Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Kek & Inai

Salam

Kek pun boleh berinai jugak tau..
Maksud kina corak pada kek tersebut..

LINK
Pros :
- sangat-sangat cantik
- kreatif 
- boleh cover frosting pada cake
-jimat untuk hiasan kek (kalau diy lah)

Cons :
- amek masa yang lama nak deco2 kecuali memang inai expert
- lenguh jari jemari memicit
- boleh jadi comot kalau tangan keras..hahaha.

Contoh-contoh kek bercorak inai 
LINK
LINK
Boleh jugak buat pada cupcake..
LINK


Kan best kalau corak inai pada kek sama dengan corak inai pada tangan?
Matching gitu..Boleh la try!
Psssst..dan...
Bagi kita orang islam elakkan (read as dont) inai bercorak haiwan..
Pakai inai berbentuk bunga tu boleh..

P/S : all pics is not mine..

Mood board atau tema deco gerai

Salam

Tiap tahun ibu kina akan buka gerai dekat bazaar Ramadhan depan Masjid Kuantan. This year die buat ayat :


"Akak deco la gerai. Boring dah 4 tahun pasang skirting yang sama, banner yang sama."

Sementara kina tengah tunggu nak bersalin ni kina pun ok je. Best plak rasa. Macam planning & DIY masa kawen. Mula-mula kina siapkan banner untuk gerai. Pakai Photoscape & Pixlr (online editing tapi kina pakai yang express je untuk tulisan die)..InsyaAllah nanti kina akan buat details tutorial untuk banner tu. Lepas tu setkan mood  board.

Mood board ni macam plan-plan & idea-idea yang kita nak buat untuk sesuatu project tu. Selama ni pakai term tema je kan. So this is the mood board. Kina dah cakap dekat ibu kalau kina tak dapat nak setelkan sebab bersalin ibu ikut la mood board ni.


Warna tema : Mint green + Grey + Yellow + White
Doily paper dah beli. 
Paper Lantern dah beli. 
Chalkboard sticker memang kina jual dekat TheshopAblog.
Skirting dah beli kain dekat Kamdar RM2.80 semeter dan hantar jahit. Jahit simple2 je.
Banner dah hantar printing.

Jadi ke tak, tak tahu la lagi. Kite hanya merancang..Hee..:)..Sekarang ni gerai dah buka tapi bukan Shakina's Cookies lagi sebab kitorang share dengan orang yang jual kurma. Half Ramadhan baru start berjual kuih. 90% adalah homemade tau. Kepek2 tak la homemade. Lepas terawih boleh la merasa tester.

Selamat berpuasa semua!


Pakai flower crown Yeay atau Nayy?

Salam..*post ni dah lama tapi ntah camne jadi draft balik..mesti sebab apps blogger..grrr...so republish je..


Sekarang ni kan tengah nak up pasal flower crown. Dulu kina pernah jugak terpikir nak pakai flower crown masa wedding tapi tak dilaksanakan sebab masa nikah tudung dah sarat dengan manik, masa resepsi dapat crown dari RKM, masa bertandang pun tak pakai crown sebab veil free menang contest dah sarat..Flower crown boleh jadi Yeay & boleh jadi Nayy..Kina fokus kepada yang bertudung ye..

YEAY

* Bila pakai masa occasion yang memerlukan kita melawa dan orang takkan heran tapi cakap cantik lah hang pakai flower crown tu. Contohnya: semasa wedding atau ada photoshoot majalah ke gituuu. Dll.
* Bila baju tu sesuai dengan flower crown tu sendiri. Disebabkan flower crown ni macam style vintage & english gitu, baju haruslah ada ciri-ciri tu jugak. Contohnya: dress yang simple dan tak sarat.
* Bila bunganya kecil-kecil comey molek macam cek mek molek. 
* Bila pakai shawl boleh sorok separuh dengan shawl so jadi macam cekak tak macam crown. Contohnya: macam gambar adik manis Irine Nadia & Medina kat bawah. Simple & nice. Tak puas mata memandang tau. Shahadah skg ni tamau da ape2 atas kepala. Huhu. 5 minit tu kira paling lama la. Hihi

NAYY

* Bila pegi MYDIN ataupun pasar malam pun nak pakai flower crown. Hmm. Mengundang mata-mata memandang & mungkin orang akan kata buang tebiat ke hape?
* Bila pakai bersama baju yang tak bersesuaian. Contohnya, baju kebaya songket yang setradisional melayu yang sangat-sangat kemelayuan. Janggal di situ. Atau pakai tshirt & seluar jeans tiba2 pakai flower crown.
* Bila bunganya gedabak besar atas kepala. Oh. Bunga kembang setaman di kepala. 

Keep it simple and nice ye. ;) 


Cantikkkkk! Crown flower pun boleh dipakai muslimah bertudung..nak tengok banyak lagi gambar boleh klik ke blog Irine ye.

10 idea DIY kad kahwin sendiri

Salam

Rindunya nak Do-It-Yourself..sob2..
Actually, mood nak tulis pasal wedding cards ni tiba..
Selepas anak berjaya menjumpai kad kahwin yang dah disorok lama..
Yes, she is so clever and active girl! Even maknye kuat tido masa pregnant..

Perasaan bila tengok balik kad kahwin sendiri? Yang dibuat sendiri..
Ohhh! Priceless!! Rasa macam boleh cakap macam ni 10 tahun akan dtg..

"Shahadah, ni lah kad kawen mama & papa buat sendiri"
"Papa tolong jugak gam benda rhinestone tu depan library UM"
HAHAHA

So girls, its so worth it tau walaupun takde la cun sangat..

Ni idea-idea yang boleh korang try letak atas kad selain rhinestone..hihi

1) Butang 
Butang ni pun nice, boleh beli borong dekat mana2..

credit to : here
 2) Ribbon
Ribbon atas kad kahwin rasanya dah biasa sangat kan. 
Kalau pakai ribbon yang keras lebih cantik rasanya.
credit to : local vendor
3) Felt
Ingat lagi pernah 1 ketika dulu semua orang gilakan felt.
Craft thingy yang sangat menarik. Comel sangat card ni.
credit to : here
4) Lace
Wow, ni sangat la ekslusif & elegan & super mahal..hihi..
Kalau kuantiti yang sikit macam VIP ke should be ok la.
credit to : here
5) Doily paper
Bagi yang tak mampu berhadapan dengan kos lace,
doily adalah penganti yang bagus. Beli kat chow kit murah je. 
credit to : here
6) Crochet
Bagi yang pandai ber'crochet' boleh try buat macam ni.
Tak perlu sampai 3 love pun ok , kalau tak larat 1 pun cun dah. hihi
credit to : here
7) Pearl
Dekat contoh ni gabungan pearl & kertas. (i tak minat sangat rama2 tu)
credit to : here
8) Bunga 3D
Kerlasss kau mamaria! Jenuh nak buatnya kan..hahaha..
Usaha escalator kejayaan! 
Tak pun pakai 3D flower kecik2 1 yard dpt byk tu kan.
credit to: here
9) Rubber Stamp
Bukan letak rubber stamp atas kad tu ok, tapi stamping..hehe
Kina paling suka main stamping..Senang pun senang..
Kalau buat kad pastu stamp kat bawah tu
'made by Shakina' ataupun 'wajib dtg tau!' hahaha..
Mesti orang kata ngengada lah! Biar lah wedding haku! Haha
credit to : here
10) Rhinestone!
Hahahaha..lastly my expired wedding card lah sebagai contoh keeen..
boleh baca kisah2nya di sini
Rasa nak frame untuk letak dekat rumah sendiri nanti..
Even harganya cuma RM0.35 sen..tapi hasil air tangan tu..
Memang tak sama dengan card harga RM3.50..hehe..
Doakan kina dapat duduk rumah sendiri..yang tak tahu bila..
InsyaAllah, adalah rezeki tu nanti ye.

Last but not least, selamat berDIY!
Kalau rasa nak DIY start lah dari awal. 
6 bulan sebelum dah boleh start..
Sebulan target lah siapkan 150 keping..
Sehari cuma siapkan 5 keping..Hehehe..


Mari hilangkan stress


Salam

Post ini untuk Dba & Put tapi buat semua b2b jugak..
Yela, nak kawen ni kompem banyak stress punya la kan..
Ala..bukan yang nak kawen, dah kawen je ke..semua blogger la..
Pagi tadi kina join seminar stress management, so ni ada la input skit..
------------------------------------------------------------------------------
Anda rasa stress? Nak tahu tahap stress kena jawab 1 test dulu..
Nak jawab boleh klik dekat sini ye..Namanya DASS Test..
Senang je jawab pastu submit akan keluar tahap korang..

Tak pernah rasa stress pun? Mesti tipu tu..hehe..
Yela, sejak dari bayi lagi kita da start stress atau kena tekanan..

Tak ingat ke masa mak kita Push..!Push..!Push…!?haha

Stress tu perlu..sebab tu ada 2 jenis stress..
1 yang kita perlu satu yang kita tak perlu dalam hidup ni..

1)      Distress: stress yang memudaratkan
2)      Eustress: stress yang memanfaatkan

Kita boleh detect orang yang stress melampau dari 3 mende ni..
Ni kina bagi contoh la.
1)      Fisiologi :
Nadi kencang gile -> Jangka panjang boleh kena darah tinggi. Cepat Mati ok..

2)      Psycology:
Lesu, marah-marah -> Jangka panjang boleh Cepat Gila ok..

3)      Tingkah laku:
Kerja tak buat, tak konsisten -> Jangka panjang boleh terjebak dengan dadah & alcohol seterusnya Cepat Kena HIV..

Prinsip yang penting nak handle stress ni korang boleh tengok
Macam mana kita jaga pokok.

Nampak daun kuning ? Korang buang daun kuning je kan.
Nampak buah buruk? Korang buang buah buruk je kan.
SEPATUTNYA..Korang kena check akar pokok tu sebab tu la puncanya.

Kesimpulannya : rawat punca utama bukan rawat gejala yang ada.

Jom kita buat exercise yang boleh tolong hilangkan stress.
Sebab banyak sangat jenis exercise yang kina belajar tadi,
Kina ajar yang senang je la ye..

1)      Tarik nafas seperti mengisi belon di dalam perut.
Cara: Pastikan kedudukan selesa, kaki touch ground.
Tangan kanan di dada, tangan kiri di perut.
Tarik nafas dalam-dalam sedalam-dalamnya. TAPI,
Pastikan udara tu sedut masuk perut bukan dada kembang macam
biasa yang kita buat. Kiranya perut korang akan buncit
Penuh dengan oksigen. (walaupun perut dah memang buncit, pasti
Bukan dada yang buncit. haha). Lepas tu hembus pelahan-pelahan dekat mulut.

2)      Tap2 point penting pada anggota badan
Cara: Tap gunakan 2 jari laju2 sebanyak 7 kali pada semua point.
Tap secara berterusan ok. Macam dekat spa tu..

Kat bawah ni 9 point yang kena tap.
1-     Ubun kepala – Tap 7 kali
2-     Tengah2 antara 2 kening – Tap 7 kali
3-     Tepi mata dekat selalu picit masa pening – Tap 7 kali
4-     Bawah eye bag – Tap 7 kali
5-     Bawah hidung yang bahagian tengah tu – Tap 7 kali
6-     Bawah bibir antara dagu tu – Tap 7 kali
7-     Bawah tulang leher atas dada – Tap 7 kali
8-     Tepi ketiak kanan – Tap 7 kali
9-     Tepi tapak tangan kanan – Clap guna tangan 7 kali

Nak lagi paham?
Boleh tengok video EFT tapping kat bawah ni..tapi banyak lagi point die pakai..
guna 2 jari pun boleeee..

Exercise & solat hilangkan stress nak kawin tu ok!Selamat beramal!

Persiapan pertunangan : Tutorial bantal polisterin

11 days to go
Salam,

My first DIY!

Hari ni kina siapkan 5 hantaran bentuk bantal bagi pihak encik pudin..Maybe takkan siap kalau takde pertolongan rakan2 sekolahku juga- firuz,nojie & zana..So, kina nak share macam mana nak buat hantaran bantal yang semakin famous masa kini..Tapi kina guna polisterin..Semua bahan kina beli kat semua house tingkat LG.

1) Barang-barang yang diperlukan.
 Kina pakai kain satin colour silver. 
Beli 1 meter setengah boleh dapat untuk 7 bantal.
Polisterin ni boleh beli dekat semua house RM3.20 je.

2) Potong kain lebihkan sikit dari saiz polisterin. Kemudian balut polisterin dengan kain.

3) Gam kain kemas2

4) Gam hiasan dekat tepi.

Lekatkan cepat2 supaya gam tak beku.

5) Cangkukkan manik dekat tiap bucu. (manik ni memang ada cangkuk)

6)Hasilnya..not bad utk orang first time buat hantaran..huhu



Top 15 Tukang Komen

Salam,
Kina da lama nak pasang widget untuk tukang komen terbanyak ni..Kenapa?Sebab kina nak balas la komen-komen membina mereka dengan meletakkan backlink..Senang kina nak terjah balik blog mereka..I do appreciate them!

Boleh tengok TOP 15 Commentators di bahagian kiri bawah recent visitor..

To MizzAmy : You are my top commentator..tq dear..^_^

Cara-cara nak letak top komen dekat blog?
Mudah saja..

Klik Layout -> Add a Gadget -> HTML/Javascript

Lepas tu copy link dekat bawah ni..
<script type="text/javascript">
function pipeCallback(obj) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < obj.count ; i++)
{
var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'";
if(obj.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + obj.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=7b5e76fd684f11e94320abd4e00fbbca&url=http%3A%2F%2FYOUR_BLOG_ADDRESS_WITHOUT_HTTP://&num=10&filter=BLOG_AUTHOR_NAME" type="text/javascript"></script>

PS:   
YOUR_BLOG_ADDRESS_WITHOUT_HTTP:// tu sila tukar kepada url blog tapi tanpa http://..
BLOG_AUTHOR_NAME pulak tukar kepada nama anda contohnya kina.
10 yang berwarna biru tu untuk bilangan. Macam kina letak 15 jadi la top 15..ok? paham? selamat mencuba..

Lipbalm Nivea Berwajah baru


Salam,
Alhamdulillah..da dapat gaji..hehe..terus je pergi Guardian nak cari lipbalm Nivea yang strawberry colour merah mak ngah tu sebab dah tinggal nyawa-nyawa ikan...sampai je Guardian Maju Junction tu..tengok lipbalm nivea tu..EH..dah berubah bentuk badan la..lebih slim? no..lebih mahal? tak pasti sebab tak ingat harga beli dulu..jeng-jeng..saksikan perubahan lipbalm Nivea ni..

Kiri : packaging lama, Kanan : Packaging baru
Bukan packaging je tukar tau..Dia tambah shining..Tak payah nak pakai lip gloss da sebab shining & shimmering gitu..Beli dekat Guardian RM7.90 je..Memang perkara wajib ni sebab bibir selalu kering..Ada petua orang tua-tua letak daun teh kat bibir..Dunno la, tak penah buat..Biasa orang tua-tua punya petua berkesan..hehe..



Interview SPA Part 3: Your current job

Sambungan dari part 2:

Panel 1:Ok, shakina..Now I will pass you to our second Panel from Ministry of Health

Kina: Ok sir..(cuak dah sebab muka dia agak tegas & kerek2 sikit..perempuan kot..tapi actually die ok je..perasaan takut je buat kita ada pikiran negatif)

Panel 2: What are you doing in IMR?

Kina : From my experience....(kena cut kat sini..haha..sbb tak menjawab soalan..kunun-kunun nak kasi ayat berbunga..ok..pengajaran..jawab straight to the point je pasni ok)

Panel 2: No, no..what are you doing right now.

Kina : Oh..ok..I'm doing desktop research on related content, gather information, publish in our website and communicate with our content providers such as UTHM, universities, goverment agencies and many more. I have produce 5 write-ups to be published in our website.

Panel 2: So, have you work in lab?doing wetlab?

Kina : Actualy, I had done my final year thesis in lab..I'm handling on bacteria..and i still remember sleeping in the lab for 3 days due to take sample every one hour..(panjang la kina cite tapi kina tak ingat..sorii)

Pastu Panel 1 menyampuk balik.

Panel 1: What is your current salary?

Kina : RM108.60 per day sir..they pay me on daily basis.

Panel 1: Oh..so its gonna be RM3000??

Kina : Hehe..actually holiday are not included..(BI kina mula berterabur..patutnya counted la)

Panel 1: Ok..so around RM2000? Do you satisfied with your current temporary job?

Kina : Yes, I'm satisfied because i've learnt a lot there, kind officemates and nice surrounding of work.
yes bos!

Panel 1 : How long have you been working with IMR?

Kina : 1 year and 2 months sir.

Panel 1: Oh..quite some times ya..

Kina : Yes sir..(macam askar lagi..heh)

Actually..jawapan kina tu boleh diperbaiki lagi..tahu-tahu jela bila da gabra, apa yang dirancang nak cakap tak tersebut..Untuk part 3 ni, tujuan panel tanya adalah untuk tahu macam mana dengan kerja sekarang..dorang nak tahu pengalaman..So sama-sama kita improve diri untuk diinterview di lain kali ke kan..

Tips untuk jawab current job ni :

1) Cerita pengalaman kerja korang yang korang boleh relatekan dengan kriteria kerja yang diapply.
2) Jangan sekali-sekali cakap korang tak suka bos korang sekarang.

Bersambung lagi di kemudian hari..hehe..

8 Sebab Kenapa Nak Do-it-Yourself.

Kina ni memang tak kreatif tapi kina nak juga buat sendiri doorgift untuk wedding nanti (ok, i know lambat lagi kan)..degil tak degil..tapi kadang-kadang hangat-hangat tahi itik je..

8 sebab kenapa nak DIY


Kenapa nak buat sendiri?
1) suka hati
kita boleh buat ekot demand kita. walaupun buruk tapi kita punya suka la kan..
suka hati la nak guna pintu suka hati


2) jimat & budget
sebab tak berapa nak kaya. kalau korang selalu click nuffnang kami boleh la beli yang expensive..kui3..kalau upah orang kompem kena mahal. tapi jangan ingat diy tak boleh nak exclusive & expensive tau.


3) rasa dihargai
bila tetamu dapat doorgift ni mest dorang akan rasa lagi spesel. tapi kalau ada kutuk buruknye kau buat. amek balik doorgift tu..haha..jangan sampai gaduh pulak.
berani cakap buruk?



4) menghabiskan masa
macam kina ni lambat lagi. so weekend boleh la perabis masa buat diy. (sebenarnya bosan sebab tak boleh nak dating selalu sebab jauh)


5) side income
kalau (kalau je la) cantik diy doorgift tu. mesti orang tanya mana beli ni. bleh la cakap " i buat sendiri & jual, berminat ke?"..ha..tak pasal buat bisnes masa hari perkahwinan nanti. duit tuuu..


6) merapatkan hubungan silaturahim
time nak diy ni takkan buat sorang-sorang sepanjang masa kan. ajak geng, ajak famili. mesti seronok & meriah ala-ala nak beraya.


7) minat
dari kecik kina suka tengok cita yang reka cipta tu..still ingat frame guna batang kayu ice cream..comei gile..sebab dah berzaman, memang tak amek gambar..something like this..

siap colour lagi masa kecik-kecik dulu



8) terapi tekanan
balik kerja tension-tension tu amek barang buat diy. (konon-konon banyak la buat kerja tu) kompem boleh release tension. tak perlu la encik boyfren nak kena marah je. haha. tapi kalau last minute baru nak diy..itu mengundang tension..hehe..




Kurangkan 3kg dalam masa seminggu

Believe it or not? Target kina adalah nak kurangkan 3kg je..so total up 48kg..ok la tu kan..tak elok kurus sangat..

Kina pernah baca tak ingat dekat mana..dia hilangkan 5kg dalam masa seminggu! WHAT? 5kg!!
Biar betik betul ! Serius..nampak tak muka kina tengah serius..haha..Nak tahu macam mana? Dare to know?


Pagi : Skipping 1000x
Petang : Skipping 1000x
Malam : Skipping 1000x


Boleh ke kita buat macam tu? Kina pernah skipping straight pun paling banyak 100x je..huuu..semput..
Jom kita cuba lepas raya ni nak? (perlu la lepas raya sebab masa raya nak rembat semua atas meja tu..hehe)
Kita target skipping 100x je dulu untuk minggu first.. Nanti terkejut 1 badan kalau terus buat 1000x..terus krem..sape yang susah? Good luck everyone..

Miracle touch by make up

Just want to share with all.. beberapa bulan yang lepas..kawan kina bertunang..MUA (Make up artist) yang dia pakai adalah awyn..masa mula-mula tengok gambar nasyrah (cosmate kina)..sangat terkejut..lainnya muka dia..

sangat CANTIK!..make up ni memang miracle!..bertambah seri youuu..

muka nasyrah ni macam kina la or mungkin kina lagi banyak blemishes lagi (uwaaaaa)..so kina memang perlukan MUA yang dapat menutup cela-cela, bulan & bintang di muka kina ni..b2b yang lain nak share MUA mana yang best macam wynas bridal ni bleh la share ye?

Jom tengok kawan kina, nasyrah & pengantin yang menggunakan khidmat wynas bridal ni..

memang totally different! nasyrah u look superb!
cantik kan
comel..sape tak suke tengok weh
shading sangat penting dalam make up


P/S: NAK NAMPAK BERSERI MAKE UP MASA BIG DAY NANTI JANGAN SELALU MEKAP TEBAL-TEBAL LAGI-LAGI BEBERAPA BULAN NAK KAHWIN. kalau boleh biar nampak plain je..haha..contoh paling dekat celebrities nampak biasa je masa kahwin sebab dorang selalu mekap tebal-tebal da..kan3..





Kenapa saya pilih 11.11.11?

Baiklah, kenapa kami memilih 11 haribulan 11 tahun 2011?

1) senang nak ingat. 
takde asyik lupa anniversary yang terus mengundang kepada masalah merajuk tido luar!..haha..tapi kalau dah banyak sangat makan semut baik kawen je tarikh apa-apa pun sebab tak dapat nak ingat.

2) hari jumaat.
akad nikah lebih afdal sebab hari jumaat kan penghulu bagi semua hari. tapi memang mana ada hari yang tak baik. semua juga baik. cuma nak ambil keberkatan saiyidulayyam itu lebih digalakkan.

3) hujung tahun
biasa hujung tahun ni budak cuti sekolah. tapi check kalendar 11 november belum cuti sekolah lagi. tapi seminggu lepas raya haji. tak pe semua pengunjung pun bukan semua dah kawen ada anak. lagi pun kenduri kan weekend. time cuti sekolah baik dorang pergi melancong ke sunway lagoon ke..hihi


4) 14 Zulhijjah 1432
kita patut tengok dari sudut tarikh bulan islam. (saya tak nak pula bagi tazkirah lebih-lebih sebab ilmu pun tak cukup). Tapi ingat 14 zulhijjah jatuh bulan haji. so check it out la kot-kot parent pergi haji. sedara mara pergi haji tak balik lagi ke..Semua bulan baik untuk bernikah..^_^..nikah itu menyempurnakan ibadah kita..

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Kesimpulannya jangan lah kita memilih tarikh dengan mengganggap tarikh tu keramat atau tidak baik. Untuk mendirikan masjid itu satu niat yang baik. Hai, nak kawen tu kawen aje la..hehe..Cuma ia bergantung kepada setiap individu dan apa sebab musababnya. Jangan pula sampai terpesong dari akidah dengan mempercayai perkara khurafat. Wallahualam. (kan da jadi ustazah kat situ)


DUIT = Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal


gambar hiasan semata-mata

source: carigold
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork