Showing posts with label bunga fabrik. Show all posts
Showing posts with label bunga fabrik. Show all posts

Ini bukan personal & bunga 3D

Salam 
Hari ni hari rabu, ramai orang makan tebu..(pantun ayah kina)..haha..
Kina akhirnya telah berjaya membuat 1 lagi blog personal semalam..
Kina taknak campur adukkan personal dengan semua tentang wedding..

Kina sangat suka semua perkara tentang wedding..sayang blog ni..
Harap sangat blog ni boleh memberi idea buat b2b di luar sana..
Walaupun seciput ciput mana info yang diberi..heh..

Sebab kina tahu tak ramai suka baca benda personal..
Macam ok..kina suka makan tutti fruitti & tengok CSI..
Kina suka pemenang America Next Top Model cycle 16..
Jadi biarlah personal & kurang berinfo diabadikan di sana..hahaha..

Satu lagi, kina gunakan nama sendiri sebagai url & title..
Kina sangat adore dengan orang yang guna nama sendiri,
Sebagai nama url blog & title blog mereka..
Dah lama nak guna nama sendiri as title blog..baru la blog sendiri..

Kina juga akan rakamkan perjalanan kina sebagai mom-to-be..
Macam tak sesuai dengan url & title blog ni nak story..
Terima kasih atas semua wishes, nasihat & doa..

Layout lebih kurang sama tapi lagi sejuk mata memandang kot..
The personal blog of Shakina Farhan..jenguk kalau mahu ok..
InsyaAllah kina akan terus aktifkan blog ini..:) belum habis review lagi..
Ampunkan kelambatan mereview majlis..heee..

Ok la..hari ni banyak benda kena buat..siapkan bunga 3D!
Dalam 20pcs lagi nak buat..sakit belakang gak membuatnya.
Mereka adalah bunga peony..dengan pearl..

Warna macam gelap sikit..pencahayaan tak betul kot..

Makin lama buat makin comot..huu..memang saja buat tak sama size..
Harap sesuai la nak tepek kat baju nanti..






Kawa-ii (Shop) maksudnya cute!

Salam 
 Siapa yang minat cerita jepun ke anime ke mesti tahu maksud kawa-ii.. 
Kawa-ii Shop sudah tentu la menjual barang-barang  cute untuk orang cute..
Tak dilupa dari orang cute iaitu owner Bunga & Langit 
(She is Ka-ii - Blogger B2B jugak tau)
Check it out her preparations, ideas & DIY yang cool..:)

Kawa-ii Blog Shop sedang mengadakan Year End Sale (YES) girls..
Nak tahu apa yang dijual? berapa? untuk apa?

Jeng..jeng..jeng..

Bunga Lace 3D! Bunga-bunga 3D kan tengah in sekarang ni..
Zoom in bunga 3D yang diperbuat dari cotton

Setiap baris ade 6 bunga yang kawa-iiii
Kawa-iiiiiiii..(iiii tu kena harakat panjang sikit setanding dengan kecomelannya)

Harga sempena Yes End Sale ni korang boleh dapat berapa?
Normal price : RM20/yard
Sale price : RM14/yard

Code = RW6 01
Width = 7.8cm-8cm
Length = 1 Yard (91.44cm ~ 92cm)
Color = White
Flower = Rose
Postage = RM6 (Semenanjung), RM10 (Sabah & Sarawak)

Apa kegunaan bunga 3D lace ni?
Macam-macam korang boleh buat contohnya tengok kat bawah ni:-
- untuk patch pada veil & baju kawen
- untuk tepek pada beg 
- untuk hias pada doorgift kawen
- untuk jahit untuk bantal letak kat bilik pengantin
- untuk buat headband flower girl
kawa-iiiiii!
contoh-contoh penggunaan bunga lace 3D ni: taken from google image
Kina difahamkan kawa-ii shop akan melancarkan beberapa lagi design..
Design bunga lace 3D dengan pelbagai warna & jenis..coming soon gitu..
Kalau korang nak custom-made ke atau nak request boleh la email beliau ok..





Coming soon!!

Ok la..tutup cerita tentang promosi bunga 3D lace..
Kawaii blog shop juga ada menjual tudung-tudung yang menarik..
Dan yang paling penting unik & affordable untuk kita yang budget2 ni..

Kina rasa bagi bride-to-be yang tak menggemari tudung awning..
Yela, sekarang nak cari tudung bawal pun susah dah..huhu..
Boleh la try tudung bawal dari Kawa-ii blog shop..
Cute kan? sesuai untuk buat tudung nikah tapi bukan awning..
Tudung bawal pun secantik tudung awning tau..
Banyak lagi jenis tudung yang menarik tau..
Orite..untuk tahu lebih detail tentang harga ke macam mana nak purchase..
Boleh la contact Kawa-ii Blog Shop & like la fanpagenye ok:

Email: kawaiishopblog@gmail.com

Disclaimer: This post is fully sponsored by kawa-ii shop
Sila berurusan terus dengan
 
kawa-ii shop untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan  kawa-ii shop 
adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)

DIY: Tutorial Fabric Flower & Ring

Salam
Kina belum habis review wedding lagi sebab tunggu album gambar..
Dah dapat album nanti akan update banyaaaaak gambar..:)
hi..hi..hi..

Hari ni kina nak share benda yg tiba-tiba je kina ada mood nak buat..
Di kala pudin sedang main futsal, kina buat fabric flower..hehe..
Kina buat menggunakan lebihan kain chiffon untuk bertandang..
Ia adalah warna CORAL! the new pink is coral..eceh..

Meh kita tengok sikit hasil 2 jenis bunga dari kain chiffon ni..
They are Poppy & Peony! Teka mana satu poppy mana satu peony..




Boleh buat corsage, hair band budak-budak,tepek kat baju,veil,
Macam-macam la boleh buat dengan fabrik flower ni..
Kina nak try buat untuk handbouquet boleh tak agak2nya..

Lepas dok belek-belek bunga ni pastu teringat kat Intan..haha..
Intan, kina rindu kat intan la ni..hahaha..jangan muntah..
Why not, buat cincin fabrik macam yang Intan beli kat Korea tu..
Comel gila fabric ring yang intan beli dari korea ni..rasa nak gigit2..
Jom kita try & error..
Tutorial sama macam nak buat bunga poppy kat atas ni..
Cuma kina kecilkan je bagi sesuai dengan jari kononnya..
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • Lebihan kain chiffon ( Pakai kain satin & organza pun cantik)
  • Gunting
  • Benang warna sama & Jarum
  • Mutiara/Brooch/Crystal
  • Lilin
  • Mancis
  • Cincin silver kina berharga RM18.00 (sejak second year UM..:P)

1) Potong kain membentuk round
2) Terhasillah 10 bulatan pelbagai size
3) Dekatkan pada lilin dan bagi die jadi kerepot2
4) Terhasillah kelopak bunga pelbagai saiz..

5) Susun kelopak bunga, besar di bawah, kecil di atas
6) Jahitkan benang di tengah2 & masukkan mutiara
7) Matikan jahitan di belakang
8) Jahit pula pada cincin silver
Jahit berapa kali..Huduh la sikit..hehe..
Ini lah hasilnya Fabrik Ring versi kina..heh..comot la sikit..
Jeng-jeng-jeng
Abaikan jari-jari montokku..haha..tapi inai masih ade!

Sebab first time coba-coba, nanti buat semula bagi comel sikit..
Kalau rajin la..hahaha..

Rasanya ramai yang dah tahu nak buat fabric flower yang ni..
Rilla pun pernah buat tutorial untuk engagement dia kat sini..Kagum!
Cuma gunting, bakar, cantum & jahit! Simple kan?
DIY is fun!



 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork