Review: Catering & Meja Beradab

Salam 
 Hari ni kina review tentang catering yang kina guna masa majlis.. 
In fact, kina gunakan catering yang sama untuk tunang & resepsi.. 
Tapi ada juga ibu & makcik kina masak separuh untuk tunang & nikah..

Pemilik catering ni adalah kawan ibu kina..Dulu kerja sepejabat..
Tapi sekarang dia buat catering & makanan dia sangat sedap..
Dapat la harga kawan-kawan..itu la gunanya berkawan..
Saling tolong-menolong.

Catering Tafadz di Kuantan..
Tak payah google, kina dah google takde online website pun..huhu..
Pemiliknya : Zulaimi (0139325482)
Dia beroperasi dari rumah tapi dah lama dah..
Mungkin sesiapa yang berminat boleh la contact beliau..

Untuk harga pakej kina tak berapa pasti sebab ibu kina yang handle..
Kina cuma serahkan duit belanja kawen & ibu kina yang membayar..
Yela, keje kat KL masa tu..susah nak uruskan bab vendor di Kuantan..

Tapi anggaran kina RM10-RM12 untuk sekepala..
Macam yang kina cakap harga dia mungkin berbeza
Sebab ni harga kawan-kawan gitu.
Pastu ada pak sedara bagi lembu seekor untuk masak..
Jadi dia tolak harga untuk daging.

Apa yang kina dapat masa resepsi :
Makanan & Minuman ( Macam biasa)
Makanan untuk pengantin ( Masih teringat ayam percik itu)
Tapai ( Tak sempat merasa pun)
Cendol untuk 500 terawal ( Tak merasa jugak)
Sarung kerusi & Alas Meja..Pink & Gold
Pekerja beruniform
Terliur plak tengok gambar tapai ni
(kina nak pink & grey sebenarnya tapi ibu cakap jangan macam2 la)
Hahaha..tak kisah la..yang penting ada sarung kan..

Walaupun kina ada pelamin tapi takde tepung tawar..
Bila masuk dewan kina terus ke meja beradab dulu..
Lepas tengok special nikah playback baru start bergambar atas pelamin.

Gold pun gold la ibu..masa ni baru masuk dewan & terus ke meja beradab
Untuk meja & kerusi kina sewa dari Majlis Perbandaran Kuantan..
Itu la pejabat ibu..dapat la harga pekerja..huhu..nak jimat..
Kina mintak meja petak je sebab dewan tu kecil je..
Meja bulat hanya ada 4 ketul untuk VVIP..

Bunga-bunga kat depan stage..
Bunga-bunga kat depan meja beradab..
Semua tu pun pinjam MPK punya..
Keadaan di meja VVIP..sedap korang makan eh..
Meja petak yang boleh muat 6 orang utk jimatkan space
Dan last but not least..
Uncle Zulaimi bagi free hiasan meja beradab..
Sebelum kina tahu dia akan bagi kina cakap kat ibu kina..

''Meja beradab nak ade tirai ke belakang
sebab ade tingkap besar belakang tu''
''ok, nanti ibu suruh la sape2 buat''
Bila belakang ada cahaya dari luar, gambar akan nampak gelap..
Jadi nak ada tirai putih & hiasan sikit-sikit atas meja ok la..

Bila ibu cakap dia sponsor meja beradab syukur Alhamdulillah..
Dia di sini bermaksud Catering Tafadz ye..bukan ibu kina..
Dia tak buat tirai tapi macam ada backdrop colour pink..
Kina suka asalkan muka tak nampak gelap dalam gambar..haha..
Ini lah meja beradabnya..Penuh bunga pinjam..hahaha
Sebelum pengantin bersantap
Pengantin sudah mengambil tempat
Pengantin perempuan yang pantang nampak kamera
Hilang tumpuan di saat minuman dituang oleh pekerja catering
Merenung makanan..bila dapat makan ni..

Alhamdulillah, kina takde rasa masalah dengan catering..
Cuma ayam tak cukup sebab terlalu ramai yang datang..
Tapi Uncle Zulaimi tambah & masak time tu gak..

Rasanya takde orang yang tolong cedokkan untuk tetamu..
Kina lagi suka takde orang cedokkan tapi ok je kalau ade pun.

Kina rasa tetamu macam kina suka makan ayam..hahaha..
Kina paling suka ayam banyak isi..susah nak jumpa geng..
Ramai kawan kina suka ayam tulang, tp senang nak tukar..haha..
Asal dorang dapat isi confirm bagi kina takde rebut-rebut..
Jom kita makan duluuuuuuu..^___^

Ok la..itu sahaja..berminat nak tahu detail boleh la call beliau ye..
thanks..

P/S: Serious lapar tengok gambar makanan walaupun sipi-sipi





Bye-bye inspirasi baju bertandang

Salam 
 Today is totally not a Wordless Wednesday for me..
Orite..pada yang pernah baca inspirasi baju bertandang kina..
Design dress tersebut adalah design Calvin Thoo bernilai RM4.800..

Kina rasa sesuai la dengan harga dia bila tengok design & materialnya..
Wah..Memang tak mampu la..haha..RM100 pun fikir 100x..
Sekarang tengah gawat ni gara-gara nak pindah bintulu..

Cancel la design seakan ini sebab nanti susah nak pakai balik..

So, lepas tu kina berangan nak buat design dress kain flowy tu..
Yela, sekarang tengah meletup-letup design kain ni dari tahun lepas..
Ingat nak buat warna coral dan hitam macam post kina yang lepas..
The color combo yang terpaksa cancel juga..:P
Gara-gara kemalasan buat lining & nak try material baru..
Sebab bertunang dah kain chiffon, nikah plak chiffon & lycra..
Pergi la ke Kamdar..Rembat kain apa ntah..RM16/meter, beli 5 meter..
Sebelum beli tu try buat macam flowy-flowy gitu, macam boleh..

Lepas tu jumpa tailor ( kawan ibu), dia cakap tak sesuai..
Melainkan bila plated tu kena iron supaya tak kembang katanya..

Erm..Kina taknak nampak kain tu berlipat tajam2..
Macam iron style baju sekolah..Hahaha..

Last-last buat design biasa saje..
Kain ikan duyung & hujung baju ada belah tengah..
Cuma ideanya kina nak tepek bunga 3D chiffon..
Lebihan yang sepatutnya jadi tudung..
Bunga 3D chiffon tu yang ada 3 pearl di bawah..
Pearl tu pun lebihan veil & tudung nikah tempoh hari..

Bertimbun lagi bunga ni diperlukan tapi masih relax sakan..

Hari ni, terstumble upon gambar dari facebook Hariz Zakwan..
Design untuk Promosi Year End Sale..harga runtuh katanya.!
Picture credit to Hariz & Team
Terkejut gila sebab design tu sama dengan angan-angan kina..
Sebelum tak jadi nak buat design macam ni..
Susah nak cari design dengan warna ni..
Sebelum ni kina google juga, ok tak kalau buat macam ni macam ni..
Tapi tak pernah jumpa yang sama betul dengan apa yang dibayangkan..

Cantik bukan?
Warna lebih kurang sama, kain flowy sama. 
Lace hitam dekat hujung lutut baju sama..
Cuma material lycra..
Tak mungkin menempah lagi sebab budget tidak mengizinkan..
Alahai..tengah membayangkan diri sendiri tapi versi lebih berisi..haha..
Tak sesuai..: P

Bye-bye inspirasi baju bertandang.. 
You will always in my heart & my blog..lol
Tutup case..tunggu je baju tu siap nanti..: )
Thank you buat yang bagi link, nanti kina link ok!

P/S: Harap-harap lawa macam ikan duyung bila bertandang nanti..
HAHAHA..confirm idok le kan..

Kawa-ii (Shop) maksudnya cute!

Salam 
 Siapa yang minat cerita jepun ke anime ke mesti tahu maksud kawa-ii.. 
Kawa-ii Shop sudah tentu la menjual barang-barang  cute untuk orang cute..
Tak dilupa dari orang cute iaitu owner Bunga & Langit 
(She is Ka-ii - Blogger B2B jugak tau)
Check it out her preparations, ideas & DIY yang cool..:)

Kawa-ii Blog Shop sedang mengadakan Year End Sale (YES) girls..
Nak tahu apa yang dijual? berapa? untuk apa?

Jeng..jeng..jeng..

Bunga Lace 3D! Bunga-bunga 3D kan tengah in sekarang ni..
Zoom in bunga 3D yang diperbuat dari cotton

Setiap baris ade 6 bunga yang kawa-iiii
Kawa-iiiiiiii..(iiii tu kena harakat panjang sikit setanding dengan kecomelannya)

Harga sempena Yes End Sale ni korang boleh dapat berapa?
Normal price : RM20/yard
Sale price : RM14/yard

Code = RW6 01
Width = 7.8cm-8cm
Length = 1 Yard (91.44cm ~ 92cm)
Color = White
Flower = Rose
Postage = RM6 (Semenanjung), RM10 (Sabah & Sarawak)

Apa kegunaan bunga 3D lace ni?
Macam-macam korang boleh buat contohnya tengok kat bawah ni:-
- untuk patch pada veil & baju kawen
- untuk tepek pada beg 
- untuk hias pada doorgift kawen
- untuk jahit untuk bantal letak kat bilik pengantin
- untuk buat headband flower girl
kawa-iiiiii!
contoh-contoh penggunaan bunga lace 3D ni: taken from google image
Kina difahamkan kawa-ii shop akan melancarkan beberapa lagi design..
Design bunga lace 3D dengan pelbagai warna & jenis..coming soon gitu..
Kalau korang nak custom-made ke atau nak request boleh la email beliau ok..





Coming soon!!

Ok la..tutup cerita tentang promosi bunga 3D lace..
Kawaii blog shop juga ada menjual tudung-tudung yang menarik..
Dan yang paling penting unik & affordable untuk kita yang budget2 ni..

Kina rasa bagi bride-to-be yang tak menggemari tudung awning..
Yela, sekarang nak cari tudung bawal pun susah dah..huhu..
Boleh la try tudung bawal dari Kawa-ii blog shop..
Cute kan? sesuai untuk buat tudung nikah tapi bukan awning..
Tudung bawal pun secantik tudung awning tau..
Banyak lagi jenis tudung yang menarik tau..
Orite..untuk tahu lebih detail tentang harga ke macam mana nak purchase..
Boleh la contact Kawa-ii Blog Shop & like la fanpagenye ok:

Email: kawaiishopblog@gmail.com

Disclaimer: This post is fully sponsored by kawa-ii shop
Sila berurusan terus dengan
 
kawa-ii shop untuk info lebih lanjut.
Sebarang urusan jual beli antara anda dan  kawa-ii shop 
adalah bukan tanggungjawab Journey of Bride to Be. ;)

Kina nak ke bintang la!

Salam 
 Siapa tengok mimpi sampai ke bintang semalam? hahaha..
Kina tak tengok dari awal sebab kina tak minat sangat tengok ria..
Kina suka AXN, DIVA,Star World..hehe..

Kebetulan pudin dok main tukar-tukar channel terbukak la cerita ni..
Masa tu part Elfira cakap Kina nak ke bintang..hahaha..terus gelak..
Syok sendiri kan dengar nama sendiri..pastu tengok la sampai habis..

Walaupun cerita ni macam lawak-lawak sengal-sengal ubi..
Suka part kina, adik & mak dia sebab kelakar..part hero & heroin berjiwang tak best..
Tapi kina suka lagu OST mimpi sampai ke bintang..Boleh buat lagu video kawen weh..
hahaha..layan je la..best..


Selamat hari potong kuku! Jumaat hari potong kuku jom..
Jangan kita biarkan setan berlambakkan di hujung jari..

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork