Pakai flower crown Yeay atau Nayy?

Salam..*post ni dah lama tapi ntah camne jadi draft balik..mesti sebab apps blogger..grrr...so republish je..


Sekarang ni kan tengah nak up pasal flower crown. Dulu kina pernah jugak terpikir nak pakai flower crown masa wedding tapi tak dilaksanakan sebab masa nikah tudung dah sarat dengan manik, masa resepsi dapat crown dari RKM, masa bertandang pun tak pakai crown sebab veil free menang contest dah sarat..Flower crown boleh jadi Yeay & boleh jadi Nayy..Kina fokus kepada yang bertudung ye..

YEAY

* Bila pakai masa occasion yang memerlukan kita melawa dan orang takkan heran tapi cakap cantik lah hang pakai flower crown tu. Contohnya: semasa wedding atau ada photoshoot majalah ke gituuu. Dll.
* Bila baju tu sesuai dengan flower crown tu sendiri. Disebabkan flower crown ni macam style vintage & english gitu, baju haruslah ada ciri-ciri tu jugak. Contohnya: dress yang simple dan tak sarat.
* Bila bunganya kecil-kecil comey molek macam cek mek molek. 
* Bila pakai shawl boleh sorok separuh dengan shawl so jadi macam cekak tak macam crown. Contohnya: macam gambar adik manis Irine Nadia & Medina kat bawah. Simple & nice. Tak puas mata memandang tau. Shahadah skg ni tamau da ape2 atas kepala. Huhu. 5 minit tu kira paling lama la. Hihi

NAYY

* Bila pegi MYDIN ataupun pasar malam pun nak pakai flower crown. Hmm. Mengundang mata-mata memandang & mungkin orang akan kata buang tebiat ke hape?
* Bila pakai bersama baju yang tak bersesuaian. Contohnya, baju kebaya songket yang setradisional melayu yang sangat-sangat kemelayuan. Janggal di situ. Atau pakai tshirt & seluar jeans tiba2 pakai flower crown.
* Bila bunganya gedabak besar atas kepala. Oh. Bunga kembang setaman di kepala. 

Keep it simple and nice ye. ;) 


Cantikkkkk! Crown flower pun boleh dipakai muslimah bertudung..nak tengok banyak lagi gambar boleh klik ke blog Irine ye.

6 lovely comments:

She's DHHassan on January 27, 2014 at 8:22 AM said...

jom jom...

Anonymous said...

oh sukaaaa...! dah lame plan utk photoshoot tp sampai skrg x buat2... uhuhuhuhu :(

~ NANA ~ on January 27, 2014 at 12:04 PM said...

i suka sbb i kan suka benda2 yg nmpk vintage/english ni...hihi...tp kena sesuai tempat la kn

Rilla on January 27, 2014 at 4:26 PM said...

Kahhhhh gedavas sangat pakai flower crown gi Mydin

Schaz on January 28, 2014 at 11:14 AM said...

raya blh pakai crown ni.. hihii..

Sheila Salim on January 29, 2014 at 12:36 PM said...

Assalamualaikum kak kina, Medina tu comel sangat macam ibu dia Irine. hahh geram gila tengok instagram gambar depa. lawa sangat pakai flower crown! macam puteri (",)

 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork