Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

Ikhlas ke tak jemput ke majlis ni?

Salam

Semoga semua sihat2 selalu..

Tajuk macam emo sikit kan..hahaha..hormon ibu mengandung agaknya..
(2nd pregnancy yang dah 6 bulan..hehe)

Alkisahnya balik kuantan hari tu, jumpa la kad jemputan kawen yang tak bernama..

Bukan la takde nama pengantin, tapi takde nama yang dijemput..

Jadi kina confuse pengantin ni jemput sape? Dot dot dot tempat untuk tulis nama tu KOSONG.
Kosoooong..Kosoooong ooo..*nada najwa latif.

"Kad sape ni dik?" 
"Kad kawan aku, tak tau dapat pergi ke tak"
"Nape die tak tulis nama mu?"
"Ada die tulis dekat sampul."

Kalau dekat sampul tak tulis nama tak tahu la sampai ke tak kan..hehe..

Tarik napas dalam-dalam je la time tu..
Terfikir jugak. 
Busy sangat ke? 
Maybe nak ajak 1 keluarga tapi tak tahu semua nama?
Terlupa? Tertinggal agaknya. (cuba bersangka baik)

Masa dulu memang bawak kad kosong jumpa kawan-kawan..

Nampak kawan-kawan yang kita tak suspect bertembung terus tulis cepat2 selindung2..
Punya la cuak kot2 die pikir kita ni tak ingat kat die. (walaupun kadang2 ye tak ingat..huahua)

Tulis la Si polan & pasangan (kalau nak kurangkan kuantiti tetamu) 
atau pun Si polan & sekeluarga (kalau tak kisah dengan kuantiti tetamu)

Sekarang ni memang semua teknologi, invite pakai facebook..Kadang-kadang terlepas pandang..
Duduk dekat Bintulu ni lagi la susah nak datang. Tapi kalau kita betul-betul ikhlas & sopan tulis la nama
yang nak dijemput walaupun bukan nama penuh. InsyaAllah, tak susah mana nak tulis. Once in the lifetime kot kan. Takpe penat sikit. Namun begitu ikhlas tu Allah je yang tahu. 
:)

10 idea DIY kad kahwin sendiri

Salam

Rindunya nak Do-It-Yourself..sob2..
Actually, mood nak tulis pasal wedding cards ni tiba..
Selepas anak berjaya menjumpai kad kahwin yang dah disorok lama..
Yes, she is so clever and active girl! Even maknye kuat tido masa pregnant..

Perasaan bila tengok balik kad kahwin sendiri? Yang dibuat sendiri..
Ohhh! Priceless!! Rasa macam boleh cakap macam ni 10 tahun akan dtg..

"Shahadah, ni lah kad kawen mama & papa buat sendiri"
"Papa tolong jugak gam benda rhinestone tu depan library UM"
HAHAHA

So girls, its so worth it tau walaupun takde la cun sangat..

Ni idea-idea yang boleh korang try letak atas kad selain rhinestone..hihi

1) Butang 
Butang ni pun nice, boleh beli borong dekat mana2..

credit to : here
 2) Ribbon
Ribbon atas kad kahwin rasanya dah biasa sangat kan. 
Kalau pakai ribbon yang keras lebih cantik rasanya.
credit to : local vendor
3) Felt
Ingat lagi pernah 1 ketika dulu semua orang gilakan felt.
Craft thingy yang sangat menarik. Comel sangat card ni.
credit to : here
4) Lace
Wow, ni sangat la ekslusif & elegan & super mahal..hihi..
Kalau kuantiti yang sikit macam VIP ke should be ok la.
credit to : here
5) Doily paper
Bagi yang tak mampu berhadapan dengan kos lace,
doily adalah penganti yang bagus. Beli kat chow kit murah je. 
credit to : here
6) Crochet
Bagi yang pandai ber'crochet' boleh try buat macam ni.
Tak perlu sampai 3 love pun ok , kalau tak larat 1 pun cun dah. hihi
credit to : here
7) Pearl
Dekat contoh ni gabungan pearl & kertas. (i tak minat sangat rama2 tu)
credit to : here
8) Bunga 3D
Kerlasss kau mamaria! Jenuh nak buatnya kan..hahaha..
Usaha escalator kejayaan! 
Tak pun pakai 3D flower kecik2 1 yard dpt byk tu kan.
credit to: here
9) Rubber Stamp
Bukan letak rubber stamp atas kad tu ok, tapi stamping..hehe
Kina paling suka main stamping..Senang pun senang..
Kalau buat kad pastu stamp kat bawah tu
'made by Shakina' ataupun 'wajib dtg tau!' hahaha..
Mesti orang kata ngengada lah! Biar lah wedding haku! Haha
credit to : here
10) Rhinestone!
Hahahaha..lastly my expired wedding card lah sebagai contoh keeen..
boleh baca kisah2nya di sini
Rasa nak frame untuk letak dekat rumah sendiri nanti..
Even harganya cuma RM0.35 sen..tapi hasil air tangan tu..
Memang tak sama dengan card harga RM3.50..hehe..
Doakan kina dapat duduk rumah sendiri..yang tak tahu bila..
InsyaAllah, adalah rezeki tu nanti ye.

Last but not least, selamat berDIY!
Kalau rasa nak DIY start lah dari awal. 
6 bulan sebelum dah boleh start..
Sebulan target lah siapkan 150 keping..
Sehari cuma siapkan 5 keping..Hehehe..


Persiapan bertandang: Kad kahwin

Salam 
Yeay, excited nak kawen lagi..hahaha..
Tempah kad bulan lepas..mula-mula pudin nak tempah dekat kampung..
Tapi sebab nak dalam 500keping kad je, harga mahal & design tak cantik..

Sebab dah tempah lambat, terpaksa pilih design yang sedia ada..
Cuma tukar colour je..Kali ni confirm tak salah material kad..

Ikutkan buat 1 kad lagi jimat kan?
Tapi kitorang lepas majlis baru confirm tarikh bertandang..huhu

Meh tepek teaser yang tak berapa teaser pun..

Kad kahwin untuk 2 pasangan pengantin
Mesti korang tahu tempah kat mana kan kan kan?
Design ni kina pernah promote suatu ketika dulu..

 P/S: Official Photographer kina msg cakap dah pos album & CD gambar..!
Excited! Boleh la sambung review & tepek banyak gambar..
Kat facebook pun tak buat album kawen lagi..hehe..
Sepatutnya bulan lepas dah siap album tapi sangkut dekat printing..

Jumaat boleh lah tengok album kawen..hehehe..




Adore this & New Package!

Salam
Sekarang mode mencari kad kahwin..teruslah bukak artchetak..
Nampak ini..Seriously jatuh cinta..Pink & Grey nice kan..
Tapi macam dah tukar tema warna je..huu..dilema warna betul..

Now ada pakej essential450
Boleh dapat 500 keping kad + 1000 thankyou tag + 1 bunting..
tambah RM150 dapat 1000 kad..wow kan?

card from artchetak

bunting
Sentuhan doily tu memang cun..
Teruslah kina mengemail kak durra untuk quotation..
Hope can get the best price..;)
Survey & terus survey ok..


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork