Showing posts with label MUA. Show all posts
Showing posts with label MUA. Show all posts

Review: Make Up Artist (MUA)

Salam 
Alhamdulillah, kina baru pulang ke Malaysia 2 hari lepas..
Sebelum membuat review bagaimana Bali kina kena review MUA dulu la..
Sebab kina dihujani dengan pertanyaan ramai siapa MUA kina? hee..
Harap review ini dapat membantu b2b yang mencari MUA utk hari mereka..
Tanpa make-up & selepas make- up (foto by razali).
 Percaya tak kina tak tahu siapa & hasil kerja MUA kina sebelum hari besar kina.
Kina tak buat trial make up pun. MUA kina tanya kenapa nak dia make-upkan?
Jawapan kina senang je. ''Sebab ibu cakap make-up lawa''

 MUA kina ni kina senang panggil Kak Pah..bukan pah bedah ye..hihi..
Kak Pah ni merupakan kawan ibu kina yang sepatutnya make up masa kina bertunang..
Tapi masa kina bertunang dia tak dapat make upkan kerana ada show..
Show apa pulak kan? Yes..she is an ex-dancer..sekarang dah jadi Jurutari di MPK..
Penari memang ada dihantar kursus make up, cara berposing semua kak pah tahu..
MPK ni tempat ibu & ayah kina kerja : Majlis Perbandaran Kuantan.
kak pah in action : camera iphone without editting
kina bersama ibu & adik: camera iphone without editting

Kak Pah bukan la komited dalam menjadi MUA..
Dia hanya buat secara suka-suka,bila free & bila orang panggil je..
Kalau kak pah takde show boleh la dia ambil customer sebab show selalu juga weekend.
Dia juga ambil customer yang dekat-dekat saja ye..means area Kuantan, Pahang gitu..

Kak Pah ni kina memang sangat recommend 100% kerana...(macam slogan kan)
1) Tepati masa..dia cakap datang pukul 10.30pagi dia ketuk pintu bilik time tu gak.
2) Bertolak ansur & ikut customer..tak ikut suka hati dia nak cantas kening orang.
Kina ingat ayat dia ''kita kena ikut pengantin, nanti pengantin masam je tak suka''
3) Komited gila..dia perhati je kina & touch up di mana-mana..hahaha..
4) Sangat affordable..tak perlu sampai beribu untuk cantik ye..
Kina minta make up sweet2 & focus pada mata untuk nikah. : camera iphone without editting
Rate Kak Pah berapa? Mesti ramai yang nak tahu kan?
Kina dapat harga RM150 untuk 2 event iaitu nikah & resepsi!
Murah gila kan??? Yes..Anda baca dengan betul!
Kina tak pasti sebab ibu kina dapat harga macam tu,
Sebab ibu kina cakap rate dia memang harga tu je..
Kina tahu kalau dekat KL memang tak dapat la kan..
Sayangnya kak pah hanya di kawasan Pahang je, tu pun kalau dia free..
Make up reception. ''kak pah, sila tutup jerawat saya..hahaha''
Foto By Razali : Make up By Kak Pah
Kalau kak pah betul-betul komited jadi MUA i know dia akan meletups..:P

Nak contact kak pah untuk quotation atau dia free tak untuk make-up?
Facebook : Sharifah Ipah
No Tel : 013 9815429
Bagitahu tahu dari kina, nanti kang dia terkejut plak korang ramai-ramai call/msg.

Tips sebelum make-up: Selain letak ice, pakai baju yang senang nak dibuka.
Foto By Razali : Just nice! Make up simple untuk nikah

Siapa bilang murah tak dapat hasil yang memuaskan?
Sometimes it does! ^_____^ senyum puas hati
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork