Teaser Majlis Bertandang Serentak

Salam 
 Lama rasanye tak menulis di blog..
Minggu lepas kina tak berapa selera.. 
Takde selera makan & takde selera nak bukak laptop..

Maka tepek la sekeping dua gambar dulu sebagai teaser..
Kahwin serentak 2 pasangan. Adik & Abang

Alhamdulillah..dah setel semua majlis..

credit to Official Photographer :- KERJAGILASIMOLL photography


Review: Personalized Wedding Calendar

Salam 
 Selain dari photobook, canvas, album, cd & etc.. 
Why not kita abadikan gambar-gambar kahwin dalam kalender? 
Nice timing lagi ni sebab baru bulan Januari kan..Mood new year lagi.
Kalau bulan Mei-Jun baru nak buat kalender rugi la kan?

I got mine! Thanks to sis nyomel sebab hadiahkan kina ini!
Al-kisahnya, Disember 2010 dulu kina ada menang 1 giveaway sis nyomel.
Hadiahnya berupa sticker tq tag untuk paper bag. Tapi!
Sebab dah lama sangat, sampai lepas kawen baru la kami berdua ingat.
Kina banyak minum air semut kot. Boleh terlupa plak. 
Yang kina belum redeem hadiah tu dari sis nyomel. huhu.

Then sis nyomel come out with this idea. Personalized calender!
Kina cuma kena email gambar-gambar wedding yang terpilih.
Semua total gambar dalam 40 lebih gambar dalam bentuk softcopy.
Dan juga tarikh-tarikh penting untuk diletak dalam calender tu.
Birthday family, Blog anniversary, semua kina bagi. hihi.
Goyang kaki..Tengok-tengok dah siap..Comel plak tu..

Kulit depan personalized calender kina. hihi. segan.
Dalam dia macam ni la. Ni bulan Januari 2012.
February..My birthday ada kat situ dengan birthday adik ipar.


Gambar dengan bridesmaid wajib ada!

Untuk gambar masa reception calender warna ungu plak. hee

Bulan september punya page.

Ini pandangan belakang bila kita alihkan, setiap page gambar berbeza.

Last sekali macam calender biasa yang lain. Overall tahun 2012& 2013 
 Bestnya ada personalized calender ni bukan sahaja gambar sendiri,
Date yang memang ade dalam calender biasa pun ada, date special kita pun ada.

Tarikh raya & merdeka semua ada
Bulatan Merah: Tarikh akad nikah kami & Birthday abang kepada pudin
Best kan? Untuk simpanan sendiri.

Dulu sis nyomel cakap dia buat suka-suka je tak buat bisnes.
Tapi sebab permintaan ramai..dia berbesar hati untuk menerima tempahan.
TAPI-TAPI-TAPI! HANYA SEHINGGA 14 JANUARI.
Sebab sis nyomel tak dapat nak ambil order terlalu ramai.
Yup..Sampai esok sahaja! Nak tempah klik dekat sini.


Review: Tq Tag 5 sen & The Shaper

Salam 
 Ramai yang berminat nak tahu tentang TQ Tag 5sen kina,
Haruslah me'reveal' rahsia, tips & trick yang kina buat hari ni,

Mula-mula kina design thank you  tag dalam bentuk round.
Masih ingat entry kina membeli shaper puncher sini?
Ala, puncher yang bulat tapi berlekuk-lekuk kat tepi..
Kina beli dekat Scrap n Crop bersaiz 1.5 inci..
Scallop shaper puncher bersaiz 1.5inch
Lepas tu, depan office lama kina ada kedai printing business card.
Tipnya, kalau print business card banyak-banyak dapat murah.
Lagi senang nak punch bila saiz dalam business card.
Tak perlu nak gunting sikit pun. Punch  & Punch sahaja..
Kalau print atas kertas A4, kena gunting sebab shaper tak lebar.
Kedai hujung antara jalan ipoh & jalan raja laut. Thanks terence tlg amik pic. 
Terus la kina & kak ecah (ex-officemate) terjah kedai tu.
Dengan berbekal pendrive yang ada design thank you tag tu.
Kina mintak printkan business card dengan 2 thank you tag.
Thank you tag tu kina mintak die jadikan size 1.6 inci.
Mesti saiz round thank you tag lebih besar sikit dari shaper.
Kalau diameter dia 1.5 inci sama dengan puncher tak boleh..
Sebab scallop die tu nanti jadi warna putih.

Kina dah takde softcopy thank you tag, jadi kina ilustrate macam ni.

Kina tempah la 500pcs business card yang ada 2 tq tag.
Tinggal kerjanya nak punch dengan scallop shapper tu..
Maka 500pcs x 2 tq tag = 1000 tq tag..
Total damage untuk print business card = RM55.00
Bila kita bahagi RM55/1000..
Jadi 1 thank you tag berharga 5 sen sahaja!

Tricknya di sini adalah business card & the shaper tu.
Kalau ada printer colour sendiri lagi super jimat..
Nak menggunting sendiri thank you tag memang jenuh la.
Kalau 10pcs ok lagi, 1000pcs? Sakit tangan weh.

Kina tak kira harga shaper sebab itu adalah aset..
Boleh guna banyak kali lagi & sangat berguna..
Tambahan pula semua orang pun boleh punchkan.
Aritu adik-adik sepupu kina tolong punch. Mudah.
Tak perlu risau salah punch sebab ade ukuran dia.

Antara hasil thank you tag....
Design Thank you tag simple untuk doorgift si cilik
Ramai yang email kina nak beli puncher shaper ni..
Kina sayang sangat nak jual atau sewakan.

#Update : 2 March 2013
Kina buka untuk sewa puncher shaper, lebih kurang macam ni tapi lagi mudah
Sebab bentuk die macam gunting..scallop size 1.5inch..
Korang kena print macam business card jugak baru senang keje.

Tempoh sewa: max 2 minggu (bergantung kepada availablity)
Harga sewa: RM30
Deposit keselamatan: RM50
Lokasi: Kuantan
Boleh email kina: shakina.farhan@yahoo.com


Thank you bloggers yang hadir

Salam.. 
Sejak bergelar blogger bermula Ogos 2010..
Kina memang tak sangka akan berhubung rapat sesama blogger..
Sekarang kina adalah blogger yang tegar..huahua..
1 hari tak tengok blog rasa gelisah..hahaha


Sudah 3 bulan lebih baru dapat buat post penghargaan ni..sorry..
Berjuta-juta lemon atas kehadiran blogger yang sudi hadir ke majlis kina..
Korang memang gempak & best..
Terutamanya Geng Pahang Bride Blogger.
Mas datang tapi lewat sikit kan? Jadi takde dalam gambar.

Duduk dari kiri: Nora & Rose, Berdiri dari kiri: Tqah,Puteri,Dyll,Sarah,Aliza, Maera


Tidak dilupa Qis (Amani) & Tatie (Cik Izzati Ghafur) Bila nak tukar Puan?
HAHA..blog dah tutup ke tatie?
Sayangnya kina takde gambar bersama korang berdua..
Kina pun tak sangka korang sudi datang ke majlis kina..Tq sangat2..
First time jumpa tapi sempat kenal kejap-kejap je kan..

Maafkan kalau ada tak cukup atau kelemahan di majlis..
Terima kasih lagi sekali..

Buat rakan bloggers yang berminat nak datang majlis bertandang..
Yeah, mom-to-be ni nak bergelar pengantin lagi sekali..
Tapi kali ni simple je. No Pelamin & Baju Meletup..haha..

Kina mewakili suami ingin menjemput semua ke majlis bertandang kami..
Kalau betul-betul nak datang email kina ok,
kina akan bagi softcopy card..
Majlis akan diadakan pada 21 Januari 2012 di Felda Tembangau,Pahang..

Ada 1 soalan untuk kina tanya untuk dibincangkan..
Rumah mak mertua korang dalam 3 jam perjalanan, 
Korang siap pakai baju, make up semua dah siap ke?
3 jam perjalanan possibility untuk ZZZZZZZZ adalah 80%..haha
Taknak jadi pengantin berair liur basi..

walaupun memang pengantin basi..
: p
HAHAHA


 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork