Showing posts with label tudung chiffon. Show all posts
Showing posts with label tudung chiffon. Show all posts

Review: Tudung Amber dari D'firstscarf

Salam


A short review, dah seminggu tangguh nak buat review tudung ni..
Kina ade beli 1 tudung awning chiffon.
Design die memang kina cari selama ini..
Sejak dah ade baby ni pakai tudung awning sokmo la..
Xde masa nak gosok-gosok tapi nak cun gak..
Bukan kina yang cun, tudung tu yang cun ye..hihi..

Kina dah lama like dfirstscarft,
Dah selalu nampak tudung amber ni.
Akhirnya kalau dah nama perempuan asyik nampak nak gak rembat.
Tapi yang ni agak pricey, so mampu beli 1 je..Hahaha
Ok la buat hilang kempunan kan..:p
Anggun, bergaya, universal & boleh pakai semua baju.

Ni la tudung yang kina beli..Size L..
Harga RM100++ ikut size..(tak ingat plak exactly berapa)
Tudung die agak lebar kat tepi tapi ke bawah tak panjang sangat..
So, kina sarankan kalau korang selalu beli size L beli size XL..
Kina pakai biasa labuh depan sampai pusat bandaraya..(ops)
Tapi yang ni kurang seinci setengah kot..
Ke sebab kina dah makin gemok? kahkahkah.

Kina fikir nak review dekat sini bukan blog personal...
Sebab kina rasa tudung ni sangat sesuai utk b2b..
Tudung ni simple tapi cun gile..
Sesuai dibuat tudung tunang atau tudung kawen..

Yang ni contoh 2 tone..alahai..comel..
Harga die pricey tapi tak terlalu mahal utk occasion..
Kualiti kain superb, manik tu yang mahal nak jahit tu kot..
Tempoh masa 10 hari dah siap..!
Pantas kan?

Kalau korang nak beli cakap tahu dari blog kina..
Mesti tak dapat diskaun pun..ahhaha..
Sebab ni review personal bukan kina buat iklan..hihi..

Asyik tengok gambar patung je kan..
Jom tengok gambar orang pakai..hahaha
Makan dekat carls junior 2 minggu lepas

Attend night wedding di Kuantan tempoh ari..
Oh ye, sape nak pemutih gigi tu sekarang kina ade bukak preorder tau..
Sape yang kawen bulan 4 & bulan 5 patut beli sekarang..hihi
Nak order klik sini.

Ok la, budak kecik tu punya timing nak bangun dah ni..
Bye2 ladies..

Review: Tudung & Veil bertandang

Salam 
 Disebabkan banyak pertanyaan mengenai tudung, veil & baju 
Yang kina pakai masa bertandang. Makanya kina review tudung & veil dulu.

Pada suatu hari, kina ternampak contest tudung & veil dari Elyn Creation.
Masa tu lebih kurang 2 bulan sebelum majlis bertandang. 
Jadi kina pun mencuba la sebab belum ada tudung & veil.
Untuk membaca entry penyertaan kina boleh klik kat sini.

Alhamdulillah, rezeki bertandang. Kina dapat tempat kedua.
Hadiah berupa tudung & veil bernilai RM200
Masa dapat tahu menang memang syukur sangat..
Yela, dapat jimat, dapat tudung & veil yang diidamkan..
Walaupun tinggal sebulan je, Elyn Creation berjaya siapkan tudung kina.

Kina bagi example gambar & bagi contoh warna kain pada elyn.
Then elyn buat je. Yang bestnya elyn takde nak tukar-tukar idea kina.
Alhamdulillah, kina berpuas hati sangat-sangat dengan hasilnya.

Pada kina, price dari Elyn Creation berpatutan sangat.
Sangat sesuai untuk b2b yang nak customade tapi on budget.
Tapi kalau dah harga budget jangan la nak macam budget mak datin ye.
Berpada-pada dalam menempah. hee.
Patch lace & pearl pada awning tudung

Disebabkan baju bertandang kina tak meriah sangat.
Jadi kina request untuk saratkan bahagian tudung, veil kosong.
Veil plak bentuk semi D. haha. macam rumah plak kan.
Kina nak tak bulat tak D sangat. Sampai paras wrist.
Bentuk veil chiffon. Kosong je.
Oh lupa, dua-dua adalah material chiffon.
Mula-mula ingatkan nak veil net tapi tak jadi.
Sebab sangat suka chiffon. Nampak soft.

Thank you Elyn!! Nak tempah jugak?
Boleh la contact Elyn :
SMS : Elyn 012 6021075
emel : elyncreation@gmail.com
Veil pin macam tu je kat kepala. hikhik. suka gambar main belon.
All photo credit to:
Official Photographer: Kerjagilasimol Photography
Assist by: Akmal Sungkanah




Review: Tudung & Veil Vispera Kinara

Salam 
Disebabkan baju nikah saya tersangat simple. Takde beading atau patch lace pun.
Jadi kina rasa better pakai tudung yang lebih sarat & comel. Hee..
Kina dah lama berkenan dengan koleksi tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Kebetulan pada masa tu Koleksi Vispera (KV) buat promosi ulang tahun ke2.
2 3 4 5 kali juga fikir nak tempah ke taknak nak ke taknak..last2 tempah juga..huhu..
Terus email Koleksi Vispera dengan details ikut format di blog KV..

Kisahnya bermula, kitorang buat janji temu di Jaya Jusco Maluri.
Nervous nak jumpa dengan kak vispera. Masa tu tak tahu nama dia..
Pakai panggil je kak vispera kan. Best je kan nama vispera tu. Unik!

Bila dah jumpa kak awe (bukan nama samaran)
Mula-mula ingat mesti dia akan pakai tudung cantik-cantik.
Macam tudung yang dia buat kan.
Kak awe pakai tudung awning warna hitam kosong je.
Dia sangat peramah, humble & simple orangnya.

Then, kitorang discuss design & warna yang kina nak..
Kina dah siap bawak contoh kain baju nikah supaya match..
Baju kina chiffon so kina nak tudung chiffon juga..
Lepas tu kina request nak bunga 3D pada tudung..
Sangat teringin nak ada bunga 3D tapi tak reti buat..
Then nak ade kristal-kristal sikit warna pink. Bukan kristal ori ye.

Tak suka tudung awning lycra. Sebab nampak dagu besar.haha.
Jadi kina nak tudung dulce. Kitorang pun pergi test-test kat toilet.
Ada 3 jenis awning. Then kina pilih yang kina suke. ^_^
harga promosi ulangtahun ke2 vispera

Masa tu KV janji untuk siapkan sebelum raya.
Tapi disebabkan KV tak pernah buat design yang macam kina nak..
Jadi, terpaksa tunda sehingga selepas raya. Sebulan sebelum nikah.
Selepas raya, tudung masih belum siap lagi. Jadi kena tunggu lagi.
Masa ni kina agak risau sebab kena tunggu tudung siap baru boleh buat veil.

Pada mulanya kina nak tempah tudung je sebab ingat nak DIY veil sendiri.
Tapi KV call cakap buat 1 set veil dengan dia dan dia sponsor separuh.
Jadi masa tu fikir ada 2 minggu je lagi nak nikah jadi terima offer KV..
KV cakap tudung tu KV letak pearl & bunga 3D chiffon baru timbul..
Dah last minute memang kina malas nak fikir. Ok je la..

Sebelum kina balik ke Kuantan, akhirnya kina dapat tudung nikah kina.
2 hari sebelum nikah kina dapat tudung & veil kina. Alhamdulillah siap juga.
Walaupun agak senteng. Tapi esok nak nikah memang tak leh adjust.
Warna sangat matching. Cuma kina rasa bunga 3D tak sesuai pada tudung tu.
gambar dari KV. bunga 3D pada tudung & veil.

Jadi, tengahari sebelum nikah kina cabut 4 kuntum bunga pada tudung tu.
Then bridemaids kina Aziah tolong jahitkan pearl pada lompong-lompong tu.
Ingat nak jahitkan bunga 3D pada veil untuk banyakkan bunga tapi tak sempat.
Cuma takut sangat kalau kain chiffon tu tertarik sebab kain tu lembut.

 Masa tu risau sangat ok ke tak la design ni..
Alhamdulillah, semua cakap ok. Awning tu sesuai dengan muka kina.
I love my solemnization veil!
 Kina sangat suka veil kina sebab panjang sampai ke lutut.
Veil juga dari kain chiffon dan warna yang matching.
Keliling veil dijahit dengan pearl bersaiz medium.
Tujuan pearl supaya veil tu jatuh takde la terbang-terbang beriya.
3 Lelaki 3 Perempuan
Bunga chiffon 3D warna pink utk matching dengan baju & lengan.
Disebabkan tudung kina design baru jadi KV nak namakan tudung ni.
Vispera Kinara - Kinara bermaksud candle holder. 
Bestfren kina yang propose nama ni. Sounds good. KV pun approve. :)

Untuk full set tudung & veil kina bayar RM300 di mana separuh disponsor KV.
First and last kot bayar harga tudung camni. Sekali seumur hidup. (sedapkan hati)
Ok la dari tudung RM1000 dari vendor P******. kan put? gila kan.!

Tahu kan Koleksi Vispera pernah membuat tudung untuk Anne Hot FM?
sweeeeet!

Diingatkan tempah lebih awal sebab terlalu banyak tempahan. Hot gitu.
Letak tarikh perkahwinan pun awalkan ye. 
Contohnya korang nikah 2 Februari bagitahu 20 Januari ke..
Kalau lambat hantar tak siap memang disaster kot. Cuak tau.

Jadi bagi bride to be yang nak tempah tudung & veil dari Koleksi Vispera.
Atau berminat nak dapatkan tudung Vispera Kinara macam kina pakai ni.
Vispera Kinara
Boleh hubungi Koleksi Vispera melalui :

Email : koleksivispera@gmail.com

Facebook : Koleksi Vispera

Telefon/SMS : 012-5881550

WhatsApp : 012-5881550

Skype : koleksivispera (temujanji shj)



Jatuh cinta dengan tudung ni

Salam 
Sambil belek-belek fanpage OP kina - Mohd Razali,
Ternampak satu gambar baru pasangan Adila & Faiz..
Adila juga seorang bride blogger..maaf tak cam kamu dylla nur..
Padahal pernah komen di blog dylla..hehe..

Kina jatuh cinta dengan tudung dia..
Lembut, kemas, sopan, cantik..
Suka lah..tapi maybe sebab adila cantik so memang cantik sangat..
[Kalau aku pakai entah nampak camne]

Jatuh cinta!

My Engagement Day : Tudung Chiffon

Salam,
Ramai yang minta kina untuk review tudung bertunang aritu..
Kina tempah dengan ex-opismate kina..kak fida..

Tudung ni boleh DIY juga actually..cantik kan?tapi kena berjaga-jaga..
Sebab senang nak tertarik benangnya..;)
Alhamdulillah, sebelum ni kina ragu-ragu tau nak pakai tudung ni..
sebab muka kina bulat..huhu..taknak nampak macam bola..

Tapi bila da pakai ok jugak, senang nak bentuk..
tapi sebab masa make up tu dah lambat..
tergesa-gesa pakai akhirnya macam ke belakang sangat..huhu..
Nak tarik ke depan mak andam dah tampal spider web tu..
haish..org tak nak die nak jugak pakaikan..
Ok2, start review dari terus membebel..

Material
Chiffon
 Kertas keras sikit dari A4
Alatan menjahit
Cara-cara
1) Potong kain chiffon berbentuk segi 4 sama..ukuran?
ikut keselesaan..kina punya 1 meter lebih sikit..nak labuh sikit..;)
2) Jahit tepi kain tu.
3) Lipat separuh macam nak lipat tudung bawal biasa..
bagi bahagian dalam pendek sikit..then letak kertas keras di bahagian tengah.
4)Jahit kertas tersebut bersama lipatan tudung..dah siap..
kertas dah dijahit

dah siap ayat komik..hee..abaikan background tilam..haha
Ha..korang paham ke?hehe..

Tudung kina tu simple je kan..tak sempat nak buat beading pun..
i love simple..lagi pun veil da ada manik bagai..
masa kawen boleh la nak buat beading..bling2..;)

Puas hati tak dengan review ni?hehe.

Untuk tempah tudung ni dengan puan fida boleh email beliau di:
fidala8@yahoo.com

cakap tahu dari kina..thanks..





 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork