Salam
Hari ni seperti dijanjikan, kina akan buat review tentang bilik pengantin.
Decoration untuk bilik pengantin disponsor oleh HK Decor & Design.
Alhamdulillah..jutaan terima kasih kepada HK Decor & Design..!
Pemilik HK Decor & Design adalah mak long kina (kakak ayah).
Semua decoration adalah tajaan HK Decor & Design kecuali set katil je.
Dari cadar, bunga, langsir, wallpaper & frame adalah ehsan mak long.
![]() |
| kina suka sangat kedua-dua bunga. color yang cantik. |
Mak long kina cuma tanya warna baju kina & theme yang kina nak..
Baju kina biru petronas(tak tahu kategori biru ape..huhu)+pink sikit+purple sikit
Theme plak kina nak English Moden Kotemporari gitu..
Mak long cakap akan guna warna krim & light pink la ye.
Segalanya kina serah pada mak long. Orang dah sponsor jadi orite aje. :)
Kina tak berapa suka material satin sebab kina rasa panas & lemas.
Syukur, mak long jahitkan cadar bukan dari material satin yang berkilat-kilat.
Cadar adalah dari fabrik dari Elyza. Tak tahu la material apa. Cotton kot.
Sangat lembut, sejuk & kemas jahitannya.
Semasa HK Decor & Design mendeko2 bilik macam Eric tu.
Kina masih berada di Kuala Lumpur, setelkan kerja (setel ke?haha)
Ayah kina dengan rajinnya meMMS gambar bilik 1 demi 1..
![]() |
| gambar pertama dari ayah dengan caption ''bilik pengantin in progress'' |
Disebabkan lighting, kina nampak langsir bilik tu warna kuning.
Kina : Kenapa langsir color kuning ayah?
Ayah : Sebab perhimpunan BERSIH. haha
Sempat lagi buat lawak ayah kina ni kan..tergelak jugak masa tu. Then,
Terus call ibu tanya, kalau dengan ayah sampai bila2 tak dapat jawapan serius.
Kina : Ibu, ayah ada MMS gambar bilik, nape langsir kuning?
Ibu : Har? Bukan kuning, krim sama dengan cadar. Percaya sangat
la gambar dari hanphone cokia ayah tu..haha..lighting kot.
Mari kita tengok sebelum dan selepas. Rasa macam Casa Impian plak!haha
Gambar yang selepas agak kuning sebab lampu kuning..hehe..handphone cokia kot :P
| Sebelum. smurf pun ada lagi masa ni..:P |
| Tadaaaa..cadar juga dibuat oleh HK Decor & Design |
![]() |
| bantal kecik tu dicustomade sama dengan kepala katil ada macam diamond. |
| Bekas ni sebenarnya bekas isi garam. Boleh dibeli di SSF RM9.90 (small size) |
![]() |
| Wallpaper dipasang sangat kemas. Suamiku gaya pelakon sinetron dah.:P |
Antara Produk & Service dari HK Decor & Design:
* Menerima tempahan langsir ( kain Elyza’s dan Acacia sahaja )
* Menerima tempahan wardrobe dan kabinet dapur
* Menerima tempahan jeriji wrought iron, carbon steel, stainless steel & pagar
* Menerima tempahan sofa fabrik Elyza
* Menerima tempahan reupholstery untuk sofa fabric dan kulit
* Menerima tempahan perabot Jati dan Mahogani
* Memberi khidmat runding hiasan dalaman kediaman dan juga pejabat
* Memberi khidmat padanan langsir menggunakan software Eassy Décor
* Memberi khidmat professional fotografi perkahwinan
* Memberi khidmat renovasi kediaman dan pejabat
* Memberi khidmat hiasan bilik pengantin
* Memasang rod dan railing langsir
* Memasang wallpaper dan karpet
* Memasang vinyl laminated flooring dan juga laminated wood flooring
HK Decor & Design boleh merealisasikan impian anda!
Hubungi HK Decor & Design:
Facebook: HK Decor & Design
Email: info@hnkdecor.my
Contact No:0169865488
Kina sangat berpuas hati dengan hiasan bilik pengantin kina.
Semoga HK Decor & Design terus success!Good Job!










