Showing posts with label coral flower. Show all posts
Showing posts with label coral flower. Show all posts

DIY: Tutorial Fabric Flower & Ring

Salam
Kina belum habis review wedding lagi sebab tunggu album gambar..
Dah dapat album nanti akan update banyaaaaak gambar..:)
hi..hi..hi..

Hari ni kina nak share benda yg tiba-tiba je kina ada mood nak buat..
Di kala pudin sedang main futsal, kina buat fabric flower..hehe..
Kina buat menggunakan lebihan kain chiffon untuk bertandang..
Ia adalah warna CORAL! the new pink is coral..eceh..

Meh kita tengok sikit hasil 2 jenis bunga dari kain chiffon ni..
They are Poppy & Peony! Teka mana satu poppy mana satu peony..




Boleh buat corsage, hair band budak-budak,tepek kat baju,veil,
Macam-macam la boleh buat dengan fabrik flower ni..
Kina nak try buat untuk handbouquet boleh tak agak2nya..

Lepas dok belek-belek bunga ni pastu teringat kat Intan..haha..
Intan, kina rindu kat intan la ni..hahaha..jangan muntah..
Why not, buat cincin fabrik macam yang Intan beli kat Korea tu..
Comel gila fabric ring yang intan beli dari korea ni..rasa nak gigit2..
Jom kita try & error..
Tutorial sama macam nak buat bunga poppy kat atas ni..
Cuma kina kecilkan je bagi sesuai dengan jari kononnya..
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • Lebihan kain chiffon ( Pakai kain satin & organza pun cantik)
  • Gunting
  • Benang warna sama & Jarum
  • Mutiara/Brooch/Crystal
  • Lilin
  • Mancis
  • Cincin silver kina berharga RM18.00 (sejak second year UM..:P)

1) Potong kain membentuk round
2) Terhasillah 10 bulatan pelbagai size
3) Dekatkan pada lilin dan bagi die jadi kerepot2
4) Terhasillah kelopak bunga pelbagai saiz..

5) Susun kelopak bunga, besar di bawah, kecil di atas
6) Jahitkan benang di tengah2 & masukkan mutiara
7) Matikan jahitan di belakang
8) Jahit pula pada cincin silver
Jahit berapa kali..Huduh la sikit..hehe..
Ini lah hasilnya Fabrik Ring versi kina..heh..comot la sikit..
Jeng-jeng-jeng
Abaikan jari-jari montokku..haha..tapi inai masih ade!

Sebab first time coba-coba, nanti buat semula bagi comel sikit..
Kalau rajin la..hahaha..

Rasanya ramai yang dah tahu nak buat fabric flower yang ni..
Rilla pun pernah buat tutorial untuk engagement dia kat sini..Kagum!
Cuma gunting, bakar, cantum & jahit! Simple kan?
DIY is fun!



 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork