Showing posts with label Engagement. Show all posts
Showing posts with label Engagement. Show all posts

Warna pilihan baju tunang

Kina dah decide warna untuk baju tunang..either beli siap atau tempah nanti confirmkan balik..

Gambaran untuk warna baju pertunangan kina adalah seperti berikut..agaknya sesuai tak dengan kina ni? Peach kaler la..Peach pilihan lebih menjurus ke arah orange..bukan peach ke arah pink..sebab ada macam2 tone colour ma..
Semua adalah sumber Mr Google..
Harap tiada bangkangan dari big boss (ibu saya yang menawan)..betul menawan..nak tengok? ni ha..Ini gambar 2 orang big boss kina..

tahun lepas masa konvo..rock tak?yea yeah..
ibuku memang cun..taken masa konvo tahun lepas.
Mula-mula nak colour pink tau untuk bertunang..tapi ibu suruh time kenduri pulak pink..aye captain!


Ini pulak kina dengan baju kepeachan..gambar lama ni..ni je ada peach sket..sesuai tak??cakap sesuai cepat..haha..

Unofficial budget untuk pertunangan kami

Mungkin ada bloggers yang nak share berapa kos pertunangan mereka. Share please..
Ini hanya lakaran budget yang pakai hentam tanpa men"survey" dekat kedai. Jadi sila abaikan kalau rasa pelik dengan kosnya. huhu.

1) WARNA TEMA
Peach (Untuk masa ini )

2) JUMLAH TETAMU
100 orang

3) MAKANAN
RM8 x 100 = RM800 (Katering kawan ibu)

4) KANOPI
1 Kanopi = RM200 (Sewa tempat kerja ibu)

5) BAJU PERTUNANGAN
Jubah.
Kain = RM200
Tempah jahit = RM150 (Butik kawan ibu)
Veil = RM50
Total = RM400

6) HANTARAN (belum decide)
Warna –
Bilangan – Budget RM1000
Barang –

7) MINI PELAMIN
RM300

8) PHOTOGRAPHER
Abang Sepupu – SERVICE F.O.C (Yippi..>_<..)
Sticky Album+CD – RM50
Kos Cuci – RM600

9) DECO RUMAH
Deco Tangga – RM100

10) DOORGIFT ( da makan sedap tak payah la doorgift..huhu..sori)
11) MAKE UP ( mahu mekap sendiri..kata nak bajet..bajet pandai sangat..nikah baru ada MUA)

TOTAL = RM3000

Ini adalah budget pertunangan kami yang memang budget.
Nampak tak ada banyak dari kawan ibu la, tempat kerja ibu la di situ dengan harapan penjimatan yang berkali ganda.Tapi tetap terkejut juga tengok nilai tu..

RM3000 untuk pertunangan yang simple sesimple simplenya?

Belum masuk kos pengangkutan dari Tembangau ke Kuantan, Cincin & perkara-perkara remeh lagi.

Aduyai. (tak baik mengeluh..ok2..ini hanya membebel)

Mungkin ada yang akan dicantas lagi. Bila bagi tahu encik pudin dia ok aje. Nanti makan megi je baru tahu!. Huhu.

Kalau ikutkan kina tak payah tunang-tunang. Save untuk kahwin nanti.

Tapi ibu terus cakap " Ibu nak akak tunang, Nanti apa pula orang kata tiba-tiba je kawen.".

Yela, tapi tak boleh la grand2 ok..Budget2..
Ikut aje la kata orang tua, mesti ada hikmahnya. atau mungkin akan ada sponsor dari siapa2 nanti?haha..amin..bila nak bertunang kena tunggu..:)



 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork