Salam
Lagi seminggu lagi nak raya..Red FM pun asyik pasang lagu raya dari lagu omputeh.
Yup, i love Red FM..sebab Jeremy yang comel & Rudy yang kelakar di pagi hari..
Petang plak dengar Terry yang asyik minta orang cakap i love u dekat dia..LOL..
Belum datang lagi mood nak beraya kina.
Yela, baju raya pun takde lagi. Rasa macam taknak beli baju raya.
Padahal poket dah kering sebab tu tak leh nak beli..hahaha..kesian..
Tengok la beli last minit jumaat ni ke..Confirm sesak tu kat jalan TAR..
Alhamdulillah, dapat juga la bonus kerajaan bagi..
Sekurang-kurangnya tak payah buat muka tebal tak dapat bagi duit raya
dekat adik-adik sepupu. budak sekarang mana main seringgit dah weh..huhu..
Please la..terima la seringgit dari kak sheena..(wuu..nama glamer kat kampung)
Seringgit..seringgit..seringgiiiiiiiit..
Alamatnya bagi guna sampul rupa 10ringgit tu la..
tipu sunat kat budak2 yang tak faham..
HAHAHA..
Nak share kisah duit Seringgit dan duit Lima puluh inggit kat sini..
★ KISAH RM1 DAN RM50 ★
Duit RM1 telah bertemu dengan RM50..
◕ RM1 :: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"
◕ RM50:: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise,
gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2
cam tuh lah.
EH!!!, ko camner lak?"
◕ RM1 menjawab perlahan sambil menundukkan kepala,
"Biasa lah, balik-balik tempat sama, surau, masjid, surau."
Mendalam bukan?Kina tambah kat kisah ni..RM1 untuk duit raya budak2 tahun ni..
PLEASEEEEEE..
P/S: dah bayar ke ZAKAT FITRAH? RM7 je. bukan RM50.













