Review: Official Photographer Bertandang

Salam


Hiiii..Currently agak busy dgn project terbaru..haha..
InsyaAllah, bila dah siap kina akan buat contest simple2..wait haa..

Hari ni kina nak review OP masa bertandang masa bulan Januari aritu..
Bagi yang pernah baca, utk OP ni kina ada buat contest..
Akhirnya Kerjagilasimoll telah berjaya memenangi hati kami..
Cepat-cepat ready, nak ambil gambar ni.. 
Sebelum review lebih lanjut tentang  Kerjagilasimoll  ni, nak bagi tips sikit.
Tip dalam memilih photographer untuk perkahwinan..Penting ni..
Jangan main rembat je mana-mana korang jumpa tepi jalan..
Setiap perkara kena survey-survey-survey..

1) Budget
Pada kina budget memang yang paling penting.
Korang pun mestilah faham berapa yang korang mampu nak hire.
Jangan sebab nafsu poket binasa ye. Kalau nak jugak..tak tahan tengok.
Join la contest macam kina. kihkih. tu je la modal yang ada.
Namun begitu investment untuk photographer yang terbaik tak merugikan.

Salah satu cara nak jimat adalah hire OP shot+edit+burn sahaja.
Printing korang boleh print sendiri & pilih gambar yang terbaik.
Dekat groupon tu banyak photobook bagai yang murah-murah.
Ops, kina pun tak print lagi gambar bertandang. Tu dia punya cons la.
Kalau kita buat berzaman baru nak print..haha..

2) Hasil-hasil Photographer
Korang kena selidik macam mana hasil & customer dorang ni.
Ada tak yang KO, gambar nampak gemuk ke, nampak jerawat batu ke.
Hahaha.
Gambar memang boleh cerita 1001 & selalu jugak menipu..: p 
Alhamdulillah, kina sangat suka gambar nikah kina. Nampak grand weh.
Padahal kalau korang mai la, simple je, canopy pun buruk je.
(impian nak canopy transparent perlu ditanam hidup-hidup jela)
Tak mampu nak buat majlis grand? Gambar nampak grand pun jadi!

3) Layanan kepada previous customer
Kebanyakan photographer akan ada fanpage & website dorang kan.
So, korang tengok la macam mana photographer ni layan customer dorang.
Macam mana relationship dia dengan previous customer.
Kalau nak taknak layan @ kutuk customer dalam status..reject jela.
Tu jenis photographer tak profesional. Menci betul la kalau tengok.
Walaupun hasil the boom tapi attitude kureng korang boleh KIV dulu.hihi.

4) Berapa lama masa nak dapat album
Kepantasan mengupload & menghantar album pun penting.
Ada yang setahun dah kawen belum dapat lagi albumnya. Tak ke naya?
So, korang boleh la korek-korek dari previous customer dia.
Bagi Mohd Razali - kina dapat 2 bulan after wedding. Kira cepat tu kan?
- upload kat facebook malam akad nikah tu jugak! hebat!
Bagi Kerjagilasimoll - kina dapat pendrive dalam masa seminggu sahaja.
-upload kat facebook keesokkan hari. Pantas jugak!

5) Jenis photographer
Err..ni bukan jenis @ species ye..hahaha.
Maksud kina di sini speciality photographer tu..
Ada yang hebat dekat potrait, ada gambar nampak vintage,
Ada yang nampak ceria, ada yang suka gambar gila-gila,
Ada yang edit sampai tak nampak real, waduh. 
Pilih ikut kesukaan korang ye. Masing-masing punya minat.

Ok, baru nak start review kan..
Pada kina  Kerjagilasimoll  memenuhi syarat-syarat di atas. Lulus!
Dia sangat punctual! Pukul 9 pagi dah sampai kat Felda Tembangau tu.
Time tu kina baru la siap make up dekat Kuantan. hihi.
Ye, kitorang sampai lewat gila sebab tunggu-tunggu orang.
Dekat pukul 2 baru sampai! Kesian photographer tunggu.

Korang tau tak Moll ada dalam klip video Najwa Latif?
Ala..yang lagu Carta Hati tu..hihi..ye, lelaki yang pakai spek tu la moll.

Pada hari itu juga, moll bawak rakannya bersama Akmal Sungkanah,
Both of them sangat humble, muda lagi, hasil mereka best..
Ini akmal sungkanah, masa ni xd orang lagi datang.
Pengantin yang lewat. :P
Pengantin yang lapar
Ampun tak ikut turutan langsung. Banner 2 pasang pengantin tajaan BIL.
Suka pokok tu. Pengantin tahan kena gigit semut masa ni. Sakit wey.
Ehem-ehem. 
Ehem-ehem jugak la. tak tahu letak caption ape.
Walaupun masa sangat singkat, outdoor pun sekejap je..tapi puas hati..
Pandai je dorang bagi instruction nak posing. Harapkan kina?
Haruslah kayu je ku posing.

Dekat-dekat pukul 5 petang kitorang dah have to say goodbye dekat dorang..
Bukan sebab dorang yang nak balik tapi kitorang dah kena mengemas.hihi.

Bagi yang masih mencari-mencari photographer. Do consider them k!
Akmal Sungkanah
boleh add facebook akmal untuk gambar-gambar baru: Akmal Sungkanah

Gambar exclusive & rare! hahaha 

Kesian tak photographer sampai tertido luar surau tunggu pengantin?
Photographer siap solat zuhur berjemaah dulu baru pengantin sampai. hihi.
Bagus2..






10 lovely comments:

Unknown on May 2, 2012 at 10:16 AM said...

Dalam bnyk2 kriteria tu, budget yg paling penting..hehe..thanks for sharing shake..syaz dh booked op naseb baek follow almost criteria yg shake listkn =)

Shakina Farhan on May 2, 2012 at 10:22 AM said...

syaz: xlama lagi syaz tu..hehe..

Honey Sakura @ eiMyLiciOus on May 2, 2012 at 10:27 AM said...

setuju 110% pasal bajet OP nie
nak share nie...eimy pilih pakej OP shot+edit+burn jek....hasil yg dpentingkan adalah teknik bukan edit medit sbb eimy sndri ada ilmu edit2 pic cuma. Tp dsebabkan nak pic yg ori nyer so kualiti teknik shoot dpentingkan. Alhamdulillah once dpt pic dr OP terus wowwwwww no need edit2 laaa....alhamdulillah....

Jumlah dkeluarkan utk OP sepanjang C3M cuma RM500 jek. OP belah bertandang sponsor by adk.

Apa yg penting?? Jimattt cermat...eheeee

Fariza on May 2, 2012 at 10:34 AM said...

mmg comel gmbar :))

dilla nadila on May 2, 2012 at 10:49 AM said...

betul Kina...setuju sgt
Dila ni mase tunang hrtu amek pakej fotografer skali pelamin n mekap dari butik
xpernah tau spe fotografer sblm tu n hrapan dpt gambar2 cantik..yela, kite bayar kan
sekali dpt gambar.......
hancus hati tau...rsenye gambar2 yang sepupu sepapat amek lg profesional and cantik...
yg OP amek, sumenye rase....urgh..kecewa
now unt wedding kitorg da xnk amek OP dr pakej tu lagi.
dah hire OP yg betul2 kitorg da tgk n survey sepuas-puasnye.hopefully kali ni gambar kawen xmengecewakan...amin

mia-ina on May 2, 2012 at 10:51 AM said...

setuju juga jk dikatakan budget dan style kekreatifan op jd kriteria utama

Munn Jaafar on May 2, 2012 at 12:16 PM said...

cantik la kina!

sy pnya OP nnti member2 tunang masa skul dlu..dpt la murah gaks...ahaks

FarizAtie on May 2, 2012 at 5:41 PM said...

yeayy dah dpt OP!!..same lah kte..lega hati kan..hik3..^_^

Qaseh on May 16, 2012 at 6:21 PM said...

k.kina cantik sangat sy suka. Sory nak tak mintak kebenaran tiru k.kina punya idea d.i.y wedding :)

Unknown on June 27, 2012 at 12:00 PM said...

Kina,malu gila gambar yg last tu.kantoi terlelap!hahaha
-moll-

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork