Showing posts with label pameran pengantin. Show all posts
Showing posts with label pameran pengantin. Show all posts

''Kenapa Anda Perlu Datang Ke Pameran Pengantin Malaysia 13-15 Julai di SAC Convention Centre"

Salam

Kenapa tiba-tiba je kina semangat post entry time weekend ni? Memang jarang-jarang, kadang-kadang, sikit,sikit la kina post entry time weekend. Ini gara-gara poster ni la. 
Alhamdulillah masa dilanjutkan. Kalau tak? Melepas..
Isk isk isk. Kina baru tahu pukul 6.30petang tadi. (Sape suruh tak online weekend kan, nyaris nak terlepas..hihi). Dah lama rasanya tak join contest tapi contest ni sangat mudah walaupun So-Spontan kan. Yela, contest ni start pukul 10 malam tadi sehingga pukul 9.00 malam ni. Haa!! Tak sampai 24jam pun kan?? 
Thank you Juara Super Spontan!
Syarat-Syarat Penyertaan Contest So-Spontan ni:-

  1. Terbuka kepada semua peringkat umur. Orang dah kahwin & membuyung 8 bulan macam kina pun boleh join. Kihkih.
  2. 'Like' Fanpage PPM. Tak perlu kata apa-apa, like je. Dah lama like & follow PPM.
  3. Tukar profile picture kepada poster PPM. Ini buktinya. 
  4. Profile pic dah bertukar. Cover masih feeling2 pengantin baru. Haha
  5. Buat entry bertajuk ''Kenapa Anda Perlu Datang Ke Pameran Pengantin Malaysia 13-15 Julai di SAC Convention Centre". 
  6. Share post di wall anda & PPM.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirahmanirahim..
Klik sini untuk ke blog PPM

Kenapa Anda Perlu Datang Ke Pameran Pengantin Malaysia 13-15 Julai di SAC Convention Centre??
Hari last! Ye..hari ni last..Korang tengok la macam mana keadaan di PPM ni..
Meriah kan? Kalau ramai maksudnya? Faham-faham jela. Mesti la best.

Sebelum tu mari kita flashback sikit sebelum kina kahwin & jadi mak buyung ni..Layan gambar jela ye..Gambar kan bercerita lebih banyak dari perkataan..

Kenangan kina di PPM..:)
Ok..Kina seboleh-bolehnya tak miss pegi PPM,habis ku angkut pudin yang dok kat Melaka... tapi sejak duduk pindah Bintulu ni memang tengok dari Facebook jela. Maybe PPM boleh melebarkan sayap ke Sabah/Sarawak lepas ni kan..kan..kan?InsyaAllah..

Ok, moh kita terus kepada jawapan spontan yang kina dapat jawab Kenapa Perlu Datang ke Pameran Pengantin Malaysia di SACC ni.








Ok..itu la yang paling So-Spontan yang kina dapat sediakan. Semoga PPM terus sukses di masa hadapan. I know you can! Aja-Aja fighting!

Published on: 8.55pm..sipi2 nak tamat contest..harap2 ada rezeki baby..:P


Aduhai Pameran Pengantin Malaysia 2011

Salam
Jumaat & Sabtu telah berjaya menerjah PPM..
PPM kali ni lebih selesa, booth yang banyak & parking yang murah..

Hari Jumaat:
Selepas balik dari keje, pegi PPM sebab nak ambik hadiah..
Nasib baik ada kak fida & comot temankan..merangkap OP?haha..
Mesti semua pun pelik kina bukannya masuk pun contest ke3 urban vibe tu kan?
Hadiah dari mana plak ni eh? 

26 Disember hari tu, kina tengah facebooking dekat PPM punya fb..
Statusnya berbunyi begini la lebih kurang..
"Hadiah misteri untuk idea paling bernas untuk menambahkan mutu PPM"
Kina pun komen la idea..dah tak ingat ape idea kina tulih..
Next month PPM tag nama kina cakap menang hadiah misteri tu..

So, sehari sebelum PPM bermula, kina tanya dengan PPM..
Dapat ke email details kina hari tu sebab takde respon..
PPM minta kina call lisa..lisa ni sangat friendly..
Lisa bagitahu boleh tak datang ambil hadiah esok (jumaat lepas)
Dah la eksiden tau..nasib baik dapat hadiah best..kih2..
Eksiden ape lagi la kina ni kan..hahaha..tapi kina still sayang gila 
dekat babyelite sebab tak menyusahkan kina sangat..;)
kita kena sayang kete kita kalau tak die merajuk tau..

Alkisah eksiden berlaku di Plaza Tol Batu 3 tempat touch n go..
Kina rasa ada rm3 lagi dekat kad..rupanya tidak..haha..
Confident je lalu kan..dah ke depan sikit tapi board tak hijau lagi..
Lambat betul die tulih baki tak cukup..10SEN!!!haha
Kina reverse la sikit ke belakang..terlanggar si kancil comel..

Die ke depan kina kebelakang jadi la magnet..haha..
Haha..Nasib tak de pape..cuma plat kereta tu yang patah..
Muka mamat kereta kancil tu macam bengis je..
Bila bercakap alahai lembutnya, baik je die..tak marah pun..
Siap panggil kina cik lagi..(ok tak nampak tua)
Dia pun tak tahu nak buat camne..haha..die ekot kina je..
Kete kina memang takde calar langsung..i love u babyelite..
Then kina bayar la dekat die RM50 untuk ganti plat die..
Die cakap banyak ni cik..(takkan nak ambik balik duit kan)
Kina cakap takpe2..halal je la eh..ok tamat kat situ..hehe

Sampai dekat SACC mall, tunggu kak fida solat maghrib..
Dalam hati, ok kalau hadiah ntah pape tak berbaloi aku eksiden..
Haha..memang tak leh blah..tapi syukur sangat takde pape..

Dah sampai SA convex tu masuk..wah..sejuk..suke..
Pastu dapatkan tag blogger ini dari counter PPM..suke lagi..

Then jumpa dengan nora,puteri & nabila (ex-schoolmate) yang 
dapat tempat ke2 & her bf fahmi (ex-schoolmate juga).
Pastu kina takde tempat duduk..berdiri la kat tepi sebelah Nas Great Idea
punya booth yang sangat cantik macam pelamin..
gambar dari facebook si cantik liyana: dari kiri nabila,azzuan,liyana & puteri..kina & nora kat tepi..ahaha
Kemudian, sesi perarakan real couple iaitu liyana & azzuan..
Sangat comel mereka berdua..sangat padan la jadi model..
Ada silat, tarian, renjis-merenjis & sesi bergambar..
 PPM menjemput blogger naik ke pentas untuk bergambar..
Segan je tapi pegi jugak la..bila lagi nak bergambar atas pelamin
Nas Great Idea? Mampu takpe la..masalahnya tak mampu..haha..

Akhirnya acara penyampaian hadiah..kina nervous gila ape la hadiah misterinya..
Yela orang lain dah tau hadiah apa yang dorang dapat kan..
Hadiah pertama : Pelamin, make-up & bunga tangan (Puteri)
Hadiah kedua: Bunga tangan (Nabila)
Hadiah ketiga : Bunga tangan (Nora)
sangat comel gambar pingat tu..macam baju graduan..

Kina ingatkan kina dapat bunga tangan juga..
Bila dah dipanggil..jalan cam model sikit atas pentas tu (malunye)
Kak nad yang memberi hadiah (baru tahu die pemilik dina halim eh?)

Awak dapat hadiah Dina Halim juga kan?
A,ah..hehe..(tak tahu nak cakap apa sebab nerbes)

Then seorang jejaka membawa beg besar..
Wah..ni ke hadiah aku?
Kak Nad cakap ini la hadiahnya, berat tu boleh ke?
Kina cakap takpe2, hehe,(control padahal berat)
Semua cakap menang gitar ke hape..huhu..
Syukur ke hadrat Ilahi..hilang rm50 dapat album eksklusif..
Walaupun tak tahu nak guna album tu..haha..
Bagi jela kat OP nanti..tahu la die kan..

Hari Sabtu: Kina pergi lagi dengan Pudin & Firuz..
Pudin datang dari Melaka the day itself..He such a lovely fiance..

Firuz adalah my BFF yang sponsor pelamin nikah..insyaAllah..;)
Thats why die ikut sekali untuk mencari ilham-ilham..hehe..
Siap bergambar bagai kat sana..suke3...
she is an interior designer!
Sebenarnya kina nak jawab kuiz untuk menang baju Rins Suzana..
Tapi tiada rezeki untuk itu,dapat 5 dulang hantaran dari Suri Wedding
Suri Wedding adalah pemenang booth terbaik kali ini..
Ada kisah juga di sebalik kuiz ni..tak mungkin kina lupakan..

MC majlis umumkan hadiah dulu, ok..kina takmau..
Tapi MC dok tanya-tanya..ajak-ajak ktorang 2 sebab dok tepi tu..
Macam terpaksa la naik..(dengan harapan nanti boleh jawab lagi)

Soalan MC yang kelakar.."Pasangan nak kawen atau adik beradik?"
Haha..kitorang gelak besar..then jawab soklan kat mana suri wedding..
Kalau booth tahu la..pastu cari brosur..then pudin jawab..dapat la..

Masa soklan untuk baju rins suzana dorang tak bagi pulak ktorang volunteer..
Sedih gila..yela, soklan 1st tu bukan ktorang nak pun..tapi tula..
Rezeki takde..cakap pada diri sendiri..orang yang tak datang dengan
pasangan lagi sedih sebab tak dapat join..kesian kan?

Pudin pun cakap takpe..nanti belanja Carlz Junior nak?haha..nak3..
Tahu je camne nak pujuk si tunangnya yang emo..haha..
Dari nak berjimat terus berbelanja..;P
kentang carlz junior sedap gile..ni ari ahadnye..di midvalley

Sekarang tak payah pikir nak gubah apa..beli barang hantaran je..
Hantaran dari kina makcik sponsor..hantaran dari pudin suri wedding sponsor..
Alhamdulillah..ada lagi tak nak sponsor?kina ni cari sponsor aje kejenye..


P/S: gambar sikit sebab pudin bawak balik kamera..waaa..tak sempat nak transfer..lupa!gambar handphone je..sob3..
next Wedding blogger Fati & Lala..


Kina dalam iklan pengantin!

Salam
Dup dap dup dap..lagi 3 hari 2011..
today is my mom birthday..hepi bday yang ke45 ibu!
and 3 days later will be dad's birthday..
saje je nak dekat-dekat birthday ye..

Sekarang dah tiba masa untuk kita mengejar vendor..yeay..
kina pun dah start mintak quotation from various vendors..
tapi kebanyakannya dari KL..start berkira-kira budget..

Weekend ni akan balik ke Kuantan & baru teringat!
ada pameran pengantin dekat shah alam..kan3??ala..
macam mana ni..or pegi yang pameran pengantin malaysia 7-9jan nt?

oh ye..kalau sesiapa perasan..kina ada dalam gambar promo
Pameran Pengantin Malaysia tu..haha..lawak je..
Kalau korang ada beli majalah pengantin boleh tengok..
hahaha..ok2..tahan gelak..sebelum tengok gambar ni..


Kecik je gambar..tapi nak kecoh..haha..
bukan apa, my friend datang bagitahu hey, tau tak ada gambar dalam majalah?
sorang lagi blogger siap buat post pasal kina tercapture dalam tu..
haha..mana tak gelak..

Apa-apa pun, memang berdebar menanti package-package 2011..
harap semua vendor memberi package yang menarik & berpatutan..


Kina pun kahwin 10.10.10

Sorry semua kerana kina tak jemput pun ke majlis bersejarah ini.
Kenapa?

Mengapa?

Mahu jawapannya???


Sila tengok gambar di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
bukti kad jemputan kina 10.10.10
Kina bukan tak nak jemput..Tapi sebenarnya ni bukan kad kahwin kina..hahaha..nama aje sama..

Al-kisahnya terjumpa contoh kad ni dekat pameran pengantin 2010 dekat KLCC kelmarin..
Kecoh betul minah ni kan..Actually excited nampak kad ada nama sendiri..Ambil gambar kartun perempuan je..sebab kartun pengantin lelaki bukan encik pudin..haha..merajuk plak die nanti kalau tengok..haha..


P/S: kompem akan menjemput rakan-rakan blogger nanti..insyaAllah..;)


Sekitar Pameran Pengantin 2010 KLCC

Walaupun weekend ni padat dengan aktiviti..Alhamdulillah dapat jugak pegi pameran pengantin..

First time pergi pameran pengantin ni..siap pergi 2 kali..1 masa lunch dengan ofismate..1 lagi dengan encik pudin lepas office hour (die cuti)..So akan banyak la menda nak dicerita.

Register masuk RM1..kena cop tangan (tapi kitorang tanak..degil)..ada tiket kecik warna merah..lupa nak tangkap gambarnye..tiket ni valid untuk 1 hari..kalau 8hb korang masuk..10hb datang lagi sila la beli tiket lagi ye..

Better kita tengok gambar kan? Boring kot baca je..

masuk2 nampak ini..sweet..

kalau buat dekat dewan pun terasa buat di rumah..haha

isteri doktor kat depan sekali diikut b2b dua orang

suke sgt baju ni..buat nikah memang cantik..baju ni sewa RM800-rins suzana



suka gambar ni!candid dari cik salfiza

kad keras ni harga untuk 1000 keping = RM2.50 sekeping. Promosi kad dekat pameran ni yang bagi kina agak menarik la. Deposit RM50, korang boleh dapat pakej yang mana korang beli 1000 kad yang harga tak kisah bape, nak campur 2 jenis kad pun tak pe means contoh 500keping untuk belah pempuan 500keping belah lelaki..korang akan dapat free 2 bunting, 1000 kotak doorgift..ada lagi ke eh..lupa plak..haha..tapi pakej ni valid untuk setahun..dan korang tak payah nak pening kepala pilih design dulu..bulan 6 tahun depan pun boleh. Tak paham? Boleh tanya.

ala-ala bali, thai & klasik (kami tak berkenan sangat)

coklat macam telur dalam sarang burung sesuai utk buat hantaran
Oh..banyak lagi sebenarnya nak story..tapi..tak cukup masa..session pergi pameran dengan encik pudin pun ada nak diceritakan lagi..nanti la..see you all next time..off nak pegi kelas choc..

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork