak taun lepas (en pudin pengapit di situ...haha.amek berkat..da tak sama baju pengantin..slh paham berlaku)




But then, come across my mind that kahwin serentak ni ade pros n cons die la kan. 

Perhaps so :). 

Mungkin ade yang cakap ada orang tua2 ckp kawen serentak ni tak elok..

1)mungkin slh sorang tak bahagia or something bad happen la..dunno la kan..tak baek gok percaye gtu..tahyul tuuu..huhu

2)comparison berlaku. "eh, isteri adik lagi cantik dari isteri abangnye"..baju kawen kakak lagi cantik la.. rasa tak syiook la kan..


3) kelam kabut.. bile dua-dua pihak datang..sampai tak terlayan..aduh..kabut sih..




Mungkin ade jugak orang ckp kawen serentak ni banyak pro contohnye macam ni;

1. jimat kos..iye juge coz cost sharing ..haha..kata nak budget wedding..yeke nak budget cik shakina tu?

2. memudahkan sedare mare yg jauh, dekat datang smbil melawat rumah di kg ku..felda..hehe..ingat felda tembangau dekat ke? pos laju pun tanak masuk tau??!..tak pasal kena pegi amek dekat pejabat pos terdekat @ trian..



3. mudahkan tuan rumah..penat sekali je..huhu..iyeke..maybe juge la..


Anyhow...maybe ada lagi pros n cons die. i hope to get some feedback n good comment from blogger frens yea..sharing is caring yuk..skang ni a little bit conpius whether kawen serentak or asing2 is the best..hope you guys can help me..


TQ - Sharifuddin

8 Sebab Kenapa Nak Do-it-Yourself.

Kina ni memang tak kreatif tapi kina nak juga buat sendiri doorgift untuk wedding nanti (ok, i know lambat lagi kan)..degil tak degil..tapi kadang-kadang hangat-hangat tahi itik je..

8 sebab kenapa nak DIY


Kenapa nak buat sendiri?
1) suka hati
kita boleh buat ekot demand kita. walaupun buruk tapi kita punya suka la kan..
suka hati la nak guna pintu suka hati


2) jimat & budget
sebab tak berapa nak kaya. kalau korang selalu click nuffnang kami boleh la beli yang expensive..kui3..kalau upah orang kompem kena mahal. tapi jangan ingat diy tak boleh nak exclusive & expensive tau.


3) rasa dihargai
bila tetamu dapat doorgift ni mest dorang akan rasa lagi spesel. tapi kalau ada kutuk buruknye kau buat. amek balik doorgift tu..haha..jangan sampai gaduh pulak.
berani cakap buruk?



4) menghabiskan masa
macam kina ni lambat lagi. so weekend boleh la perabis masa buat diy. (sebenarnya bosan sebab tak boleh nak dating selalu sebab jauh)


5) side income
kalau (kalau je la) cantik diy doorgift tu. mesti orang tanya mana beli ni. bleh la cakap " i buat sendiri & jual, berminat ke?"..ha..tak pasal buat bisnes masa hari perkahwinan nanti. duit tuuu..


6) merapatkan hubungan silaturahim
time nak diy ni takkan buat sorang-sorang sepanjang masa kan. ajak geng, ajak famili. mesti seronok & meriah ala-ala nak beraya.


7) minat
dari kecik kina suka tengok cita yang reka cipta tu..still ingat frame guna batang kayu ice cream..comei gile..sebab dah berzaman, memang tak amek gambar..something like this..

siap colour lagi masa kecik-kecik dulu



8) terapi tekanan
balik kerja tension-tension tu amek barang buat diy. (konon-konon banyak la buat kerja tu) kompem boleh release tension. tak perlu la encik boyfren nak kena marah je. haha. tapi kalau last minute baru nak diy..itu mengundang tension..hehe..




Duit raya 500 ringgit..tunai..

.Nak duit raya x3...Nak duit raya??Nah amik..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


sampul yang akan mengecewakan adik-adik sepupuku

Saya pun nak duit raya please...
Sambil membuat mata kesian..>.<

gile kesian tengok kucing ni..tomeynye


Time kecik-kecik raya paling tak sabar nak kutip duit raya..siap bertanding ngan adik beradik..padahal 3 beradik je..tu pun nak gaduh..bile ada yang lebih cakap..

X ACI..macam upin ipin jawab..ACI KAT INDIA LA..

Tahun ni..saya da start kena menghulurkan duit raya..walaupun takde anak sedara (adik sepupu semua kecik ok) & sudah pasti tak kan dapat duit raya dah..uwaaa..

Walaubagaimana....TERIMA KASIH KERAJAAN (time ni la nak cakap terima kasih & baik2 kan)..haha..
Sumbangan duit raya a.k.a bonus RM500 tu dapat membantu menampung perbelanjaan di hari raya..Sepatutnya RM500 dapat pada 1hb Sept 2010..iaitu semalam..tapi saya belum check lagi..rasanya tak dapat lagi..tak pe..saya penyabar asalkan dapat..kalau tak dapat terus jadi tak penyabar..eh..hoho..

RM500 ni kena masuk untuk saving budget kahwin ke encik pudin?

sambil membuat mata kesian lagi...>.<


aih..lagi tomey..kesian x kat saya?


source: google

Planning Stage

Post kali ni pasal planning. It is important to start plan bout wedding. We start to plan bout wedding this year =). Perkahwinan perlu dirancang sejak berknalan lg. Memang banyak perkara perlu disediakan untuk perkahwinan. oFkos money is first.hehe...

As for now, we are still saving for our dream wedding. Sket2 lame jd bukit..sikit2 lame2 jd banyak insyaAllah..setiap kali orang kate i ni orang kaya, i amin kan ..walaupun xkaya..haha..moge2 dpt bertambah rezeki. InsyaAllah..actually i start to plan for wedding during my final semester.(end of 2009) i set the target that 2 years after i finish my study, i already married. it means that in 2011.
berbuka puasa beramai2 1 sekolah..merangkap ceti tukang kire duit..


InsyaAllah...may Allah bless us and our dream wedding run smoothly as per plan.

written by Mr Sharifuddin

Goodbye Pos Malaysia

The price of stamp = 0.50-0.70cent? If I want to send out 500 wedding cards?

Around RM250-RM350..Wow..I can travel from Kuantan to KL then to Melaka with that..Boleh upkan barang hantaran juga..haish..

My solution = i will organize reunion (as usual)..give them by hand during the occasion ofcos..haha..fortunately we both in the same school..same friends..this will cut off the budget to buy the stamp..hihi..

No money no wedding?

The most important thing that will clings in all bride-to-be mind is money..Rite?huhu..me too..
No money no talk..that goes to the wedding ceremony too..For mine, I want it to be simple but thoughtful..(walaupun berangan nak yang hebat2 meletup..haha..)

Budget2..wedding budget..budget wedding..bajet kahwin..kahwin bajet..??..($ $)..Huu..Pening juga..Target untuk both kenduri = RM40000..Enough ke ye? My economy right now? Grrrr..mari berjimat cermat..aja-aja fighting!

written by Ms Shakina
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork