Showing posts with label kompleks dagangan indera mahkota. Show all posts
Showing posts with label kompleks dagangan indera mahkota. Show all posts

Review: Pelamin Dewan (IHBC)

Salam 
Selamat hari raya aidiladha semua! Apa macam raya?
Raya pertama di rumah mertua seriously nervous gila ok..
Akhirnya sampai jugak kina di Felda Tembangau. Best jugak. Hee..
Rasa nak je tulis pengalaman di rumah mertua buat pertama kali..
Nanti tua2 boleh baca balik kat blog. Pastu gelak ngan cucu.. Ecece..

Ok2, next review tentang pelamin dewan.
Kina buat majlis di Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota.
Dewan kecik je, boleh muat kira-kira 250-300 orang dalam satu masa.
Yang penting tak berpeluh pengantin..haha..xde la..bukan tu je sebab buat kat dewan.

Sebab kina pilih dewan sebab kawasan rumah teres kina tu bukit ke bawah.
Risau jugak nanti makan semua menjunam ke bawah..hahaha..
Pastu sebab malas nak kemas rumah pas dah setel..hahaha..
Lagi..supaya tetamu tak bermandi peluh..tetamu mesti dimuliakan..
Pengantin no 2..kan kan kan..
Tema kina purple pink & grey..comel ok pintu gerbang tu..
Kriteria untuk pelamin yang kina mau.
1) Kena dengan warna tema.
2) Simple & tak berserabut.
3) Senang nak bergambar ramai-ramai. Bukan pengantin je.
Sebab kitorang 1 sekolah, so fikir mesti ramai rakan sekolah datang..
Alhamdulillah, lebih kurang 40 orang budak semsas datang..termasuk junior.
Kalau pelamin cantik-cantik tapi muat pengantin je tak best juga.
30 orang ex-schoolmates..thanks korang..muat jugak semua sekali..:)
Kina dah survey dekat banyak bridal dekat Kuantan.
Banyak la dapat quotation untuk pelamin dewan, walkaway & pintu gerbang je.
Kina just minta tu je..majoriti quote sampai 2-3 ribu, jadi taknak la..

Akhirnya jumpa Idaman Hati Bridal Collection (IHBC). Masih baru.
Memang IHBC yang bagi quotation paling murah yang kina dapat.
Dah la pelamin baru. Seriously kina dapat murah walaupun tak kenal pun.
Macam dapat harga sedara mara la. Alhamdulillah.
 
Kina suka sangat dengan cara kak lea yang humble & happy go lucky.
Kak lea sangat baik melayan kerenah kina kejap nak gini gitu kan.
Last-last sekali kina bagi sketching pelamin kina, kak lea merealisasikan.
Pelamin kina ni memang kak lea buat khas, baru..Macam baju baru gitu..
Siap lagi belikan kerusi baru yang macam kina nak tapi harga maintain sama.
tingkap tu patutnya boleh bukak tapi tukang kayu tersilap pasang..hee..tapi still cantik!
 Mungkin rezeki kina sebab IHBC masih baru jadi kerusi & pelamin tu 
untuk tambah koleksi dorang di masa hadapan juga kan. Alhamdulillah.
Sepatutnya 3 panel je tapi kak lea tambah tepi tu supaya nampak penuh.
Macam 5 panel plak kan!
Sangat-sangat berbaloi & suka dengan pelamin kina. 

Pelamin kina takde alat-alatan merenjis atau menepung tawar..
Sebab pelamin untuk bergambar je. Tu pun kitorang makan dulu baru naik pelamin.

Kina harap IHBC akan terus sukses.
Untuk bride-to-be pahang, IHBC sangat kina recommend!
Tepati masa, ikut pandangan pengantin, & tak double standard ke ape.
I love you la IHBC! Thank you!

Berminat nak dapatkan perkhidmatan IHBC? Boleh la hubungi:
Kak Lea : 019 9881410
 

Journey of Bride-To-Be | by: Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork