Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Bila bff nak kawen....

Salam..

Bukan bila boyfren nak kawen ye..bestfren forever nak kawen..

Bagi yang pernah baca post2 diy kina dulu macam mini pelamin,
hantaran masa bertunang..ada kina state bff kina tolong buatkan, sponsor la..
Now die akan bertunang dan kawen tak lama lagi..Alhamdulillah..

Rasa macam tak percaya pun ada sebab kisah cinta die memang unik..

Mula-mula kenal si lelaki ni (masa tu dalam 2-3 bulan kenal)
bff mintak tolong doakan die dekat tanah suci..
Semoga dijodohkan dgn lelaki ni..
Sebabnya lelaki tu baik & macam ada chemistry gitu..
Tapi die tak pernah la cakap die suke dekat lelaki tu..

Paling best lepas si lelakinya berkawan dalam 6 bulan macam tu..
Memang kawan ye, bukan boyfren..lepas tu dimulakan dengan nak bawak jumpa parent..
Sebabnya nak dapatkan greenlight dari parent..sweet kan..
Parent pun dah bagi greenlight bulan lepas & akan merisik terus tunang bulan depan..

Excitednya lain macam, siap googlekan lagi design baju..
Watsapp2 contoh kunun nak bagi idea..entah2 ideaku dah lapok..hahaha..

Since dorang pun baru je kenal..confirm la simpanan untuk kawen pun takde sangat kan..
Dorang setuju nak buat sesimple yang boleh..yang penting cepat..
Lagi cepat lagi bagus..cepat2 shahadah nak dapat kawan..hehe..

Bagi yang nak kawen tapi dok risau dok cuak tak cukup duit ke tak bersedia ke..

Ingat 10 janji Allah pada mereka yang nak berkahwin..

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
sumber : http://amekaw.com/2012/12/10-janji-allah-kepada-mereka-yang-ingin-berkahwin/

P/S: EH, mengenai post sebelum ni tentang agen tu..
Rasanya biras kina stop kejap business sebab alahan yang sangat teruk..

Normal kot?

Salam
Orang nak tahu pasal politik - semangat baca blog politik
Orang nak tahu pasal gosip retis - semangat baca blog gosip
Orang nak shopping - semangat tgk blogshop
Orang nak kawen - semangat baca blog bride-to-be
Orang nak bersalin - semangat baca blog mommy-to-be

Normal kot. Semua orang berubah mengikut fasa mereka.


Begitu juga dengan pemilik blog http://shakinafarhan.blogspot.com.
Ye..kina la tu..semalam kina nak try google blog kina..
Tak sangka plak googleable! Jakun weh! Ce korang try blog korang.
Blog tu baru ada beberapa ketul entry. haha.



Kina semakin suka membaca blog-blog mom2be & me'link' mereka.
Walaupun sekarang aktif merentetkan pengalaman mom2be di sana.
Blog ini takkan dipadam untuk rujukan orang yang nak kawen. hihi.
Semoga dapat berkongsi ilmu walaupun sikit.

Ada juga readers yang bertanya bagaimana keadaan di Bintulu.
InsyaAllah, bagi yang berminat nak tahu nanti kina catatkan di sana.
Kalau nak stalk pun boleh la stalk kat sana. hahaha.
(Bajet retis la kau kina..)
Biar la sini mood kawen2 ye. mood mak2 kat sana.hahaha

Next post kina akan review Kerjagilasimoll. :) 

P/S: Walaupun kina dah 25 tahun tapi still jugak
baca komik, manga & tengok anime. ^_^
Ada juga fasa berubah tapi minat takkan berubah.
Normal la kot?

Important, B2B,Ex-B2B & Blogger!

*Ini adalah sticky post*
*Untuk post terbaru tengok kat bawah ye*

Salam 
 Can u feel the different? Cantik tak? (Suara Eric Leong lagi) 
Yup, kina dah tukar template blog tapi still kekal dengan warna biru.
Setelah setahun lebih dengan header dulu, sekarang bertukar..
Bukan mudah untuk tukar sebab sekali sayang selamanya sayang..cewah..

Dulu kina rajin edit sendiri sekarang dengan RM30..
Kina tempah dengan alieff..
Korang nak tempah jugak?
Full template RM30 je..Kalau header sahaja RM10..
Email alieff: ahmadalieff@ymail.com (tempahan dibuka start bulan Feb)

Bukan sahaja template bertukar, title & nama samaran pun bertukar..
Lepas ni kalau korang tengok Shakina Farhan yang komen, tu kina la tu..
Gambar profile pun nak sama dengan banner..wah, ade banner sekali tu..
Journey of Bride-to-be | by Shakina Farhan


Namun begitu korang takkan nampak kina komen
kalau kina takde link korang kan? tak best la.
Itu yang paling menyedihkan.
Tiba-tiba blog list kina hilang macam tu je..
Macam mana kina nak blogwalking & dapat ilmu dari korang semua..
Senang nak keep in touch..

JOM EXCHANGE LINK!
Kina perlukan link korang..sila komen ye..kalau boleh macam ni: 
B2B & ExB2B : url blog
B2B Pahang : url blog
Blogger : url blog
Sehingga 1 Jan 2012, kina dah link 110 blog berdasarkan komen.
Terima kasih..sayang korang!

Ini bukan personal & bunga 3D

Salam 
Hari ni hari rabu, ramai orang makan tebu..(pantun ayah kina)..haha..
Kina akhirnya telah berjaya membuat 1 lagi blog personal semalam..
Kina taknak campur adukkan personal dengan semua tentang wedding..

Kina sangat suka semua perkara tentang wedding..sayang blog ni..
Harap sangat blog ni boleh memberi idea buat b2b di luar sana..
Walaupun seciput ciput mana info yang diberi..heh..

Sebab kina tahu tak ramai suka baca benda personal..
Macam ok..kina suka makan tutti fruitti & tengok CSI..
Kina suka pemenang America Next Top Model cycle 16..
Jadi biarlah personal & kurang berinfo diabadikan di sana..hahaha..

Satu lagi, kina gunakan nama sendiri sebagai url & title..
Kina sangat adore dengan orang yang guna nama sendiri,
Sebagai nama url blog & title blog mereka..
Dah lama nak guna nama sendiri as title blog..baru la blog sendiri..

Kina juga akan rakamkan perjalanan kina sebagai mom-to-be..
Macam tak sesuai dengan url & title blog ni nak story..
Terima kasih atas semua wishes, nasihat & doa..

Layout lebih kurang sama tapi lagi sejuk mata memandang kot..
The personal blog of Shakina Farhan..jenguk kalau mahu ok..
InsyaAllah kina akan terus aktifkan blog ini..:) belum habis review lagi..
Ampunkan kelambatan mereview majlis..heee..

Ok la..hari ni banyak benda kena buat..siapkan bunga 3D!
Dalam 20pcs lagi nak buat..sakit belakang gak membuatnya.
Mereka adalah bunga peony..dengan pearl..

Warna macam gelap sikit..pencahayaan tak betul kot..

Makin lama buat makin comot..huu..memang saja buat tak sama size..
Harap sesuai la nak tepek kat baju nanti..






Kina nak ke bintang la!

Salam 
 Siapa tengok mimpi sampai ke bintang semalam? hahaha..
Kina tak tengok dari awal sebab kina tak minat sangat tengok ria..
Kina suka AXN, DIVA,Star World..hehe..

Kebetulan pudin dok main tukar-tukar channel terbukak la cerita ni..
Masa tu part Elfira cakap Kina nak ke bintang..hahaha..terus gelak..
Syok sendiri kan dengar nama sendiri..pastu tengok la sampai habis..

Walaupun cerita ni macam lawak-lawak sengal-sengal ubi..
Suka part kina, adik & mak dia sebab kelakar..part hero & heroin berjiwang tak best..
Tapi kina suka lagu OST mimpi sampai ke bintang..Boleh buat lagu video kawen weh..
hahaha..layan je la..best..


Selamat hari potong kuku! Jumaat hari potong kuku jom..
Jangan kita biarkan setan berlambakkan di hujung jari..

Anda suka yang mana?

Salam 
Susulan dari review semalam tentang canvas kina.. 
Kan kina ada cakap kina nak buat photo canvas lagi 1 dengan gambar wedding..
Alhamdulillah, semalam dba owner The Photobooth Corner call kina once dia baca post..

Dia cakap rasa bersalah sangat & dia pun tak tahu..
Dia cakap terima kasih sebab kalau tak dia tak boleh nak baiki sebab tak tahu..
Sebagai penghargaan dia nak hadiahkan kina 1 canvas secara percuma..
Wowweee..best kan..

Apa yang kina nak puji tentang dba, dia seorang vendor yang tak cepat melatah..
She think positive about review kina..lagipun memang tak salahkan dia..
Macam yang kina cakap, miscom berlaku. Lagipun kina 1st customer..
Tengok canvas yati smart ok! Kagum 8 tahun bercinta tu..

Bagi yang nak tahu harga & size boleh contact dorang :
Email us at adibahzack6@yahoo.com / saifulcorner@gmail.com

or call us! 0176571345/0162065767 - adibah
0163235767-saiful
Copy paste from The Photobooth Corner tentang Q&A service dorang.
1.Q: it is your canvas full wrap?   A: yes, our canvas its full wrap.
2. Q: how long would it take to print the canvas?    A: at least 3 days.but we need at least 5 days to have it finished.
3. Q: how about delivery?    A: we dont do post delivery.we deliver it by ourself.we prefer to meet customers in klang valley.
4. Q: how about the colour printing?    A: don worry about that.our printing as the same colour as your given picture.
5. Q: how about the payment?    A: you have to pay full payment for us to proceed the printing.by bank in the agreed amount to our bank.
    maybank : 1-64017-22157-6    cimb : 121-0001704-1523    payee name: adibah zakaria

Orite..kina perlukan pertolongan korang-korang sekalian..
4 gambar ni antara gambar-gambar favorite kina juga..:)
Antara gambar ni yang mana best buat print canvas nak letak dalam bilik.

Gambar 1


Gambar 2
Sudah diremove kerana agak blur..hehe..jadi kurang persaingan sikit..

Gambar 3

Gambar 4


Undian anda dihargai & didahului dengan terima kasih..:)

Contest telah tamat! Hello Bintulu!

Salam

Alhamdulillah..contest pencarian photographer kina telah tamat..
Kina ada 8 contestants..Rambang jugak mata ni nak pilih siapa..
Rasa macam nak je ambil semua tapi tak mampu nak bagi hadiahnya..huhu
InsyaAllah, esok kina akan umumkan pemenang contest ni..

Kina sekarang dah berada di Bintulu..
Belum pindah lagi..hehe..baru nak tinjau2, 
Survey rumah sewa, tengok office baru suami.
15hb balik semula ke Melaka..Harap kena pindah lepas majlis bertandang..
Kalau tak habis la duit ulang alik flight..

Tak sangka ramai yang suka post pasal pengalaman dengan mertua kina.
Tak larat nak reply 1 1 komen tapi kina baca tersengih-sengih jugak..
Kina dah tempah new template untuk blog..Dalam RM30 untuk full template..
Kina mintak untuk tukar format comment supaya boleh reply setiap orang..
InsyaAllah dalam minggu ni siap template tu..
Nanti kina share kina buat dengan siapa ok!

from Bintulu with love!
Very nice hotel..New World Suite, Bintulu
Nak tahu siapa pemenang kite yang bertuah tu?
kena tunggu esok ye!

Keluarga baru

Salam 
Rasanya post ini sesuai dengan label life after marriage.. panjang plak tu!
Orang cakap kita bukan berkahwin dengan anak je, tapi keluarganya sekali..
Jadi first impression tu penting. Kena jaga hubungan dengan mertua
Pengalaman pertama di rumah mertua memang kelakar & best!
MIL selalu cakap muka kina sama dengan pudin & faezah (2 dari kanan)

Seminggu sebelum nak pegi ke rumah mertua dah cuak gila..
tido tak lena..mandi tak basah..makan tak selera..sampai perut masuk angin..haha
Kina jarang berjumpa dengan mertua sebelum kahwin pun..

Dalam perjalanan nak ke kampung di Felda Tembangau dari Melaka..
Kina tak tidur langsung..sebab nak teman pudin drive kununnya..
Pastu nak tengok macam mana rupanya Felda yang katanya jauh..
tapi cuak sebenarnya..apa yang nak dicuak ntah kan?

Bila dah sampai rumah mertua..
Wah..terkejut..memang tak sama langsung dengan imaginasi kina..
Cantik rumahnya..rumah macam banglo 1 tingkat..ada pagar..
Bukan la macam kampung sangat..you know what I mean?

Semua batu batan..bertile cantik..(cuma tak suka warnanya..hahaha..jahat)
Ada 6 bilik ok!
Masuk bilik macam rumah homestay punya bilik, ada bilik air..
Yang paling best dari 6 bilik ada 1 bilik solat atau Mini Surau..

Pudin cakap ''Nape? tak percaya?? hahaha..''
Dulu rumah buruk, tapi renovate-renovate sikit-sikit jadi macam ni la.
Siap lagi tunjuk dekat kina masa round-round naik motor rumah dulu macam mana.
Best ok round-round naik motor dengan suami. Bau kampung best!
Teringat kenangan kina naik moto dengan 4 orang adik sepupu..
Takde brek, landing kat semak..hahaha..

''Dulu rumah papan je..macam rumah bersamaMu kat TV3 tu..
Tapi anak-anak dah besar semua sumbang untuk baiki rumah..''
Bilang suamiku dengan muka penuh kesyukuran. Kina muka kagum.

Sebenarnya kina sangat kagum dengan cara dorang membesarkan anak dorang.
Selain dari baik dan handsome..Handsome??hahaha..
( ada orang cakap pudin macam pelakon sinetron indon kot )
Kawan baik kina cakap macam Fahri kot orang tu cakapkan..hahaha..
Ala..Fahri cerita ayat-ayat cinta tu..harus lah kina aisyahnya..huh..
Jauh dari panggang la kan..

Ok, bersambung balik..semua anak-anak dorang berjaya..
Dulu 8 orang tapi seorang meninggal sebab demam panas di matrik.
4 dah berkerja..2 doktor..2 engineer..
2 lagi lepas PMR dapat 9A, lepas UPSR dapat 5A..dan....
adik ipar yang paling kecil & comel..6 tahun! kecik lagi..
(Adik kina 2 orang seme dah besar gajah..tak sekolah dah..nak manja pun takde makna dah)..

Kina rasa la, salah satu tips anak-anaknya berjaya kerana didikan parentnya..
Pernah sekali pudin tanak nasik dekat rumah, dia berselawat masa basuh..
Dia cakap mak selalu berselawat masa basuh beras tu..
 Jadi semua, silalah berselawat semasa membersihkan beras ye!
Mak hanya surirumah, Abah hanya tukang kebun sekolah..
Tapi anak-anak semua berjaya & mendengar kata..Alhamdulillah..
Memang keluarga yang baik..Takde gaduh..Apatah lagi dengki-mendengki.
Sekarang kina bersyukur dan bangga dapat masuk dalam keluarga baru ni.

Mak walaupun nampak macam garang tapi baik & ramah..
Abah plak sangat kelakar & suka gaduh manja dengan mak..

Peristiwa yang paling kelakar masa dekat rumah mertua adalah....

Bila mak cakap ''Sakinah masak la apa-apa nak masak, masak
lemak pucuk paku ke''
MIL panggil kina sakinah..hehehe..

Macam mana ni, nak masak benda yang tak pernah masak & makan!
Kina memang kurang makan sayur..Makan broccoli, carrot, peas, salad je..
Takkan nak cakap mak, saya tak makan sayur tu..GILA BERLAGAK!
Sebab ibu kina jarang masak sayur2 tu sebab jarang makan sayur..
Sekarang dah ok sket..kalau tak dulu tak makan langsung sayur..
Tapi kina suka sangat PETAI! Siap bawak balik petai jeruk dari mak mertua.

Kina dah mula cuak..Masa masuk bilik, bukak iphone GOOGLE!
Hahahaha..google resipi pastu hafal! Serious hafal bahan-bahannya..

Ok, keluar bilik masuk dapur confident dah nak masak sayur..
Rupanya mak dah buat plak, mak suruh masak daging apa-apa je..

Rasa lega tapi tiba-tiba otak blank nak masak kicap pun tak ingat..
Punya la cuak kan? Macam nak masuk Hell Kitchen@Masterchef kan?
Padahal mak bukan garang pun..baik gila..

Sambil goreng kunyit daging-daging tu, tengok mak takde je..
Google resipi daging masak kicap! Hahahahaha..sampai sekarang nak gelak..
Sekali imbas tengok je terus tiba-tiba semangat Tok Gajah datang..
Laju je masak, siap tanya mana sos tiram dekat pudin..
Pudin pun duduk kat dapur potong daging korban..Dia rajin!

Mak dengar je terus cakap ''Biasa orang pakai sos tiram ni terer masak''
Kina sengih-sengih je..hahaha..kelakar gila..MIL suka sangat puji..
Yang penting adik ipar yang kecik tu suka gila dengan daging yang kina masak.
Mak plak tak sempat merasa sebab dia puasa hari tu. Selamat..haha..

Esoknya raya haji, pergi semayang raya dengan mak & biras yang lain..
Ada gak peristiwa best berlaku di masjid tapi takpe..kita hold dulu..
To be continue ok..hehe..

I Love My New Family!

p/s: kepada semua bakal menantu di luar sana..
Rajin-rajinlah ke dapur tolong mak mertua ok! hehe..


Kina's Kitchen

Salam 
October dah melabuhkan tirai, kini November menjelma!

Hi All November brides! InsyaAllah you all will be pretty & gojes bride!
Kina was once a november bride. 11.11.11? so damn nice number kan..

Tapi nampaknya jodoh diawalkan. Alhamdulillah.
Kalau ada yang baca mesti tahu kenapa diawalkan..hee..

Kina terima banyak email dari segi minta pandangan, pendapat, idea.
Kina sangat mengalu-alukan kedatangan semua dalam email kina..hee..

Cara nak berjimat dalam persediaan perkahwinan.
Cara nak dapatkan combo warna yang sesuai.
Cara nak DIY benda yang simple2.

Kina pun masih amatur, jadi kina share apa yang kina tahu jela..
Tak perlu bayar apa2. I'm willing to be a free wedding advisor.
Haha..kau bajet kau Martha Stewart kina??

Segala yang kina share di blog adalah untuk share info.
Sebab tu kalau boleh kina share sedetails-detailsnya.
Sebab kina pun pernah jadi bride to be. Jadi kina faham.
Sekarang pun kina masih survey-survey untuk majlis bertandang.

Selagi dapat kina bantu, insyaAllah. kina balas paling lewat pun 24jam.
Yela..kina sekarang dah jadi housewife sepenuh masa.

Sekarang kerja update blog, blogwalking, upload gambar masakan sendiri.
hahaha..kelakar plak..upload supaya memotivatekan diri utk rajin memasak.
Dulu memang tak berpeluang nak memasak. Asyik belajar & kerja.
Sangat la amatur, baru nak memasak banyak sikit..
Belajar tinggi2 jadi housewife jugak akhirnya..hehe..Impian dari kecil.
milky prawn, brocolli & kailan ikan masin
Kina suka dengan ayat caption untuk album Kina's Kitchen.
Kina terfikir spontan dan dapat ayat ni.
Masterchef? Maybe NOT!
Top chef? Totally WRONG!
Junior masterchef? Too OLD!
but ...I'm the CHEF in my OWN kitchen..not Hell kitchen..:P

Maaf, pengaruh TV..:P
Tak rasa nak buat blog untuk Kina's Kitchen. Blog ni pun tak terkejar.
Sudah ada 1136 lovely follower. Terima kasih semua.
Berkira-kira untuk tukar title blog tapi sayangnya.......




Wedding blogger & 5 hari bekerja

Salam

Ini adalah kali pertama kina pergi wedding blogger pahang.
Pertama kali pergi terus 2 wedding kan. Tahniah buat put & dyll.
Tidak dilupa kepada blogger lain iaitu lisa,syima,hidayah,ekin & lain-lain.
(maaf mungkin ada yang keciciran)

Biarkan gambar bercerita 1001 cerita..
Sampai2 terus tangkap gambar..put nampak aje kina sampai..put cantik ok! busana kami dari vendor yang sama, warna pun hampir sama..:)..nak cantik macam put jugak lah..:P

b2b dari pahang..ramai sangat tetamu put jadi kami duduk di tepi..peak hour katakan..:)

Romantic colours..tiba-tiba ada cahaya keimanan dari atas..:P

Di canvas photo put..Sarah buat ape tu??hehe

Baju dyll cantik kan? Cupcake tu pun comel sangat..

Kami sampai agak lewat jadi dapat bergambar sakan dgn pengantin..
Kina mengikut tema dyll kan? hahaha..(baju pinjam mak kina punya..lupa bawak balik baju)

Kina pergi dengan pudin seterusnya konvoi dengan nora,intan,aliza & sarah.
Sebenarnya kina dari kuantan, pudin dari melaka.
kitorang jumpa dekat tol temerloh.

Then baru naik 1 kereta. bila nak balik KL naik kereta masing-masing semula.
Betapa gigihnya kan..hehe..terharu tak wahai pengantin sekalian?haha..
sebenarnya sebab lepas tu nak pindah-pindah barang dari rumah sewa kina.haha
Alhamdulillah, bersyukur sangat ada bakal suami yang sangat rajin & baik hati.

 Apa yang 5 hari lagi? Kahwin? No no no..
Kahwin lambat lagi..haha..minggu depan kina kahwin..chillex dulu..
5 hari lagi untuk kina bekerja..Sedih rasa sebak sangat la plak..
Esok nak buat surat letak jawatan dah..

Yup, kina akan berhenti berkeje & pindah ke Melaka.
Rasa sedih sebab kina sangat sayangkan office kina ni..
Mana taknya sehari selepas kina konvo degree terus masuk keje sini..
Sampai sekarang ni..dah 2 tahun 1 bulan kina berkhidmat..(khidmat la sangat)
Tapi betapa setianya daku kepadamu wahai office..

Kina jenis yang ego..tak main nak cakap touching2 kat depan-depan..
Tapi seriously kina rasa kina akan menangis dengan lebatnya
kalau buat ucapan pada semua officemate nanti..
Ada sejuta kenangan terindah bersama. Tak mungkin dilupa. :(
Makan-makan time, badminton time, mandi hujan time, skytrex time,meeting time..
kena marah time,bengang time,gosip time, sembahyang time..banyak la timenya..

Lepas ni kina buat apa? Kerja apa? Tengok la macam mana nanti.
Everything happen with a reason..Kina percaya, Allah ada reasonNya.
Look forward to stay in Melaka! :P

Last sekali nak ucap tq banyak2 kepada someone yang special..
Thanks kepada tunang kina kat bawah ni yang sangat rajin & baik hati..
Ada orang cakap ni muka kina kalau kina lelaki..haha..
Pudin versi perempuan?haha..(gambar candid ni sebab tu tak sempat tunjuk gigi.:P)

Duit raya seringgit pleaseee..

Salam

Lagi seminggu lagi nak raya..Red FM pun asyik pasang lagu raya dari lagu omputeh.
Yup, i love Red FM..sebab Jeremy yang comel & Rudy yang kelakar di pagi hari..
Petang plak dengar Terry yang asyik minta orang cakap i love u dekat dia..LOL..

Belum datang lagi mood nak beraya kina.
Yela, baju raya pun takde lagi. Rasa macam taknak beli baju raya.
Padahal poket dah kering sebab tu tak leh nak beli..hahaha..kesian..
Tengok la beli last minit jumaat ni ke..Confirm sesak tu kat jalan TAR..

Alhamdulillah, dapat juga la bonus kerajaan bagi.. 
Sekurang-kurangnya tak payah buat muka tebal tak dapat bagi duit raya
dekat adik-adik sepupu. budak sekarang mana main seringgit dah weh..huhu..
Please la..terima la seringgit dari kak sheena..(wuu..nama glamer kat kampung)
Seringgit..seringgit..seringgiiiiiiiit..

Alamatnya bagi guna sampul rupa 10ringgit tu la..
tipu sunat kat budak2 yang tak faham..
HAHAHA..

Nak share kisah duit Seringgit dan duit Lima puluh inggit kat sini..

★ KISAH RM1 DAN RM50 ★

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50..

◕ RM1 :: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
◕ RM50:: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise,
gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2
cam tuh lah.
EH!!!, ko camner lak?"
◕ RM1 menjawab perlahan sambil menundukkan kepala,
"Biasa lah, balik-balik tempat sama, surau, masjid, surau."


Mendalam bukan?Kina tambah kat kisah ni..RM1 untuk duit raya budak2 tahun ni..

PLEASEEEEEE..


P/S: dah bayar ke ZAKAT FITRAH? RM7 je. bukan RM50.



Gila stress!

Salam 
 Yes..too stress right now.. Bukan stress sebab nak kahwin..
It just something that i cant tell anyone..anyone..;( 

 Rasa macam nak jerit,tumbuk & tampar sekuat-kuatnya.. 

I hate this kind of feeling.. 
 I need my Captain Jack Sparrow right now..heh..=_=..fullstop..

Dah lega 1/10 lepas post..

Draft kad tak lulus

Salam 
Hari ni terima draft kad yang pertama..
Pada kina, kalau jadi cikgu mungkin akan bagi D..haha..

Terlalu banyak yang tak mengikut kriteria kina..Cerewet?itu perlu..
Kina rasa kalau nak inform by email terlalu banyak untuk dikomen..
Nampaknya kena ke onecard semula & highlight & boldkan semua semula..


Bagi yang pernah tengok design kina atau tak pernah boleh bandingkan
Mana pergi paper lantern bulat, garisan dotted untuk letak rhinestone, font terlalu banyak, love yang serabut..

kina minta sampul kosong tapi ada corak pula..kalau comel boleh terima..tapi tak comel, salah ejaan pula..

kina tak hantar lagi design bunting tapi dapat ni totally rejected..

Memang kina ada buat pembetulan bahagian peta yang mana kina buang kotak..
Dan alihkan aturcara ke muka depan tapi macam terlalu berbeza dengan design kina..
Minta ubah sikit paper lantern supaya nampak lebih comel
Tapi jadi bentuk love terus..sedikit pelik di situ..haha

Tapi takpe, semua manusia buat kesilapan & kita harus memperbetulkan..

Lain la kalau dah print, baru la boleh angin satu badan..hehe..
 Design kina pun bukan la comel sangat tapi kalau boleh nak simple..

Harus cari masa untuk ke kedai untuk pembetulan..:)
Sorry sebab membiarkan kamu semua membaca bebelan kina..haha..

Tunjuk dekat my bff yang ikut pergi hantar design..ayat yang keluar dari mulut dia..
disaster!
..haha..

Purest of Pain

Salam
Pernah dengar lagu ni? Purest of Pain tajuknya..
Masa kecik-kecik dulu tengok telenovela mis tres hermanes..
Suka sangat tengok muka si Scarlet Ortiz ni..cantik gila..


Tengah dok layan lagu Purest of Pain versi english punya..
Rasa penyanyinya sangat comel..hahaha..

Deep in my heart i feel pain..
Rasa mood kahwin hilang, rasa nak postpone je..
Pudin takde kaitan dengan perasaan & this kind of feeling..
He is indeed a perfect guy! It just me..terrible me..
;(


Wordless Wednesday 4!

bila tengok ni tergelak-gelak aje..source: here

Buat peminat spongebob tapi suka dragonball z jugak macam saya..hehe..

Spongebob Z!


Nak beli ke taknak?

Salam

Hmmmm...rasa nak sangat pergi SPA sekarang ni..
Bukak MilkAdeal..nampak voucher SPA ni..menarik gila!

Yela, mana tak menariknya..
sebab 2 orang tu best..

RM68 instead of RM1080 for Full Body Lightening 

+

Jacuzzi 

+

Herbal Ball Back & Neck Massage for TWO PEOPLE 

and 

RM300 Service or Product Voucher at Beauty Face, Wisma UOA II 

[94% OFF]

 


Best kan? Untuk 2 Orang plak tu..
Kalau nak hadiahkan untuk mak boleh..(tapi ibu saya jauh)
Kalau nak pergi dengan kawan boleh..(ada ke yang nak ikut?)
Dekat Jalan Pinang, KL..(xtau kat mana..parking senang?)
Boleh pergi bila-bila sampai bulan Ogos ni..(schedule penuh..yo yo o je)

Banyak beno alasannya..tapi kina naaaaaaak..badan rasa penat!
Nak tak nak.. Nak tak nak..Erm..Pikir la 2 hari je deal ni..
Heh! silap..2 jam je rupanya..dah melepas..

Sape nak baik cepat beli kat Milkadeal ni..

 

October First 2011

First October..October First..1 Okt..Okt 1.. 
01.10.11
Lagi 150 hari lagi..! 

Membalas email silent reader aje sekarang ni.. 

Banyak yang masuk SPAM..jadi..
kalau lambat reply sorry ye dears.. 

Ok..tengah takde idea nak update ape.. ^_^

Wordless Wednesday 3!

Salam
tempah ini..harap menjadi..
 Tahu ini apa? Kalau ye lukisan Paint kina tak teruk sangat..haha

Wordless Wednesday 2!

Salam

romantic ala-ala winter sonata?hahaha..they are my parent!

Its been a year..confirm BBF gathering..

Salam 
Yes..its been a year..kina & pudin declare..cewah..
dan half a year untuk declare as suami isteri..

Selamat anniversary yang setahun!
Mula-mula macam merajuk sebab pudin kena hantar adik balik sekolah..
Tak jadi nak pegi survey & makan mcd..
Tapi macam biasa la baik semula sebab dia buat lawak seposen dia..

Ye la..tengah-tengah marah ce ce buat muka la kunun..
Tiba pudin cakap lawa la pakai kindergarden ni..
KINDERGARDEN? what the heck..haha..cardigan la..
lawak yang sungguh mereng mahawangsa..
Terus gelak tak hingat da tengah merajuk..haha..

Gtalk dengan pudin dari kampung tembangau die tu pagi ni..
Kina : rasa macam nak hadiahkan handphone c3..
Pudin : boleh3..tapi abang nak hadiahkan tudung baru..
Mentang2 la tudung bawal aku tertarik aritu.. kedekut!!weeeek..haha..


Ok..tak jadi nak hadiahkan..mana aci..tudung 15iggit je..
haha..musnah harapan nak dapat handphone baru gak sebenarnya..
tak payah..makan secret recipe je la..save untuk kahwin ok..
tapi rasa nak makan carlz junior gak..cakap nak diet..haish..

ok, kina nak jugak pegi BBF gathering, mana FF..hehe..
hari ni last baru nak confirmkan..
banner bbf yang smart

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork